Roslan Hamid's Blog, page 198
September 11, 2011
Giliranku menunaikan haji 2028!
********************
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
********************
Renungan
********************
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
********************
KEBANJIRAN buku dengan topik khusus di sesetengah kedai buku adalah mengikut musim. Ramadan lalu, begitu banyak buku mengenai fadilat Ramadan dilambakkan. Kini musim haji datang lagi; maka buku mengenai haji pula memenuhi bahagian depan kedai, almaklumlah bagi menarik minat pembaca dan pembeli.
************************
Bercakap mengenai haji, baru-baru ini saya terjumpa slip pendaftaran haji yang telah buat pada tahun 2009 lalu. Giliran yang diberi bagi saya menunaikan haji adalah pada tahun 2028, ertinya ketika saya berusia 66 tahun! Punyalah lama saya perlu menunggu iaitu 17 tahun lagi. Entah hidup entah sudah jadi allahyarham pada masa itu; namun istiqamahlah kita berdoa akan dipanjangkan umur dan diberkahi kehidupan. Namun syukurlah kerana sebenarnya saya sudah dua kali menunaikan haji, yang dijadualkan pada 2028 itu adalah pemergian haji untuk kali ketiga, insya-Allah.
***********************
Namun simpati juga saya kepada saudara dan rakan yang begitu teruja menunaikan haji pada masa terdekat ini, namun gagal berbuat demikian; salah satu faktornya mereka lambat mendaftarkan nama di pejabat Tabung Haji; bayangkan mereka yang mendaftar pada tahun 2009 gilirannya pada 2028 (seperti saya). Berdasarkan perbualan saya dengan teman-teman dan saudara-mara, ada di kalangan mereka tersilap perkiraan kerana berpendapat dengan membuka akuan simpanan di Tabung Haji mereka sudah didaftarkan untuk menunaikan haji, sebenarnya itu satu kesilapan besar yang akan membawa kekecewaan apabila mereka mahu menunaikan haji dalam masa terdekat.
***********************
Pendaftaran bagi menunaikan haji perlu dilakukan khusus bagi tujuan itu dan apabila ini dilakukan wang simpanan kita sebanyak RM1,300 dalam buku akaun tidak boleh 'diusik' lagi. Itulah jumlah minimum bagi pendaftaran menunaikan haji. Jika membuat pendaftaran sekarang, mungkin giliran menunaikan haji anda adalah pada 2030 nanti!
*************************
Berceloteh mengenai haji termasuk pengalaman di Tanah Suci (Makkah dan Madinah), saya begitu teruja menyaksikan siaran langsung solat tawarih dari Masjidilharam di kaca TV pada dinihari Ramadan lalu. Jika ada insan mampu beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan, bagi saya yang bagaikan menepati pantun 'buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya ini budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan' dalam bab agama ini, mencuri sedikit kesedapan tidur bagi menghayati siaran solat itu sudah cukup bermakna.
***********************
Suasana di Masjidilharam yang penuh sesak dengan jemaah bersolat dan ada kalanya siaran difokuskan kepada wajah seorang insan yang bercucuran air matanya menghayati bacaan al-Quran penuh bertenaga oleh imam, membuatkan hati ini terus tersayat, menangis dan merintih. Lalu datanglah kekuatan diri, lantas bergeraklah kaki untuk ke bilik air, mengambil wuduk seterusnya bersembahyang malam sendirian.
****************************
Antara malam-malam itu, mengharapkan kedatangan Lailaturqadar. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, tiada ditemui sebarang kelainan pada malam-malam terakhir Ramadan itu (seperti kata orang, pokok seolah-olah bersujud, malam bersinar terang dan air laut tidak masin) bagi membolehkan hati ini mengesyakinya malam qadar. Sedarlah akan hakikat diri ini, tidak sekelumit pun layak menerima anugerah hebat-hebat itu; hanya mereka yang bertaraf wali atau yang hampir pada-Nya dianugerahi kelebihan berkenaan.
******************************
Manusia yang banyak dosa dan berhati busuk seperti diri ini perlu terus disental segala daki-daki yang sudah melekap di hati. Jika tingkatan nafsu masih berada di peringkat amarah atau setingkat lebih atas daripada itu (seperti lawamah), masih banyak pembersihan perlu dilakukan; bukan mudah untuk mencapai tingkatan mutmainah yang memberi harapan kepada sesorang hamba untuk menuju ke jannnah (syurga)-Nya.
****************************
Ada satu peristiwa pada subuh 27 Ramadan yang mengingatkan bahawa hati saya sebenarnya masih jahat, masih perlu diberus dan diberus lagi. Selepas sahur saya bergegas ke masjid untuk solat subuh. Untuk segera sampai ke masjid, saya memandu kereta mengikut arah berlawanan arus trafik sejauh 200 meter (jika tidak terpaksa membuat pusingan U sejauh satu kilometer) sebelum sampai ke sebuah persimpangan lampu berisyarat. Saya sedar perbuatan saya itu salah, berdosa kerana membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Tapi saya buat juga. Itu namanya bernafsu amarah namanya. Nafsu tingkatan terendah masih menguasai diri walaupun berada di bulan Ramadan yang mulia.
*********************************
Sejurus sebelum sampai di persimpangan itu, saya perasaan ada seekor ayam jantan yang kelihatan cedera, 'menghalang' laluan kereta saya. Saya berfikir sejenak untuk bertindak. Saya mengundur kereta, mengelak daripada melanggar ayam itu dan terus burrr, memecut laju ke masjid. Di masjid, barulah saya berfikir, betulkah perbuatan saya itu? Sepatutnya saya turun daripada kereta, menangkap ayam itu dan membawanya ke tempat selamat bagi mengelakkannya digilis oleh kenderaan lain.
********************************
Saya rasa tidak sedap hati. Benarkah yang saya lihat dalam suasana samar-samar itu 'ayam jantan'. Mungkinkah ia 'jelmaan malaikat' pada 27 Ramadan bagi menguji hati saya - sama ada busuk atau tidak? Selepas solat, saya bergegas ke tempat kejadian. 'Ayam' itu malah bekasnya tidak ada sama sekali. Terasa seram sejuk tubuh ini; tersedarlah saya bahawa diri ini tidaklah baik seperti yang disangka. Terlalu banyak yang perlu dikoreksi!

Published on September 11, 2011 19:36
September 8, 2011
'Pudu hilang rayanya pada hari raya...'
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
***
Renungan
***
"Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjuki dan berikanlah rahmat kepada kami, dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Banyak Pemberian
(Pemberi). - Surah Ali Imran, Ayat 8
***
KAMUS Dewan mendefinisikan raya sebagai besar. Kamus Perwira pula mencatatkan raya sebagai besar, 'great' dan 'large'. Oleh itu Hari Raya boleh didefinisikan sebagai hari kebesaran orang Islam. Ada dua hari dikaitkan dengan raya iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Haji (Aidiladha). Jika garis panduan dari segi bahasa ini diguna pakai, (Hentian) Puduraya bermaksud sebuah tempat pertemuan besar yang terletak di Pudu.
Malangnya Puduraya, sebuah terminal pengangkutan awam paling terkenal di tanah air sejak dibuka pada 1976, kehilangan 'raya'nya menjelang Hari Raya Puasa baru-baru ini apabila PM Dato' Seri Najib Razak yang mengunjunginya bersetuju dengan pandangan seorang rakan internetnya untuk menukarkannya kepada Pudu Sentral. Ramai orang tidak peduli atau buat-buat tidak peduli dengan pertukaran nama itu, namun bagi sesetengah pejuang dan peminat bahasa Melayu termasuklah penulis sendiri, pertukaran itu seolah-olah memperkecil-kecilkan perkataan 'raya' yang terpasak kukuh dalam bentuk tulisan dan lisan, sekali gus meletakkan kembali bahasa Melayu di persimpangan jalan.
Peristiwa hilangnya 'raya' daripada 'Pudu' secara kebetulan hampir sama dengan tarikh pemergian ke rahmatullah seorang pejuang bahasa disegani, Dato' Dr Hassan Ahmad yang pernah berperanan sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco). Allahyarham adalah salah seorang tokoh ke depan dalam memastikan bahasa Melayu didaulatkan di sekolah-sekolah apabila berganding tenaga dengan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said (Pak Samad) mendesak Kementerian Pelajaran memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Sedih sekali, berdasarkan perkembangan semasa, bahasa Melayu dan pejuangnya semakin lama 'semakin meminggir'; dulu tanahnya sudah bertukar nama, kini bahasanya pula.
Kini berdasarkan desakan pihak tertentu, pemimpin kerajaan sudah menyatakan kesediaan untuk mengkaji semula pemansuhan PPSMI sedangkan tarikh pelaksanaannya pun belum sampai (2012). Apakah ini menunjukkan pemerintah tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu atau mereka bermain wayang bagi mendapat sokongan undi menjelang pilihan raya umum akan datang?
Berbalik kepada isu Puduraya, persoalannya, apakah salah dengan perkataan 'raya' itu? Adalah ia tidak melambangkan kemodenanan, bunyinya macam kekampungan saja? Dan apa pula hebatnya perkataan 'sentral' yang diambil terus daripada bahasa Inggeris 'central'? Maka sekarang bergelarlah Puduraya sebagai Pudu Sentral. Bercerailah perkataan 'raya' daripada Pudu. Perceraiannya umpama talak tiga - hampir tidak mungkin perkataan 'raya' itu dikembalikan kepada 'Pudu'. Inilah yang paling malang sekali kerana nama asli bagi sesuatu mercu tanda (seperti Puduraya) tidak dapat dipertahankan sedangkan hampir tidak mungkin bangunan dan tempat hebat gah akan dikenali dengan nama-nama Melayu.
Bukankah segala yang hebat-hebat sekarang semuanya bernada Inggeris - KLIA, KLCC, KL Sentral, LCCT dan Petronas Twin Towers malahan kawasan yang dulunya pernah menempatkan setinggan dikenali sebagai Mid-Valley dan South City malahan pengangkutan awam dikenali sebagai KLIA Express, LRT (light rail transit) RapidKL dan sebagainya. Tentunya tidak 'glamour' dan hampir mustahil orang mahu menamakan KL Sentral sebagai 'KL Raya'. Jadi apalah salahnya jika nama 'Puduraya' yang semenangnya sudah ada itu dikekalkan, kerana "untuk menokok jauh sekali." Itulah yang pelik orang kita, yang ada kita runtuhkan, sedangkan untuk menambahnya jarang sekali.
Jika terasa malu untuk memakai nama 'raya' bagi Hentian Pudu kerana bunyinya macam kekampungan, apa kata kita hentikan atau tarik balik saja penggunaan perkataan 'raya' itu daripada perkataan Hari Raya, namakannya saja 'Hari Sentral', demikian juga dengan nama 'hantu raya', namakannya 'hantu sentral' manakala bunga raya, namakannya saja 'bunga sentral'? Atau buang saja perkataan 'raya' yang bererti 'besar' (great, large) itu daripada kamus, gantikannya saja dengan 'sentral'!

Published on September 08, 2011 19:20
September 5, 2011
Kalaulah sang singa boleh menulis sejarah…
***Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.**************************Renungan***************************Lima bencana untuk penghasad dengki**************************Abul Laits Assamarqandi mengatakan: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada penghasad dengki, sebab penghasad dengki itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasad-dengkikannya itu:***************1. Risau hati yang tak putus-putus.******************2. Bala yang tidak berpahala.*********************3. Tercela yang tidak baik.*********************4. Dimurkai Tuhan.******************5. Tertutup padanya pintu taufik.***********************BERIKUTAN polemik sejarah sekarang ini mengenai pejuang kemerdekaan, disiarkan kembali artikel saya ini yang pernah menghiasi blog ini. Ada sebuah peribahasa Afrika berbunyi: "Until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters" yang bermaksud sehinggalah sang singa mempunyai penulis sejarah, kisah perburuan akan hanya menggambarkan kehebatan si pemburu.********************Ertinya sekalipun dalam sesuatu perburuan itu sang singa bertindak hebat, si pemburu tetap menyebarkan kisah kehebatannya kepada penduduk kampungnya. Kisah sang singa tidak dipedulikan kerana yang merakam sejarah adalah si pemburu bukan sang singa. Lagi pun mana ada singa membicarakan kehebatannya, kalau ada mungkin kepada anak bininya saja dalam bahasa binatang yang mereka saja fahami.************************Sejarah adalah subjek paling saya minati sejak kali pertama diperkenalkan semasa saya dalam Darjah Empat tahun 1972. Ketika itu namanya Tawarikh. Kerap benar saya mendapat markah 100 peratus dalam ujian dan peperiksaan. Ketika Darjah Empat, diperkenalkan peradapan manusia termasuk pembawa agama, kemudian pada Darjah Lima diajar tokoh-tokoh pada zaman pertengahan dan kemudian ketika Darjah Enam tokoh-tokoh pada zaman moden.*******************Maka hafallah saya kisah dalam buku Tawarikh itu. Saya dapat menghafaz kisah Shih Huang Ti, Asoka, Akbar, Joan of Arc dan kemudian pada zaman moden membabitkan nama seperti Abraham Lincoln, George Washington dan tokoh di tanah air seperti Francis Light, JWW Birch, Frank Swettenham, Hugh Low dan Hugh Clifford. **********************Sekalipun negara sudah lama merdeka (pada tahun 70-an) mata pelajaran Tawarikh masih mengguna pakai sejarah dirakam daripada pandangan orang Barat (Inggeris). Mungkin ketika itu anak bangsa masih hijau mengenai sejarah perabadapan mereka, jadi teramat asinglah nama-nama seperti Dol Said, Mat Kilau dan Tok Bahaman. Tawarikh juga tidak memasukkan nama-nama seperti Tuanku Abdul Rahman Putra apatah lagi pejuang kemerdekaan dianggap golongan kiri seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad.**********************Sekarang, apabila saya membelek-belek buku Sejarah anak-anak saya di sekolah menengah, saya dapati kebanyakan bahannya ada hubungkait dengan negara kita. Semua penulisnya adalah anak-anak tempatan, kisah luar dipaparkan misalnya peradapan di China, India, Eropah and Timur Tengah dikaitkan dengan pembangunan masyarakat tanah air seperti kedatangan Islam (dari Tanah Arab) dan kemajuan industri akibat Revolusi Perusahaan di Eropah.*****************Namun seperti ungkapan peribahasa Afrika – 'until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters' – penulisan sejarah cenderung kepada kaca mata pemerintah, misalnya perjuangan kemerdekaan golongan dianggap kiri tetap terabai. Sejarah adalah cerita semua tetapi disempitkan kepada cerita sesuatu pihak. Demikianlah, sehinggalah singa boleh merakam sejarah; mata pelajaran Sejarah yang diajar hanyalah cerita kehebatan si pemburu!***************
Published on September 05, 2011 19:29
August 31, 2011
Hoping for God fearing editors…
***In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful, blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.************************************Reflection********************************The Family of Imran (Ali Imran)********************1. Alif. Lam. Mim.*************************2. Allah! There is no God save Him, the Alive, the Eternal.*****************************3. He hath revealed unto thee (Muhammad) the Scripture with truth, confirming that was (revealed) before it, even as He revealed the Torah and Gospel.*******************4. Aforetime, for a guidance to mankind; and hath revealed the Criterion (of wright and wrong). Lo! Those who disbelieve the revelations of Allah, theirs will be a heavy doom. Allah is Mighty, Able to Requite (the wrong).**********************5. Lo! nothing in the earth or in the heavens is hidden from Allah.*******************MAINSTREAM newspapers like Utusan Malaysia, NST, Berita Harian, The Star etc., should also carry similar consumer warning: Reading this newspaper is bad for your health – wrote Amin Mukhsin, a former news editor in Harakah's English Section in its latest issue, 22-25 August 2011.**************************As a former editor at one of the dailies, I agreed but not totally with Amin's point of view in his article entitled 'On Mainstream Journalism – Sigh!' that journalists and editors from the mainstream newspapers especially and TV, do not write about or tell the truth anymore.*********************************I am reserved with that suggestion; I must admit that there are many good journalists around, unfortunately they had fallen to such circumstances; they have to work under the same roof with those few who have had personal and political motives.*************************************Yes, some of those front liners in the industry carried title of 'Datuk', but again it is not right for us to judge their position; whether they are sincere or not in upholding their tasks and profession in the field named journalism.*****************************************A few of my former colleagues, some of them editors, called me, asking if I could help them in securing jobs at my office, saying they were fed up with the 'unhealthy atmosphere' at their work place, but when I told them that the pay at alternative media houses was not even half of their salaries, they just hung up the idea.**********************************************Some of them said the pay was not enough to cover their monthly obligations such as settling houses and cars loans. So they just hold on to their jobs, hoping and dreamed that 'a miracle' would happen in the leadership of the country, thus making way for God-fearing editors to take charge of their newspapers.**************************If the country were in the hands of leaders who fear God (to Muslims Allah SWT) then everyone including in the newspaper industry would be at peace because there is a hadith saying that the peoples' attitudes and concerns depend on their leaders. If the leaders go for entertainment, then the people would follow suit; if their leader was pious and keen in knowledge like the great Umayyad Caliphate Umar Abdul Aziz, the people would also be of the same trait.**********************************Quitting from one's job is not that easy; what more when one is in top position with a handsome pay. Just tell me who what like to follow the step of Hatta Wahari, the former president of the National Union of Journalists (NUJ) who make waves while in office at Utusanwhile now is out of a job?****************************In conclusion, there are always many God feared journalists around as there are those who have no feelings when trampling on the ethics of their own profession. This situation does not affect journalists only but to all human beings in all trades, may be he/she be a shopkeeper, a politician or a blogger; an example illustrated below, an article from a blog which I just discovered.****************************************A vindication for the dignity of bloggers*****************************************Well, I don't need to make the title of my post sound so dramatic, as if some people had said vile words about bloggers in general, no it's not that bad, but I thought if the Harakah's columnist LANH happens to be around town, scurrying looking for news and not cooking it up in bed like his old classmate in UiTM, someone might tweet him to read my humble blog.********************************************As a government servant, I am not really encouraged to read opposition tabloids like Harakah, but a friend left it at home after he had finished with it and so being the real nosy parker that I am, I could not resist a peek. I quickly went to the English Section, hoping to find something to titillate my blogger mind and there I found LANH's article (Writing news from bed, Harakah 16-19 May 2011) bemoaning the blogger Big Dog ( ? ) whose post was used as a source for the incendiary headlines in Utusan that " Kristian akan menjadi agama rasmi" (Christianity will become the official religion) or phrases to that effect.****************************Since I did not read Big Dog's blog nor Utusan's headlines I do not wish to comment on that, only on LANH's berating of bloggers in general and of the unscrupulous ethics of such an exercise.(By the way, Big Dog, you do need to have a change of pseudonym, for doggies in general presents such problematic problems for tuhoor).***********************************LANH rightly points out the absolute need for veracity in reporting and not resort to sensationalism and fabrication as some reporters have resorted to do. LANH then went on to intimate that bloggers generally are a class lower than reporters (the truthful and professional kind like him) because generally the facts in blogs are not really verified but generally hearsay. I know that a great many bloggers are that exactly that as I am afraid to say, so too are many reporters.*****************************Some bloggers are really awful but this does not mean that the stories one reads in the mainstream and alternative media are completely unbiased, pristine versions of the facts as the world knows it, but we know too, for the most part many stories are written for their pay masters. As writers, LANH, we know how to weave tales, veracity can be a relative thing in the hands of these master weavers. We are not called 'tukang karuts', for nothing.***********************************Now I am an academic, and we academics, whenever we write anything we have to submit it to layers of scrutiny before it gets even published. We know all about verification and authentication. It seems to me that the editors of newspapers are the arbiter of truth and veracity here, since the words of bloggers do not get verified by any editor?**************************************Brother LANH, I would like to say that, people who frolic with truth are everywhere, in mainstream newspapers, books, tabloids, blogs, it is not the prerogative of bloggers alone. I am sure I cannot make it to the column of an esteemed paper/tabloid like Harakah of which I was featured for two whole weeks in early 2007 in an incriminating piece written by another academic. Nobody saw fit to check the veracity of the report and I think I contributed to the sale of Harakah a bit too. I only read the delicious bits after being alerted by concerned family members to read about yours truly on Harakah On-Line.**********************************Aah those were good days indeed. I mulled a bit but decided that maybe I should succumb to fame (or infamy) and let things pass. So keep on writing and give my 'salaams' to the managing editor of the English Section.****************************************
Published on August 31, 2011 21:16
August 28, 2011
Ramadan yang kita tinggalkan...
*** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. *********************************************** Renungan ********************************************** Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhahnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadar, Kemuliaan, Ayat 1-5)********************************* RAMADAN pergi jua. Aidilfitri juga akan datang dan pergi. Bulan dan musim silih berganti. Manusia pun begitu. Seorang sepupu saya meninggal Ahad, 21 Ogos bersamaan 21 Ramadan lalu. Sama tarikh dengan pemergian penulis terkenal Azizi Abdullah. Buku Azizi, 'Senja Belum Berakhir' sudah saya 'khatam' di bangku sekolah rendah lagi. Ertinya nama Azizi sebagai penulis sudah terpahat di hati saya sejak puluhan tahun lalu. Terpesona saya dengan kisah dalam buku Azizi itu yang berkisar masalah kehidupan petani di negeri Jelapang Padi.********************************************** Sepupu saya itu dan Azizi sudah kembali ke pangkuan Ilahi, kita juga akan menyusul. Mungkinkah ini Ramadan kita yang terakhir? Pertanyaan inilah yang mengusarkan hati. Bayangan hari kematian diri sendiri sudah bermain-main di mata. Bagaimana diri ini terkapar di ruang tamu rumah, kemudian dimandi, kafan seterusnya dipikul ke masjid untuk disembahyangkan dan kemudian ke kubur untuk disemadikan. Dalamnya kubur, enam kaki diri ini dimasukkan ke dalam bumi. Kemudian diri ini dikambus, orang di atas memijak dan menginjak tanah; maka gelap, pekat dan hitamlah suasana menyelubungi diri ini.***************************** Siapa yang dapat menyelamatkan diri ini? Tiada siapa. Hanya Yang Maha Kuasa. Jadi cahayakanlah pekat kegelapan kubur itu dengan memohon kepada-Nya.Bertahajud, bertaubat, bertasbihlah, menangis dan merintih pada-Nya ketika kegelapan malam terutama 10 hari terakhir Ramadan ini, moga-moga ada belas kasihan-Nya, adalah cahaya untuk diri ini di alam abadi nanti. Bunyinya mudah, tetapi hakikatnya tidak begitu. Mengapa diri ini tidak mudah untuk mengalirkan air mata apatah lagi merintih teresak-esak memohon keampunan-Nya?********************************************** Mungkin seorang anak saya ketika berusia enam tahun dan dalam tadika Pasti (kini dia sudah berusia sembilan tahun), mempunyai sebahagian jawapannya apabila berulang-ulang kali memberitahu saya dan anggota keluarga yang lain: "Ayah, banyak makan dan tidur hati menjadi keras." Itulah modal yang kerap diucapkannya ketika saya atau anggota keluarga lain tidur pada siang hari atau makan dengan banyak ketika berada di meja makan. Mungkin cikgu di Pastinya sering mengingatkan begitu, jadi dilakonkannya semula sketsa itu di rumah.***************************************************** Betulkah hati ini sudah jadi keras? Usah cari alasan, mengakulah saja. Ya,. benar hati ini sudah keras kerana terlalu mementingkan hal ehwal keduniaan dan keseronokannya seperti makan dan tidur itu. Mengaku lebih baik kerana ia jalan mudah bagi memuhasabah diri. Apabila sudah sedar diri ini tidak betul maka carilah ubatnya. Ubatnya bukan di tangan doktor tetapi mulakan langkah 'mewakafkan' diri di masjid. Renung dan tenunglah diri di dewan solat masjid yang luas tanpa perabot dan TV yang menyesak dada dan memekakkan telinga seperti di rumah itu. Malah TV mengundang panahan syaitan ke biji mata, lantas 'mana bisa' kita boleh mengkoreksi diri dalam suasana begitu jika kita mahu berterusan 'enak-enak' di rumah.****************************************** Apabila ada majlis ilmu, dengar baik-baik apa yang ustaz-ustaz itu cakapkan. Ikutilah juga majlis 'bayan' budak-budak tabligh. Mereka mungkin mengulang-ulang pengajian ini. Dalam diri manusia itu ada segumpal daging, jika baik anggota itu baiklah manusia itu. Ketahuilah, itulah hati. Kenapa hati kebanyakan orang sudah jadi gelap dan hitam? Ini adalah kerana dosa-dosa yang dilakukan. Dosa-dosa ini akan menumpuk, membentuk titik-titik hitam di hati, lama kelamaan keseluruhan hati akan menjadi hitam, tiada cahaya.********************************************** Jadi sedarlah diri kita sendiri bahawa hati kita sudah hitam legam. Dengan adanya kesedaran, ia sudah cukup bagus, tetapi bagaimana mahu membersihkan kembali hati itu yang asalnya memang suci kerana seseorang itu lahir (bayi) dengan keadaan fitrah? Ada ustaz mengumpamakan hati hitam itu sebagai periuk yang sudah hitam keterlaluan yang memerlukan berus khas. Lagi hitam lagilah 'power' berus yang diperlukan. Barulah dapat dihilangkan jelaga dan kekotorannya. Itu pun secara beransur-ansur dan memerlukan tenaga yang banyak.****************************************** Demikian juga dengan hati. Hati perlu diberus supaya bersih. Bukan sekali, tetapi secara berkekalan (istiqamah). Masa terbaik melakukannya adalah pada Ramadan. Inilah masanya Allah turunkan rahmat, pengampunan dan menyediakan kesempatan terbaik untuk seseorang bebas daripada api neraka. Iblis syaitan juga diikat, jadi terbukalah peluang terbaik untuk membersihkan atau menyental (bagi hati yang sudah terlalu hitam) bagi mengembalikannya kepada fitrah.************************************** Namun apa hendak dikata, Ramadan kali ini sudah beransur pergi, meratap air mata sekalipun ia tak akan kembali. Jika kita sudah bermanfaatkan sepenuhnya Ramadan kali ini bersyukurlah, tetapi percayalah manusia tetap menyesal di atas perlakuan masa lalu mereka sehingga orang yang gugur syahid pun ingin kembali ke dunia untuk mati syahid sekali lagi.******************************************* Ramadan saya, dan Ramadan pembaca juga sudah pergi, tiada siapa tahu mungkin Ramadan ini adalah yang terakhir, kita menangisi pemergiannya, berdoalah kita agar sampai ke Ramadan berikutnya. Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI, HARAP DIMAAF dan DIAMPUNI SEGALA KESILAPAN dan KESALAHAN, Amin Ya Rabbalalamin.
Published on August 28, 2011 17:57
August 25, 2011
Pasang atau kibar bendera sudah patriotik?
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.**************************Renungan***********************"Ya, Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjuki dan berikanlah rahmat kepada kami, dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Banyak Pemberian (Pemberi). - Surah Ali Imran, Ayat 8*************************************
HUJUNG Ogos ini berlaku suatu 'keunikan' kerana Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan jatuh pada tarikh hampir sama. Jadi kepada pembaca diucapkanlah Selamat Menyambut Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54. Tanggal 31 Ogos datang lagi, dan sekali lagi pemimpin negara berbuih mulut mendesak rakyat mengibar Jalur Gemilang termasuklah di kenderaan. Namun sambutan pemilik kenderaan (setakat artikel ini ditulis pada 22 Ogos) terlalu hambar. Semalam (21 Ogos) ketika saya 'berkereta' hampir sehari suntuk termasuk menempuh perjalanan di lebuh raya Utara-Selatan, saya hanya nampak sebuah teksi dengan sebuah bendera kecil di bumbungnya.
Pemilik kenderaan nampaknya tidak peduli untuk memasang bendera. Kenapa?*******************************************
Dulu, seorang menteri berkata, tidak kibar bendera bermakna tidak patriotik, tidak sayang dan cintakan negara. Jadi adakah ini bermakna semakin ramai rakyat tidak patriotik kepada negara ini?*****************************************************
Memang betul, mengibarkan bendera pada hari kebangsaan adalah antara petanda bersifat patriotik. Bagi saya mereka yang bertindak begitu (memasang bendera) sudah berada di landasan yang betul namun saya kurang senang dengan sikap sesetengah orang atau pihak yang mengada-ngada, menunjuk-nunjuk dan membazir dalam perlakuan mereka seperti memasang sehingga 40 bendera di bumbung kereta, membuat bendera Malaysia paling panjang atau terbesar di dunia dan membuat kolam berlambangkan bendera Malaysia yang terbesar.************************************************************
Saya tidak tahulah kecenderungan ini diajar oleh siapa, tetapi bagi saya cukuplah wahai pemimpin dan petugas media massa, janganlah lagi 'memberi muka' sangat kepada orang yang gilakan publisiti murahan ini. Cukuplah, janganlah nak memperbanyak lagi usaha memecah rekod tidak berfaedah seperti membuat ketupat paling besar di dunia, membakar lemang terpanjang di dunia dan menjahit bendera Malaysia yang terpanjang di dunia dan kemudian memasangnya di Tembok Besar China!***************************************
Bagi saya cukuplah memasang bendera kecil, tetapi seseorang itu tahu menjalankan peranannya sebagai rakyat yang bertanggungjawab kepada agama, negara, bangsa dan keluarga, setiap orang yang telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas masing-masing sudah memenuhi kehendak itu. *******************************************************
Seorang guru bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Tetapi jika kerap ponteng, tidak menjalankan amanah, menyemai benih kebencian di sekolah, dia bukan saja tidak patriotik, tetapi dia seorang pengkhianat. Dia tetap seorang pengkhianat sekali pun dia mengibar sebuah bendera besar di depan rumahnya sempena Hari Kebangsaan. ************************************************************
Seorang pemimpin bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Pemimpin adil yang takut balasan Allah SWT yang disegerakan di dunia dan akhirat adalah mereka yang patriotik.Pemimpin perasuah, kaki kroni, kaki temberang, kaki 'jail'kan orang tidak bersalah, kaki maksiat dan pelbagai kaki lagi, tidak juga bersikap patriotik sekali pun mereka dengan 'muka munafik' mengibarkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan atau terpekik terlolong, menjerit 'merdeka! merdeka! merdeka!' Dia sebenarnya adalah pengkhianat bangsa, munafik agama dan kemungkinan besar syaitan bertopengkan manusia kerana merompak khazanah negara (perasuah), membeli atau menipu undi dalam pilihan raya sekalipun di depan rumahnya berkibar bendera Jalur Gemilang gergasi.************************************************************
Seorang tukang sapu sampah bersikap patriotik jika dia tekun dalam pekerjaannya. Dia tahu tugasnya membersihkan kota dan bandar besar manfaatnya bukan saja dari segi keduniaan tetapi juga akhirat. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda antara cabang iman ialah membuang duri di jalanan. ************************************************
Jadi seorang tukang sapu atau pencuci tandas adalah seorang yang patriotik jika dia menjalankan tugasnya penuh amanah. Seorang tukang sapu atau pembersih adalah pengkhianat kepada agama dan bangsa jika dia gemar mencuri tulang, tidak amanah dan sebagainya sekali pun dia mengibar Jalur Gemilang dengan megah di motosikalnya.******************************************************************
Seorang ayah atau ibu bersikap patriotik jika menghabiskan usianya untuk mendidik anak-anaknya agar jadi insan berguna yang patuh kepada Allah SWT. Seorang ibu tidak dikelaskan sebagai patriotik jika dia mencampakkan anaknya ke dalam tong sampah atau membiarkan anak yang baru dilahirkan di tangga masjid. Sekali pun si ibu tadi mengibar bendera pada Hari Kebangsaan, berarak penuh gaya dan menari penuh lincah di pentas hiburan pada hari tersebut atau pun muncul di TV melaungkan 'merdeka, merdeka, merdeka', dia sebenarnya adalah pengkhianat bangsa dan negara. ***************************************************
Seorang wartawan dan penulis juga bersikap patriotik jika dia menjalankan tugasnya penuh amanah. Semuanya dilakukan berpandukan hukum-hakam yang ditetapkan agama. Dia takut untuk menulis dengan tujuan mengampu, mengejar pangkat atau mencari nama seperti yang sering dititipkan orang - 'aku menulis bukan kerana nama'.**************************************
Seorang penulis tidak ada nilainya, tidak ada langsung sifat patriotiknya, jika dia menerbitkan tulisan yang menghina agama dan bangsanya. Dia sebenarnya adalah pengkhianat sekali pun dia menguar-uarkan betapa besar jasanya dengan mengibar Jalur Gemilang di pejabat akhbarnya. ******************************************************
Seorang ustaz bersikap patriotik jika dia mengamalkan apa yang diajarkannya. Dia mengajar bukan untuk mengejar ringgit tetapi keredaan Allah SWT. Dia takut terjatuh dalam kategori golongan munafik apabila berceramah dan bercakap tidak sama perbuatan.*********************************************************
Dia takut termasuk dalam golongan 'cakap tak serupa bikin'. Dia takut termasuk golongan ulama jahat yang mengejar dunia dengan segala keindahannya - pangkat, kemasyhuran, nama dan sebagainya. Ustaz jenis ini tiada sikap patriotiknya jika dia menyuruh 1,000 anak muridnya mengibarkan Jalur Gemilang.*************************************
Kesimpulannya, semua orang tidak patriotik jika lupakan Penciptanya - Allah SWT. Hanya orang yang taat perintah Tuhannya adalah orang patriotik kerana dia tahu Allah SWT sentiasa mengawasinya.***************************************************
Apabila seseorang itu 'dikawal' oleh hukum-hakam yang ditetapkan Allah, tidak menjadi masalah baginya, sama ada seorang sultan, raja, perdana menteri, menteri, pegawai, ustaz, wartawan, tukang sapu, penggiat budaya atau anak wayang untuk taat dan cinta pada negara, bangsa, keluarga dan dirinya sendiri. *****************************************
Akhirnya, semua orang tidak patriotik dan hidup sia-sia kecuali orang yang berpegang kepada firman Allah SWT melalui Surah Asr yang bermaksud - demi masa, sesungguhnya semua manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Published on August 25, 2011 19:23
August 23, 2011
Krisis Somalia dedah kepincangan ummah
***********Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Renungan "Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) ******************** KIRA-KIRA 20 tahun lalu, dunia Islam menangisi tragedi berdarah di Bosnia Herzegovina. Dilaporkan puluhan ribu orang Islam menjadi mangsa kerakusan gerila Serb termasuk pemimpin Serbia-Montenegro seperti Slobodan Milosevic yang gila mahu menghidupkan negara Yugoslavia.**************** Penderitaan ummah di negara Balkan itu seolah-olah tidak didengari oleh kebanyakan negara dan umat Islam lain. Hal ini difahami kerana Bosnia dan jirannya yang mempunyai majoriti umat Islam - Albania - terletak di tengah-tengah benua Eropah. Nama Bosnia pun begitu asing kepada kebanyakan umat Islam sehingga tercetusnya peristiwa pahit itu yang menyedarkan ummah bahawa ada saudara mereka hidup tersepit di kalangan bangsa Eropah lain.************** Sekalipun tragedi Bosnia adalah antara peristiwa hitam paling pahit dialami umat Islam, pembabitan orang Islam dan pertubuhan yang memayungi ummah - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) adalah pada tahap minimum.*************** Kumpulan Penghubung OIC yang turut dianggotai oleh Malaysia ketika itu, sekalipun bekerja keras membantu memulihkan keadaan di Bosnia terutama pada peringkat akhir konflik, pembabitannya terhalang antara lain disebabkan pengaruh kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dalam isu berkenaan. Amerika dan Nato terbabit dalam percaturan politik Eropah yang ketika itu masih merasai kesan kehancuran Soviet Union dan blok komunis Eropah Timur. Sebarang campur tangan dalam krisis Bosnia dilihat sebagai terbabit dalam konflik era pasca keruntuhan Soviet Union yang memungkinkan Amerika menjadi kuasa tunggal dunia. ***************Berdasarkan situasai berkenaan, kita tidak hairan jika OIC 'tidak habis-habis dengan agenda pertemuan pemimpinnya di meja bulat' untuk membincangkan isu Balkan tetapi tanpa melakukan tindakan yang boleh dibanggakan. Sejak beberapa tahun lalu pula, OIC juga difahami tidak berupaya menangani isu keganasan antarabangsa yang akhirnya membawa kepada pencerobohan negara Afghanistan dan Iraq oleh Amerika kerana ia dianggap konflik politik. Dalam percaturan politik 'yang berkuasa itulah yang benar', oleh itu pihak lain langsung tidak berani bersuara.************** Malangnya dalam tragedi tidak membabitkan konflik politik seperti tsunami yang menghancurkan beberapa kawasan di Asia Selatan dan Asia Tenggara pada tahun 2004 dulu, OIC dan sesetengah negara umat Islam terus dengan 'sikap lama'nya iaitu tidak bertindak proaktif bagi meringankan penderitaan saudara seagama mereka. Hampir 200,000 orang dilaporkan sudah mati di Aceh, sebuah wilayah yang dikenali 'Serambi Makkah', tetapi bantuan daripada OIC dan negara Islam tidak kunjung tiba.Apakah alasan yang hendak diberi?************* Adakah ini disebabkan keterbatasan atau ketidakupayaan dari segi politik? Adakah bencana alam ini juga membabitkan percaturan politik sehingga OIC dan negara dan umat Islam lain tidak berani campur tangan? Bumi terbabit (Aceh/Indonesia) juga negara Islam, jadi apakah yang menghalang mereka daripada menghulur atau menyegerakan bantuan? Terbaru sebuah lagi negara Islam Somalia dan negara-negara di Tanduk Afrika dilanda kemarau panjang yang menyebabkan jutaan penduduknya dilanda kebuluran.***************** Sama seperti bencana tsunami yang melanda Aceh, penderitaan di Somalia bukanlah konfil politik yang mungkin mengehadkan OIC, negara dan umat Islam untuk menghulurkan bantuan, tetapi nampaknya tragedi Aceh kembali berulang.****************** Orang Islam, terutama yang menghuni negara kaya raya tidak ambil peduli, penderitaan sesama Muslim di Tanduk Afrika mungkin dianggap terlalu jauh dari mereka. Kini umat Islam berada dalam bulan Ramadan yang mulia, sungguh kontras kehidupan mereka dengan orang-orang kaya di negara seperti Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berbelanja dengan begitu mewah sekali sehingga ada laporan menyatakan di UAE sebanyak 50 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah sepanjang Ramadan, di Somalia, penduduknya "bukan berpuasa pada bulan Ramadan saja tetapi sudah melakukannya sejak berbulan-bulan lalu." Mereka tiada makanan, tetapi makanan daripada negara dan umat Islam yang kaya-raya tidak jua kunjung tiba. ****************** Jika dikaji bantuan bagi mangsa tsunami dulu, daripada AS$2 bilion (RM7.6 bilion) disumbangkan, pemberi utama adalah di kalangan negara bukan majoriti umat Islam seperti Jepun (AS$500 juta), diikuti Amerika Syarikat (AS$350 juta) dan Britain (AS96 juta) dan sebagai perbandingan negara Islam/Arab yang kaya seperti Arab Saudi menyumbangkan AS$10 juta, Kuwait juga AS$10 juta dan UAE (AS$2 juta). ****************Oleh itu adalah wajar perubahan drastik dilakukan bagi menyedarkan umat Islam akan penderitaan saudara seagama kerana ummah bagaikan satu tubuh, jika satu anggota sakit seluruh badan akan menanggung penderitaan!
Published on August 23, 2011 19:32
August 22, 2011
A precious gift
*** In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. Reflection Praise be to God, the Sustainer of all the Worlds, The Merciful, the Compassionate. Lord of the Day of Judgement Thee alone do we worship and Thee Do we ask for help. Guide us on the Straight Path. The path of those on whom Thou has bestowed Thy Grace Not of those upon whom is Thy Wrath, Nor those who have gone astray. Ameen. (O God! do grant us our request) - Al-Fatihah (The Opening) *** IN the middle of this year one Dr Safiah Osman sent me 'a precious gift' – a book written by her entitled 'Let Us Remember Allah For The Wonder of His Creation'. The word 'a precious gift from...to...and date...' was specially printed on an early page of the book and I was one lucky person who personally recieved the book from Dr Safiah who penned my name on it and also writen this word: "I have enjoyed your highly readable and non didactic articles..." Going through and examining the book which notes that all proceeds from its sale will go to orphans and children who live in extreme poverty, I knew it was 'truly a precious gift' but the sad episode of it is, I had left in buried on my desk at home and soon after have forgotten about it due to my busy scedule. Yes, we are busy 'chasing the world', forgetting to take our time (slowing down) in enjoying 'the sweet and simple life' with the guidance of Allah's words; the book was one of the many 'kitabs' written by righteous persons that could make us remember Allah SWT. Alhamdulillah (praise be to God, The Almighty) this Ramadan, I have had much time to myself and one night after I got very angry and fed up upon seeing and hearing a much overdone news item over a private TV station regarding the fame 'liwat' (sodomy) case, I switched off the TV and looked for books to read and hence came across the thick book entitled 'Let Us Remember Allah For The Wonder of His Creation' by Dr Safiah. After flipping the book's pages, I found out it was a great help if we wanted to 'run away' from the 'madness' of the selfish people of the world who do not care whether it was Ramadan or not, they come out with all sorts of 'rubbish' just to please their political masters. Dr Safiah in her preface of the book noted, the book is a collection of poetry and poetic style prose aimed at providing input to young people around the world about the wonder of Allah's creation, about love for the seas, oceans and mountains; trees, rivers, animals, insects, plants and vegetation. "I sincerely hope that the highly readable book will help young people begin to see the beauty and spendour of the world around them, aworld created by Allah SWT, with new eyes and new insights. "I also hope that through a wider appreciation of the beauty and wonder of His Creation, they will praise and honour, love and fear Allah, the All-Mighty, the All-Merciful. May the young people be encouraged and guided to better understand the beautiful religion of Islam, feel the joy and sweetness of faith in their hearts and minds each day and every day of their lives. "Bearing in mind that there are vast individual differences in young peoples' language development, specially in their ability to read and comprehend what is read, this book is a humble effort to reach out to those who may find something suited to their level of linguistic maturity more appealing. May they greet each passing day in the year with a great deal of enthusiasm to learn more about Islam." Yes, we are in this world to be a much better person each day including to be closer to Allah SWT this Ramadan, but with all the negative traits sown by elements around us such as the mass media especially the electronic dan print ones; our young generation needs more attention and gladly in my hands I have this 'precious gift' to share with with them. Ones eyes and ears should not be 'made available' to see and hear 'haram' (forbidden) things such as that 'rubbish' news item from the TV station whats more during this sacred month of Ramadan; Dr Safiah among others suggested that you: - * In the darkness of the early morning, just before the sun comes out, wait for a while and listen to the rooster singing in his beautiful strong voice, happily telling the world what time it is. The rooster sings especially to those in deep sleep, in deep slumber, lest they forget to perform their fajr or break of dawn prayer. * Discover a world of beautiful sounds. First, listen to the smallest of sounds. Let us close our eyes and listen to the sound of the breeze stirring among the trees and then, listen to the sound of the wind whispering through the bamboo leaves. Then, listen to the sound of the wildly blowing winds. *Listen to the gentle lapping of the sea. Listen also to the cries of shore birds, near the edge, when in large numbers, they tell us that the sea is near, very near. Then listen to the sound of the seagulls as they dip and soar and then dip and soar again in the open sky. *Surely, our breath is taken away when in the early hours of the morning we see the glorious sunrise in all its shades of deep orange, bright and pale yellow. Then, as we watch the golden sunlight pouring through the windows, we thank no other but Allah SWT. * How pleasant it is to just lie down on green grass and watch the coconut trees on white sandy beaches swaying to the rhythm of the sea and let us also look at orchids; purple, bright-red and orange and of every imaginable colour. In particular, we must not forget the graceful, yellow dancing fairies and lakes filled with pink and white lilies. In the Holy Qur'an, Allah SWT conveys to us that it is He Who has bestowed upon us the precious gifts of being able to hear, see and feel. "And Allah has brought you out from the womb of your mothers while you know nothing. And he gave you hearing, sight and hearts that you might give thanks (to Allah)." – Surah An-Nahl 16: 78 Life passes on and time runs out. So, moment to moment, we must remember that as human beings we have been created and bought into existence by Allah SWT for a purpose and reason. Let us thank Allah SWT for the wonder of His creation of ears to hear, to hear the sound of sadness, of joy and of good cheer. And with eyes to see, we can see Allah's vast Mercy. Surely, we must thank Allah SWT for the beauty and perfection of His Creation and surely, we must be grateful to Him for the precious gift of sight, the gift of eyes to see, to see the wonder of His Creation. Yes, all the above activities mentioned are simple things in life; so take your own sweet time to enjoy your life; for life is too short to keep on worrying about 'worldly matters'; but make sure you are in His right path; one book that could guide you is Dr Safiah's, 'Let Us Remember Allah For The Wonder of His Creation' published by MPH. We must be always be in His straight path because Allah SWT says: "And whoever is blind in this world (i.e., does not see Allah's Signs and believes not in Him), will be blind in the Hereafter, and more astray from the Path." (Surah Al-Isra' 17: 72)
Published on August 22, 2011 17:25
August 21, 2011
Ramadan bulan terbaik untuk terus berhenti merokok
*** DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.RenunganDirawikan daripada Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah akan memanah mereka dengan empat hal; masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum berkhianat dan tipu daya daripada para musuh."***SEDAR tak sedar, sudah hampir 10 tahun saya berhenti merokok. Sekarang Ramadan sudah meniti hari-hari terakhir, satu persoalan kepada kaki-kaki rokok, adakah bulan suci ini berjaya mentarbiyah anda semua untuk tidak lagi merokok selepas ini? Sebenarnya Ramadan-Ramadan saya yang lampau juga 'tidak berjaya' mematikan tabiat saya untuk merokok; huh, alangkah nikmatnya menyedut asap rokok selepas berbuka, apatah lagi jika ia dilakukan di dalam jamban. Ya, tanyalah perokok, sesetengahnya suka sangat 'sting' dalam tandas kerana sudah 'dilatih' melakukannya dalam suasana begitu sejak di asrama sekolah lagi. Jika puasa gagal 'menginsafkan' saya, satu lagi 'Rukun Islam' berjaya mematikan tabiat buruk saya itu - sejurus sebelum menunaikan haji pada Februari 2002, saya diserang batuk-batuk yang sangat teruk, jadi fikir saya lebih baiklah saya buangkan tabiat itu sebelum kaki saya menjejak Tanah Suci. Alhamdulillah, sejak itu sehingga kini, saya tidak pernah menjepit pontong rokok di bibir saya. Ringkasnya saya 'sudah suci' daripada rokok, heh, heh, heh. Selain daripada batuk teruk itu, ada banyak faktor lagi yang menghalang saya kembali merokok; misalnya selepas balik haji dengan kopiah sentiasa di kepala, takkan saya nak menjepit rokok di mulut, malulah orang lihat 'pak haji' merokok; kawan-kawan saya (ada yang berserban besar) hampir semuanya tidak merokok malah isteri saya pun benci orang merokok, jika mahu merokok kena keluar rumah dan anak-anak pun sudah mulai besar, malulah pada anak-anak jika seorang bapa asyik merokok saja. Nanti kalau anak tiru kita merokok, apa kita nak cakap? Namun bercakap memanglah mudah, untuk benar-benar berhenti daripada merokok itu yang payah. Saya sedar berapa banyak orang boleh berhenti sebulan dua, tetapi kembali merokok malah ada yang sudah berhenti bertahun-tahun tetapi kembali kepada tabiat lama. Mengapa? Jawapannya memang pelbagai; orang jika sudah jadi tahi rokok, mereka akan mengungkapkan kata-kata ke-'mancho'-an seorang perokok seperti; "hilang bini takpa, jangan tak dapat rokok" atau "aku tak boleh kerja jika tak dapat rokok." Kini Ramadan datang lagi dan sudah pun sampai ke penghujung; perokok yang boleh pun tak merokok sepanjang berpuasa iaitu dari waktu imsyak sehingga berbuka, cuba-cubalah untuk terus tidak menghisap asap rokok sepanjang malam. Lupakanlah rokok itu dengan menyibukkan diri dengan amalan-amalan disyorkan seperti sembahyang tarawih, tahajud dan bertadarus al-Quran. Jika siang boleh tak merokok, takkan pada malam hari yang waktunya lebih singkat (kita banyak tidur) tidak boleh tidak merokok. Kalau rasa nak merokok, ingat-ingatlah kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sedikit masa dulu yang menyamakan perangai perokok dengan lembu, malah lebih teruk daripada lembu, ungkapnya. Kenapa perokok berperangai lebih teruk daripada lembu? Kalau nak tahu, ambil dan telitilah sekotak rokok. Pada kotak rokok ditulis, 'Amaran Kerajaan Malaysia. Merokok Membahayakan Kesihatan'. Di bawah perkataan AMARAN, ada gambar besar leher seorang pesakit kanser. Teruknya penyakit itu. Ngeri melihatnya. Leher itu berlubang, kemerah-merahan dan bernanah. Kebanyakan bahagiannya kehitaman. Ada benjolan di sana sini. Di bawah gambar itu ada perkataan: 'Rokok Penyebab Kanser Leher'. Di sisi kotak itu ditulis: 'Produk ini mengandungi lebih 4,000 bahan kimia termasuk tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan'. Ada juga perkataan, 'Dilarang Jual Kepada Orang Bawah Umur 18 Tahun'. Pada kotak rokok lain tertera gambar paru-paru kehitam-hitaman dan berlubang-lubang dengan perkataan 'Rokok Penyebab Kanser Paru-Paru'. Melihat gambar dan tulisan amaran pada kotak rokok itu sudah cukup untuk menakutkan seseorang. Manusia bukan lembu, jadi sudah pasti kebanyakannya (sekalipun kalau tidak boleh membaca) tahu mesejnya. Tentulah perokok mampu mengira kos yang diperlu ditanggungnya daripada 'hobi' ini. Mari kita kira berapa dibelanja dan apa didapati seseorang perokok. Katakan sekotak rokok 20 batang berharga RM8.60. Kalau dalam sehari seseorang menghisap sekotak, dalam sebulan dia membelanjakan RM258.00. Dia perlu membeli mancis atau pemetik api. Sekotak mancis berharga 20 sen, dalam sebulan kos mancis RM6.00. Dalam sebulan seorang perokok membelanjakan RM264.00. Dalam setahun RM3,168.00. Katakan dia sudah menghisap rokok 10 tahun, jadi dia membelanjakan RM31,680.00 untuk memenuhi hobi 'rock' dan 'cool'nya itu. Kalau 20 tahun, jumlahnya RM63,360.00. Apa yang boleh dibuat dengan wang RM63,000.00? Dia boleh membeli sebuah rumah agak selesa, sudah boleh pergi haji, dan sebagainya. Itu baru menghisap satu kotak rokok sehari selama 20 tahun; jika dia merokok dua kotak sehari selama 20 tahun, jumlah 'dihanguskanan' RM126,000.00. Ini sangat besar; tetapi apakah hasil didapati seseorang perokok selain nikmat menyedut dan menghembus asap? Jawapannya sudah diberikan di atas kotak rokok itu; kanser paru-paru, kanser leher, kanser mulut dan sebagainya. Apabila diserang penyakit ini (termasuk sakit jantung), kos rawatannya cukup tinggi; membazirkan masa doktor dan jururawat untuk merawat mereka di hospital selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Demikianlah seseorang perokok itu membayar puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk mendapat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser dan masalah-masalah lain. Jadi bijakkah orang ini? Oleh itu amat tepatlah untuk Tok Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan perangai perokok sebagai lebih buruk daripada lembu. Ramadan ini, berusahalah kita untuk 'menjadi lebih baik daripada lembu'. Dulu saya pun seorang perokok, jadi perangai saya pun lebih teruk daripada lembu; pada usia yang semakin matang ini barulah saya menyedari kealpaan lalu apabila diri kini menderita pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kadang-kala terasa sakit-sakit di dada. Mungkinkah itu petanda penyakit jantung; diminta jauhkannya oleh Allah SWT, saya benar-benar ngeri melihat gambar paru-paru dijangkiti kanser itu. Dulu apabila disebut merokok, orang ramai pandai-pandai menghukumkannya sebagai MAKRUH tetapi kini sudah terang lagi bersuluh, Majlis Fatwa sudah menghukumkannya sebagai HARAM; oleh itu apa lagi; jadikanlah Ramadan ini bulan melahirkan kita kepada fitrah - bebas daripada rokok. Ya, mana ada bayi lahir dengan pontong rokok terjepit di tangannya!
Published on August 21, 2011 11:25
August 18, 2011
Balik raya berbekalkan juadah media alternatif
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu
jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
BEGITU gegak gempitanya media alternatif termasuk laman portal Malaysiakini, Harakahdaily; akhbar cetak seperti Suara Keadilan dan Harakah; blog dan media baru terkini seperti Facebook, membicarakan isu kepincangan SPR dan kewarganegaraan; namun 'keributan' itu kelihatan tidak dipedulikan langsung orang kampung.
Sebaliknya, media tradisional seperti surat khabar Utusan, Berita Harian dan media elektronik RTM dan TV3 masih dianggap 'kitab paling sahih', jadi tak hairanlah ketika meninjau-ninjau isu dibualkan di tepi gerai atau pasar malam, ramai yang memuji-muji kerajaan kerana memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangannya sempena Aidilfitri ini.
Orang pencen pun tersengih, mengucapkan tahniah kepada satu sama lain kerana mendapat habuan RM500. "Siapa nak bagi, terima kasih kerajaan," terdengar seorang pesara berkata kepada seorang sahabatnya ketika turun dari basikal di depan sebuah pejabat pos mini kampung.
Berlainan sebahagian orang bandar yang membicarakan secara agresif mengenai laporan isu kewarganegaraan yang didakwa membolehkan sekian jumlah bekas warga asing mengundi, orang kampung nampaknya tidak peduli, malah tidak peka pun terhadap permasalahan tersebut.
Pergilah ke kawasan pedalaman, mereka tidak bercakap pun mengenai perkara itu. Salah satu sebabnya, orang kampung tidak tahu dan mereka pun tidak didedahkan secara berhikmah mengenai kebobrokan pihak-pihak tertentu ini. Malahan media alternatif, tidak sampai pun ke kawasan mereka; hari-hari mereka dihadapkan propaganda RTM dan TV3 dan membaca akhbar Utusan dan Berita Harian.
Perangkaan menunjukkan media alternatif bercetak seperti Harakah mempunyai edaran dan pasaran terbesar di Lembah Klang manakala di kawasan pedalaman kadang-kadang akhbar ini tidak sampai atau kedapatan sama sekali.
Berdasarkan keadaan ini, adalah amat baik sekali untuk anak-anak yang berkhidmat di bandar-bandar, mulai sekarang mengumpulkan bahan-bahan bacaan termasuk akhbar alternatif untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing untuk dijadikan sebagai antara 'juadah' hari raya nanti. Inilah masa terbaik untuk kita berbakti kepada perjuangan, kerjanya tidak berat, kita hanya keluarkan sedikit modal dan hulurkan bahan bacaan berkenaan kepada saudara-mara dan sahabat.
Dengan adanya bahan-bahan itu, kita tak perlulah bercakap banyak kerana bimbang ia akan mencetuskan perbahasan dan pertelingkahan pada hari mulia, memadailah kita menghadiahkannya kepada mereka; insya-Allah mereka yang berhati kering pun akan membacanya nanti kerana mereka mendapat bahan-bahan itu secara 'free'.
Atau lebih baik lagi, jika memasukkan misalnya akhbar Harakah dalam bungkusan kuih-muih yang kita hadiahkan kepada saudara-mara dan sahabat. Jadi tidaklah nampak kita terlalu berkempen pula.
Ataupun, kita boleh letakkan akhbar-akhbar berkenaan di meja makan (janganlah dibuka TV), mahu tidak mahu tetamu yang sudah lama datang; bagi menghilangkan kebosanan, akan menyelak akhbar itu nanti. Kata orang tak kenal tak cinta, mana tahu lepas menyelak-nyelak helaian akhbar itu mereka dapat 'hidayah', lantas menjadi penyokong kuat perjuangan Islam pula!
Bagi menghadapi saudara-mara dan sahabat yang sudah kita kenal hati budi mereka, di samping menghadiahkan bahan bacaan berkenaan, kita bolehlah membuat sesi penerangan (jika kita mahu kita bolehlah membuat jamuan atau rumah terbuka kemudiannya), insya-Allah mereka akan menerimanya jika melakukannya secara berhikmah.
Apa yang penting, kita sambutlah saranan ini dan buatlah kerja mudah yang dicadangkan, insya-Allah hasilnya akan dapat dilihat nanti!

Published on August 18, 2011 19:54
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.