Roslan Hamid's Blog
March 30, 2023
Ramadan 9, 1444: Awak mati atau tak, dunia tetap berpusing...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengasihi harta, tidak mahu mengeluarkan zakat, harta itu pada hari kiamat akan berupa ular jantan yang gondol dan mempunyai buih serta akan membelitnya pada Hari Kiamat. Kemudian ia mengambil dengan tulang rahangnya dan berkata, 'aku hartamu, aku simpananmu'."
  
Kemudian Nabi s.a.w. membaca firman-Nya yang bermaksud: "Janganlah orang-orang bakhil dengan barang-barang yang diberkah Allah padanya mengira bahawa bakhil itu lebih baik bagi mereka..." (Q.S. Ali Imran: 180)
  
Komentar ringkas pada Ramadan
  
Semua orang akan mati; raja, PM, wazir, hakim, ulama, doktor, imam, penulis, penjual ikan tidak terkecuali. Bagaimana terkenal dan hebat pun seseorang dia akan mati. Ketika hidup nama dan segala kehebatan seorang pemimpin mungkin terpampang dalam akhbar tetapi apabila mati, beritanya cuma pada ruangan 'single column' atau 'filler' saja.
  
Demikianlah sebenarnya manusia tidak ada apa-apa, menurut hadis Nabi, hidup seseorang di dunia ini bagaikan pengembara yang berhenti untuk berteduh sebentar di bawah sebatang pokok, kemudian dia akan pergi.
  
Berhubung perkara ini penulis teringat pesan seorang sahabat yang sama-sama bekerja di sebuah syarikat akhbar dulu.
  
Katanya, "kita ini (pekerja atau manusia) bukannya penting sangat. Jangan perasan jika kita tidak ada, surat khabar tidak keluar. Jangan perasan jika kita tak ada (mati) dunia akan berhenti sebentar kerana kematian kita itu. Kerana begitu sibuk, kita kadang-kadang tangguhkan kencing dan berak apatah lagi makan minum. Dan yang lebih teruk lagi tak solat dan tak puasa...
  
"Sama ada kita hidup atau mati, produk sesuatu syarikat seperti suratkhabar tetap dikeluarkan, dunia akan terus berpusing. Awak sebenarnya tidak ada apa-apa. Sama ada awak ada atau tidak ada, dunia tetap sama."
  
Benar kata-katanya itu; janganlah cuba direbut dunia ini. Semakin direbut semakin jauh jadinya sedangkan kematian semakin hari semakin hampir.
  
Jadi persiapkan diri untuk ke kubur daripada bersusah payah kerana mahu memuaskan nafsu di dunia fana yang diibaratkan Nabi 'hanya berteduh sebentar di bawah sebatang pokok'.
March 29, 2023
Ramadan 8, 1444: Hayati detik-detik indah Ramadan (U)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
  
Renungan
  
"Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf)
  
  
KETIKA belajar di UKM dan bekerja di Harakah, sebagai 'musafir' yang hampir setiap hari berulang alik antara Melaka-Kuala Lumpur, pengalaman berpuasa Ramadan sangat mengujakan.
  
Bagi saya pengalaman ke tempat kerja tidaklah sangat mencabar; bergerak memulakan perjalanan menaiki bas ekspres pada awal pagi selepas bersahur dan solat subuh 'tidak ada apa yang menarik hendak dicatatkan' tetapi perjalanan balik 'yang mengharungi waktu berbuka' ada 'pahit dan manisnya'.
  
Ada kalanya saya menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Melaka jam 5.30, 6.00 dan 6.30 petang. Perjalanan adalah selama dua jam, jadi waktu berbuka adalah dalam bas atau di perhentian rehat dan rawat (R&R) di tepi lebuh raya.
  
Biasanya dalam 'perjalanan pulang', saya perhatikan ramai penumpang tidur atau 'buat-buat tidur' dalam bas. Al-maklumlah mereka penat berbuasa. Apabila sampai waktu berbuka berpeluanglah kita saksikan 'pelbagai fesyen manusia'.
  
Ada yang meneguk air saja selepas itu menyambung tidur, ada yang menjamah sedikit makanan seperti kurma namun ada juga 'geng makan besar' - mereka membuka bungkusan makanan seperti nasi berlauk, nasi lemak, burger dan makanan segera lain - menyebabkan 'satu bas berbau' dan mendatangkan rasa kurang enak di hati penumpang lain.
  
Ya, bagaimana orang lain 'nak rasa enak' kerana ketika mereka 'makan enak' ada penumpang yang saya perhatikan 'tak makan dan minum apa-apa'! Tak tahulah sama ada mereka 'tak puasa dan tak hirau waktu berbuka' atau mereka terlupa atau tak sempat membeli makanan, jadi sewaktu orang lain 'makan dan minum', mereka mungkin 'menelan air liur saja'.
  
Penumpang pun ada banyak ragam. Ada yang 'ajak-ajak ayam' - mempelawa penumpang sebelah makan, ada yang bersungguh-sungguh mengajak tetapi ada juga yang 'buat deek aja'. Dia seorang 'membaham makanan' sedangkan 'jirannya telan air liur saja'.
  
Ada ketikanya bas berhenti di R&R ketika waktu berbuka. Maklumlah pemandu bas pun 'nak berbuka'. Takkan dia 'nak tegok air aje' sambil memandu. Dia pun 'nak rasa keenakan' nasi lemak atau sekurang-kurangnya sebuku kecil roti krim. Ada pemandu berhenti di R&R kerana dia tak suka penumpang buka puasa dalam bas. Dia tak tahan bau makanan dalam bas.
  
Masa berhenti di R&R tak lama. Adalah 5-10 minit saja. Kalau di kawasan R&R yang kecil, penumpang tak ada pilihan kecuali berbuka puasa di bahu jalan. Maka berderetlah mereka (termasuk saya), bertenggek di bahu jalan makan serta minum dan pada situasi begini teringatlah saya akan 'keindahan' dan 'kenikmatan' berbuka puasa dengan anggota keluarga. Ya, apa nak buat, bersabarlah saja sambil berdoa "ya Allah, Kau datangkanlah kembali detik-detik indah itu!"
  
Berceloteh mengenai 'detik-detik indah' berbuka puasa beramai-ramai bersama anggota keluarga ini, 'tergambar' di mata ini betapa sekarang ini semakin banyak keluarga sudah kehilangan nikmat untuk makan bersama-bukan saja ketika Ramadan tetapi pada sepanjang tahun.
  
Mereka tidak berbuat demikian kerana pelbagai alasan seperti sibuk bekerja, bersekolah, 'free-time' yang tidak sama, rumah sudah besar dengan banyak bilik jadi anak-anak 'sukar dipanggil ketika waktu makan' manakala orang sekarang disibukkan dengan gajet elektronik - mereka asyik ber'face-book', 'ber-'chatting' dan pelbagai 'ber...' lagi yang sudah pasti amat merenggangkan hubungan sesama anggota keluarga.
  
Banyak keluarga sekarang tidak berpeluang untuk menikmati sarapan bersama, demikian juga dengan makan tengah hari. Pada awal pagi mereka sibuk ke tempat kerja - ramai kanak-kanak sekarang ke sekolah tanpa sarapan - manakala pada tengah hari, mereka tidak dapat bersama lagi kerana pelbagai kekangan. Mungkin pada sebelah petang dan malam mereka boleh menikmati makanan bersama tetapi perkara ini pun sukar terlaksana kerana ramai anggota keluarga masih lagi sibuk.
  
Ibu saya yang kerap saya 'berceloteh' dengannya mengingatkan bahawa 'orang dulu' kurang duit tetapi mereka dapat merasai nikmat makan pagi, tengah hari dan malam secara bersama tetapi 'orang sekarang' duit mereka mungkin banyak dan pangkat besar tetapi 'tidak ada nikmat' untuk makan bersama anggota keluarga mereka. Bekeluarga pun sudah macam tak bekeluarga, makan pun sendiri-sendiri jadi apakah erti kemajuan hidup yang kita terkejar-kejar sekarang ini?
  
Alhamdulillah Ramadan datang lagi; insya-Allah; ini peluang terbaik untuk kita menikmati keindahannya dengan 'makan bersama-sama' dengan seluruh anggota keluarga pada waktu bersahur dan berbuka puasa.
  
Pada waktu bersahur kemungkinan besar semua anggota keluarga ada di rumah, jadi rebutlah peluang untuk makan bersama. Kita juga berpeluang untuk melakukan ibadat lain seperti solat secara bersama. Ya, saudaraku, jangan lepaskan peluang untuk mengukuhkan ikatan keluarga yang dari sehari ke sehari saya perhatikan semakin longgar akibat daripada kesibukan kita 'mengejar dunia'.
  
Bagi berbuka puasa pula, mungkin sebahagian daripada kita tidak dapat bersama keluarga kerana sibuk bekerja atau terkandas dalam perjalanan (jem) untuk pulang namun 'cuba-cubalah' untuk 'mencari masa' untuk bersama keluarga di bulan mulia ini.
  
Ya, berusaha keras untuk mendapat nikmat berbuka bersama keluarga kerana berdasarkan pengalaman saya yang pernah merantau ke pelbagai tempat, saya perhatikan ada insan yang terpaksa berbuka puasa bukan saja tanpa keluarga tetapi sambil bekerja (seperti pemandu bas dan polis trafik), berlari-lari anak (pekerja sibuk) malah ada sempat menelan air liur saja.
  
Di luar negara, di kawasan miskin, bencana dan perang, penduduknya makan apa saja; di Pakistan suatu ketika dulu saya 'terpaksa berbuka puasa' dengan 'hidangan epal berdebu'...ya makanlah saja dan ucap syukur kepada Illahi!
March 28, 2023
Ramadan 7, 1444: Stop wasting time this Ramadan
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80)
  
Ramadan is about taking less food (because you can only eat after sunset) but the irony of it, Ramadan is the month where some Malaysian Muslims spend so much money on it and it is the time of the year when one could have 'exotic food ' including ‘kuih’ (cakes) never found on any other time such as 'badak berendam', 'tahi itik' and 'tepung pelita'.
Ramadan teaches Muslims to be trift on their spending. But it is normal for a Malaysian Muslim family; I included, spending more during Ramadan especially on food, clothing and decoration of the house. And do not forget the buzz about ‘Bazar (Bazaar) Ramadan,’ others were kown as ‘Pasar (Market) Ramadan’, 'Karnival Ramafan' and ‘Gerai (Stall) Ramadan’. In these places, one could find almost all of ones needs including perhaps those ‘exotic food’ mentioned above.
What does the presence of this ‘Ramadan phenomenon’ suggest? Am I wrong in saying that Muslims are encouraged to spend more time and money in this ‘fiesta’ like a monthly occassion; unfortunately it is Ramadan, the best time of the year for Muslims to double or triple his good deeds as required by Islam?
Ramadan teaches us to feel the pangs of hunger of the poor people of the world. It has been reported that one person in the world dies every three seconds because of hunger. So wasting of food is criminal. But how is the situation in our country and other rich Muslim nations where the word ‘hunger’ seemed ‘quite unfamiliar’ to us, and seemingly is happening in far faraway lands. In United Arab Emirates (UAE) it was reported that 500 tons of food are thrown away each year in the holy month of Ramadan!
A ‘hadith’ narrated by Darimi: Abu Huraira related that Rasulullah said: “Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness.”
I quoted an ustaz (religious teacher) saying: “"Fasting is not just about abstaining from food and drinks. We are also requested to 'fast' our tongues, eyes, ears and minds.
"If we only refrain ourselves from taking food and drinks, but 'free' our sights, hearings and tongues, then at the end of the day, we will be rewarded only with hunger, thirst and tiredness."
He also said we had to 'fast' our stomach. It was true, during Ramadan, we had to refrain from eating and drinking during the day, but it would be of no value if during breaking of the fast, we took food that was forbidden (haram).
He said all the food that was laid on the desk had to be ‘halal’, and there were regulations when eating. For example fill only one third of the stomach with food, the next one third with drink and leave the rest empty for easier breathing as said by the Prophet.
Stop wasting food during Ramadan and one should not only refrain from taking food and drinks but also to ‘fast’ our sense organs such as ears and eyes.
I would like to add another aspect of wastage that is regarding time. How many people waste their precious time of Ramadan for example playing ‘dam haji’ (checkers) and carom while waiting for the time for ‘berbuka puasa’ (breaking of the fast or iftar)?
This ‘fine aspects’ of Ramadan was discussed by an ustaz while giving his weekly ‘tazkirah’ (talk) at a masjid near my house recently.
The ustaz reminded Muslims (congregators at the masjid) to gain maximum benefits from the gifts of Allah SWT during Ramadan. In this holy month, one ‘sunat’ (optional) deed done would be rewarded like a ‘wajib’ or ‘fardu’ (obligatory) deed, and a ‘fardu’ deed would be rewarded 70 times or more than in other months.
He said we should not waste any time during Ramadan because it is very precious. “Grab the opportunities given by The Almighty by considering this is our last Ramadan. If it is our last, then we should do our best to please our Creator, Allah SWT. Every second counts thus fulfill it with activities in accordance to the Creator’s wish.
“Our Ramadan days should not be wasted by doing unrewarded deeds such as playing checkers while waiting for the breaking for fast. Fill it with ‘zikir’ (dhikir that is eulogizing Allah in the words taught by the Prophet or in the words prescribed in the Qur’an),” said the ustaz.
One’s tongue should be wet with words of praising Allah SWT (lidah perlu basah dengan kalimah Allah) with the chants of ‘Laa Ilaha IllAllah (there is no God except Allah) which is the heaviest in weight in the side of Allah SWT.
“Then there are many more ‘kalimah’ that should be read such as ‘Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wallahuakbar’, Astaghfirullah al Lazi La Ilaha ‘illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Illahi’, ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’, and ‘Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim’. There is a hadith saying that chanting ‘Subhanallahi Wabihamdihi’ once, a ‘nakhlah’ tree would be planted for that person in Paradise.
In doing our daily chores such as paying bills, waiting for public transport and even when one is trapped in a massive traffic jam, why not use the time to recite the above ‘kalimah’.
These ‘kalimah’ should be chanted in full concentration for the maximum rewards by Allah SWT but for the ‘zikir selawat’ (praises to Prophet Muhammad s.a.w.) its reciters' would also be rewarded even if his mind is not on what they recite, what more if he pays full attention to it. Among the simplest ‘selawat’ is ‘Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad, Wa’ ala Ali Saiyidina Muhammad’.
Ramadan and the noble Qur’an cannot be separated. It was in this month that the first verses of the Qur’an were revealed to the Prophet s.a.w. through Angel (Malaikat) Jibril a.s. So to Muslims brothers and sisters why not brought along a small Qur’an with you and recite it while you are waiting in a line or better still during long journeys on buses and trains.
And when travelling don’t forget to bring along a packet of dates with you, so that when it is iftar time, pass the dates to person or persons next to you for you would be rewarded handsomely by Allah SWT as the Prophet s.a.w. had declared: “If a person gives iftar to a fasting person in this month, his sins would be forgiven. And he will be given as many rewards as has that fasting person.”
  
March 26, 2023
Ramadan 5, 1444: ���Solatlah di belakang imam...'
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik." (Al'A'raf ayat 26)
  
PADA tahun 70-an penulis bersekolah di Perak dan ketika cuti, dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Melaka kerap singgah di masjid untuk solat. Masih terbayang, kebanyakan pekarangan masjid terutama di Perak ketika itu terdapat papan tanda ���Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan���.
  
Slogan ini masyhur dan sehingga kini masih ada pekarangan masjid diserikan papan tanda ini sedangkan papan tanda baru seperti mengenai kepentingan pemakaian topi keledar dan larangan merokok tidak berapa dihiraukan.
  
Amat menghairankan melihat papan tanda kempen memakai topi keledar di sesetengah masjid sudah rosak dan dibuang sebaliknya papan tanda ���Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan��� masih utuh.
  
Tentu ada kelebihan slogan ���Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan���. Pengertian slogan ini sungguh mendalam, terbayang keikhlasan mereka yang terbabit sama ada pencipta slogan, pembuat papan tanda dan pemasangnya. Pembaca sendiri boleh merasakan keikhlasan itu berbanding slogan pemakaian topi keledar atau maklumat mengenai pengharaman merokok.
  
Penulis cuba-cuba mencari pencipta slogan itu tetapi gagal menemuinya. Namun pencarian di Goggle menunjukkan ada 16,000 entri mengenai ���Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan���.
  
Apa yang menarik ada penyumbang mengubah suai slogan itu menjadi ���Solatlah di belakang imam sebelum kamu disolatkan di depannya���. Maksudnya semasa hidup bersembahyanglah sebagai makmum sebelum kamu jadi mayat, diletakkan di depan imam untuk disolatkankan.
  
Sungguhpun slogan ���Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang��� menggunakan bahasa amat mudah tetapi ia tidak terlepas dari menjadi polemik. Berikut disiarkan tulisan Dr Ghani Ismail sebagaimana dipetik daripada http://www1.tganu.uitm.edu.my/upena/A...
  
���Ungkapan ���Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi,��� atau ���Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan��� sering kita lihat di sesetengah masjid atau surau di negara kita sebagai ingatan kepada umat Islam agar jangan mengabaikan atau meninggalkan solat yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya.
  
Langkah menulis ungkapan tersebut sama ada pada papan tanda atau pada dinding masjid/surau adalah satu usaha murni sebagai salah satu cara berdakwah, iaitu sentiasa saling ingat-mengingati sesama kita ke arah melaksanakan perintah agama.
  
Persoalan yang timbul ialah penggunaan bahasa dalam ungkapan tersebut. Walaupun polemik terhadap penggunaan kata ���disembahyangi��� atau ���disembahyangkan��� telah lama berlalu, impaknya jelas bahawa masyarakat kita masih memberikan perhatian terhadap penggunaan bahasa yang betul.
  
Ini menunjukkan petanda yang baik bahawa penggunaan bahasa Melayu masih tidak diabaikan oleh masyarakat kita.
  
Berbalik kepada persoalan di atas, sekadar pengetahuan, penggunaan kata ���disembahyangi��� dikatakan agak kurang tepat kerana pada kebiasaannya penggunaan imbuhan akhiran kata kerja pasif di ���i memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi. Dalam konteks ungkapan di atas, secara mudahnya kata ���disembahyangi��� mungkin membawa maksud orang yang telah mati menjadi lebih bersungguh-sungguh untuk bersembahyang atau bersama-sama menunaikan sembahyang ke atas jenazahnya!.
  
Berbanding dengan penggunaan kata ���disembahyangkan��� adalah lebih tepat kerana penggunaan imbuhan di���kan dalam konteks ungkapan tersebut jelas membawa maksud benefaktif, iaitu melakukan sesuatu untuk orang lain. Memang benarlah bahawa orang lain akan menyembahyangkan jenazahnya nanti. Itulah uniknya bahasa Melayu. Kesalahan menggunakan kata akan menyebabkan maksudnya menjadi kurang tepat.���
  
Sekalipun sembahyang perkara kedua dalam Rukun Islam, terlalu ramai umat Islam mengabaikannya. Penulis teringat seorang ustaz ketika menekankan bagaimana beratnya solat, merujuk kepada buruh yang mampu mengangkat batu-batan berat tetapi apabila tiba waktu solat tidak mampu menunaikannya; sesetengah tidur pada waktu solat zuhur.
  
���Ini menunjukkan solat itu amat berat, ada manusia boleh mengangkat batu tetapi tidak mampu menunaikan solat,��� katanya.
  
Beliau juga mengingatkan akan 15 azab menunggu orang yang melalai apatah lagi meninggalkan sembahyang.
  
Katanya, enam perkara adalah azab di dunia iaitu; dihilangkan keberkatan umurnya, terhapus tanda-tanda orang soleh pada mukanya, segala amalannya tidak dikurniakan pahala, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, tiada doa daripada para solihin untuknya dan yang terakhir keluar roh daripada jasadnya tanpa iman.
  
Sementara itu azab ketika hampir mati; kematiannya penuh kehinaan, kematiannya di dalam kelaparan yang hebat dan kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.
  
Dia juga menerima azab di dalam kubur iaitu kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya, dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di atas bara api itu manakala datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana petir, ia berkata, "Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zuhur hingga asar kerana kamu meninggalkan fardu zuhur, dari asar hingga maghrib kerana meninggalkan fardu asar������ Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari kiamat.
  
Ada pun azab ketika bertemu Allah SWT; datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar, tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya dan baginya azab amat pedih.
  
Ingatan untuk sembahyang selalu dipesan oleh ustaz tetapi cabaran melaksanakannya amatlah berat. Ada hadis menyatakan suruhlah anak kamu solat ketika berusia tujuh tahun dan rotannya mereka jika tidak menunaikannya apabila dia berusia 10 tahun. Ini menunjukkan betapa beratnya untuk istiqamah menunaikan solat; hatta seseorang mampu mengangkat batu yang amat berat tetapi untuk solat dia tidak mampu!
Ramadan 5, 1444: ‘Solatlah di belakang imam...'
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itu adalah yang paling baik." (Al'A'raf ayat 26)
  
PADA tahun 70-an penulis bersekolah di Perak dan ketika cuti, dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Melaka kerap singgah di masjid untuk solat. Masih terbayang, kebanyakan pekarangan masjid terutama di Perak ketika itu terdapat papan tanda ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’.
  
Slogan ini masyhur dan sehingga kini masih ada pekarangan masjid diserikan papan tanda ini sedangkan papan tanda baru seperti mengenai kepentingan pemakaian topi keledar dan larangan merokok tidak berapa dihiraukan.
  
Amat menghairankan melihat papan tanda kempen memakai topi keledar di sesetengah masjid sudah rosak dan dibuang sebaliknya papan tanda ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’ masih utuh.
  
Tentu ada kelebihan slogan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’. Pengertian slogan ini sungguh mendalam, terbayang keikhlasan mereka yang terbabit sama ada pencipta slogan, pembuat papan tanda dan pemasangnya. Pembaca sendiri boleh merasakan keikhlasan itu berbanding slogan pemakaian topi keledar atau maklumat mengenai pengharaman merokok.
  
Penulis cuba-cuba mencari pencipta slogan itu tetapi gagal menemuinya. Namun pencarian di Goggle menunjukkan ada 16,000 entri mengenai ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’.
  
Apa yang menarik ada penyumbang mengubah suai slogan itu menjadi ‘Solatlah di belakang imam sebelum kamu disolatkan di depannya’. Maksudnya semasa hidup bersembahyanglah sebagai makmum sebelum kamu jadi mayat, diletakkan di depan imam untuk disolatkankan.
  
Sungguhpun slogan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyang’ menggunakan bahasa amat mudah tetapi ia tidak terlepas dari menjadi polemik. Berikut disiarkan tulisan Dr Ghani Ismail sebagaimana dipetik daripada http://www1.tganu.uitm.edu.my/upena/A...
  
“Ungkapan ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi,’ atau ‘Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’ sering kita lihat di sesetengah masjid atau surau di negara kita sebagai ingatan kepada umat Islam agar jangan mengabaikan atau meninggalkan solat yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya.
  
Langkah menulis ungkapan tersebut sama ada pada papan tanda atau pada dinding masjid/surau adalah satu usaha murni sebagai salah satu cara berdakwah, iaitu sentiasa saling ingat-mengingati sesama kita ke arah melaksanakan perintah agama.
  
Persoalan yang timbul ialah penggunaan bahasa dalam ungkapan tersebut. Walaupun polemik terhadap penggunaan kata ‘disembahyangi’ atau ‘disembahyangkan’ telah lama berlalu, impaknya jelas bahawa masyarakat kita masih memberikan perhatian terhadap penggunaan bahasa yang betul.
  
Ini menunjukkan petanda yang baik bahawa penggunaan bahasa Melayu masih tidak diabaikan oleh masyarakat kita.
  
Berbalik kepada persoalan di atas, sekadar pengetahuan, penggunaan kata ‘disembahyangi’ dikatakan agak kurang tepat kerana pada kebiasaannya penggunaan imbuhan akhiran kata kerja pasif di –i memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi. Dalam konteks ungkapan di atas, secara mudahnya kata ‘disembahyangi’ mungkin membawa maksud orang yang telah mati menjadi lebih bersungguh-sungguh untuk bersembahyang atau bersama-sama menunaikan sembahyang ke atas jenazahnya!.
  
Berbanding dengan penggunaan kata ‘disembahyangkan’ adalah lebih tepat kerana penggunaan imbuhan di–kan dalam konteks ungkapan tersebut jelas membawa maksud benefaktif, iaitu melakukan sesuatu untuk orang lain. Memang benarlah bahawa orang lain akan menyembahyangkan jenazahnya nanti. Itulah uniknya bahasa Melayu. Kesalahan menggunakan kata akan menyebabkan maksudnya menjadi kurang tepat.”
  
Sekalipun sembahyang perkara kedua dalam Rukun Islam, terlalu ramai umat Islam mengabaikannya. Penulis teringat seorang ustaz ketika menekankan bagaimana beratnya solat, merujuk kepada buruh yang mampu mengangkat batu-batan berat tetapi apabila tiba waktu solat tidak mampu menunaikannya; sesetengah tidur pada waktu solat zuhur.
  
“Ini menunjukkan solat itu amat berat, ada manusia boleh mengangkat batu tetapi tidak mampu menunaikan solat,” katanya.
  
Beliau juga mengingatkan akan 15 azab menunggu orang yang melalai apatah lagi meninggalkan sembahyang.
  
Katanya, enam perkara adalah azab di dunia iaitu; dihilangkan keberkatan umurnya, terhapus tanda-tanda orang soleh pada mukanya, segala amalannya tidak dikurniakan pahala, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, tiada doa daripada para solihin untuknya dan yang terakhir keluar roh daripada jasadnya tanpa iman.
  
Sementara itu azab ketika hampir mati; kematiannya penuh kehinaan, kematiannya di dalam kelaparan yang hebat dan kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.
  
Dia juga menerima azab di dalam kubur iaitu kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya, dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di atas bara api itu manakala datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana petir, ia berkata, "Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zuhur hingga asar kerana kamu meninggalkan fardu zuhur, dari asar hingga maghrib kerana meninggalkan fardu asar…” Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari kiamat.
  
Ada pun azab ketika bertemu Allah SWT; datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar, tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya dan baginya azab amat pedih.
  
Ingatan untuk sembahyang selalu dipesan oleh ustaz tetapi cabaran melaksanakannya amatlah berat. Ada hadis menyatakan suruhlah anak kamu solat ketika berusia tujuh tahun dan rotannya mereka jika tidak menunaikannya apabila dia berusia 10 tahun. Ini menunjukkan betapa beratnya untuk istiqamah menunaikan solat; hatta seseorang mampu mengangkat batu yang amat berat tetapi untuk solat dia tidak mampu!
March 24, 2023
Ramadan 3, 1444: Makan sembunyi-sembunyi jika Abc...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Bahawasanya tiada Tuhan yang patut disembah melainkan hanya Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Maksud ayat 87 Surah al-Anbiya)
  
ALHAMDULILLAH, kita kini berada dalam bulan Ramadan yang penuh barakah. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan, semoga Ramadan kali ini memberi jutaan rahmat kepada kita semua, dan yang terpenting kita selamat di dunia dan akhirat.
  
Berceloteh pasal Ramadan, teringat saya kisah masa kecil-kecil dahulu. Ibu selalu ingatkan anak-anak gadis kecilnya, kalau tak puasa (dapat cutilah tu, Abc - Allah bagi cuti), nak makan dan minum boleh tetapi buatlah secara sembunyi-sembunyi. Makanlah tetapi jangan makan di depan adik beradik. "Sekalipun awak tu tak 'posa', hormatilah bulan Ramadan!"
  
Demikianlah wahai pembaca, kepada golongan yang dibolehkan 'tak posa' seperti musafir, orang tua uzur, orang sakit, perempuan mengandung dan menyusui bayi apatah lagi perempuan berhaid dan bernifas, makan dan minumlah tetapi lakukannya secara berhemah; hormati orang lain yang sedang berpuasa apatah lagi menjaga kesucian bulan Ramadan itu sendiri.
  
Seorang ustaz dalam ceramahnya yang ikuti menjelang Ramadan ini, berkata sekalipun tak berpuasa, golongan ini juga dituntut untuk sama-sama menyemarakkan Ramadan - mereka boleh melakukan amalan lain seperti memperbanyakkan zikir, berselawat, bersedekah (termasuk menyedia dan menjamu orang berpuasa) dan mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesama Muslim.
  
Ya, kehadiran Ramadan menyuntik kebaikan kepada semua (ummah). Peluang terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat untuk meraih segala kebaikan pada bulan mulia ini...mereka lebih mudah melakukannya pada bulan Ramadan (mungkin syaitan sudah dirantai) tetapi alangkah besar manfaatnya jika amalan ini berterusan sepanjang waktu.
  
Jika perubahan ini dilakukan semata-mata bagi menghormati Ramadan atau mendapatkan kelebihan beribadah pada bulan penuh barakah ini, dikhuatiri seseorang itu menjadi hamba Ramadan dan bukan hamba Allah SWT yang menunjukkan ketaatannya sepanjang usianya.
  
Berhubung perkara ini, kita tertanya-tanya mengapa sesetengah pihak hanya begitu ghairah beribadah pada bulan Ramadan tetapi melupakannya selepas itu. Apakah ini bermaksud pada Ramadan saja kita berbuat baik sebaliknya pada bulan-bulan lain bebas berbuat sesuka hati kita? Apakah ini bermaksud Tuhan hanya ada pada Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan lain, Tuhan seolah-olah tidak wujud?
  
Pemikiran dan tindakan mengasing-asingkan corak kehidupan berdasarkan masa dan tempat ini dikhuatiri sebahagian amalan sekular. Berdasarkan ini, tidak hairanlah orang berusaha mematuhi suruhan agama seperti memakai tudung pada bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain tidak menghiraukannya sedangkan perintah Allah SWT berhubung penutupan aurat adalah pada sepanjang masa.
  
Demikian juga ketika menunaikan haji di Tanah Suci, seorang Muslimah sentiasa mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya, tidak kelihatan seorang pun wanita yang memperlihatkan rambutnya. Adakah ini bermaksud Allah SWT itu hanya ada di Makkah, manakala di luar musim haji dan di luar Tanah Haram, Allah SWT tidak wujud kerana perintah-Nya dilanggar sewenang-wenangnya.
  
Pemikiran silap ini sudah lama meresap dalam masyarakat kita; sebahagian daripada kita melakukan perintah Allah SWT berdasarkan apa yang disenangi sebaliknya menolak apa yang difikirkan mendatangkan kerugian. Misalnya, pada ayat 178 Surah al-Baqarah, Allah SWT memerintahkan manusia berhukum dengan hukum qisas, kebanyakan manusia tidak mempedulikannya tetapi apabila diperintahkan berpuasa pada ayat 183 surah yang sama, mereka menerimanya.
  
Kecenderungan melakukan perintah secara terpilih ini, menyebabkan umat Islam berkelakuan baik pada suasana yang memerlukan mereka bertindak sedemikian, sebaliknya pada luar lingkaran itu bertindak di luar batasan agama.
  
Jika mereka di masjid, mereka menunjukkan ketaatan tetapi di luar pintu masjid, seolah-olah perintah Allah tidak laku. Itulah sebabnya mengapa sebahagian umat Islam terutama pemimpin melakukan aneka maksiat seperti rasuah, perompakan dan penyelewengan kerana agama bagi mereka adalah dalam lingkungan masjid dan pada bulan dan musim tertentu saja.
  
Pada bulan Ramadan ini, ramai bertukar baik, tetapi sebaik saja masuk bulan Syawal kelakuan mereka kembali buruk. Aneka maksiat kembali dilakukan, penyelewengan dan penganiayaan menjadi-jadi termasuklah dalam politik.
  
Penindasan diteruskan, segala tazkirah dan pengajaran Ramadan tidak sangkut di hati. Manusia kembali liar, malah mungkin lebih teruk lagi sebelum Ramadan.
  
Ramadan adalah madrasah bertujuan menjadikan kita lebih baik daripada semalam. Awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan akhirnya bebas daripada api neraka.
  
Sehubungan itu, beribadat dan berbaktilah sepanjang hayat kita, istiqamahlah untuk mematuhi semua hukum hakam Islam mulai Ramadan ini. Berusahalah bersungguh-sungguh agar kita menjadi hamba yang mendapat keredaan-Nya dunia dan akhirat.
March 23, 2023
Ramadan 2, 1444: Sahabat ni asyik asyik belanja, aku bagaimana?
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. - Maksud ayat 1-3 Surah Al-Asr
  
ALHAMDULILLAH...menjelang Ramadan saya berkesempatan berkunjung ke pejabat Harakah di KL. Terima kasih kepada semua terutama sahabat-sahabat lama yang melayan saya dengan begitu baik sekali. 'Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza' (Semoga Allah SWT membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT membalas kamu dengan balasan yang terbaik).
  
Kepada semua diucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak, semoga kita mendapat keredaan dan pengampunan-Nya pada bulan mulia ini. Berkunjung ke Harakah, mengingatkan saya suasana Ramadan ketika saya mula bekerja di sini pada tahun 1999 dahulu. Masa itu saya 'budak baharu'...ada perkara yang jika dikenang-kenang, membuatkan saya terharu.
  
Misalnya, makan bersama-sama ketika berbuka puasa pada hari 'deadline'. Masa tu Harakah sedang 'top'...ada yang berkata edaran sekali keluarannya lebih 100,000 malah sehingga 300,000 naskhah. Jadi semua petugas termasuk saya yang 'baharu masuk' sangat sibuk...bekerja siang malam...selalunya pada hari 'deadline' saya tidur di surau pejabat. Pekerja yang ditugaskan membeli makanan adalah Rozie...aku tak tahu di mana kau sekarang...semoga Allah memberkati atas jasa, penat lelah dan pengorbanan kamu. Amin.
  
Sekalipun terlalu sibuk, petugas sempat bertarawih di surau. Taklah 20 rakaat, tetapi solat lapan rakaat yang biasanya diimamkan Abu Hanifah dan 'berbilalkan' Haji Muzaffar, menyemarakkan semangat Ramadan kami. Bekerja di Harakah, menemukan saya dengan insan-insan yang dapat diteladani. Misalnya seorang sahabat sangat pemurah...ketika makan seolah-olah semua orang mahu dibelanjanya. Hebat dia, aku bagaimana...menyebabkan kita mula muhasabah diri.
  
Selain di Harakah, ada sejumlah insan hebat yang saya ditemui di luar sana. Beberapa tahun lalu, saban Ramadan pasti saya menerima kad hari raya daripada seorang sahabat ini...tetapi kini tidak lagi. Saya diberitahu seorang rakan lain bahawa sahabat itu sudah meninggal dunia. Saban tahun, yang mula menghantar kad adalah dia, saya hanya membalasnya. Ertinya setiap kali Ramadan dan Aidilfitri dia mengingati saya, tetapi saya entahlah, mungkin saya seorang manusia yang terlalu mementingkan diri atau terlalu sibuk dalam dunia tersendiri sehingga tiada masa mendahuluinya menghantar kad.
  
Ramadan ini saya terkenangkan sahabat ini. Berdoalah agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, semoga Allah SWT merahmati beliau; manakala saya yang masih ada di alam fana, terdetik di hati bila pula akan dipanggil ke sana.Ya, saya kehilangan seorang sahabat yang tidak mengenal jemu, ibarat sebuah pelita atau lilin dalam menyinari ikatan silaturrahim sesama sahabat terutama pada hari dan bulan penuh barakah ini.
  
Sebagai petugas dan penulis Harakah, saban tahun saya penerima kad raya daripada seorang insan (mungkin peminat) dari Jalan Parit Haji Baki, Muar, Johor. Saya tidak mengenalinya secara peribadi, tetapi ungkapan yang ditulisnya membayangkan wujud komitmen yang sama antara dia dan saya.
  
Pada kad mutakhir beberapa tahun lalu, antara lain, beliau menulis: “Semoga kehadiran Ramadan ini memberi kekuatan daya spiritual dan intelektual kepada para pejuang dan pencinta agama Allah.
  
“Mudah-mudahan dalam pilihan raya nanti, parti Islam yang kita perjuangkan akan beroleh kemenangan dan bantuan Allah SWT, Tuhan empunya alam semesta. Semoga hasrat kita untuk melihat undang-undang al-Quran tertegak di bumi Malaysia akan menjadi nyata.
  
“Akhir kalam, salam Aidilfitri buat LanH sekeluarga, semoga hadirnya bersama rahmat dan kasih sayang Allah dalam memautkan hati-hati insan untuk berteduh di bawah pemimpin yang berjiwa Islamik, semoga ia bukan mimpi tetapi suatu kenyataan. Amin.”
  
Pada Ramadan yang mulia ini saya terkenang-terkenang betapa banyaknya jasa orang pada diri saya, tetapi seperti saya nyatakan sebelum ini saya bukanlah jenis orang yang mudah melafaz ucapan terima kasih dengan menghantar kad, hadiah, jambangan bunga dan sebagainya. Mungkinkah ini kelemahan saya yang perlu dikoreksi dan dibenamkan Ramadan ini?
  
Selain pengorbanan anggota keluarga seperti ibu bapa, adik beradik dan isteri, ada peristiwa membabitkan orang luar ketika Ramadan kali ini, mengajar saya akan erti kasih sayang sesama manusia; betapa dalam dunia ini terlalu ramai yang baik hati mengalahkan insan-insan berhati kering yang kerap dipaparkan media massa seperti bapa membunuh anak, suami menyimbah asid ke muka isteri atau gadis membuang bayi di tepi longkang. Kisah kebaikan hati insan jarang dipaparkan, yang kerap disiarkan akhbar adalah kisah kejelekan manusia.
  
Suatu tengah hari Ramadan lalu, motosikal yang sedang saya tunggangi rosak. Maka terpaksalah saya menolaknya di sebelah tepi jalan, mencari bengkel. Baju saya mulai lencun, tetapi sebentar kemudian seorang anak muda datang, bertanya apa masalah saya dan apa bantuan yang boleh dihulurkan.
  
Setelah mengenal pasti kerosakan, pemuda itu yang turut membawa isteri dan seorang anak kecil yang ‘tersepit’ di celah mereka, meminta saya menaiki motosikal saya lantas dia menolak kenderaan itu dengan kakinya. Dia melakukan begitu sehinggalah saya sampai ke destinasi. Cuba bayangkan dalam seminit dua, pertolongan itu telah datang, pemuda itu sanggup bersusah payah bagi memastikan kesejahteraan saya. Tidakkah itu suatu nilai kemanusiaan yang amat tinggi, yang wang ringgit pasti bukan ukurannya?
  
Ramadan lalu juga menemukan saya dengan seorang tukang masak si pembuat bubur lambuk di kampung seberang kampung saya yang baik hati. Walaupun saya hanya sesekali mengambil bubur daripadanya, saya amat-amati dia begitu tekun bekerja, dari pagi hingga ke petang dia melakukan persiapan sehinggalah kepada kerja menanak dalam suasana panas, semata-mata bagi berbakti kepada orang ramai.
  
Sekali-sekali peluh yang menitik di dahi, dilapnya, mukanya kemerah-merahan kerana menanggung kepanasan api. Namun dia tetap setia di situ dari pagi hinggal ke petang. Alangkah mulia hatinya, sanggup bersusah payah bagi kesenangan orang lain.
  
Pada Ramadan ada sahaja orang ‘sponsor’ jamuan berbuka puasa di masjid. Ramai yang enggan dikenali ini, mahu memanfaatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani bahawa Nabi s.a.w. bersabda: ‘Barangsiapa yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang berpuasa maka ia mendapat pahala sama dengan orang yang berpuasa sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurangan sedikit pun’.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
March 22, 2023
Ramadan 1, 1444: A critical thought as we enter Ramadan...(U)
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w
Reflection
Every self will taste death. You would be paid your wages in full on the Day of Rising. Anyone who is distanced from the Fire and admitted to the Garden has triumphed. The life of this world is just the enjoyment of delusion. - Qur'an, 3:185
  
PERHAPS as you are reading this article, you may already fasting. Almost everyone including non-Muslims knows that Ramadan is the month when Muslims abstain from taking food and drinks during the day.
  
So Ramadan is about taking less food (because you can only eat after sunset ) but the irony of it, Ramadan is the month where some Malaysian Muslims spend so much money on it and it is the time of the year when one could have 'exotic food ' including ‘kuih’ (cakes) never found on any other time such as 'badak berendam', 'tahi itik' and 'tepung pelita'.
  
Ramadan teaches Muslims to be trift on their spending. But it is normal for a Malaysian Muslim family; me included, to spend more during Ramadan especially on food, clothing and decoration of the house.
  
A few days ago while driving my car, I heard an ‘ustaz’ (religious teacher) say in a radio programme, that one’s ‘puasa’ (fasting) in term of spiritual enhancement of the soul was considered a failure if one’s budget overshot the normal monthly expenditure.
  
He also jokingly said that if one’s weight dropped a lot at the end of Ramadan, he or she had succeeded in his/her ‘puasa’ but what would be said if one’s weight increased at the end of the holy month?
  
  
  
In recent days during my journey to work, I noticed tents were being erected on not so busy roads such as in front of shops lots; these premises were to be used by traders to sell their goods and products during Ramadan.
  
  
  
At some places, they called it ‘Bazar (Bazaar) Ramadan,’ others were kown as ‘Pasar (Market) Ramadan’, 'Karnival Ramafan' and ‘Gerai (Stall) Ramadan’. In these places, one could find almost all of ones needs including perhaps those ‘exotic food’ mentioned above.
  
  
  
What does the presence of this ‘Ramadan phenomenon’ suggest? Am I wrong in saying that Muslims are encouraged to spend more time and money in this ‘fiesta’ like a monthly occassion; unfortunately it is Ramadan, the best time of the year for Muslims to double or triple his good deeds as required by Islam?
  
  
  
In this holy month, one ‘sunat’ (optional) deed done would be rewarded like a ‘wajib’ or ‘fardu’ (obligatory) deed, and a ‘fardu’ deed would be rewarded 70 times or more than in other months.
  
  
  
Ramadan teaches us to feel the pangs of hunger of the poor people of the world. It has been reported that one person in the world dies every three seconds because of hunger. So wasting of food is criminal. But how is the situation in our country and other rich Muslim nations where the word ‘hunger’ seemed ‘quite unfamiliar’ to us, and seemingly is happening in far faraway lands. In United Arab Emirates (UAE) it was reported that 500 tons of food are thrown away each year in the holy month of Ramadan!
  
  
  
The lavish meal of breaking fast or ‘iftar’, many say dishonor the spirit of the Muslim holy month - and create an immense a mount of waste. Muslims should be reminded to be moderate with food, and this call could be made by ‘imams’ during ‘tazkirah’ (short religious talk) while doing the optional mass ‘tarawih’ prayers in masjids (special night prayers perform only during Ramadan) or when giving ‘khutbah’ (sermons) on the first Friday prayer of Ramadan.
  
  
  
Then on the eve of Ramadan, some of our people go for projects that are not beneficial for the 'ummah' what's more in line with the teaching of Islam such as making the largest 'ketupat' (rice cook inside wrappings made from coconut leaves) in the world. It was reported that the Melaka State Constituency (Dun) of Sungai Rambai had craved that its name be in the Malaysia Book of Records (MBR) for cooking that giant 'ketupat' which weighed 1,800 kilogramme and was 1.2 meters tall.
  
  
  
  
  
Imagine the wastage of time and resources just to project one's name - 630 kilogrammes of rice was cooked in 21 large pots from 3.00 p.m to 4.00 a.m. The projects was undertaken by 12 people and it took two days to prepare for the neccessary items and ground work. It was reported, the 'ketupat' was distributed to the people in that state constituency but tell me frankly who would want to comsume it?
  
  
  
Muslims should not be involved in such a wastage project, they should be reminded that they are accountable for five things before the coming of five. The Prophet (pbuh) said: "Take benefit of five before five - your youth before your old age, your health before your sickness, your wealth before your poverty, your free-time before your preoccupation,and your life before your death." (Hakim)
  
  
  
So to Muslims brothers and sisters, do not indulge in such empty, hollow and unbeneficial deeds, for Allah SWT says in Surah Al-Asr: "Verily! Man is in loss, Except those who believe and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's cause)."
  
  
  
Regarding the wastage of food and gluttony during Ramadan, President of Consumer Association of Penang (CAP), SM Mohamed Idris, commented on the lavish spending of Muslims at Ramadan bazaars and the ‘merry iftars’ at restaurants and hotels.
  
  
  
During the month of Ramadan, Muslims are encouraged to eat nutritious food during breaking fast and sahur (predawn meal) and prohibited from wasting. Unfortunately many tend to prepare many dishes or the easiest way is to buy food and drinks that are sold in abundance in Ramadan bazaars and markets that mushroom during the fasting month.
  
  
  
Mohamed Idris said there is too much of food being served, much of it is not eaten and wasted. This kind of wastage is forbidden in Islam and contradicts the concept of Ramadan.
  
  
  
Then each year during Ramadan, hotel and restaurant is flooded with Ramadan buffet advertisements inviting Muslims to break fast in their hotels. From a rate of as low as RM38++ to RM135++, an individual can eat and drink as much as they like, with a variety of selection, at times offering more than 120 appetizing buffet dishes and desserts.
  
  
  
The Ramadan buffets are also accompanied with live music and keroncong whilst customers enjoy their meal. This indirectly shifts their attention and deviates them from piety of fasting in this holy month.
  
  
  
Those enjoying the buffet style fast breaking will be attracted to the delicious smell and scrumptious looking food. In fact their activated senses will induce them to take more than necessary.
  
  
  
Although gluttony is forbidden in Islam, there is nothing to prohibit Muslims from surrendering to their desire for food during breaking fast. Some would feel that it is necessary to eat a lot for their money’s worth.
  
  
  
As there is too much food put on their plate, many would not be able to finish it and finally the food is thrown away.
  
Don’t Muslims realise that food is Allah SWT greatest gift for humans and that we will be questioned on Judgement Day, akhirat, on our wasting nature? asked Mohamed Idris.
  
  
  
Remember Allah SWT decree in Surah Al A’raaf, sentence 3, "Eat and drink, but not in excess. Allah does not like people who are superfluous". Whereas Surah Al Israa’, sentences 26 and 27 states, "And do not waste, as those who waste are the devil’s friends".
  
  
  
If we consider the amount of food wasted during Ramadan mainly at buffets in hotels, we will realise that the present followers have lost their love to each other. Whilst many can enjoy the best food for themselves and their families, they forget that there are still people of the same faith who suffer from poverty and hunger.
  
  
  
Besides wasting food, much time is wasted when breaking fast in hotels as they tend to eat a lot until they are too full and making it difficult for them to perform solat, especially solat tarawih in the masjid.
  
  
  
The atmosphere and practice of breaking fast in hotels as mentioned above does not reflect the effectiveness and sacredness of the fasting that among others demands followers not to overeat, resulting in wastage.
  
  
  
Remember Nabi Muhamad SAW’s commandment, "Fight the yearning for food and withstand hunger and thirst as the reward is equivalent as jihad to Allah’s path. There is nothing greater to offer God than resisting hunger and thirst."
  
  
  
In relation to this and in the occasion of this good month, let us all return to true Islamic teachings and practices and not be influenced by wastefulness and guile.
  
  
  
Let it be known that Ramadan is a sacred month among all other months and Allah SWT wants all his followers to fulfil the month with obedience and taqarrub to Allah SWT. The continuous satiety of an individual’s life will fulfil and enhance the soul with obstinacy and extremity. We hope that Ramadan will help develop loving and caring Muslims.
  
  
  
In conclusion, please think about thorough consumption of food of your daily diet either in Ramadan or normal days. Proper cosumption including give to poor or needy people is the best amongst any sadqa (charity)
March 19, 2023
Syaaban 27, 1444: Demi RM80 sehari...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya." (Ayat 56 Surah Al-A'raaf)
  
DI depan pejabat saya di KL (dahululah), terdapat sebuah bangunan besar enam tingkat sedang dinaik taraf – ada yang berkata pada bahagian atas akan disambung pembinaan, menambah tingkatnya. Sekarang ini di sekeliling bangunan dipasang kerangka besi (staging) bagi membolehkan kerja-kerja penambahan tingkat dilakukan.
  
Suatu petang yang panas terik sedang saya enak menikmati buah betik sejuk kesukaan saya di bawah pokok berhampiran bangunan itu, saya menyaksikan seorang anak muda kelam kabut menuruni kerangka besi itu. Dia menggelongsor batang besi dari kedudukan paling tinggi dan selepas sampai ke tanah, berlari ke bawah sebatang pokok, menyandarkan diri dan membuka topi keselamatannya.
  
Saya melihat tubuhnya bercucuran peluh, mukanya pucat. Dia mengambil nafas, dan selepas keadaan lega sedikit, saya menghampirinya, bertanya khabar. Saya mempelawa dia minum, dia menolak kerana dakwanya dia baru minum.
  
"Apa pasal?" tanya saya. "Saya mahu pengsan. Kalau saya tunggu atas sana, saya boleh jatuh dan mati," katanya.
  
Saya mencapai sepotong betik dan menghulur kepadanya. "Saya belanja," kata saya. Sambil dia mengunyah betik, saya pun bertanya akan keadaan dirinya.
  
Namanya Halidin, umurnya 21 tahun, berasal dari Jatim (Jawa Timur). "Beginilah pak, saya menyambung nyawa cari rezeki. Kami diberi tempoh sebulan memasang 'staging' di sekeliling bangunan ini. Ada tiga pekerja termasuk saya. Kerjanya berat pak, terutama hari panas macam sekarang ini.
  
"Berapa kamu dapat (upah) sehari?" Halidin memberitahu dia diberi RM80 sehari. Ada kerja ada upah, tak ada kerja tak ada upah. Waktu kerjanya adalah mulai jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.
  
"Lumayankah pendapatan kamu?"
  
"Di sini bolehlah pak. Kalau kerja di kampung saya upahnya 300,000 rupiah sebulan. Ini bersamaan RM100 kerana 1 juta rupiah itu bersamaan dengan kira-kira RM350. Untuk dapatkan lebih, terpaksalah saya tinggalkan kampung halaman."
  
Belum sempat saya habis berbual dengan Halidin, dia dipanggil dengan suara keras oleh 'bos'nya apabila gondola sudah sampai ke tanah. Maka berlarilah Halidin, memasuki gondola dan sebentar kemudian dia sudah ada di puncak bangunan.
  
Sambil memerhati Halidin dan rakan sekerjanya, si penjual makanan memberitahu saya: "Hanya orang Indonesia yang sanggup bekerja berat seperti itu. Orang kita usah haraplah. Mungkin tiada orang muda kita yang sanggup bekerja dalam panas matahari, menggadai nyawa bagi mendapatkan upah sebanyak itu."
  
Benar, melihat Halidin bergerak dari satu kerangka besi ke kerangka lain sungguh mengerikan. Tiada tali yang mengikat tubuhnya. Andai tersilap langkah, atau kerangka besi itu tumbang; pengakhirannya adalah mati seperti diucapkan Halidin. Tetapi demi sesuap nasi, Halidin dan rakannya terus gigih berusaha, bagi mendapatkan upah RM80 yang diberikan pada senja hari.
March 16, 2023
Syaaban 24, 1444: Pengundi wanita penentu kemenangan...
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang beriman, beramal salih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. - Maksud ayat 1-3 Surah Al-Asr
  
APABILA ke klinik pakar sebuah hospital beberapa hari lalu, saya membawa akhbar Harakah untuk dibaca bagi mengubati kebosanan menunggu;
  
Selepas membaca, saya meletakkannya di sebuah kerusi kosong, melihat siapa terdetik untuk mengambil dan membacanya.
  
Dari kejauhan saya melihat seorang wanita Melayu pertengahan usia yang duduk di sebelah kerusi itu membelek-beleknya. Dia kemudian mengangkat akhbar itu, menatap muka depan, muka dalam dan kemudian meletakkannya kembali. Adegan itu tak sampai seminit.
  
Demikianlah daripada kejadian itu dan banyak lagi insiden yang saya saksikan, saya berpendapat ramai wanita kurang berminat membaca Harakah. Mungkin isinya sarat membicarakan politik menyebabkan wanita kurang berminat. Mungkin mereka lebih berminat hal-hal berkaitan fesyen, masakan dan dekorasi serta aksesori diri serta rumah tangga.
  
Walaupun secara umumnya sebahagian wanita kurang berminat dengan hal ehwal politik, perlu disedari bahawa hampir separuh (lebih 49 peratus) pengundi di Malaysia adalah wanita.
  
Oleh itu sumbangan golongan ini adalah besar bagi kejayaan mana-mana pihak dalam pilihan raya termasuklah pilihan raya negeri yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
  
Sehubungan itu, diharapkan semua pihak terbabit memikirkan hal ini dan melakukan tindakan segera bagi memenangi hati wanita kerana mereka mungkin menjadi penentu kemenangan pilihan raya.
  
Isu-isu wanita perlu diketengahkan dan ditangani secara bijaksana kerana sebarang kelemahan akan memungkinkan musuh meraih sebanyak mungkin undi daripada golongan ini.
  
Kita mungkin sudah bergerak ke depan dengan mengemukakan sejumlah calon Muslimat/Wanita pada pilihan raya, tetapi masih banyak lompang yang perlu diperbaiki.
  
Sekalipun sudah mengemukakan lebih ramai calon Muslimat, pihak musuh akan tetap menuduh kita sebagai hanya mahu memancing undi golongan wanita.
  
Sebenarnya, apa saja yang kita buat (termasuk memartabatkan golongan wanita) akan dipandang sinis oleh pihak ini; oleh itu tabahkan semangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada golongan wanita sejajar dengan ketetapan Allah SWT melalui Kitab dan Rasul-Nya.
  
Namun pelaksanaan hal ini tidak mudah kerana wanita sebagai golongan lemah yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam s.a.w.; sebahagiannya mudah terpengaruh dengan manis dunia termasuklah hiburan dan laranya.
  
Kelemahan inilah yang dieksploitasi oleh pihak lawan kita yang terus berjanji memberikan yang muluk-muluk kepada wanita penyokong atau pengundinya.
  
Di sini kita lihat betapa pentingnya golongan lelaki sebagai pemimpin (termasuklah sebagai suami dan bapa) berperanan untuk mendidik orang di bawah mereka.
  
Bukanlah Allah SWT telah berfirman melalui ayat 6 Surah At-Tahrim yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala).”
  
Insya-Allah apabila kebanyakan wanita sudah dirapati dan dipasakkan ilmu agama dalam diri masing-masing, mereka akan tahu menilai mana intan dan mana kaca; pihak mana yang berjuang untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat dan pihak mana yang hanya menjanjikan kemanisan dunia yang bersifat sangat sementara.
  
Ya berusaha keras dan berdoalah agar wanita-wanita kita diberi taufik dan hidayah untuk memilih antara kaca dan permata.
  
Namun memasakkan ilmu ke dada-dada wanita kita bukan proses mudah atau boleh dilakukan menjelang pilihan raya saja. Pendidikan bermula daripada bayi dalam kandungan lagi, berterusan di alam bayi, alam kanak-kanak, remaja, dewasa, tua sehinggalah seseorang itu masuk ke alam kubur.
  
Ertinya pendidikan adalah proses seumur hidup. Persoalannya adakah kita bersedia dan cukup prasarananya untuk menjayakan cita-cita mendidik seluruh masyarakat ini?
  
Sekalipun kelihatan berat, tetapi usaha perlu dilakukan dengan doa tanpa putus-putus. Insya-Allah apabila wanita kita terurus matlamatnya, kita akan sentiasa mendapat sokongan mereka termasuk ketika pilihan raya.
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers
 


