Roslan Hamid's Blog, page 207
March 28, 2011
Harapanku pada ulang tahun ke-20 Harian Metro
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Seandainya aku tidak khuatir akan memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak setiap kali akan solat." (HR. Bukhari dan Muslim)
***
TANGGAL 25 Mac 2011 genaplah 20 tahun akhbar tabloid Harian Metro berada di pasaran. Sebagai antara pengasas akhbar petang berbahasa Melayu pertama di negara ini, tentunya detik manis dan pahit maung memulakan akhbar ini daripada 0 (sifar) tidak dapat saya lupakan.
Daripada kira-kira 10,000 naskhah cetakan pertama pada 25 Mac 1991 sehinggalah ia muncul akhbar terbesar dengan jumlah cetakan tertinggi sekarang ini (kira-kira 350,000 naskhah sehari), tentunya bagi kebanyakan pihak, Harian Metro merakamkan kisah kejayaan gemilang dalam dunia kewartawanan dan penerbitan tanah air.
Tempoh waktu saya berada di Harian Metro tidak lama. Ia bermula kira-kira dua bulan sebelum akhbar itu diterbitkan (Januari 1991) sehinggalah akhir tahun 1992.
Ketika menulis catatan ini, naskhah sulung akhbar berkenaan berada di depan saya. Catatan pengarang di muka depan merakamkan: "Salam hormat untuk semua warga kota. Kini anda tidak perlu menunggu pagi esok untuk mengetahui peristiwa muktahir di Lembah Klang dan dunia. Harian Metro berlainan daripada akhbar lain kerana kami akan menemui anda pada waktu petang untuk melaporkan peristiwa yang berlaku pada waktu pagi."
Tajuk besar muka depan keluaran sulung itu adalah 'Penipuan emas' yang intronya ditulis: "Menjelang hari raya, barang kemas turut menjadi tumpuan warga kota, tetapi awas ada pembuat dan penjual barangan itu di Lembah Klang menipu berat kandungan dan ketulenan emas."
Perihal pembabitan saya sebagai antara pengasas Harian Metro ada dicatatkan dalam buku saya 'Dilema Seorang Wartawan Islam' dalam Bab 7 yang bertajuk 'Melahirkan Harian Metro'.
Untuk bangun pada jam 3.00 pagi sebagai persiapan ke pejabat bukanlah mudah...Selepas menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya, terbitlah akhbar petang Melayu pertama iaitu Harian Metro pada bulan Mac 1991. Akhbar ini bukan lahir begitu saja tetapi membabitkan pengorbanan besar daripada kumpulan pertama pekerjanya, terutama pengarang, pemberita dan penyunting."
Saya adalah salah seorang penyunting yang terbabit dalam penyediaan dan reka bentuk muka surat untuk berita luar negaranya. Untuk bermula daripada kosong (tiada apa-apa), petugas perlu mengorbankan banyak masa untuk melakukan pelbagai percubaan, termasuk dari segi pemberitaan, persembahan, reka letak (page-making) dan sebagainya.
"Bagi kumpulan penyunting pula, mereka diperlukan memulakan kerja pada jam 5.00 pagi. Sebagai penyunting berita luar negara, saya memulakan kerja mulai jam 4.00 pagi. Ini kerana saya terpaksa memilih, menterjemah dan kemudian menyelesaikan kerja-kerja reka letak secara sendirian dan semua kerja-kerja ini perlu dibereskan sebelum pukul 8.00 pagi.
Urusan menyiapkan reka letak muka surat di Harian Metro dibahagikan kepada dua bahagian, satu yang bersifat semasa (current) manakala satu lagi membabitkan laporan dan rencana yang reka letak muka suratnya boleh disiapkan lebih awal (advance pages). Disebabkan keadaan ini, tugas seseorang penyunting itu tidak tamat sekalipun akhbar terbitan untuk hari berkenaan sudah dicetak, biasanya mulai jam 9.00 pagi.
Penyunting juga diperlukan untuk menyiapkan 'advance pages', yang biasanya berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tetapi disebabkan ketika itu, sistem 'manual' masih digunakan (bromide perlu ditampal), seseorang penyunting itu terpaksa menunggu jurureka letak menyiapkan kerja-kerja itu, kadang-kala sehingga jam 5.00 atau 6.00 petang.
Ini menyebabkan seseorang penyunting itu terpaksa pulang lewat petang atau pada waktu malam sedangkan sebelum subuh esoknya, dia diperlukan untuk berada di pejabat semula.
Pada peringkat awal, ini adalah antara 'kerja-kerja gila' yang terpaksa dilakukan oleh penyunting. Pengorbanan mereka amat besar, apa tidaknya, keluar rumah untuk bekerja jam 3.00 atau 4.00 pagi dan balik lewat petang atau malam. Kata orang, keluar rumah 'tidak nampak matahari dan balik rumah pun tidak nampak matahari'. – Dilema Seorang Wartawan Islam, muka surat 27-28)
Kini Harian Metro sudah 'top' (meletup). Syabas dan tahniah diucapkan kepada Harian Metro sempena hari ulang tahunnya yang ke-20. Sebagai antara bekas pengasasnya, saya mengharapkan akhbar ini terus berkembang maju bukan sebagai akhbar picisan tetapi tegap berdiri bermaruah sebagai media massa pendukung Islam dalam zaman serba mencabar ini.
Oleh itu kepada semua petugasnya patuhilah hukum-hakam Islam, etika kewartawanan dan berhenti menyiarkan berita fitnah, gambar-gambar artis seksi (seperti dibikin Metro Ahad, 27 Mac dengan tajuk 'Paling Seksi' menunjukkan gambar mencolok mata dua artis) yang melampau dan keputusan judi (empat nombor ekor). Insya-Allah, anda akan berjaya dunia dan akhirat!

Published on March 28, 2011 03:23
March 26, 2011
Umat Islam gagal tangani masalah sesama ummah
***
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Jauhi sifat memfitnah
Khalil bin Ahmad berkata: "Siapa yang memfitnah orang lain kepadamu, dia akan memfitnahmu kelak. Siapa yang mengkhabarkan keburukan orang lain kepadamu, dia akan mengkhabarkan keburukanmu kepada orang lain." - Hidayah Mac 2011
***
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana kita dipanjangkan usia untuk memuzakarahkan permasalahan ummah, kali ini berkaitan umat Islam sejagat, terutama di rantau Arab.
Dulu dalam konflik Palestin dan Bosnia Herzegovina, kita sering menuding jari kepada kuasa besar dan badan dunia (PBB) yang gagal menangani permasalahan di negara terbabit, tetapi kini dalam menangani permasalahan di dalam negara umat Islam sendiri, ummah dan organisasi terbesar yang kerap diuar-uarkan sebagai payung ummah, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) gagal bertindak.
Jika konflik Palestin membabitkan Israel yang sering didakwa sebagai anak emas Amerika manakala krisis Bosnia membabitkan pengganas Serb dan Croat yang jelas bukan Islam, tetapi apakah alasan ummah untuk tidak berusaha meleraikan perbalahan yang kini berapi di rantau Arab, dari Afrika Utara sehinggalah negara Teluk.
Persoalannya, di manakah OIC dan pemimpin-pemimpin negara umat Islam bagi menghadapi pergolakan ini? Apakah dunia Islam masih mahu terus menyalahkan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia? Sewajarnya pergolakan dalam negara Islam dengan segera ditangani pemimpin umat Islam sendiri dan organisasi yang memayungi mereka, namun hakikatnya ia tidak berlaku.
Setakat ini tiada kedengaran suara OIC dalam menangani konflik di rantau Arab yang menyaksikan pergolakan paling serius di Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain dan terkini di Libya. Dalam konflik di Bahrain kita tertanya-tanya mengapa tentera Saudi dikejarkan ke sana tanpa apa-apa bantahan daripada negara Islam lain dan payung mereka, OIC.
Kemudian dalam konflik di negara lain terutama Yaman yang telah meragut ratusan nyawa, tidak pula kedengaran pemimpin umat Islam dan OIC berusaha untuk membawa kumpulan bertelagah ke meja rundingan. Nampaknya kedua-dua pihak dibiarkan bertempur antara satu sama lain yang menjuruskan negara ke lembah kehancuran.
Kegagalan pemimpin umat Islam dan organisasi mereka seperti OIC bertindak menangani konflik di negara umat Islam, menyebabkan kuasa besar dunia (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis), mengambil kesempatan untuk campur tangan termasuk menyerang Libya kononnya bagi melaksanakan satu resolusi yang diputuskan oleh PBB.
Bagi kita, perkembangan ini membuktikan ketidak-upayaan pemimpin negara umat Islam dan organisasi memayungi mereka (OIC) menggerakkan usaha mendamaikan konflik di negara umat Islam sendiri. Jika ini tidak dapat dilakukan bagaimana nasib umat Islam minoriti di negara dan rantau seperti Kashmir (India), Xinjiang (China), Arakan (Myanmar), Chechnya (Rusia), Selatan Thailand dan Selatan Filipina dapat dibantu?
Kita bimbang sebahagian besar pemimpin negara umat Islam kini adalah pemerintah mutlak atau diktator yang berselindung di sebalik demokrasi; mereka tidak mempedulikan nasib ummah apatah lagi ajaran murni yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi s.a.w. menyatakan umat Islam bersaudara, mereka ibarat sebuah tubuh, jika satu anggota sakit maka seluruh anggota akan menanggung kesakitannya. Namun pada hari ini, umat Islam terpaksa menanggung penderitaan mereka sendiri-sendiri dengan negara dan umat Islam hanya menjadi pemerhati atau lebih buruk lagi mengambil sikap tidak peduli.
Demikianlah nasib umat Islam pada akhir zaman ini, kesatuan mereka telah lumpuh selepas mereka dipecah-pecahkan kepada negara-negara nasionalis oleh pihak Barat.
Kebanyakan rakyat dan pemimpinnya berjuang atas semangat kebangsaan dan bukan atas dasar Islam, sebab itulah konflik di negara masing-masing ditangani secara sendiri-sendiri manakala umat Islam di persada antarabangsa berlepas tangan atau mendiamkan diri.
Apabila tidak wujudnya kesatuan ummah ini, maka terbukalah peluang untuk kafir laknatullah menyerang negara umat Islam seperti Libya, kononnya bagi mematuhi resolusi PBB sedangkan resolusi pihak yang sama dalam isu di Palestin tidak dipedulikan pun!

Published on March 26, 2011 10:05
March 25, 2011
Perpecahan ummah undang serangan kafir laknatullah
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Renungan
Azab Kubur Akibat Memfitnah
Dikatakan, "sepertiga azab kubur adalah akibat memfitnah." Daripada Ibnu Umar, daripada Rasululllah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Ketika Allah menjadikan syurga, berkata kepadanya. "Katakanlah!" Dia berkata, "berbahagialah orang yang memasukiku." Lalu Allah berkata. "Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, tidak akan memasukimu lapan golongan; orang yang biasa meminum arak, berzina, memfitnah, dayus (orang yang cemburu kepada orang yang sepatutnya tidak dicemburui dan tidak cemburu kepada orang yang seharusnya dicemburi), orang yang buas, lelaki yang suka menyerupai perempuan, orang yang memutuskan sanak saudara dan orang yang tidak memenuhi janjinya pada-Ku." Dia berkata, "jika Allah berbuat demikian...maka aku berjanji kepada Allah akan demikian..." Namun tidak dia penuhi. - Hidayah Mac 2011
***
BETUL kafir laknatullah (kuasa-kuasa Barat) cepat-cepat patuhi resolusi PBB dengan menyerang Libya tetapi tidak mengambil 'pot' (endah) resolusi PBB terhadap Palestin, namun adalah wajar untuk umat Islam merenung kelemahan mereka paling ketara – perpecahan sesama sendiri menyebabkan helang dan burung botak cepat saja mengerjakan mangsanya.
Libya bukan kisah pertama negara umat Islam pada alaf baru ini diserang si helang dan kuncu-kuncunya. Iraq dan Afghanistan adalah bukti jelas betapa rakusnya si burung durjana ini. Kedua-dua negara ini tiada hal untuk kuasa besar menguji senjata sofistikated terbaru mereka. Rejim Saddam Hussein yang gah dari segi propaganda itu disapu licin mereka (dengan Saddam terpaksa menyorok dalam lubang tikus), apatah lagi kumpulan Taliban yang tidak mendapat sokongan puak-puak bertelagah di Afghanistan.
Puak-puak Mujahidin di Afghanistan mempunyai peluang terbaik merintis jalan kegemilangan negara mereka selepas tumbangnya rejim Najibullah yang pro-Soviet pada 1992, tetapi mereka telah mensia-siakannya dengan bercakaran sesama sendiri. Pertelagahan ini mendedahkan negara kepada campur tangan asing sama seperti dialami Libya sekarang ini.
Selepas askar Soviet dihalau keluar, Afghanistan kekal menjadi 'neraka dunia'. Penduduknya yang sudah melalui kesengsaraan perang berikutan campur tangan Soviet Union terus menderita. Kali ini di tangan saudara seagama dan kemudian oleh si penjarah Amerika.
Di Afghanistan, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diamanahkan untuk memastikan sejahteraan ummah, gagal meleraikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah. Pada awal dekad 90-an, ketua kumpulan Hizb-I-Islami, Gulbuddin Hekmatyar terus memerangi Presiden Burhanuddin Rabbani sekalipun diberikan jawatan perdana menteri.
Kemunculan kumpulan pelajar, Taliban adalah di luar jangkaan, tetapi mereka mendapat sokongan rakyat. Pada pertengahan dekad 90-an, mereka berjaya menguasai hampir keseluruhan bumi Afghanistan.
Kesungguhan Taliban melaksanakan hukum-hakam Islam, menyebabkan mereka dicemburui Barat. Suatu ketika tindakan mereka menghancurkan patung purba Buddha di Bamiyan, mencetuskan kemarahan dunia Barat.
Apabila tercetus Peristiwa 11 September 2001, tidak semena-mena Taliban menjadi sasaran. Taliban didakwa melindungi pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. Lanjutan dendam Barat kepada Taliban, Amerika menggunakan kesempatan itu untuk 'menguji' senjata-senjata canggihnya di bumi yang hampir musnah itu.
Hasilnya Afghanistan hancur tetapi Amerika dengan bongkaknya berkata demokrasi sedang berkembang selepas meletakkan bonekanya, Hamid Karzai sebagai presiden.
Tidak cukup dengan kemusnahan Afghanistan, Amerika terus 'melanyak' sebuah lagi negara umat Islam - Iraq. Sama seperti Afghanistan, rejim Saddam yang sejak sekian lama menzalimi kumpulan umat Islam lain seperti orang Kurdis dan Syiah juga tumbang dengan mudah.
Jentera perang Amerika yang jelas tiada tandingan, kini dihalakan ke Libya. Penyerangan mudah dilakukan kerana berlalu perbalahan dan perpecahan dalam negara. Kafir laknatullah hanya mencari alasan untuk menamatkan pemerintahan diktator zalim Muammar Gaddafi yang telah menerajui negara itu lebih empat dekad.
Namun satu persoalan timbul: 'Seberani-berani' Amerika menyerang dari jauh dengan Tomahawk, kenapa mereka ragu-ragu menyerang Iran yang sudah terlalu lama menyakiti hatinya? Mungkinkah kesatuan rakyat Iran tersangat kuat sehingga Amerika terpaksa fikir banyak kali?

Published on March 25, 2011 19:15
Why pinch money from the poor rakyat?
***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Did ye then think that We created you in jest,
and that ye would not be brought back to Us for account?" (Mu'minum 23:115)
***
MAHATMA Gandhi once said that real progress of a nation is measured by the upliftment of the people lying at its lowest strata. Does the current progress in the state of Melaka where the Barisan Nasional (BN) won 'the converted trophy' of Merlimau constituency, conform to this yardstick? Also note that the Chief Minister, Mohd Ali Rustam had himself declared in October 2010 that Melaka was a fully developed state.
The BN had won and rejoiced; perhaps their celebrations are still ongoing, but for me I had a slap on the face on March 8 when for the first time in my life I received a notice from Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Melaka Historical City Council) asking me to pay 'cukai taksiran harta' (quit rent assessment) for my house amounting to RM21.60. The payment was for a six month period of January-June this year.
Some of my neighbours too had received the bills, they too were first timers. Prior to this, all of us (residents of a villagers on the outskirts of the city) had no experience in this sort of thing. Why the authorities concerned are making it hard for ordinary kampung folks during these hard times when prices of necessities are spiraling; the cost of living almost unbearable to those in the lowest and lower income group?
Yet at the time when the rakyat are shivering about how fast their small amount of money is 'disappearing' from their pockets (nowadays if you go to the market with a RM50 in your hand, it would only be enough for you to buy a kilogram of meat, a medium size 'ikan tenggiri' and a few bundles of vegetables), the authorities including those at the helm in municipal councils are thinking fast how they could double their income.
It is okay if it is for the benefit of the rakyat, but one could not help but have a thought about those big and glamorous projects undertaken by the municipality and the state government with public money.
Let us took a quick drive (and look) from the Ayer Keroh Tol Plaza to the historical city to see for ourselves those glamorous but wasteful projects using public funds.
After exiting the toll plaza, if one is observant, on the left near the road junction to Durian Tunggal, there stands the Melaka Go-Cart circuit which was built at the cost of RM9.9 milllion.
It is now in an abandoned state, the company in charge was said failed to settle rent amounting to RM210,000 to 'Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka' (Melaka State Development Corporation).
If one is to take the Ayer Keroh-Melaka road at night, one will notice the road is decorated with bright coloured lights all the way. Even some big trees were full of lights. For some it is okay to spend public money in this way but at some areas and buildings such as the Kota Cemerlang building, it is too much.
On the grounds of the municipality building (Graha Makmur), one would notice a giant clock decorated with flowers. The locals called it 'jam bunga'. It was said to cost the municipality RM500,000 to build.
Down the road, after passing the 'flower clock', one will come across the Bukit Sebukor man-made waterfall. It cost the public RM1.78 million to build this so-called 'highest man-made' waterfall in the country. The RM1.78 million does not stop there however, as the people would have to continually fund for its electricity and maintenance.
Nowadays express buses rarely take the Ayer Keroh-Bukit Sebukor-Melaka road to Melaka Sentral; the drivers prefer the Ayer Keroh-Batu Berendam-Melaka road. On this road, one would notice the new gleaming Melaka International Airport.
This old Lapangan Terbang Batu Berendam has undergone a RM131 million project to extend the runaway with a second extension and upgrading works carried out to enable it to cater to Boeing 737A and Airbus 320A.
Covering 7,000 square meters, the airport's new terminal has facilities for domestic and international flights and can handle 1.5 million passengers annually. All went smoothly, so what's the problem?
The Chief Minister was ambitious with this (or his) project, but local and international carriers including the low cost ones such as AirAsia and Lion Air were not keen in using the airport because it was not far away from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) or the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) in Sepang.
From the yer Keroh Toll Plaza to these airports, traveling time is only about an hour, so it feasible for carriers to invest money by operating in this airport. Millions of ringgit has been spent to upgrade the airport facilities, and now it seems that it will become another white elephant in the state.
About 15 minutes drive from the airport one would reach Melaka Sentral. This centre sits on 46.6 acres of land in Peringgit, cost RM53 million to build, consists of three main components – the bus and taxi terminals, the central market and the bazaar. It was opened by then Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi on 14th May 2004.
Now ugly cracks could be seen along the bus boarding platforms at the bus terminal; tiles broken; their sharp edges posing danger to unsuspecting passengers. The uneven floor due to the sinking ground condition has made the condition worse.
Some time ago the central market building too was declared unsafe and was closed to give way to repair works after cracks were found in the building. During that period traders had to do business in the market parking lot.
Not far away from Melaka Sentral, the Sungai Melaka flows lazily downstream where rigorous, glamorous and big projects are already there or on going to be built or constructed. Among others were the beautifying and cleaning of the Melaka River with the first phase costing RM120 million and the second amounting to RM90 million.
Now on tone bank of Sungai Melaka, runs a monorail line of about one kilometer which cost the government some RM16.5 million to build. The joke that went around the state was that the tram broke down on its first day of service. It was of no benefit to the ordinary local commuters but to serve tourists who would pay a fare of RM10.
I have no objection in paying taxes, but those in power should be thrifty and transparent on public money because everything including the usage of 1 sen woul be accountable in front of Allah SWT the Almighty.
To those concerned please remember the story of the Caliph Umar Abdul Aziz who put off the state lamp and lighted his own private one when discussing family matters with his son!

Published on March 25, 2011 01:38
March 24, 2011
Mahathir vs (lawan) Anwar = 'carry trade'
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bangun untuk menunaikan solat maka basuhlah muka dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kami kamu hingga ke buku lali." (Al-Maidah, ayat 6)
***
BARU-BARU ini saya menerima e-mel berpandangan bernas dan bersifat akademik daripada seorang pembaca dari Seremban. Namanya biarlah dirahsiakan.
Beliau menulis: Saudara LanH, assalaammualaikum wbt ,saya tertarik untuk mengulas tulisan saudara di dalam ruangan ini yang bertajuk 'Bertenang; berfikirlah sebagai seorang negarawan', yang memetik kata-kata hikmah James Freeman Clarke -"A politician thinks of the next election.A statesman of the next generation."
Pada peringkat awalnya saya tak berniat menulis sebarang komen mengenai perkara tersebut,tetapi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan memoir beliau dalam bentuk buku bertajuk 'A Doctor in the House' saya terpanggil untuk memberi komen dengan tajuk di atas.
Saya rasa ramai tertanya apa sebab sebenar benci Tun Mahathir kepada Anwar sebegitu hebat sehinggakan menjadi memoir beliau.
Bagi rakyat biasa seperti saya benci tersebut muncul hanyalah kerana istilah 'carry trade'.
Saya rasa tidak ramai menyedari istilah 'carry trade' dalam pembangunan negara.
Pertama kali saya mendengar perkataan 'carry trade' dan memahami bahayanya kepada negara bernama Malaysia ialah daripada pensyarah ekonomi saya di Institut Teknologi Mara kini UiTM (cawangan Kuantan) pada tahun 1987.
Saya tidak pasti sama ada pemimpin yang telah atau ingin menggantikan Tun Mahathir pada masa sekarang atau mendatang baik daripada Pakatan Rakyat atau BN memahami bahaya 'carry trade'.
Untuk makluman saudara,pembangunan yag dibawa oleh Tun Mahathir adalah pembangunan 'carry trade' yang sangat berbahaya kepada Malaysia.
Kali kedua saya membaca tentang bahaya pembangunan 'carry trade' adalah daripada Tun Musa Hitam dalam temu bual di dalam akhbar harian. Pada masa tersebut, sebagai rakyat biasa saya bersyukur mempunyai Timbalan Perdana Menteri bernama Musa bin Hitam.
Kali ketiga saya membaca bahaya pembangunan 'carry trade' adalah daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim juga dalam temu bual beliau dalam akhbar harian (majalah). Pada masa tersebut saya sebagai rakyat biasa bersyukurmempunyai Timbalan Perdana Menteri bernama Anwar bin Ibrahim.
Saudara tahu kenapa saya bersyukur? Ini hanya kerana ada lagi ahli Umno yang berani dan nampak bahaya pembangunan 'carry trade' yang dipacu oleh Tun Mahathir untuk Malaysia.
Ada tiga persamaan di antara Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dapat saya kesan sebagai rakyat biasa,
1. kedua-duanya berani
2. kedua-duanya nampak dengan jelas bahaya pembangunan 'carry trade'.
3. kedua-duanya terpelanting daripada jawatan tidak lebih enam bulan berdasarkan temu bual yang saya baca.
Ada satu perbezaan di antara Musa Hitam dan Anwar Ibrahim yang dapat saya kesan sebagai rakyat biasa.
1.Tun Musa Hitam lebih berhati-hati mengkritik Tun Mahathir selepas letak jawatan manakala Datuk Seri Awar Ibrahim lebih agresif.
Di mata saya sebagai rakyat biasa Tun Musa Hitam amat mengenali siapa Tun Mahathir sebenarnya berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atas alasan tersebut saya menulis tajuk Mahathir vs Anwar = 'carry trade' di ruang saudara ini.
Dari sudut tanggungjawab kedua-dua Timbalan Perdana Menteri tersebut telah menjalankan tugas mereka kepada rakyat Malaysia dengan sangat baik dan mempunyai semangat negarawan tulen.
Dari sudut politik atau oganisasi pula satu kapal sudah ada dua nakhoda. Di sinilah asal kebencian Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim dan bukan atas alasan masalah keperibadian atau disiplin Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri tersebut terlepas pandang kesan dari sudut politik atau organisasi.
Saudara tahu sampai mana tahap bahayanya pembangunan 'carry trade' kepada Malaysia? Ia sampai tahap hubungan antara tuan dan hamba abdi.
ntuk memudahkan pemahaman bahaya pembangunan 'carry trade' mari kita lihat kadar faedah bank pusat di negara maju.
1.Euro Central Bank (ECB) 1%
2.Bank uf Japan (BOJ)1 %
3.Bank of Canada (BOC)1 %
4.Bank of England (BOE)1 %
Kadar tersebut mungkin telah berubah sedikit semasa saudara membaca tulisan ini.
Sekarang cuba saudara bandingkan kadar faedah Bank Negara Malaysia. (Saudara boleh dapat jawapan dengan mudah).
Sebuah syarikat besar dari negara maju yang melabur di Malaysia katakan AS$100 juta dan meletakkan pelaburan awal mereka di dalam bank di Malaysia yang menjanjikan pulangan yang lebih baik pastinya dari negara asal mereka kita akan berjumpa jawapan yang amat menakutkan seperti berikut: (AS$1=RM3.40)
1.sebuah kilang yang didirikan tanpa modal
2.pembelian tanah tanpa modal
3.pembayaran gaji tanpa modal
4.muktamadnya kita semua adalah hamba abdi yang menyediakan segala-galanya untuk mereka. Mereka menjajah semula dan mereka hanya tahu untung sahaja.
Pada tahun akhir di ITM saya belajar ekonomi Islam. Pensyarah saya menyatakan terdapat 3 definasi riba:
1.kadar faedah itu sendiri
2.penindasan
3.gabungan kadar faedah dan penindasan
Pada pandangan saya pula pembangunan berasaskan 'carry trade' itu riba
tetapi tidak saya nyatakan kepada pensyarah tersebut atas alasan yang
tersendiri.
Segala masalah sosial yang dihadapi hari ini seperti ragut, rompak, rasuah, kenaikan harga barang, gila kuasa adalah rantaian cengkaman pembangunan 'carry trade' yang tidak disedari oleh pemimpin kita.
Tun Mahathir memajukan Malaysia berasaskan pembangunan 'carry trade' akibatnya bangsa Malaysia semuanya sakit dan rumpun Melayu yang paling tenat berbanding rumpun Cina atau India.
Tun Mahathir cuba memajukan rumpun Melayu dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai model yang jelas kepada kita. Akibatnya, pemahaman majoriti rakyat untuk berjaya dalam perniagaan mesti ada kuasa politik. Contohnya adalah anak-anak Tun Mahathir sendiri.
Pembangunan 'carry trade' telah membuatkan rumpun Melayu sakit tenat.Rumpun yang sakit tenat dapat kita lihat daripada enam perkara;
1.Tidak berbudi pekerti
2.Memandang rendah Ugama
3.Tidak menghormati adat resam yang selari dalam Islam
4.Tidak menghormati bahasa ibunda
5.Matlamat menghalalkan cara
6.Tidak mahu berubah walaupun tahu kesilapan diri.
Kita tidak menolak kemajuan tetapi biarlah kemajuan tersebut selari dengan apa yang Malaysia miliki dari sudut Ugama,h asil bumi,iklim, pendidikan, kedudukan geografi, budaya,bangsa dan sebagainya. Bahasa mudahnya "pakai baju badan sendiri."
Sebagai bekas Perdana Menteri saya tak pasti sama ada Tun Mahathir layak digelar seorang negarawan atau ahli politik kerana dia memenuhi sifat 'kaduk naik junjung'.

Published on March 24, 2011 02:05
March 22, 2011
Revolusi pengangkutan awam di Terminal Bersepadu Selatan
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
* Renungan
KEWAJIPAN SUAMI MELINDUNGI ISTERINYA
Barang siapa membimbing isterinya meskipun hanya dengan satu perkataan, nescaya Allah membebaskannya belenggu api neraka daripadanya, mewajibkan baginya masuk syurga, ditetapkan baginya 100,000 kebaikan dan diangkat baginya 100,000 darjat.
Ishak bin Ammar bertanya kepada Imam Ja'far al-Shadiq tentang hak isteri ke atas suaminya. Jawab Imam, "Mengenyangkan perutnya (memberi makan), memberikan pakaian, dan memaafkannya jika ia (berbuat) bodoh."
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidakkah seorang hamba (mencari nafkah), lalu kemudian memberikannya kepada isterinya, kecuali akan membalasnya dengan 700 kali lipat daripada nafkah yang ia berikan kepada isterinya."
Selain itu, Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik umatku, adalah tidak mementingkan diri terhadap keluarganya, sentiasa merindukan mereka, serta tidak menzalimi mereka."
Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan ayat berikut yang bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerananya Allah telah melebihkan sebahagian mereka (suami) atas sebahagian lainnya (isteri), lantaran mereka (suami) adalah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Kerana itulah, adalah isteri yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana itu Allah telah memelihara mereka." (QS. An-Nisa', ayat 34) - Majalah HIDAYAH Rabiulawal 1432(Mac 2011)
***
MASANYA 8.40 malam, Jumaat 11 Mac 2011. Saya dan seorang anak berusia 16 tahun berdiri dan merenung jauh di jambatan pejalan kaki (merentasi landasan kereta api) dari stesen-stesen kereta api ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan (BTS).
Saya rasa seronok menyaksikan kereta api Express Rail Link (ERL) dan kereta api ekspres Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB bergerak laju membelah kegelapan malam. Kereta api jenis ekspres ini tidak berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan, yang singgah di stesen ini adalah kereta api transit baik dikendalikan ERL dan KTMB (komuter). Satu lagi pengendali perkhidmatan kereta api di stesen bersepadu ini adalah Keretapi Aliran Ringan (LRT) milik RapidKL.
Disebabkan jadual perlepasan bas ekspres jam 9.00 malam, kami mempunyai sedikit masa untuk menikmati keindahan suasana dan pemandangan itu. Bagi saya menyaksikan kereta api-kereta api berkenaan bergerak laju, menimbulkan ketenangan sekali gus mengembalikan nostalgia saya menaiki kereta api KTM setiap kali cuti penggal sekolah bagi perjalanan Tampin-Kuala Kangsar dan sebaliknya ketika saya di bangku sekolah menengah pada tahun 1970-an dulu.
Perjalanan dengan kereta api pada zaman remaja itu begitu mengasyikan. Saya dan rakan-rakan pernah duduk di tepi tangga kereta api yang bergerak laju, menyanyi dan melalak dan suatu ketika selipar yang saya pakai terjatuh, nasib baik bukan saya yang terhumban, kalau tak, mungkin sudah sudah jadi allahyarham.
Suatu lagi kegemaran saya ialah meletakkan kaki di celah bangku depan tempat saya duduk. Zaman itu, tempat duduk dalam kereta api kelas tiga agak daif, ada ruang antara tempat melabuhkan punggung dan penyandar. Suatu hari selipar yang saya pakai terkena punggung seorang penumpang di depan.
Belum sempat saya memohon maaf, dia merentap selipar itu dan menghayunkannya ke tubuh saya. Maka terkebil-kebillah biji mata saya; saya perhatikan banyak sungguh mata memandang diri saya yang jika saya berpeluang menatap cermin ketika itu, tentulah terlihat muka saya merah padam menahan malu. Sungguh saya tidak dapat melupakan kejadian yang mengingatkan saya supaya berhati-hati dalam hidup ini termasuklah tidak berlaku kurang ajar pada orang lain.
Selepas puas merenung kegelapan malam itu dengan sesekali kelihatan lampu kereta api yang bergerak laju, kami pun beredar ke bangunan TBS. Ketika dalam LRT RapidKL yang kami naiki dari pusat kota KL menghampiri stesen Bandar Tasik Selatan , bangunan enam tingkat yang tersergam ini sudah kelihatan. Menjejaki kaki ke dalam bangunan ini, seseorang itu merasakan dirinya bagaikan berada di sebuah lapangan terbang. Lantainya berkilat, udaranya dingin.
Kelihatan beberapa ruang niaga sudah beroperasi, tetapi kebanyakannya masih kosong, mungkin kos sewanya tidak mampu ditanggung peniaga tempatan. Dengar khabar, sebuah lot bagi perniagaan makanan segera sewanya RM50,000 sebulan!
Kuanter tiket banyak, di bahagian depan dikendalikan sendiri oleh syarikat pengurusan terminal, TMAS manakala di bahagian belakang, syarikat bas ekspres besar seperti Transnasional dan KKKL mempunyai kuanter sendiri.
Syarikat ini hanya berpindah ke TBS-BTS mulai 1 Mac selepas persetujuan dicapai dengan TMAS berhubung pelbagai perkara termasuk isu kuanter tiket, sedangkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersil (CVLB) yang dipengerusikan Halimah Sadique dulunya berkeras semua bas ekspres dari selatan beroperasi di TBS mulai 1 Januari.
Penjualan dan tempahan tiket dibuat melalui penggunaan komputer bersepadu malah pengguna boleh membelinya sendiri secara 'online'. Bagi menaiki bas pula, disediakan sejumlah pintu (sama seperti di lapangan terbang); hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan turun dengan menggunakan eskalator ke balai berlepas. Di depan eskalator disediakan pengawal yang memeriksa tiket penumpang.
Tempat 'berlepas' dan 'ketibaan' berasingan; di tempat ketibaan disediakan sejumlah petak bas dan eskalator di mana penumpang yang turun akan segera menaiki eskalator ke balai ketibaan manakala bas-bas juga akan segera bergerak menuju ke sebuah tempat menunggu yang luas yang terletak agak jauh daripada bangunan terminal.
Pendeknya pergerakan bas dan penumpang begitu efisyen. Bagi penumpang mereka mempunyai pelbagai pilihan sama ada membeli-belah atau beriadah di bangunan terminal atau menyambung perjalanan dengan menggunakan bas henti-henti, teksi, bas ekspres atau menggunakan perkhidmatan tiga rangkaian kereta api – ELR, Komuter KTMB dan LRT RapidKL termasuk untuk ke ibu kota.
Berdasarkan pengamatan penulis, benarlah dakwaan sesetengah pihak bahawa TBS-BTS ini adalah hab pengangkutan masa depan kerana keselesaan, kecanggihan dan kemudahannya malah ia adalah revolusi kepada pengangkutan awam negara yang selama ini dianggap teruk dan tidak efisyen, tetapi persoalannya bolehkah ia terus beroperasi dalam keadaan tidak membebankan pengguna yang kebanyakannya daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah serta juga pengusaha pengangkutan awam?
Misalnya, dulu ketika mahu beroperasi, setiap penumpang dicadangkan membayar RM1 tetapi ia tidak dilaksanakan selepas dibantah pelbagai pihak. Caj bas memasuki pusat ini juga telah dikurangkan demikian juga pengendalian kuanter tiket yang tidak semuanya dikendalikan oleh TMAS kerana dibantah pengusaha bas. Tandas awam juga masih percuma, tidak tahu bayaran akan dikenakan selepas terminal ini beroperasi sepenuhnya.
Sewa lot-lot perniagaan di TBS juga dikatakan amat mahal, dikhuatiri akan menyebabkan harga barangan, perkhidmatan dan makanan akan melambung tinggi memungkinkan rakyat kebanyakan tidak mampu berbelanja di sini. Laporan juga menyebutkan ramai peniaga tempatan seperti penjual akhbar dan jajan (seperti kacang dan keropok) enggan mendapatkan ruang niaga di sini kerana sewanya di luar kemampuan mereka!

Published on March 22, 2011 16:17
March 21, 2011
Penulis penyebar fitnah akan dihukum berat dunia, akhirat
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapati Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia, maka ia akan mendapatkan dunia itu. Dan, siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan seorang perempuan untuk dinikahi, maka ia akan mendapatkan perempuan itu." (HR Bukhari-Muslim daripada Umar bin Khathab)
***
MATLAMAT tidak membenarkan cara. Apapun niat individu termasuk pemimpin atau bekas pemimpin mendedahkan apa didakwa tembelang dan temberang orang, kaedah Machiavelli ini tidak dibenarkan.
Alangkah baiknya jika aib (sekalipun dakwaan itu benar) orang ditutup rapat-rapat kerana keaiban diri sendiri pula ditutup oleh Yang Maha Kuasa. Untuk apa menghabiskan masa tua yang tinggal sebentar cuma itu menimbun dosa; sebaliknya memaksimumkannya untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya ke alam yang pangkat, kuasa, kemasyhuran dan duit serta emas permata tidak berguna lagi.
Jika keaiban orang sengaja kita dedahkan, segala keburukan diri kita pula akan didedahkan bukan saja di dunia ini tetapi tersangat dahsyat di akhirat nanti di mana seseorang itu hanya mengharapkan perlidungan Allah SWT.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, menyatakan: "Barang siapa melepaskan seorang mukmin daripada kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat..."
Sesiapa yang menulis sesebuah buku misalnya, perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang penulis itu.
Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang penulis yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?
Sebenarnya maut terlalu dekat dengan kita, terutama mereka yang diberi tanda-tandanya seperti tua, badan sakit-sakit, rambut beruban, gigi luruh dan mata yang kurang nampak. Jadi bersedialah untuk menjadi penghuni kubur dan bukannya menyemarakkan fitnah melalui penulisan buku.
Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya 'Al Muafaqat menyatakan: "Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…"
Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya 'Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun' (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: "Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.
"Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu. "Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga mereka yang menolong menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja."
Sejak akhir-akhir ini media massa dan juga orang perseorangan termasuk pemimpin begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti zina, liwat dan dosa-dosa besar lain. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?
Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah penulis yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat dan zina layak dirotan 80 kali?
Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini. Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: "Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud '(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar'. (Surah Al-Nur Ayat 15)
"Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: 'Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka'. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.
"Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.
"Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!"

Published on March 21, 2011 12:49
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.