Mawar Safei's Blog, page 75
January 1, 2019
1 Januari sejak beberapa tahun ini tidak ada makna apa-ap...
1 Januari sejak beberapa tahun ini tidak ada makna apa-apa melainkan tidur saya sering dikejutkan dengan bunyi bising mercun dan bunga api. Begitu juga dengan banyaknya ucapan dan video tahun baru yang masuk ke kantung wa. Jauh sekali menulis azam seperti dulu di lembar pertama buku harian. Namun hari terakhir 2018, sewaktu meninggalkan ruang kerja lewat petang itu, saya sempat merakam apa yang saya tinggalkan di meja komputer. Ya, foto di atas. Saya baru sedar al Qawwiyy beberapa masa ini saya selitkan antara kertas memo. Ternyata inilah doa yang saya mohon untuk menyambung tahun 2019. Perteguhkan keyakinan saya, ya Allah.
Published on January 01, 2019 02:08
December 31, 2018
Akibat rutinitas, sering tidak dapat dilarikan ...
Akibat rutinitas, sering tidak dapat dilarikan diri daripada rantaian kebiasaan sehinggakan terlupa akan ikrar untuk tidak lagi berdiam dengan harapan. Tidak ada lagi pohon sukma dan segala yang terkait dengan yang berkenaan, yang sudah kian dipadam angin dan tahun.
Published on December 31, 2018 05:53
December 30, 2018
Saya tidak bercuti menuju penutup tahun ini. Masih ke rua...
Saya tidak bercuti menuju penutup tahun ini. Masih ke ruang kerja rasmi malah megambil alih tugas rakan sejawat yang mengambil cuti. Saya juga belajar untuk tidak mengganggu ketenteraman mereka yang sedang berbahagia berliburan. Ternyata kebahagiaan itu sangat individual. Ternyata mengungsi dalam gua, itu juga suatu kebahagiaan. Selamat bercuti! Saya teringat foto di atas yang tergantung di salah sebuah kamar di rumah Nenek Merah.
Published on December 30, 2018 02:43
December 27, 2018
Dalam sibuk saya mahu mendapatkan al Qur'an baru (ya...
Dalam sibuk saya mahu mendapatkan al Qur'an baru (yang sedia ada diminati AM kerana terdapat sisipan penjelasan diksi Arab, dan dengannya AM lebih mempertajam kemahiran berbahasanya), saya didatangkan dua perihal. Satu cerita dan satu kejadian. Pertama, kisah anak-anak Nigeria yang tidak mampu memiliki al-Qur'an sama sekali, namun iltizam yang luar biasa mempelajarinya. Mereka menulis surah di atas kayu dan mengingat. Setelah dihafal, ayat itu dipadam dan diganti dengan surah baru. Subhanallah. Dan Sdr tidak menangis? Saat di negara kita ada pusat pelupusan al-Qur'an atau al-Qur'an di para-para hanya menjadi hiasan. Kedua, konfrontasi saya dengan sebuah syarikat menerbit dan menjual al-Qur'an yang sangat berkira-kira dengan laba dan terus meningkatkan harga jualan ayat-ayat Allah menjelang tahun baru. Subhanallah. Dan Sdr masih tidak menangis? Saya mahu terus mengungsi diri dalam gua.
Published on December 27, 2018 16:48
December 26, 2018
Lama dulu saya ada menulis tentang perjalanan watak sufi ...
Lama dulu saya ada menulis tentang perjalanan watak sufi dalam sebuah gua. Lama dulu, seingat saya semasa zaman mahasiswa. Mungkin judulnya Uzlah. Dan sekarang apabila kerap keluar masuk gua, saya fikir inilah tempat saya. Dan saya seperti tidak mahu keluar.
Published on December 26, 2018 06:42
December 25, 2018
Menjelang hujung tahun juga bermakna banyak lelah yang te...
Menjelang hujung tahun juga bermakna banyak lelah yang terkumpul dan banyak kesakitan yang terhimpun. Beberapa sahabat saya terpaksa dirawat untuk penyembuhan segera. Ya, harus kebah cepat sebelum tahun baru tiba dan ia perlu dijalani dengan sihat. Saya sebenarnya pernah tidak mahu peduli dengan tahun baru masihi. Namun rupa-rupanya di Madinah, misalnya, tahun baru hijrah juga hampir tidak bermakna apa-apa. Baru saya sedar bukan hari, minggu mahupun tahun yang menjadi perihal yang mustahak. Ternyata yang lebih bererti adalah keazaman untuk menjadi lebih baik hari ini daripada semalam. Saya fikir itu antara pelajaran saya berdiam di dalam gua kelmarin. Dan saya mahu belajar lebih banyak menjelang tahun baru kali ini. Ya, saya akan masuk gua lagi.
Published on December 25, 2018 04:11
December 23, 2018
Terasa benar hujung tahun apabila ramai yang bercuti. Kam...
Terasa benar hujung tahun apabila ramai yang bercuti. Kampus lengang (kebetulan juga musim kuliah baru berakhir) dan lebuhraya sesak. Seperti selalu inilah masa yang saya sangat suka berlama-lama di bilik kerja di kampus. Saya tidak akan mengambil cuti. Mahu sendiri terus. Membuat kopi dan melanjutkan kerja menulis. Aman dan nyaman sekali. Ini benar-benar berada di dalam gua. Ya, gua yang dimangga dengan kata laluan yang tidak ada siapa dapat meneka untuk masuk.
Published on December 23, 2018 02:40
December 21, 2018
Hentikan bentangan harapan.
Published on December 21, 2018 05:52
December 19, 2018
Masih banyak yang kurang dimengerti apabila kita ber...
Masih banyak yang kurang dimengerti apabila kita berdiri dengan dihadang antara hijab. Apalagi hijab itu terbangun daripada jisim usia dan pemikiran yang sama sekali berbeda harkatnya. Namun hijab itu sekali sekali akan tersibak dengan ikrar untuk terus memahami dan kian mengasihi. Datang dan perginya seperti angin siang yang berulang alik di hadapan jendela ruang bekerja saya. Alami dan takdirnya sukar sekali untuk dimengerti.
Published on December 19, 2018 01:47
December 17, 2018
Alhamdulillah syukur. Terima kasih Sdr Nazmi dan Sdr Hafi...
Alhamdulillah syukur. Terima kasih Sdr Nazmi dan Sdr Hafizah di BH atas penyiaran cerpen terbaru saya 16 Disember kelmarin. Terima kasih khas buat Mel. Cinta dan rindunya terhadap Sang Pahlawan berkuda itu sangat luar biasa!
Published on December 17, 2018 13:31
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

