Roslan Hamid's Blog, page 10

November 19, 2022

25 Rabiulakhir 1444: Suami lari daripada isteri...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)


PADA hari kiamat, syafaat Rasulullah s.a.w. yang mulia perlu dicari, kata seorang ustaz dalam ceramahnya yang saya hadiri baharu-baharu ini. Pada hari itu, keadaan gegak gempita dan kelam kabut, setiap orang membawa hal masing-masing. 


Suami melarikan diri daripada isteri, sang isteri melarikan diri daripada suami, anak melarikan diri daripada ibu bapa - semua orang 'nafsu nafsi', berusaha menyelamatkan diri masing-masing. Saudara-mara, sahabat handai, semuanya tidak dipeduli lagi.


Hatta pada ketika itu Nabi-Nabi pun dalam ketakutan. Manusia mencari-cari sang penyelamat, insan mulia itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. Namun adalah amat malang dan memilukan, pada saat-saat genting itu, Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada sesetengah manusia sebanyak tiga kali yang bermaksud: "Aku tak kenal kau..." disebabkan cara hidup kita di dunia termasuklah sombong (tak mahu) berselawat kepada baginda s.a.w.


Kata sang ustaz penanggungnan  orang lelaki tersangat dahsyat. Di dunia empat 'kategori' wanita perlu dibereskan tanggungjawabnya jika tidak dia akan dihumbankan ke neraka, nauzubilah. Mereka ialah ibunya, isteri, anak perempuan dan saudara perempuan yang belum atau tidak berkahwin.


Tanggungjawab kepada isteri amat berat. Kata ulama isteri terlahir daripada keluarga yang berbeza dengan suami. Jika isteri tidak mendapat didikan secara Islami, maka suamilah yang bertugas dan berkewajipan mendidik, mengarah dan membimbingnya sesuai dengan ajaran Islam. 


Suami memiliki tanggungjawab penuh atas segala perbuatan isterinya. Jika isteri dibiarkan tidak beribadah, tidak mahu menjaga lisan, dibiarkan memutus silaturahim dengan keluarga, tidak mampu mendidik anak-anaknya, maka suami dipertanggungjawab kerana tak mendidik isterinya.


Maka kata ulama, bimbinglah isteri ke jalan yang Allah redai, nasihatilah dia ketika dia salah, ajaklah ia berbuat baik, didiklah dia menjadi ibu yang bertanggungjawab kepada anak-anak dan rumahnya, ajari dan tanamkan nilai-nilai agama pada dirinya. Jangan sampai berasa bosan dan lelah kerana ini adalah tugas dan kewajipan sang suami.


Kata sang ustaz, di akhirat nanti mereka yang ada hubungan akan mendakwa-dakwi sesama sendiri, Suami dakwa isteri, isteri dakwa suami, anak-anak dakwa ibu bapa dan sebagainya. 


Di akhirat, dakwa-dakwi akan berlangsung di depan Allah SWT. Macam mana kita mahu jawab dan sorak muka kita. Itulah ingatan untuk kita semua, kalau kita mahu selamat dunia dan akhirat ikut dan amal ajaran Islam keseluruhannya termasuk hal membabitkan suami isteri.


Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman, bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At-Tahrim: 6)


Ulama berkata, jika tidak ingin terseret oleh api neraka kerana perbuatan wanita-wanitamu maka, jadilah laki-laki yang berilmu dan beragama. Sehingga kau akan tahu betapa beratnya memikul segala dosa yang dilakukan wanita-wanita yang berada dalam tanggungjawabmu. Ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuanmu adalah tanggungjawabmu yang kelak Allah akan minta pertanggungjawabanmu terhadap mereka selama hidup di dunia.


Seorang tok guru berkata didiklah isterimu dengan ilmu  dan cara hidup agama sebaik selepas menikah, kerana ketika itu dia amat menyayangimu lantas dia akan ikut apa saja tetapi kalau kamu baru mahu melenturnya selepas 10, 20, 30 tahun berkahwin, dia sudah keras lantas kamu memerlukan kesabaran dan pengorbanan tersangat besar.


Biasanya, ketika baharu berkahwin, kita 'rock', isteri pun 'rock' (kedua-duanya kurang kefahaman agama) selepas 20, 30 tahun baru ada yang insaf seperti isteri mahu pakai tudung tetapi suami masih tak insaf-insaf, dia naik darah jika melihat isteri cuba menutup aurat sepenuhnya.


Kesimpulannya, kata tok guru, "wahai anak-anak muda 'mailah' (marilah) belajar ilmu agama sebelum berkahwin." Kalau si lelaki ada ilmu tentunya dia akan pastikan isterinya menutup aurat sepenuhnya manakala kalau perempuan berilmu tentu dia tahu tak boleh taat perintah suami jika disuruh bermaksiat seperti mendedahkan aurat!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2022 15:41

November 18, 2022

24 Rabiulakhir 1444: Pemimpin berdrama ketika pilihan raya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 


ALHAMDULILLAH, suatu subuh saya berpeluang bersolat berjemaah di sebuah masjid di pinggir ibu kota Kuala Lumpur. Selepas solat, ada kuliah subuh. Tersentak saya tatkala mendengar penceramah menyentuh mengenai 'bala' menjadi pemimpin.


Pemimpin katanya, perlu sentiasa mendampingi rakyat. Tahu susah senang rakyat, macam Khalifah Umar Al-Khattab dan Umar Abdul Aziz. Umar Al-Khattab malam-malam menjengah kehidupan rakyatnya, suatu malam terjumpa beliau seorang ibu 'menjerang batu' dalam periuk sebagai usaha 'mengaburi' anak-anaknya yang sedang kelaparan.


Umar Abdul Aziz pula masyhur dengan kisah beliau memadam lampu 'negara' (kerajaan) ketika mahu melakukan urusan 'kekeluargaan' dengan anaknya...pendeknya integriti beliau tersangat tinggi...harta negara sekecil apa pun tidak sesekali digunakan untuk urusan peribadi.


Sekarang ini, kata sang ustaz kita ada ramai pemimpin yang mendampingi rakyat ketika mereka mahukan sesuatu seperti berhajat menjadi calon pilihan raya dan selepas itu terbabit dalam 'pelbagai drama' kononnya mereka amat rapat dengan rakyat.


Menjelang pilihan raya akan ada 'drama' sesetengah pemimpin seperti mereka 'naik' (tunggang) basikal, menoreh getah, menggoreng mi dan sebagainya.


Sewajarnya semua orang apatah lagi pemimpin mengamalkan sunah-sunah mudah Rasulullah s.a.w. agar mereka disayangi Allah SWT dan di kalangan makhluk-Nya bukan saja di dunia ini tetapi juga di langit.


Sayogia sunnah dikhabarkan itu dapat dimanfaatkan semua termasuklah calon pilihan raya agar mereka akan sentiasa disenangi; tetapi niatnya mestilah betul iaitu untuk mengikut sunnah Rasul seterusnya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. Soal disenangi manusia seterus menang pilihan raya itu adalah bonus, yang penting kita mahu sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. 


Ustaz itu sempat memberi tujuh sunnah saja; yang pertama sentiasalah senyum, mempamerkan wajah manis kepada sesiapa saja; yang kedua mendahuluilah memberi salam dan adalah lebih baik lagi dapat dijabat orang berkenaan; ketiganya banyakkan diam kerana diam itu adalah satu ibadah. 


Berkenaan hal diam ini, sang ustaz berkata sewajarnya seseorang itu bercakap apabila perlu saja. Apabila seseorang itu diam dia akan dianggap hebat tetapi sebalik saja membuka mulut, dia akan dinilai lebih hebat jika buah cakapnya adalah mutiara sebaliknya nilaian dirinya jatuh terperosok jika mulutnya menuturkan 'hal longkang'. 


Sunnah keempat ialah kita menjadi seorang pendengar yang baik (beri tumpuan kepada orang yang bercakap dan jangan suka memotong cakapnya). Apabila kita sudah memberi dia peluang bercakap sepuas-puasnya, tentunya dia rela hati mendengar cakap kita pula. 


Sunnah kelima ialah sentiasa tampil menarik; katanya, Rasulullah s.a.w. apabila berjalan sentiasa membawa bekas (orang sekarang kata pouch) yang di dalamnya ada peralatan mendandan diri seperti minyak rambut, minyak wangi, kayu sugi dan gunting) untuk membolehkan baginda sentiasa menjaga penampilan diri. 


Yang keenamnya adalah sentiasa menyenangi orang lain (sebarkan salam). Adalah senang untuk kita menyenangi atau kasihi orang yang kita cintai dan dia mencintai kita tetapi bagaimana mahu mengasahi orang yang membenci kita? Inilah yang dilakukan oleh Rasul s.a.w.; baginda boleh mengasihi orang Yahudi yang setiap hari membuat onar kepadanya. Demikian juga perbuatan jahat seorang wanita tua dibalasnya dengan kebaikan sehingga ramai individu yang memeluk Islam dengan kaedah ini. 


Ketujuh, baginda Rasul sentiasa bersopan santun dalam sebarang tindak tanduknya. Jika kita bercakap cakaplah elok-elok sekalipun dengan lawan atau musuh kita. 


Berdasarkan ini, alangkah moleknya jika sunnah Rasul ini dapat kita (termasuk calon pilihan raya dan penyokong mereka) mempratikkannya dalam lapangan kehidupan seperti ketika berkempen. Alangkah buruknya jika menggunakan kaedah tidak mengikut sunnah seperti pendekatan samseng semata-mata untuk menang pilihan raya. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2022 15:57

November 17, 2022

23 Rabiulakhir 1444: Berundur secara terhormat jika kalah pilihan raya (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari) 


DI negara maju adalah biasa untuk sesebuah parti politik itu silih berganti bagi menerajui negara. Di Amerika Syarikat pertarungan utamanya adalah antara parti Demokratik dan Republikan. Pemimpin parti yang tewas akan berundur secara terhormat, tidak timbul langsung akan mempertahankan Rumah Putih ke titisan darah terakhir seperti diucapkan sesetengah pemimpin kita.


Di Britain kita dapat saksikan bagaimana secara terhormat perdana menterinya melepaskan kuasa; demikian juga di Perancis dan Jerman, pemimpin mereka dapat menerima kekalahan dengan terhormat.


Kalah dan menang dapat diterima ‘seadanya’ tetapi di negara sedang membangun termasuk negara kita,  kebanyakan pemimpinnya tidak bersedia menerima kekalahan apatah lagi untuk berundur secara berhormat. Mereka mahu menang saja, itulah sebabnya sebelum pilihan raya pun, dijalankan pelbagai langkah bagi memenangkan parti masing-masing seperti melakukan persempadan semula kawasan pilihan raya. Yang penting ‘aku mahu berkuasa’ dulu kini dan selamanya, tidak kisahlah sama ada kaedah Machiavelli (matlamat menghalalkan cara) diguna pakai.


Sebagai negara di ambang status negara maju, diharapkan pemimpin kita dapat mencontohi kesediaan pemimpin negara maju berundur secara terhormat jika mereka tidak mendapat sokongan rakyat atau tewas dalam pilihan raya.


Pemimpin perlu menyedari sejarah mencatat mereka yang berada terlalu lama di puncak kuasa, menjadi kebencian rakyat. Ferdinand Marcos (Filipina), Suharto (Indonesia) dan Idi Amin (Uganda) adalah contohnya. Mereka disusuli diktator Zine el Abidine Ben Ali (Tunisia). Hosni Mubarak (Mesir) dan Muammar Gaddafi (Libya).


Di Syria,  Bashar Al-Assad (Syria) tidak sesekali mahu menyerah kedudukan presiden sekalipun ratusan ribu rakyatnya sudah mati dalam konflik tidak berkesudahan. Orang ramai membencinya tetapi dia terus mahu berkuasa.


Dalam dunia politik antarabangsai, nama bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela (meninggal dunia pada Disember 2013) tetap terpelihara. Penerima Hadiah Nobel Keamanan ini hanya menjadi presiden sepenggal cuma (selama lima tahun selepas menang pilihan raya pelbagai kaum pertama Afrika Selatan pada April 1994).


Pada pilihan raya umum Afrika Selatan 1999, Mandela yang memimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) berpeluang menang besar dan kembali menjadi presiden buat penggal kedua, tetapi tokoh yang pernah meringuk 27 tahun dalam penjara memilih untuk berundur, memberi peluang kepada timbalannya, Thabo Mbeki menerajui negara.


Mandela adalah contoh negarawan hebat, beliau enggan berada di puncak kuasa buat tempoh masa lama, bagi beliau cukuplah sekadar meletakkan asas kepada pembentukan negara Afrika Selatan baru yang didirikan di atas kuburan dasar aparteid yang membelenggu negara itu berabad-abad lamanya.


Hal ini amat berlainan dengan diktator-diktator dunia Arab yang mahu terus berkuasa ‘dulu, kini, dan selamanya’ semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya yang menunjukkan mereka dapat sokongan hebat – lebih daripada 90 peratus undi.


Mubarak, Saddam Hussein (Iraq) dan Ali Abdullah Saleh (Yaman) bukannya tidak melalui pilihan raya malah setiap kali kemenangan lebih 90 peratus dicatatkan, menyakinkan mereka untuk terus berkuasa. Jelas rakyat tidak dapat mengubah mereka melalui pilihan raya yang tidak telus dan adil tetapi cara lain termasuk melalui jalan raya.


Tentunya kita tdak mahu hal ini berlaku di negara kita, oleh itu wahai pemimpin yang tidak mendapat sokongan rakyat, bersedialah berundur secara terhormat. Berundurlah bagaikan ‘gentleman’ seperti ditunjukkan Cameron, Blair, Nicholas Sarkozy (Perancis)  tetapi percayalah pemimpin yang berdegil untuk berkuasa ‘dulu, kini dan selamanya’ seperti Marcos dan Suharto 'dinyahkan' rakyat manakala Bashar Al-Assad, insya-Allah juga akan ditunjuk jalan keluar!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2022 15:32

November 16, 2022

22 Rabiulakhir 1444: PM untuk semua rakyat (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Rabb-nya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahkan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (QS. Ali Imran: 169-170)


Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita dipanjangkan usia untuk memuzakarahkan isu semasa; kali ini kita terpanggil untuk memberi pandangan mengenai insan-insan pilihan rakyat  (pemimpin) yang diberi amanah menerajui sesebuah institusi termasuklah apa yang dipanggil negara. 

Bagi kita negara wujud kerana adanya pemimpin dan rakyat. Negara tidak mungkin wujud jika ada kerajaan tetapi tiada rakyat, dan begitu sebaliknya jika ada rakyat tetapi tiada kerajaan.

Semua orang atau pihak mempunyai pandangan mereka mengenai pemimpin, tetapi kata mutlak atau pemutusnya adalah apa yang ditentukan oleh Allah SWT melalui kitab dan rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. 

Berhubung soal pemimpin ini ada hadis bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu bertanggungjawab ke atas sesiapa yang dipimpinnya maka seseorang ketua adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya." 

Pemimpin yang adil dijanjikan oleh Allah SWT dengan balasan yang baik, mendapat naungan Allah SWT pada hari Pembalasan nanti. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud bahawa salah satu golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari akhirat nanti ialah pemerintah yang adil

Ya, pemimpin yang adil itulah yang didambakan oleh seluruh rakyat. Dia dijanjikan naungan Allah SWT di akhirat nanti; di dunia ini dia menaungi seluruh rakyatnya, bukan kelompok tertentu atau orang yang menyokong atau mengundinya saja. 

Seorang cendekiawan Barat, James Freeman Clarke mengungkapkan: "A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation" (Seorang politikus memikirkan (untuk menang) pilihan raya berikutnya, seorang negarawan memikirkan mengenai generasi berikutnya).

Berdasarkan hujah ini, insan diamanahkan sebagai pemimpin (terutama Perdana Menteri) perlu diingatkan beliau seorang perdana menteri untuk seluruh rakyat Malaysia bukan perdana menteri untuk sekelompok orang atau partinya sahaja.

Sebagai perdana menteri, beliau sewajarnya mempamerkan wibawanya sebagai negarawan bagi semua rakyat. Negarawan yang memikirkan akan generasi akan datang dan bukan semata-mata untuk menang pilihan raya.

Kerajaan baharu perlu melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.Ya kerajaan dan PM-nya perlu adil dan dilihat adil kepada semua; bukan terhadap kelompok disukai atau penyokongnya shaaja kerana PM adalah untuk semua rakyat.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2022 15:56

November 15, 2022

21 Rabiulakhir 1444: Terlalu banyak minum susu lembu...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. - Ayat 1-3 Surah Al-Asr


SEJUMLAH kucing 'jalanan' menjadikan sekitar rumah saya sebagai 'kawasan' mereka. Saya memberikan kucing-kucing itu makan, jadi mereka 'seronok duduk, tidur, baring di bahagian luar rumah. Setiap kali makan, saya mengira jumlahnya - ada ketikanya 10, paling banyak sampai 15 ekor.


Saya pernah 'membidankan' kucing beranak. Suatu ketika saya memecahkan 'sarung (selaput)' anak kucing yang baharu diberanakkan, takut-takut dia lemas. Pernah juga saya menarik keluar seekor anak kucing yang tersekat di peranakan ibunya.


Satu perkara saya perhatikan ibu kucing selepas beranak, akan membawa anak-anaknya untuk 'disembunyikan'. Sukar menemui anak-anak kucing itu - sepanjang tempoh ini ibu kucing akan menyusukan anak-anaknya...ia tidak mendedahkan anak-anaknya memakan 'benda-benda' lain.


Hebat kucing kerana ia tahu 'kebaikan susu ibu'! Manusia juga diberitahu oleh Allah SWT mengenai makanan terbaik untuk bayi iaitu susu badan ibu sendiri - malah si ibu disarankan menyusukan bayi mereka sendiri selama dua tahun. Namun apa yang ramai 'ibu-ibu moden' lakukan adalah memberikan susu formula (lembu) kepada bayi mereka.


Jika ibu tidak dapat menyusukan sendiri anak-anak mereka disebabkan pelbagai masalah seperti kesihatan, mereka disarankan mencari wanita lain (ibu susuan) untuk tujuan itu bukan 'mencari susu lembu'. Nabi kita, Muhammad s.a.w. mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah dan Halimah Abu Zuaib (As-Sa'adiyyah).


Sejak dahulu hingga sekarang, jarang kita mendengar di kalangan masyarakat kita mengenai ibu susuan ini. Kebanyakan ibu memberikan anak mereka susu lembu dan baru-baru ini susu kambing yang didakwa sesetengah pihak mempunyai banyak kebaikan.


Ya generasi saya dan generasi di bawah saya (pemuda-pemudi sekarang ini) 'terlalu banyak' minum susu lembu...jadi mungkinkah itu antara sebab mengapa anggota masyarakat ini 'perangai' mereka daripada sehari demi sehari semakin teruk. Ya, kita melawan perintah Allah SWT...kita disarankan menyusukan sendiri anak-anak tetapi kita memberi mereka susu lembu!


Kini negara dan rakyat kita ditimpa pelbagai masalah menakutkan. Jenayah seperti rasuah, pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita.


Jenayah kejam yang tidak terfikirkan dulu seperti anak membunuh bapa dan anggota keluarga lain perlu dimuhasabah; apa sebenarnya sudah menimpa masyarakat kita? Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda yang kita didik di sekolah-sekolah kita hari ini?


Gejala songsang ini dan masalah sosial lain seperti penagihan dadah tidak ada penamatnya. Semakin kerajaan bertindak membendungnya, jenayah semakin menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat dan teguran tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi.


Tentulah masyarakat tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi. Bagi orang Islam beriman, ketidak barakahan dalam hidup ini adalah kerana kita tidak ikut perintah Allah (seperti bab penyusuan bayi), undang-undang Islam tidak diguna pakai, sedangkan Allah SWT memberi jaminan bahawa dalam hukum-hakam-Nya ada kehidupan.


Apabila perintah dan undang-undang Allah tidak terlaksana, porak-perandalah masyarakat. Pembunuhan, perompakan dan penzinaan semakin menjadi-jadi sedangkan mengikut hukum Allah, mereka yang bersalah perlu menjalani hukum hudud, qisas dan sebagainya. Apabila hukum Allah tertegak misalnya hukum membunuh dibalas bunuh mengikut hukum qisas, maka gentarlah setiap orang, lantas terselamatlah anggota masyarakat.


Berdasarkan hakikat tidak tertegaknya hukum-hakam Islam, terserlah bahawa apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah cerminan daripada sikap dan pembawaan pemimpinnya. Jika pemimpin mahu Islam, rakyat pun mahukan Islam; tetapi apabila pemimpin terus dengan cara Barat dan sekularnya maka rakyat akan mengikutinya.


Dari segi kepimpinan, pepatah Melayu menyatakan, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kalau hendak melentur buluh biar daripada rebungnya manakala bijak pandai pula berkata 'kalau nak tahu masa depan negara, lihatlah pada generasi mudanya'.


Generasi muda mendambakan idola tetapi yang menjadi tumpuan adalah artis-artis dan dunia hiburan yang kerap benar terpesong daripada sempadan tuntutan agama.


Sekali lagi generasi muda gagal mendapatkan contoh baik sebaliknya mereka terikut-ikut gaya penghidupan songsang. Siapa yang membenarkan cara hidup ini kalau bukan pemimpin? Merekalah yang meluluskan lesen, merekalah yang menguatkuasakan undang-undang, merekalah menunjukkan contoh, jadi mereka sewajarlah memikul tanggungjawab paling besar dalam pendidikan dan masa depan anak bangsa.


Pemimpin mempunyai tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan generasi muda. Tetapi apakah pemimpin hari ini dapat dijadikan rujukan yang baik kepada anak-anak? Jawapannya adalah ya dan tidak.


Hari ini banyak pemimpin terpalit dengan perlakukan buruk, ada yang dituduh melakukan pembunuhan, tidak kurang juga didapati bersalah melalukan rasuah.


Pemimpin sewajarnya bukan saja bersih tetapi dilihat bersih. Tetapi ramai memperlihatkan watak dan tindakan yang tidak sejajar dengan pandangan dan nasihat yang mereka berikan. Sebagai contoh seorang pemimpin bercakap berapi-api mengenai keburukan amalan rasuah di pentas orang ramai, tetapi dialah juara politik wang, jadi bolehkah dia menjadi idola generasi muda?


Sementara itu jika pemimpin gemar dengan agenda berfoya-foya dengan pesta yang tidak pernah habis-habis seperti yang kerap berlaku di negara kita, maka tidak hairanlah generasi muda akan terikut sama.


Kata orang, bapa borek anak rintik, kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari! Kalau perintah Allah menyuruh sang ibu menyusu bayinya tidak diikuti sebaliknya diberikan susu lembu...kita bimbang anak-anak kita akan menempuh jalan yang gelap dan sukar...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 15, 2022 15:25

November 14, 2022

20 Rabiulakhir 1444: Betulkan kebiasaan salah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah Yunus 62)


SAYA membiasakan diri mendengar tazkirah di masjid sama ada pada waktu antara maghrib dan isyak dan selepas subuh (kuliah subuh).

Antara pelajaran terkini seorang uztaz adalah kaedah fiqh. Pada salah satu pengajiannya dia memberitahu kaedah fiqh mendahulukan yang utama daripada yang kurang utama, fiqh auliyah. Misalnya apabila bertembung amalan wajib dan sunat pada suatu-suatu masa, perlu mengutamakan yang wajib daripada sunat.

Contoh diberikan, jika kita sampai ke masjid dalam keadaan bilal bersedia mengiqamatkan sembahyang, adalah tidak wajar untuk kita sembahyang sunat. Sembahyang jemaah itulah yang perlu diutamakan.

Semasa berada di Masjidilharam pula, kita disunatkan untuk mengucup Hajar Aswad. Namun orang terlalu sesak dan untuk mendekati Hajar Aswad kita perlu berasak-asak. Mungkin ada orang kita sakiti.

Menyakiti orang lain hukumnya haram dan wajib dijauhi. Jadi dalam kes ini, tidak perlulah kita mendapatkan sunat mengucup Hajar Aswad tetapi mendapat dosa dengan menyakiti orang lain. Ertinya wajib menjauhi menyakiti orang perlu diutamakan daripada mendapatkan sunat mengucup Hajar Aswad.

Apabila ustaz membuka ruang kepada soalan, saya pun lantas bertanya: "Ustaz ada menerangkan kaedah fiqh, mendahulukan yang utama; jadi saya mahu bertanya berkenaan dengan situasi ketika solat Jumaat. Saya perhatikan di kebanyakan masjid ketika imam (khatib) sedang membaca khutbah, jemaah menolak tong-tong duit yang beroda. Malah ada di sesetengah masjid, seorang petugas berjalan dari saf ke saf menghulurkan karung kepada jemaah bagi mengutip derma. Banyak jemaah menderma, mungkin ada yang malu dengan orang sebelah.

"Apakah hukumnya itu sedangkan kita tahu hukum mendengar khutbah Jumaat adalah wajib sedangkan menderma itu sunat saja. Bagaimana kedudukan kaedah fiqh tadi, mendahulukan yang utama daripada yang kurang utama?"

Ustaz menyatakan memang benar hukum mendengar dan menghayati khutbah Jumaat adalah wajib, ada di sesetengah masjid sebelum khatib menyampaikan khutbah, bilal membacakan sebuah hadis yang menyatakan, "akan sia-sialah Jumaat seseorang itu jika dia bercakap-cakap hatta menyuruh sahabatnya diam."

Jadi, menurut ustaz perbuatan mengeluarkan duit dan memasukkannya dalam tong-tong yang diedarkan sewajarnya tidak dilakukan pada waktu khatib sedang berkhutbah. Ini kerana apa yang perlu dilakukan ketika itu adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada khutbah.

Itulah yang wajibnya sedangkan menderma itu hanya sunat. Mengikut kaedah fiqh, yang wajib (mendengar khutbah) perlu diutamakan, dikhuatiri dengan melakukan sesuatu (termasuk menderma) akan melanggar hak wajib yang dikhuatiri boleh membuatkan seseorang yang melakukannya berdosa.

Ustaz mengesyorkan kepada pentadbiran masjid melakukan kegiatan mengutip derma sebelum khutbah Jumaat ataupun sesudah selesai solat Jumaat. Jemaah perlu difahamkan untuk menderma di luar waktu khatib sedang berkhutbah.

Tetapi persoalannya, bolehkah kebiasaan salah yang dianggap sebagai satu kebajikan ini boleh dihentikan dalam masyarakat? Tentunya tidak mudah, tetapi pihak yang bertanggungjawab termasuklah petugas masjid yang sendiri sibuk mengedarkan tong derma beroda itu perlu difahamkan akan kehalusan hukum hakam agama.

Ustaz menjelaskan ada beberapa lagi kebiasaan salah yang dianggap betul dalam masyarakat Melayu-Islam. Misalnya dalam bab solat berjemaah, biasanya jemaah akan bertolak-tolakkan antara satu sama lain supaya mengisi saf paling depan. Kononnya sifat merendah diri orang Melayu yang mengutamakan orang tua atau orang berpangkat.

"Ini tidak betul," kata ustaz. Menurut beliau sewajarnya setiap orang berebut-rebut untuk mendapatkan kedudukan pada saf pertama, apatah lagi yang paling hampir dengan imam. Bagi jemaah lelaki, yang terbaik adalah berada di saf paling depan, sebaliknya bagi jemaah perempuan, yang terbaik adalah yang di belakang sekali.

Ustaz memberitahu, dalam soal-soal ibadat, seseorang itu perlu mengutamakan dirinya dulu daripada orang lain. Namun dalam soal membabitkan keduniaan, seseorang itu perlu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.

Tetapi malangnya orang Melayu sudah terbalik cara penerimaan dan kebiasaannya. Misalnya, apabila seseorang itu mengajak rakannya pergi sembayang di masjid dia akan berkata: "Awak pergilah dulu." Sepatutnya dia perlu segera menyahut seruan itu kerana mengutamakan ibadat untuk dirinya sendiri.

Namun dalam hal dunia, kebanyakan orang mengutama dan membiasakan dirinya dulu. Misalnya dalam bab makan, tuan rumah makan dulu, tetamu kemudian. Sedangkan ada kisah Nabi s.a.w. dan seorang sahabatnya pernah menjemput sejumlah orang miskin ke rumah; orang miskin didahulukan minum susu daripada satu bekas sehingga sahabat itu bimbang adakah baki susu untuk dia dan Rasul kerana susunya sedikit; hakikatnya tetap ada kerana berlaku mujizat Nabi dan kebarakahan rezeki yang diutamakan kepada diri orang lain sebelum diri sendiri!


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2022 15:57

November 13, 2022

19 Rabiulakhir 1444: Being a king, queen for a day...

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

"Do not spy one another,

nor let any of you backbite others..." (Hujurat 49: 12)


MY wife and I are in the 60-s; now its our turn to marry off our children one by one and we too are receiving numerous wedding invitations from relatives, friends and 'kampung' folks which are usually held during weekends.

Perhaps for the Malaysian Muslims, 'kenduri kahwin' (marriage feasts) invitations would be pouring in until the end of 'Syaaban' (the 8th month of the Muslim calendar) before the coming of 'Ramadan' which is the fasting month. 

In a recently 'tazkirah' (Islamic lesson) in a 'masjid' near my 'kampung', an 'ustaz' (religious teacher) advised parents not marry off their children at the end of 'Syaaban' because the tendency of newly-weds to 'smear' the holy month of Ramadan were high!

He said 'ilmu kahwin' (knowledge about marriage) is a must to not only to would be husband and wife but also to 'veteran brides and bridegrooms' (parents) because marriage is an 'ibadah' (act of devotion to Allah SWT). We must know what is 'halal' (permissible) and 'haram' in weddings, thus wrongdoings such as fighting regarding 'wang hantaran' (dowry) which had happened in a 'masjid' di Kuala Lumpur recently could be checked.

Not long time ago, I stumbled upon a 'timely' old article entitled 'In good times, in tough time' by columnist Soo Ewe Jin in the Sunday Star in which he reminded all of us that a wedding is just a day, it is the marriage that is forever and one that we must focus on.

Among others he wrote: "Weddings can be simple or expensive, but however memorable that day may turn out to be, we have to acknowledge that is just one day. The marriage, however, is a different story altogether...

"In this current world of easy divorces, broken relationship and same-sex marriages, some may wonder if the original institution of marriage that brings a man and a woman together can really withstand the test of time. What then is the secret to a long and fulfilling marriage...?

"It is a question that cannot be easily answered because every relationship is unique. Bringing two different people - and probably also two families - together is a challenge in itself."

I agreed with Eve Jin that weddings are just a one day affair...in the Malay society the 'pengantin baru' (bride and bridegroom) are called 'Raja Sehari' - remember that you are 'king' and 'queen' for only a day...immediately after both of you had been made husband and wife in the 'majlis akad nikah' (marriage agreement ceremony) then your responsibilities and duties as a married couple begins.

Even most weddings are only a day, many 'pengantin baru' and their parents 'throw everything'  they have to make the event look grand, the Malay used the phrase 'bergolok gadai'. Nowadays weddings are an expensive affair, perhaps a simple one would burnt about RM30,000 from a groom's pocket money - for example for the 'hantaran' it is RM10,000 (which is considered low), the food for the feast is about RM10,000 and other requirements such as such as 'pakaian pengantin' (the newly wed robes), 'hadiah' (presents), tents, decorations and transportation would amounted to another RM10,000. Perhaps RM30,000 is not enough...

Subhanallah (Glory be to Allah SWT), after becoming 'Raja Sehari', your good times and tough times started to unroll..the husband is the 'captain' of the new ship while the wife is his 'assistant'. The ship would then sailed off in the open sea. Often there would be laughter when everything were okay, but when huge and 'angry' waves hit the ship, would the 'captain' hold on while his 'assistant' being 'royal' to him or always by his side?

As mentioned above, RM30,000 is not enough for a simple wedding...perhaps for their wedding, the newly weds had to borrow money 'heavily' from other sources...then when their honeymoon was over they had to face reality for example one factor that contributed to domestic violence is quarrels about money. It is common that couples fight over money...

Even though courting couples seldom think about their future regarding financial burden as they are absorbed in ‘cinta’ (love), when they are married and then have their own families, they will realize that they can’t have ‘cinta’ only, they have to have money to run a place name home. ‘Cinta’ cannot satisfy hunger; you need money to buy food to please your stomach!

A wedding is only a day but the marriage is forever...the question is why many among us plan 'like mad'  the wedding but take for granted preparation to be a good husband and wife in a holy knot named 'marriage'?

First of all, to have a ‘religious’ wife, you should be ‘religious’ too. A good man is for a good woman and vise versa. Prophet Muhammad (peace be upon him – s.a.w.) in a 'hadith' by Imam Bukhari and Imam Muslim said: “A woman may be married for four things: for her wealth, for her noble descent, for her beauty or for her religion. Choose the one who is religious, may your hands be rubbed with dust!” 

So to dear young men and women out there, remember that the character of a good husband is not the one who provided for all the material pleasures demanded by his wife but who was able to guide her for her safety in this world and more importantly in the Hereafter. 

The Qur’an says with the meaning: “O! You who believe, save yourself and your families from Hell-fire, whose fuel are humans and stones (idols) over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.” (At-Tahrim 66: 6)

Yes, provide for and save your wife from Hell-fire; you are on the right track to be a good husband. Unfortunately in today’s material world, a man who could provide worldly pleasures and fulfill the lust of his wife is looked upon as a good husband. 

The wife’s crave for those pleasures are fulfilled. ‘High class’ women demand ‘high class taste of living'; perhaps these included shopping in top fashion and capital cities of the world such as New York, London and Paris looking for Birkin handbags, diamond rings and so on. She also demands to stay in top and exclusive hotels of the world and attending star-studded party. 

A religious wife is a precious treasure to a man for example  she would not demand from her husband worldly pleasures which are not within his means. She knows his limitation and acknowledges her obligation to obey and please him.

In Islam, the husband is the ‘qawwaam’ (maintainer) of his wife so that he will be a ‘real man’ knowing how to steer the ship of family life towards the shore of safety and guidance. 

Islam warns all men against the trail and ‘fitnah’ (temptation) of women, which may make them heedless and weak, and lessen their religious commitment, so that they turn a blind eye to the waywardness and unIslamic behaviour of their wives. 

In such a case a husband has no say: his wife is controlling everything in the home, so that he dare not disobey her, or answer to her back, or refuse any of her wimps. The Prophet (s.a.w.) was right when he said that this is the most damaging of trails and temptations that a man can be faced with: “There will be no ‘fitnah’ after my death that is worse for men than the ‘fitnah’ of women.” (Bukhari and Muslim) 

The Muslim husband is a man who is not weak in dealing with the trial of a wayward wife, no matter how difficult that ‘fitnah’ is. He gently makes it clear to her that no matter how much he loves her, he loves Allah and the Prophet (s.a.w.) more, and his desire to please Allah is stronger than his feelings for her: Say, [O Muhammad], "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people." (Qur’an 9:24) 

In this way, the female waywardness which we see in many so-called Muslim homes will be done away with. The man who sees his wife, daughters and sisters going out in the street with make-up, uncovered heads and bare arms, clothed but seeming naked and does nothing to stop this disobedience in Islam, has surely lost his manhood, abandoned Islam and earned the wrath of Allah SWT. He is a ‘dayus’. There is no way out of this predicament but sincere repentance which will wake him up, restore his manhood and set him back in the straight path. 

Islam considers women to be a trust which has been given to men for safe-keeping. As the wife is usually influenced by her husband, he may take her with him to Paradise or lead her to Hell. Therefore Allah SWT ordered the believing men to protect both themselves and their families from the Fire and gave a terrifying picture of the awful fate that awaits them if they neglect their responsibilities towards their wives and families and fail to compel them to adhere to the truth. 

To achieve a harmonious family, what more blessing from Allah SWT The Almighty; scholars gave these advises:

1. Before being married, the future husband and wife would have to have the intention of being a good partner.

2. Thanks the Almighty for giving us a partner, the husband should think that his wife is the best for him and vice versa.

3. An exemplary husband makes his wife proud.

4. Smile when the husband returns home, the husband too should be jovial when returning from work.

5. Make sure husband and wife have time to talk to one another.

6. The husband and wife communicate with one another by SMS, telephoning etc.

7. Make the wife happy by telling her stories.

8. Have lunch or dinner together with family members.

9. Husband and wife are encouraged to take their bath together.

10. Help the wife in doing household chores such as mending shoes and shirts.

11. Practice having meetings with family members.

12. Do not divulge each other’s secret.

13. Be respectful on the wife’s family members.

14. Becoming a forgiving person.

15. Fulfill the wife’s need.

Not long ago, our government launched an ambitious program named ‘Rumahku, syurgaku’ (translated literally as ‘My home, my heaven) so that families could have homes that were peaceful heaven – like abode for them.

The most important requirement in making ‘My home, my heaven’ for Muslims is that family members should perform ‘solat berjemaah’ (hold congregational prayers). They too have to practice reading and understanding the Qur’an, reading and studying religious books and ready to help one another. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 15:36

November 12, 2022

18 Rabiulakhir 1444: Haji, hajah berperananlah ketika PRU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan 

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32


TIDAK lama dahulu, berbondong-bondong jemaah termasuk saudara mara kita berangkat ke Tanah Suci. Jika berpandukan kuota satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara, ada 30,000 jemaah haji dari Malaysia. 

Boleh dikatakan semua orang menunaikan Rukun Islam kelima berharap mendapat haji mabrur (kecualilah mereka yang pergi dengan ada niat lain) yang balasannya tiada lain, kecuali syurga. 

Abu Hurairah menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Dosa yang berlaku di antara dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji mabrur (haji yang diterima) melainkan syurga.” (Bukhari dan Muslim) 

Haji dan hajah yang baru kembali dari Tanah Suci, jika amalannya diterima, berkeadaan bersih sebersihnya. Macam bayi, suci. Namun haji yang mabrur itu bukan bermakna kepatuhan seseorang kepada semua perintah dan larangan Allah SWT berakhir sebaik saja meninggalkan Tanah Suci, sebaliknya perlu dikekalkan sepanjang hayat.

Kata ulama, jika mahu tahu sama ada seseorang itu mendapat haji mabrur atau tidak, lihat kepada amalannya selepas bergelar haji dan hajah. 

Pembaca sendiri boleh membuat penilaian terhadap seseorang insan bergelar haji dan hajah di persekitaran masing-masing; benarlah kebanyakannya dihormati dan disegani sepanjang hayat tetapi biasalah adalah seorang dua bergelar ‘Haji Bakhil’, ‘Haji Sangkut’ ‘Pak Haji Penipu’ ‘Pak Haji Gila Kuasa’, ‘Hajah Murai’, ‘Hajah Dedah Aurat’, ‘Hajah Si Gila Beg Tangan’ dan sebagainya. 

Dan biasalah, ada haji dan hajah yang marah jika ada orang tidak memanggil atau menulis pada pangkal namanya dengan gelaran istimewa itu. 

Seorang haji atau hajah adalah ibarat utusan kebenaran, dia menegakkan yang hak dan menentang kebatilan. Hak tertinggi adalah mengakui keesaan Allah SWT dan mengharungi kehidupan berdasarkan pengakuannya dalam solat “hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan seru sekalian alam.” Dia tahu dia menghadapi dosa dan pahala dalam setiap perlakuannya. 

Misalnya, menolong orang dengan niat betul, mendapat pahala. Jadi dia akan terus membantu sesama manusia, hatta membantu anjing kehausan pun diganjari syurga Allah SWT seperti mana dinyatakan dalam sebuah hadis. 

Melakukan fitnah, mendatangkan dosa besar, jadi dia menjauhkannya. Bayangkan, alangkah jijiknya seorang haji atau hajah membuat fitnah misalnya mendakwa seseorang itu berbuat perkara keji malah bersumpah pula di masjid sedangkan dia tidak pun menyaksikannya. 

Sebagai pejuang kebenaran haji dan hajah wajib menyatakan yang hak dan batil dalam semua aspek kehidupan termasuklah ketika menghadapi pilihan raya

Jika benar, katakan benar, jika salah katakan salah; jangan berselindung lagi kerana “tidak malukah kita dengan apa yang sudah kita ucapkan (berdoa) kepada Tuhan ketika kita munajat di depan Kaabah, di Arafah, Mina dan Mudzalifah.”

Antara rintihan jemaah haji: “...Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada MENZALIMI dan dizalimi, menyerang atau diserang atau membuat kesalahan dan dosa yang tidak Engkau ampunkan...Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keras hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Aku juga berlindung dengan-Mu daripada kekufuran, kefasikan, pepecahan, cinta kepada kemasyhuran dan riyak...”

Jadi selepas bergelar haji dan hajah, masih tergamakkah kita berbuat perkara tidak elok malah menyalahi hukum agama. Tidak payahlah dinyatakan perkara berat-berat; ambil yang mudah saja, misalnya bersalaman lelaki perempuan bukan mahram yang biasa dibuat orang parti tertentu. 

Ewahh...dengan selamba saja kita melakukannya sedangkan Nabi yang kita cintai itu  tidak pernah berbuat begitu malah ada bersabda yang maksudnya: “Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya." (Daripada Abi Umamah)


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 12, 2022 16:47

November 7, 2022

13 Rabiulakhir 1444: Ular masuk rumah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Hanyalah yang meramaikan (memakmurkan) masjid itu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir." (Q.S. At-Taubah:18)


Hukum membunuh ular adalah sunat, kata ustaz dalam kuliah subuh yang penulis ikuti baharu-baharu ini.

Tetapi ada kalanya, adanya wajib, katanya. 

Apabila ular itu mendatangkan bahaya kepada kita, keluarga kita dan orang lain, maka wajiblah dibunuh. 

Bagi ular dalam rumah pula katanya, sebelum dibunuh, berilah amaran dan masa untuk ia beredar.

Beritahulah ular itu (dalam apa-apa bahasa pun boleh, termasuk bahasa Melayu, eeh, eeh kan hebat bahasa Melayu sebab ular pun faham), "keluarlah kau segera, jika tidak aku akan bunuh kau." 

Selepas diberi amaran tiga kali, maka jika tidak keluar juga, bunuh sajalah. Amat dibimbangi ular yang berada di dalam rumah kita itu jin, sebab itu ia diberi amaran sebelum dibunuh. 

Jika ada kesilapan dalam info diberikan ustaz ini, mohon kemaafan, boleh dinyatakan hal sebenar. Wassalam.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2022 15:46

November 6, 2022

12 Rabiulakhir 1444: Depan orang bukan main baiknya...(U)

DENGAN namaAllah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atasjunjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan,2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu/3. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1,000 bulan.4, Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya yang mengatur segala urusan.5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-Qadar, Kemuliaan, Surat ke-97) 


Bersyukur ke hadrat Yang Maha Kuasa kerana masih diberi-Nya kesempatan untuk terus berbakti kepada-Nya termasuklah menitipkan sedikit sebanyak teguran dan nasihat.

Ya nasihat itu bukan untuk pembaca saja malah untuk kami sendiri yang sebagai manusia tentunya banyak kesalahan dan dosa. Hanya kepada-Nya kita memohon keampunan dan diterima ibadat kita yang tersangat sedikit itu, insya-Allah.

Sebagai contoh, cuba perhatikan anak isteri kita berpakaian. Masih ramai anak-anak gadis (wanita) kita sekalipun mengenakan tudung tetapi mendedahkan sebahagian aurat mereka seperti leher, lengan dan kaki. Sebahagian lagi suka mengenakan pakaian ketat termasuklah jeans sendat yang dipadankan dengan baju-T singkat.

Tentunya mereka tidak mematuhi kehendak Islam sepenuhnya dalam bab menutup aurat sekalipun bertudung kerana Allah SWT melalui Surah Al-Azhab ayat 59 yang bermaksud: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka menghulurkan tudung keseluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu…'"

Muslimat diminta menutup aurat sepenuhnya tetapi sesetengah orang bijak pandai hari ini termasuk aktivis wanita menempelaknya dengan mendakwa perempuan yang berpakaian sedemikian juga tidak terlepas daripada tindakan jahat lelaki dan buktinya sejumlah wanita berjilbab juga dirogol. Jadi soal pakaian bukan penyebab jenayah seksual, dakwa mereka.

Di sini kita ingin tegaskan cara berpakaian dan penampilan wanita merangsang seksual lelaki.Ini adalah lumrah, bohonglah namanya jika lelaki normal tidak teransang dengan pembawaan seseorang wanita.  

Namun penampilan seksi seorang wanita tidak mudah mengundang dia dirogol kerana dia berada di khalayak ramai. Seorang perogol akan hanya bertindak jika terbuka kesempatan bagi mereka; penjahat ini tidak peduli sama ada mangsanya berpakaian seksi atau bertudung litup; yang penting mereka fikir mereka dalam keadaan selamat ketika melakukannya. Itulah sebabnya,perogol bertindak apabila bakal mangsa bersendirian termasuklah dalam bas, di lorong gelap, dalam semak dan di rumah sendiri.

Selain perogol, pencuri juga akan memikirkan diri mereka selamat sebelum melakukan kejahatannya. Tidak ada pencuri yang mencuri di khalayak ramai. Tetapi jika dia sudah hampir tertangkap dan dikejar orang, pencuri juga akan mencari helah dengan menjerit "pencuri…pencuri" dengan harapan orang lain pula akan dikejar.

Hampir semua kejahatan dilakukan seseorang atau sesuatu pihak itu ketika orang lain tidak sedar kerana penjahat pun tahu memikirkan keselamatan diri. Hanya sedikit orang berani melakukan kejahatan di depan orang ramai seperti merompak dan mengamuk. Demikian juga perasuah dan penyangak.

Fikir-fikirkanlah, perogol tidak merogol di tempat orang ramai, pencuri tidak mencuri di tempat terbuka, perasuah tidak melakukannya secara terbuka manakala pemakan rasuah  pun tahu meninjau-meninjau dulu sama ada mereka selamat atau tidak. Semuanya takut melakukannya kerana ia akan dilihat orang bukan takutkan Yang Maka Kuasa.

Perogol tidak merogol sekalipun di depannya ada gadis  seksi paling cun, dia tetap 'bersabar' menunggu peluang. Kalau tidak ada peluang, bakal mangsa dibiarkan pergi sekalipun dia begitu'bergetah' (ganjaran lumayan jika kejahatan berhasil)  dengan air liur perogol sudah melelehi di pipi,mangsa lain akan didapati; tunggulah bila mereka lalai nanti.

Kata pepatah Melayu, orang yang sudah berak di tepi jalan, mana mahu mengaku; malah pencuri yang sedang dikejar orang pun pandai melolong, "pencuri…pencuri!" 

Bahkan kini semakin ramai manusia  alim-alim kucing; depan orang bukan main baik, manja dan sopan lagi kucing kepala hitam; tetapi belakang orang, lauk dalam tudung saji 'ditarbusnya'!

Pemimpin politik depan orang bukan main baiknya........belakang orang siapa tahu?



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 06, 2022 15:45

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.