Roslan Hamid's Blog, page 58

April 22, 2021

Ramadan 11, 1442: Kenapa kasihi yang cantik sahaja? (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)


KATA bijak pandai sebagai makhluk setiap daripada kita adalah pengemis. Mungkin ada orang terutama yang kaya, berkuasa, ternama dan berpangkat tidak dapat menerima hakikat ini, jadi moleklah saya mengutarakan hal ini yang diharapkan dapat membuka mata dan hati kita semua.


Sekarang heboh kisah seorang artis cantik kehilangan seekor kucing yang juga 'cantik'. Ya, ramai orang 'menyayangi' kucing. Ini kisah seorang daripadanya, tetapi bukanlah membabitkan artis itu. Di rumah orang ini ada sejumlah kucing; dan apabila diberi kucing-kucing makan di luar, maka adalah seekor dua kucing termasuk 'kucing kurap' datang untuk menumpang makan. Apa yang menyedihkan, hanya kucing-kucing kesayangan diberi makan sebaliknya si kucing kurap diusir. Ya, kucing-kucing cantik milik sendiri disayangi tetapi yang kurap tidak dikasihani.


Kenapa manusia membeza-bezakan layanan sesama binatang; menyayangi yang comel dan cantik tetapi membenci yang kurap? Mungkinkah orang ini bukan penyayang binatang tetapi menyayangi 'kecantikan dan kecomelan'. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa Mengetahui; kepada-Nya kita meminta pengampunan.


Apa yang kita amat kita bimbang, jika kita tidak mengasihi makhluknya di bumi atau melakukannya secara terpilih-pilih, yang di langit (seperti malaikat-Nya) apatah  lagi Allah SWT tidak mengasihani kita atau melakukan sikap terpilih-pilih pula. Inilah yang amat kita takuti. Jika kita mengusir si kucing kurap tanpa belas kasihan, ingatlah Yang Maha Berkuasa pada bila-bila masa boleh menjadikan kita 'manusia kurap'.


Misalnya, sekali Dia tarik satu 'suis' di tubuh kita, maka menderitalah kita dengan penyakit angin ahmar. Lumpuh satu badan. Terbaring kaku di katil tetapi nafas masih ada. Berhari-hari koma kemudian bertukar minggu dan bulan. 


Bahagian bawah badan akhirnya bertokak. Seluruh tubuh mula berkudis. Kerana lama kita dirawat, banyak harta dan wang kita habis. Boleh jadi kita akhirnya jatuh miskin, papa kedana. Orang termasuk anggota keluarga menjadi benci - mereka bertanya, bila 'orang tua ni' nak mati?


Demikianlah akhirnya kita menjadi 'orang kurap'. Dulu kita mengusir si kucing kurap, kini kita pula menjadi 'manusia kurap'. Takutilah, wahai pembaca budiman terutama diri ini, Allah pada bila-bila masa boleh menjadikan kita 'manusia kurap'. Apabila sudah menjadi 'manusia kurap' apakah masih ada harapan kepada kita?


Jawapannya, insya-Allah harapan masih ada, kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang kepada semua hamba-Nya. Bertaubatlah dan merintihlah seperti apa yang ucapkan doa pada awal celoteh ini: "Aku memohon kepada-Mu umpama si miskin yang meminta-minta, aku juga tunduk di hadapan-Mu sebagai orang yang berdosa dan hina. Aku memanjatkan doa kepada-Mu umpama orang yang dicengkam rasa takut dan bahaya sebagai hamba yang patuh dan tunduk di hadapan-Mu."


Selain penyakit; sejarah mencatatkan berapa banyak orang kaya, ternama dan masyhur akhirnya menjadi tinggal sehelai sepinggang atau menjadi pengemis disebabkan bencana seperti berlakunya kebakaran dan bencana alam malah 'dijual' sendiri oleh anak-anak, suami atau isteri dan rakan masing-masing. Malah ada yang 'lingkup' kerana kemerosotan ekonomi dan jenayah kewangan mereka sendiri.


Emperor Moghul yang masyhur dan kaya raya, Shah Jahan, yang terkenal dengan 'Taj Mahal'nya, pada penghujung hayatnya dikatakan 'dikurung' sendiri oleh anaknya. Dari 'kamar tahanan', dia melihat penuh sedih Taj Mahal; kuasa akhirnya sudah terlerai daripadanya; dia hidup penuh kesepian dan kehinaan kerana dunia sudah terlepas dari tangannya sekalipun dia belum mati! 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2021 16:20

April 21, 2021

Ramadan 10, 1442: Dosa kepada ibu bapa dibayar 'tunai'...(U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


DENGAN melihat Kaabah saja seseorang itu sudah mendapat pahala...dia akan diganjari oleh Allah SWT. Ini kerana Allah SWT menjanjikan rahmat kepada orang tawaf, solat dan memandang Kaabah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud Allah SWT menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 rahmat untuk solat dan 20 rahmat untuk orang memandangnya.

Ya, tanpa berbuat apa-apa, hanya memandang Kaabah saja sudah meraih keuntungan besar, namun persoalannya di tanah air selepas menunaikan haji terutama bagi golongan 'veteran' yang sudah pencen, mana ada peluang bagi kita untuk menatap Kaabah bagi mendapat kelebihan ini. Gambar Kaabah yang digantung di dinding atau dalam siaran televisyen bolehlah kita lihat, tetapi apakah itu berpahala?

Namun ada amalan lain 'kalau tengok saja (selain Kaabah) sudah dapat pahala' yang boleh diusahakan semua orang berdasarkan sebuah hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." (Riwayat Abu Nuaim)

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah tawaran untuk mendapat pahala dengan melihat ibu bapa kita seperti ditazkirahkan seorang ustaz dalam satu majlis yang penulis ikuti baru-baru ini.

Katanya, ibu bapa terutama yang sudah terlalu tua benar-benar berharap anak-anak di perantauan menjengok mereka terutama pada hari kebesaran Islam.

Bagi mengukur hati budi seorang anak katanya, adakah si anak yang menelefon 'orang tua' bagi bertanya khabar atau si ibu dan bapa yang 'menyibuk' menelefon anak dan cucu.

Kalau si ibu yang 'menyibuk' menelefon si anak tetapi tidak bagi si anak, membayangkan si anak sudah mula melupakan ibu bapanya.

Menjelang lebaran misalnya, mungkin si ibu akan bertanya, balik tak raya nanti yang mungkin akan dijawab oleh si anak; "Mak saya sibuk ni (sibuk apa selepas pencen?), tak dapat balik, mungkin raya tahun depan kot!" (Maaf, rencana ini ditulis sebelum PKP, sekarang rentas negeri tak dibenarkan)

Jawapan ini, kata sang ustaz, akan membuat hati seorang ibu luruh, bagi orang tua yang cukup sensitif dia sudah dapat rasakan 'mungkin ini Ramadan dan Aidilfitrinya yang terakhir'.

Ingat, kata sang ustaz, jika inilah jawapan yang kita beri, dikhuatiri 20 atau 30 tahun nanti, anak kita pula akan memberi jawapan yang sama kepada kita.

"Biasanya dosa kepada ibu bapa, Allah Taala akan bayar 'cash' di dunia ini. Sebelum pembalasan di akhirat apa saja perbuatan kurang baik kita kepada ibu bapa akan ditunjukkan balasannya di dunia lagi," tegasnya.

Mungkin jika anaknya tertangguh-tangguh untuk balik, hanya dua batu nesan kaku saja yang dapat ditatapnya. Menatap tanah perkuburan sudah pasti tidak sama dengan menatap wajah tua ibunya yang Allah SWT sudah sediakan pahala seperti yang termaktub dalam hadis.

Memang jauh bezanya menatap wajah si ibu atau ayah berbanding batu nesan mereka. Seorang sahabat saya bercerita balik kampung tidak bererti lagi bagi dirinya selepas kedua-dua orang tuanya meninggal dunia. 

"Balik kampung pun buat apa, rumah saudara mara yang ada takkan sama dengan rumah mak bapak kita sendiri," katanya.

Oleh itu bagi mereka yang masih ada ayah bonda atau salah seorang daripadanya, baliklah, kata sang ustaz. "Jengoklah mereka, peluklah mereka selagi mereka masih ada. 

"Rebutlah kesempatan ketika mereka masih hidup kerana ramai anak-anak yang meraung menangis menyesal perbuatan mereka selepas orang tua sudah tiada," katanya.

Beliau berkata berbaktilah bersungguh-sungguh tatkala ibu bapa masih ada. Gunakan segala kesempatan sementara mereka hidup.

Namun bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, mereka juga boleh berbakti dengan menjadi anak salih yang sentiasa mendoakan kedua-duanya, melakukan kebaikan seperti bersedekah atas nama mereka, mengeratkan siratulrahim sesama anggota keluarga serta berbuat baik kepada sahabat mereka, kata ustaz

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 21, 2021 16:09

April 20, 2021

Ramadan 9, 1442: Berjaya, kecundang cerita biasa manusia...(U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan


"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)



RAMADAN ini adalah bermanfaat kita merenung dan bermuhasabah prestasi kita, terutama usaha kita untuk mendekati Yang Maha Kuasa.

Sebagai makhluk-Nya yang lemah, ada kehendak dan impian kita tercapai dan ada yang tidak. Kita merancang, yang menentukannya Allah SWT.

Tidak lama dulu, ketika tertonton 'highlight' (babak menarik) sebuah drama Cina di televisyen, tersentak hati saya sebentar ketika mendengar perbualan dua gadis. Seorang daripadanya merungut-rungut kerana banyak kehendaknya tidak tercapai. Jawapan si temannya mengejut dan menyentak jiwa saya. Antara lain katanya, "kalau kamu mahu semua kehendak kamu dipenuhi kamu jadilah tuhan!"

Ya, Allah-lah Yang Berkuasa, kita tidak ada (punya) apa-apa. Tidak semena-mena saya menjadi insaf...sekalipun kata-kata ini diucapkan oleh seorang gadis Cina tanpa tauhid, terasa terpukul diri ini bahawa kita ini hanya HAMBANYA; Namun kita 'berlagak', berperasan kita boleh buat itu dan ini, berperasan kita berjaya kerana usaha kita.

Kita terlupa Allah SWT-lah penentu segala-galanya. Dia boleh memberi kita berjaya atau tidak, Dia juga penentu sama ada kita boleh mendapatkan sesuatu atau tidak. Semuanya terletak pada-Nya...namun kita selalu terlupa. Kita nakkan berjaya saja, tak dapat terima gagal atau segala perkara yang dianggap negatif lain seperti jatuh sakit, dibuang kerja dan hilang pangkat dan jawatan.

Adakah dalam hidup ini kita mahu terima yang 'best' (baik-baik saja)?Benarkah kehidupan di dunia ini ada bahagia selama-lamanya? Semakin tuanya diri ini, semakin sedarlah saya bahawa kehidupan ini sebenarnya dilalui secara pergiliran - ada kehendak kita dipenuhi ada yang tidak; ada bahagia ada derita, ada senang ada susah, ada masa gembira dan ada masa berduka - semuanya berlangsung silih berganti ibarat siang dan malam; gelap dan terang. 

Pemikir Melayu-Islam yang tersohor di Nusantara, Allahyarham Buya Hamka dalam salah sebuah buku yang pernah saya baca (tak ingat lagi tajuknya) ada mengungkapkan bahawa jika kita melihat istana yang tersergam indah; janganlah ingat di dalamnya penghuninya sentiasa hidup berbahagia dan bersukaria - di sana juga ada derita dan air mata! Jadi janganlah kita tertipu dengan apa yang kita lihat. 

Hidup adalah satu perjalanan menuju noktahnya, kematian. Masalahnya kita tidak tahu bila dan bagaimanakah noktah itu. Apa saja boleh berlaku dalam perjalanannya;ada ulama mengkategorikan kehidupan seperti berikut: kita bermula dengan baik tetapi bertukar buruk dan akhirnya mati dalam kejelekan (su'ul khatimah); kita bermula dengan buruk tetapi hujung hayat menjadi baik dan mati dalam kebaikan (husnul khatimah); kita bermula dengan baik dan mati dalam baik (inilah yang terbaik) dan kita bermula dengan buruk dan mati pun dalam keadaan buruk (ini paling teruk). 

Kemudian ada sebuah hadis menyebut: Daripada Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: beliau diberitahukan Rasulullah s.a.w. bersabda: "...Sesungguhnya salah seorang antara kamu beramal amalan ahli syurga sampai antara dia dengan syurga tinggal sejengkal, kemudian didahului ketentuan sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka dan masuklah ia ke dalam neraka; dan salah seorang kamu melakukan amalan ahli neraka sampai antara dia dan neraka tinggal sejengkal, kemudian didahului ketetapan, sehingga dia melakukan amalan ahli syurga sehingga dia masuk ke dalam syurga.“ - Imam Bukhari

Ya, wahai pembaca, kita tidak tahu nasib kita pada masa depan; jadi pada kesempatan ini inginlah saya yang daif ini mengingatkan diri sendiri dan pembaca usahlah kita berlagak sombong mengecop seseorang itu banyak dosalah; dia, hatta bekas mayat dia pun tidak layak dibawa pulang dan sebagainya kerana sebagai insan serba lemah kita tidak tahu hakikat seseorang termasuk dia sudah beriman atau tidak; yang tahu hanya dia dan Allah SWT saja. 

Bukankah kita sudah biasa mendengar taubat seorang penjahat yang telah membunuh 99 orang; kemudian melengkapkannya menjadi 100 orang; tetapi taubatnya diterima Allah SWT dan dia dimasukkan ke dalam syurga; jadi apakah kelayakan kita untuk berkata itu dan ini mengenai seseorang itu sedangkan dosa kita sendiri bertimbun; sekarang ini Allah SWT 'sembunyikannya' jika Dia 'mendedahkannya' habislah kita! Kemudian kita juga tahu ada 'ahli syahid' yang dihumbankan ke neraka! 

Kita perlu sedar dunia dan segala isinya sentiasa berubah. Ada pasangan yang bahagia pada awal perkahwinan, kemudian kerap berlaku 'perang Teluk' yang membawa kepada perceraian. Pasangan yang kekal ke akhir hayat pun bukan sentiasa 'happy' saja; ada masa bahagia ada masa derita - bukanlah peribahasa Melayu ada menyebut "sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri..." 

Ya, dunia sentiasa berubah dan sejarah (dunia) biasanya dirakamkan oleh pihak yang menang (berkuasa). Ada sebuah peribahasa Afrika berbunyi: “Until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters” (sehinggalah sang singa mempunyai penulis sejarah, kisah perburuan akan hanya menggambarkan kehebatan si pemburu). 

Kini kita digembar-gemburkan segala yang muluk-muluk mengenai si pemburu; singa di hutan siapa peduli? Pemburu berlagak 'hero' sedangkan di hutan tadi, dia lari lintang pukang menyematkan diri hanya selepas mendengar bunyi 'deheman' raja rimba. Tetapi di kampung, dia berlagak, bercerita dia telah menikam sang singa!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 20, 2021 16:04

April 19, 2021

Ramadan 8, 1442: Mat Jenin (Tale of a fallen monkey...)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


WATCHING the life styles of our new generation for example young men and women in my housing area or even my own grown-up children made me scared; the majority of them were in 'comfort zone' - they were pampered with luxurious of life - among youngsters with jobs almost of them own cars or at least motorcycles. 


Yes, I had never seen these working youngsters using public transportation. And regarding food; the majority of them rarely ate at home; they frequented stalls including those run by 'mamaks' and sometimes ate at fast food chains. They too rarely cook at home, perhaps they only knew how to cook 'maggi mee'!


They too were dressed in 'the style of the rich and famous' and regarding 'accessories items' such as electronic gadgets they were always up to date. As for the girls, their 'tudungs' were from renowned house of design and fashion.


I was amazed at the style of living of our youngsters. For example a young man who was a neighbor and had been working as a postman for only a few years could own a new Proton Saga FLX...it's totally different from my way of life when I entered the working world as a journalist in 1986.


During the first and second year of working, I still used the old Yamaha kapcai 90cc motorcycle which I bought during my university's years and after three years working only then a managed to buy a car...mind you it was a 'third-hand' one!


Perhaps I was in 'the wrong train'; yes how could I compared the slow and nostalgic 'train' of mine compared with 'the fast and furious one' of the new generation. 


My way of thinking and their's did not matched; well let's the young generation live the way they liked but one thing that disturbed my mind was a 'tazkirah' (lesson) by an 'ustaz' (religious teacher) at a 'masjid' near my house recently, who warned about the danger of living in 'comfort zone'.


To begin with he told a story about a monkey perched on top of a coconut tree. The monkey was trying to have a rest after a day's hard work. But the whether was troublesome...suddenly there was a windstorm, the monkey hugged and hold tight...the more fierce the wind blew, the more the monkey tightened his grip to the trunk of the coconut.


Then it was over; the whether became fine, the wind was mild and gentle The breeze made the monkey comfortable (he was in a comfort zone) and as he sat on a branch, he felt asleep. He was too deep in his sleep that he loose balance and fell flat to the ground from 30 meters...well he was 'pronounced dead'!


So 'which type of wind or style of living' made the monkey fell down? It was the gentle wind that made the monkey felt comfortable and at ease thus he was not careful or alert to dangers around him. But in a tight situation such as facing a thunderstorm he understood he would be in trouble even dead if he just took things easy. He worked and 'prayed' hard that God would saved him by 'taking away' the menacing wind.


There's another story, famous among the Malays, about a 'daydreaming' guy named Mat Jenin. When he was perched on top of a coconut tree, Mat Jenin who was poor, dreamed of becoming rich until he could have the hands of a princess in marriage...and as he about to touch the beautiful lady he crashed down and as the monkey he too 'was pronounced dead'!


Living in comfort zones made many of our youngsters took things too easy. They did not understand the hardship of life, for the majority of them think their existence were 'to enjoy worldly pleasures to the maximum'. Well some had guts to say "semasa muda ini enjoy dulu, tua nanti taubatlah" (while we are still young have fun, when we became old then we would repent).


So when they 'have some money' after working, they started to buy worldly pleasures they dreamed off previously such as cars, home audio visual sets, electronic gadgets and so on even if they had to make heavy loans.


To our youngsters, please seek knowledge so that we would be safe in this world and Hereafter. Allah SWT says in the Qur'an: "Competition in (worldly) increase diverts you; Until you visit the graveyards; No! You are going to know; Then no! You are going to know; No! If you only knew with knowledge of certainty...; You will surely see the Hellfire; Then you will surely see it with the eye of certainty; Then you will surely be asked that Day about pleasure. (Qur'an: Surah Al-Takathur; 102, 1-8)


Being 'playful' in life thinking that we were still young and far away from death is a 'dangerous game' because Allah SWT The Almighty could take our life at anytime...remember there's a Malay proverb saying "putik kelapa pun ada yang gugur" (young coconuts too fall down).


Remember even 'skillful' monkeys too fall from trees. Monkeys are coordinated physically and are well suited to a life of trees proving that they are skillful animals when it comes to climbing and swinging around on the branches of trees. But sometimes these monkeys while playing with on the tree slip and fall down. There is also a Malay proverb which reads: "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" (as clever as the squirrel hops, it will, one day, eat dirt).  


Watching the people around us especially our youngsters we have to acknowledge that many are madly in the 'rat race chase' - their lives are only to fulfill their desires; they work, eat and play and have no time even to say 'thank you' (Alhamdulillah) to their Creator such as performing the 'solat'. 


Some people seemed like animals; Allah SWT says in the Qur'an: They are like cattle, who only think about what it eats, and does not think about the future and prepare for another life. They are not only like cattle but even worse, because cattle obey Allah in reasons of its creation. This is reflected in Surah al-Furqan where it says: "They are only like cattle - nay, they are even further astray from the Path - even worse than cattle." (Al-Qur'an 25: 44)


Nowadays people are heaping 'worldly pleasures' like mad. They do not care if they had to make loans which involved in 'haram' (prohibited) process such as 'riba' (usury), giving and receiving bribes or involved in money-laundering.  


Allah informs man about the insignificance and deceptive allure of the world in the Qur'an: "Know you (all), that the life of this world is but play and amusement, pomp and mutual boasting and multiplying (in rivalry) among yourselves, riches and children. Here is a similitude: how rain and the growth which it brings forth delight (the hearts of) the tillers; soon it withers; you will see it grow yellow; then it becomes dry and crumbles away. But in the Hereafter is a penalty severe (for the devotees of wrong). And forgiveness from Allah and (His) good pleasure (for the devotees of Allah). And what is the life of this world, but goods and chattels of deception? (Surat al-Hadid: 20)


True wealth belongs to those believers who never show an inner interest in possessions in this world and truly believe that only Allah gives everything to man. These are actually the really wealthy people in this world; they do not limit their lives to a mere 60-70 years. Believers engage in the best trade by obtaining paradise in exchange for this life. They prefer permanent instead of temporary wealth. Allah informs us about this in the following verse:


Allah has purchased from the believers their persons and their goods; for theirs (in return) is the Garden (of Paradise): they fight in His cause, and slay and are slain: a promise binding on Him in truth, through the Taurah, the Gospel, and the Qur'an: and who is more faithful to his covenant than Allah? Then rejoice in the bargain which you have concluded: that is the achievement supreme. (Surat at-Taubah: 111)


Subhanallah, nowadays we, especially our youth are now living in a comfort zone...hopefully we are not going to ZZZZZ (doze off) in this challenging era just like 'the fallen monkey'!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2021 16:10

April 18, 2021

Ramadan 7, 1442: Sejarah Melayu sarat khazanah keilmuan (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan 

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain daripada Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku." (Surah Yaasin, ayat 23)



Penulis kerap menekankan agar generasi muda, terutama anak-anak di bangku sekolah, menguasai bahasa Inggeris. Apabila dapat menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris), tentulah 'saham' mereka tinggi. Jika dapat menguasai tiga atau lebih banyak bahasa lagi baik, tentulah peluang dan masa depan mereka terutama dalam kerjaya semakin terbuka.


Dalam kehidupan harian (biasa) pun seseorang itu akan mendapat banyak kelebihan jika dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Misalnya jika seseorang itu ke perpustakaan awam, mereka yang hanya dapat membaca dalam bahasa Melayu, bahan bacaan (termasuk akhbar) yang dapat baca adalah yang berbahasa Melayu saja, sedangkan yang menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dapat membaca kedua-duanya.


Biasanya akhbar berbahasa Inggeris jarang menjadi rebutan, jadi seseorang itu boleh membacanya dengan santai. Itulah contoh mudah kelebihan seseorang yang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Tetapi perlu diingat bahawa sekalipun mampu menguasai banyak bahasa, seseorang itu sewajarlah mencintai bahasanya lebih daripada bahasa lain; kecualilah bahasa Arab kerana ia bahasa al-Quran; setiap Muslim diajar agar mencintainya sekalipun tidak faham.


Akhbar-akhbar berbahasa Inggeris di negara kita kerap menyiarkan pandangan individu dan kumpulan mengenai mengapa subjek Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Antara hujah yang kerap digunakan ialah bahasa Inggeris adalah bahasa ulung sains dan teknologi manakala bahasa Melayu seperti diungkapkan sesetengah pemimpin 'terlalu muda' dalam bidang ini.


Betulkah sains dan teknologi 'terlalu muda' di kalangan orang Melayu? Jika dlihat daripada perspektif Barat, memanglah demikian, tetapi mengapa tidak disorot daripada kaca mata dan nilai orang Melayu sendiri. Sesuatu yang dianggap maju oleh orang Barat, tidak semestinya dianggap maju oleh orang Melayu, dan demikian juga sebaliknya. Barat kaya dengan khazanahnya, demikian juga orang Melayu kaya dengan khazanahnya, jadi mengapa terus dicop bahasa Melayu 'terlalu muda' dalam sains dan teknologi.


Pada pendapat penulis, dunia Melayu sudah terlalu lama dijajah sehingga anak bangsanya sendiri tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu akan kehebatan bangsa termasuk bahasanya. Mereka mencela bahasa sendiri, enggan membantu memperkayanya sebaliknya bersandar kepada pemahaman bahawa Barat adalah paksi segala-galanya termasuk sains dan teknologi.


Bayangkan ramai yang menyokong penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, menjadikan alasan entri istilah teknologi bahasa Melayu dalam enjin pencarian internet amat berkurangan berbanding bahasa Inggeris, tanpa mereka membuat sesuatu untuk membaikinya. Memang betul mungkin nisbahnya 1: 100, tetapi apakah kita boleh berbangga dengan 'kehebatan' bahasa Inggeris, sedangkan bahasa sendiri dicampak ke tepi?


Bagi membuktikan masyarakat dan bahasa Melayu tidak kurang hebatnya dari segi kemajuan teknologi, pencarian penulis akan perkataan dalam teks Sejarah Melayu yang diusahakan oleh WG Shellabear, menunjukkan wujud sejumlah istilah berkenaan. Sejarah Melayu bukan teks mengenai teknologi, jadi apabila ia turut memuatkan entri berkaitan, bermakna orang Melayu juga hebat sebagai pencipta.


Antara perkara yang dimuatkan dalam teks Sejarah Melayu adalah 'rentaka' iaitu sejenis meriam yang dapat diputar-putar. Apakah benda ini, apakah orang Melayu sudah mengkajinya? Kemudian disebabkan oleh kehebatan orang Melayu dalam ilmu layar (laut), dinyatakan banyak jenis kapal seperti lanca, kerakah, ghalis, ghali, fusta, baluk dan sebagainya. Apakah 'benda-benda' ini boleh dicari dalam enjin pencarian internet sehingga orang Melayu sendiri sanggup memperleceh bahasanya?


Kemudian ada istilah peralatan penting dalam ilmu pelayaran, peperangan dan kehidupan seperti batu tolak (teluk) bara, ali-ali, rangan, sikin, tirkash dan sebagainya. Adakah orang yang kerap mengkritik kekurangan bahasa Melayu tahu akan makna perkataan-perkataan ini? Jika tidak tahu, janganlah bercakap sombong, silalah rujuk Sejarah Melayu dan kitab-kitab lama lain.


Dalam bab politik, termasuk krisis Perlembagaan yang hebat diperkatakan, apakah orang Melayu yang beriya-iya bercakap macam bertih goreng itu sudah merujuk kepada kitab lama termasuk Sejarah Melayu?


Sejarah Melayu memuatkan kisah permulaan akan keturunan kebanyakan Raja-Raja Melayu yang ada hari ini. Dalam 'Alkisah Cetera Yang Kedua' Sejarah Melayu, ada dimuatkan 'perjanjian antara rakyat dan raja' yang antara lain mencatatkan:


"Maka sembah Demang Lebar Daun (kepada Sang Sapurba). "Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak."


Maka titah Sang Sapurba, "Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu, Tuanku?"


Maka titah Sang Sapurba, "Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah."


Maka titah Sang Sapurba. "Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu." Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.


Jikalau ada seorang raja memberi memberi aib seorang hamba Melayu, maka alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya."

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2021 16:13

April 17, 2021

Ramadan 6, 1442: Refleksi 16: 'Menggigit anjing yang menggigit kita...'

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Masukkan kami dalam golongan hamba-Mu ya Allah, yang Kau sebut dalam al-Quran: 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-Mu dalam keadaan reda dan diredai. Masukkan kami ke dalam syurga-Mu ya Allah'." (Maksud ayat 27-30 Surah Al-Fajr)


RAMADAN Kareem. Alhamdulillah kita kembali semula ke bulan paling mulia, Ramadan. Semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik bagi pembaca dan hamba yang daif ini.


Kali ini izinkan hamba berceloteh mengenai perkara yang mungkin kurang sedap didengar sebahagian kita iaitu berkaitan anjing dan syaitan yang ada hadis menyatakan makhluk ini dirantai pada bulan Ramadan.


Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Yahya menerusi Abu Suhayl ibn Malik yang bermaksud: "Jika masuknya bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari


Berkenaan anjing pula, dikatakan syaitan suka berupa anjing hitam. Diriwayatkan daripada Ibni Abas r.a.: “Seorang perempuan membawa anaknya kepada Nabi s.a.w., dia berkata ya Rasulullah sesungguhnya anak saya ini dihinggapi penyakit gila dan tidak sedar diri. Penyakit itu datang waktu makan tengah hari dan pada waktu makan malam.


Lalu Rasulullah s.a.w. menyapu dadanya dan berdoa. Tiba-tiba budak itu muntah dan keluar daripadanya seperti anak anjing hitam yang baharu lahir terus melarikan diri.”


Ada satu ungkapan mahsyur dalam dunia kewartawanan yang kerap dijadikan panduan dalam penulisan terutamanya di kalangan wartawan baharu - kalau anjing gigit posmen itu bukan berita; yang beritanya adalah posmen gigit anjing!


Perkara 'berkaitan anjing ini' saya pelajari puluhan tahun lalu dalam kelas kewartawanan asas, tetapi kini ketika 'cuba-cuba belajar mengkoreksi diri' melalui kelas pengajian di masjid dan surau; sungguh terkesan di hati saya apabila pada suatu malam seorang tok guru mengingatkan jemaah dengan berkata: "Kalau anjing gigit kita...kita gigit anjing balik. Macam posmen gigit anjing. Ini kerja bodoh. Sebaliknya berilah anjing makan tulang, lekalah dia, maka selamatlah kita!"


Teringat pula saya satu lagi panduan ulama: "Kalau anjing mengancam kita, salah satu jalan penyelesaian ialah panggillah tuan anjing itu, tahulah dia untuk 'mententeramkan' anjingnya.


Ulama mengaitkan perumpamaan ini tentang bagaimana kita mahu menyelamatkan diri daripada godaan dan gangguan iblis serta syaitan. Makhluk ini adalah hamba Allah SWT jua, maka kita memohonlah kepada Allah SWT untuk menyelamatkan diri kita daripada gangguan hamba-Nya yang jahat itu.


Berdoalah kita kepada Allah SWT seperti membaca tauz (A'uzubillah). Kita pun memohon pada Allah agar melindungi kita daripada segala gangguan syaitan ketika menghadapi maut. "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan nafsuku dan daripada kejahatan sekalian makhluk yang melata di atas muka bumi yang hanya Engkau berkuasa ke atasnya."


Apa dimaksudkan tok guru dengan 'kebodohan menggigit anjing yang menggigit kita'? Anjing diibaratkan orang berperangai jahat seperti gemar membuat fitnah dan mengumpat. Kalau orang membuat fitnah ke atas diri kita, apa yang patut kita buat? Apakah dengan memfitnahnya balik? Kalau begitu, kita pun 'sekelas' pembuat fitnah tadi, kita pun macam anjing jua...


Tok guru berkata, ulama besar jika tahu ada orang memfitnah atau mengumpatnya akan mengucapkan terima kasih kepada sang pemfitnah malah memberinya hadiah. Ini kerana tukang fitnah telah memberinya 'pahala percuma' di akhirat nanti. Malah jika pahalanya sudah habis, dosa si kena fitnah akan dipikulkan ke pundaknya.


Senang cerita, jika anjing mahu gigit kita, lemparkan saja tulang, anjing itu akan meninggalkan kita sebaliknya mengejar tulang tadi. Masalahnya, kata tok guru, sebahagian besar daripada kita bukan melempar tulang tadi sebaliknya menyimpan tulang itu pada tubuh kita.


Yalah, kita menyimpan tulang tadi - antara lain sifat jahat seperti riyak, takabur, bakhil, kedekut, dan syok sendiri kononnya diri baik. Apabila tulang sudah 'melekat' pada diri kita, maka 'anjing' (syaitan) akan sentiasa mengejar kita. Malah kita menjadi tumpuan syaitan dan segala bentuk kejahatan.


Sebenarnya, tok guru mensyarakahkan ilmunya berdasarkan pandangan Imam Al-Ghazali. Ketika mendengar kuliahnya saya tak perasan tetapi lama kemudian melalui pembacaan baharulah saya tahu kisah sebenarnya,


Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al-Ghazali) “Syeikh, bukankah zikir membuat seseorang beriman lebih dekat kepada Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?”


“Benar,” jawab Imam Al-Ghazali.


“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir semakin dekat dengan syaitan atau kesyaitanan?”


Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun menjawab:. “Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai-bagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?”


“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir," jawab si murid.


Imam al-Ghazali menjelaskan, “Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan pelbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya.


"Penyakit-penyakit hati itu adalah kesombongan, iri hati, dengki, syirik, bersikap/berkata kasar, riyak, merasa soleh, merasa suci, ghibah, marah dan berbagai-bagai penyakit hati lainnya.


Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.


Sudah tentu kita tak mahu syaitan menjadi sahabat karib kita pada Ramadan ini, malah buat selama-lamanya. Sehubungan itu, lemparkan segera segala tulang dan makanan kesukaan anjing (syaitan) daripada tubuh kita!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2021 20:47

April 16, 2021

Ramadan 5, 1442: Rahsia Istimewa Seorang Wanita (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

RENUNGAN

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, carilah wasilah yang dapat mendekatkan kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya." (Al-Maidah 5:35)


BEGITU istimewa dan bertuah menjadi seorang wanita - demikian satu ungkapan dalam sebuah rencana, menarik perhatian ketika saya menatap akhbar dalam perjalanan ke tempat kerja pada suatu hari.


Ungkapan itu benar-benar memikat. Malangnya tiada huraian mengenainya. Hati saya tertanya-tanya mengapa penulis menyatakan betapa istimewa dan bertuahnya dilahirkan sebagai seorang wanita.


Sebagai seorang lelaki, saya tertanya-tanya apakah tidak istimewa dan bertuah dijadikan seorang lelaki.


Lama saya termenung memikirkan maksud penulis itu, seorang wanita.


Puas saya merenung pemandangan di luar bas. Ladang kelapa sawit dilewati, kemudian ladang getah dan selepas berpuluh-puluh kilometer jauh perjalanan, saya masih tidak menemui jawapannya.


Saya teringat apa yang saya baca dalam buku agama mengenai wanita. Antaranya, isteri mudah masuk syurga dengan syarat tunaikan ibadah (sembahyang, puasa dan sebagainya) dan mematuhi suaminya.


Saya termenung lagi. Saya teringat wanita berwibawa dalam sejarah Islam seperti Saidatina Khadijah dan 10 lagi isteri Rasulullah yang semuanya bergelar 'Ummal almukminin' yang bermaksud ibu bagi umat Islam.


Kemudian saya teringat wanita masyhur pernah menjadi pemimpin dunia Antaranya, Presiden Sri Lanka, Chandrika Kumaratunga (bekas) dan ibunya, Perdana Menteri (kini mendiang) Srimavo Bandaranaike serta Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed.


Selain itu ada beberapa lagi tokoh wanita yang terkenal dalam arena politik antarabangsa. Mereka termasuklah Madeleine Albright sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (sehingga Januari 2001) dan Sadako Ogata (kini bekas) sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pelarian (UNHCR).


Tidak kurang hebatnya ialah Hillary Rodham Clinton, Wanita Pertama Amerika (sehingga 20 Januari 2001) yang dikatakan banyak mencorak pentadbiran suaminya, Presiden (bekas) Bill Clinton; Cherie Blair, isteri (bekas) Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Katharine Graham yang menguasai akhbar 'Washington Post' dan majalah 'Newsweek'.


Selain itu ada tokoh wanita yang terus masyhur sekalipun tidak lagi menerajui kerajaan. Mereka seperti bekas perdana menteri Pakistan, Benazir Bhutto; bekas perdana menteri Britain, Margaret Thatcher dan bekas presiden Filipina, Corazon Aquino.


Mungkinkah wanita-wanita masyhur ini memanfaatkan keistimewaan diri mereka sebagai wanita untuk ke puncak kuasa? Ini mungkin ya dan mungkin tidak.


Bagi kebanyakan wanita yang menjadi pemimpin negara Asia Selatan, perkara ini kelihatan benar. Disebabkan rasa simpati rakyat selepas sesuatu tragedi menimpa keluarga mereka, tokoh wanita itu dipilih untuk menerajui kerajaan atau negara.


Benazir misalnya, menjadi perdana menteri selepas bapanya Zulfikar Ali Bhutto digulingkan daripada kedudukannya sebagai perdana menteri dan dibunuh.


Demikian juga laluan oleh Sheikh Hasina selepas bapanya, Sheikh Mujibur Rahman dibunuh. Perkara yang sama juga berlaku kepada Chandrika Kumaratunga.


Selain dipilih menjadi pemimpin, ada tokoh negara Asia Selatan ini dapat melanjutkan pemerintahan mereka beberapa kali.


Misalnya, Benazir menjadi perdana menteri dua kali (1988-1990) dan (1993-1996). Sirimavo Bandaranaike menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali manakala Indira Gandhi menjadi perdana menteri India sebanyak dua kali.


Sekalipun fikiran saya hangut mengingati tokoh-tokoh wanita ini, ia tidak dapat menjawab persoalan mengapa dikatakan begitu istimewa dan bertuah dijadikan seorang wanita.


Akhirnya, saya teringatkan ibu. Ya, daripada berbilion wanita di dunia, kita hanya mempunyai seorang ibu, dan ibu kita adalah seorang wanita.


Saya mengagak tentulah ungkapan 'begitu istimewa dan bertuahnya dijadikan seorang wanita' itu mempunyai kaitan dengan seorang ibu. Yalah, mana ada lelaki yang mengandung dan melahirkan anak.


Ibu dan anak mempunyai pertalian amat rapat. Mengikut ajaran agama, anak wajib taat kepada ibu bapanya. Anak lelaki hendaklah mengutamakan ibu bapa lebih daripada isterinya. Isteri pula perlu mentaati suaminya lebih daripada ibu bapanya.


Ini membuatkan kedudukan seseorang wanita yang bergelar ibu begitu istimewa. Anak yang terdidik, tidak akan melupakan ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibu. Tetapi kasih ibu lebih hebat kerana ia tiada penghujung.


Jika ibu memasak makanan yang sedap-sedap dan disukai si anak, dia akan teringat masakan ibunya sampai bila-bila, tidak kira sama ada dia berada beribu-ribu kilometer jauhnya di kota besar dunia seperti London, Paris atau New York.


Apabila sudah bekerja, jika si anak mahu memberikan sedikit wang kepada orang tua, kebanyakannya akan menyerahkan sumbangan mereka kepada ibu, bukan ayah.


Malah apabila sudah sampai masa untuk berkahwin, si anak dengan malu-malu berkata: "Mak saya nakkan si anu itulah!" Jarang benar anak menemui bapanya untuk menyatakan: "Ayah, saya nak kahwin!"


Sehubungan itu, menjadi seorang ibulah pada pendapat saya, menepati ungkapan 'begitu istimewa dan bertuahnya dijadikan seorang wanita!"

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 16, 2021 16:36

April 15, 2021

Ramadan 4, 1442: Guard our eyes, mouths and private parts (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


ABU Huraira related that Rasulullah (s.a.w.) said: “Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness.” – Darimi


Ramadan Kareem.  A few days before Ramadan, I heard this simple guide on fasting from an ‘ustaz’ (religious teacher). He said if we could guard three organs in us – eyes, mouths and private parts – we are on our way to have a successful and blissful Ramadan. 'Insya-Allah' we would be rewarded handsomely by Allah SWT in the world and Hereafter.


                 1. Eyes


Fasting is not just about abstaining from food, drinks and sex as what many of us think. We are also requested to fast our eyes. In doing so, we should also fast our minds and hearts. If we only refrain ourselves from taking food and drinks but freed our sights, then at the end of the day, we will be rewarded only with hunger, thirst and tiredness as mentioned in the above ‘hadith’.


During Ramadan we should maximize the usage of our eyes for good deeds, said the ‘ustaz’. Use the eyes to gain as much ‘pahala’ (rewards) as we could in performing deeds that please Allah SWT such as reading the Qur’an and other Islamic literature, looking lovingly at our parents, preparing food for ‘iftar’ and looking for ways to help the poor.


And of course do not use our eyes to look at ‘haram’ (forbidden) things such as looking at sexy girls; seeing unlawful pictures including on television and the big screen.


The ‘ustaz’ said there is a connection between sleeping and our eyes. When we wanted to sleep we close our eyes…during Ramadan try not to sleep too much because if we do so, our precious time to devout ourselves to Allah SWT would be gone wasted.


Ramadan is an opportunity for us to prepare ourselves for anything in life is a sign of wisdom and maturity. No one is assured of living one day more; tomorrow may not come. So hurry and benefit from blessings and rewards from Allah during the Ramadan month.


Remember Ramadan is the month of revelation of Qur'an, the month of reading and reciting the whole Qur'an, the month of Tahajjud and Qiyam al-layl prayers, Sadaqah, Zakah al-Fitr and Zakah al-Mal.


            2. Mouth


The mouth area which also included the tongue should be well guarded by a Muslim what’s more in the holy month of Ramadan. It was true, during Ramadan, we had to refrain from eating and drinking during the day, but it would be of no value if during breaking of the fast, we took food that was forbidden (haram).


Therefore all the food that was laid on the desk had to be ‘halal’, and there were regulations when eating. For example fill only one third of the stomach with food, the next one third with drinks and leave the rest empty for easier breathing as said by the Prophet.


A Muslim is ordered to eat and drink, making sure he takes care of the following: First, not to waste or exceed the right limit. Allah SWT says; "…and eat and drink but waste not by extravagance…"(Quran 7:31).


Second, not to eat or drink what is harmful, especially if it is forbidden. Third, to eat and drink moderately. The Messenger of Allah SWT said; "Man has not filled a container worse than his stomach; he should be satisfied with a few bites to survive. However, if his appetite beats him, let it be a third (of his stomach space) for his food and a third for his drink and a third for his breath." (Ahmad).


Fourth, to try not to be fat, for the Prophet of Allah SWT described the people who would come after three blessed centuries; that fatness appears in them. Fatness appears when the human body takes more calories that it needs, that is, food entering the body is much greater than what is needed and excreted.


Thus during Ramadan, try not to ‘take in’ all types of drinks and food during ‘iftar’ just to replace what we do not take during the day for it would just make us ‘heavy’ to perform our duties such doing our ‘solat’ (prayers) including the recommended (sunat) ‘tarawikh’ prayers. Taking food beyond our needs would only jeopardize our heath.


We should discipline ourselves when taking food and drinks. Remember the armies of of Talut (Saul) and Daud (David) who fought Jalut (Goliath); only those who follow Talut orders to drink only a scoopful water managed to fight on, others were too heavy to carry on the war campaign.  


During Ramadan, in fact at all times, please guard our tongues. Our tongues if are not controlled, are keen to do all types of wrong-doings such as back stabbing, gossiping, slandering, cursing, lying and so on. Yes, please do not curse, insult, mock, raise voice and be obscene.


Please use our tongues for good purposes such as reading the Qur’an, its translation and ‘tafsir’, reciting ‘dhikir’ (reciting religious verses to Allah SWT). Make du’a (supplication) and try to ‘da’wah’ non-practicing Muslims and those who are not yet Muslims.


And to those who smoke, Ramadan is the best time of the year for you to stop smoking. If you could keep at bay cigarettes for about 14 hours during the day, why not extend it for another 10 hours at night?


3. Private Parts


Lastly, the ‘ustaz’ told his audience to guard their private parts. Even sex between husband and wife which is ‘halal’, during fasting time it is ‘haram’.  But it is permissible to have sex outside the fasting time such as at night. For spiritual purposes, it is best to abstain from sex during the last 10 nights of Ramadan for during this period Muslims are encourage to do ‘iktikaf’ (staying) in the masjid.


Remember 'heavy penalties' awaited to husbands who cannot control their 'nafsu seks' (sex desires) during the fasting time of Ramadan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2021 16:34

April 14, 2021

Ramadan 3, 1442: Ramadan bulan terbaik berhenti merokok (U)

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan 

Dirawikan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh." 


SEDAR tak sedar, sudah puluhan tahun saya berhenti merokok. Sekarang Ramadan sudah meniti, satu persoalan kepada kaki-kaki rokok, adakah bulan suci ini berjaya mentarbiyah anda semua untuk tidak lagi merokok selepas ini? 


Sebenarnya Ramadan-Ramadan saya yang lampau juga 'tidak berjaya' mematikan tabiat saya untuk merokok; huh, alangkah nikmatnya menyedut asap rokok selepas berbuka, apatah lagi jika ia dilakukan di dalam jamban. Ya, tanyalah perokok, sesetengahnya suka sangat 'sting' dalam tandas kerana sudah 'dilatih' melakukannya dalam suasana begitu sejak di asrama sekolah lagi. 


Jika puasa gagal 'menginsafkan' saya, satu lagi 'Rukun Islam' berjaya mematikan tabiat buruk saya itu - sejurus sebelum menunaikan haji pada Februari 2002, saya diserang batuk-batuk yang sangat teruk, jadi fikir saya lebih baiklah saya buangkan tabiat itu sebelum kaki saya menjejak Tanah Suci.


Alhamdulillah, sejak itu sehingga kini, saya tidak pernah menjepit pontong rokok di bibir saya. Ringkasnya saya 'sudah suci' daripada rokok, heh, heh, heh. Selain daripada batuk teruk itu, ada banyak faktor lagi yang menghalang saya kembali merokok; misalnya selepas balik haji dengan kopiah sentiasa di kepala, takkan saya nak menjepit rokok di mulut, malulah orang lihat 'pak haji' merokok; kawan-kawan saya (ada yang berserban besar) hampir semuanya tidak merokok malah isteri saya pun benci orang merokok, jika mahu merokok kena keluar rumah dan anak-anak pun sudah mulai besar, malulah pada anak-anak jika seorang bapa asyik merokok saja. Nanti kalau anak tiru kita merokok, apa kita nak cakap? 


Namun bercakap memanglah mudah, untuk benar-benar berhenti daripada merokok itu yang payah. Saya sedar berapa banyak orang boleh berhenti sebulan dua, tetapi kembali merokok malah ada yang sudah berhenti bertahun-tahun tetapi kembali kepada tabiat lama. Mengapa? Jawapannya memang pelbagai; orang jika sudah jadi tahi rokok, mereka akan mengungkapkan kata-kata ke-'mancho'-an seorang perokok seperti; "hilang bini takpa, jangan tak dapat rokok" atau "aku tak boleh kerja jika tak dapat rokok." 


Kini Ramadan datang lagi; perokok yang boleh pun tak merokok sepanjang berpuasa iaitu dari waktu imsyak sehingga berbuka, cuba-cubalah untuk terus tidak menghisap asap rokok sepanjang malam. Lupakanlah rokok itu dengan menyibukkan diri dengan amalan-amalan disyorkan seperti sembahyang tarawih, tahajud dan bertadarus al-Quran. 


Jika siang boleh tak merokok, takkan pada malam hari yang waktunya lebih singkat (kita banyak tidur) tidak boleh tidak merokok. Kalau rasa nak merokok, ingat-ingatlah kata-kata seorang ulama yang menyamakan perangai perokok dengan lembu, malah lebih teruk daripada lembu, ungkapnya. 


Kenapa perokok berperangai lebih teruk daripada lembu? Kalau nak tahu, ambil dan telitilah sekotak rokok. Pada kotak rokok ditulis, 'Amaran Kerajaan Malaysia. Merokok Membahayakan Kesihatan'. Di bawah perkataan AMARAN, ada gambar besar leher seorang pesakit kanser. Teruknya penyakit itu. Ngeri melihatnya. Leher itu berlubang, kemerah-merahan dan bernanah. Kebanyakan bahagiannya kehitaman. Ada benjolan di sana sini. Di bawah gambar itu ada perkataan: 'Rokok Penyebab Kanser Leher'. Di sisi kotak itu ditulis: 'Produk ini mengandungi lebih 4,000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan'. Ada juga perkataan, 'Dilarang Jual Kepada Orang Bawah Umur 18 Tahun'. 


Pada kotak rokok lain tertera gambar paru-paru kehitam-hitaman dan berlubang-lubang dengan perkataan 'Rokok Penyebab Kanser Paru-Paru'. Melihat gambar dan tulisan amaran pada kotak rokok itu sudah cukup untuk menakutkan seseorang. Manusia bukan lembu, jadi sudah pasti kebanyakannya (sekalipun kalau tidak boleh membaca) tahu mesejnya. 


Tentulah perokok mampu mengira kos yang diperlu ditanggungnya daripada 'hobi' ini. Mari kita kira berapa dibelanja dan apa didapati seseorang perokok. Katakan sekotak rokok 20 batang berharga RM8.60. Kalau dalam sehari seseorang menghisap sekotak, dalam sebulan dia membelanjakan RM258.00. Dia perlu membeli mancis atau pemetik api. Sekotak mancis berharga 20 sen, dalam sebulan kos mancis RM6.00. Dalam sebulan seorang perokok membelanjakan RM264.00. Dalam setahun RM3,168.00. Katakan dia sudah menghisap rokok 10 tahun, jadi dia membelanjakan RM31,680.00 untuk memenuhi hobi 'rock' dan 'cool'nya itu. Kalau 20 tahun, jumlahnya RM63,360.00. Apa yang boleh dibuat dengan wang RM63,000.00? 


Dia boleh membeli sebuah rumah agak selesa, sudah boleh pergi haji, dan sebagainya. Itu baru menghisap satu kotak rokok sehari selama 20 tahun; jika dia merokok dua kotak sehari selama 20 tahun, jumlah 'dihanguskanan' RM126,000.00. Jumlah ini sangat besar; tetapi apakah hasil didapati seseorang perokok selain nikmat menyedut dan menghembus asap? 


Jawapannya sudah diberikan di atas kotak rokok itu; kanser paru-paru, kanser leher, kanser mulut dan sebagainya. Apabila diserang penyakit ini (termasuk sakit jantung), kos rawatannya cukup tinggi; membazirkan masa doktor dan jururawat untuk merawat mereka di hospital selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun. 


Demikianlah seseorang perokok itu membayar puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk mendapat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser dan masalah-masalah lain. Jadi bijakkah orang ini? Oleh itu amat tepatlah ulama berkenaan menyifatkan perangai perokok sebagai lebih buruk daripada lembu. 


Ramadan ini, berusahalah kita untuk 'menjadi lebih baik daripada lembu'. Dulu saya pun seorang perokok, jadi perangai saya pun lebih teruk daripada lembu; pada usia yang semakin matang ini barulah saya menyedari kealpaan lalu apabila diri kini menderita pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kadang-kala terasa sakit-sakit di dada. Mungkinkah itu petanda penyakit jantung; diminta jauhkannya oleh Allah SWT, saya benar-benar ngeri melihat gambar paru-paru dijangkiti kanser itu. 


Dulu apabila disebut merokok, orang ramai pandai-pandai menghukumkannya sebagai MAKRUH tetapi kini sudah terang lagi bersuluh, Majlis Fatwa sudah menghukumkannya sebagai HARAM; oleh itu apa lagi; jadikanlah Ramadan ini bulan melahirkan kita kepada fitrah - bebas daripada rokok. Ya, mana ada bayi lahir dengan pontong rokok terjepit di tangannya!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 14, 2021 16:25

April 13, 2021

Ramadan 2, 1442: Usah jadi hamba Ramadan (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

BAHAYA KEMEWAHAN

Erti sebuah hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit.

"Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Makkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Makkah).

"Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?"

"Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya pada waktu itu kami lebih baik daripada pada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki."

"Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu." [H.R. Termizi]

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad s.a.w. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad s.a.w. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.


Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang daripada berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ia sudah mencukupi tetapi, apabila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.


Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang daripada berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.: "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)."


Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi pada saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.


Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan.


Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

****


Bersyukur ke hadrat Ilahi kita dipanjangkan usia untuk berada dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, seterusnya memuzakarah isu semasa yang menjadi kepentingan ummah.


Kehadiran Ramadan menyibukkan sesetengah orang melakukan sedikit perubahan seperti orang perempuan yang biasanya membiarkan rambut terdedah, menyerkup kepala mereka dengan tudung sekalipun jambulnya masih tersembul, manakala orang lelaki tertatih-tatih ke masjid untuk solat secara berjemaah.


Ini perkembangan yang baik tetapi alangkah besar manfaatnya jika amalan ini berterusan sepanjang waktu. Jika perubahan ini dilakukan semata-mata bagi menghormati Ramadan atau mendapatkan kelebihan beribadat pada bulan penuh barakah ini, dikhuatiri seseorang itu menjadi hamba Ramadan dan bukan hamba Allah SWT yang menunjukkan ketaatannya sepanjang usianya.


Berhubung perkara ini, kita tertanya-tanya mengapa sesetengah pihak hanya begitu ghairah mendesak penutupan pusat hiburan dan maksiat pada bulan Ramadan sedangkan diam seribu bahasa pada bulan-bulan lain. Apakah ini bermaksud pada Ramadan saja kita berbuat baik sebaliknya pada bulan-bulan lain bebas berbuat sesuka hati kita? Apakah ini bermaksud Tuhan hanya ada pada Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan lain, Tuhan seolah-olah tidak wujud?


Pemikiran dan tindakan mengasing-asingkan corak kehidupan berdasarkan masa dan tempat ini sebenarnya amalan sekular. Berdasarkan ini, tidak hairanlah orang berusaha mematuhi suruhan agama seperti memakai tudung pada bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain tidak menghiraukannya sedangkan perintah Allah SWT berhubung penutupan aurat adalah pada sepanjang masa.


Demikian juga ketika menunaikan haji di Tanah Suci, seorang Muslimah sentiasa mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya, tidak kelihatan seorang pun wanita yang memperlihatkan rambutnya. Adakah ini bermaksud Allah SWT itu hanya ada di Makkah, manakala di luar musim haji dan di luar Tanah Haram, Allah SWT tidak wujud kerana perintah-Nya dilanggar sewenang-wenangnya.


Pemikiran sekular ini sudah lama meresap dalam masyarakat kita; sebahagian daripada kita melakukan perintah Allah SWT berdasarkan apa yang disenangi sebaliknya menolak apa yang difikirkan mendatangkan kerugian. Misalnya, pada ayat 178 Surah al-Baqarah, Allah SWT memerintahkan manusia berhukum dengan hukum qisas, kebanyakan manusia tidak mempedulikannya tetapi apabila diperintahkan berpuasa pada ayat 183 surah yang sama, mereka menerimanya.


Kecenderungan melakukan perintah secara terpilih ini, menyebabkan umat Islam berkelakukan baik pada suasana yang memerlukan mereka bertindak sedemikian, sebaliknya pada luar lingkaran itu bertindak di luar batasan agama. Jika mereka di masjid, mereka menunjukkan ketaatan tetapi di luar pintu masjid, seolah-olah perintah Allah tidak laku. Itulah sebabnya mengapa sebahagian umat Islam melakukan aneka maksiat seperti rasuah, perompakan dan penyelewengan kerana agama bagi mereka adalah dalam lingkungan masjid dan pada bulan dan musim tertentu saja.


Pada bulan Ramadan ini, ramai bertukar baik, tetapi sebaik saja masuk bulan Syawal kelakuan mereka kembali buruk. Aneka maksiat kembali dilakukan, penyelewengan dan penganiyaan menjadi-jadi termasuklah dalam bidang politik.


Penindasan diteruskan, segala tazkirah dan pengajaran Ramadan tidak sangkut di hati. Manusia kembali liar, malah mungkin lebih buruk lagi sebelum Ramadan.


Jika ini berlaku, seseorang itu dikhuatiri menjadi hamba Ramadan, gagal menjadi hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah dan hukum-Nya sepanjang masa.


Mungkin dalam hidup seseorang dia sudah menyambut 50 kali Ramadan sesudah balighnya, tetapi amalannya tetap sama saban tahun.


Pada bulan Ramadan dia bertukar baik, tetapi pada bulan-bulan lain merapu dalam tindak-tanduknya kerana hidup tidak berpandukan Syariat. Semoga kita tidak tertipu buat sekian kalinya Ramadan ini, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh menjadi hamba-Nya yang mendapat keredaan-Nya dunia dan akhirat.


Beribadat dan berbaktilah sepanjang hayat kita, usah pada bulan Ramadan saja.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2021 16:30

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.