Roslan Hamid's Blog, page 14
September 10, 2022
14 Safar 1444: Malaysia juara 'boroi' (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. (Maksud Ayat 1-3 Surah Al-Asr)
  
KEMBARA solo saya telah membawa saya ke sejumlah negara Asean. Berdasarkan pandangan mata, saya dapati orang Malaysia paling ramai yang gempal, gemok dan boroi berbanding di negara lain seperti Indonesia dan Thailand.
  
Apa yang saya disaksikan itu adalah sama dengan Laporan 'Mengatasi Obesiti di Asean' yang merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam oleh Unit Perisikan Ekonomi pada 2017, meletakkan Malaysia sebagai juara negara obes di Asia Tenggara.
  
Menurut laporan itu kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3 peratus, manakala peratusan rakyatnya yang memiliki berat badan berlebihan adalah 38.5 peratus.
  
Salah satu penyumbang kepada masalah obesiti dan kesihatan ada makan berlebihan pada sebelah malam apatah lagi pada larut malam dan dinihari. Gaya hidup kurang sihat ini disuburkan dengan wujud dan tumbuhnya macam cendawan gerai dan restoran yang beroperasi sehingga subuh atau lebih teruk lagi dibuka 24 malam.
  
Hal ini bermakna rakyat Malaysia makan dan terus makan pada bila-bila masa; jadi istilah sarapan, makan tengah hari dan makan malam seolah-olah tidak terpakai lagi.
  
Situasi ini tidak berlaku di sesetengah negara atau wilayah dan kota yang penguasanya berusaha agar kesihatan penduduk diberi perhatian serius. Sehubungan itu, kita menyambut baik usaha kerajaan Kelantan untuk mengehadkan operasi premis menjual makanan sehingga jam 12 tengah malam.
  
Bercakap mengenai perkara ini, teringat saya kunjungan saya ke Manipal, India, tidak lama lagi. Manipal adalah sebuah 'bandar ilmu' terutama dalam bidang perubatan dan keadaan bandar ini yang agak unik dari kaca mata saya.
  
Manipal kira-kira enam dekad dulu, adalah sebuah kawasan berbukit tandus dengan hanya beberapa batang pokok. Tetapi di atas usaha seorang doktor berwawasan tinggi, Dr TM A Pai, bandar yang bermaksud 'kawasan berlumpur di tepi tasik' dalam bahasa Tulu bertukar menjadi pusat ilmu bukan saja menjadi kebanggaan India tetapi masyhur di peringkat antarabangsa.
  
Universiti Manipal yang sempat saya kunjungi mempunyai 19 kolej, daripada bidang perniagaan, kejuruteraan dan sains kesihatan. Manipal juga berbangga dengan wujudnya Muzium Anatomi dan Pathologi (MAP) yang terbesar di Asia. Muzium ini menempatkan ribuan spesimen asli manusia (bukan plastik) daripada rangka hinggalah alat kemaluan mereka!
  
'Keunikan' Manipal boleh 'dirasakan' sebaik saja seorang mendaftar masuk ke hotel penginapannya. Hanya sebutir kecil sabun perubatan disediakan dalam bilik (berbanding hotel di tempat lain yang menyediakan pelbagai kelengkapan seperti syampu); nampaknya penghuninya berusaha 'meminimumkan' penggunaan semua jenis barangan termasuklah plastik dan yang lebih penting lagi penjimatan elektrik.
  
Apa yang mengejutkan saya, mulai jam 9.00 malam (berdasarkan pengamatan saya), bandar Manipal sudah bergelap apabila hampir semua lampu jalan dipadamkan. Pendeknya, kegiatan dan urusan luar rumah dan bangunan sudah terhenti; fikir saya mungkinkah orang Manipal sudah bersiap sedia untuk masuk tidur!
  
Seorang pelajar mengesahkan dugaan saya itu. Katanya, menjelang tengah malam, hampir semua kegiatan dihentikan; restoran pun perlu menutup kedai pada jam 11.00 malam, demikian juga pelbagai kemudahan awam seperti perpustakaan.
  
Pendeknya, malam bagi orang Manipal adalah untuk tidur dan bagi 'pemburu ilmu', mereka bersengkang mata di rumah sendiri bukannya 'merayap' di kedai-kedai 'mamak' dan makanan segera 24 jam; suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi di negara kita!
  
Sebagai penghuni 'bandar ilmu', orang Manipal faham bahawa malam dijadikan Tuhan untuk berehat selepas berhempas pulas bekerja atau menuntut ilmu pada siang harinya. Selain itu mereka dapat berjimat dari segi penggunaan elektrik dan tenaga manusia.
  
Apabila cukup tidur pada sebelah malam, bersemangatlah orang Manipal terutama puluhan ribu pelajarnya memburu ilmu pada siang harinya. Mungkinkah ini rahsia yang membuatkan Manipal semakin dikenali di kalangan cendekiawan dari seluruh pelosok dunia termasuk ribuan pelajar dari Malaysia yang menuntut di sana.
September 9, 2022
13 Safar 1444: Hari Malaysia; nostalgia 1960-an
  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Sesiapa yang membaca 'Astaghfirullah al Lazi La Ilaha' illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilahi' (Aku meminta keampunan daripada Allah Taala yang tiada Tuhan melainkan-Nya, yang hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya, dan aku meminta taubat kepada-Nya), diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang." (HR. Imam Abu Daud, Tarmizi dan Al-Hakim)
  
SEMINGGU lagi (16 September) Hari Malaysia. Sebagai warga Melaka, saya berbangga sambutan Hari Malaysia 2022 diadakan di negeri Hang Tuah. Diberitakan, busana pakaian era 60-an dan etnik dipilih menjadi tema penyeri sambutan.
  
Era 60-an dan 70-an adalah zaman kanak-kanak dan remaja saya. Zaman penuh makna - suka, duka, pedih, pilu, sayang, benci, rindu dan cinta - semuanya bercampur-baur sehinggalah saya menjadi dewasa seterusnya menginjak 'umur tak berapa muda' sekarang (sudah 60-an, beb).
  
Berceloteh mengenai era 60-an ini, teringat saya sawah padi luas terbentang di sekeliling rumah saya - semuanya tinggal kenangan - sekarang yang ada deretan kedai dan stesen minyak.
  
Nostalgia 'bab sawah', saya cuba semarakkan dan 'panjang-panjangkan' kepada anak-anak.. Ini antara kisahnya - tidak lama dahulu, saya sekeluarga pergi bercuti; alhamdulillah kami dapat menginap di sebuah rumah inap (homestay) di Sekinchan, Selangor.
  
Kediaman ini terletak di lokasi 'lain daripada biasa' iaitu di tengah-tengah sawah; jadi banyaklah pengalaman termasuk yang mencuit hati dapat dirakam dan dicatatkan.
  
Suatu awal pagi selepas solat subuh, saya berjalan bersendirian berkilometer jauhnya...menyaksikan keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa terutama sang mentari yang mula menyinar. Pemandangan sawah padi yang luas terbentang dengan barisan rumpunan pokok padi sedang 'membunting' dan ada yang 'menerbitkan hasil', begitu mempersonakan.
  
Penanaman padi di Sekinchan ini begitu sistematik sekali - saya perhatikan ada papan tanda nama pada sejumlah petak padi termasuk disertakan nama petani, jenis padi dan tarikh padi mula ditanam. Hampir semua nama petani adalah orang Tionghua manakala bakinya adalah syarikat-syarikat.
  
Ya, hebat petani Cina Sekinchan menanam padi. Kesungguhan mereka dapat dirasai apabila saya melihat ada tali air (terusan) yang turut ditanam pohon padi. Kelihatan barisan panjang pohon padi sejajar dengan tebing terusan. Pendeknya petani memanfaatkan sepenuhnya kawasan bagi mendapatkan hasil yang banyak dan terbaik. Syabas petani-petani Cina Sekinchan!
  
Terfikir di benak saya, alangkah bagus jika bangsa-bangsa yang ada di tanah air kita dapat memanfaatkan (berkongsi) pengetahuan dan pengalaman...di sini pesawah Melayu mungkin dapat belajar sesuatu daripada petani Cina di Sekinchan iaitu bagaimana menghasilkan padi bermutu tinggi dan banyak pula secara sistematik. Saya tidak bermaksud pesawah Melayu 'tidak bagus' (di Kedah sawah petani Melayu adalah lebih besar saiznya) tetapi, ya tak salahkan untuk saling belajar dan mengajar...
  
Demikianlah...dengan wujudnya pelbagai bangsa di tanah air kita apatah lagi pada era mencabar sekarang ini, setiap kaum perlu membuka hati dan minda untuk menghebat atau menyemarakkan lagi semangat 'kekitaan kita' sebagai rakyat Malaysia. Alangkah indahnya jika Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan bangsa-bangsa lain dapat saling tolong menolong dalam memajukan negara.
  
  
Berkenaan perkara ini, teringat saya akan buku-buku teks sekolah saya pada tahun 1960-an dan 1970-an yang kerap memaparkan watak Ali, Ah Kau dan Muthu sebagai lambang perpaduan kaum. Kini 'semangat' Ali, Ah Kau dan Muthu boleh di-'upgrade'-kan ke peringkat lebih hebat agar Malaysia menjadi negara yang rakyatnya dikagumi di persada antarabangsa.
  
Saya juga teringat akan novel Melayu pertama ditulis oleh orang Tionghua. Ya novel 'Hidup Antara Duri' yang ditulis oleh Chong Chee Seong pada 1969 adalah lambang kerukunan hidup orang Melayu-Cina
  
Watak-watak utama dalam novel ini menuujukkan kerukunan kehidupan Melayu dan Cina, sekali gus mengangkat karya ini ke depan sekalipun dihasilkan lebih 50 tahun lalu.
  
Ketika menulis novel ini, Chong adalah Naib Yang Dipertua Persatuan Bahasa Kebangsaan Malaysia. Kerana cintanya terhadap bahasa Malaysia, Chong bersusah payah menulis novel dalam bahasa Melayu ini. Chong yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Straits Times, turut menyumbangkan rencana di Berita Harian dan menurut beliau, pengarang berpengaruh Kumpulan New Straits Times ketika itu, A Samad Ismail banyak membantu beliau dalam menyiapkan novel ini.
  
'Hidup Antara Duri' mengisahkan kehidupan di sebuah perkampungan nelayan. Melalui novel ini, Chong cuba menggambarkan bagaimana golongan nelayan pelbagai kaum saling bantu membantu dalam menjalani kehidupan. Semangat kerjasama antara mereka terbukti apabila mereka menghadapi ancaman lanun di perairan berhampiran perkampungan mereka.
  
Mengikut cerita watak utama, Ang Chow dijadikan tebusan oleh lanun. Mereka meminta tebusan $3,000 (ketika itu RM belum dipakai) yang mesti diserahkan dalam masa seminggu daripada rakan Ang Chow, seorang nelayan Melayu bernama Hitam. Nelayan kampung yang diketuai oleh Penghulu Samad melancarkan derma kilat dan berjaya mengumpul wang sebanyak yang dikehendaki itu.
  
Selepas dibebaskan, Ang Chow bekerjasama dengan polis untuk menghancurkan kegiatan lanun-lanun itu. Novel ini cuba membuktikan bahawa masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat hidup dengan aman jika mereka saling faham memahami antara satu sama lain. Antara contohnya, Penghulu Samad mengadakan majlis kesyukuran selepas Ang Chow diselamatkan. Semua keluarga nelayan daripada pelbagai kaum di kampung itu menghadirinya.
  
Demikianlah Chong telah melihat ke depan akan pentingnya kerukunan hidup semua bangsa yang hasilnya sedang dan insya-Allah akan dinikmati dan tuai dengan lebih baik lagi pada masa depan. Hari ini Malaysia memerlukan seramai mungkin Ang Chow, Hitam dan Pak Samad (Ali, Ah Kau dan Muthu) bergandingan tangan bagi melonjakkan negara ke tahap tertinggi!
September 8, 2022
12 Safar 1444: Kg Abdullah Hukum; di manakan kucari ganti...(U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
  
TIDAK lama dahulu, saya membawa seorang anak gadis saya ke tempat interbiu kerja di Bangsar South. Saya yang memandu kereta dari Melaka teragak-agak mencari tempatnya sekalipun 20-30 tahun lalu saya bermastautin di sini kerana bekerja di NSTP.
  
Tapak Bangsar South ini dulunya adalah Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Kerinchi. Teringat saya semasa mula-mula belajar memandu kereta semasa bujang dulu, sebuah kedai 'lesen L' di Kampung Abdullah Hukum menjadi tempat kunjungan. Teringat saya dalam satu sesi belajar memandu, pakcik pengajar mengajak saya 'cepat-cepat cabut' selepas saya terlanggar 'bontot' sebuah kereta yang di pakir.
  
Sekalipun kereta berkenaan tiada kesan calar, pakcik berkenaan suruh saya 'cabut' kerana kononnya 'dia tak mahu cari pasal'. Hari ini bukan saja kedai berkenaan tiada, Kampung Abdullah Hukum pun tiada lagi dalam peta. Semuanya sudah memberi laluan kepada apa yang dinamakan pemodenan dan kemajuan - yang tersergam menongkah langit adalah menara dan bangunan Bangsar South.
  
Kalau Kampung Abdullah Hukum sendiri sudah tiada, agak-agak tahu tak generasi sekarang siapakah dia Abdullah Hukum. Orang segenerasi saya pun tidak tahu apatah lagi generasi baru.
  
Alhamdulillah, tidak lama dulu, saya ada membaca buku 'Kuala Lumpur dari Perspektif Abdullah Hukum' karya Adnan Haji Nawang (terbitan Berita Publishing, 1997) yang mengutip semua penceritaan Abdullah Hukum (antara tokoh peneroka Kuala Lumpur) yang antara lain menyatakan:
  
"Pada masa saya berumur kira-kira 15 tahun saya dibawa berdagang oleh ayahanda saya meninggalkan negeri. Kami keluar dari tanah Sumatera melalui Pekan Baharu (Siak) dengan sebuah sekoci belayar menuju tanah Semenanjung dan menempat ke Melaka pada tahun 1850.
  
"Apabila sampai ke Melaka maka kami pun menumpang di rumah Datuk Dagang bernama Haji Said, iaitu bapa saudara bagi Almarhum Tambi Abdullah yang terkenal kaya di Kuala Lumpur dan bergelar Datuk Abdullah.
  
"Adapun ketuaan orang Melaka masa itu ialah Wan Cilik namanya tinggal di Semabok Batu Tiga (ini kampung saya - penulis). Negeri Melaka masa itu memang telah takluk di bawah perintah Inggeris. Pekannya kecil saja. Ada sedikit-sedikit rumah batu, itu pun rendah-rendah dan separuh rumah-rumah itu betul di tepi pantai Melaka.
  
"Perniagaan masa itu banyak di tangan orang Melayu; berkedai kain dan menjual makanan. Ada juga Cina berkedai menjual sayur. Beras masa itu datang dari luar negeri. Keadaannya merah tetapi beras keluaran negeri putih dan baik. Ada juga sedikit-sedikit orang Kerinchi mencari rezeki di situ."
  
Selepas Melaka, Abdullah Hukum dikatakan telah berhijrah ke Kuala Lumpur, menjadi salah seorang peneroka awal di sana. Beliau telah membuka Kampung Abdullah Hukum di Bangsar, tetapi sayang seribu kali sayang, kampung ini tidak wujud lagi.
  
Lenyapnya Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Kerinchi digantikan Bangsar South sewajarnya menyedarkan bahawa sebenarnya kita kehilangan khazanah bangsa yang sangat berharga. Sebahagian sejarah bangsa telah terpadam meninggalkan emosi menyayukan hati sesetengah daripada kita yang masih bernostalgia mengenai zaman itu.
  
Kedua-dua kampung di KL yang sudah lenyap ini, tidak mungkin berganti tetapi ibu kota kita masih 'menyimpan' saki baki khazanah bangsa (kampung Melayu) di dada kota seperti Kampung Baru yang sudah acap kali mahu dilenyapkan tetapi alhamdulillah masih berdiri sasa.
  
Berbanding Kampung Abdullah Hukum dan Kerinchi, Kampung Baru adalah lebih dekat di hati saya. Saya pernah tinggal di sini, ingatan akan tempat makan minum di banyak gerai di sini tidak akan terpadam daripada minda...ya jika Kampung Baru lenyap ia adalah mimpi buruk bagi diri ini dan mungkin juga sebahagian besar anak perantau ke KL, tidak kira mereka dari dekat atau dari jauh seperti Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah Pattani dan Indonesia.
  
Diharapkan pemerintah dan pemimpin beriltizam untuk memulihara khazanah bangsa yang mungkin tidak dapat dicari ganti seperti Kampung Baru. Biarkan Kampung Baru menongkah arus...biarkan ia terus hidup dengan nama dan identiti asalnya (Kampung Baru) dan bukan nama komersial baru seperti KL New Village!
September 7, 2022
11 Safar 1444: Kewajipan suami lindungi isteri (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
  
Renungan
  
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka ia akan mendapati Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan dunia, maka ia akan mendapatkan dunia itu. Dan, siapa yang hijrahnya untuk mendapatkan seorang perempuan untuk dinikahi, maka ia akan mendapatkan perempuan itu." (HR Bukhari-Muslim daripada Umar bin Khathab)
  
  
KEWAJIPAN SUAMI MELINDUNGI ISTERINYA
  
Barang siapa membimbing isterinya meskipun hanya dengan satu perkataan, nescaya Allah membebaskannya belenggu api neraka daripadanya, mewajibkan baginya masuk syurga, ditetapkan baginya 100,000 kebaikan dan diangkat baginya 100,000 darjat.
  
  
Ishak bin Ammar bertanya kepada Imam Ja'far al-Shadiq tentang hak isteri ke atas suaminya. Jawab Imam, "Mengenyangkan perutnya (memberi makan), memberikan pakaian, dan memaafkannya jika ia (berbuat) bodoh."
  
  
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidakkah seorang hamba (mencari nafkah), lalu kemudian memberikannya kepada isterinya, kecuali akan membalasnya dengan 700 kali lipat daripada nafkah yang ia berikan kepada isterinya."
  
  
Selain itu, Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik umatku, adalah tidak mementingkan diri terhadap keluarganya, sentiasa merindukan mereka, serta tidak menzalimi mereka."
  
  
Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan ayat berikut yang bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerananya Allah telah melebihkan sebahagian mereka (suami) atas sebahagian lainnya (isteri), lantaran mereka (suami) adalah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.
  
  
Kerana itulah, adalah isteri yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana itu Allah telah memelihara mereka." (QS. An-Nisa', ayat 34) - Majalah HIDAYAH Rabiulawal 1432(Mac 2011)
September 6, 2022
10 Safar 1444: 'Salahuddin Al-Ayubi' diyakini muncul tidak lama lagi...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Maksud Ayat Al-Quran, Al-Isra', 17:1.
  
TIBA-TIBA Negara Brunei Darussalam menjadi fokus dunia. Timur dan Barat. Ini berlaku selepas negara kesultanan Melayu di utara Borneo itu mula melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam terhadap penzina dan pelaku hubungan seks gay dan lesbian.
Undang-undang syariah di negara yang diperintah oleh Sultan Hassanal Bolkiah itu dikuatkuasakan selepas penangguhan selama beberapa tahun. Langkah Brunei ditentang pelbagai pihak - daripada yang paling berkuasa kepada yang paling lemah, termasuklah oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai organisasi terbesar dan tertinggi dunia.
Ketua Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet berkata pelaksanaan undang-undang yang disifatkannya sebagai drakonian itu hanya akan menandakan kemunduran perlindungan hak asasi manusia kepada rakyat Brunei.
Alhamdulillah kemuculan dan keberanian pemerintah dan rakyat Brunei untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah dirasakan sebagai sekelumit jawapan dan suntikan semangat kepada permasalahan orang Palestin yang kini bagaikan terpenjara dalam negara mereka sendiri. Mereka hidup dalam 'deep state' iaitu negara dalam negara.
Ramai daripada orang Palestin mengharapkan kemunculan tokoh hebat Islam seperti Salahuddin Al-Ayubi (pembebas Baitulmaqdis daripada Tentera Salib) malah pemimpin masa depan yang dijanjikan iaitu Imam Mahadi yang akan membebaskan mereka serta tanah suci Baitulmaqdis dan bumi Palestin yang barakahi daripada cengkaman kezaliman rejim ganas Zionis Israel.
Tentunya tokoh-tokoh ini akan mendaulatkan hukum-hukum Allah; dan bersyukurlah ada pemimpin dari Timur (seperti Brunei) telah mengorak langkah itu. Kata orang Palestin pemimpin yang dijanjikan boleh datang dari ceruk dunia mana sekalipun (ya sesiapa pun boleh dipilih Allah SWT) termasuklah dari Timur.
Mereka berkata waktu kemunculan pemimpin itu sudah terlalu dekat - mungkin dalam tempoh setahun dua ini...ya orang Palestin bagaikan tidak sabar menunggu kemunculan tokoh ini. Bagi sesetengahnya, kejayaan orang Palestin membuka semula Masjid Bab Al-Rahma (masjid keenam di Haram Al-Syarif / Al-Aqsa) adalah antara petanda itu.
Ada penduduk Palestin melihat sikap sesetengah pemimpin Palestin terlalu bergantung kepada Barat termasuk usaha damai dilakukan mereka begitu merugikan. Misalnya sehingga kini Palestin masih belum diterima sebagai anggota PBB sekali gus menjadikannya sebagai sebuah negara berdaulat selepas permohonan dikemukakan presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas.
Sikap berdolak-dalik PBB itu adalah berikutan tekanan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncu dalam Majlis Keselamatan seperti Britain dan Perancis. Malah Perancis menambah garam di luka apabila mencadangkan Palestin diberi status pemerhati dalam PBB, bukannya sebuah negara beridentiti sendiri.
Isu pengisytiharan negara Palestin merdeka bukanlah baharu malah tokoh masa lalunya seperti Yasser Arafat mati dengan berputih mata kerana impinan itu tidak terlaksana. Isu Palestin adalah sandiwara Barat, terutama oleh pemimpin Amerika Syarikat yang berterusan menjalin hubungan kejap dengan rejim Zionis pimpinan Perdana Menteri (kini bekas), Benjamin Netanyahu berikrar merampas lebih banyak tanah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Kini Palestin dan rakyatnya terumbang ambing tidak bernegara dan beridentiti (berdaulat) dan akan berterusan menghadapi kekangan, cengkaman, serangan serta pencabulan rejim ganas Zionis.
Demikianlah mengapakah agaknya nasib rakyat Palestin dan umat Islam minoriti di rantau lain seperti di Kashmir, Xinjiang (China), Selatan Thailand, Selatan Filipina, Chechnya, Arakan (Myanmar-Burma) tidak dihirau masyarakat antarabangsa termasuk badan dunia seperti PBB.
Hakikatnya selepas kebanyakan tanah air umat Islam dijarah penjajah dan daulah Khilafah Islam terakhir, Uthmaniyah tersungkur pada 1924, kehidupan umat semakin jauh daripada panduan Allah dan Rasul-nya termasuk dari segi pemerintahan.
Selagi umat Islam terutama pemimpinnya tidak kembali kepada panduan Allah dan Rasul-nya (termasuk melaksanakan semua hukum hakam Islam tidak terkecuali hudud seperti ditunjukkan pemerintah Brunei) selagi itu penghinaan akan dihadapkan kepada umat ini. Kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, insya-Allah semua termasuklah orang Palestin akan selamat dunia dan akhirat. Amin
September 5, 2022
9 Safar 1444: Perpaduan, Hari Malaysia: Contohi Chetti, Baba Melaka
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
  
Renungan
  
Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. (Maksud Surah Al-Asr 1-3)
  
LEBIH sedekad dulu semasa berulang alik Melaka-Kuala Lumpur (rumah saya di Melaka tetapi bekerja
di KL) dengan bas ekspres setiap hari, saya berkenalan dengan 'rakan sepenumpang' iaitu
seorang lelaki pertengahan usia yang saya tersalah anggap sebagai Melayu-Islam.
  
Apabila bertemu saja, saya memberi dia salam. Dia tidak menjawab tetapi tersenyum saja.
Sudah banyak kali saya berbuat begitu, suatu hari dia 'membuka satu rahsia' yang membuatkan
saya terkejut dan malu sendiri.
  
Lelaki itu yang iras-iras orang Melayu dengan pertuturan bahasa Melayu mantap,
mendedahkan dia bukan Melayu dan tidak pula beragama Islam - namanya Maniam dan dia
orang Chetti.
  
Saya teringat Maniam ketika menonton sebuah paparan dalam Majalah Tiga/ TV3 baru-baru ini
yang menyiarkan kisah dan cara hidup orang Chetti Melaka.
  
Chetti atau Hindu Peranakan ini adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik -
masyarakat ini terbentuk sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) hasil daripada
perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan di Melaka.
  
Apa yang menariknya, orang Chetti menyerap budaya tempatan (Melayu), dalam pelbagai segi
seperti berpakaian, makanan dan bercakap bahasa Melayu sekali pun tetap teguh dengan agama
asal - Hindu.
  
Jika masyarakat Chetti dapat menyerap budaya Melayu, tidak kurang dengan orang
Cina yang datang ke sini pada zaman Kesultanan Melaka dahulu dan kemudian
di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Singapura. Mereka membentuk masyarakat
Baba dan Nyonya, juga dikenali Cina Peranakan.
  
Seperti orang Chetti, masyarakat Baba juga menyerap budaya Melayu sekalipun warisan Cina dan agama
tradisionalnya serta Buddha dikekalkan. Mereka juga bercakap dalam bahasa Melayu yang 'sebijik' orang Melayu.
  
Pada ketika masyarakat Malaysia terutama golongan politikus sekarang ini semakin lantang
bercakap mengenai perkauman dan isu perkauman, adalah baik kita merujuk bagaimana
pemerintah (pemimpin) zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu berjaya mewujudkan perpaduan
melalui kewujudan masyarakat Baba dan Chetti ini.
  
Kehadiran masyarakat Chetti dan Baba ini menggambarkan betapa bijaksananya pemerintah
Melaka yang kuat berpegang kepada Islam mentadbir rakyatnya. Perlu diingat, Melaka ketika itu
adalah pusat dagang agung dunia yang bukan hanya 'mengundang' kehadiran orang Cina dan
India malah dari dunia Arab dan akhirnya orang Eropah dimulakan oleh Benggali Putih (orang Portugis).
  
Pemerintah Muslim yang baik (seperti ditunjukkan Sultan-Sultan Melaka) tahu bahawa Islam tidak
pernah memperjuangkan kaum - baginda Rasululllah Nabi Muhammad SAW tidak melaungkan
semangat perkauman seperti "hidup Arab" atau "hidup Quraisy" tetapi membebaskan
manusia daripada kejahilan dan kesesatan kepada hanya tunduk kepada Yang Maha Kuasa.
  
Baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah dan kemudian kembali ke Makkah adalah bagi
membebaskan bangsa Arab dan seluruh manusia daripada penjajahan dan penindasan
sesama manusia dan bukan mengangkat martabat sesuatu bangsa seperti Arab ke puncak
kuasa atau menguasai bidang kehidupan seperti ekonomi dan perluasan wilayah.
  
Bagi negara kita, perjuangan berasaskan perkauman kian menjauh dan tersasar daripada
realiti perkembangan semasa. Apatah lagi dalam situasai sekarang, dengan
perkembangan terlalu pantas di bidang teknologi maklumat, hampir semua perkara
terdedah kepada pengetahuan umum dan dibahaskan semua peringkat rakyat saban masa.
  
Oleh itu sebarang lontaran isu perkauman termasuk untuk mendapat sokongan undian
kaum tertentu ketika pilihan raya akan hanya memakan diri dan lebih malang lagi
mengundang negara dan manusia sejagat ke jurang kehancuran. Oleh itu hati-hatilah;
apa salah kita tiru pemerintah Melaka yang bijaksana, orang Chetti dan Baba serta Nyonya!
September 4, 2022
8 Safar 1444: Pemimpin khianat dimalukan oleh masa...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Ibrahim:34)
  
PEMIMPIN boleh datang dan pergi dan ada kalanya tergelincir dan tersasar, tetapi perjuangan untuk hidup bersandarkan al-Quran dan hadis tetap akan diteruskan sehingga kiamat.
  
Hanya pegangan kepada al-Quran dan sunnah saja yang dapat menyelamatkan seseorang, bukannya menjadikan tokoh tertentu dan ternama atau wang ringgit berbilion sebagai sandaran perjuangan.
  
Jika pun seseorang itu mahu dijadikan contoh, hanya insan yang hidupnya berpandukan al-Quran dan sunnah saja boleh diikuti.
  
Inilah pesan seorang ustaz dalam tazkirah yang diikuti penulis. Kata ustaz itu, selagi kita berpegang kepada al-Quran dan sunnah, kita tidak akan sesat selama-lamanya.
  
Semua perjuangan berdasarkan isme dan sanjungan kepada tokoh akan punah akhirnya. Lihatlah akan isme komunis yang diamalkan oleh empayar paling hebat dalam era moden, Soviet Union, akhir tumbang menyembah bumi selepas 70 tahun berkuasa.
  
Tokoh-tokoh pujaan dunia daripada Firaun pada zaman purba kepada Stalin, Churchill, Kennedy, Nixon, Mubarak, Zein el-Ebiden, dan Saddam semuanya hancur. Demikian juga pemimpin dari rantau Asia seperti Marcos, Suharto dan terkini Kim Jong il.
  
Insan yang bergantung kepada tokoh ternama, kuasa, pangkat dan wang ringgit untuk mencari kepentingan peribadi akan dimalukan sendiri oleh 'masa'. Lambat laun mereka akan dimalukan akhirnya.
  
Dalam perjuangan umat dan pergerakan Islam, kemenangan yang hendak dicapai bukan hanya di peringkat tempatan dan nasional tetapi juga untuk kepentingan ummah secara global dan yang terpenting, di akhirat sana.
  
Jadi antara cabaran pergerakan Islam ialah tanggungjawabnya terhadap Islam manakala tuntutan ke atasnya bukan setakat melaksanakan tuntutan agama bersifat individu tetapi jemaah dan perjuangannya bersifat global. Musuh bukan bersifat tempatan saja tetapi bersifat global.
  
Berdasarkan Tragedi 11 September 2001, ternyata cabaran umat dan pergerakan Islam semakin mencabar. Konspirasi untuk memburuk dan menjatuhkan Islam semakin menjadi-jadi malahan apa saja bentuk keganasan dengan segera dirujuk kepada orang Islam.
  
Maka tidak hairan timbulnya istilah-istilah menjijikkan media massa Barat malah diterima pakai media milik orang Islam sendiri seperti 'militan Islam' 'pengganas Islam', 'terroris Islam', 'pengebom Islam' dan 'pelampau Islam'.
  
Dalam keadaan dunia kini seolah-olah di bawah telunjuk kuasa unipolar Amerika Syarikat, cabaran umat dan pergerakan Islam untuk menegakkan hukum-hakam Allah dan hidup berpandukan al-Quran dan sunnah menjadi semakin sukar.
  
Kini di seluruh dunia timbul gerakan dan cengkaman kuasa untuk menafikan hak orang Islam. Misalnya di Eropah termasuk di Perancis, hak wanita Islam untuk bertudung dinafikan manakala masyarakat Islam mengalami diskriminasi dan menerima pelbagai ugutan.
  
Sebaliknya dengan pelbagai helah seperti istilah 'dunia tanpa sempadan', segala yang jijik berpunca daripada cara hidup songsang Barat seperti filem lucah dan kegilaan kepada maksiat seperti arak, zina dan judi dilambakkan di negara Dunia Ketiga khususnya di negara Islam.
  
Jika ada kumpulan atau negara yang cuba hidup berlainan daripada budaya popular Barat, mereka akan dihancurkan. Inilah yang dialami oleh Taliban yang berkuasa di Afghanistan.
  
Kesimpulannya, pemimpin akan datang dan pergi tetapi perjuangan untuk menegakkan penghidupan berpandukan al-Quran dan sunnah akan tetap berlangsung.
  
Bagi individu Muslim, perjuangan itu sepanjang hayat manakala bagi umat dan jemaah Islam, ia akan berterusan sehingga hari kiamat!
September 2, 2022
6 Safar 1444: Merdeka - melahirkan negara barakah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Sesiapa yang membaca 'Astaghfirullah al Lazi La Ilaha' illa Hual Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilahi' (Aku meminta keampunan daripada Allah Taala yang tiada Tuhan melainkan-Nya, yang hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya, dan aku meminta taubat kepada-Nya), diampunkan dosanya walaupun dianya lari dari medan perang." (HR. Imam Abu Daud, Tarmizi dan Al-Hakim)
PADA sambutan peristiwa penting, Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan negara ke-65 tahun pada 31 Ogos dan ulang tahun Malaysia ke-59 pada 16 September, izinkan kita mengingatkan bahawa semua rakyat ada peranan dan saham dalam membentuk masa depan negara.
Menjadi tanggungjawab seluruh rakyat daripada mereka yang berada pada setinggi-tinggi jawatan dan kedudukan seperti Perdana Menteri dan jemaah Kabinetnya hinggalah serendah-rendah kedudukan seperti penyapu sampah, mengangkat martabat negara penuh barakah dengan menjunjung tinggi prinsip, nilai, akhlak, etika dan moral di semua peringkat. Inilah prinsip 'negara barakah' yang menjadi idaman semua.
Semoga aspirasi 'negara barakah' yang diimpikan ini dapat menjadikan Malaysia 'baldatun toiyibatun warabbun ghafur', yang bermaksud; 'negara aman makmur dan mendapat keampunan Allah'.
Dalam menjalankan peranan sebagai rakyat demi agama, negara, bangsa dan keluarga, setiap orang walau apa jua jawatan mereka, perlu jujur, telus dan ikhlas dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kita tak mahu kes memalukan seperti rasuah di kalangan pemimpin membuatkan negara kita terkenal seantero dunia.
Semua, termasuk pemimpin tertinggi sehingga seorang tukang sapu sampah mengenal tugas dan peranan masing-masing.Seorang buruh tahu tugasnya membersihkan kota dan bandar, besar manfaatnya bukan saja dari segi keduniaan tetapi juga akhirat. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda antara cabang iman ialah membuang duri di jalanan malah memberi penghargaan tertinggi kepada seorang pembersih Masjid Nabawi selepas baginda diberitahu dia sudah meninggal dunia?
Manusia, semuanya hidup sia-sia kecuali mereka yang berpegang kepada firman Allah SWT melalui Surah Asr yang bermaksud - demi masa, sesungguhnya semua manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Dunia adalah tempat untuk kita menanam benih, di akhirat nanti kita menuai hasilnya. Jika di dunia kita menanam lalang (seperti menipu dan merasuah) apakah hasilnya di akhirat nanti?
Pemimpin lebih besar bahananya kerana Abu Sa'id Al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap penipu mempunyai tanda-tanda yang ditancap di belakangnya, setinggi tipunya. Ingatlah tiada penipu yang lebih besar daripada ketua negara atau pemimpin rakyat ." (HR. Muslim) - sumber kitab Riadhus Shalihin.
Nun di akhirat menjadi taruhan,
tempat kita merdeka selamanya,
budi dan emas hanyalah ujian,
tanda keadilan Yang Maha Kaya.
Bercakap mengenai kemerdekaan, amat wajar kita merujuk sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang 'memerdekakan' (membuka) kota Makkah pada 8 Hijrah atau 630 Masihi selepas 10 tahun baginda diusir dari tanah tumpah darahnya (Makkah).
Kejayaan Nabi Muhammad sebagai pemimpin duniawi dan kerohanian diiktiraf dunia sehingga Michael H Hart dalam bukunya, ‘The 100, A Ranking of the Most Influential Persons in History’, menulis: “My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may be surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religion and secular level."
Persoalan besar di sini mengapa Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya perlu membebaskan bangsa dan tanah airnya sendiri? Bukankah kaum yang menguasai kota Makkah adalah sama seperti baginda sendiri, suku Quraisy daripada bangsa Arab. Buat apa Rasulullah s.a.w. memerdekakan bangsanya sedangkan yang berkuasa adalah bangsanya sendiri?
Kemerdekaan bukan sahaja bermaksud mengakhiri penjajahan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain atau kuasa asing ke atas umat yang lemah.
Kemerdekaan juga bermaksud mengakhiri penjajahan sesuatu bangsa ke atas bangsanya sendiri. Rasulullah s.a.w. berjuang untuk membebaskan bangsa baginda (Quraisy) daripada penjajahan mental ketua suku kaumnya.
Ya, hampir 10 tahun selepas berhijrah ke Madinah, baharulah baginda dapat memerdekakan penduduk Makkah daripada amalan datuk nenek moyang mereka seperti menyembah berhala, membunuh anak perempuan dan menilik (sihir). Selepas pembersihan kota suci Makkah, baharulah Islam dapat berkembang dengan pesat di seluruh Jazirah Arab.
Bagi orang Malaysia terutama orang Melayu yang merdeka jiwanya, tentulah kemerdekaan itu tidak hanya bermaksud bebas daripada cengkaman penjajah British sahaja.
Ramai yang berkata penjajahan dalam bentuk fizikal mungkin tidak berulang tetapi cengkaman dalam bentuk lain masih wujud. Contohnya cengkaman sesama bangsa sehinggakan orang tidak sebulu dinafikan hak mereka.
Juga dapat dijadikan contoh golongan bangsawan, kaya raya dan pemimpin masih menindas rakyat bawahan walaupun mereka sesama bangsa. Semua ini perlu diakhiri bagi melahirkan negara 'baldatun toiyibatun warabbun ghafur'.
September 1, 2022
Safar 5, 1444: Negara berjaya jika pemimpin, rakyat bertakwa (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beredah) empat bulan 10 hari." (Maksud ayat 234 Surah Al-Baqarah)
  
BERIKUTAN kes-kes berprofil tinggi sekarang ini yang menyebabkan pemimpin dipenjara, saya teringat antara ungkapan terbaik seorang sarjana Islam, Abul A'Ala Maududi bahawa tidak ada sistem pemerintahan pun yang akan berjaya jika pemimpinnya tidak mempunyai akhlak yang tinggi dan masyarakatnya tidak bertakwa dan amanah.
  
Maududi berkata kuasa mutlak hak Allah...kita jangan cuba sesekali lari daripada hakikat ini. Prinsip asas yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah bahawa kekuasaan tertinggi dan mutlak hanyalah hak Allah semata-mata. Sesungguh bumi dan alam ini adalah kepunyaan Allah.
  
Udara, air, cahaya dan segala-galanya yang memenuhi hidup kita ini adalah diberi oleh Allah. Tubuh badan yang kita punyai ini beserta dengan tenaga dan organ-organ yang lengkap, semuanya dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT.
  
Kita langsung tidak mempunyai hak untuk mengaku yang kekuasaan mutlak itu hak kita. Di samping itu kita juga mesti menolak sebarang pengakuan sedemikian rupa daripada sebarang individu atau kumpulan.
  
Antara perkara pertama Rasulullah s.a.w. mengajak manusia untuk percaya dan beriman ialah, kerajaan dan negara itu hanyalah kepunyaan Allah.
  
Hanya Allah saja yang berkuasa untuk memerintah dan tiada siapa yang berhak untuk membuat undang-undang melainkan Dia.
  
Perkara kedua dalam ajaran asas baginda ialah perundangan Rabbani bukannya diturunkan terus kepada manusia tetapi melalui Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w. bukannya dipilih oleh sesiapa untuk menjadi pemimpin.
  
Baginda juga tidak memilih dirinya sendiri untuk menjadi pemimpin. Baginda telah dipilih oleh Allah agar dapat mendidik dan mentarbiyah manusia dengan tarbiyah Rabbani, menukar pemikiran dan peribadi manusia, menyampaikan perintah Rabbani kepada manusia dan melaksanakan urusan Rabbani itu melalui sesiapa yang menerima dan beriman kepada perintah-perintah tersebut.
  
Perkara ketiga dalam ajaran Rasulullah ialah supaya manusia percaya akan konsep ini di mana setiap manusia akan bertanggungjawab di hadapan Allah atas segala yang telah dilakukan semasa hidupnya.
  
Selama 13 tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran ini dan mereka yang menerima ajaran tersebut telah disatukan dalam satu jemaah (ummah).
  
Semasa tiga tahun terakhir di Makkah, sekumpulan penduduk dari Madinah telah memeluk Islam lantas menjemput Rasulullah s.a.w. bersama-sama sahabatnya ke Madinah.
  
Benarlah kata-kata Sayidatina Aisyah di mana beliau menyatakan yang Madinah telah ditawan oleh Quran.
  
Setelah mengetahui isi kandungan surah-surah yang turun di Makkah, mereka bukan sahaja menerima dan memeluk Islam tetapi mereka terus menjemput Rasulullah s.a..w. dan para sahabatnya untuk tinggal di kampung halaman mereka sendiri.
  
Jemputan ini bukan sahaja untuk memberi perlindungan kepada baginda, tetapi ialah supaya baginda menjadi pendidik mereka, pemimpin dan juga penyatu umat Islam di antara Makkah dan Madinah sebagai satu umat lantaran menegakkan satu sistem hidup di Madinah berlandaskan keimanan Islam yang telah mereka bulatkan. Inilah cara pemerintahan Islam yang ditegakkan pada hari pertama Rasulullah s.a.w. sampai di Madinah.
  
Tugas utama pemerintahan itu ialah untuk menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk seluruhnya. Memandangkan Islam itu adalah petunjuk dan ilmu yang Rabbani, kejahilan terhadap Islam itu adalah satu halangan ke arah jalan ini.
  
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah bekerja sepenuh tenaga dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada penduduk Madinah ketika itu dan seterusnya beriman dengan ajaran Islam.
  
Apabila kefahaman itu berkembang dan penduduk Madinah berpegang kepadanya, maka lama-kelamaan Islam pun berkembang dan mula menjadi kuat.
  
Tugas kedua Rasulullah s.a.w. ialah memurnikan akhlak masyarakat ketika itu berdasarkan akhlak yang tinggi lagi mulia.
  
Tidak ada sistem pemerintahan pun yang akan berjaya jika pemimpinnya tidak mempunyai akhlak yang tinggi dan masyarakatnya tidak bertakwa dan amanah.
  
Keadaan ini akan terus berpanjangan walaupun sistem pemerintahan itu mempunyai perundangan yang baik dan pada zahirnya kelihatan hebat dan berkaliber.
  
Itulah sebabnya, setelah mengajak supaya beriman kepada ajaran Islam dan seterusnya mengembangkannya, Rasulullah s.a.w. sangat menekankan persoalan ketakwaan dan akhlak yang mulia.
  
Asas yang penting di dalam sistem yang ditegakkan oleh baginda ialah menganjurkan akhlak masyarakat supaya menepati akan kehendak dan ajaran sistem tersebut.
  
Keadaan ini tidak memerlukan penggunaan kuasa kekerasan untuk manusia tunduk dan patuh kepada undang-undang tersebut.
  
Cukuplah apabila dikatakan di sini bahawa semua telah diperintahkan oleh Allah, maka terpulanglah kepada masyarakat untuk mematuhinya.
  
Pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada pasukan polis dan tidak terdapat penjara-penjara. Tidak terfikir langsung akan keadaan di mana masyarakat menerima arahan daripada Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mematuhinya.
  
Contohnya, kita ambil kes mengenai larangan meminum arak itu sendiri. Apabila dikhabarkan di kota Madinah yang arak itu haram, maka tempat menyimpan arak semuanya dipecahkan dan masyarakat Madinah terus berhenti meminum minuman tersebut.
  
Di sini, sejarah gagal untuk memberi contoh akan kepatuhan kepada undang-undang secara spontan.
  
Malah, berjuta-juta dolar dibelanjakan di Amerika Syarikat untuk menjelaskan kepada masyarakat akan kesan buruk daripada arak itu sendiri.
  
Satu propaganda besar-besaran telah dilancarkan untuk tujuan tersebut. Dengan sambutan masyarakat, satu pembaharuan telah dibuat di dalam undang-undang Amerika Syarikat untuk meluluskan satu undang-undang mengharamkan arak.
  
Tetapi keesokan harinya masyarakat meminum pula minuman lain yang beracun dan berbahaya. Perbuatan ini merebak dengan cepatnya di mana akhirnya undang-undang pengharaman arak tadi terpaksa ditarik balik.
  
Jadi, marilah kita membuat perbandingan ke atas dua keadaan yang berlaku tadi. Pertamanya, di mana arahan yang dikeluarkan telah dipatuhi dengan serta-merta.
  
Keduanya di mana satu undang-undang telah digubal setelah satu perbelanjaan dan propaganda yang besar dijalankan yang disokong oleh masyarakat tetapi akhirnya mereka juga yang melanggarnya.
  
Ini jelas menunjukkan bahawa asas pada satu-satunya sistem pemerintahan adalah terletak kepada keimanan dan akhlak yang mulia.
  
Jika kedua-dua asas ini tidak ada, maka satu-satu sistem pemerintahan itu tidak akan berjaya, walaupun undang-undang itu telah digubal dengan baik.
August 30, 2022
3 Safar 1444: 'Merdeka' (free one's self) from practicing favoritism (U)
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
'Aisha narrated this hadith: "Usama approached the Prophet on behalf of a woman (who had committed theft). The Prophet said, 'The people before you were destroyed because they used to inflict the legal punishments on the poor and forgive the rich. By Him in Whose Hand my soul is! If Fatima (the daughter of the Prophet ) did that (i.e. stole), I would cut off her hand'." (Sahih Bukhari)
  
AT the height of the conquest of Persia, the Muslim general, Sa'ad ibn Waqqass carried out Caliph Umar Al-Khattab's will and sent Rustum (or Rustam), the Persian great general, a number of his companions lead by Asim ibn Amir to call him to follow Islam and Allah's path.
The conversation between them and the Persian leader lasted long. Finally they ended their talk by telling him, "Allah has chosen us to turn whom He chooses of His creatures from paganism to monotheism, from the narrowness of life to its freedom, from ruler's injustice to Islam's fairness. Whoever accepts our offer, we will leave him alone and will refrain from hurting him. Whoever fights us, we will fight him until we fulfil Allah's promise."
During our country's one month 'Merdeka' celebration (until 16th September), I heard several 'ustaz' (religious teacher) discussing the points elaborated by Asim to Rustum to define the meaning of 'merdeka' (freedom). It was regarding 'transforming' people from paganism to monotheism, from the narrowness of life to freedom and from ruler's injustice to Islam fairness.
In Islam, each of us is equal in the eyes of Allah SWT. There is no difference between a rich and a poor man. Yes, only 'takwa' (fear of Allah) differenciate people for He had said in the Qur'an: "O mankind! We have created you from a male and female, and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honourable of you with Allah is that who has At-Taqwa. Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware." - (Surah Al-Hujurat, verse 13)
I prefer to discuss the topic on fairness ('merdeka' from practicing favoritism) based on the hajj 'manasik' (rites and ceremonies performed at hajj); well our pilgrims are back and are in the best mood to perform their obligations and duties in Islam.
In the meeting with Rustum, Asim was quoted as saying: "Allah has chosen us to turn whom He chooses of His creatures from paganism to monotheism..." then hajj is about 'returning to your source - the hajj is not a journey of going (to Makkah); it is a journey of returning. The pilgrim is not going to Makkah, he is returning to his source, Allah The source of Everything. (Hajj of the Heart, Orina)
It noted that "we are from Adam (peace be upon him - a.s.), he was from 'Jannah' (heaven), and it is where we are heading, 'insya-Allah' (God willing). The hajj is a reminder of 'heading home'; it is recognizing our true origin."
The road to His paradise should be open and available to all (perhaps that's why Asim insisted that Rustum give way because he was the stumbling block of his people from accepting Islam) by saying "whoever accepts our offer, we will leave him alone and will refrain from hurting him. Whoever fights us, we will fight him until we fulfil Allah's promise."
So in my opinion 'merdeka' means that we are free to practice all our religions obligations and as Muslims we have the rights to implement all of Allah SWT commands including hudud law (because it is mention in the Qur'an) and preventing ‘mungkar’ (sins). Having reservation on any of Allah SWT’s commands is a clear violation of our oath, the ‘syahadah’, that we will submit and obey all of Allah SWT’s commands.
Some scholars even say having such an attitude will nullify our ‘syahadah’ and is sufficient to make a person ‘kafir’ (a non-believer). And Allah SWT has given us warning on this matter in Ayah 85 Surah al-Baqarah (...Believe ye in part of the Scripture and disbelive ye in part thereof?...)where Allah SWT warns us not to become like the Children of Israel who disobey some of Allah SWT’s commandments in the Taurah.
Muslims should be reminded that they would lead a meaningless and ruined life unless they are guided by the Qur’an, the world of God. But are our lives truly guided by the Qur’an; from the moment we wake up from bed in the early morning till we are in bed again at night are all our actions in acordance to the Qur’an?
Or are we good in taking what we think are good to us and ignoring what we feel bad? In that Ayah 85 of the Surah al-Baqarah Allah warns us, that to accept some part of the Qur’an and to reject some is to reject all of it. There is no room for partial acceptance in your relationship with the Qur’an; there cannot logical be.
The 'big' question is why are we practicing 'favoritisme' in implementing the words of Allah SWT. Ooo Allah, please forgive us for this; we had being cruel to ourselves. We are the 'great liars' - we are actually the great 'favoritisme practitioner', instead we are pointing our fingers at others!
Have a good look at Ayah (Ayat) 178 and 183 of Surah Al-Baqarah (Cow); why we fully accepted God’s commandments regarding fasting but we were reluctant to his laws of ‘qisas’. Ayah 183 reads; “O ye who believe! Fasing is prescribed for you, even as it was prescribed for those before you that ye may ward off (evil),” while Ayah 178 reads; “O ye who believe! Retalation is prescribed for you in the matter of the murdered; the freeman for the freeman, and the slave for the slave, and the female for the female. And for him who is forgiven somewhat by his (injured) brother, prosecution according to usage and payment unto him in kindness. This is an alleviation and a mercy from your Lord. He who transgresseth after this will have a painfull doom.” (The Meaning of the Glorious Qu’an, translation by Muhammad Marmaduke Pickthall)
Unfortunately we are now leading a secular life; our country, our societies and our families were not governed by His laws. We were placing man’s made laws (whats more they were enemies of Allah SWT) in number one position; thus pushing Allah SWT’s laws aside.
All Muslims should keep in line with the teaching of the Prophet (pbuh) at all times for Allah SWT says: “Verily, Allah enjoins Al-Adl (i.e. to be consistent in performing your duties to Allah SWT, and giving (help) to kin, and forbidden Al-Fahsha (i.e. all evil deeds) and Al-Munkar (i.e. all kinds of oppression).
“He admonishes you that you may take heed. And fulfill the Covenant of Allah (SWT) when you covenanted, and break not the oaths after you have confirmed them – and indeed you have appointed Allah SWT your surety. Verily, Allah knows what you do.” (An-Nahl: 90-91)
‘Hajjis’ and ‘hajjas’ are ambassadors of good faith; they are highly respected and are look upon as examples in society. In the Holy Land, almost all pilgrims put in practice all the basic principles of Islam such as fairness and equality and avoid favoritisme.
For example when pilgrims are in the state of 'ihram' - it is a powerful reminder that wealth, power and status have no meaning in their movement in the direction of Allah The Merciful. All stand as equals in the hajj.
In the Holy Land, almost all ‘hajjis’ and ‘hajjas’ follow strictly the word of Allah The Greatest (SWT) and the Prophet (s.a.w.) in order to be rewarded ‘hajji mabrur’ (hajj that would be accepted by Allah SWT and the reward which is none other than ‘jannah’, but sadly upon returning home, some come go back to their old ways.
If during ‘hajj’, they follow word by word whatever penned down and instructed in hajj guidebooks, but in life they fail to adhere to the greatest manual given by Allah SWT to human beings, that is the Qur’an. We tend to adhere to some orders of Allah SWT but fail to practice in life His law such as ‘hudud’. We should know that our lives will remain meaningless and ruined unless they are guided by the Qur’an, the word of God.
So, what's the way out or the solution to all of our problems including the rampant practice of selectiveness where nowadays Muslims are not only being prosecuted in foreign lands by non-Muslims but also in Muslims dominated countries such as Egypt and Syria by leaders who claimed to be Muslims?
The answer is return to the words of Allah SWT and His final Prophet, Muhammad s.a.w. Surrender only to Him; only He could provide us the way out as mention in the 'talbiyah' chanted by hajj pilgrims: Labbayk, Allahumma, Labbayk, Labbayk, La Shareeka laka, Labbayk Innal-hamda wan n’mata laka wal-mulk, La shareekala – (Here I am at Your service, O Lord here I am, No partner do You have, Here I am, Truly the praise and the favour is Yours and the dominion. No partner do You have).
Remember what Asim ibn Amir had told Rustum: "Allah has chosen us to turn whom He chooses of His creatures from paganism to monotheism, from the narrowness of life to its freedom, from ruler's injustice to Islam's fairness." Well this simplifies the meaning of 'Merdeka'!
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
 - 2 followers
 

