Othman Talib's Blog, page 12

January 12, 2016

Tajuk 482 - Operational Definition / Definisi Operasi - boleh rujuk kamus tak?

Terdapat banyak istilah dalam kajian yang perlu dijelaskan yang mungkin mempunyai maksud yang berbeza dari yang difahami umum, maka istilah tersebut perlu didefinisikan / quantify secara operasi dalam konteks kajian anda supaya difahami oleh pembaca.

Jika kajian anda bertajuk:
Kajian keberkesanan aplikasi animasi bagi mata pelajaran Sains terhadap penguasaan konsep fotosintesis dalam kalangan pelajar Tahun Dua di Daerah Kajang.

DV = penguasaan konsep
IV = aplikasi animasi

Terdapat istilah yang tidak perlu didefinisikan kerana anda menggunakannya dalam konteks yang difahami umum seperti mata pelajaran Sains, pelajar Tahun Dua dan Daerah Kajang. Namun begitu, istilah seperti keberkesanan, aplikasi animasi, penguasaan konsep perlu didefinisikan secara operasi dalam konteks kajian anda.

Pertama, anda mendefinisikan variable (apa saja yang diukur dalam kajian anda) spt keberkesanan dan penguasaan konsep.

Kedua, anda mendefinisikan konsep abstrak / umum yang anda gunakan dalam kajian seperti aplikasi animasi.

Maka istilah2 spt ini wajib anda berikan definisi operasi seperti berikut:
1. Keberkesanan - perbezaan min skor yang diperolehi dari ujian pasca berbanding ujian pra selepas subjek menjawab 30 soalan konsep fotosintesis.

2. Aplikasi animasi - koswer sains Tingkatan Dua yang menggunakan animasi fotosisntesis berdurasi 20 minit untuk pengajaran tiga period (90 minit).

3. Penguasaan konsep - skor yang diperolehi oleh individu subjek dalam ujian pra dan pasca selepas menjawab 30 soalan konsep fotosintesis.
atau anda boleh merujuk kepada definisi operasi kajian lepas yg sesuai dgn kajian anda spt...

3. Penguasaan konsep mengikut Russel (2003) adalah skor yang diperolehi oleh individu subjek dalam satu set soalan berkaitan konsep yang ingin diuji. Oleh itu, dalam kajian ini penguasaan konsep membawa maksud skor yang diperolehi oleh individu subjek dalam ujian pra dan pasca selepas menjawab 30 soalan konsep fotosintesis.

Jangan sekali-sekali (dua kali lagi tak boleh) merujuk definisi dari Kamus Dewan atau kamus Oxford, apa kamuspun tak boleh, termasuk Ust Ismalil Kamus... juga Wikipedia kerana semua itu bukan definisi operasi kajian anda...

OT Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 12, 2016 21:43

Tajuk 841 - Definisi Operasi / Operational definition.....

Perlukah ada beberapa definisi operasi dan mesti rujuk kajian lepas?
Ini sambungan post aku sebelum ini...

Dalam background, problem statement dan research question / hipotesis, anda telah memperkenalkan beberapa terminologies, IV dan DV yang berkaitan dgn kajian anda. Ada terminology “standard” yang mempunyai definisi yang difahami oleh scholar dan ada definisi operasi yang hanya digunakan secara khusus dalam kajian anda, atau anda gunakan terminology yang TELAH DIGUNAKAN dalam kajian lepas yang perlu anda definisikan semula utk kajian anda.

Ini bermakna....
1. Hanya perlu ada SATU sahaja definisi operasi bagi setiap satu terminology yang digunakan khusus utk kajian anda, termasuklah bagaimana pengukuran dilakukan (jika melibatkan IV dan DV).

Contoh:
For the purpose of this research, improvement in learning is operationally defined as posttest score minus pretest score gained by students in MCQ Chemistry test.
2. Bila anda merujuk dan menggunakan IV, DV atau mana-mana terminology mengikut kajian lepas, maka bolehlah anda jadikan kajian tersebut sebagai asas memberikan definisi operasi anda.

Contoh:
Conceptual change can be defined as a process that involves the restructuring, modifying, reorganizing or refining of existing ideas, knowledge or concepts to account for new information (Nussbaum & Sinatra, 2003). However, in this study, evidence of conceptual change was obtained when the students’ pre-test answers were compared to the post-test answers, in terms of the correctness and completeness of the answers in both tests.

3. Bila anda menggunakan IV, DV dan terminology secara yang berbeza atau unik dari apa yang telah digunakan sebelum ini, anda TIDAK perlupun merujuk kepada definisi operasi kajian lepas, teruskan sahaja memberi definisi operasi anda sendiri.

Contoh:
Conventional-based Instruction (CBI) used in this study refers to the traditional practice of direct transmission instruction using an overhead projector and prepared transparencies with texts, diagrams, and static illustrations to deliver knowledge. CBI is primarily based on the teacher’s explanation and presentation using prepared transparencies. The lesson ends with a question-and-answer session through a teacher-dominated discussion. During the discussion, the teacher answers all questions given by students immediately.

Anda boleh membahaskan definisi terminology yang anda gunakan dalam theoretical framework dari beberapa perspektif berbeza spt dari aspek kognitif, psikology, afektif tetapi ini dibincangakn dalam LR, BUKAN utk definisi operasi.

Contohnya "Problem-based Learning" boleh membawa beberapa definisi berbeza mengikut penyelidik yang berbeza, dari disiplin berbeza atau dari perspective berbeza (pengajaran vs pembelajaran) yang dibincangkan dalam LR, tetapi secara operasi yang digunakan dalam kajian anda mestilah ada SATU definisi operasi sahaja !

So…..

Menyatakan bahawa definisi operasi MESTI lebih dari 1.... malah sampai 4 pulak.... adalah sangat tidak tepat dan definisi operasi juga tidak semestinya ada “nama orang” spt yang difahami jika terminology anda tersebut unik !

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 12, 2016 21:41

Tajuk 840 - Antara objektif, RQ dan hipotesis – jgn hypertension !!

Bila dah ada objektif kajian, anda kena buat RQ lagi… tujuannya supaya anda sendiri JELAS secara EXPLICIT apa yang anda ingin capai dalam kajian anda, kerana variable ditulis dgn jelas dalam RQ.
Bagi kajian eksperimen…. hipotesis WAJIB ditulis, supaya anda tahu apa yang ingin diukur dan bagaimana ukuran tersebut akan mencapai objektif. 

Jika anda buat kajian eksperimen, RQ adalah optional tetapi hipotesis adalah WAJIB. Tetapi jika nak buat kedua2 RQ dan hipotesis pun boleh … biar terang lagi bersuluh !

Sebab itulah, RQ atau hipotesis biasanya lebih banyak dari objektif, dan objektif kena tulis sebelum RQ atau hipotests.

Lihat contoh dummy berikut (kajian eksperimental):

Objective 
To determine whether X intervention enhances Form Five students’ conceptual understanding of electrochemistry to those who exposed to Y intervention.

RQ1:
What is the pre-test scores for Form Five students who exposed to X intervention and to Y intervention ?

RQ2:
What is the post-test scores for Form Five students who exposed to X intervention and to conventional instruction?

RQ3:
Do Form Five students who exposed to X intervention have higher pre-test and post-test scores to those who exposed to Y intervention ?

Hipothesis1:
There is no significance difference in pre-test scores between Form Five students who exposed to X intervention and to those who exposed to Y intervention.

Hipotesisi2:
There is no significance difference in post-test scores between Form Five students who exposed to X intervention and those who exposed to Y intervention.

Klu anda tak tahu nak bina RQ / hipotesis... asyik dok hypertension, maknanya anda tak tahu apa yang anda nak "cari" dalam kajian anda dan bagaimana pengukuran akan dilakukan. Kalau tak tahu apa nak dicari dan bagaimana nak ukur apa yang anda cari (variables), camner anda nak sediakan instrument dan method kajian?

Tu yang tension berganda2 tu !!

OT 

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 12, 2016 21:39

December 28, 2015

Tajuk 826 - Not ALL research is about “MEASUREMENT” !

Aku ni “quantitative person”. I play with numbers. Kajian master / PhD aku juga quantitative. Aku juga penulis buku quantitative - SPSS. Namun, aku “getik” bila ada yang meremehkan kajian qualitative hanya kerana “tiada nombor yang berceranggah” dalam kajian qualitative.
Not ALL research is about “measurement” !

Meh baca ni baik-baik….

Quantitative:
Jika objektif kajian anda untuk mendapatkan data bagi sesuatu isu / masalah spt tahap pengetahuan, factor utama sesuatu amalan, skor pencapaian maka kajian kuantitatif adalah yang TERBAIK..
TUJUAN KAJIAN DISINI ADALAH “MEASUREMENT” menggunakan alat ukur / instrument utk mendapatkan data bagi mengetahui hubungan / mbandingkan variables then btujuan membuat generalisasi.

Qualitative:
Jika objektif kajian anda adalah utk membuat perbincangan yang mendalam terhadap sesuatu isu / masalah spt budaya, amalan kejayaan, pengalaman pemulihan dadah dll maka kajian kualitatif adalah yang TERBAIK.

TUJUAN KAJIAN DISINI “ISN’T MEASUREMENT” tetapi perbincangan yang detail dan mendalam utk MEMAHAMI fenomena yang dikaji, lalu generalisation is not the main concern !

Selamat hari minggu - Peace NOT war !

OT Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2015 22:44

Tajuk 825 - Apa kaitan innovative dgn thesis?

Post ini sambungan post sebelum ini bila aku tulis, work smart bukan bermakna an easy way. Work smart bermakna bekerja dgn effective dan efficient, yang brmula dari work hard mendalami pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan.
Ini bermakna, membuat research dan menulis thesis memerlukan “work hard” diperingkat awal… menguasai kemahiran dan mendalami pengetahuan yang perlu… maybe tidak memerlukan masa yang lama utk diikuti dgn work smart. Tapi aku tidak boleh halang mereka yang berpendapat, tiada short cut dalam dunia PG… bukan PhD namanya jika semua nak senang !
Innovative bermakna producing more effective device or process, or application of better solutions. Jadi menghasilkan innovative adalah sukar kerana melibatkan usaha mempermudahkan suatu yang asalnya kompleks. Namun apabila innovative terhasil (spt waze misalnya) maka kerja-kerja seterusnya akan menjadi effective, efficient, easier, produktif.
Thesis juga kompleks. Maka perlu ada unsur innovation dalam process yang kompleks bagi phasilkan thesis secara lebih effective dan efficient. Peningkatan syarat bergrduate bagi calon PhD mesti menghasilkan 2 jurnal high impact / scopus menuntut thesis dan research dijalankan dgn lebih innovative bg mencapai tujuan tersebut.
OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2015 22:42

Tajuk 824 - Memupuk budaya research?

Pelik tak jika calon PhD mengalami stress wpun kajian beliau berkaitan coping with stress?

Persoalan - Setelah melengkapkan semua kerja kursus dengan cemerlang, termasuk semua teori berkaitan research, adakah calon benar2 tahu dan faham ... sesuatu yang secara real akan menentukan do or die sebagai calon PhD iaitu…
- process dan teknikal menyiapkan proposal?
- process dan teknikal buat research?
- process dan teknikal menulis thesis?
- the do and the don’t ?

Persoalan - Calon digesa menghasilkan thesis dan kajian yang mantop…. tetapi adakah gesaan ini selari dgn budaya di jabatan? Adakah wujud budaya tersebut?
Aku percaya, jabatan telah menyediakan satu budaya yang baik, tetapi tentulah masih terbuka room for improvement....to make it better.



Budaya 1:
Contohnya budaya “proposal defense” yang ada sedikit sebanyak unsur menghukum kesalahan dari memberi "constructive comments" sedang “proposal defense” bukanlah satu COMPETITION tetapi perlu dianggap sebagai satu COLLABORATION amongst peers in the same department or faculty.

Budaya 2:
Begitu juga budaya “PhD candidate should know everything” tidak akan menghasilkan kajian dan thesis yang berkualiti. Kualiti akan wujud dgn satu system budaya yang membolehkan calon secara konsisten mendapat “CONSTRUCTIVE FEEDBACK”… kerana mereka adalah novice dan naif dalam process dan teknikal membuat research dan thesis, wpun mereka scorer dalam coursework masing2. Jadi budaya "constructive feedback" yang berterusan ini perlu berjalan dgn baik....

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2015 22:41

Tajuk 823 - Mana satu STRATEGY, APPROACH, METHOD dan TECHNIQUE ?

Perhatikan perkataan huruf besar yang terdapat dalam thesis pelajar, mana satu yang betul?

1. This study uses a quantitative STRATEGY for ….
2. This study uses a quantitative APPROACH which....
3. A quantitative METHOD used in this study…. 
4. Alternatively, this study will use a quantitative TECHNIQUE …

Meh aku explain skit supaya anda tidak menggunakan keempat2 istilah diatas main ikut suka hati jer…

STRATEGI adalah sesuatu gagasan umum sahaja. Bagi mencapai gagasan tersebut, anda boleh memilih APPROACH (pendekatan) kualitatif ataupun kuantitatif ataupun kedua2nya (mixed).
Kemudian anda memperincikan lagi dengan memilih METHOD (kaedah / reka bentuk / design) samada eksperimen, survey, ethnography, grounded dll.

Katakan anda memilih METHOD grounded theory…. anda perlu memperincikan TECHNIQUE (juga disebut prosidur / steps ) kajian yang anda gunakan.

Contoh 1 (Qualitative): Isu menangai gejala social Mat Rempit
1. Research Strategy 
Kerajaan mempunyai strategi bagi memahami gejala sosial seperti Mat Rempit

2. Research Approach
Maka qualitative approach paling sesuai utk memahami budaya Mat Rempit secara mendalam

3. Research Method (design) 
Oleh itu ethnography method / design dipilih kerana bersesuaian dgn kajian budaya sesuatu kelompok spt Mat Rempit.

4. Research Technique (procedures / steps)
Kajian akan menggunakan teknik observation, field notes, interview (yg dibincangkan perlaksanaannya secara detail) bagi menjawab semua persoalan kajian.

Contoh 2 (Quantitative): Isu keberkesanan animasi dalam pendidikan sains
1. Research Strategy
Salah satu strategi meningkatkan pemahaman sains di Malaysia adalah dengan mengkaji keberkesanan animasi

2. Research Approach
Quantitative approach bagi menganalisis data dari pre-post test

3. Research Method (design)
Pre and post test experimental design (method) untuk mengukur keberkesanan animasi

4. Research Technique (procedures / steps)
Teknik ekperimental ini melibatkan pemilihan sampel rawak, divided into control and experimental groups, laksanakan pre-test… treatment.... post test, then..compare gained scores...... bla..bla.

Jadi gunakanlah kesemua istilah tersebut betul pada tempatnya…

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2015 22:36

Tajuk 822 - Nak buat MIXED-METHOD fahami ini dulu. Jgn sampai salah faham !

Betul ke mixed-methods (m-m) ni lebih baik? Kalau aku…. benda2 yang mixed ni selalunya baik… macam mixed marriage. Bukan sahaja anak yang lahir comel2 belaka…. malah bijak2 ler…


Kalau qualitative (QUAL) dan quantitative (QUAN) approach memang dah biasa dalam research. Now approach m-m (atau QUAN-QUAL) ini dah mula popular... cuma ramai yang salah faham…. asal ada data qualitative dan quantitative terus kata m-m !

Abis salah ker tu?

Bukan salah tapi kurang tepat. M-M adalah “combination” antara quantitative dan qualitative, yang dirancang dari AWAL kajian. Kombinasi ini melibatkan semua peringkat pengumpulan data, bukannya asal buat quatitative then kemudian buat qualitative pulak atau sebaliknya,.. terus kata m-m... banyak ler ko punya cantik !

Secara umum ada 2 pembahagian asas m-m yang perlu difahami iaitu.

1. Parallel: 
Kajian yang dirancang supaya pengumpulan data berjalan serentak (parallel atau concurrent). Contohnya soal selidik di edarkan dan dalam masa yang sama interview juga dijalankan dgn kelompok terpilih dari sample. Atau soal selidik diedar mengandungi closed dan opened ended items yang saling lengkap melengkapi. Selepas dapatan dikumpul, tugas seterusnya adalah membuat meta-interpretation, iaitu mensintesis dapatan qualitative yang congruent dengan data quantitative. Ini bermakna, item dalam soal selidik dan soalan interview mestilah dirancang supaya saling melengkapi.

2. Sequential: 
Kajian dirancang supaya kedua2 approach saling berturutan dgn tujuan, approach pertama menjadi asas kepada approach kedua. Misalnya, interview dijalankan bagi terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat, konsep, indicator, isu dll yang akan digunakan dalam pembinaan soal selidik atau pun sebaliknya. Dapatan approach kedua adalah bertujuan membekalkan penjelasan lanjut atau menjelaskan apa2 yang tak dapat dijelaskan oleh approach sebelumnya dalam kajian tersebut.
Ingat semua ini dirancang dari awal….dengan teliti supaya dapatan yang diperolehi boleh dikombinasikan bagi menghasilakn penjelasan yang lebih mantop. Contohnya dari data quantitative anda boleh buat inference atau generalization tapi tak dapat capture informasi yang lebih detail… begitu juga anda dapat sesuatu yang detail tapi tak leh buat generalization.

Jadi m-m ni kira memantap sambil meningkatkan validity dapatan dan sekaligus bertindak macam triangulasi data juga lah.

Jadi m-m ni bukan sekadar ada data qualitative ataupun quatitative tetapi yang penting procedure kajian dirancang awal2 supaya dapatan m-m ni dapat dikombinasikan. Bukan itu sahaja, m-m method ini memberi ruang kepada anda duplicate kajian lepas yang masih releven dan signifikan tetapi hanya menggunakan mono-method utk di up-grade atau buat modification dgn mengkaji isu yang sama tapi dgn m-m pulak.

Ini kerana byk kajian lepas purely quan atau qual menyebabkan discussion menjadi terbatas. Tapi anda mesti awal2 lagi plan utk dapatkan theory yang gabungkan kedua2 quan-qual ini. Jika anda dapat jalankan dgn baik, dapatan kajian akan lebih mendalam dan meluas disamping anda sendiri dapat menguasai kedua2 quan-qual approaches....
OT 

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2015 22:33

Tajuk 822 - Wahai sayangku.... carilah tajuk kajian... berdasarkn 10 perkara berikut...

1. yang mendalami kajian dalam bidang anda mengatasi kajian bidang baru bagi anda

2. tajuk yang mengutamakan motif yg dikongsi oleh scholar mengatasi motif peribadi anda

3. boleh sumbang "some new understanding to the field" mengatasi "fix somebody else or even government's / sponsor's problem / intention to change policy"

4. yg telah ada beberapa teori yang jelas mengatasi pencarian tanpa teori yang belum pasti

5. isu dalam "main stream" mengatasi "isu pinggiran" wpun tgh hot !

6. mempunyai specific sampling frame supaya mudah dpt responden / informan

7. tajuk yang catchy bila diterjemah utk pembentangan dalam conference atau publication bagi bacaan international readers / scholars

8. isu local yg bersifat international mengatasi isu local bersifat local

9. diperolehi dari bacaan intensif dan extensive dari pelbagai sumber mengatasi pujukan intensif dari mana2 pihak lain yg slamba

10. jika boleh dan sesuai..... ambil peluang buat mixed method mengatasi single method !!

OT 

Othman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2015 22:31

Tajuk 821 - STATISTIK digilerkan dgn terminologies!

Ini baru bbrp istilah ASAS dlm statistik. Jika ada yg bingung dgn istilah berikut.... anda akan terus bingung sampai bila-bila ! Cayolah...

Term 1:
Pengukuran ciri-ciri VARIABLE dlm POPULASI seperti min berat, IQ, EQ dinamakan PARAMETER. Jarang dibuat sbb sukar utk ukur populasi yg besar.
Pengukuran ciri-ciri VARIABLE dlm SAMPLE spt min berat, IQ, EQ syg mewakili satu populasi dinamakan STATISTIK.



Term 2:
Analisis data sample (statistik) yg tertabur secara normal utk digeneralisasi / infer kepada populasi (parameter) dinamakan ANALISIS STATISTIK PARAMETER (parametric statistics).
Analisis data sample (statistik) yang tidak tertabur secara normal utk digeneralisasi / infer kepada populasi dinamakan ANALISIS STATISTIK BUKAN PARAMETER (non parametric statistics).

Kedua2 ANALISIS STATISTIK PARAMETER dan ANALISIS STATISTIK BUKAN PARAMETER dinamakan juga STATISTIK INFERENS (inferential statistics) kerana infer data sample kepada populasi.

Analisis statistik parameter (bila data sample normal) adalah spt analisis Pearson correlation, regression, t-test, anova, manova, ancova, mancova dll
Analisis statistik bukan parameter (bila data sample tak normal) adalah spt analisis Mann-Whitney, Kruskal Wallis, Chi-square, Spearman correlation.

Term 3:
STATISTIK DESKRIPTIF hanya utk describe ciri satu set data sample yg diambil dari populasi menggunakan analisis descriptive spt min, median frekuensi, peratus, mode... bukan utk infer ke populasi tapi utk lihat adakah ciri sample tu "representative" populasi.

Term 4:
Data dari pengukuran variable dilakukan secara observation / indirect (spt questionnaire) dan direct measurement (numerical data).

a. Data observation / indirect (spt qnaire) menggunakan SKALA NOMINAL (CATEGORY) dan SKALA ORDINAL (RANKED) disebut CATEGORICAL DATA

b. Data measurement (numerical) menggunakan SKALA INTERVAL (CONTINUOUS – measured characteristic spt tinggi, IQ) dan SKALA RATIO (DISCRETE – counted items spt bil anak, bil kerusi) disebut NON CATEGOTICAL DATA.

OTOthman Talib
http://drotspss.blogspot.com/
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2015 22:29

Othman Talib's Blog

Othman Talib
Othman Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Othman Talib's blog with rss.