Mawar Safei's Blog, page 73
February 2, 2019
Hujung minggu yang membawa ke cuti yang panjang. Cuti lag...
Hujung minggu yang membawa ke cuti yang panjang. Cuti lagi. Seperti selalu, saat semua orang sedang bersuka ria di jalanraya dan lebuhraya, saya fikir saya jelas ke mana harus saya tuju. Selamat menikmati cuti. Buat YKC, SL, CL, HB dan ramai teman Tionghua lain termasuk tetangga di belakang dapur saya, xinian quaile.
Published on February 02, 2019 02:06
January 29, 2019
Fobia. Trauma. Ya, selain saya ini seorang penakut. Keran...
Fobia. Trauma. Ya, selain saya ini seorang penakut. Kerana trauma saya tidak makan lembu bertahun tahun. Kerana trauma A dan A juga saya tidak makan ikan yang sangat saya senangi sekian lama. Dan mulai awal tahun ini saya sudah tidak boleh mengambil ayam, ya kerana fobia juga. Sekarang saya tidak boleh melihat orang dengan lahap menelan ayam. Allah ya Allah. Ada sahabat yang mahu mendapatkan saya ayat penenang hati untuk melupakan semua yang menakutkan itu. Sepertinya saya melihat hantu setiap kali ada yang menitip video atau foto lewat wa, yang membuat saya menangis merinding. Lembaga Penapis di rumah adalah Z dan AM. Saya akan meminta mereka mengimbas dulu. Atau tidak jarang akibat terlalu percaya kepada pengirimnya, apa yang saya lihat membuat saya mahu pitam dan sukar tidur malam. Ini pengakuan dan saya memang penakut walau selalu mencuba jadi berani.
Published on January 29, 2019 13:15
Hari yang bersejarah juga. Saya menggugurkan nama sendiri...
Hari yang bersejarah juga. Saya menggugurkan nama sendiri secara teknikal daripada senarai editorial Jurnal Melayu. Selama lima tahun, tidur dan jaga bersama-sama http://ejournal.ukm.my/jmelayu, saya melepaskannya hari ini. Aneh, saya seperti mahu menangis (gembeng, memang gembeng) seperti mahu menyerahkan anak yang disayangi kepada orang lain. Aduhai. Selamat maju jaya kepada pasukan baru JM.
Published on January 29, 2019 01:52
January 28, 2019
Banyak ketakutan saya dalam hidup. Antaranya ad...
Banyak ketakutan saya dalam hidup. Antaranya adalah mendatangi klinik gigi, ya, walaupun saya sudah tua. Saat saya melangkah masuk, doktor gigi dan pembantunya adalah seperti gergasi yang sedia menanti saya di dalam gua yang tragis. Menjadi tua yang terkait dengan gigi adalah peranan gusi yang memungkinkan gigi itu berpindah randah. Ya, ada gigi saya yang sudah mula bergerak-gerak. Menakutkan. Memang. Sebelum keluar, ada suara seperti gema gergasi yang mengingatkan, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur! Saya tidak mahu menoleh. Ia terus menerus mengikuti saya.
Published on January 28, 2019 06:21
January 26, 2019
Fake hope. AM sudah pandai menyebutnya. Mummy, jangan sel...
Fake hope. AM sudah pandai menyebutnya. Mummy, jangan selalu buat fake hope. Saya tersandar. Banyakkah janji saya? Sama banyakkah dengan saya memungkirinya? Sejak lama, saya selalu berjanji untuk jadi lebih baik daripada semalam. Dan sekarang, sehingga umur saya hampir setengah 100, saya masih belum dapat menggenapkan janji itu. Kalau AM tahu, harus saya disyarahnya; sepertimana saya pernah mendengar syarahan AM kepada ibu saya lewat panggilan telefon. Kurang lebih begini bunyinya: bertaubatlah, hari kiamat semakin dekat. Bacalah al Qur'an. Saya mengenang AM di maahad. Jangan buat fake hope, mummy. Suara AM bergema seperti talun dalam gua yang saya duduki tempohari.
Published on January 26, 2019 12:40
January 25, 2019
Musim gerimis petang, sebahagiannya jadi memihak setiap k...
Musim gerimis petang, sebahagiannya jadi memihak setiap kali saya memandu pulang. Saya seperti menunggu-nunggu yang menghilang tahun. Menuju belukan dan menuruni cerun tipis, di sana kami akan bertemu. Belum pernah saya sempat merakamnya. Subhanallah. Dan dia terlalu indah untuk dikenang, sebaiknya saya simpan dalam bayangan yang hanya saya kenal sendiri. Nanti mungkin, suatu masa, walau jauh daripada nyata.
Published on January 25, 2019 13:31
Jumaat petang lagi. Dan ini Jumaat petang dengan gerimis ...
Jumaat petang lagi. Dan ini Jumaat petang dengan gerimis tipis dan sunyi yang pipih. Sdr sedar, kita hampir menyudahkan bulan pertama yang sarat dengan sekian harapan dan tuntutan. Ya, seawal bulan pertama ini. Rasanya baru semalam atau kelmarin saya melihat cantiknya bulan penuh yang diampai malam malah masih ada di situ saat dini waktu saya memandu menuju kerja. Begitu saban masa, harapan dan syarat hidup terus mengepung. Sehingga banyak yang kita lupa, bingung dan apa yang di hadapan mata hanya ranah kosong.
Published on January 25, 2019 01:57
January 22, 2019
Iklan lagi. Sebenarnya ini projek lama yang baru diterbit...
Iklan lagi. Sebenarnya ini projek lama yang baru diterbitkan tahun ini. Alhamdulillah syukur. Saya menulis kata awalnya, langsung dianggap sebagai editor. Saya difahamkan begitulah gaya Dewan. Mudah mudahan bermanfaat.
Published on January 22, 2019 13:09
Selain bantu mengiklan, sebagai penulis kreatif, saya per...
Selain bantu mengiklan, sebagai penulis kreatif, saya percaya buku ini sangat mengilhamkan untuk dijadikan rujukan berkarya. Tahniah kepada sahabat saya, PM Dr Tengku Intan dan pasukannya dengan penyelenggaraan himpunan cerita rakyat ini.
Published on January 22, 2019 06:01
January 21, 2019
Cuti hujung minggu yang panjang, membawa saya ke ruang pe...
Cuti hujung minggu yang panjang, membawa saya ke ruang penyiasatan. Memeriksa tugasan mahasiswa menemukan saya ke titik keberanian mereka melakukan penipuan. Ya, plagiarisme. Saya menyedari kepintaran mahasiswa sekarang menyalin dengan menyeberang banyak sungai dan lautan genre. Misalnya bagaimana penghasilan cerita pendek mereka disalin dari drama atau filem; bukan hanya filem Melayu tetapi menyeberang ke Inggeris dan Korea! Ia sangat mencabar saya sebagai guru tua yang harus banyak membaca dan bijak menyelongkar; seperti yang pernah saya lakukan dalam kerja intertekstual saya sebelum ini. Saya tidak pasti mereka membaca entri dan peduli kewujudan blog ini.
Published on January 21, 2019 06:18
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

