Mawar Safei's Blog, page 78
November 3, 2018
Menyihir sekali.
Published on November 03, 2018 13:46
November 1, 2018
Benar, mereka terus merunuti saya!Subhanallah
Published on November 01, 2018 13:47
October 31, 2018
Pantai menuju dhuha. Dia belajar melerai keterikatan. Kel...
Pantai menuju dhuha. Dia belajar melerai keterikatan. Kelmarin, dia belajar lagi tidak semua mahu menerima sanjungan yang tulus. Dia menghitung apa lagi yang bersisa di garis pantai ini.
Published on October 31, 2018 15:26
October 28, 2018
Dia datang lagi. Dan saya tidak sabar mahu pergi, terbang...
Published on October 28, 2018 03:26
October 27, 2018
Saya membaca tulisan Yasmin M. Ada persamaan antara kami....
Saya membaca tulisan Yasmin M. Ada persamaan antara kami. Keterikatan. Ya, kami mudah rasa terikat. Dan kemalangan yang berlalu selepas keterikatan itu adalah kekecewaan berulang kali. Tapi Yasmin mendahului saya dengan keyakinan bahawa kekecewaan itu sebagai satu kurnia. Kekecewaan itu adalah rahmat. Kekecewaan itu jalan mendekat kepada-Nya. Saya fikir, saya kian menuruti jalan tersebut. Untuk itu saya kembali menyertai Yasmin M.
Published on October 27, 2018 00:38
October 26, 2018
Saya dan sahabat al Qur'an bakal mengulang baca lagi sura...
Saya dan sahabat al Qur'an bakal mengulang baca lagi surah di lembar hadapan. Saya teringat panduan AM untuk saya mula melakukan hafalan. Menurutnya, harus ada hasrat yang tulus antara masa saya yang sempit. Mummy pasti ada sepuluh atau lima minit sehari untuk lakukan ini. Allah. Caranya menurut AM selepas ada hasrat, adalah mengulang-ulang baca ayat yang sama. Itu saja. Ulang dan ulang, mummy. Allah ya Allah. Saya mengenang lancarnya AM membaca juz amma, al Waqiah dan al Mulk. Betapa malunya saya, si tua ini.
Published on October 26, 2018 05:12
October 23, 2018
pulang dan pergi.antara peduli dengan membiarkannya sendi...
pulang dan pergi.antara peduli dengan membiarkannya sendiri. seperti riak dan pantai yang panjang,menjadi rutinitas dan inilah surat takdirnya.
Published on October 23, 2018 13:50
October 21, 2018
Saya seharusnya tidak menjadi hairan denga...
Saya seharusnya tidak menjadi hairan dengan banyaknya yang menyakitkan, menghibakan atau membuat saya terus rasa perih. Bujukan Ibn 'Athaillah, memang dunia ini penuh dengan kekeruhan. Sehingga dicatatnya, kekeruhan tidaklah tampak, kecuali itu adalah sifat wajibnya. Maka saya tidak perlu sakit hati lagi. Inilah dunia. Semuanya kekeruhan.
Published on October 21, 2018 18:24
October 19, 2018
Keliru memang. Antara bukaan sayap yang mahu melayah deng...
Keliru memang. Antara bukaan sayap yang mahu melayah dengan hasrat mahu menghinggap. Berjeda jujur atau sebenarnya celahan pura-pura sahaja.
Published on October 19, 2018 15:43
October 16, 2018
Saya mahu terbang lagi. Meninggalkan kabut yang seki...
Saya mahu terbang lagi. Meninggalkan kabut yang sekian tahun ini rupa-rupanya mengepung kesadaran saya.
Published on October 16, 2018 06:52
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

