Roslan Hamid's Blog, page 200
July 26, 2011
Bilakah polis, media mahu sertai kebangkitan rakyat?
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Rabb-nya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahkan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (QS. Ali Imran: 169-170)
***
PERHIMPUNAN Bersih di pusat kota KL pada tanggal 9 Julai lalu dijadualkan bermula jam 2.00 petang. Namun sebaik saja selesai makan di sebuah restoran mamak di tepi sebatang jalan menuju Lebuh Ampang jam 12.00 tengah hari, saya dan seorang rakan dikejutkan dengan orang ramai berlari-lari anak dari arah Pasar Seni.
Saya melihat asap gas pemedih dan terasa 'sengatan'nya pada kulit. Sekalipun lari bertempiaran, orang ramai kembali membentuk satu kumpulan di sepanjang jalan yang kalau tidak silap saya Jalan Tun HS Lee.
Sepanjang perjalanan itu, peserta perhimpunan semakin ramai; mereka bagaikan kelkatu keluar daripada sarang masing-masing dan akhirnya membentuk satu himpunan besar yang saya anggarkan 10,000 orang ketika memasuki seterusnya terhenti di Jalan Sultan.
Antara permulaan perarakan itu sehingga perhimpunan di depan Menara Maybank yang menyaksikan puluhan ribu orang mendengar amanat Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, saya dapat rasakan sepanjang 30 minit itu (saya anggarkan antara jam 12.45 hingga 1.15 petang) adalah tempoh paling bermakna saya menyertai mana-mana perhimpunan yang didakwa haram kerana tiada tembakan gas dan semburan air kimia dari meriam air dilepaskan.
Rakan saya menyatakan kehairanannya dan bertanya; "adakah polis sudah menyertai rakyat" selepas melihat beberapa anggota trafik dan orang ramai saling membantu melicinkan perjalanan beberapa kenderaan yang kebetulan melalui jalan raya yang lengang ketika itu.
Saya memberitahunya; perpatah Melayu ada menyebut "air tenang jangan disangka tiada buaya," maka berhati-hatilah. Yalah, macam kematian, ia boleh datang secara mengejut, maka kita sebagai manusia yang lemah, sentiasa bersiap sedialah.
Namun, 30 minit detik aman itulah yang paling bermakna saya rasakan diri saya sebagai seorang rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India, pelancong 'mat salih', semuanya saya lihat masih mampu tersenyum-senyum, berjalan dan terus berjalan sekalipun tidak tahu ke mana kepala perarakan menghala.
Suatu ketika perarakan terhenti, rupa-rupa orang ramai terpesona melihat beberapa lelaki mengenakan kostum pribumi Sabah atau Sarawak. Saya tak pasti mereka orang Iban atau Kadazan.
Selain orang tegap badan, beberapa orang golongan istimewa juga kelihatan; mereka ditolak di atas kerusi roda masing-masing. Wah, sungguh hebat mereka; jika mereka ada kekuatan dan semangat, orang mengaku gagah bagaikan pendekar tentunya tidak tahu bagaimana mahu sorokkan muka!
Orang Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain masih ada masa untuk berkongsi ketawa apabila sesuatu yang lucu berlaku misalnya apabila seorang wanita India menjerit nyaring (maklumlah suara wanita) bagi menguatkan semangat peserta.
Melihatkan perarakan hebat yang disertai semua bangsa itu, terasa sebak di dada saya, sudah lama saya tidak melihat 'kesama-beradaan' (eh-eh, bunyinya sama macam 'brotherhood' – persaudaraan dalam bahasa Inggeris) bangsa-bangsa di Malaysia yang kadang-kadang boleh dilihat di gelanggang sukan dan di sekolah.
Betul di gelanggang sukan wujud rasa 'kekitaan' itu yang mahukan 'pasukan kita' (misalnya Malaysia) menang, lantas rakyat daripada semua kaum bersorak dan menyokong pasukan yang sama, tetapi ia lebih bersifat 'dirancang' namun pada demonstrasi ini saya lihat ia bukan sengaja diada-adakan tetapi berlaku secara semula jadi; rakyat bersatu dalam memperjuangkan satu matlamat yang digariskan oleh Bersih – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.
Ya mereka mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil; pihak yang akan menang apabila diadakan pilihan raya bukanlah fokus utama. Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain sebagai rakyat Malaysia hanya mahukan pilihan raya bersih dan adil tetapi apakah 'hadiah' yang mereka terima akibat memperjuangkan nilai murni ini?
Selepas 30 minit menyaksikan kehebatan kesepaduan bangsa Malaysia bagi mencapai satu matlamat murni itu, bunyi letusan tembakan kelongsong gas pemedih mata pada kira-kira jam 1.15 petang di depan Menara Maybank itu menyedarkan saya bahawa ada pihak tidak senang dengan tautan erat rakyat itu.
Apabila kelongsong-kelongsong gas mendarat tepat di tengah-tengah orang ramai, asapnya menyelubungi udara, maka bertempiaranlah lari Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan pelancong 'mat salih' menyelamatkan diri masing-masing. Disebabkan terlalu keras penderitaan diri (nafas sesak, mata pedih, kulit bagaikan disengat-sengat), saat itu mereka tidak peduli lagi, mereka lari dan melakukan rempuhan bagaikan orang hilang akal.
Melayukah, Cinakah, Indiakah, mat salihkah, sesetengahnya tidak peduli lagi, mereka langgar saja, yang paling penting mereka mahu menyelamatkan diri masing-masing. Siapa yang sudah terkena tembakan gas itu tahulah sendiri deritanya; ketika itu tidak terfikir lagi soal bangsa.
Namun apabila suasana dan diri mereka kembali tenang, barulah naluri kemanusiaan dan kemuliaan peribadi terserlah kembali; senario Melayu kembali menolong Cina, Cina tolong Melayu atau Melayu tolong India, malah Cina tolong mat salih kembali dapat dilihat! Itulah kita mahu tetapi semuanya dirosakkan pemimpin yang mahu berkuasa dulu, kini dan selamanya!
Pagi esok selepas Himpunan Bersih 2.0 (Ahad) seperti biasa saya ke gerai akhbar bagi menatap muka depan akhbar. Hampir semua akhbar harian menggambarkan perhimpunan tersebut gagal dengan sebuah akhbar kompak melaporkan hanya 6,000 orang 'pengacau' hadir sedangkan perhimpunan menyambut pasukan bola sepak di Kelantan pun menggamit kehadiran 10,000 orang, pesta hiburan di Jengka dihadiri 5,000 orang manakala satu himpunan di Putrajaya yang ada acaranya membabitkan PM dihadiri 15,000 orang. Pendeknya, akhbar-akhbar ini mahu melekehkan perjuangan rakyat yang menuntut proses pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.
Satu persoalan besar di sini, bilakan media dan polis mahu menyertai kebangkitan rakyat sedangkan kita sudah saksikan di beberapa negara luar seperti Indonesia, negara Arab dan Eropah Timur; ketika berlaku perubahan termasuklah revolusi, kedua-dua pihak ini menyertai perjuangan rakyat. Antara yang paling dramatik adalah bagaimana media Indonesia yang selama itu kuat mengampu seorang diktator secara tiba-tiba menyokong perjuangan rakyat bagi menuntut pembaharuan! Media kita, bagaimana? Mahu terus jumud dulu, kini dan selamanya?

Published on July 26, 2011 01:19
July 21, 2011
Kebangkitan rakyat: Lembu punya susu sapi dapat nama
***Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RenunganSabda Rasulullah s.a.w.: "Kalian masing-masing adalah pemimpin, dan kalian akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Seorang penguasa adalah pemimpin, seorang lelaki adalah pemimpin keluarga di rumahnya, dan seorang perempuan juga pemimpin rumah suaminya dan anaknya. Jadi setiap kalian adalah pemimpin, dan kalian bertanggungjawab terhadap apa yang kalian pimpin." (HR Bukhari)***
TERKEJUT saya apabila seorang kenalan menefon bertanya betulkah artikel'Politik baru Malaysia medan antara Najib-Anwar' yang tersiar dalam SuaraKeadilan (SK) terbaru (Bilangan 24, 12 Julai) di muka surat 14 adalah karyasaya. Saya menjawab tidak kerana kali terakhir artikel saya disiarkan SK adalahpada 15 Mac 2011 selepas lima tahun menjadi penulis tetap kerana selepas itusaya tidak lagi menulis untuk SK kerana kesibukan tugas.
Kenalan itu berkata, dia kenal gaya tulisan saya; jadi dengan mudah diadapat mengecam itu bukan tulisan saya. Apabila berpeluang menatap tulisan itu,dengan mudah pula saya tahu ia sebenarnya tulisan Lanjusoh, seorang wartawanberpengalaman dari Kota Bharu, Kelantan.
Saya pun menelefon Saudara Lanjusoh, memaklumkan beliau akan kekeliruanitu, dan beliau dengan senang hati memberi kemaafan. Sebenarnya kekeliruan iniadalah satu rahmat, jadi pada kesempatan ini saya berhajat menulis mengenaikejahatan sesetengah orang atau pihak menangguk di air keruh, mahu membina namadi sebalik usaha orang lain termasuklah bagi menyemarakkan kebangkitan rakyat;lebih tepat lagi 'lembu punya susu sapi dapat nama'.
Penulis percaya jika kebangkitan rakyat melalui perhimpunan Bersihberhasil 'mereformasikan' penggendali pilihan raya (di negara kita SuruhanjayaPilihan Raya, SPR) akan ada pihak nanti mengaku itulah hasil usaha mereka. Pendeknya merekalah yangbertanggungjawab ke atas perubahan itu.
Pihak ini akan tidak malu-malu mendakwa mereka sebenarlah yang terbabitdalam perubahan berkenaan. Persetan rakyat yang terpaksa menanggung deritamengadakan perhimpunan 'haram' seterusnya dianiayai dengan semburan asap danair kimia, yang penting mereka mengukir nama, lebih baik lagi jika nama merekadicatatkan dalam buku Sejarah.
Sejarah adalah catatan orang menang bukan orang berjasa. Ada sebuahperibahasa Afrika berbunyi: "Until lions have their historians, tales of thehunt shall always glorify the hunters," yang bermaksud sehinggalah singa mempunyaipenulis sejarah, kisah perburuan akan hanya menggambarkan kehebatan si pemburu.Yalah sang singa manalah berpeluang untuk mengkisahkan kehebatannya, yangmembuat 'kelentong' adalah si pemburu, kononnya dialah yang paling hebat.
Demikianlah jika menghalusi demonstrasi rakyat akhir-akhir ini sepertiPerhimpunan Membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris (PPSMI) yang berlangsung beberapa kali dengan kemuncaknya padatahun 2009 yang akhirnya membawa kepada tindakan kerajaan memansuhkan projekberkenaan.
Pejuangnya adalah rakyat awam yang sanggup dibantai oleh pihak berkuasatetapi yang mendapat nama adalah mereka yang mengaku pejuang bahasa tetapisentiada 'duduk enak-enak dalam bilik berhawa dingin'. Malah ada yang memandang 'sengkek' kepada negarawan prihatin seperti Pak Samad (Dato' A Samad Said) yang sanggup turun ke jalan raya.Pemimpin politik dan peneraju pelbagaipersatuan mendakwa merekalah pencetus kepada perubahan itu sedangkan merekatidak turun padang, malah ada yang membantah rancangan rakyat untuk berarak dijalan raya. Tetapi apabila tuntutan rakyat berjaya, mereka mengaku itulah jasamereka. Tidakkah ini menepati peribahasa 'lembu punya susu sapi dapat nama'?
Sebenarnya, ramai orang dalam kategori tidak tahu malu ini. Mereka yangtidak berjuang tetapi apabila perjuangan orang lain berhasil, merekacepat-cepat ambil peluang untuk menonjolkan kehebatan masing-masing. Mereka pengecut tetapi mahukan nama masing-masing mengharum. Biasanyamerekalah diberi penghormatan sedangkan sepanjang sejarah, pejuang sebenar tersisihdan dilupakan orang.
Bukalah buku sejarah kemerdekaan negara kita; akan tertonjollah namatokoh-tokoh yang saling bekerjasama dengan British tetapi nama pejuang yangtidak rela tanah air ini dijarah semahu-mahunya oleh British seperti IbrahimYaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman terus hilang dalam lipatansejarah. Ini kerana orang atau pihakyang menang itulah yang menulis sejarah, yang berjuang dengan ikhlas tidakmengharapkan balasan apa-apa, jadi tiada catatan sejarah buat mereka. Ingatlah,pemburu sentiasa hebat, tidak pernah singa dicatatkan sebagai hebat.
Jadi percayalah apabila SPR berjaya 'direvolusikan' nanti, akan mengakulah puak-puak ini merekalah yang bertanggungjawab ke arah itu sedangkan rakyatyang bermandikan air dan gas kimia terus dilupai, maka benarlah kata pepatah 'lembupunya susu sapi dapat nama'!

Published on July 21, 2011 19:06
July 19, 2011
Bersih 2.0: The peaceful walk until…
***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Do not spy on one another,
nor let any of you backbite others..." (Hujurat 49:12)
***
DEMOCRACY is not something that happens, you know, just at election time, and it's not something that happens just with one event. It's an ongoing building process. But it also ought to be a part of our culture, a part of our lives. - Jim Hightower
We had witnessed Bersih 1.0. It was in November 2007. Then, last Saturday (9th July) it was Bersih 2.0. And based on the interpretation of democracy by Jim Hightower, I would not be surprised if there would be Bersih 3.0, Bersih 4.0, Bersih 5.0 and so on.
But wait, before jumping to that conclusion, let us move back to last Saturday 'high noon drama' in the heart of the Malaysian capital, Kuala Lumpur. First of all, what is Bersih? It is a Malay acronym for 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil' (Coalition for a Clean and Fair Election).
Bersih, which means 'clean' in Malay, is a coalition of Malaysian non government organizations (NGOs) and Opposition political parties with the stated aim of reforming the electoral process in the country. It is not about to topple the BN government as stressed several times by its president Amiga Sreenevasan. She also said during the earlier stages of its formation, parties in the BN had also been invited to join Bersih but they declined.
Specifically, Bersih demands the for the use of permanent ink to ensure that voters may only vote once, a clean out of the electoral rolls to remove entries that are no longer valid such as deceased people, the abolition of postal votes on the basis that they are easily abused, introducing a minimum 21-day campaign period, strengthening public institutions, stopping corruption, putting an end to dirty politics and demanding that all candidates and political parties have equal access to print and broadcast media.
Looking at the list; there was nothing 'scary' about Bersih's demands. They only want a fair and clean election; so when their request were not properly handle by the authorities; for example the usage of permanent ink was made into an issue when in fact such ink had been bought before but was not used, Bersih's leaders and supporters decided to take the matter into the streets.
So they fixed the date; it was that Saturday, 9th July. Unfortunately Bersih's noble intention was met with fierce resistance by those in power. They turned to the security forces to frustrate the gathering after labeling the movement a 'haram' (unlawful) one. On that fateful day, the police manned roadblocks on major roads leading to the city and in the city itself they closed roads leading into the city centre.
In the morning after 'subuh' (dawn) prayers at a masjid, I took a walk from Jalan Pahang to Kuala Lumpur Hospital. I saw police personnel manning roadblocks on the road leading to Jalan Tuanku Abdul Rahman and at the entrance of the Kuala Lumpur Hospital.
At about 9.00am, a friend who had a bike came to see me and then we both rode around Kuala Lumpur and we found out it was inaccessible to enter the city centre. We were stopped and asked to go to other destination when we arrived at police roadblocks at Chow Kit, on the road leading to Masjid Negara and on a road in Brickfields, leaading to Merdeka Stadium.
In Kampung Baru, we saw a police truck moving slowly on a main road. Tens of police personnel were seen in front of it, some of them entered 'warung' (stalls) on both sides of the road; questioning patrons and asked them to open up their bags. Those with yellow 'Bersih' T-shirts were 'guided' to the truck and were 'helped' inside it.
Our 'motorbike mission' had failed; we could not go into the city centre, what's more to strategic locations such as Merdeka Stadium and Masjid Negara. We had a rest and at about 11.00am we tried our luck using the light train service. Earlier we were informed that the train services of monorail and LRT were suspended on that day, but we just tried our luck.
To our surprise the LRT still ran services, and in not more than 15 minutes time we were already in front of Masjid Jamek in the city centre. Seeing tight security by the police there, we moved to a road leading to Lebuh Ampang and upon seeing an Indian Muslim restaurant being opened, we delightedly stopped to have our lunch. It was full of patrons. Perhaps its owner was enjoying one of his good days in business.
About 12.00 noon, as we were about to leave the restaurant, I heard loud commotion and people running on the road in front of the restaurant. They seemed to be running from the direction of Central Market. Then I saw plumes of tear gas, even though I was quite far off, I could feel irritation on my skin and a stingy feeling in my nose.
A few minutes later, the crowd grouped again and proceed along Jalan Tun HS Lee (if I was not wrong) and marched into Jalan Sultan; heading for the Merdeka Stadium. To my surprise, from the many lanes in the areas, people joined the rally and when the procession stopped in Jalan Sultan, I looked back; I guess the attendees might be more than 10,000 people.
They were from all walks of life; Malays, Chinese, Indians and even several men in traditional Iban costumes. The few 'mat salihs' (white people, thought to be tourists) were also having good time; snapping pictures, talking and sharing jokes with the locals. I also saw a few handicapped people in their wheelchairs; they too tried not to miss the historic walk for a 'bersih' (clean) election.
So it was a peaceful historic walk by the people of all races to show their commitment to a clean election. It had nothing to do with those wild accusation of certain top leaders of the country such as trying to topple the government or create chaos and anarchy. Could you believe those people in wheelchairs wanting to topple the government?
Jalan Sultan seemed a dead end for the 'rakyat'. They had to turn back and walked to an open area in front of Menara Maybank in Jalan Tun Perak. There when the crowd settled down to hear encouraging words from Pakatan Rakyat leaders such as PAS Director for Elections, Dr Hatta Ramli; I climbed the hill slope to have a good look at the crown; I guessed the attendees exceeded 15,000 people.
For more than half an hour, the crowd was left alone; my friend and I were surprised as to why the police were not harassing the people for the moment. My friend suggested to me; "perhaps the police are now with the people!" I told him to be aware because there is a Malay proverb saying: "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya" (don't trust calm waters, there could be crocodiles in it).
I was right; at about 1.20pm the police started pounding tear gas canisters into the crowd. Then the people were showered with water laced with chemical that irritates ones skin. The people ran like mad, I too ran up the slopes and stopped at a fountain to wash my face. A youth offered me a little amount of salt which I put under my tongue; it works!
I saw many men struggling to climb a high fence of the Maybank compound. In my opinion they could not do it under normal circumstances, but during such desperade condition; they had no time to think about it. A few men collided with a group of people saying their prayers (solat) on the green lawn of the Maybank building.
After the effects of the tear gas had subsided I saw a 'mat salih' girl with her clothes almost down, walking up and down aimlessly on the grass lawn of Maybank. Perhaps she had lost contact with her companions when the authorities rained the people with tear gas and water laced with chemicals. Perhaps this rare experience in Kuala Lumpur she would not forget for the rest of her life!
Then it rained cats and dogs to the relief of the people on the street. The 'acid atmosphere' quickly vanished; the 'rakyat' who had run for their life, had a second opportunity to gather back and marched to Merdeka Stadium!

Published on July 19, 2011 19:08
July 18, 2011
Reaksi pembaca India Muslim berhubung amalan 'brelwi'
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Penyesalan orang kafir
"Di hari itu orang-orang kafir dan orang-orang yang menderhakai Rasul, ingin supaya mereka disamaratakan dengan tanah." (An-Nisa': 42)
Dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah." (An-Naba': 40)
***
ARTIKEL bersiri berhubung kunjungan saya ke India, mendapat reaksi daripada pembaca. Keprihatinan pembaca terhadap isu-isu membabitkan umat Islam amat dihargai. Pendeknya rasa keukhwahan umat Islam seluruh dunia tetap ada, namun ia boleh dipertingkatkan lagi. Mungkin ramai yang bersimpati tetapi disebabkan keadaan mereka yang juga daif, mereka tidak dapat melakukan sesuatu kecuali berdoa.
Mengenai perkara ini Sa'id Abdul 'Adhim dalam bukunya, Untaian Nasehat Penyubur Iman (Qaula-Smar Media, Solo, Indonesia), mengungkapkan: "Al-Quds (Baitulmaqdis), Somalia, Bosnia, Kashmir, Burma (Myanmar), dan beberapa negara pecahan Soviet lainnya menjerit tanpan ada yang mampu membantu, tidak ada yang mampu memecah keheningan ini (membangunkan umat ini dari tidurnya)...Pada hal, seperti baru kelmarin kota Amuriyah (Aleppo, salah satu kota di Syam-Syria) ditaklukan kerana jeritan seorang wanita yang meminta tolong kepada khalifah Al-Mu'tashim."
Seorang pembaca, Antara, menghantarkan saya e-mel ini buat tatapan dan pengajaran bersama.
Banyak 'info' (maklumat yang saya dapati daripada tulisan saudara sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris selama ini dan memang menjadi kegemaran saya untuk membaca setiap artikel saudara. Saya begitu tertarik dengan salah satu artikel tentang lawatan anda ke India iaitu berkaitan umat Islam melakukan 'ibadat' di makam-makam tertentu. Sebenarnya saudara, memang kebanyakan yang rajin melakukan 'ibadat' tersebut adalah daripada kalangan India Muslim. Amalan memuja kubur ini dinamai 'brelwi'.
Mereka rasa ia suatu 'ibadat' yang mulia dan sesiapa yang melarang akan dianggap sebagai tidak menghormati ulama dan dituduh dengan pelbagai macam tuduhan. Saya sebagai seorang India Muslim dari Pulau Pinang memang terasa dengan keadaan ini. Di Pulau Pinang terdapat beberapa makam/durga yang menjadi tempat orang India Muslim memohon doa daripada 'wali' yang dikebumikan di situ. Namun saya sendiri tak sangka cara 'ibadat' di makam-makam oleh umat Islam di India ini sudah sampai ke tahap seperti cara ibadat penganut Hindu sehinggalah saya melihat sendiri beberapa video klip di laman 'youtube' berkenaan ibadat di makam/durga di India.
Ibadat di makam-makam atau durga bolehlah dianggap 99.9 peratus menyerupai amalan orang Hindu. Saya sebenarnya tergerak untuk melihat adegan di 'youtube' itu setelah heboh di akhbar beberapa tahun yang lepas tentang kehadiran seorang ulama dari Tamil Nadu, India ke negara kita. Beberapa kumpulan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim di Malaysia menyatakan bantahan dan memohon agar kerajaan Malaysia melarang kehadiran ulama tersebut yang bernama Jainul Abideen atau lebih dikenali sebagai PJ dari kumpulan Tamil Nadu Tauhid Jamaat (TNTJ).
Antara alasan yang diberi oleh NGO India Muslim ini ialah PJ ini berfahaman Wahabi dan suka membidaah; PJ tidak menghormati sahabat dan ulama; dan yang paling teruk ialah PJ menghalalkan memakan babi.
Saya yang kebingungan terus melayari internet dan mencari maklumat berkenaan ulama yang bernama PJ ini dan terus ke 'youtube' untuk mendengar ceramahnya (dalam bahasa Tamil). Dan masya-Allah, setelah mendengar secara langsung ceramah beliau daripada 'youtube', saya betul-betul merasai kekaguman dan kehebatan beliau dalam menyampaikan ilmu agama kepada orang Islam dan bukan Islam di Tamil Nadu, India.
Sungguh berbeza dengan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Dan saya pun mengetahui punca bantahan NGO India Muslim di negara kita, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ketegasan PJ dalam hal larangan
'beribadat' di makam-makam.
Dalam ceramah-ceramahnya, PJ selalu 'menghentam' amalan di makam yang dianggap sebagai amalan mulia oleh sebahagian ulama di sana (india). Di samping itu, beliau juga aktif menganjurkan program bersama orang bukan Islam dengan program bernama 'Islam Agama Mulia' di banyak tempat. Dalam progam itu ian dipenuhi soalan-soalan panas daripada hadirin bukan Islam dan dijawab penuh hikmah dan bernas oleh PJ. Sehingga ada juga soalan daripada orang bukan Islam yang menyatakan cara ibadat orang Islam dan Hindu adalah sama berdasarkan amalan di makam/durga, namun ia dijawab dengan tegas oleh PJ kepada ribuan hadirin bukan Islam di tempat tersebut.
Sebenarnya di India, boleh dikatakan hampir d isetiap kampung akan ada makam/durga yang menjadi tempat beribadat bagi orang Islam malah keadaan yang sama juga boleh didapati di Bangladesh dan Pakistan. Maka saya takutlah untuk menyebut inilah antara sebab kenapa kerap berlaku mala petaka dan bencana di negara Bangladesh dan Pakistan tersebut yang hampir 99.9 peratus didiami orang Islam. Wallahua' lam. Semoga Allah menjauhi kita daripada segala kecelakaan.
Published on July 18, 2011 19:21
July 14, 2011
Interlok Kashmir, KL: Antara suci dan bersih
***Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan"Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam segala urusan." (at-Thalaq: 4)***
SEKEMBALINYA sayadari India, selama tiga hari berturut-turut solat Subuh saya adalah pada jam6.45 pagi. Dikira sudah terlalu lewatlah tu. Biasanya, insya-Allah mata sayaakan celik jam 5.00-5.30 pagi; bagi bersiap-siap untuk ke masjid untuk solatberjemaah. Saya menjadi hairan; mungkin perbezaan waktu (waktu di India lewatkira-kira tiga setengah jam berbanding Malaysia) menyebabkan saya gagal bangunawal.
Namun selepas muhasabah diri dan berbincang-bincang dengan emak saya, diaberkata mungkin ada makanan yang saya 'bedal' di India adalah dalam kategorisyubahat; jadi ia membawa kesan pada hati dan diri saya. Titik-titik hitamsudah semakin banyak di hati, lantas 'menggelapkan' diri saya daripada mudahmembuat perkara baik.
Jadi hati perlusentiasa dibersihkan. Namun bagi orang Islam, bersih saja tidak memadai, iaperlu sampai ke peringkat suci. Ada perbezaan antara bersih dan suci. Misalnya,jika seseorang terkena najis berat seperti tahi anjing, keadaan dirinya sudahbersih selepas dibasuh dengan air dan sabun tetapi belum mencapai tahap suci.Untuk menyucikan diri, dia perlu membasuh dengan air mutlak sebanyak tujuh kali, satudaripadanya air tanah. Bertayamum (menyapu muka dan tangan dengan debu tanah)kelihatan tidak bersih tetapi sebenarnya sudah suci untuk beribadat ketikaketiadaan air.
Ketika menamatkanpengkisahan saya mengenai umat Islam yang terkapai-kapai di Kashmir,berlangsung pula perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Pagi Sabtu 9 Julai itusaya berpeluang meronda-meronda ceruk KL dengan membonceng sebuah motosikalseorang rakan.
Di sebatang jalan Kampung Baru, kami terkedu melihat sebuah trakpolis bergerak perlahan-lahan dengan puluhan anggota polis berjalan kakimenyoal dan menyelongkar beg pelanggan yang sedang enak minum kopi di warung. Apabiladitemui baju-T kuning dan barangan lain mencurigakan (seperti garam!),pemiliknya terus 'diiringi' (macam VIP pula) masuk trak. Ehh, terfikir di benaksaya, hal ini tidak pula saya saksikan di bumi Kashmir! Benar beg sayadiselongkar di Kashmir, tetapi tidaklah di tempat awam seperti kedai kopi tetapi dipusat pemeriksaan imigresen dan juga lapangan terbang.
Semua jalan masuk kepusat ibu kota dikawal ketat pasukanpolis yang membuat sekatan jalan raya. Hal ini juga tidak saya alami diKashmir. Mungkinkah pemimpin negara kita begitu takut kehilangan kuasa sehinggasanggup berbuat begitu - menyekat kehendak rakyat yang mahu membersihkan prosespilihan raya bukannya merampas kuasa! Puak-puak ini mendakwa proses pilihanraya sudah adil jadi tidak ada apa lagi yang perlu dibersihkan. Antara hujahmudah mereka, kalau pilihan raya tak bersih masakan pembangkang boleh menanglima negeri pada pilihan raya lalu!
Bersih itu adalahdakwaan mereka. Tafsiran mereka. Jadi bolehkah ia diguna pakai? Katakanlahseseorang itu terkena tahi anjing, lantas dia membasuhnya dengan air sabunberjenama X yang mahal; lepas itu dia kata dia sudah bersih. Betulkahdakwaannya itu? Jika bersih secara zahir, memang bersih. Tetapi adakah diasudah betul-betul bersih iaitu suci daripada najis tahi anjing itu lantas bolehberwuduk seterusnya solat? Jawapannya tidak, sekalipun dia melolong menyatakandia sudah bersih hakikatnya tidak begitu.
Jadi bagaimana jalanpenyelesaian bagi seseorang yang benar-benar membersihkan dirinya daripada tahianjing tadi. Jawapannya adalah dengan BELAJAR (hadir di majlis ilmu) seterusnyaBERAMAL dan bermuhasabah diri. Apabila berbuat begitu, insya-Allah, Yang Maha Kuasa akanmembuka hijabnya sedikit demi sedikit, hati kita yang ditutupi terlalu banyaktitik-titik hitam akan bersih secara beransur-ansur.
Insya-Allah, akantiba suatu peringkat kita sendiri akan mengakui; "Ya Allah, rupanya akuini tidak bersih, aku ini kotor, aku ini jahat, aku tak layak masuk ke dalam syurga-Mu,tapi aku tak tahan azab neraka-Mu. Jadi Kau ampunkan dosa hamba-Mu yang tidak bersih ini!"
Jadi siapakah diri kita untuk mengaku kita bersih dan tidak perlu sebarangnasihat atau penambahbaikan!
Published on July 14, 2011 16:09
July 12, 2011
The old local buses of the old city (Part 2)
***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Do not spy on one another,
nor let any of you backbite others..." (Hujurat 49:12)
***
IN this blog previolusly I had highlighted the direcondition of Melaka stage buses entitled 'The old local buses of the old city' and to my relief during hisvisit to my home state on Monday, 4th April, Deputy Prime Minister, MuhyiddinYassin had acknowledged the situation and mooted Melaka bus firms to set up aconsortium to solve the problem.
"Public transport in the state, especially stage buses needsa major overhaul, and to do this, I propose that bus companies form a consortium,"Muhyiddin was quoted saying after spending about an hour meetingrepresentatives from bus companies, bus drivers and taxi drivers' associationat Melaka Sentral bus and taxi terminals.
"When the consortium is formed by the 11 bus companies inthe state, the government will set up a fund to help to replace the old buses.I noticed that most of the buses in the state are more than 10 years old.
"The government will then look into the best mechanism toreplace the buses and this might include the setting up a fund to phase out theold buses in stages. A new bus would cost RM450,000 and we cannot afford toreplace all the old buses in Melaka at one go as this would cost RM45 million,"said Muhyiddin.
Thanks to the DPM, Muhyiddin for his understanding and far sightedviews for Melaka local bus companies and commuters, but 'sympathy words andpromises' without the relevant authorities taking fast action is just likeadding salt to one's wound!
Sir, while you were pouring out your ideas, some of the poor'rakyat' who have suffered so long could not just 'cage' their misery in theirheart; thus they 'rained' it out at every opportunity; one such medium wasnewspapers 'interactive columns.
On the very day of your visit to the historical state (4thJuly), I noticed three letters in the Interactive Page (page 52) of 'SinarHarian' (a Malay daily) were complaints on dire state of the local bus service.
A reader (Malu anak negeri/ A shameful citizen) wrote: "Busuzur masih beroperasi: Amat mengecewakan apabila bas MOS Melaka yang tidak sepatutnyadigunakan lagi masih beroperasi. Hairan apabila bas yang uzur ini masihmendapat kelulusan pihak berwajib. Kami sebagai penumpang merasakan ia tidaksetimpal dengan tambang. Tiada keselesaan apatah lagi aspek keselamatan. Melakamerupakan negeri pelancongan tetapi taraf pengangkutan awam amat mengecewakan."/ "Old buses are still on the road: Itis disappointing when old buses of MOS Melaka are still operating. I am puzzledas why these old buses are given green light by the authorities. We, as commutersfeel the service is not worth the fare. The service is without comfort and safety.Melaka is a tourism state (destination) but its public transportation is disappointed." *Note: MOS stands for Malacca Omnibus Service.
A regular commuter (Buruh kecewa/ A disappointment labourer)wrote: "Bas tiada susahkan pengguna: Kami berharap pihak berwajib dapatmembantu. Pada 29 Jun lalu, bas MOS Tangkak ke Jasin dari jam 8.45 hingga 11.15pagi tidak tiba di stesen Tangkak. Kami pekerja yang menggunakan perkhidmatanbas tersebut terpaksa berhadapan masalah dengan majikan disebabkan hal ini.Mengapa tidak dimaklumkan awal-awal? Menyusahkan pengguna." / "Cancelled busservice frustrated commuter: We hope the authorities would help us. On 29thJune, MOS bus for route Tangkak-Jasin from 8.45 to 11.15 am, failed to reachthe bus station in Tangkak. We, workers who depended on that bus service had toconfront with our employer regarding this matter. Why do not inform earlier? Createtrouble for commuters."
The third reader (Pengguna/A Commuter) too noted about theMOS bus that failed to service the Tangkak-Jasin route on that specific timeand date. 'Pengguna' too complained thathe/she had to face trouble to go to work.
Muhyiddin's call on Malacca bus firms setting up aconsortium and only then the government will set up a fund to help replace theold buses was nothing new; the urgent step the government especially the stategovernment needed to do was to honor its pledge more than two years ago to giveassistance amounting to RM36 million to members of Melaka Bus Operators.
Recently President of Melaka Bus Operators, Razali Endun whopressed the state government on the assistance, said the money was urgent asoperations by local bus companies in Melaka Sentral are in a dire situation asthey are facing acute financial problem.
He said while waiting for the state's assistance, operatorswere facing more trouble as the authorities such as the Road TransportDepartment (RTD) had compounded several of the old buses because they are notroadworthy.
Razali said he too had no idea how to renew permits for hisbuses next year as almost all of them are in dire condition. "Permits can onlybe renewed if the buses that are more than 15 years are replaced by new ones orupgraded," he said.
About 10 local bus operators that are facing financialproblems are in dire straits and could cease operations, including in 2,000employees being laid off, Razali said.
Thus he hope the state government would come to the rescueby honoring its pledge in helping local bus operators, if not they would ceaseoperations, resulting in difficulties for thousands of commuters who dependedon public transport.
A former high ranking government officer told this writer,what Muhyiddin should do if he was really concerned and committed in solvingMelaka local bus operators' and commuters' woes was not just by making suggestionsand promises but 'delivering' money fast to the state government who at thisstage had failed to secure the RM36 million loan from the federal government to'pay' for the bus operators as it had promised more than two years ago.
"I could guess why that promise could not be fulfilledjudging from the local authorities answers to the 'rakyat' (people) grouses on why Melakahas not enough public utilities such as sheltered bus stops; they would said they are still waiting for government'sallocation or sponsorship from private companies.
"What's the heck the state government was doing? Melaka wasdeclared a developed state last year; so the problem is that they don't havethe money. Why wait for government allocation or sponsorship just a built a bus shed?
"Just tell the truth, you don't have the money. That's it. For you information, in 2009, the Melaka state government's debt to the federalgovernment increased to RM587.3 million from RM441.76 million in 2008!"

Published on July 12, 2011 17:47
July 11, 2011
"Doakanlah kemenangan kami, Muslim Kashmir"
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan membuat kebajikan." (QS. An-Nahl: 90)
***
KUNJUNGAN ke Kashmir (dalam jajahan India) kurang sempurna jika tidak ke Tasik Dal, Gulmarg, Sonamarg, Yousmarg (marg bererti padang rumput) dan Pahalgam. Saya hanya sempat ke tiga lokasi iaitu Tasik Dal, Gulmarg (yang bererti padang rumput penuh bunga-bungaan) dan Pahalgam iaitu sebuah kampung penggembala.
Tasik Dal berukuran 8 kilometer kali 4 kilometer dengan keluasan 26 kilometer persegi. Keindahannya terserlah; dengan latar belakang gunung-ganang termasuk banjaran Zabarwan; di pesisirnya terdapat sejumlah taman-taman indah dan luas peninggalan Moghul seperti Cheshmashahi, Pari Mahalm Nishat Bagh, Shalimar dan Harwan. Berada di taman-taman ini bagaikan berada dalam 'syurga dunia', seseorang itu terleka melihat kembangan bunga mengharum dan bunyi aliran air di bawah pohon-pohon gergasi meneduhi bumi.
Di Kashmir, kami menghuni di dalam rumah bot (houseboat) yang sengaja dibiarkan tersadai di pinggir Tasik Nagin, hanya sembilan kilometer dari Tasik Dal. Dari sinilah kami bergerak ke Gulmarg yang jauhnya 60 kilometer dan ke Pahalgam, hampir 100 kilometer dari Srinagar. Gulmarg sebuah dataran tinggi bagaikan karpet hijau, begitu mempersona, menjadi tumpuan ribuan orang setiap hari. Pada musim tertentu ia menjadi destinasi sukan ski, terutama mereka yang berupaya ke ketinggian bersalji, Apharwat dengan menaiki kereta kabel.
Pahalgam pula adalah lembah yang terdapat aliran deras anak-anak sungai termasuklah yang mengalir ke sungai termasyhur Indus dengan butiran-butiran batu dapat dilihat didasarnya. Pemandangannya sungguh mempersona, kata orang tiada ayat yang sesuai bagi menggambarkan kecantikan alam semula jadinya.
Dalam perjalanan-perjalanan yang jauh inilah saya mengumpul maklumat mengenai keadaan umat Islam, mewancara sejumlah penduduk yang berdasarkan air muka mereka dapat saya yakini mereka memperjuangkan Islam dan nasib ummah, setidak-tidaknya sebagai golongan yang ambil peduli. Berdasarkan perkembangan semasa, saya berpendapat adalah tidak bijak untuk menyiarkan nama, pekerjaan dan lokasi wawancara kerana bimbang mereka akan menjadi buruan kerana kuatnya kongkongan pihak berkuasa yang menghadirkan sejuta anggota tentera dengan perisik dan tali barut di serata bumi Kashmir.
* 'A' yang susuk dan wajahnya nya kelihatan terlalu tua untuk umurnya 45 tahun; berkata: "Tolong khabarkan kepada dunia bahawa orang Kashmir mahukan PBB mengadakan pungutan suara di sini. Saya hampir pasti 100 peratus penduduk Kashmir ini mahukan sebuah negara merdeka; mereka tidak mahu berada dalam kekuasaaan India mahupun Pakistan."
* 'B' yang juga kelihatan jauh berusia daripada umurnya 26 tahun, berkata: "Kami dipenjara di tanah air kami sendiri. Ada lebih sejuta askar India berkeliaran di sini. Saya percaya ada terlalu banyak pengintip dan tali barut berada di mana-mana. Tolong jangan cakap kuat-kuat," katanya ketika penulis menyebut perkataan 'Mujahidin'.
* 'C' mendakwa wanita Kashmir paling teruk dikenakan tekanan. "Mereka tidak bebas bergerak dengan kehadiran terlalu ramai anggota pasukan keselamatan India di mana-mana. Ramai yang terpaksa menghabiskan masa di rumah saja."
* 'D' merungut terlalu banyak anjing berkeliaran di bumi Kashmir. Katanya, binatang itu yang biasanya tidur di kaki lima jalan kedai menyusahkan pekedai dan pembeli serta jemaah yang hendak ke masjid. Beliau mendakwa di Kashmir adalah menjadi kesalahan untuk menghalau anjing-anjing apatah lagi membunuhnya. Berdasarkan itu, kedapatan banyak anjing gemuk bermalas-malasan di kaki lima jalan dan di depan kedai.
* 'E' mendakwa jumlah jemaah haji dari Kashmir dihadkan kepada ribuan orang saja setahun sedangkan yang memohon lebih 30,000 orang.
Hampir semua yang diwawancara berharap penulis dapat menghebahkan penderitaan mereka kepada umat Islam di seluruh dunia. "Apabila kamu balik nanti, beritahu umat Islam terutama imam-iman agar mendoakan keselamatan dan kemenangan kami di bumi Kashmir ini," kata seorang daripada mereka.
Ya, berdoalah untuk kesejahteraan dan keamanan umat Islam seluruh dunia termasuk di bumi Kashmir, kerana doa adalah senjata ampuh orang mukmin. Amin.
Published on July 11, 2011 20:47
July 10, 2011
Jadilah PM untuk semua rakyat, bukan PM Umno-BN
***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Rabb-nya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahkan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (QS. Ali Imran: 169-170)
***
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dipanjangkan usia untuk memuzakarahkan isu semasa; kali ini kita terpanggil untuk memberi pandangan mengenai insan-insan pilihan rakyat yang diberi amanah menerajui sesebuah institusi termasuklah apa yang dipanggil negara. Bagi kita negara wujud kerana adanya pemimpin dan rakyat. Negara tidak mungkin wujud jika ada kerajaan tetapi tiada rakyat, dan begitu sebaliknya jika ada rakyat tetapi tiada kerajaan.
Semua orang atau pihak mempunyai pandangan mereka mengenai pemimpin, tetapi kata mutlak atau pemutusnya adalah apa yang ditentukan oleh Allah SWT melalui kitab dan rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Berhubung soal pemimpin ini ada hadis bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu bertanggungjawab ke atas sesiapa yang dipimpinnya maka seseorang ketua adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya." Pemimpin yang adil dijanjikan oleh Allah SWT dengan balasan yang baik, mendapat naungan Allah SWT pada hari Pembalasan nanti. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud bahawa salah satu golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari akhirat nanti ialah pemerintah yang adil
Ya, pemimpin yang adil itulah yang didambakan oleh seluruh rakyat. Dia dijanjikan naungan Allah SWT di akhirat nanti; di dunia ini dia menaungi seluruh rakyatnya, bukan kelompok tertentu atau orang yang menyokong atau mengundinya saja. Seorang cendekiawan Barat, James Freeman Clarke mengungkapkan: "A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation" (Seorang politikus memikirkan (untuk menang) pilihan raya berikutnya, seorang negarawan memikirkan mengenai generasi berikutnya).
Berdasarkan hujah ini, marilah kita rujuk perlakuan orang yang diamanahkan sebagai pemimpin (terutama Perdana Menteri) akhir-akhir ini; apakah beliau seorang perdana menteri untuk seluruh rakyat Malaysia (atau 1-Malaysia seperti diuar-uarkannya) atau perdana menteri untuk orang Umno atau lebih jauh penyokong BN saja? Kegagalan beliau jelas dalam menangani isu tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan perhimpunan di ibu kota pada 9 Julai. Sebagai PM semua rakyat beliau sewajarnya berlaku adil kepada semua, tetapi apa yang terjadi amat mendukacitakan sehingga amanah yang sewajarnya terpikul di bahunya perlu campur tangan daripada Yang di-Pertuan Agong pula.
Sebagai perdana menteri semua rakyat beliau tidak sewajarnya menyimbah minyak ke dalam api apabila mengeluarkan kenyataan provokatif seperti jika Bersih boleh menghimpunan ratusan ribu orang, "kita boleh gerakkan tiga juta ahli Umno" sedangkan menteri dalam negerinya awal-awal lagi sudah menyatakan 'keharaman' Bersih. Demikianlah semasa keadaan meruncing, beliau dan timbalannya tidak sewajar menjelajah seluruh negara bagi mendapatkan sokongan rakyat sehingga di Kelantan terpaksa berteriak berulang kali memanggil rakyat "boleh tak tukar kerajaan (negeri) kepada Umno-BN kali ini?" Apatah lagi pada suasana itu dihadirkan ribuan manusia berpakaian merah seolah-olah sudah bersiap sedia untuk menggempur si warna kuning. Apakah PM kita hanya fikir untuk menang pilihan raya, lantas menepati takrif seorang politikus dan bukan negarawan?
Sebagai perdana menteri, beliau sewajarnya mempamerkan wibawanya sebagai negarawan bagi semua rakyat. Negarawan yang memikirkan akan generasi akan datang dan bukan semata-mata untuk menang pilihan raya akan datang sehingga terucap ungkapan menakutkan seperti "mempertahankan Putrajaya sehingga ke tulang putih atau titisan darah terakhir." Mungkinkah ketakutan kehilangan kuasa membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan apa saja sekalipun meletakkan negara dan generasi masa depannya dalam keadaan bahaya?
Sehubungan itu, kita amat bersyukur kepada Allah SWT dan merafak dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang bertindak cepat mencemar duli bagi menasihati pihak bertelagah pada detik yang sukar ini termasuk menasihatkan pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.Ya kerajaan dan PM-nya perlu adil dan dilihat adil kepada semua; bukan terhadap kelompok disukai atau penyokongnya saja kerana PM adalah untuk semua rakyat bukan PM untuk orang Umno-BN saja!

Published on July 10, 2011 23:59
July 8, 2011
Sekatan di Bulatan Jalan Pahang/Usah hina penulis 'Pak Samad'
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"...dan di hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakinya. Dan dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." (QS. Ar-Rom: 4-5)
****
KISAH 1: Sekatan di Bulatan Jalan Pahang
SUBUH hari ini (9.7.11), saya solat berjemaah di Balai Islam berdekatan Bulatan Jalan Pahang. Tak ramai jemaah, mungkin tak sampai 10 orang. Seperti biasa, jika saya berada di KL, selepas solat saya suka jalan-jalan seorang diri, bukan apa sebagai 'exercise', al-maklumlah badan yang sudah terkena penyakit itu perlu dikasi berpeluh.
Maka berjalanlah saya menyusuri Bulatan Jalan Pahang menuju Hospital KL yang sudah lama saya tahu ada kantin 'bagus' (harga makanan murah dan bersih....ehhh, eeeh (takkan nak cakap kotor pulak) dalam bangunan hospital. Di sebelah kantin ada gerai, jadi bolehlah saya dapat 'paper' pada awal-awal pagi.
Eek, subuh-subuh lagi pasukan polis sudah buat 'road block' di Bulatan Jalan Pahang itu. Mereka menahan dan memeriksa kenderaan yang menghala ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Berlakulah sedikit kesesakan di kawasan itu. Saya terus berjalan dan sampailah ke pintu masuk Hospital KL.
Hai, di pintu masuk Hospital KL pun ada sekatan jalan raya. Kelihatan dua tiga abang polis melakukan pemeriksaan. Tak tahulah saya apa tujuan dibuat sekatan jalan raya di pintu masuk Hospital KL itu.
Di kantin HKL, saya sodok mi goreng. Ambil telur mata kerbau. Ambil sendiri air kopi-O. Saya bagi 'mat Bangladesh' yang jaga di 'tol' not RM5. Dia pulangkan balik RM1.50. Jadi sarapan saya RM3.50; dikira murahlah pada zaman 'harga serba mahal' ini tetapi tidaklah semurah RM2 setiap kali bersarapan di 'restoran harga patut' yang diuar-uarkan pemimpin negara baru-baru ini.
Mungkin sarapan RM2 itu mengandungi roti canai dan air kopi-0 atau teh-0, agaknya. Manalah saya tahu, saya tak pernah jumpa lagi. Tengah hari ini harap-harap saya berjumpa sebuah 'restoran harga patut' dan makan dengan harga RM4.00. Jadi banyaklah boleh saya 'save'. Jangan 'try' di 'Insaf' sudahlah, nanti 'insaf' anda dibuatnya!
Selepas bayar saya pun duduk di meja kosong yang ada TV di depan mata. Siarannya TV1. Saya agak rancangan dipancarkan Selamat Pagi Malaysia. Maka sok-seklah dua pengacara lelaki perempuan; kata mereka jalan-jalan masuk KL sesaklah, ini semua gara-gara 'orang tak mendengar kata' yang mahu berdemonstrasi secara haram.
Kata seorang pengacara, polis mahu memastikan keselamatan, jadi terpaksalah mengadakan sekatan jalan raya. Ditunjukkan plaza tol Gombak yang sesak berkilo-kilometer jauhnya. Turut terperangkap adalah Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai. Diwawancaralah Tiong Lai yang secara 'cool' menjawab pemeriksaan polis adalah perkara biasa bagi menjaga keselamatan.
Selepas berita yang antara lain menyiarkan petikan Hishammuddin Hussein yang terus berkata Bersih haram dan degil kerana tidak mahu menerima mengadakan perhimpunan di stadium luar KL, disiarkan ulasan berita. Maka bagaikan bertihlah mulut si pengacara manis berkata, 'lauk pauk' dan segala persediaan sudah siap tetapi tetamu tak kunjung tiba. Saya ingat dia merujuk kepada majlis kahwin, tetamu dan pengantin tak sampai-sampai sebab terperangkap dalam kesesakan jalan raya; rupa-rupa dia kata 'tetamu' itu adalah 91 orang yang dilarang memasuki KL hari ini.
"Itulah," katanya, "akibat degil tak mahu terima nasihat" tidaklah dapat datang ke kenduri. Betulkah cakap si manis ini, tidaklah saya tahu. Sama-samalah kita nantikan petang nanti...
***
KISAH 2: Usah hina penulis Pak Samad
SUATU malam ketika berjalan di jambatan pejalan kaki Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, saya ternampak tiga orang buta – dua perempuan dan seorang lelaki - sedang duduk sebaris, menjual paket kertas tisu.
Saya berhajat menolong mereka dengan membeli paket kertas tisu berkenaan. Pada setiap orang, saya berikan RM1. Ketika membongkok, secara tidak sengaja (tidak dapat dikawal) saya 'terlepas angin'.
Sekalipun jarak saya dengan ketiga-tiga orang buta tersebut tidaklah dekat sangat, malu besar dan merah padam muka saya apabila mereka mengomel-gomel – siapa pula lepas angin ni. Busuk betui!
Demikianlah, sekalipun tidak dapat melihat, insan-insan ini dianugerahkan Allah SWT pancaindera lain yang lebih baik daripada manusia sempurna sifat. Terfikirlah di benak saya, mungkinkah orang buta ini mempunyai derita bau yang jauh lebih sensitif berbanding orang lain sehingga boleh mencium sesuatu yang mungkin sukar dihidu insan lain.
Saya bawakan kisah ini bagi menunjukkan sesetengah orang seperti golongan penulis mempunyai daya sensitif yang lebih peka daripada orang kebanyakan. Disebabkan rasa sensitif yang terlalu tinggi itu, mereka menjadi golongan cepat terasa; daripada apa yang terpukul dalam jiwa itulah menyebabkan mereka meluahkannya melalui penulisan dan juga secara oral. Ya, perasaan sensitif yang membuak-buak itulah dicanai dalam otak (difikir-fikirkan) dan kemudian diluahkan di kanvas lukisan atau pun di atas kertas dan pada zaman sekarang di papan kekunci komputer.
Golongan penulis menjadi begitu sensitif tentang apa yang berlaku dalam masyarakatnya. Jika ada yang tidak kena, jiwanya terlonta-lonta; tidak senang duduknya. Maka sesetengah daripada mereka akan melakarkannya di kertas, tetapi bagi mereka yang berjiwa lebih besar, mereka akan menyertai serta menyelami denyut masyarakat untuk membantu membetulkan keadaan.
Oleh itu, tidak menghairankan jika tokoh penulis besar seperti A Samad Said (Pak Samad) yang sering berjalan kaki, turun naik bas awam, yang merasai sendiri denyut nadi masyarakat umum, bangkit untuk menyertai gerakan rakyat termasuklah mutakhir ini dalam perjuangan menuntut pilihan raya umum yang bersih dan telus.
Tentunya Pak Samad yang sensitif hidupnya (jika dikaji daripada hasil karyanya) berupaya memikirkan masa depan generasi baru jika kehidupan masyarakat sekarang ini yang sudah tempang tidak diperbetulkan.
Bagi saya Pak Samad sudah mendahului zamannya, tetapi sungguh mendukacitakan apabila saya menatap tulisan beberapa penulis lain terutama dalam akhbar arus perdana, mereka mempertikaikan tindakan Sasterawan Negara ini sehingga ada mencadangkan Pak Samad berhijrah ke negara lain jika tidak dapat taat setia lagi kepada negara ini.
Malah adakah patut sesetengahnya termasuk 'penulis cikai' menggelar Pak Samad sebagai pengkhianat, tidak malukah mereka, bersikap begitu celupar dan tidak menghormati seorang insan yang telah banyak menyumbang bakti kepada bangsa dan negara.
Sungguh jika hendak mengampu pun jangan keterlaluan; bagi saya kisah yang dipaparkan oleh penulis tersohor di Alam Melayu, Pak Hamka (Allahyarham Prof Dr Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah) yang pernah dihumban ke dalam penjara angkara si pengampu, dalam Tafsir Al-Azharnya sewajarnya dijadikan pedoman.
Pesan Hamka tukang pengampu dan pemfitnah tetap akan menerima pembalasan. "Zaman bergilir, ada yang naik dan ada yang jatuh, dunia tiada kekal. Bagi diriku sendiri, di dalam hidup ini, aku pun datang dan aku pun akan pergi. Kehidupan adalah pergiliran di antara senyum dan ratap. Air mata adalah asin, sebab dia adalah garam dari penghidupan.
"Aku mengharap, jika aku mendapat aniaya oleh suatu kekuasaan orang zalim, hanya semata-mata kerana suatu waktu berkuasa, pasti datang zamannya, aku dan mereka, sama-sama tidak ada lagi di dunia ini. Maka moga-moga dengan meninggalkan 'Tafsir' ini, ada yang akan diingat-ingat orang dari diriku sebagai suatu hasil khidmat untuk Tuhan dan umat. Yang dapat aku kerjakan di dalam saat-saat aku teraniaya...
"Kalau tidaklah mengingat akan 'kehidupan kedua kali' itu, mungkin sudah lama saya pun dibawa hanyut oleh nafsu hendak berkuasa dan kemudiannya menjadi mabuk oleh kekuasaan itu: Na'udzu Billah!" (Tafsir Al-Azhar Juzuk 1, muka surat 54)
Bagi Pak Samad pula, penulis percaya apa dibuatnya bukan untuk mendapat kemasyhuran dan menambah kuasa (sama seperti dilalui Pak Hamka) tetapi demi kepentingan anak bangsa dan agamanya. Mustahil Pak Samad bersedia menempah kesengsaraan hidup sedangkan dia sudah ada hampir semua kebanggaan hidup seperti kemasyhuran, nama dan harta; jadi pengorbanannya hanyalah kerana percaya adanya 'kehidupan kali kedua' seperti diungkapkan Hamka.
Oleh itu, wahai 'penulis cikai' cerminlah diri sebelum meminta Pak Samad mencari negara lain (berhijrah) atau pun menuduhnya seorang pengkhianat!

Published on July 08, 2011 18:12
July 7, 2011
Islam subur di Lembah Kashmir
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman (pemimpin) bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan." (al-Quran, Surah Al-An'am 129)
***
SEBELUM dilanjutkan pengalaman saya di bumi Kashmir taklukan India, eloklah ditinjau sejarah kemasukan Islam ke lembah subur dikenali sebagai 'Syurga Dunia' ini. Sebelum kedatangan Islam, sama seperti orang Melayu di Nusantara, orang Kashmir adalah penganut agama Hindu dan Buddha.
Antara pemerintah yang terkenal adalah Raja Asoka yang datang dari India dan menakluk Kashmir pada tahun 250 Sebelum Masihi (SM). Beliau menjadikan Srinagar sebagai ibu kota kerajaannya. Sri bermaksud 'lakshmi' atau kekayaan manakala 'nagar' bermakna bandar raya. Jadi Srinagar bermaksud sebuah bandar raya yang kaya-raya.
Sekalipun sesetengah penduduknya sudah beragama Islam pada abad ke-13 melalui usaha dakwah seorang wali dikenali Bulbul Shah, hanya pada pertengahan abad ke-14 pemerintahan Islam terdiri di bumi Kashmir dengan kedatangan Shah Mir dari Asia Tengah. Kedatangan seorang lagi pendakwah terkenal dari rantau Parsi bernama Syed Ali Hamdani pada masa pemerintahan Sultan Qutub-ud-din (1395) mengukuhkan lagi pegangan rakyat kepada Islam dengan pelbagai kejayaan dalam penyebaran Islam berlaku di Lembah Kashmir.
Qutub-ud-din kemudiannya digantikan puteranya Sultan Sikandar yang kemudian mewariskan takhta kepada anaknya Sultan Zain-ul-Abidin (1421-1474). Baginda terkenal sebagai pemerintah yang adil kepada rakyatnya. Sultan Zain-ul-Abidin dikenang sebagai membangunkan semula Kashmir dan diberi gelaran 'Budshah' yang bermaksud 'Raja Yang Agung'.
Pada abad ke-16, orang Chak mendapat kuasa. Yousuf Khan, yang dikenali orang tempatan sebagai 'Yousuf Shahi Chak' mula memerintah pada 1580. Beliau jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang wanita kampung bernama Haba Khaton yang kemudiannya menjadi penyair paling terkenal di bumi Kashmir. Yousuf kemudian digantikan oleh anaknya, Yakub Khan.
Pada tahun 1586 pemerintah ketiga Empayar Moghul yang berpusat di Delhi dan Agra, Akbar menyerang dan menakluk Kashmir. Pemerintahan Moghul berlarutan selama 166 tahun. Pada masa Moghul inilah didirikan beberapa taman indah yang masih wujud sehingga hari ini. Antaranya Shalimar (Taman Cinta) yang dibina Raja Jehangir untuk isterinya Nur Jehan pada 1616 dan Nishat Bagh (Taman Keseronokan) yang dibina pada 1634 oleh abang sulung Nur Jehan, Abul Hassan 'Asif Khan.
Ketika pemerintahan Moghul inilah (tahun 1692) dikatakan sehelai janggut Nabi Muhammad s.a.w. (moi-e-muqadas) dibawa ke Kashmir oleh seorang pedagang bernama Khwaja Noor-ud-Din Ishbari dan ditempatkan di Masjid Hazratbal yang terletak berhampiran Tasik Dal di Srinagar. Pedagang ini dikatakan mendapatkan helaian janggut itu dari Syyid Abdullah yang membawanya ke India pada 1634. Janggut itu masih disimpan di Masjid Hazratbal dan hanya dipamerkan untuk tontonan umum pada hari kebesaran seperti Maulidurasul.
Selepas pemerintahan Moghul menjadi lemah, Kashmir diperintah oleh orang Afghan dari 1756 sehingga 1818. Malang sungguh selepas itu, orang Islam gagal memegang kuasa apabila orang Sikh mengambil alih pemerintahan dan menabalkan penguasa yang dipanggil Dogra untuk mentadbir Kashmir.
Pada 16 Mac 1846, Raja Gulab Singh berjaya mendapatkan kedaulatan Kashmir daripada campur tangan British melalui Perjanjian Amritsar. Pada 1947 apabila India mencapai kemerdekaan, Raja Hari Singh pula menyerahkan Kashmir kepada penguasaan India sekali gus mencetuskan konflik politik paling parah yang berlanjutan sehingga hari ini.
Published on July 07, 2011 20:07
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.