Roslan Hamid's Blog, page 204

May 15, 2011

Kalau padi (angin) katakan padi (angin), tidaklah saya tertampi-tampi…

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)." (Al-A'raaf Ayat 170)
***

BERSAWAH…sebutannya mudah, tetapi hanya orang yang pernah bersawah sahaja yang tahu betapa beratnya kerja-kerja di bendang. Daripada membersihkan petak sawah, menyediakan petak semaian, kemudian mencabut anak padi dan kemudian mengubahnya ke petak sawah, meracun dan merumput sambil menunggu padi membesar dan apabila padi sudah masak, memotong dan membantingnya seterusnya memikulnya ke rumah untuk dianginkan dan kemudian dijemur sebelum disimpan dalam gubuk – demikianlah antara kerja yang pernah saya lakukan ketika membantu ibu bapa mengerjakan sawah ketika saya kecil dulu.

Kali terakhir saya terbabit dalam kerja-kerja membantu ibu dan bapa di sawah adalah pada 1977 ketika saya di tingkatan tiga kerana pada tahun-tahun selepas itu orang kampung saya tidak lagi bersawah. Sawah yang terletak di pinggir Bandar Melaka itu telah ditinggalkan, bertahun-tahun lamanya kawasan sawah hanya dipenuhi rumput dan menerung; saya dengar antara sebabnya kerana kesukaran dari segi pengairan namun yang paling kuat hujahnya – anak-anak muda tidak berminat lagi dalam bidang pertanian, mereka mula bekerja kilang yang semakin banyak didirikan di kawasan perindustrian Batu Berendam dan Ayer Keroh.

Saya mula mengenal sawah dan berendam dengan airnya sejak berusia sembilan tahun. Pada musim bersawah, kerja-kerja awal adalah membajak sawah. Ini dilakukan traktor pembajak. Tugas saya adik beradik adalah mengangkat rumput-rumput yang sudah dibajak itu untuk dipupukkan di atas batas (ban). Kerjanya sungguh berat apatah lagi jika sawah itu sudah lama dibajak, rumput-rumput mula hidup. Bekerja di bawah sinaran mentari yang terik boleh membuatkan mata berpinar-pinar tetapi entahlah pada zaman kanak-kanak saya tidak peduli itu semua – saya rasa keseronokan apabila berjaya membersihkan sepetak dua, melihat sawah yang sudah bersih dengan airnya beralun-alun lembut dihembus angin bagaikan hiburan yang sungguh melekakan.

Tentunya di ruangan yang terhad ini tidak dapat diceritakan semua pengalaman saya menanam padi tetapi ada satu peristiwa yang saya akan ingat sampai bila-bila. Suatu hari berlaku hujan lebat. Pada petangnya selepas hujan berhenti, ibu suruh saya menjenguk sawah. Sebaik sampai terkejut besar saya melihat sebahagian daripada sebuah batas sudah runtuh. Air yang mengalir deras membadai anak-anak rumpun padi yang baru ditanam di situ (selepas diubah). Saya lihat ada rumpun yang sudah tercabut kerana kuatnya air yang mengalir.

Dengan segala kekuatan seorang budak berusia 10 tahun, saya pun mengangkat tanah dan lumpur untuk dengan membaiki batas yang runtuh itu. Disebabkan aliran air sungguh deras, usaha saya itu nampaknya sia-sia saja. Air terus membuak-buak menuju petak sawah; banyak rumpun padi sudah tercabut.

Mengapa menggunakan tangan, bukanlah lebih baik menggunakan cangkul bagi membongkah tanah seterusnya menambak bahagian yang runtuh itu, fikir saya. Saya mula bekerja keras, penatnya usahlah cerita. Namun ia membuahkan hasil, akhirnya saya dapat mengepang air sehingga tidak mengalir lagi. Saya tersadai di atas batas kepenatan, sayup-sayup kedengaran azan maghrib berkumandang; tidak sedar sudah berjam-jam saya membaiki batas yang runtuh itu.

Sebenarnya cerita saya bersawah ini mahu saya kaitkan dengan satu e-mel yang baru saya terima daripada seorang pembaca (biarlah namanya dirahsiakan) yang menulis: "Assalamualaikum, Saudara LanH. Saya salah seorang daripada ribuan pembaca yang selalu tidak' miss' untuk mengikuti rencana saudara dalam Harakah. Tahniah kerana begitu bernas.Kalau ada kesempatan saudara tulislah pula isu benih padi kerana penggunanya adalah petani-petani di seluruh negara. Benih padi hari ini bukan berkualiti sangat. Maknanya ada padi angin. Padi angin ini akan jejaskan hasil kerana sebelum tuai sudah luruh walau banyak dah komplen.

"Komplen daripada petani tapi tak ada yang nak membela. Sudahnya hasil tuaian kurang. Petani disalahkan kerana tidak jaga tanaman. Isu padi angin ini apabila dicerita akan jadi macam bangau oh bangau. Kasihan petani. Sekarang kerajaan buat sistem kuota kepada syarikat pengeluar. Benih lagilah teruk kualitinya Sebab nak penuhkan kuota ada syarikat pakai cincai je keluarkan benih.

"Mana boleh komplen banyak-banyak kerana ada juga yang syarikat pengeluar tu kroni menteri (ni ramai petani tahu). Tanya petani Selangor /Kedah semua boleh jawab. Apabila komplen kepada syarikat pengeluar dia orang kata Jabatan Pertanian yang lulus. Jabatan Pertanian mana boleh terima komplen, mereka mula panas. Apabila ada aduan tak mahu percaya. Sayang saya tak pandai menulis macam saudara. Saya harap saudara oleh bantu. Sekian terima kasih."

Apabila menerima e-mel ini saya cuba-cubalah menghubungi dan menanyakan pegawai Jabatan Pertanian. Namun gagal mendapat sebarang respons. Saya kemudian membuka pencarian internet bagi memahami perkara ini. Dalam blog rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (moa-gov.my) ada laporan menyatakan benih padi baru dijangka atasi kerugian hampir RM100 juta akibat padi angin.

Dua jenis benih padi baru kini dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) iaitu MR220CL1 dan MR220CL2 itu adalah hasil penyelidikan hampir tujuh tahun oleh Mardi dan sebuah syarikat bahan kimia, BASF. Benih MR220CL1 dan MR220CL2 ini akan ditanam di kawasan Felcra di Perak dan akan diguna di seluruh negara sekiranya hasil padi agensi padi itu meningkat.

Walaupun bergelumang di sawah padi ketika kecil dulu, saya tidak tahu apa itu padi angin. Dulu benih padi disemai di tapak semaian, sudah besar baru dipindahkan ke petak sawah tetapi sekarang kebanyakan petani menggunakan kaedah tabur. Bagi memahami masalah ini saya meneruskan pencarian dan berhasil menemui masalah padi angin ini dalam blog Ozzy di ozzy2u.blogspot.com.

Antara lain Ozzy menulis: "Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha sawah padi adalah serangan tumbuhan yang digelar padi angin.Padi angin ini tidak diketahui daripada mana puncanya, akan tumbuh dan merosakkan pokok padi yang sebenar.

"Bagi pengusaha sawah padi mereka beranggapan padi angin adalah ancaman terbesar yang mengakibatkan mereka mengalami kerugian yang sangat besar berbanding dengan serangan dari haiwan perosak seperti tikus dan siput gondang.Masalah ini menyebabkan ramai antara mereka yang mengeluh dan tidak kurang juga yang mula sudah putus asa untuk meneruskan penanaman selagi masalah ini tidak dapat diatasi.

"Apakah yang dikatakan padi angin. Sebelum ini aku juga tidak tahu menahu tentang masalah ini tetapi ketika berbual dengan saudaraku di kampung barulah aku tahu tentang perkara ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun dulu. Padi angin adalah padi yang tiba-tiba tumbuh di samping padi sebenar yang kita tanam. Padi angin juga mengeluarkan hasil/biji padi tetapi hasil tersebut hanya berbentuk seperti hampas padi dan mudah terlerai apabila disentuh atau ditiup angin. Apabila padi yang ditanam hampir masak dan tiba waktu untuk menuai, padi angin ini hampir kesemuanya atau sekitar 90 peratus akan gugur dengan sendirinya.

"Hasil penyelidikan oleh pihak Jabatan Pertanian pula mereka mendakwa padi angin ini terbentuk dari pada campuran/kacukan padi liar dengan padi sebenar. Padi liar ini dikatakan telah tersebar sejak sekian lama sekitar tahun 80-an namun jumlahnya agak terkawal tidak seperti apa yang dialami oleh petani sekarang ini."

Saya tidak memahami mengapa padi angin menjadi isu sehingga membaca laporan Selangorkini bertarikh 20 Disember lalu dengan tajuk 'Noh cuba lari daripada isu sebenar petani'.

SHAH ALAM, 20 Dis (2010) - Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar lari daripada menjawab persoalan sebenar yang membelenggu para pesawah di kawasan Tanjong Karang.

Dihubungi TVSelangor, Yaakob menjelaskan isu yang disuarakan pesawah dalam akhbar Selangorkini sebelum ini ialah berkaitan benih padi yang kurang berkualiti sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian kerana hasil tanaman rosak akibat padi angin.

Pembekalan benih padi yang dahulunya dikendalikan Jabatan Pertanian diserah kepada syarikat swasta yang dimiliki oleh Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang yang tidak mampu membekalkan benih padi berkualiti kepada petani.

Yaakob berkata demikian bagi mengulas reaksi Noh Omar mengenai isu tersebut di akhbar Sinar Harian, seolah-olah cuba mengalih tumpuan pembaca dengan mencabar kerajaan negeri membeli hasil padi petani.

Sebaliknya, para petani merungut hasil padi kurang akibat benih padi yang diterima kurang berkualiti, malah turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertanian menswastakan Skim Penanaman Benih Padi atau SPBP.

"Noh tidak menjawab isu sebenar, isu yang dibangkitkan oleh petani ialah berkaitan isu benih padi yang diswastakan oleh kementerian kepada sebuah syarikat, maknanya ia telah memonopoli pembekalan benih padi di kawasan Tanjung Karang dan Sabak Bernam," katanya.

Jadi isu padi angin sebenarnya besar di kalangan petani, itulah sebabnya pembaca prihatin itu meminta saya menulis mengenainya. Namun disebabkan kedangkalan ilmu dan maklumat, tidaklah berdaya saya membentangkan isu ini dengan bernas.

Namun saya teringatkan pantun ini yang mungkin boleh meredakan sedikit keadaan:

Kalau padi (angin) katakan padi (angin),
Tidak saya tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Tidaklah saya ternanti-nanti.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2011 21:50

May 14, 2011

Menuju kampung akhirat; kurangilah beban duniamu...

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan demikian (pula)Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (Al-Baqarah: 143)

***
SEKARANG ini sesekali saya duduk-duduk bersama-sama orang tasawuf, orang tarikat. Suatu hari terkesan saya dengan pandangan ini: "Semakin meningkat usia kita (terutama yang sudah memasuki usia tua, mulai 50 tahun) kurangkan beban memburu dunia sebaliknya meningkatkan amalan untuk ke alam sana."

Teringat saya kata-kata hikmat yang ditulis oleh seorang ahli pondok: "Walau banyak mana pun harta yang kamu kumpulkan di muka bumi ini, suatu hari nanti akan musnah jua hartamu itu hinggalah kamu masuk ke perut bumi. Sebagaimana kamu bermegah melakukan maksiat di muka bumi ini, maka suatu hari nanti kamu tetap akan diazab dalam perut bumi."

Beliau melanjutkan dengan berkata: "Walau bagaimanpun kamu berlagak dan bertakabur di atas muka bumi ini, suatu hari nanti kamu tetap akan dihina dalam perut bumi. Sebagaimana kamu bermegah dengan memakan dan minum minuman haram, suatu hari nanti tubuhmu tetap akan menjadi makanan ulat."

Ya, sesungguhnya jarak masa kehidupan sekarang ini (berada di atas bumi) dengan berada di bawahnya (memasuki kubur) tersangat dekat, tetapi kebanyakan orang tidak mempedulikannya, mereka dibuai kelekaan untuk memperbanyak habuan dunia seperti harta benda, pangkat dan kuasa. Dalam mengejar impian ini, mereka tidak peduli sama ada perlu memijak kawan dan juga lawan malah sehingga sanggup menikam kawan dari belakang termasuklah melakukan fitnah. Hal inilah yang berleluasa sekarang ini.

Seorang bijak pandai pula mengandaikan perjalanan kehidupan ini bagaikan kembara ke puncak gunung. Di kaki gunung (sebelum memulakan pendakian), tentulah beban kita banyak (misalnya makanan, minuman dan pelbagai peralatan) tetapi semakin tinggi dakian kita, bebanan semakin berkurangan kerana sebahagian makanan sudah dihabiskan sehinggalah sampai ke puncak gunung beban dipikul hampir habis; tetapi hal sebaliknya berlaku kepada sebahagian besar manusia.

Selain memikul bebanan yang berat, mereka mengutip sisa-sisa di sepanjang laluan menjadikan perjalanan mereka semakin lama semakin sukar. Mereka sendiri menggalas beban yang tidak diperlukan malah ada yang memikul peti sejuk untuk ke puncak gunung yang bersalji. Cuba kita teliti kehidupan kita, apakah kita sudah rasa memadai dengan apa yang kita ada? Malah ada hadis yang menyebut jika kita ada dua buah lembah emas, kita rasa itu tidak memadai, kita mahu lembah ketiga dan seterusnya.

Demikianlah perjalanan kehidupan yang meletihkan. Peluang hidup disia-siakan, dihabiskan semata-mata bagi mengumpul harta, dinar dan emas perak yang semuanya tidak laku apabila sampai di puncak gunung nanti (matilah).

Apabila emas, perak, pangkat dan kuasa menjadi buruan, berleluasalah gejala sosial yang maha hebat sekarang ini. Masyarakat sudah teruk, bahana keruntuhan institusi keluarga sudah dirasai dengan meningkatnya kes bunuh, bunuh diri, penderaan, zina, pembuangan bayi dan aneka maksiat lain.

Itulah kawan fikir saya pada majlis tasawuf berkenaan berkata, semakin meningkatnya usia kita yang menghampiri kematian, kurangkanlah sedikit demi sedikit kelazatan dunia sebaliknya tingkatkan amalan ke alam sana sehingga apabila hampir 'yakin' (mati), dunia dapat kita tinggalkan dengan reda dengan keberuntungan akhirat seolah-olah sudah memanggil-manggil kita!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2011 19:01

May 11, 2011

'Menjolok bulan dipagar bintang'

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang)dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh, iaitu orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan." (Surah al-Baqarah Ayat 178)
***

PELAWAAN Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak agar PAS bekerjasama dengan Umno kononnya bagi bersama-sama memperjuangkan Islam tetapi pada masa yang sama meninggalkan gabungannya dalam Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) adalah ibarat cubaan menjolok bulan dipagar bintang.

Bulan (PAS) kini hampir mengambang penuh (bulat dan terang menjelang malam ke-15 di dada langit) tetapi pada masa sama ia dipagar bintang (DAP yang berlambangkan roket dan PKR yang berlambangkan bukaan mata penuh).

Kini Umno termasuk pemimpin tertingginya Najib dan media massa tunggangannya giat membicarakan perpaduan orang Melayu melalui kerjasama Umno-PAS. Berdasarkan senario semasa, hakikatnya Umno cemas kerana tidak yakin komponen Barisan Nasional (BN) mampu menduduki singahsana Putrajaya sehingga sanggup bermandi darah apabila diadakan pilihan raya umum ke-13.

Umno dan sekutunya kini di ambang tergelincir daripada kuasa. Perit hilang kuasa di Selangor, Perak (dirampas kembali secara tidak bermoral), Kedah dan Pulau Pinang masih terasa, jika hilang kuasa Putrajaya tentu mereka akan merana.

Kapal Umno hampir karam, bagi menyelamatkan diri ia mahu memaut bahu PAS. Umno mahu menjolok bulan (PAS). Hajat Umno, kalau dia tenggelam biarlah dia mati bersama PAS. Biarlah mati bersama-sama, barulah puas Umno.

Umno lihat sekarang ini PAS sudah senang dengan rakan Pakatannya - PKR dan DAP. Ini yang tidak disenanginya. Dia yang hampir karam mahu PAS sama-sama karam. Itulah sekarang ini dia (Umno) senang melihat kerajaan Selangor susah dalam menghadapi isu-isu rekaannya.

Untuk mengetahui betapa zalimnya Umno ke atas PAS tanyalah orang veteran PAS seperti Mursyidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sudah 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan. Dalam isu terbaru, royalti minyak Kelantan jelas akan sikap curang pemimpin Umno.

Jika Umno tidak mahu berubah, amat-amatilah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 170, yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,' mereka menjawab: '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.' "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"

Sejarah mencatat betapa teruknya penganiayaan Umno sesama Melayu. Institusi pendidikan Islam seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (SAR) mereka mahu hancurkan. Pada ketika institusi ini berkembang dan semakin berpengaruh untuk melahirkan bibit-bibit yang dapat menyambung perjuangan menegakkan Islam, mereka dicantas dan dilumpuhkan.

Mengapa pemimpin Melayu Umno begitu berkobar-kobar untuk meruntuhkan institusi yang memberi begitu banyak manfaat kepada orang Islam/Melayu sedangkan mereka 'berkokok' kononnya memperjuang nasib orang Melayu pada setiap kali perhimpunan agung parti Melayu terbesar di dunia.

Bukankah Pasti ini salah satu institusi orang Islam/Melayu? Jika mahu runtuh dan hancurkan 'harta orang Melayu' sendiri, ia menunjukkan betapa besar perasaan hasad sesetengah pemimpin Melayu Umno.

Kezaliman pemimpin Melayu Umno ketara apabila peniaga kecil Melayu di tepi-tepi jalan sering diusir, rumah setinggan Melayu kerap diroboh, tanah orang Melayu sering kali diambil dengan alasan ia untuk dimajukan dan anak-anak orang Melayu yang tidak menyokong 'parti Melayu terbesar di dunia' dinafikan hak untuk mendapat bantuan pengajian dan juga peluang pekerjaan serta tender.

Pemimpin Melayu Umno jugalah yang menghancurkan masa depan bahasa orang Melayu seperti memperkenalkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedangkan pada masa yang sama mereka mendakwa sebagai pendaulat bahasa.

Selagi pemimpin Umno tidak mengakhiri kezaliman sesama Melayu ini dan kembali kepada Islam yang syumul, selagi itu Melayu berpecah. Apabila kapal sendiri mahu tenggelam, usah dicuba menjolok bulan pula. Ia kini kukuh dipagar bintang.

Perpaduan Melayu hanya akan terlaksana dengan berpegang kepada tali Allah. Dalam al-Quran (Surah Ali Imran 3:103) Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Dan berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."

Jadi kembalilah kepada Islam seluruhnya; "berpeganglah kamu semua kepada tali agama Allah." Inilah pra-syarat kepada perpaduan Melayu/Islam, jika tidak, akan berpecahlah orang Melayu sedangkan ayat Quran tadi disambung dengan "janganlah kamu bercerai-berai." Demikianlah dengan mengamalkan Islam sepenuhnya akan menyelamatkan Melayu, insya-Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2011 20:43

May 10, 2011

Live a simple, happy and rewarding life

***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
The Opening

In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate,
Praise be to God, the Sustainer of all the Worlds,
The Merciful, the Compassionate,
Lord of the Day of Judgement
Thee alone do we worship and Thee
Do we ask for help.
Guide us on the Straight Path,
The path of those on whom Thou has bestowed Thy Grace
Not of those upon whom is Thy Wrath,
Nor those who have gone astray.
Ameen. (O God! do grant us our request)

***

ON Wed, May 4, 2011 at 8:39 PM, one Asiah Md Sharif sent me this email.

"SALAM (Greetings). I'll keep this short. Last year there was an appeal for donations to help Nawawi bin Hassan, leaving for further studies in Jordan. I made my contribution but called phone number given to verify details.

"The boy appeared to keep my number. Two days ago, I got a message from him asking if I could help him again. He needs approximately RM1,600 to pay for his fees by 1 June to enable him to sit for his exams. I asked for his address but was given a Maybank account number.

"I went online to see if Maybank operates in Jordan and found out there was none. They have business in Bahrain, though. Anyway, he just texted me his address, a P. O. Box 7, Faculty of
Syariah, Mu'tah University 61621, the Hashemite Kingdom of Jordan.

"What do you think? I would like to help."

I opened my e-mail quiet late that night after having a hard day. From early morning to afternoon, I was at the Melaka Hospital to attend to the needs of my mother who has a weekly medical check up there and then rushed off to Bangi from Melaka for an appointment. I reached home at about 7.00 pm and then rushed to a masjid nearby for prayers, followed by the weekly 'tazkirah' (short sermon) by one of my favourite 'ustaz' (religious teacher).

The 'ustaz' talked on the subject about life after death. Actually our lives began after death, in this world many of us were sleeping soundly, we only realize it when we were deep inside our graves, I heard the voice of the 'ustaz' faintly and at time I dozed off because I was very sleepy.

Seeing Asiah's email, I thought I could not just ignore it. She needed a fast solution. With a very sleepy mind, I only wrote this: "Waalaikumusalam Cik/Puan Asiah. Alhamdulillah (Praise to Allah SWT), you are very kind. In your case, I am very sorry I don't have any suggestion. It's up to you, the important thing is your intention (niat), insya-Allah (God willing), Allah would rewarded you, once again sorry, and wassalam."

Yes, in everything we do, the most important thing is our 'niat'. If it is in line with what Allah The Almighty (SWT) told us to do or stay away from it, then we would happy to do it with the feeling that He would reward us. If our 'niat' (for example to help the needy only for Allah's shake) but then we realized that we were swindled in the process, just forget about it but to be extra careful in the future. In doing this we would be happy in life, insya-Allah.

Once during a bus journey, I had a good conversation with a young man who was seated next to me. He told me how he was fascinated and influenced by writings of Dale Carnegie who had produced marvelous books such as 'How to Win Friends and People'.

When I told him, Carnegie had committed suicide, he was stunned. How could such a renowned 'guru' take his own life? I too didn't know that Carnegie had committed suicide until I read a book 'Enjoy Your Life' by Dr Muhammad 'Abd Rahman Al-'Arifi (Darussalam) who among others wrote: "I contemplated and realized that the author's only goal was to attain worldly happiness.

"What if he were to have known Islam and the etiquettes it teaches? He would surely have achieved eternal as well as ephemeral happiness! How about if he were to have turned his wonderful interpersonal skills into worship, with which he would have drawn closer to Allah.

"When I later discovered that Carnegie had committed suicide, I knew for certain that his book, despite its merits, had not benefited him."

One secret to lead a happy life is to live a simple one. Enjoy a simple life, insya-Allah it would lead you to a peaceful life. The problem with us (me included) is to follow the script of the 'mad world'. A writer once wrote: "In our daily lives, we often rush through tasks, trying to get them done, trying to finish as much as we can each day, speeding along to our next destination, and then leaving so that we can go to our next destination.

"At the end of the day, we realize what madness this all is. We often become exhausted and stressed out from the grind and chaos and business of the day. We don't have time for what we really want to be doing, for spending time with loved ones, for doing things we are passionate about."

Once while I was driving, I heard a motivator on Radio IKIM said this phrase that struck deep inside my heart: "In doing good things, don't bother what other people say or think about you; in fact people are too busy about themselves, only you think bad about yourself."

She said at the age of 58, she regretted of having wasting so much time chasing for worldly pleasures and have lost those precious moments such as building love with loved ones, those near us and the human race. In fact love has no boundary; the highest is to Allah The Almighty, His Prophet Muhammad (pbuh), one's mother and father to all His creations including creatures animals and plants.

The rat race has made us what we are today. Everybody is busily chasing something, but almost all of us do not know what we are after. If it is wealth (property for example house), we would not stop after having a house, we would purse for another. If it is a car, we would not at the car we had already owned (for example a Proton Saga) but move on to own an Avanza, Mercedes and so on. If it is money, if we had already RM10,000 in our bank account, we would purse to have RM100,000 or a million ringgit.

If it is about career, we would not be satisfied at being at the clerical level. We would aim to be a CC (chief clerk) and up the ladder to be a manager. If it is about position in politics, we would not be satisfied to be only a leader in our 'kampung' (village), 'kawasan' (division) or state. We would try our best at any cost to be a top leader, perhaps a minister or even a prime minister. To be on the top, we step on and stab others.

So when all this (worldly) madness ends Ibn Abbas relates, he heard the Holy Prophet saying: "Even if there were for a man two valleys full of wealth he would aspire for a third one, and nothing would fill man's belly but dust, and Allah turns to him who turns to Allah.

The nature of the human race, they would not realize that they at the lost not until their mouths are filled with earth (they are dead). Abu Hurairah narrates that once the Holy Prophet (pbuh) said: "Let me show you the reality of this world." I requested him to do that. He took me to a place of refuse outside Medina. There I saw human skulls and bones sunk in filth with dirty rags scattered all around.

Addressing me he said: "These are human skulls that embodied brains filled with greed. These people were like many amongst you who live today. Like all of you they pinned their hopes on things worldly. These skulls are lying without skins and after a few years they will become part of the earth.

"They struggled hard to eat the spicy dishes only to swallow this filth today. The state in which they exist now cannot be tolerably seen by those who have eyes to see. The very sight of those who enjoyed the fragrance to tasty food makes you hate them.

"These dirty rags are the worn-outs of the gaudy dresses that made men proud. Now they are the mercy of winds which move them the way they like. And these are the bones of those animals that carried human beings only to make them feel proud. Anyone can shed a tear or two at the tragic end." Abu Hurairah stated that the tears welled up in his eyes and he wept bitterly.

In conclusion, lead a simple life, adhere to the teaching of the Prophet s.a.w., insya-Allah you would be contemplated and happy in life. What is more in life than to lead a meaningful one that could lead us to gain and benefited in this world and the Hereafter.

Isn't that we hoped for when we say our du'a (supplication) - Allah Humma Rabbana Aatina Fid Dunya Hasanah Wa Fil Akhirate Hasanah Wa Qina Azaban Naar. (O' Allah! Our Sovereign Lord, grant us good in this world and the world hereafter and protect us. from the torment of hell).
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2011 00:09

May 8, 2011

Henti keganasan di mana saja

***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Allah telah membeli diri dan harta orang-orang beriman dengan memberikan syurga untuk mereka." (al-Taubah 9:111)
***

Kita tertarik dengan perkembangan semasa global berhubung dakwaan Amerika Syarikat (melalui Presidennya Barack Obama) bahawa pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah dibunuh pasukan tenteranya di Pakistan dan mayatnya telah disemadikan di laut. Obama berharap dengan matinya Osama akan berakhirnya keganasan di seluruh dunia.

Ya, seperti Obama dan Amerika yang dipimpinnya, seluruh umat yang cintakan keharmonian dalam kehidupan mengharapkan tidak berlaku lagi keganasan di segenap pelosok dunia. Apabila ini dicita-citakan, kotakanlah segala apa yang diucap dan janjikan. Cermin dan teruslah melakukan muhasabah diri. Bagi Amerika terutama Presidennya, hentilah berlagak bagai polis dunia yang memaksa negara dan umat manusia mengikut nilai, kehendak nafsu, corak dan acuannya.

Apabila Amerika mahu memaksakan nilainya ke atas seluruh umat manusia, maka terjadilah keganasan yang memakan korban yang bukan sedikit. Amerika menjarah bumi Iraq sesuka hatinya, menghancurkan kerajaan Taliban Afghanistan, mendukung rejim Zionis Israel melanyak rakyat Palestin dan mutakhir ini bertindak seolah-olah mahu mengakhiri riwayat pemimpin Libya, Muammar Gaddafi; hakikatnya yang banyak terkorban adalah rakyat negara itu.

Selain rejim Washington yang berlaku ganas terhadap warga dunia ketiga terutama negara umat Islam, kuasa besar lain seperti Rusia dan China juga tidak kurang bertindak ganas terhadap warganya termasuk orang Islam yang kurang upaya. Rusia menghadapi orang Islam Chechnya bagaikan beruang lapar begitu juga China yang menzalimi umat Islam Xinjiang manakala negara kuku besi seperti Myanmar bertindak ganas dan mengusir orang Islam Rohingya dari tanah air mereka. Thailand juga bertindak begitu, peristiwa pembunuhan dekat Masjid Takbai adalah saksinya manakala kerajaan Filipina berlaku zalim kepada orang Islam di selatan negara itu.

Selain keganasan di luar negara, marilah kita rujuk hal yang sama dalam negara. Pemerintah yang diamanahkan kuasa oleh rakyat tidak wajar menggunakan instrumen kerajaan untuk bertindak ganas ke atas rakyat. Menggunakan pasukan keselamatan untuk membelasah rakyat termasuk dengan memancutkan gas pemedih mata ke atas mereka yang menuntut sedikit hak seperti gaji minimum, mempertahankan kedudukan bahasa kebangsaan, atau membantah kenaikan harga barangan asasi seperti petrol dan gula, adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.

Demikian juga berkelakuan ganas dengan memonopoli media massa bagi membunuh karektor penentang dengan menyebar fitnah adalah bayangan manusia berhati kering yang tidak ada sifat-sifat kemanusiaan. Mereka membenarkan sifat kebinatangan malah kesyaitanan hidup subur dalam jiwa mereka, lantas bertindak ganas untuk terus berkuasa dulu, kini dan selamanya.

Dalam rumah tangga pula, ada suami mengganasi isteri; ada isteri mendera suami termasuk menyimbah asid malah yang sampai membunuh pula, manakala ada ibu bapa mendera anak dan ada juga anak yang mendera ibu bapa mereka termasuk yang sudah tua.

Kita menyeru agar dihentikan semua keganasan ini, agar keharmonian dapat dikembalikan di dunia. Marilah kita semua kembali merujuk contoh yang ditunjukkan oleh junjungan Rasulullah s.a.w. yang diiktiraf sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam.

Rasulullah s.a.w. lahir pada zaman kemuncak keganasan (jahiliah). Bunuh membunuh, tindas menindas adalah amalan lumrah pada masa itu. Namun syiar Islam telah merobek-robek segala keganasan ini, maka terpancarlah cahaya keamanan dari Timur dan Barat. Pada kemuncak kekuasaan Islam, diriwayatkan orang perempuan pun boleh melakukan safar yang aman dari Baghdad ke Makkah.

Tentunya rahsia keamanan ini adalah pegangan yang kukuh kepada ajaran Rasulullah s.a.w. Namun pada hari ini umat Islam yang berjumlah lebih dua billion itu tidak yakin untuk mengamalkan Islam sepenuhnya. Sekalipun ramai, mereka yang bagaikan buih-buih di lautan itu tiada kekuatan untuk menghadapi keganasan yang dihadapkan ke atas mereka.

Berdasarkan situasi memilukan ini, marilah kita mengkoreksi diri, memastikan diri kita, keluarga kita dan seterusnya masyarakat dan negara kita berada di jalan-Nya yang lurus, sekali gus selamat daripada keganasan dan kejahatan syaitan daripada kalangan jin dan manusia.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2011 09:55

May 5, 2011

Ada perangai orang British wajar dicontohi

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Maksud Surah Ar-Rum: 21)

***
PERKAHWINAN pewaris taktha Britain, Putera William dan Kate Middleton dilaporkan ditonton dua bilion peminat di seluruh dunia. Mungkin sesetengah orang dapat ilham menyaksikan betapa berbudaya, kemas dan protokolnya pihak Istana dan kerajaan British dalam meraikan majlis perkahwinan ini yang mengundang hampir semua raja atau wakil mereka dari seluruh pelosok dunia.

Penonton dari rantau Asia Tenggara pasti teruja melihat siaran menunjukkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong serta Permaisuri Agong dan Sultan serta Permaisuri Brunei kerana kedua-dua wanita tersebut bertudung litup.

Orang British terkenal dengan stail dan gaya mereka. Mereka mempertahankan tradisi dan budaya termasuklah dari segi penampilan (berpakaian) bercakap dan bergaya penuh sopan, namun mungkinkah ini benar bagi generasi lama, semakin lama semakin pudar di kalangan golongan muda?

Ketika mengunjungi Britain tidak lama dulu, saya dapati apa yang didakwa sebagai stail dan sifat sopan santun orang British memanglah benar dan bukan dibuat-buat. Ketika sampai di Lapangan Terbang Manchester, seorang pegawai imigresen 'mat salih' dengan penuh sopan mengalu-alukan kedatangan saya. Malah dia sempat membuat lawak, membuatkan saya cepat rasa selesa walaupun berada di sebuah negara asing.

Keceriaan ini sukar saya ditemui di lapangan terbang antarabangsa lain. Di Moscow, pegawainya masam mencuka, di Teheran juga begitu, dan yang paling mendukacita pegawai imigresen di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di Jeddah yang bekerja seolah-olah tiada manusia di depan mereka. Mungkinkah mereka tidak ada perasaan sesama manusia (human contact) kerana sudah terlalu terbeban bekerja menguruskan kemasukan jemaah haji dan umrah yang jutaan orang itu?

Orang British penuh protokol walaupun di kalangan orang awam dan di tempat awam pula. Misalnya untuk menaiki bas, penumpang beratur; demikian juga di kuanter-kuanter bayaran di pasar raya.

Pernah suatu ketika, saya yang sudah berada di kaunter untuk membayar dua helai kemeja diminta kasyier kembali ke tempat saya mengambil barangan itu kerana katanya saya perlu mendapat satu baju 'free'. "Bolehkah saya tidak mengambil baju itu?" tanya saya yang malas ke tempat asal.

Jawapannya tidak boleh, kalau sudah dibagi 'free' kena ambil, tidak boleh tidak ambil. Demikian 'ketat' undang-undang di sini, kalau katanya sudah bagi 'free', kena ambil, tidak ambil sudah menjadi satu kesalahan. Maka terpaksalah saya ke tempat berkenaan yang agak jauh dan apabila kembali terus ke kaunter bayaran, memotong barisan panjang pembeli.

Mereka yang beratur itu memandang saya semacam saja, rasanya bagai mahu ditelan-telannya saya. Tetapi saya buat selamba, nasib baiklah si kasyier cepat-cepat menerima baju saya dan membereskan urusan saya dengan segera. Kalau tak malulah saya, kerana terpaksa beratur di belakang 'mat-mat salih' yang masam mencuka.

Menaiki pengangkutan awam juga pengalaman mengujakan. Ketika mahu menaiki bas National Express di stesen bas Manchester ke London, pemandu bas bertopi mengalu-alukan kedatangan dengan mengucapkan selamat siang. Di tanah air sudah ratusan malahan ribuan kali saya menaiki bas ekspres, tidak pernah pemandu mengucapkan selamat kepada saya apatah lagi memberi salam.

Bas bertolak tepat pada masanya dan paling menakjubkan tiba di destinasi pada waktu yang tertera di tiket. Bas itu bertolak tepat 11.00 pagi dan tiba di stesen Victoria, London jam 4.30 petang seperti dijanjikan! Mungkinkah orang British sangat menghargai dan menjaga masa manakala janjinya tepat – kamu bayar dan kami sediakan perkhidmatan sama seperti dijanjikan.

Pengumuman yang dibuat dalam pengangkutan awam juga menarik perhatian saya. Suara 'British accent' (sebutan British) yang lembut terngiang-ngiang di kepala. Bagi orang awam pula, mereka tidak lokek dengan istilah seperti 'excuse me' (minta maaf) ketika terbersin dan batuk dan 'thank you' (terima kasih).

Tandas awamnya pun bersih, walaupun tidak ada bekalan air untuk dibuat 'cebuk' seperti di tanah air.

Stail orang British di meja makan restoran juga menarik perhatian saya. Mereka, terutama golongan tua boleh duduk lama-lama di meja sambil menikmati secawan kopi atau teh sambil berbual-bual panjang. Mereka minum sikit-sikit (sipping), mungkin merasai dan kenikmati keenakan kopi atau teh agaknya. Mereka tidak terburu-buru seperti sesetengah orang kita, menggogop dengan kasar dan cepat-cepat beredar.

Orang British ada stail atau seni sekalipun sedang makan. Mereka makan perlahan lahan, gigit sedikit-sedikit dan kunyah lama-lama. Sekalipun kita fikir mereka menghabiskan banyak masa di meja makan, sebenarnya inilah cara terbaik menikmati sesuatu hidangan. Makan dengan perlahan-lahan dan penuh nikmat, itulah antara pembawa kebahagiaan dalam kehidupan.

Berdasarkan pengalaman singkat melihatkan betapa stail dan bergayanya orang British, mengertilah saya mengapa mereka bermatian-matian mempertahankan budaya hidup ini. Jadi tidak menghairankan jika keluarga diraja British dapat menjayakan sebuah majlis perkahwinan gilang gemilang penuh protokol gaya British yang diikuti penuh minat di seluruh dunia!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2011 19:09

May 3, 2011

'It's just good or sloppy journalism'?

***
In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
"Do not spy on one another,
nor let any of you backbite others..." (Hujurat 49:12)
***

THE third of May is World Press Freedom Day. In conjunction with this day, I would like to highlight my dream of seeing the establishment of an Islamic Journalism School comparable to Islamic Banking Studies which was unheard of some 30 or 40 years ago. I have this dream after being in the field of journalism for a quarter of a century now.

In searching about this subject, I came across a very relevant article written by Dr Eric Loo, my Journalism lecturer in UiTM in the 1980s. Currently, Eric is a senior lecturer in journalism at the School of Creative Writing and Journalism, Faculty of Creative Arts, University of Wollongong.

Eric has his own column in the online news portal Malaysiakini. His posting entitled 'Not Islamic or Western – just good or sloppy journalism' not long ago, caught my attention.

His writing was based on a Bernama article which was picked up by a newspaper in the Middle East entitled 'Malaysia proposes International Islamic Journalism Centre'. The Bernama article quoted the then Information Minister, Zainuddin Maidin claiming Western media had their agenda to belittle Islam and Muslim.

Hence, he said Malaysia suggested setting up an International Islamic Journalism centre to confront the uneasiness feeling on Islam and Muslims (Islamophobia) and to expose and train non Muslim journalist on Islam and Muslim.

Below is an extract of the article written by Dr Eric Loo entitled 'Not Islamic or Western - just good or sloppy journalism'

"Islamic journalism? Theoretically interesting. And, practicable too, if journalists of the faith know how they can offer an alternative narrative to the conflict-driven skeptical views of the world common to the secular media.

What news will 'Islamic journalism' cover that the secular media are not already offering? How will it portray worldly issues and popular culture considered to be 'haraam' (unlawful or sinful) and 'halal' (permissible)? How will an Islamic media set itself apart from the world of infidels and mega-corporate advertisers? How will it frame the concerns of citizens in a multi-religious society like ours?

These questions came to mind when I received an emailed article 'Malaysia proposes 'International Islamic Journalism Centre' published in The Middle East Times and The Journal of Turkish Weekly (May 3, 2006), which I circulated to my graduate journalism class.

The intro read: Muslim heavyweight Malaysia has proposed setting up an international Islamic journalism centre to counter mounting Islamophobia and coach non-Muslim journalists about Islam and Muslims;reported the official Bernama news agency.

The article quoted Information Minister Zainuddin Maidin as saying that Western media had an "agenda to belittle Islam and Muslims". He called on the Malaysian media to "expound our views and opinions about our culture, our society ... our religion so that others may know what Islam is really all about". This, he said, would correct what he implied was the Western media's ideological misrepresentation of the Muslim world.

Zainuddin's view, derived from a casual reading of the Western media framing of Islam with terrorism post-9/11, misses the fundamentals that drive the media - cash, contents, advertisers and audience.

Media ownership, demographic spread of the media and its audience, communications technology, literacy levels, audiences' purchasing power. These determine the basic format of the media, its contents, profitability and thus its sustainability. Islamic or Christian, Western or non-Western media - all have to deal with roughly similar fundamentals. No cash, no contents, no audience, no advertisers = no media. Let's look at the 'Islamic News Sites and Magazines' (http://www.world-newspapers.com/islam...) to see these fundamentals at play.

Alternative interpretation

Most of the Islamic newspapers share a common calling - from providing an alternative Islamic interpretation of the world to propagating Islam to unite all Muslims and ultimately re-establish a caliphate based on Islamic law.

The Hizb ut-Tahrir Islamic Party media Al-Khilafah unapologetically lays claim to this calling. A sample of its headlines read: (Accessed 05/05/07)

* Clarifying the meaning of Dar al-kufr and Dar al-Islam;

* Darfur's crisis requires a solution from Islam;

* An introduction to the Islamic Economic System;

* An introduction to the Islamic Social System

A cursory look at Al Jazeera came up with a non- (rather than an anti-) Western view of issues in the Arab world. Here's a sample of its headlines: (Accessed 03/05/07)

* Distorting Palestinian's history

* Nasrallah 'respects' Israel for damning war report

* Maliki seeks international help in Egypt

* Car bombing kills 9 US troops in Iraq

* Israel continues violations of Lebanon's airspace

Arab journalism? Maybe. Journalism specific to realities in the Arab world? Certainly, going by the story topics.

The journalism of Al-Khilafah, despite its Islamic slant, and Al Jazeera are as conventional as journalism in Africa or America as far as its package of stories and narratives on Middle-East politics go. Both are as selective in its contents and ideology as the Christian Science Monitor, Christianity Today, and other outlets from the English-speaking countries, which Zainuddin loosely lumped as 'Western'.

Islam and Christianity both defer to doing good, to serve the causes of justice and to abide by the 'Word' of truth. Just as the interfaith media outlet - among the most prominent being the Jewish publication Tikkun - which aims to "heal, repair and transform the world", can we assume that an 'Islamic' journalism will do the same? Or, in the Malaysian context to uncover corruption in the public sector, to address social injustices and institutionalized discrimination, 'to heal and repair' race relations?

Passive journalists

An 'International Islamic Journalism Centre', despite its constructive goal to educate journalists about Islam, will make no difference to a system where passive journalists are complacent with equally passive social reporting, cued by editors who are chronically beholden to the government. Passive journalists pose the severest form of threat to Malaysian media as a public trust.

Behind the fate of introducing an Islamic Journalism Center lies the critical but seldom asked question of what Malaysian journalists and their editors should consciously do to lift their act and improve their public credibility via their journalistic output and identity.

Another question is where can we draw the line between the kind of stories that Zainuddin would consider fair to the Muslim world and those that he considers damaging. Given that media operations in the Muslim world, Malaysia for instance - compared to the 'Christian' West - are heavily circumscribed by draconian laws and regulations, what is considered to be biased and fair coverage is often lost in its translation to the political sphere. Reports are only as biased as they do not meet with the political interests and entrenched biases of the accusers. Zainuddin's vacuous criticism of BBC's interview with Anwar Ibrahim represents the ridiculous extreme of the media bias argument.

Imagine what Malaysian journalists would write about if the press laws were thrown out the window today? They'd be like birds flying free for the first time - exposing intellectually-challenged politicians undeserving of their public office.

Bad journalism happens when journalists lack the clout, resources or inclination to investigate into public interest issues. Where a newspaper will pull an opinion column by a senior journalist who strays from the sycophantic newsroom culture, and where critical commentaries on Malaysian affairs by Malaysian writers residing overseas are considered inappropriate for publication - indeed, that kills the newsroom morale. Where bad journalism festers, good journalism dies.

Local press organizations, university journalism courses and media studies center have failed to advocate for higher standards of reporting. We deserve the media we get. On a more positive note, the gap is fast being filled by online media sites and professional bloggers - many of whom are former journalists disillusioned with the mainstream media.

The National Alliance of Bloggers (NAB) could just be the proverbial thorn to probe the journalistic laggards to do better and aspire to greater heights. But before one can raise standards, one has to first establish them. Which makes it imperative that the NAB soon sets out its concrete code for ethical and responsible blogging - to make a difference.

Make it a NAB principle that no blogger shall claim privilege to anonymity. No name, no say. Raise the bloggers' awareness of the tenets of good journalism. Which is, information before they are disseminated in the public sphere must first be verified and corroborated for its contextual and factual accuracy.

After all, the issue is not whether one's journalism is "Islamic" or "Western". It's just good or sloppy journalism."

------------
Dr Eric Loo summed up his article by saying - "just good or sloppy journalism." Sloppy means does not carry one's job carefully and doing the overall tasks resulting in poor results. So Eric means there are only two circumstances – good and bad journalism and there is nothing to do with 'Islamic Journalism' or 'Western Journalism'.

One interesting aspect discussed by Eric was regarding 'halal' and 'haraam'. What is halal and what is 'haraam'? A Muslim journalist should master on 'halal' and 'haraam' matters (law of fiqih or religious law). 'Halal' and 'haraam' are not regarding on food matters that are understood by some Muslims but it covers all aspects of life.

Are our Muslim journalists and owners of publications know and adhere to 'halal' and 'haraam' in their daily operations? Of course it is 'halal' to report the truth but 'haraam' to create false news. But are our mass media adhere to this? Are spinning news for one's gain is 'halal'?

Other than that, what is 'halal' and 'haraam' in the media industry? Of course publishing advertisements of halal products is encouraged but to advertise liquor is 'haraam'. To publish praying times is halal and would be rewarded for it in the Hereafter but to publish results of gambling activities such as four digit or sports toto is of course 'haraam' and would be punished by Allah SWT.

To publish an article on the bad effect and sins of exposing one's 'aurah' (parts of the body that should be covered up), would be rewarded but to publish lewd and sexy pictures of entertainers and models of course would be sinful and put oneself nearer to hell.

But this practice is common in our mass media including those headed and owned by Muslims. Almost all those in this field including journalists, writers, advertising and marketing executives know what is 'halal' and 'haraam' but why mix those 'halal' and 'haraam' things and activities?

Go and check for yourself the front cover and contents of magazines on the news stand; more than 50 percent of them portray sexy girls on their cover and many of them have sensational news items to attract readers. Malay weekend newspapers bank on sensuous news items and lewd pictures of artistes of capture readers.

Then in recent time, Malay newspapers have the guts to publish cuttings from pornographic video to fulfill their agenda and that of their masters. Its irony, these papers have easy access to school children.

If the media people who are Muslims do not care about 'halal' and 'haraam', why must the minister involved be fussy about the establishment of an International Islamic Journalism Centre and what more to train Western journalists? What are the things that ought to be 'Islamized' since our mass media too are not concerned about the teachings of Islam?

Why must we concerned about the Western 'style' (biased and so on about Islam) of reporting, talking about coaching Western journalist about Islam when own very own Muslim journalists do not care about 'halal' and 'haraam'; the important thing now is to teach and train our own journalists; if they are Muslims, to adhere to the teachings of Islam 100 percent, so that they would know what is 'halal' and 'haraam' in the media industry.

As a conclusion I am for the setting of an Islamic Journalism School (and not of an International Islamic Journalism Centre as propose by Zainuddin Maidin) where Muslims who are interested in the field of journalism be trained to be pious professionals; whether as writers, editors, reporters, photographers and so on.

So let's raise in our very own Islamic Journalism School a group of local journalists who know what is 'halal' and 'haraam' and adhere to this religious law when they are carrying their tasks. Their numbers don't matter; perhaps scores of them are enough because Sukarno once said: "Give me several determined and committed youth; they would shake the world!"

To my beloved and respected 'guru' Dr Eric Loo, you were right in pointing out about the sloppy and good journalism but your 'naughty' former student would like to add one more, nowadays we have produced too many Muslim journalists who are unIslamic in their thinking and actions.

Pardon me Sir fo acting as though I am cleverer than you. Once again pardon me Sir!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2011 16:39

May 2, 2011

Rahsia guruku asyik sebut-sebut ulama dari Lubuk Merbau…

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya." (Al-Baqarah 278)
***

SEORANG ustaz dalam kuliah mingguannya (kuliah subuh) di sebuah masjid berhampiran rumah penulis, pada permulaan pengajian selalu menyebut-menyebut dan memuji-muji akan Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi yang katanya satu-satunya ulama Melayu dari Nusantara yang kitabnya disyarahkan di Masjidilharam.

Katanya, kitab-kitab ulama bukan Arab seperti dari Pakistan dan India biasalah disyarahkan di Makkah tetapi tidak demikian dengan kitab ulama Melayu. Hanya kitab Sheikh Idris Al-Marbawi dari Alam Melayu disyarahkan di sana, katanya.

Oleh kerana setiap kali pengajian dia menyebut akan ilmuan dari Lubuk Merbau, Perak ini, saya pun mengambil inisiatif untuk mengenali beliau. Maklumlah saya yang berpendikan sekular amat jahil dalam mengenal ulama-ulama tanah air, apatah lagi yang mengarang kitab dalam bahasa Arab. Sepuluh tahun terakhir ini barulah saya kenal kitab Hikam yang disusun Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari.

Untuk mengenal kitab Sheikh Idris Al-Marbawi adalah lagi jauh, tetapi syukurlah kini saya sudah memiliki dua juzuk daripada kitab Bahru Al-Madzi (tulisan rumi). Sheikh Idris adalah satu-satunya anak Melayu yang mensyarahkan hadis-hadis yang dikumpul At-Tirmidzi yang kitabnya ada di perpustakaan terkemuka di dunia Islam termasuk di Makkah Al-Mukarramah, kata ustaz berkenaan.
Siapa Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi?

Ulama yang mengambil nama sempena kampungnya, Lubuk Merbau ini, dilahirkan di Makkah pada 1893 Masihi. Dalam usia 10 tahun beliau sudah hafal 16 juzuk al-Quran. Sekembalinya beliau dan keluarganya ke Lubuk Merbau, beliau menyambung pengajian di pelbagai pondok termasuklah Pondok Syeikh Wan Ahmad di Bukit Candan, Kuala Kangsar: Pondok Tuan Hussein di Pokok Sena, Kedah; Pondok Syeikh Ahmad Pattani, Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Dua buah judul karangannya meletakkan beliau tersangat dekat di hati anak-anak murid (menurut ustaz yang mengajar di masjid kampung saya, Syeikh Idris menggunakan ayat menggambarkan kedekatan itu seperti "ketahuilah ya saudaraku") iaitu Kamus Idris Al-Marbawi (Kamus Arab-Melayu) dan Bahru Al-Madzi (Bahru Mazi Li Syarah Mutkhtashar Shahih At-Tirmizi). Bahru Madzi adalah terjemahan dan syarah kitab hadis Sahih Tirmizi. Ia menghurai 2,775 hadis yang yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Ini adalah kitab syarahan hadis Nabi s.a.w. yang pertama sekali dalam bahasa Melayu yang yang terbesar (22 jilid, lebih 5,000 halaman). – Rujukan majalah Anis, Mei 2010, Sheikh Idris Al-Marbawi Menghurai 2,775 Hadis.

Tidak dinyatakan tarikh mula ditulis, melainkan pada tiga jilid terakhir disertakan fakta berkenaan. Kata Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi dalam jilid 20, "Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang ke-20 ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan 1373 bersamaan 18 Mei 1955."

Manakala dua jilid lagi – jilid 21 mulai dikarang pada 26 Syaaban 1374 (255 halamam) dan jilid 22 mula dikarang pada 25 Rabiulawal 1376 (242 halaman) dan selesai pada Jamadilakhir 1377. Semua karangan Sheikh Idris dihasilkan semasa berada di Mesir, berselang-seli dengan kesibukannya menuntut ilmu dan mengajar.

Kenapa dikatakan gaya kupasan Sheikh Idris dekat di hati anak-anak murid atau mereka yang mentelaah kitabnya. Mari kita rujuk salah satu bab dalam kitabnya yang menyatakan Islam melarang keras umatnya termasuk imam (pemimpin) daripada mungkir janji. Dalam Bahru Al-Madzi, Juzuk 11, muka surat 225-226, ada ditulis: "Daripada Ibnu Umar, katanya: 'Telah aku dengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam, bersabda ia: Bahawasanya yang menyalahi janji, dirikan baginya bendera pada hari kiamat." (Hasan Shahih)

"Ketahuilah kiranya, YA SAUDARAKU! Telah dikeluarkan oleh Abu Isa At-Tirmidzi satu hadis yang menunjukkan ada bagi tiap-tiap orang yang menyalahi janji di dunia, iaitulah begini bunyi hadisnya, yang bermaksud: "Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi Shallallahu alaihi wassalam, namanya Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, katanya: Telah aku dengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam, bersabda ia: Bahawasanya orang yang menyalahi janji itu didirikan baginya bendera pada hari kiamat di punggungnya."

Maka bendera itu diangkat tinggi atas kadar menyalahi janjinya kerana memasyhur kepada alim akan tabiatnya di dunia. Maka yang lebih besar bendera ialah bendera raja yang menyalahi janji dan diberitahu pada sekalian bendera itu dengan kata: "Inilah penyalahi janji si anu." Kata Abu Isa hadis ini hasan shahih.

Menyalahi janji itu haram, istimewa pula daripada orang yang mempunyai pemerintahan kerana menyalahi janjinya membawa kepada mudarat melampau kepada makhluk yang banyak.

Dan kata 'qil': Sebab haram berlebih-lebih orang yang mempunyai pemerintahan itu kerana ketiadaan yang memaksakan dia kepada menyalahi janji oleh kekuasaannya atau menyempurnakannya, sebagaimana yang datang ia pada hadis yang shahih pada membesarkan dosa bohong raja besar."

Penggunaan ungkapan YA SAUDARAKU mendekatkan Syeikh Idris dengan pembaca tetapi agak sukar juga bagi orang umum seperti saya memahami kupasan Sheikh Idris. Oleh itu seseorang itu perlu berguru bagi memahami kitab beliau. Sheikh Idris Al-Marbawi telah meninggalkan khazanah tidak ternilai dalam perkembangan dan pengamalan Islam di Alam Melayu.

Beliau beliau meninggal dunia dalam usia tua pada 1989. Syeikh Idris dimakamkan di kampung tercintanya Lubuk Merbau, dan sehingga kini nama Al-Marbawi masih disebut-sebut oleh tok guru, ustaz, ustazah dan mereka yang dekat dengan lubuk ilmu Islam.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2011 21:27

May 1, 2011

Sudah nasib, wanita perlu 'bertelanjang' untuk bersukan...

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam jannah yang penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka." (QS. Al-Infithar: 13-14)

***
ADEGAN seorang lelaki asyik menonton siaran langsung sukan renang (air) dan gimnastik di kaca televisyen dimarahi isterinya kerap menjadi bahan lakaran kartunis. Bukan apa, isteri meradang melihatkan keasyikan si laki melihat tubuh wanita yang terbabit dalam acara sukan berkenaan.

Memang dunia sukan menampilkan atlet wanita yang memakai 'seadanya' dalam acara berkenaan dan kini ditambah lagi dalam acara seperti bola tampar pantai, malah dalam acara olahraga pun pesertanya tampil dengan pakaian menyamai coli dan seluar dalam. Sesetengah atlet wanita Malaysia masih kekal dengan singlet dan seluar pendek tetapi sesetengah yang berani sudah mengikut rakan mereka dari Barat.

Dalam acara badminton, biasanya peserta wanita tampil dengan baju-T dan seluar pendek. Mulai 1 Mei ini pemain wanita dikehendaki memakai skirt pula – itulah kod pakaian baru Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Semua pemain wanita perlu memakai skirt pada kejohanan Grand Prix dan kejohanan utama yang menurut IMF akan menjadi daya tarikan kepada sukan tersebut. Apa tak tertariknya lelaki kerana apabila pemain melompat, akan terangkat-angkatlah skirt itu dan berdebar-debarlah hati dan terbelalaklah biji mata mereka!

Demikianlah betapa sukan moden mengeksploitasi tubuh wanita. Tetapi wanita sendiri tidak bantah, malah suka pula, jadi apa boleh dilakukan?

Dalam isu ini, tidak terdengar pula pemimpin dan aktivis-aktivis wanita yang biasanya lantang bersuara, menyatakan bantahan. Mungkin mereka suka agaknya. Apabila mereka suka, takkan kita ini yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong nak ke depan?

Namun sukacita kita nyatakan dalam bab berhubung pakaian ahli sukan wanita ini, pemimpin dan aktivis Iran kerap ke depan bagi memperjuangkan hak wanita untuk berpakaian sempurna ketika bersukan. Tidak lama dulu, Persekutuan Bola Sepak Iran memperjuangkan agar anggota pasukan bola sepak wanita mereka diberi hak untuk mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya (termasuk bertudung kepala) pada satu kejohananan antarabangsa di Singapura.

Iran juga pernah menganjurkan Sukan Negara-Negara Islam yang membabitkan atlet wanita yang menutup aurat sepenuhnya di tempat tertutup pula. Di kejohanan-kejohanan antarabangsa pun wanita Iran muncul dengan pakaian menutup aurat.

Jika pemerintah Iran bertegas, bagaimana pula sikap kita, termasuklah individu (atlet) sendiri? Jika atlet Bahrain, Rugaya Al-Ghasari istiqamah berhijab sekalipun bertanding di Sukan Olimpik, bagaimana ahli sukan kita?

Jika Rugaya yang menjuari acara 200 meter Sukan Asia di Doha beberapa tahun lalu boleh berhijab, apalah sangat diri kita yang masih terhegeh-tegeh mencari medal di Sukma atau Sukan Sea sehingga sanggup pakai seluar dan baju katuk!
Jika wanita Islam sendiri tidak bangkit menyatakan ketidakadilan badan-badan sukan antarabangsa lebih-lebih lagi yang ada dalam negara, siapa pula mahu memperjuangkan harga diri dan maruah mereka? Nak harapkan pemimpin dan aktivis berfikiran sekular...usah haraplah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 01, 2011 16:39

April 30, 2011

Impian pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh." (QS: Adz-Dzariyat 56-58)

***
TANGGAL 3 Mei setiap tahun diisytiharkan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Sebagai insan yang sudah terbabit suku abad dalam dunia persuratkhabaran, tentunya perkembangan di bidang ini terutama di dalam negara menarik perhatian penulis.

Ketika sesetengah akhbar terutama yang berbahasa Melayu hanyut dalam isu fitnah termasuk menyiarkan gambar-gambar lucah dan ada kalanya membakar isu perkauman, adalah perlu untuk institusi pendidikan terutama yang terbabit terus dalam bidang media massa mengorak langkah mentarbiyah bakal wartawan (pengamal media) masing-masing.

Di institusi pengajian tinggi negara, setakat yang saya tahu, tiada lagi fakulti, sekolah, atau pun akademi Kewartawanan Islam. Perkara ini masih asing, sama seperti Perniagaan Islam atau Perbankan Islam suatu ketika dulu.

Jika Perniagaan Islam dan Perbankan Islam malah Kejururawatan Islam dapat disemarakkan dan kini diterima sebahagian besar rakyat - Islam dan bukan Islam - sebagai pengajian di institusi pengajian tinggi dan diamalkan dalam kehidupan seharian, mengapa tidak perkara yang sama digerakkan dalam memajukan Kewartawanan Islam.

Bagi melahirkan wartawan dan penulis yang tunduk dan akur kepada apa yang boleh dan tidak boleh (halal dan haram) dalam mereka menjalani tugas kewartawanan masing-masing, adalah wajar bakal wartawan dibimbing dan dididik dalam sebuah institusi formal yang menawarkan 'Kewartawanan Islam'.

Media Islam mesti bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang dapat melaksanakan tugas-tugas kepada Allah dan ia hendaklah membimbing akal fikiran manusia ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.

Laporan berita fitnah dan penyiaran bahan lucah seperti yang berleluasa hari ini dan paling sedih dilakukan sendiri oleh peneraju-peneraju akhbar dan media elektronik yang beragama Islam, tidak memenuhi kehendak ummah yang mahu berfikir, apatah lagi mengaku sebagai seorang Muslim.

Apatah lagi sekarang ini dengan kemajuan teknologi perhubungan seperti internet, facebook, twitter dan blog, semua orang boleh menjadi penulis yang berupaya mencapai ribuan malah jutaan pembaca.

Dalam al-Quran (Ayat 6, Surah Al-Hujurat), Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan kecelakaan kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Berdasarkan maksud firman Allah SWT ini, adalah penting untuk pengamal media dan cendekiawan mengambil iktibar untuk mewujudkan (atau jika sudah ada, memantapkan) satu cabang ilmu - 'Kewartawanan Islam'. Bidang ini kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan 'Kewangan Islam', 'Perbankan Islam', 'Ekonomi Islam', 'Insurans Islam' dan pelbagai skop pengajian lain yang digandingkan dengan nama 'Islam'.

Mungkin ada pihak yang berhujah 'Kewartawanan Islam' tidak segah bidang disebutkan (seperti kewangan dan perbankan) yang membabitkan soal wang tetapi berdasarkan perkembangan teknologi maklumat yang begitu pantas, cabang ilmu ini perlu diterokai, dijelas dan diperkemaskan.

Dua puluh atau 30 tahun lalu, tiada orang bercakap mengenai 'Insurans Islam' atau 'Perbankan Islam' sebagai satu subjek di pusat pengajian tinggi, tetapi kini ia sudah menjadi kenyataan. Begitulah diharapkan dengan 'Kewartawanan Islam', tetapi persoalannya kini, siapa dan di mana ilmu ini hendak disuburkan.

Jika pihak swasta yang terbabit dalam dunia penyiaran dapat merintis jalan dalam menubuhkan akademi kewartawanan dan penyiarannya, tidak ada sebab individu atau kumpulan orang Islam yang berkemampuan sama ada dari segi kewangan atau keilmuan untuk menubuhkan sebuah 'akademi kewartawanan Islam' ataupun sekurang-kurang menghasil sejumlah karya-karya bermutu mengenai kewartawanan Islam.

Ini setidak-tidak akan menjadi cabaran kepada perkumpulan orang Islam, sama ada yang berkaitan dengan politik atau tidak, untuk membuktikan bahawa Islam mencakupi semua aspek kehidupan, hatta dalam pemberitaan dan pelaporan (kewartawanan) kerana media sudah menjadi dominan dalam masyarakat moden.

Sekolah-sekolah kewartawanan dan komunikasi di pusat pengajian tinggi sarat dengan segala ilmu dan teori oleh tokoh-tokoh Barat (dari Amerika dan Eropah) tetapi tidak mengetengahkan langsung seorang pun sarjana Islam dalam bidang berkaitan. Tidak juga dikutip sebarang ayat-ayat al-Quran atau hadis berhubung bidang komunikasi dan kewartawanan.

Pendek kata, hari ini kita dapat saksikan betapa jauh dan terpisahnya bidang kewartawanan dan keagamaan menyebabkan ada pengamal media yang mengaku beragama Islam gagal membezakan antara perkara yang dibenar dan tidak dibenarkan (halal dan haram) dalam mereka menjalankan tugas masing-masing, (atau mereka berpura-pura tak tahu) lantas mereka berterusan menyemarakkan fitnah dan kelucahan melampau!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 30, 2011 17:26

Roslan Hamid's Blog

Roslan Hamid
Roslan Hamid isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Hamid's blog with rss.