Mawar Safei's Blog, page 79
October 13, 2018
Garuda?Saya senang sekali tahu makna sugeng tindak yang m...
Garuda?
Saya senang sekali tahu makna sugeng tindak yang menggantikan bon voyage. Dan bagaimana si merah perkasa ini mengiringi saya untuk terbang semula.
Published on October 13, 2018 20:43
October 12, 2018
Saya ini aslinya Jawa. Bagaimana menjauh, saya rasa akarn...
Saya ini aslinya Jawa. Bagaimana menjauh, saya rasa akarnya juga kian utuh sekali memegang sukma ini. Kembali menyelak lembar Babad Tanah Jawi. Kembali melintasi Rama dan Sinta di Prambanan. Kembali dengan dentingan gending Jawa yang sangat menyihir. Asyiknya seperti kali pertama jatuh cinta, seraya melihat sekumpulan kupu-kupu biru mengerumuni taman yang sebelum ini ditinjau dari tanah yang jauh.
Published on October 12, 2018 18:51
October 8, 2018
Bagai kupu-kupu biru kelmarin, saya terbang lagi. T...
Bagai kupu-kupu biru kelmarin, saya terbang lagi. Tidak bermaksud sama sekali untuk meninggalkan. Sebaliknya mahu selalu melayah dan hinggap di dahan hari bersama-sama. Saya mengenang kembali lelaki dalam cerpen "Kupu-kupu Biru di Penjuru Qalbu." Saya antaranya merasakan tamsilan kupu-kupu yang menerpanya adalah saya. Kupu-kupu yang selalu mahu berada lama di dadanya. Itu hijab teduhannya. Benar, ia labuhan sukmanya. Dan kupu-kupu yang selalu berada di mana-mana juring sekalipun dia berada. Jadi ini bukan titipan nota selamat tinggal, sebelum saya menyibak sayap kecilku.
Published on October 08, 2018 13:21
October 7, 2018
Cerpen terbaru saya di Dewan Sastera Oktober, "Kupu-kupu ...
Cerpen terbaru saya di Dewan Sastera Oktober, "Kupu-kupu Biru di Penjuru Qalbu." Terima kasih Sdr Zaharahanum, Editor DS yang menerimanya.
Kupu-kupu biru yang mengilhamkan. Bersama-samanya kisah lelaki, didatangi kupu-kupu biru yang hinggap di dadanya yang sarat dengan harapan dan sejuta perih.
Published on October 07, 2018 09:00
October 5, 2018
Selamat SDD, diluncur hari ini!
Published on October 05, 2018 19:45
October 4, 2018
Benar, pengakhirannya begitulah. Hilang. Sudah tidak dapa...
Benar, pengakhirannya begitulah. Hilang. Sudah tidak dapat dikesan melalui apa juga teknologi hatta oleh pasukan yang handal sekalipun. Ya, fail persidangan saya itu benar-benar diserang virus yang dahsyat sehingga tidak meninggalkan jejak. Saya dinasihatkan menulis dari mula dan tidak perlu lagi mengharap. Benar, saya masih tenang untuk belajar makna hilang. Saya belajar untuk tidak lagi menanti-nanti, apa lagi mengharap. Saya belajar untuk melepaskan. Benar, ia sangat perih. Benar, ia sangat tidak dapat saya lalui sendiri.
Published on October 04, 2018 13:27
October 3, 2018
Kehilangan. Ya, banyak yang saya hilang seminggu dua ini....
Kehilangan. Ya, banyak yang saya hilang seminggu dua ini. Fail yang patut dititip segera ke panitia persidangan yang bakal saya hadiri, tiba-tiba tidak boleh dicapai. Aneh, daripada sekian banyak fail, hanya fail yang satu itu corrupted. Subhanallah. Sekian lama tidak bergantung kepada external drive, kali ini itu tempat saya menyimpan. Sekian lama saya pandai merapikan fail di emel atau di cloud, namun kali ini itulah nasibnya. Letih. Remuk. Sedih. Mungkin sama letih, remuk, sedih dan perihnya apabila kehilangan teman yang sekian masa ada untuk bercerita. Teman yang selalu mahu mendengar kisah dungu saya. Aneh sekali apabila kita tercari-cari kepada siapa semua ini mahu dicurahkan. Sudah tidak ada lagi tempat untuk berbahagi doa malah solah. Tidak ada. Ya, semuanya sudah terbang. Persis si Putih yang sudah tidak lagi pernah datang melayah dan hinggap di jendela senja saya. Mungkin saja dia sudah bosan. Mungkin saja dia sudah lupa.
Published on October 03, 2018 13:08
October 2, 2018
Saya baru sedar negara saya tidak ada syarat "lulus bahas...
Saya baru sedar negara saya tidak ada syarat "lulus bahasa" untuk berada di sini. Mengetahui negara jiran meminta kami membantu menyediakan kertas peperiksaan "lulus bahasa Melayu" untuk mereka, ia sangat menghenyak harga diri sendiri. Betapa hormatnya mereka terhadap bahasa Melayu. Betapa kita pura-pura mengasihi, betapa kita sebenarnya tidak cinta. Semuanya datang seperti kabut.
Published on October 02, 2018 14:09
October 1, 2018
Kabut
Published on October 01, 2018 08:36
September 30, 2018
Berdiri di antara kering angin laut atau sahaja saat dike...
Berdiri di antara kering angin laut atau sahaja saat dikepung kabut bukit waktu dini, ia menjadi baris-baris puisi yang menambat aksara rasa dan kata sukma. Benar ia simpulan magis, enggan mahu dilerai, apalagi terputus. Benar, ia mahu diikat terus.
Published on September 30, 2018 07:53
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

