Roslan Hamid's Blog, page 7

December 27, 2022

Jamadilakhir 4, 1444: Batu bergolek tak kumpul lumut...(U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)


NAMA masjid kampung saya Al-Abrar. Masjid orang baik-baik. Tidak lama dahulu kuliah subuhnya menampilkan Ustaz Zul Ramli, seorang pendakwah terkenal yang sering muncul di Radio IKIM dan program Tanyalah Ustaz TV9.


Antara pesanan sang ustaz ini yang 'cukup melekat' di hati saya adalah sebagai insan tidak cukup untuk kita menjadi orang baik-baik. Alhamdulillah jika kita orang baik-baik, teruslah berusaha sepenuh tenaga, jiwa dan hati serta berdoalah semaksimum mungkin untuk kita mengakhiri hidup kita sebagai orang baik-baik. Mati dalam husnul khatimah. Mengakhiri hidup sebagai orang baik-baik itulah yang didambakan sebelum kita menemui Tuhan kita.


Apa itu husnul khatimah? Seorang ulama menukilkan: Husnul khatimah merupakan suatu kondisi yang mana seorang hamba diberi taufik oleh Allah Ta'ala sebelum datangnya kematian untuk meninggalkan segala macam perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah Ta'ala, dan dia diberi taufik oleh Allah Ta'ala untuk bertaubat daripada segala dosa dan maksiat dan bersegera melakukan ketaatan dan perbuatan baik, kemudian dia menutup usianya di atas kebaikan.


Anas bin Malik r.a., berkata: Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Allah akan mempekerjakannya. Para sahabat bertanya: Bagaimana Allah akan mempekerjakannya? Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberikan taufik kepadanya untuk beramal salih sebelum dia meninggal dunia.” (HR. Ahmad (12036) dan Thirmidzi (2142) dan disahihkan oleh Al-Hakim, Dhiya' Al-Maqdisi, Al-Arna'ut dan Al-Albani)


Ustaz Zul Ramli mengingatkan pengakhiran yang baik adalah kemuncak daripada perjuangan kita  dalam menjadi orang baik-baik. Pengakhiran itulah penentunya - misalnya apa erti jika kita memasuki perlumbaan lumba lari seperti 400 meter; kita bermula dengan pantas dan mengekalkannya pada sepanjang  larian tetapi pada 10 meter terakhir kita tidak dapat menamatkannya?


Lantas beliau mengingatkan hadirin sebuah hadis yang secara ringkasnya bermaksud ada orang berbuat baik (ketaatan) sepanjang hayatnya tetapi apabila tinggal sedepa lagi untuk dia memasuki syurga dia terjebak dalam amalan jahat menyebabkan dia dicampakkan ke dalam nereka manakala ada orang yang hampir seumur hidupnya berbuat kejahatan tetapi pada 'last minute' (minit terakhir) dia berbuat kebajikan lantas dia dimasukkan ke dalam syurga.


Orang salih (baik-baik) amat takut dengan ancaman ini. Mereka berterusan berdoa kepada Allah SWT agar dimatikan sebagai orang baik-baik. Selain pasrah kepada Allah SWT, mereka juga memerhatikan amalan mereka. Salah satu jalan adalah 'mengistiqamahkan' diri di jalan Allah.


Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Istiqamah  bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh.  


Jadi kepada diri saya dan semua, beristiqamahlah dalam kehidupan (perjuangan)...jangan lari. Alhamdulillah, di negara kita, orang Melayu yang amat rapat dengan Islam dapat menterjemah 'istiqamah' ini dalam mereka melayari kehidupan. Mungkin peribahasa-peribahasa Melayu ini dapat memberi serba sedikit kefahaman kepada kita. 


Misalnya, orang tua-tua menjelaskan bahawa batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut. Kita disyorkan bahawa 'alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan' atau genggam bara biar sampai jadi arang. Mandi biar basah, makan biar kencang; ya mungkin tidak ada gunanya atau tidak membawa hasil yang bagus jika kita sekalipun bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan tetapi tidak dapat melakukan 'finishing'-nya (penamat yang sempurna). Misalnya, kita mengecat rumah, tetapi apabila tinggal berbaki 10 peratus lagi, kita 'give up' (berputus asa misalnya kerana penat) jadi apakah bentuk hasil yang kita dapati?


Realitinya dalam kehidupan, ramai yang tidak istiqamah...ramai yang melarikan diri daripada terus berada di atas rel kebenaran, ya kita tak tahan pancaroba serta ujian kehidupan.  Jadi akuilah bahawa sebenarnya kita perlu istiqamah dalam kehidupan ini. Ingatlah pesanan bijak pandai Melayu itu - batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut. Kalau kita melompat ke sana ke sini, tidak banyak manfaat dapat kita kumpulkan dalam hidup kita.


Mungkin ada orang berkata, jika di sesuatu tempat itu tidak lagi kondusif untuk kita, maka langkah terbaik adalah berhijrah. Ya, berhijrahlah (tetapi jangan lari kerana ada perbezaan besar antara kedua-duanya), tiada siapa yang menghalangnya; tetapi kita mesti ingat ada pepatah Melayu berbunyi - tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 


Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik - baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah selepas 13 tahun berdakwah di Makkah tanpa hasil memberangsangkan tetapi selepas 10 tahun di Madinah, baginda s.a.w. kembali semula ke tanah airnya yang tercinta, Makkah...lokasi dakwah berbeza tetapi perjuangan baginda tetap sama...iaitu meletakkan seluruh manusia tunduk hanya kepada Yang Maha Kuasa! Baginda Nabi s.a.w. istiqamah dalam perjuangan...bagaimana diri kita? Didoakan kita tak lari...


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2022 15:58

December 26, 2022

Jamadilakhir 3, 1444: Susu lembu punya pasal...? (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. - Ayat 1-3 Surah Al-Asr


SEJUMLAH kucing 'jalanan' menjadikan sekitar rumah saya sebagai 'kawasan' mereka. Saya memberikan kucing-kucing itu makan, jadi mereka 'seronok duduk, tidur, baring di bahagian luar rumah. Setiap kali makan, saya mengira jumlahnya - ada ketikanya 10, paling banyak sampai 15 ekor.


Saya pernah 'membidankan' kucing beranak. Suatu ketika saya memecahkan 'sarung (selaput)' anak kucing yang baharu diberanakkan, takut-takut dia lemas. Pernah juga saya menarik keluar seekor anak kucing yang tersekat di peranakan ibunya.


Satu perkara saya perhatikan ibu kucing selepas beranak, akan membawa anak-anaknya untuk 'disembunyikan'. Sukar menemui anak-anak kucing itu - sepanjang tempoh ini ibu kucing akan menyusukan anak-anaknya...ia tidak mendedahkan anak-anaknya memakan 'benda-benda' lain.


Hebat kucing kerana ia tahu 'kebaikan susu ibu'! Manusia juga diberitahu oleh Allah SWT mengenai makanan terbaik untuk bayi iaitu susu badan ibu sendiri - malah si ibu disarankan menyusukan bayi mereka sendiri selama dua tahun. Namun apa yang ramai 'ibu-ibu moden' lakukan adalah memberikan susu formula (lembu) kepada bayi mereka.


Jika ibu tidak dapat menyusukan sendiri anak-anak mereka disebabkan pelbagai masalah seperti kesihatan, mereka disarankan mencari wanita lain (ibu susuan) untuk tujuan itu bukan 'mencari susu lembu'. Nabi kita, Muhammad s.a.w. mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah dan Halimah Abu Zuaib (As-Sa'adiyyah).


Sejak dahulu hingga sekarang, jarang kita mendengar di kalangan masyarakat kita mengenai ibu susuan ini. Kebanyakan ibu memberikan anak mereka susu lembu dan baru-baru ini susu kambing yang didakwa sesetengah pihak mempunyai banyak kebaikan.


Ya generasi saya dan generasi di bawah saya (pemuda-pemudi sekarang ini) 'terlalu banyak' minum susu lembu...jadi mungkinkah itu antara sebab mengapa anggota masyarakat ini 'perangai' mereka daripada sehari demi sehari semakin teruk. Ya, kita melawan perintah Allah SWT...kita disarankan menyusukan sendiri anak-anak tetapi kita memberi mereka susu lembu!


Kini negara dan rakyat kita ditimpa pelbagai masalah menakutkan. Jenayah seperti rasuah, pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita.


Jenayah kejam yang tidak terfikirkan dulu seperti anak membunuh bapa dan anggota keluarga lain perlu dimuhasabah; apa sebenarnya sudah menimpa masyarakat kita? Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda yang kita didik di sekolah-sekolah kita hari ini?


Gejala songsang ini dan masalah sosial lain seperti penagihan dadah tidak ada penamatnya. Semakin kerajaan bertindak membendungnya, jenayah semakin menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat dan teguran tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi.


Tentulah masyarakat tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi. Bagi orang Islam beriman, ketidak barakahan dalam hidup ini adalah kerana kita tidak ikut perintah Allah (seperti bab penyusuan bayi), undang-undang Islam tidak diguna pakai, sedangkan Allah SWT memberi jaminan bahawa dalam hukum-hakam-Nya ada kehidupan.


Apabila perintah dan undang-undang Allah tidak terlaksana, porak-perandalah masyarakat. Pembunuhan, perompakan dan penzinaan semakin menjadi-jadi sedangkan mengikut hukum Allah, mereka yang bersalah perlu menjalani hukum hudud, qisas dan sebagainya. Apabila hukum Allah tertegak misalnya hukum membunuh dibalas bunuh mengikut hukum qisas, maka gentarlah setiap orang, lantas terselamatlah anggota masyarakat.


Berdasarkan hakikat tidak tertegaknya hukum-hakam Islam, terserlah bahawa apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah cerminan daripada sikap dan pembawaan pemimpinnya. Jika pemimpin mahu Islam, rakyat pun mahukan Islam; tetapi apabila pemimpin terus dengan cara Barat dan sekularnya maka rakyat akan mengikutinya.


Dari segi kepimpinan, pepatah Melayu menyatakan, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kalau hendak melentur buluh biar daripada rebungnya manakala bijak pandai pula berkata 'kalau nak tahu masa depan negara, lihatlah pada generasi mudanya'.


Generasi muda mendambakan idola tetapi yang menjadi tumpuan adalah artis-artis dan dunia hiburan yang kerap benar terpesong daripada sempadan tuntutan agama.


Sekali lagi generasi muda gagal mendapatkan contoh baik sebaliknya mereka terikut-ikut gaya penghidupan songsang. Siapa yang membenarkan cara hidup ini kalau bukan pemimpin? Merekalah yang meluluskan lesen, merekalah yang menguatkuasakan undang-undang, merekalah menunjukkan contoh, jadi mereka sewajarlah memikul tanggungjawab paling besar dalam pendidikan dan masa depan anak bangsa.


Pemimpin mempunyai tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan generasi muda. Tetapi apakah pemimpin hari ini dapat dijadikan rujukan yang baik kepada anak-anak? Jawapannya adalah ya dan tidak.


Hari ini banyak pemimpin terpalit dengan perlakukan buruk, ada yang dituduh melakukan pembunuhan, tidak kurang juga didapati bersalah melalukan rasuah.


Pemimpin sewajarnya bukan saja bersih tetapi dilihat bersih. Tetapi ramai memperlihatkan watak dan tindakan yang tidak sejajar dengan pandangan dan nasihat yang mereka berikan. Sebagai contoh seorang pemimpin bercakap berapi-api mengenai keburukan amalan rasuah di pentas orang ramai, tetapi dialah juara politik wang, jadi bolehkah dia menjadi idola generasi muda?


Sementara itu jika pemimpin gemar dengan agenda berfoya-foya dengan pesta yang tidak pernah habis-habis seperti yang kerap berlaku di negara kita, maka tidak hairanlah generasi muda akan terikut sama.


Kata orang, bapa borek anak rintik, kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari! Kalau perintah Allah menyuruh sang ibu menyusu bayinya tidak diikuti sebaliknya diberikan susu lembu...kita bimbang anak-anak kita akan menempuh jalan yang gelap dan sukar...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2022 15:38

December 25, 2022

Jamadilakhir 2, 1444: Work, no play make Jack a dull boy

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection


Establish worship

and pay the poor due

and obey the messenger,

that haply ye may find mercy. (Nur 24:56)


A very close friend of mine, Haji Muzafar Jantan who sees me working hard at my desk, often cracks this joke: "Work and no play make Jack a dull boy!" I understand his intention. It means: "let's go for a cup of coffee." 


The same could be said about married life. Routine chores could make a couple's life dull, perhaps my idea of taking my wife for a 'second honeymoon' around the country could add a spark to our relationship of more than two decades.


To the Almighty, Allah SWT we prayed our married life would be blessed one; take note that on some wedding invitation cards, there are beautiful phrases such as, "We pray to Allah SWT that He blesses this couple as He had blessed the marriages of Prophet Muhammad (peace be upon him, pbuh) and Lady Khadijah; Prophet Yusof and Zulaika; and Prophet Adam and Hawa (Adam and Eve).


Regarding the importance of injecting spicy to one's married life; including taking one's wife on a journey, it was narrated by the Prophet's wife 'Aa'ishah who reported, that once, when she went on a journey with the Prophet (pbuh), and she challenged him to a race, and won. Later when she had gained weight, she raced him again, but this time he won, and told her, "This is for that."


"The conscientious Muslim does not neglect to relieve the tedium of routine life with his wife, so he spices their daily life with a little gentle humour and playfulness from time to time. In doing so, he follows the example of the Prophet (pbuh) whose whole life is the highest example for us.


"Although he is constantly busy with the overwhelming task of laying the foundation of Islam, building the Muslim ummah, directing the army in jihad, and numerous other concerns, he did not let that keep him from being an ideal husband to his wives, treating them in the best possible way, with a smiling face and a touch of gentle humour." – The Ideal Muslim by Muhammad Ali Al-Hashim (International Islamic Publishing House)


The Prophet (pbuh) gave many recommendations concerning women, to the extend that he described the man who treats his wife well as being one of the best and among the elite of his ummah: "The believer who has the most perfect faith is the one whose behaviour is best, and the best of you are the ones who are best to their women." (Tirmidhi)


Nowadays when reading newspapers we often come across news of husbands mistreating their wives including cases of sadism such as pouring acid on their wives. Perhaps these husbands never took the opportunity to follow lessons at the masjid. During the Prophet (pbuh) time, some women came to the family of the Prophet (pbuh) complaining about their husbands.


So the Prophet (pbuh) announced to the men: "Many women have visited the family of Muhammad, complaining about their husbands. Verily those are not the best among you." (Abu Dawood, Nasaa'I and Ibn Maajah)


Men and women including the writer and readers could turn over a new leaf. Some ulemas (Islamic scholars) concluded than we have only three circumstances (times, periods) – yesterday, this moment, and tomorrow. Yesterday is history, tomorrow is uncertain. So make full use of this moment. One of my on-line friend sent me this beautiful posting; hopefully it could help us in soaring back our dull married life.


For everything there is a season,

And a time for every matter under heaven:

A time to be born, and a time to die;

A time to plant, and a time to pluck up what is planted;

A time to kill, and a time to heal;

A time to break down, and a time to build up;

A time to weep, and a time to laugh;

A time to mourn, and a time to dance;

A time to throw away stones, and a time to gather stones together;

A time to embrace, And a time to refrain from embracing;

A time to seek, and a time to lose;

A time to keep, and a time to throw away;

A time to tear, and a time to sew;

A time to keep silence, and a time to speak;

A time to love, and a time to hate,

A time for war, and a time for peace. – Ecclesiastes

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2022 15:28

December 23, 2022

Jamadilawal 1444: Cerita dari sebuah hospital swasta (2)

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah)


Bahagian 2

SAYA dijadualkan menjalani pembedahan membuang batu karang di pundi kencing berukuran tiga sentimeter (pakar urologi kata besar) pada pagi Jumaat, 2 Disember. 


Sehari sebelum itu, doktor mengingatkan saya supaya berpuasa mulai jam 3.00 pagi dan mendaftar di hospital jam 6.30 pagi.


Selepas dimasukkan ke kamar (wad) yang dikongsi bersama tiga pesakit lain pada jam 7.00 pagi, bermulalah penantian saya untuk dimasukkan ke dewan pembedahan. 


Saya fikir saya akan dibedah pagi itu kerana telah disuruh memakai baju khas bertali yang diikat di bahagian belakang , tetapi tidak demikian halnya. 


Menjelang tengah hari Jumaat itu (saya terbayang Muslimin sibuk ke masjid),saya tak dipanggil lagi, lantas saya buka 'baju bedah' itu dan mencampakkannya ke hujung katil.


Saya menunggu dan terus menunggu...ya, betul 'kata' penyanyi Zubir Ali (kini Allahyarham) bahawa penantian itu suatu penyeksaan. Di samping ujian sabar menunggu, perut dan tekak pun terpaksa 'dikekang nafsu' kerana pesakit yang akan menjalani pembedahan tidak boleh makan dan minum.


Siang hari sudah berlalu, hampir jam 8.00 malam baharulah seorang pembantu hospital datang memberitahu saya akan dibawa ke dewan bedah. Saya minta tangguh sebentar kerana hendak solat Isyak dahulu.


Kira-kira jam 9 malam, pembantu itu datang sekali lagi, membawa sebuah kerusi roda. Saya ditolak ke lif dari tingkat tujuh ke dewan bedah di tingkat satu. 


Sebelum memasuki dewan bedah, saya dipindahkan ke sebuah katil beroda yang kemudian ditolak untuk dibariskan dengan pesakit lain. Ada dua pesakit lain di situ. 


Di atas katil, mulut saya komat kamit membaca surah pendek al-Quran, berzikir, berzikir, dan berzikir...bimbang saya, mana tahu di dewan bedah ini 'perjalanan terakhir' saya.


Di sini baharulah belakang tapak tangan saya dicucuk jarum untuk dibuat tapak bagi dimasukkan air (drip). Pengalaman saya di hospital kerajaan sejak masuk wad lagi tapak itu sudah dibikin...ini menyusahkan kita tatkala mengambil wuduk...ada ustaz menyatakan cukuplah untuk 'menyapu air' di atas bahagian itu manakala ada pula yang menyatakan ia perlu disempurnakan dengan bertayamum.


Apabila sudah 'dibariskan' di situ dan diperkenalkan dengan pakar bius, tahulah saya bahawa giliran saya untuk 'dikerjakan' akan bermula. Pakar bius itu seorang perempuan Cina pertengahan usia, jelas kelihatan kepenatan di wajahnya. Saya meneka mungkin dia sudah bekerja sejak awal pagi dan kini sudah hampir tengah malam.


Pakar itu bertanya adakah saya ada alami alahan ubat dan bila kali terakhir saya mengambil ubat cair darah. Dia juga menerangkan prosedur pembedahan, mengemukakan beberapa soalan lagi dan apabila sudah berpuas hati, meminta saya menurunkan tandatangan pada dokumen disertakan. 


Katanya, saya akan dibius separuh badan sahaja...pesakit akan sedar sepanjang operasi itu. Jarum akan dicucuk di bahagian tulang belakang...katanya, akan 'ada sakit sikit'...lepas tu awak boleh rehat sambil lihat di skrin apa yang pakar (urologi).sedang lakukan.


Lama juga saya dibiarkan di katil itu. Saya tinggal seorang selepas dua pesakit  tadi sudah dibawa pergi. Doktor bius berkata, pakar urologi belum sampai. Mungkin dia juga sudah kepenatan, saya difahamkan dia bekerja sejak awal pagi lagi. 


Selepas lama menunggu, saya terasa 'nak kencing'. Apabila seorang 'nurse' (jururawat)  lalu, saya memanggilnya dan menyatakan saya mahu qada hajat.


'Nurse' bertanya adakah saya nak kencing di situ (heh, heh, heh jangan salah faham, 'nurse' akan bawakan bekas) atau saya nak ke tandas. Saya kata saya nak ke tandas. 


'Nurse' kemudian memberikan saya sepasang kasut khas dan menyelimutkan badan saya; al-maklumlah di dewan bedah kita mengenakan pakaian terdedah di belakang.supaya mudah ditanggalkan. Lagi pun di dewan bedah keadaannya tersangat sejuk.


"Saya akan 'escort' pakcik ke tandas," katanya. Benar dia mengiringi saya ke tandas...tiba-tiba saya terasa menjadi orang penting pula...nak ke tandas pun kena 'escort'. Yalah, mana tahu pesakit lari, nanti susah 'nurse' dibuatnya.


Hakikatnya pesakit nak dibedah mana ada 'power' lagi. Mereka terbaring sahaja di katil, kalau nak kencing 'nurse' akan suakan bekas. Ini tak, saya sudah bangun dan bergegas ke tandas, mengikut 'nurse' yang menunjukkan arah. 


Akhirnya, saya masuk tandas, 'nurse' duduk di luar, menunggu saya. Eekk, nak kencing pun kena tunggu! Sebenarnya, 'nurse' bukan takut pesakit lari tetapi mana tahu pesakit tumbang (jatuh atau pengsan) dia juga akan susah..

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2022 15:52

December 22, 2022

Jamadilawal 28, 1444: Tinggalkan K-Pop (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


PEJAM celik, cuti sekolah sudah hampir ke penghujung. Ibu bapa mulai sibuk menguruskan hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak. 


Bercakap mengenai persekolahan anak-anak ini, seorang peminat ruangan ini menghantar e-mel ini, meminta saya mengutarakan cadangannya bagi manfaat seluruh pembaca terutama ibu bapa.


Antara lain beliau menulis: "Sebut pasal ibu bapa ini, saya nak bagi satu cadangan, boleh tak ditulis dalam apa-apa kolum pun berkenaan keistimewaan surah-surah terpilih dalam al-Quran yang bagus dan perlu di amal(baca/hafal) oleh setiap orang khasnya ibu bapa. 


"Melihat keadaan anak-anak 'trend' kini, gerun kita di buatnya...dengan degilnya, kurang ajarnya, tak tahu malunya, maruah diri dicampak ke tepi, memang petanda inilah anak akhir zaman. Jadi, tak pernahkah ibu bapa bayangkan apa akan jadi apabila kita semua sudah tiada…pergi di jemput Illahi…apa jadi pada anak-anak kita? 


"Ada harapankah anak-anak  kesayangan kita ini, sudi mengirimkan kita sepotong dua doa? Kalau dah gaya macam tadi akhlak anak-anak kita ini, rasanya kempunan dan tipis harapan kita itu. Jadi, selain kita sendiri berusaha menjadi umat yang salih/salihah(insya-Allah), elok rasanya kita amalkan membaca surah yang terdapat dalam al-Quran yang dapat menghindar kita daripada fitnah/seksa kubur iaitu Surah Al-Mulk. Kalau dapat hafal lagi bagus. 


"Nampak macam susah 'jer' nak hafal tapi insya-Allah kalau kita istiqamah, mudah jadinya. Contohnya saya sendiri. Biasa lepas sembahyang Isyak saya baca surah sekejap, lama-lama teringin pula nak hafal…sebab saya fikir, kalau hafal, bila-bila dan di mana-mana saja saya boleh membacanya tanpa berwuduk…dengan umur yang baru masuk '4 series (40 tahun), lambat juga untuk saya ingat setiap ayat. 


"Kalau budak tu lainlah, dosa mereka tak banyak, hati tu bersih lagi kut jadi senang nak hafal. Tapi saya kuatkan semangat, saya cuba tiap-tiap hari, atas motosikal pun masa balik kerja (duduk KL ni, terpaksa naik motosikal, cepat sampai, jimat minyak) setidak-tidaknya saya gunakan masa sanggang terbuang itu dengan ingat balik apa yang saya hafal. 


"Dalam seminggu, saya berjaya hafal ayat 1- 6 dengan lancarnya (berlagak nyer!) Sampailah suatu hari anak perempuan saya yang baru habis UPSR bertanya, kenapa saya hafal surah ini. Dan saya ambil peluang untuk ajak dia sama menghafal surah ini dengan menjawab: “Ibu hafal surah ni sebab apabila ibu dah meninggal nanti, manalah tau, kau tak ingatkan ibu, tak nak doakan ibu, lepas tu 'kut-kut' ada dosa-dosa ibu yang tak habis lagi, tiba-tiba datang ular nak patuk ibu dari kepala, nanti surah ni lah jadi penghalang/pendinding elak ibu daripada kena patuk."


"Kalau ular tu patuk kat kepala macam mana?" tanyanya pula. Saya menjawab; “samalah, nanti surah ni jadi pendinding ibu lah kat kepala." Saya tak tahu penjelasan saya ni betul ke tidak. Tapi yang pasti, selepas tu dia pun sibuk sama menghafal...Alhamdulillah...dan sekarang, kakak sulungnya jugak sudah ikut menghafal...sebab dia 'jeles' ke apa, wallahualam...akhirnya saya sambung ayat ke 7-5….sampai 'jer' ayat ke 16 -20, ya Allah! mencabar jugak otak tepu saya ni…entah macam mana saya terfikir untuk salin lima ayat ni dalam tulisan Rumi. Sambil tengok TV pun saya mampu menghafalnya, lagi senang rupanya. Syukur, saya dah berjaya menghafal 20 ayat daripada 30 ayat keseluruhannya...tinggal 10 ayat 'jer' lagi…insya-Allah…'cayok, cayok'.


"Jadi, saya rasa surah ini amat sesuai dijadikan zikir harian bagi kita semua dan ibu bapa khasnya…daripada dok hafal lagu K-Pop atau lagu-lagu yang tak berfaedah tu , lebih baik kita menghafal surah Al-Mulk ini. Jadikanlah ia sebagai bekalan untuk kita di sana nanti…memang semua ibu bapa mengharap setiap anak jadi salih/salihah dan mampu mendoakan kita tetapi siapalah kita untuk tahu sama ada ia dimakbulkan Allah atau tidak…di akhir zaman ini, begitu mencabar sekali untuk kita mendidik anak-anak.


"Kita hanya mampu berdoa selain pandai-pandailah kita usaha sendiri… saya rasa golongan agamawan boleh terangkan lagi kelebihan surah-surah dalam al-Quran yang boleh kita amalkan. Moga kita dapat mendidik hati, jiwa raga kita semua agar menjadi Muslimin/Muslimah yang lebih baik daripada hari-hari semalam…Amin."  -  Puan Y

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2022 15:54

December 21, 2022

Jamadilawal 27, 1444: Play ‘hantu galah’, ‘teng-teng’ and ‘chaptay’

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 

Reflection

 "Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80) 


IT is school holidays again. It is a very long season; The days of  December are slowly ticking away before kids scramble back to school. 

At home, I have a boy and her sister having a 'boring' holiday; For the time being, the children have to spend most of their time at home - the main trouble, they would spend hours and hours glued in front of TV or playing games, chatting and working FB over smart phones and computers.

Yes, the idiot box, phones and computers keep the children at bay (busy at home) and help stop them from going out too often; but spending too much time on these electronic devices, are too bad for them. 

Beware; perhaps too much TV and phones will kill your children. A review of published studies in the past 40 years has shown a higher risk of diabetes, heart problems and early death among people who watch lots of television, US researchers said. 

The results of the meta-analysis performed by scientists at the Harvard School of Public Heath are published in the Journal of the American Medical Association recently.

An AFP-Relaxnews reported that more than two hours per day of TV watching boosted risk type two of diabetes and heart disease, while more than three hours a day increased a person's risk of dying prematurely. 

I was quiet concerned about this warning as my children especially the girl spent hours and hours in front of the box. If she was a 'kaki TV' (a person glued to the TV), my son would spend hours and hours on the phone. 

It was annoying when you had to face this situation - when you go out to work in the morning your child is in front of the TV and when you come back late in the evening, he is still there!

The report noted that each two-hour increment in viewing per day was linked to a 20 percent higher risk for type two diabetes; a 15 percent increased risk for fatal or nonfatal cardiovascular disease; and a 13 percent higher risk for all-cause mortality. 

While the association between time spent viewing TV ad risk of type two diabetes and cardiovascular disease were linear, the risk of all-cause mortality appeared to increase with TV viewing duration of greater than three hours per day. 

The habit of plunking oneself down in front of the television and watching for hours makes up about five hours of daily activity on average in the United States, but is also prevalent practice around the world.

In Europe, people spend about 40 percent of their daily free time - or three hours - in front of the tube, and in Australia, the average is 50 percent of daily free time or four hours, the study said. 

"The message is simple. Cutting back on TV watching can significantly reduce risk of type two diabetes, heart disease, and premature mortality," said senior author Frank Hu, professor of nutrition and epidemiology at Harvard to the news agency. "We should not only promote increasing physical activity levels but also reduce sedentary behaviors, especially prolonged TV watching." 

Television, phones and computers are modern day gadgets; during my childhood days in 1960s and 1970s, my family home did not even have a television set. If today's boys and girls would spend hours and hours in front of the TV, phones and computers this school holidays, during ‘our school holidays’, my brothers, friends and I spent the days among others playing small sampans made from ‘seludang kelapa’ (sheath of the palm blossom) in a small river near my house. 

We would also play various games with rubber bands such as catapulting rubber bands arranged on a stick and throwing slippers to hit rubber bands put on tins. We also played ‘rounders’, ‘police sentry’, ‘hantu galah’, ‘teng-teng’ and ‘captay’ (a few feathers of fowl strapped on a circular rubber which was kicked or thrown at one another).

Regarding the bad effects of TV, phones and computers, experts said parents can improve family life by switching off televisions and computers to communicate better. Technological advances combined with hectic schedules have led to parents and children spending less quality time with each other, according to human development researchers. Their findings also show people who devote more time to digital technology are more likely to eat unhealthy, exercise less, and do worse in exams.

Recently a news agency reported Prof Kelly Warzinik, from the University of Missouri, gave this advice: "Powering down digital devices is a vital step in maintaining family relationships. Instead of watching television or talking on a mobile phone, parents can take advantage of daily opportunities to interact with their children at meal times or in the car. Touch base throughout the day by calling, emailing or texting, and after children are asleep, out down the iPhone, turn off the television and just focus on each other." 

As well as strengthening family connections, turning off the television could lead to better health, said University of Missouri human development specialist, Saralee Jamieson. "People who devote more time to digital technology are less likely to make healthy food choices or be physically active and are less successful academically. Those who watch a lot of TV are exposed to thousands of ads for high-calorie, low-nutrient foods as well as violent programming. While it might not seem harmful, having a muted TV on while sleeping disrupts healthy sleep patterns and contributes to chronic fatigue." 

Tips for parents include limiting time with TV, video or computer screens to two hours daily, removing TV from bedrooms and learning to negotiate and take turns watching different shows. And families are encouraged to turn TVs off when eating or socializing and develop hobbies and become more involved in the community. 

So during this long and 'dull' holidays (many of the 'rakyat' cannot afford to have a good holiday because life is hard as prices of necessary items and services are high), dear parents, why not organized ‘old time games’ such as playing ‘hantu galah’, ‘teng-teng’ and ‘chaptay’ with your beloved ones instead of leaving them glued hours after hours in front of the TV sets, phones and computers!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2022 16:07

December 20, 2022

Jamadilawal 26, 1444: 'Oh God, please help me!' (U)

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 

Reflection 

"Anyone who obeys the Messenger has obeyed God..." (Nisaa 4:80) 


YEARS ago, during my journeys to and from work (I live in Melaka but work in KL) by express bus, sometimes I break the silence by talking to the person next to me.


One unforgettable conversation took place when I talked to a Chinese guy. He told me he was a university student and he didn't believe in religion. In short he was an atheist.


To attract his attention, I asked him, whenever he was in distress or in an emergency situation, to whom he would cry out? He replied he would cry "mum, mum, mum."


"Well what if you were thrown into the sea and about to drown, to whom would you cry out for help?" I asked him. To my surprise, he would cry; "God help me, God please help me!"


"Then you must believe in God," I said and the student seemed to be taken back by his words.


The fact is that the word 'God' would be on the lips of desperate men and women. Whenever human beings are struggling for their lives, they would ask help from God.


It was also reported the Pharaoh (Firaun) during the time of Prophet Moses (Musa) too acknowledged the existence of God when he was about to die in the waters of the Red Sea.


One article by one Sandra in a local student magazine attracted me to the fact that God is always on the mind of human beings. Sandra wrote: "The words ‘thank God’ reminds me of an incident that happened two years ago at a swimming pool in Shah Alam. After our swimming lesson one day, my friend and I decided to play in the water for a moment longer. Absent mindedly I slowly waded into the deeper pool as it looked as shallow as the children's pool.


"In the deeper pool, however, I lost my balance and could not stand because the water was too deep for me. I struggled to keep afloat. When I realized I was drowning, I tugged at my friend's swimsuit but she merely pulled back, unaware that I had lost my balance.


"I must say that I was extremely lucky because my swimming instructor managed to pull me up in the nick of time. Thank God he had spotted me; otherwise I would have drowned in the pool!"


So surrendering to God is natural for human beings. If you claim you are the most powerful man on earth, you too have to acknowledge this fact. Remember how the cruel President George W Bush (now ex) had his face thrown down the drain when an Arab reporter (Muntazer al-Zaidi) threw a pair of shoes into his face a few weeks before his term expires?


Who gave the idea, determination & so on until the reporter had the courage to do that? God had His hand on this event that pushed Muntazer as the new hero in the Arab world.


Believing in the one God is the fundamental teaching of Islam. Islam means complete submission or surrender to the will of Allah. Islam also means; peace, the way to achieve peace and submission or surrender.

"Islam teaches that there is only one God, Who is called Allah in Arabic. He has created all and is above all things in the universe, and there is no one and nothing like Him or can be compared to Him. God loves us, and for our guidance and benefit has sent his commandments & laws through persons specially chosen by Him who are called prophets or messengers of God." - Essence of Islamic Outreach ABIM.


It is natural for human beings to seek help from God. To learn about God, human beings need guidance. The true path was shown by the prophets, men cannot think about things that are beyond their imagination. For example, the human mind cannot think what is beyond the skies.


"Since the time of the emergence of the first man on the earth, God in His mercy has raised from among men numerous prophets or messengers, such as Abraham (Ibrahim), Isaac (Ishak), Jacob (Yaakob), Joseph (Yusof), Moses (Musa), David (Daud) and Jesus (Isa). The last of all the messengers was Muhammad (peace be on them all).


Islam is not a new religion. It consists of the same basic message which God has given in all true religions, and all prophets brought the same message for our guidance. Muhammad (peace be upon him), the last Prophet of God, taught us the full and complete meaning of Islam (surrender & commitment to the will of God) through his words, his actions & the revealed Book, the Holy Qur'an." - Essence of Islam.


So to the university guy I met in the express bus, Sandra and several other individuals who had had already thought about God, it is timely to seek for the true and one God, that is Allah the Almighty.


Naturally all human beings are seeking their Creator. He is God, the Almighty, we seek His companionship not only in distress, emergency or crisis but at any time of our lives.


A Muslim must believe that Allah is the Creator of the universe and everything in it. The Qur'an says: "He it is Who created the heavens and earth in truth." (Qur'an 6:73).


Everything, including the earth we live on and the heavens we see above, has been created by the Almighty God.


God does not merely create and abandon His creatures. God is active as the Creator, the Life Giver and Life Remover, the Sustainer and the sole Controller of all creations.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2022 15:41

December 19, 2022

Jamadilawal 25, 1444: Bertimbang rasa apabila kahwinkan anak (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatnya. Dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana." (An-Nur Ayat 59)


APABILA berusia tak berapa muda, kini saya pula berada di barisan depan bagi mengahwinkan anak-anak dan anak buah. 


Tidak lama dahulu saya terbabit dalam majlis pertunangan seorang anak saudara. Rombongan meminang diketuai sendiri ayah anak saudara saya itu (abang saya), tetapi bagi memulakan majlis, saya membuka mulut kerana saya satu-satunya bapa saudara yang hadir dan paling 'senior' di kalangan adik beradik (selain abang saya itu).


Sebagai 'orang baharu' dalam pekerjaaan 'mendirikan masjid' (merisik, bertunang, majlis nikah dan walimah), selepas mengucap salam, memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada pihak tuan rumah, saya mengucapkan pantun ini.


Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya ini budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.


Selepas menyampaikan pantun ini, saya terus menyerahkan majlis kepada abang saya; memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau untuk merundingkan masa depan anaknya dengan tuan rumah.


Di sini saya tidak berhajat menyatakan kisah selanjutnya pada majlis itu, tetapi saya tertarik untuk memanjangkan pedoman mengadakan majlis walimah anak-anak yang disampaikan oleh seorang ustaz di sebuah masjid berhampiran rumah saya.


Berhubung usaha 'mendirikan masjid', ustaz itu bercakap 'direct' (terus terang) mengenai belanja hantaran. Kata ustaz ibu bapa pihak perempuan janganlah meletakkan wang hantaran terlalu tinggi. "Hantaran RM10,000 sebenarnya sudah tinggi, apatah lagi jika diletakkan RM15,000, RM20,000 atau RM25,000.


"Kita sebagai orang-orang tua, kena fikirkan bagaimana seorang anak muda dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika dia lulus universiti pun, dengan gaji RM1,500 sebulan; kalau sebulan dia boleh kumpul RM200 untuk tujuan kahwin setahun baru RM2,400. Kalau pihak perempuan minta RM25,000, dia perlukan masa 10 tahun. Jika dia mula kerja umurnya 23 tahun, umur 33 tahun baru dapat kahwin.


"Itu baru wang hantaran. Bagi belanja lain seperti cincin, barang perhiasan, pakaian persalinan, tambang, upah dan majlis perkahwinan lain bab pula. Kalau majlis kecil pun perlukan sekurang-kurangnya RM10,000. Jadi bagaimana anak muda kita dapat kahwin dengan tidak menanggung beban hutang yang banyak?


"Bagi anak muda yang nak kahwin, dapat kumpul RM200 sebulan itu pun sudah dikira besar. Sekarang ini kalau duduk KL, daripada gaji RM1,500 itu, bayar duit ansuran kereta, bayar pinjaman pelajaran, bayar sewa rumah, dan belanja makan minum, dapatlah hulur mak bapak RM50-RM100 sebulan.


"Tapi pertengahan bulan apabila anak balik kampung, kita pulak kena bagi dia RM100-RM200 kerana dia dah tak ada wang. Kasihan tengok dia nak balik KL tapi duit minyak kereta tak ada," kata ustaz itu.


Menurutnya, antara sebab anak-anak muda tak dapat kahwin cepat malah ada yang hilang minat untuk berkahwin kerana wang hantaran yang tinggi.


"Jadi kepada mak bapak semua, bertimbang rasalah dalam soal hantaran ini apabila anak dara kita dipinang orang. Tengoklah dulu kemampuan bakal menantu kita itu. Kalau baru kerja dua tiga bulan selepas keluar universiti, tak mungkin duit dia sendiri ada RM15,000 atau RM20,000.


"Kalau hantaran dah tinggi, mahu tak mahu terpaksalah dia berhutang. Wang hantaran pinjam bank, majlis kahwin pun hutang, beli lembu pun hutang, sewa khemah pun hutang; jawabnya selepas kahwin, bertahun-tahunlah anak menantu kita menanggung beban hutang.


"Kerana hutang inilah selalu berlaku 'Perang Teluk' dalam rumah tangga. Kini kes cerai berai terlalu banyak, jadi insaflah mak bapak sekalian. Bertimbang rasalah dalam meletakkan wang hantaran anak-anak kita.


Ustaz itu berkata, itu kisah pemuda berhutang tetapi syukurlah masih dapat mendirikan rumah tangga (menikah). Tetapi ada pasangan gagal berkahwin, tetapi cinta punya pasal, berapa ramai anak gadis sudah mengandung luar nikah.


Beliau mendakwa di sebuah pusat perlindungan wanita terlanjur di ibu kota, ada kira-kira 1,000 orang menunggu masa untuk melahirkan anak luar nikah masing-masing.


"Keadaan sosial kita sekarang ini sudah tersangat teruk," kata ustaz itu. "Antara puncanya kita meletakkan wang hantaran yang terlalu mahal sehingga ada anak-anak kita tidak dapat kahwin.


"Saya haraplah ibu bapa tidak terlalu terikut-ikut orang dalam melakukan majlis perkahwinan anak-anak kita. Buatlah majlis setakat yang kita mampu.


"Kalau kita mampu sembelih lembu, maka lakukanlah, kalau kita hanya mampu sembelih kambing untuk jamuan itu, syukur alhamdulillah.


"Kalau kambing pun kita tidak mampu, tak salah kita sembelih 10 ekor ayam. Buatlah kenduri kecil, panggil saudara-saudara dan jiran dekat, habis cerita, yang penting anak-anak kita sudah selamat nikah.


"Anak kita selamat dunia akhirat, kita pun sama-sama selamat. Inilah dinamakan kebahagiaan dunia akhirat!"

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2022 15:48

December 18, 2022

Jamadilawal 23, 1444: Orang Barat sayang negara mereka, kita? (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)


TANAH runtuh di Batang Kali mengorbankan banyak jiwa. Ada yang mengaitkannya dengan 'tangan-tangan manusia' yang rakus mengubah malah memusnahkan alam sekitar.


Dahulu, terkejut  besar saya melihat jalan raya, bangunan dan rumah diselaputi debu kemerah-merahan sebaik keluar dari Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menuju Indera Mahkota dan Kuantan.


Di jalan raya, lori termasuk treler, kebanyakannya diselaputi debu dan tanah kemerah-merahan membawa muatan tanah dipercayai mengandungi bauksit, bergerak bersama-sama kenderaan lain yang ada daripadanya juga berdebu.


Bangunan kedai dan rumah di sisi jalan berdebu merah; ringkasnya bahagian bandar Kuantan di kawasan ini mengalami pencemaran teruk akibat perlombongan bauksit. Antara kawasan perlombongan bauksit terbabit adalah di Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan dan Felda Bukit Sagu. 


Amat menghairankan kawasan bandar 'dibiarkan punah' akibat kegiatan memburu kekayaan dunia ini. Malah ketika memandu di jalan raya menuju Indera Mahkota, dapat dilihat aktiviti melombong bauksit (jengkaut mengangkut tanah untuk dimasukkan ke dalam lori) berlaku berhampiran rumah penduduk dan bangunan kedai.


'Kemusnahan alam' sedang berlaku dengan hebatnya di depan mata kita (di bandar besar seperti Kuantan dan bukannya dalam hutan yang tersembunyi daripada mata orang awam), persoalannya apakah "kita terutama pihak berkuasa sudah buta mata dan pekak telinga?" 


Tidak lama dahulu, penduduk negara kita termasuk pemimpinnya kecut perut apabila negara dilanda jerebu yang tidak reda berminggu-minggu lamanya. Kebanyakan orang menuding jari kepada pihak penyebab kebakaran hutan di Indonesia yang didakwa sebagai punca jerebu. Mereka dituduh tidak peka dalam pemuliharaan alam sekitar - kononnya mereka adalah pemusnah alam sekitar dalam mengaut keuntungan semaksimum mungkin.


Subhanallah, sekarang ini berlaku pemusnahan alam sekitar dalam skala paling dahsyat 'di depan mata; persoalannya tidak ada pihakkah berani menegur? Jawapannya ada, tetapi semuanya bagaikan menjirus air ke daun keladi. Misalnya, ada meminta kerajaan menggantung serta-merta lesen pengeksportan bauksit demi keselamatan penduduk yang menderita teruk akibat kegiatan itu, tetapi pihak berkenaan macam 'memekakkan telinga'.


Apa pihak juga sudah menyuarakan kebimbangan kerana semakin ramai penduduk mengalami tahap kesihatan buruk antaranya kerana menyedut debu kotor sepanjang masa manakala alam sekitar kawasan terbabit seperti sungai, tumbuh-tumbuhan, kehidupan air dan ternakan teruk terjejas.


Kenapa teguran-teguran ini tidak diambil peduli? Sebahagiannya mungkin kerana pihak-pihak terbabit 'hati mereka sudah menjadi keras' - keuntungan dunia yang menjadi sebahagian daripada nafsu jahat manusia sudah menguasai mereka. Mereka tidak lagi mengenal kebenaran lantas tidak peduli derita orang lain...penduduk mahu matikah, itu persoalan mereka. Apa yang penting aku mahu hidup dulu, kini dan selamanya.


Mereka yang menutup pintu hati (hati keras) daripada kebenaran inilah adalah sejahat-jahat manusia. Kemelut demi kemelut yang melanda negara sebahagiannya adalah disebabkan oleh orang berkuasa terutama pemimpinnya yang sudah keras hati, tidak dapat menerima kebenaran. Hati mereka sudah beku, Mereka pekakkan telinga kepada teguran, mereka fikir mereka saja betul. Mereka mahu kaut keuntungan kononnya bagi menjamin 'tujuh keturunan mereka tak habis makan'!


Di negara kita, gunung, rimba, sungai, lembah dan paya banyak sudah punah. Kalau kita naik kapal terbang dan berpeluang melihat ke bawah ketika pesawat mahu berlepas atau mendarat, kita akan dapati banyak kawasan sudah digondolkan (botak) tetapi jika kita melakukan hal sama di sebahagian besar negara Barat kita akan dapati bumi mereka terpelihara. 


Orang Barat tidak sesuka hati menggondolkan bukit dan hutan di negara mereka seperti apa yang kita lakukan. Namun ada antara mereka tetap rakus; mereka memusnahkan alam sekitar negara dunia ketiga seperti menghantar sisa toksik dan meneroka alam sebuas-buasnya untuk kepentingan perut dan nafsu masing-masing.


Orang Barat sayangkan negara dan mereka buktikannya dengan sedaya upaya tidak merosakkan alam sekitarnya tetapi kita yang tak habis-habis mendakwa mencintai negara ini begitu rakus 'membotak' dan 'memusnahkan' anugerah pemberian Illahi demi memenuhi nafsu jahat masing-masing. Hal ini taklah terkecuali dalam industri pelombongan bauksit!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2022 15:49

December 16, 2022

Jamadilawal 22, 1444: Cerita dari sebuah hospital swasta (i)

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)


PADA awal tahun ini (2022) penulis dirawat dan menjalani pembedahan bagi menangani masalah prostat dan batu karang di sebuah hospital kerajaan. Nampaknya masalah belum selesai dan rawatan susulan perlu dilakukan.


Alhamdulillah pada akhir tahun ini (Disember), penulis mendapat pembiayaan bagi menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta.Jazakumullah khairan kathira kepada pihak berkenaan.


Di hospital yang namanya gah di selatan tanah air, penulis berpeluang mengamati tata cara pengurusan termasuk layanan kepada pesakit, ragam dan profil (bangsa) pengunjung seterusnya tahap perkhidmatan dan profesionalisme petugas termasuk doktor, pakar dan jururawat.


Majoriti pengunjung adalah dari kaum Tionghua termasuk dari negara jiran Indonesia. Apa yang menariknya, orang Cina Indonesia bercakap dan berbual dalam bahasa Indonesia yang difahami 'orang kita'..


Tatkala menunggu ketibaan doktor, ada sekumpulan orang Indonesia berbual-bual dengan seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan bercakap dengan kuat; antara lain dia mengkritik kebiasaan orang menyambut hari jadi dengan mengalunkan lagu 'Panjang Umur, Panjang Umur' sedangkan pada pendapatnya mereka patut menyanyi 'Sihat, Sihat, Sihat'.


Mereka ketawa berdekah-dekah, si lelaki tadi berkata apa guna panjang umur jika kerap sakit, sakit dan sakit yang hanya menyusahkan orang lain. Kalau sakit, apa pun tak boleh bikin, kalau sihat semua boleh, makan pun lancar.


Ketika menunggu doktor selepas berjam-jam lamanya, seorang wanita Cina yang berada berhampiran apabila melihat kegelisahan penulis, mengejutkan penulis dengan berkata: "Sabar, sabar, Tuhan sayang orang sabar!" Eh, 'dahsyatnya' - dia pula mengingatkan penulis supaya sabar, sabar dan terus bersabar dalam menghadapi 'ujian ini'.. 


Di hospital swasta, membayar kos tinggi tidak bermakna seseorang itu boleh mendapatkan rawatan secepat kilat. Kalau disegerakan rawatan, alhamdulillah, tetapi dalam kebanyakan kes kita perlu bersabar, bersabar dan bersabar sama seperti di hospital kerajaan.


Bercakap mengenai 'kemahalan' hospital swasta, adalah biasa untuk pihak berkenaan meminta deposit tinggi (ada kalanya sehingga RM2,000) sebelum seseorang pesakit dimasukkan ke wad.


Pengalaman mengajar penulis bahawa kos rawatan adalah mahal, tidak lama dahulu, ibu penulis dimasukkan ke sebuah hospital swasta dengan bayaran depositnya RM2,000!


Selepas ibu penulis menjalani rawatan selama dua setengah hari, cajnya RM4,500; membuat penulis mengakui bahawa rawatan perubatan sebenarnya amat mahal dan sudah menjadi satu industri membuat duit. Kini semakin banyak pihak menggunakan istilah hospitaliti malah ada banyak kolej menawarkan kursus dalam bidang ini.


Berdasarkan situasi ini, penulis tidak terkejut apabila membaca sebuah berita tidak lama dahulu mengenai sebuah pusat rawatan swasta yang menolak kemasukan seorang wanita yang mahu bersalin sehingga akhirnya bayi beliau dilahirkan dalam kereta keluarga berkenaan yang diparkir berhampiran.


Kini dengan peningkatan taraf hidup rakyat di samping gaya hidup mereka yang berubah (seperti tidak mempunyai masa terluang untuk ke hospital kerajaan), pusat rawatan swasta bercambah bagaikan cendawan selepas hujan apatah lagi banyak syarikat menginsuranskan pekerja mereka dari segi kesihatan dan rawatan.


Ada pihak seperti kerajaan negeri sudah mengambil inisiatif memaju dan menggandingkan bidang perubatan dan rawatan ini dengan industri pelancongan; maka timbullah istilah rawatan pelancongan.


Berhubung bayaran tinggi hospital swasta ini, penulis teringat sebuah filem Inggeris yang penulis tonton di televisyen, mengisahkan bagaimana seorang bapa nekad menawan hospital tempat anaknya dirawat kerana dia tidak mampu menyediakan wang rawatan diminta.


Dalam filem yang tajuknya tidak lagi diingati penulis, si bapa selepas kecewa dengan sikap pengurusan hospital yang menangguh-nangguhkan pembedahan kerana dia gagal menyediakan ratusan ribu dolar yang diminta, akhirnya berjaya menyelamatkan si anak melalui pembedahan itu selepas dia mengacukan pistol ke kepalanya dan juga kepala doktor.


Nampaknya kisah ini sudah ‘menghampiri’ masyarakat kita. Perkhidmatan perubatan dan rawatan hampir menjadi satu industri; hospital dan klinik kerajaan semakin diabaikan dari segi mutunya; bukan saja pesakit ‘lari’ ke pusat rawatan swasta malah doktor-doktor turut berhijrah bagi mendapat pulangan lumayan.


Mengenai hospital swasta, seorang rakan berlawak, setiap ‘pertolongan’ diberikan kepada pesakit, semuanya dicaj; jangan ingat ia sediakan percuma.


Misalnya, jika pesakit menekan loceng kecemasan memanggil jururawat, cajnya dimasukkan dalam bil. Demikian juga apabila memanggil petugas untuk membantu memapah pesakit ke bilik air, ia bukan percuma; semuanya disertakan dalam bil yang pada masa ‘check out’ (keluar) boleh menyebabkan jantung bagai mahu putus sebab bayarannya mencecah RM5,000, RM10,000, dan seterusnya!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2022 16:21

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.