Roslan Hamid's Blog, page 57
May 1, 2021
Ramadan 20, 1442: Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21)
Ramadan berbaki beberapa hari lagi. Sembilan, 8,7,6, 5, 4, 3, 2, 1 dan Aidilfitri. Akhirnya Ramadan yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan daripada api neraka itu meninggalkan kita.
Pada akhir Ramadan ini, dalam kesibukan, saya teruja membuat sedikit bakti dalam dunia penulisan ini, moga-moga ia ada manfaatnya dan dapat menolong saya di alam sana.
Kesedaran menulis datang selepas saya mendengar tazkirah tidak lama dahulu. Pada kuliah itu, ustaz terbabit menyatakan jika keseronokan atau keasyikan Ramadan sudah menguasai jiwa barulah puasa kita membawa erti.
Jika tidak, dikhuatiri puasa kita hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau lebih tinggi sedikit iaitu menahan anggota diri daripada perkara-perkara bukan hak. Bagaimana mahu mendatangkan keasyikan Ramadan?
Ustaz itu mengkiaskan tingkah laku seorang peminat bola sepak, katakan penyokong tegar Perak. Penyokong ini bekerja di Kuala Lumpur, tetapi kerana fanatiknya kepada pasukan Perak, di mana saja ada perlawanan membabitkan pasukan ini , akan dihadirinya. Jika pasukan Yob ditakdirkan bermain di Pulau Pinang, peminat tegar ini akan melakukan apa saja supaya dia dapat ke sana.
Kalau perlu menipu untuk mendapat cuti, dia akan lakukan. Kalau tiada kenderaan, yang ada cuma sebuah motosikal Cup, dia sanggup menunggang dari KL ke Ipoh atau Pulau Pinang. Panas, hujan malah sakit, tidak dipedulikannya. Yang penting dia mesti menyaksikan pemain Yob beraksi. Cintanya kepada pasukan Yob sudah menjadikan dia begitu. Dia sudah asyik dengan dunia bola dan Yobnya.
Bagaimana mahu asyik dengan Ramadan? Ini soalan sukar dijawab. Ustaz itu berkata, orang yang sudah asyik mahsyuk dengan Ramadan, tidak peduli apa lagi. Kuih raya ke, baju raya ke, duit raya ke, semuanya tidak ada dalam kamus mereka.
Sebaliknya mereka cukup cemas dengan ibadat dan penghambaan terhadap Yang Maha Kuasa kerana Ramadan semakin hari semakin menuju penghabisan, macam 'countdown' 5,4,3,1 dan Aidilfitri.
Demikianlah, orang yang asyik dengan Ramadan berasa sedih kerana ia akan berlalu. Tetapi kita ini, termasuk saya sebagai orang awam bagaimana pula? Kita pun tidak sabar dengan 'countdown' 5,4,3,2,1 tetapi akhirannya akan berbunyi 'Hip-hip horee, hip-hip horee, Esok hari raya!'
Itulah saya dan sebahagian kita pada era 'jahiliah' (semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa) dulu, tetapi kini saya mulai termenung memikirkan betapa tersasar jauhnya kita dalam menghadapi Ramadan dan Aidilfitri. Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui.
Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan kelas-kelas pengajian di masjid sejak beberapa tahun lalu.
Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini. Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT.
Tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Tataplah akhbar, terpapar kisah makanan dan penyediaan makanan. Gerai menjual makanan muncul di sana sini. Kisah ayam percik, kisah tahi itik, semuanya mewarnai Ramadan.Seolah- olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan. Tidak cukup dengan itu muncullah buffet Ramadan di restoran, di hotel. Makan dan makanlah.
Ramadan adalah untuk menahan nafsu termasuk mengekang makan dan minum tetapi Ramadan nampaknya adalah bulan untuk memuaskan nafsu makan. Kalau pada siang hari nafsu itu tidak dapat dipuaskan, tidak mengapalah, pada malam hari ia boleh dipuaskan, sepuas-puasnya. Kemudian muncul pula bazar Ramadan, pasar Ramadan, 'sale' Ramadan dan bermacam-macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Ramadan. Ramadan itu adalah untuk mengekang nafsu, tetapi nampaknya Ramadan adalah bulan untuk memuaskan nafsu.
Nafsu membeli memuncak pada Ramadan, set perabot yang tidak pernah bertukar boleh bertukar pada Ramadan, langsir yang ok ditukar juga pada Ramadan, peti sejuk yang ok pun ditukar baru, kereta yang ok jadi tak ok pada Ramadan kerana mahu ditukar; malah rumah pun kalau boleh mahu ditukar Ramadan ini. Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan.
Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. Mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, tetapi mereka menyuruh orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul.
Seorang pemimpin sebuah negeri di selatan tanah air, dalam mempromosi aspek pelancongan, mengerahkan penduduk kampung memasang pelita, sebuah kampung dilaporkan menang dan mendapat hadiah lumayan selepas kira-kira 40,000 pelita menerangi kawasannya. Bayangkan berapa banyak kos diperlukan dan apa yang dapat dikatakan tentang perbuatan membazir amalan syaitan ini? Seorang uztaz mengingatkan pemasangan pelita dengan niat dan pandangan terpesong misalnya percaya ia boleh memudahkan arwah saudara-mara kembali ke rumah masing-masing adalah perbuatan syirik dan merosakkan akidah.
Orang taat sibuk dengan solat dan mengenang dosa diri dan nasib dalam kubur, ada penduduk kampung termasuk veteran sibuk bermain cahaya ribuan pelita tujuh likur. Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen.
Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari. Berakhir Ramadan, pesta makan-makan berlanjutan, sebulan lamanya. Yalah, kata mereka Syawal itu sebulan lamanya. Jadilah orang Melayu berpaksi kepada makan minum, berpesta, berhibur; pengajaran Ramadan tidak langsung melekat di hati mereka.
Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad.
Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya.
April 30, 2021
Ramadan 19, 1442: Refleksi 18: Ramadan, maraton beribadah perlu berterusan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Anas bin Malik r.a., berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Allah akan mempekerjakannya. Para sahabat bertanya: Bagaimana Allah akan mempekerjakannya? Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberikan taufik kepadanya untuk beramal salih sebelum dia meninggal dunia.” (HR. Ahmad (12036) dan Thirmidzi (2142) dan disahihkan oleh Al-Hakim, Dhiya' Al-Maqdisi, Al-Arna'ut dan Al-Albani)
RAMADAN kini di pertengahan, maraton beribadah perlu berterusan, kata seorang ustaz dalam tazkirah di sebuah masjid berhampiran rumah saya. Ustaz mengingatkan jemaah supaya istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT sehingga 'yakin' (mati).
Namun kata ustaz, kemampuan kita menunaikan perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT bergantung kepada-Nya. Lantas, kita perlu sentiasa beristighfar (memohon keampunan-Nya) bagi membolehkan kita berada di jalan-Nya yang lurus seperti lafaz 'Ihdinas-Siraat-Al-Mustaqeem' sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari dalam solat kita.
Maraton untuk berbuat baik dan meninggalkan yang buruk berterusan...diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. memberitahu para sahabat ketika mereka kembali daripada sebuah peperangan bahawa, "Kita telah pulang daripada jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad lebih besar. Para sahabat berkata: 'Apakah jihad yang paling besar?' Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jihad menentang hawa nafsu."
Jihad melakukan kebaikan berterusan sama ada pada Ramadan atau baki 11 bulan lain.Namun sekarang pun pada pertengahan Ramadan kita dapat saksikan bahawa jemaah solat isyak, tarawih apatah lagi subuh di masjid semakin merosot berbanding pada hari-hari awal Ramadan.
Awal Ramadan masjid berjaya menarik sejumlah besar umat Islam untuk solat isyak dan subuh berjemaah, tetapi pada akhir-akhir Ramadan dan selepas itu, ke mana jemaah yang ramai itu sudah pergi?
Ustaz meningatkan: "Jangan jadi hamba Ramadan tetapi beristiqamahlah menjadi hamba Allah SWT."
Katanya, teruslah berusaha sepenuh tenaga, jiwa dan hati serta berdoalah semaksimum mungkin untuk kita mengakhiri hidup kita sebagai orang baik-baik. Mati dalam husnul khatimah. Mengakhiri hidup sebagai orang baik-baik itulah yang didambakan sebelum kita menemui Tuhan kita.
Apa itu husnul khatimah? Seorang ulama menukilkan: Husnul khatimah merupakan suatu kondisi yang mana seorang hamba diberi taufik oleh Allah Ta'ala sebelum datangnya kematian untuk meninggalkan segala macam perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah Ta'ala, dan dia diberi taufik oleh Allah Ta'ala untuk bertaubat daripada segala dosa dan maksiat dan bersegera melakukan ketaatan dan perbuatan baik, kemudian dia menutup usianya di atas kebaikan.
Anas bin Malik r.a., berkata: Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Allah akan mempekerjakannya. Para sahabat bertanya: Bagaimana Allah akan mempekerjakannya? Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberikan taufik kepadanya untuk beramal salih sebelum dia meninggal dunia.” (HR. Ahmad (12036) dan Thirmidzi (2142) dan disahihkan oleh Al-Hakim, Dhiya' Al-Maqdisi, Al-Arna'ut dan Al-Albani)
Ustaz mengingatkan pengakhiran yang baik adalah kemuncak daripada perjuangan kita dalam menjadi orang baik-baik. Pengakhiran itulah penentunya - misalnya apa erti jika kita memasuki perlumbaan lumba lari seperti 400 meter; kita bermula dengan pantas dan mengekalkannya pada sepanjang larian tetapi pada 10 meter terakhir kita tidak dapat menamatkannya?
Lantas beliau mengingatkan hadirin sebuah hadis yang secara ringkasnya bermaksud ada orang berbuat baik (ketaatan) sepanjang hayatnya tetapi apabila tinggal sedepa lagi untuk dia memasuki syurga dia terjebak dalam amalan jahat menyebabkan dia dicampakkan ke dalam nereka manakala ada orang yang hampir seumur hidupnya berbuat kejahatan tetapi pada 'last minute' (minit terakhir) dia berbuat kebajikan lantas dia dimasukkan ke dalam syurga.
Orang salih (baik-baik) amat takut dengan ancaman ini. Mereka berterusan berdoa kepada Allah SWT agar dimatikan sebagai orang baik-baik. Selain pasrah kepada Allah SWT, mereka juga memerhatikan amalan mereka. Salah satu jalan adalah 'mengistiqamahkan' diri di jalan Allah.
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh.
Jadi kepada diri saya dan semua, beristiqamahlah dalam kehidupan (perjuangan). Alhamdulillah, di negara kita, orang Melayu yang amat rapat dengan Islam dapat menterjemah 'istiqamah' ini dalam mereka melayari kehidupan. Misalnya, orang tua-tua menjelaskan bahawa batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut. Kita disyorkan bahawa 'alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan' atau genggam bara biar sampai jadi arang. Mandi biar basah, makan biar kenyang; ya mungkin tidak ada gunanya atau tidak membawa hasil yang bagus jika kita sekalipun bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan tetapi tidak dapat melakukan 'finishing'-nya (penamat yang sempurna).
Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik - baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah selepas 13 tahun berdakwah di Makkah tanpa hasil memberangsangkan tetapi selepas 10 tahun di Madinah, baginda s.a.w. kembali semula ke tanah airnya yang tercinta, Makkah...lokasi dakwah berbeza tetapi perjuangan baginda tetap sama...iaitu meletakkan seluruh manusia tunduk hanya kepada Yang Maha Kuasa! Baginda Nabi s.a.w. istiqamah dalam perjuangan...bagaimana diri kita?
April 29, 2021
Ramadan 18, 1442: Suami baik...(The good husband) --(U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
It is my everyday routine to sit in front of the TV after returning home from the masjid after performing ‘subuh’ (dawn prayers). There are some good religious and motivational programmes on TV such as ‘Motivasi Pagi’ and ‘Tanyalah Ustaz’.
One day while listening to ‘Motivasi Pagi’; I was moved when the ‘ustaz’ involved when talking about about the character of a good husband said he is not the one who provided for all the material pleasures demanded by his wife but who was able to guide her for her safety in this world and more importantly in the Hereafter.
He read a verse from the Qur’an with the meaning: “O! You who believe, save yourself and your families from Hell-fire, whose fuel are humans and stones (idols) over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.” (At-Tahrim 66: 6)
Yes, provide for and save your wife from Hell-fire; you are on the right track to be a good husband. Unfortunately in today’s material world, a man who could provide worldly pleasures and fulfill the lust of his wife is looked upon as a good husband.
The wife’s crave for those pleasures are fulfilled. ‘High class’ women demand ‘high class taste of living'; perhaps these included shopping in top fashion and capital cities of the world such as New York, London and Paris looking for Birkin handbags, diamond rings and so on. She also demands to stay in top and exclusive hotels of the world and attending star-studded party.
The ‘ustaz’ said, to have a ‘religious’ wife, you should be ‘religious’ too. A good man is for a good woman and vise versa. Prophet Muhammad (peace be upon him – s.a.w.) in a hadith by Bukhari and Muslim said: “A woman may be married for four things: for her wealth, for her noble descent, for her beauty or for her religion. Choose the one who is religious, may your hands be rubbed with dust!”
Of course a religious wife would not demand from her husband worldly pleasures which are not within her husband’s means. She knows his limitation and acknowledges her obligation to obey and please him.
In Islam, the husband is the ‘qawwaam’ (maintainer) of his wife so that he will be a ‘real man’ knowing how to steer the ship of family life towards the shore of safety and guidance.
Islam warns all men against the trail and ‘fitnah’ (temptation) of women, which may make them heedless and weak, and lessen their religious commitment, so that they turn a blind eye to the waywardness and unIslamic behaviour of their wives.
In such a case a husband has no say: his wife is controlling everything in the home, so that he dare not disobey her, or answer to her back, or refuse any of her wimps. The Prophet (s.a.w.) was right when he said that this is the most damaging of trails and temptations that a man can be faced with: “There will be no ‘fitnah’ after my death that is worse for men than the ‘fitnah’ of women.” (Bukhari and Muslim)
The Muslim husband is a man who is not weak in dealing with the trial of a wayward wife, no matter how difficult that ‘fitnah’ is. He gently makes it clear to her that no matter how much he loves her, he loves Allah and the Prophet (s.a.w.) more, and his desire to please Allah is stronger than his feelings for her: Say, [O Muhammad], "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people." (Qur’an 9:24)
In this way, the female waywardness which we see in many so-called Muslim homes will be done away with. The man who sees his wife, daughters and sisters going out in the street with make-up, uncovered heads and bare arms, clothed but seeming naked and does nothing to stop this disobedience in Islam, has surely lost his manhood, abandoned Islam and earned the wrath of Allah SWT. He is a ‘dayus’.
There is no way out of this predicament but sincere repentance which will wake him up, restore his manhood and set him back in the straight path.
Islam considers women to be a trust which has been given to men for safe-keeping. As the wife is usually influenced by her husband, he may take her with him to Paradise or lead her to Hell. Therefore Allah SWT ordered the believing men to protect both themselves and their families from the Fire and gave a terrifying picture of the awful fate that awaits them if they neglect their responsibilities towards their wives and families and fail to compel them to adhere to the truth. – The Ideal Muslim, Muhammad Ali Al-Hashimi (IIPH)*
Eventhough a wife is commanded to obey her husband, it is only within the limits of permissiblility, fairness and justice. Women enjoy more protection and respect within Islam compared to any other faith, wrote Dr Y Mansoor Marican in his note ‘Invitation to Understanding Islam’ (www.perkim.net.my).
He writes: “The rights of a Muslim woman include the right to have her survival and sexual needs met by her husband, a marriage contract, and divorce, refuse a marriage proposal and maintain her name when entering marriage.
“She also has the right to inheritance, own and run her own business, exclusive possession of her assets and disposes them in ways that she considers appropriate. In the spiritual realm, women are equal to men as the only distinction amongst the Believers is the level of their piety. The status accorded to women in Islam is best exemplified in the reply of Prophet Muhammad (pbuh) when asked about Paradise: “It is at the feet of the mother.” (Bukhari)
Regarding women, the Prophet (s.a.w.) said that, the world and all things in it are valuable; and one of the most valuable in the world is a virtuous woman.
One day a woman asked the Prophet what were her duties towards her husband. To her, he replied: “A wife should not leave her home without her husband’s permission. Women are the twin halves of men.”
God enjoins you to treat women well, for they are your mothers, daughters and aunts.
The rights of women are sacred. See that women are maintained in the rights assigned to them.
When a woman performs the five daily prayers, and fasts in the month of Ramadan, and is chaste, and is not disobedient to her husband, then tell her that she can enter Paradise by whichever door she chooses.
Ramadan 1442: Suami baik...(The good husband) --(U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
It is my everyday routine to sit in front of the TV after returning home from the masjid after performing ‘subuh’ (dawn prayers). There are some good religious and motivational programmes on TV such as ‘Motivasi Pagi’ and ‘Tanyalah Ustaz’.
One day while listening to ‘Motivasi Pagi’; I was moved when the ‘ustaz’ involved when talking about about the character of a good husband said he is not the one who provided for all the material pleasures demanded by his wife but who was able to guide her for her safety in this world and more importantly in the Hereafter.
He read a verse from the Qur’an with the meaning: “O! You who believe, save yourself and your families from Hell-fire, whose fuel are humans and stones (idols) over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.” (At-Tahrim 66: 6)
Yes, provide for and save your wife from Hell-fire; you are on the right track to be a good husband. Unfortunately in today’s material world, a man who could provide worldly pleasures and fulfill the lust of his wife is looked upon as a good husband.
The wife’s crave for those pleasures are fulfilled. ‘High class’ women demand ‘high class taste of living'; perhaps these included shopping in top fashion and capital cities of the world such as New York, London and Paris looking for Birkin handbags, diamond rings and so on. She also demands to stay in top and exclusive hotels of the world and attending star-studded party.
The ‘ustaz’ said, to have a ‘religious’ wife, you should be ‘religious’ too. A good man is for a good woman and vise versa. Prophet Muhammad (peace be upon him – s.a.w.) in a hadith by Bukhari and Muslim said: “A woman may be married for four things: for her wealth, for her noble descent, for her beauty or for her religion. Choose the one who is religious, may your hands be rubbed with dust!”
Of course a religious wife would not demand from her husband worldly pleasures which are not within her husband’s means. She knows his limitation and acknowledges her obligation to obey and please him.
In Islam, the husband is the ‘qawwaam’ (maintainer) of his wife so that he will be a ‘real man’ knowing how to steer the ship of family life towards the shore of safety and guidance.
Islam warns all men against the trail and ‘fitnah’ (temptation) of women, which may make them heedless and weak, and lessen their religious commitment, so that they turn a blind eye to the waywardness and unIslamic behaviour of their wives.
In such a case a husband has no say: his wife is controlling everything in the home, so that he dare not disobey her, or answer to her back, or refuse any of her wimps. The Prophet (s.a.w.) was right when he said that this is the most damaging of trails and temptations that a man can be faced with: “There will be no ‘fitnah’ after my death that is worse for men than the ‘fitnah’ of women.” (Bukhari and Muslim)
The Muslim husband is a man who is not weak in dealing with the trial of a wayward wife, no matter how difficult that ‘fitnah’ is. He gently makes it clear to her that no matter how much he loves her, he loves Allah and the Prophet (s.a.w.) more, and his desire to please Allah is stronger than his feelings for her: Say, [O Muhammad], "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people." (Qur’an 9:24)
In this way, the female waywardness which we see in many so-called Muslim homes will be done away with. The man who sees his wife, daughters and sisters going out in the street with make-up, uncovered heads and bare arms, clothed but seeming naked and does nothing to stop this disobedience in Islam, has surely lost his manhood, abandoned Islam and earned the wrath of Allah SWT. He is a ‘dayus’.
There is no way out of this predicament but sincere repentance which will wake him up, restore his manhood and set him back in the straight path.
Islam considers women to be a trust which has been given to men for safe-keeping. As the wife is usually influenced by her husband, he may take her with him to Paradise or lead her to Hell. Therefore Allah SWT ordered the believing men to protect both themselves and their families from the Fire and gave a terrifying picture of the awful fate that awaits them if they neglect their responsibilities towards their wives and families and fail to compel them to adhere to the truth. – The Ideal Muslim, Muhammad Ali Al-Hashimi (IIPH)*
Eventhough a wife is commanded to obey her husband, it is only within the limits of permissiblility, fairness and justice. Women enjoy more protection and respect within Islam compared to any other faith, wrote Dr Y Mansoor Marican in his note ‘Invitation to Understanding Islam’ (www.perkim.net.my).
He writes: “The rights of a Muslim woman include the right to have her survival and sexual needs met by her husband, a marriage contract, and divorce, refuse a marriage proposal and maintain her name when entering marriage.
“She also has the right to inheritance, own and run her own business, exclusive possession of her assets and disposes them in ways that she considers appropriate. In the spiritual realm, women are equal to men as the only distinction amongst the Believers is the level of their piety. The status accorded to women in Islam is best exemplified in the reply of Prophet Muhammad (pbuh) when asked about Paradise: “It is at the feet of the mother.” (Bukhari)
Regarding women, the Prophet (s.a.w.) said that, the world and all things in it are valuable; and one of the most valuable in the world is a virtuous woman.
One day a woman asked the Prophet what were her duties towards her husband. To her, he replied: “A wife should not leave her home without her husband’s permission. Women are the twin halves of men.”
God enjoins you to treat women well, for they are your mothers, daughters and aunts.
The rights of women are sacred. See that women are maintained in the rights assigned to them.
When a woman performs the five daily prayers, and fasts in the month of Ramadan, and is chaste, and is not disobedient to her husband, then tell her that she can enter Paradise by whichever door she chooses.
April 28, 2021
Ramadan 17, 1442: 'Awek perasan cantik' di lebuh raya... (U)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21)
MALAYSIA dan Maghribi adalah antara negara paling tinggi kadar kemalangan jalan raya manakala yang terendah adalah Norway dan Malta.
Di Malaysia, pihak berkuasa dikatakan sudah buntu menangani masalah ini kerana pada setiap kali operasi keselamatan jalan raya pada musim perayaan, jumlah kemalangan dan kematian terus meningkat.
Pelbagai faktor dikaitkan dengan peningkatan kemalangan jalan raya; pada tulisan kali ini saya mengajak pembaca yang pihak berkuasa berfikir di luar kotak; memuhasabah akan kebarakahan dan keselamatan serta jaminan Allah ketika berada di jalan raya terutama lebuh raya.
Dahulu, sebagai pengguna lebuh raya yang hampir saban hari menaiki bas ekspres (tidak memandu sendiri), saya berpeluang memandang bebas panorama keindahan alam termasuklah iklan-iklan gergasi (billboard) di sepanjang lebuh raya.
Daripada banyak-banyak iklan barangan dan perkhidmatan dipaparkan di 'billboard' berkenaan, sebahagiannya mempamerkan gambar-gambar gergasi wanita yang ada daripadanya dalam aksi tidak senonoh, misalnya ada iklan seorang wanita muda lagi cantik sedang memeluk sebatang kayu bulat yang besar.
Ada pula wanita yang sedang melompat, bajunya terangkat sehingga menampakkan pusatnya, ada gambar wanita sedang sedap tidur di atas tilam katilnya dan paling dahsyat (pada pendapat saya), gambar wanita berpakaian seksi yang memfokuskan tepian bahagian sensitif tubuh (juga sentitif pada pandangan mata lelaki) seperti ketiaknya. Iklan ini bukan satu tetapi saya sedari ada beberapa buah sepanjang lebih 100 kilometer perjalanan saya itu.
Terpandang iklan-iklan ini, saya 'tertunduk malu' (terutama ketika berpuasa), terasa sebal di muka; inikah gambaran luaran (yang dapat dilihat secara fizikal termasuk oleh pelancong asing) sebuah negara Islam yang sering diuar-uarkan itu?
Saya pernah berjumpa seorang pelancong dari Afrika Selatan yang berkata dia datang ke Malaysia semata-mata untuk menyaksikan dan mengalami sendiri 'kesyahduan' Islam di sini; jadi apa katanya jika terpandang iklan gergasi wanita menunjukkan ketiak?
Berdasarkan pengalaman saya, iklan-iklan provokatif seperti ini tidak saya temui ketika berada di lebuh raya negara maju seperti Britain; mungkin mereka sedar kehadiran 'awek-awek yang menunjukkan ketiak' ini adalah bahaya kepada keselamatan pengguna lebuh raya.
Pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab ke atas iklan-iklan gergasi ini? Sebagai pengguna lebuh raya yang terpaksa 'mengorek' wang bagi membayar tol (dalam dalam kes bas ekspres, membayar tambang), saya berpendapat saya berhak untuk menyatakan bantahan terhadap pengeksploitasi tubuh wanita di tepi lebuh raya ini.
Saya tidak rela mata saya dibiarkan untuk menatap ketiak wanita ketika saya menggunakan lebuh raya.
Saya bayar tol untuk mendapatkan perkhidmatan lebuh raya yang bagus dan bukan untuk melihat ketiak atau pusat wanita!
Mungkinkah kemalangan terus meningkat kerana cara hidup jahiliah kita yang mengundang kemarahan Allah SWT? Mana adalah barakahnya kehidupan dan jaminan keselamatan jika ketiak dan pusat wanita sudah dipamerkan di sepanjang lebuh raya!
April 27, 2021
Ramadan 16, 1442: Ramai alim-alim kucing...(U)
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan,
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu/
3. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1,000 bulan.
4, Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya yang mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-Qadar, Kemuliaan, Surat ke-97)
Bersyukur ke hadrat Yang Maha Kuasa kerana masih diberi-Nya kesempatan pada bulan Ramadan penuh barakah ini untuk terus berbakti kepada-Nya termasuklah menitipkan sedikit sebanyak teguran dan nasihat.
Ya nasihat itu bukan untuk pembaca saja malah untuk kami sendiri yang sebagai manusia tentunya banyak kesalahan dan dosa. Hanya kepada-Nya kita memohon keampunan dan diterima ibadat kita yang tersangat sedikit itu, insya-Allah.
Dalam menjalani ibadah Ramadan ini, kita perhatikan masih ramai anak-anak gadis (wanita) kita sekalipun mengenakan tudung tetapi mendedahkan sebahagian aurat mereka seperti leher, lengan dan kaki.Sebahagian lagi suka mengenakan pakaian ketat termasuklah jeans sendat yang dipadankan dengan baju-T singkat.
Tentunya mereka tidak mematuhi kehendak Islam sepenuhnya dalam bab menutup aurat sekalipun bertudung kerana Allah SWT melalui Surah Al-Azhab ayat 59 yang bermaksud: “Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu…’”
Muslimat diminta menutup aurat sepenuhnya tetapi sesetengah orang bijak pandai hari ini termasuk aktivis wanita menempelaknya dengan mendakwa perempuan yang berpakaian sedemikian juga tidak terlepas daripada tindakan jahat lelaki dan buktinya sejumlah wanita berjilbab juga dirogol. Jadi soal pakaian bukan penyebab jenayah seksual, dakwa mereka.
Di sini kita ingin tegaskan cara berpakaian dan penampilan wanita merangsang seksual lelaki. Ini adalah lumrah, bohonglah namanya jika lelaki normal tidak teransang dengan pembawaan seseorang wanita. Namun penampilan seksi seorang wanita tidak mudah mengundang dia dirogol kerana dia berada di khalayak ramai. Seorang perogol akan hanya bertindak jika terbuka kesempatan bagi mereka; penjahat ini tidak peduli sama ada mangsanya berpakaian seksi atau bertudung litup; yang penting mereka fikir mereka dalam keadaan selamat ketika melakukannya. Itulah sebabnya, perogol bertindak apabila bakal mangsa bersendirian termasuklah dalam bas, di lorong gelap dan di rumah sendiri.
Selain perogol, pencuri juga akan memikirkan diri mereka selamat sebelum melakukan kejahatannya. Tidak ada pencuri yang mencuri di khalayak ramai. Tetapi jika dia sudah hampir tertangkap dan dikejar orang, pencuri juga akan mencari helah dengan menjerit “pencuri…pencuri” dengan harapan orang lain pula akan dikejar.
Hampir semua kejahatan dilakukan seseorang atau sesuatu pihak itu ketika orang lain tidak sedar kerana penjahat pun tahu memikirkan keselamatan diri. Hanya sedikit orang berani melakukan kejahatan di depan orang ramai seperti merompak dan mengamuk.
Perogol tidak merogol sekalipun di depannya ada gadis seksi paling cun, dia tetap ‘bersabar’ menunggu peluang. Kalau tidak ada peluang, bakal mangsa dibiarkan pergi sekalipun dia begitu ‘bergetah’ (ganjaran lumayan jika kejahatan berhasil) dengan air liur perogol sudah melelehi di pipi, mangsa lain akan didapati; tunggulah bila mereka lalai nanti.
Kata pepatah Melayu, orang yang sudah berak di tepi jalan, mana mahu mengaku; malah pencuri yang sedang dikejar orang pun pandai melolong, “pencuri…pencuri!” Bahkan kini semakin ramai manusia alim-alim kucing; depan orang bukan main baik, manja dan sopan lagi kucing kepala hitam; tetapi belakang orang, lauk dalam tudung saji 'ditarbusnya'!
April 26, 2021
Ramadan 15, 1442: Checking 'bilik pengantin'...(U)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
WHEN visiting one's house, guests have to abide the etiquette of visiting and one important aspect is that the rule of lowering the gaze should be given proper regard; one should avoid looking around so much.
But it was common during Malay weddings, some women especially among the 'veterans' were eager to see for themselves the conditions and decorations of the 'bilik pengantin' (room of the newlyweds). Some even dare to put their hands on the bed; they pressed the mattress, pillows, felt the bed sheets and then gave their 'okay or negative comments'.
An 'ustaz' (religious teacher) during his 'tazkirah' (lessons) at a masjid near my house recently, said 'this old habit' must be put to stop; for in Islam there are rules and regulations when we pay a visit to other people's house.
"When we are in a person's house, it is not proper for us 'to let our eyes went wild' - some of us had the urged to look at every sections and corners of the house to the extend to the host's bedroom," he said.
There were even guests that acted too much such as staring at the host's wife and some even had their eyes 'following the steps and movement' of the woman for example to the kitchen to fetch drinks...well 'this bad habit' must be stopped.
In Islam, guests were taught not only 'to behave' once inside a house, but there are rules and regulations before we paid a person a visit. Seeking permission and the etiquette of entering houses must be observed by Muslims.
Scholars said Allah taught these manners (of seeking permission) to His believing servants and commanded them not to enter houses other than their own until they had asked permission, i.e., to ask for permission before entering and to give the greeting of 'Salam' after asking.
One should seek permission three times, and if permission is given, (he may enter), otherwise he should go away.It was reported in a Sahih that when Abu Musa asked `Umar three times for permission to enter and he did not give him permission, he went away. Then `Umar said, "Did I not hear the voice of `Abdullah bin Qays asking for permission to enter. Let him come in.'' So they looked for him, but found that he had gone. When he came later on, `Umar said, "Why did you go away?''
He said, "I asked for permission to enter three times, but permission was not given to me, and I heard the Prophet s.a.w. say, "If any one of you asks for permission three times and it is not given, then let him go away...''
The 'ustaz' in his 'tazkirah' said it should also be known that the one who is seeking permission to enter should not stand directly in front of the door; he should have the door on his right or left, because of the hadith recorded by Abu Dawud from `Abdullah bin Busr, who said, "When the Messenger of Allah came to someone's door, he would never stand directly in front of it, but to the right or left, and he s.a.w. would say,"that was because at that time the houses had no covers or curtains over their doorways.''
Once inside the host's house, one must behaved himself for Allah The Greatest said: "Tell the believing men to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts). - Qur'an, Al-Noor 24:30
All of us, whats more guests should look only at what is permissible for them to look at, and lower their gaze from forbidden things. If it so happens that a person's gaze unintentionally falls upon something forbidden, he should quickly look away...it was said that whoever protects his gaze, Allah will illuminate his understanding, or his heart. Also remember there is 'zina mata' (adultery of the eyes) that is looking at 'haram' (forbidden) things.
In Onislam.net in discussing the etiquette of visiting and hosting people, Sheikh Hamed Al-`Ali, instructor of Islamic Heritage at the Faculty of Education, Kuwait and Imam of Masjid Dahiat As-Sabahiyya, was quoted saying of the following manners that should be observed by a visitor when paying someone a visit:
1. One should visit people at an appointed and convenient time.
2. One should avoid visiting people who love seclusion and who are in spiritual retreat unless the visit is made in a time of receiving guests.
3. The code of seeking permission thrice before entry should be given due regard.
4. One should not stay long in a person’s house.
5. It’s not proper to talk about something that might embarrass the host.
6. One should keep away from prohibited discourse such as backbiting and slander. Instead, the talk should be full of the 'dhikr' (remembrance) of Allah.
7. The visit should not be drawn to the point of boredom and weariness.
8. The rule of lowering the gaze should be given proper regard; one should avoid looking around so much.
9. It’s not wise to find fault with or speak negatively of any food or drink, rather one should show gratitude for hospitality offered and pray to Allah to bless the host.
As for the host, he or she should abide the following manners:
1. Welcoming guests nicely.
2. Entertaining guests with fruitful talk, for this is a form of hospitality.
3. Serving the food according to one’s means, without going to extreme in showing hospitality.
4. Giving advice in a polite way, especially if the guest gets into saying something 'haram'.
5. Wrapping up the visit with the same courtesy shown when welcoming the guest.
In Islam, one's bedroom is his/her 'secret' and for a husband and wife it is their 'secret' especially regarding 'their intimacy affairs' .. Even children were taught that they should ask their parents' permission before entering their bedroom. Allah says, "O you who believe! Let your slaves and the children among you who have not come to the age of puberty ask your permission (before they come to your presence), on three occasions: before morning prayer (salatul Fajr), and when you put off your clothes for the noon rest, and after the late-night prayer (salatul Isha). These three times are of privacy for you, outside these times, there is no sin on you or on them to move about, attending to each other. Thus Allah makes clear the Signs to you. And Allah is All-Knowing, All-Wise." - Qur'an 24:58
So why must we keep the 'old habit' of checking 'bilik pengantin'? Please stop it!
April 25, 2021
Ramadan 14, 1442: Perkhabaran dari langit...(U)
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)
MI udang Kuala Sepetang (Port Weld) yang masyhur sejak dipublisitikan
oleh sebuah stesen televisyen dan kemudian menjadi sajian istimewa
sempena pilihan raya kecil Bukit Gantang, seolah-olah melambai-lambai
saya ke sana bagi merasainya.
Sehubungan itu, saya dan keluarga yang mengujungi saudara di Perak
suatu ketika dulu, tidak melepaskan peluang menjejak kaki di bandar
berhampiran Taiping itu bagi merasai sendiri nikmat mi udangnya.
Sepanjang jalan dari Taiping ke Kuala Sepetang, kami ketemui sejumlah
gerai dan restoran mi udang. Ada gerai mi udang Mak…dan
Kak..sehinggakan restoran Cina pun ada menawarkan mi udang.
Sesetengah pengusaha kedai makan ini memasang iklan di tepi jalan
dalam jarak beberapa puluh meter antara satu lain sepanjang dua atau
tiga kilometer dari premis mereka. Demikianlah betapa hebat penangan
mi Kuala Sepetang gara-gara hebahan TV.
Di tepi jalan berhampiran sebuah gerai saya perhatikan ada barisan
panjang kereta dan dua buah bas persiaran. Berdasarkan jumlah
kenderaan, saya mencongak ada ratusan orang singgah, menikmati mi
udang. Tidaklah saya berhenti di situ kerana pada fikiran saya, kalau
saya menyertai ‘kesesakan’ itu, bimbang juga kena ‘potong kepala’!
Akhirnya kami singgah di sebuah gerai, melabuhkan punggung dan memesan
empat mangkuk mi udang biasa dan sebuah mangkuk mi udang spesial.
Semangkuk mi udang biasa berharga RM7 manakala yang spesial RM11. Bagi
saya tiada apa yang spesial pada mi berharga RM11 itu, cuma udangnya
bersaiz besar sedikit.
Ketika dan selepas makan, kami membicarakan akan mi itu. Bagi kami, mi
udang Kuala Sepetang macam mi di tempat lain, kelebihan hanya terletak
pada udangnya. Dalam semangkuk adalah lebih kurang enam atau tujuh
ekor udang bersaiz sederhana.
Seorang daripada kami berlawak: “Kalau nak makan mi dengan udang
banyak, di Tesco udangnya baru RM14 sekilo, taruhlah seberapa banyak
udang dalam mi yang dimasak sendiri, barulah puas makan.”
Sebenarnya memakan tujuh ekor udang sederhana besar itu membuatkan
kepala saya lain macam rasanya. Saya sudah pening, tetapi buat-buat
‘steady’. Saya tahu tidak sewajarnya saya memakan udang sebanyak itu,
tetapi bukankah tujuan kami ke Kuala Sepetang untuk merasai kenikmatan
mi udangnya, jadi saya pun ‘bantai’ saja!
Sepuluh tahun lalu tiada had untuk saya makan udang, ketam dan makanan
laut lain. Dua puluh tahun lalu, saya lagi hebat. Sekilogram kerang
rebus boleh saya habiskan seorang, ketam tiga empat ekor tiada
masalah. Makan udang berbelas-belas ekor pun tiada hal; demikian juga
makan sate (termasuk kerang), berpuluh-puluh cucuk pun masih okay.
Tetapi hari ini, tujuh ekor udang pun sudah membuat saya pening-pening
lalat. Selain makanan laut, saya juga tidak lagi berupaya menikmati
buah-buahan dengan banyak seperti 10 atau 20 tahun lalu. Ketika itu
saya boleh menikmati sebiji dua buah durian; sebeg plastik rambutan
dan manggis, tetapi kini tiga ulas durian dan beberapa butir rambutan
sudah dikira ‘bahaya’. Mengapa begitu?
Saya tidak berhajat menjawabnya dari segi kesihatan tetapi mengupas
apa yang tok-tok guru ajarkan di kelas pengajian di masjid-masjid yang
saya ikuti sejak 10 tahun lalu. Kata sesetengah guru, perubahan yang
berlaku kepada diri kita adalah perkhabaran dari langit, daripada
Allah SWT yang mengingatkan kita akan kematian.
Seorang tok guru berkata dalam kebanyakan kes, kematian tidak berlaku
secara mengejut seperti dakwaan sesetengah orang. Allah SWT telah
menghantar utusannya, tetapi kebanyakan manusia tidak menyedarinya.
Salah satu daripadanya adalah penyakit, apabila umur meningkat 40
tahun ke atas, pelbagai penyakit seperti kencing manis, gout, darah
tinggi dan sakit jantung mula menyerang.
Apabila sudah terkena kencing manis, bermakna tidak boleh lagi sesuka
hati makan durian, rambutan, manggis dan sebagainya. Demikian juga
orang berpenyakit darah tinggi, terpaksalah berpantang daripada makan
itu dan ini. Ertinya Allah SWT telah menarik balik sebahagian nikmat,
bermaksud kita semakin hampir menuju kematian.
Kemudian cerminlah diri sendiri. Rambut mulai putih, ada yang sudah
botak; misai dan janggut juga sudah lebih banyak putih daripada hitam.
Ini semua adalah utusan daripada Allah SWT, awak sebenarnya semakin
hampir dengan kubur, tetapi mengapa tidak sedar-sedar diri?
Kemudian badan pula terasa lenguh-lenguh; sana sini sendi sakit;
kemampuan dan kekuatan pun tidak seperti dulu. Berjalan sikit sudah
letih; apatah lagi berlari atau mendaki tangga, tercunggap-cunggap dan
mengah, bagai mahu putus nafas.
Orang perempuan pun perlu cermin diri. Lihatlah wajah yang dulunya
cantik puas-puas. Kini sudah berkedut sana sini. Kulit pun tidak anjal
lagi. Telitilah mahkota (rambut), apakah sudah putih sehehai dua atau
lebih banyak putih daripada hitam. Dalam keadaan lebih banyak putih
daripada hitam, masakan hati masih keras tidak mahu menutupnya?
Kemudian telitilah keadaan tubuh, masih segar dan tegang atau kendur
sana sini. Bagaimana pula kesihatan diri? Masih cergas berlari ke sana
sini mengejar anak-anak nakal seperti dulu, atau anak-anak sudah tua
bangka yang menghadiahkan cucu pada kepada kita. Mampukah kita
mengejar cucu seperti mengejar anak dulu?
Insaflah diri bahawa perkhabaran dari langit sudah banyak,
memperlihatkan bahawa kita akan kembali kepada-Nya. Namun tidak ramai
menyedarinya kerana semakin meningkat usia, semakin ‘murah’ pula
rezeki. Dulu semasa muda kita goyah dari segi kewangan dan kedudukan
tetapi semakin tua semakin banyak wang manakala pangkat dan kedudukan
semakin hebat.
Semasa muda dulu kadang-kadang hendak makan durian sebiji pun tidak
mampu membelinya tetapi apabila sudah tua selori pun boleh kita beli;
malangnya kita hanya boleh makan seulas dua saja atau lebih malang
lagi tidak boleh ‘kena’ durian langsung. Sudah tua ini hanya boleh
rasa saja, sesetengah orang rasa pun tidak boleh sedangkan duit ada
berkepul-kepul dalam bank!
April 24, 2021
Ramadan 13, 1442: Akibat terlalu banyak minum susu lembu...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang beriman, beramal salih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. - Ayat 1-3 Surah Al-Asr
SEJUMLAH kucing 'jalanan' menjadikan sekitar rumah saya sebagai 'kawasan' mereka. Saya memberikan kucing-kucing itu makan, jadi mereka 'seronok duduk, tidur, baring di bahagian luar rumah. Setiap kali makan, saya mengira jumlahnya - ada ketikanya 10, paling banyak sampai 15 ekor.
Saya pernah 'membidankan' kucing beranak. Suatu ketika saya memecahkan 'sarung (selaput)' anak kucing yang baharu diberanakkan, takut-takut dia lemas. Pernah juga saya menarik keluar seekor anak kucing yang tersekat di peranakan ibunya.
Satu perkara saya perhatikan ibu kucing selepas beranak, akan membawa anak-anaknya untuk 'disembunyikan'. Sukar menemui anak-anak kucing itu - sepanjang tempoh ini ibu kucing akan menyusukan anak-anaknya...ia tidak mendedahkan anak-anaknya memakan 'benda-benda' lain.
Hebat kucing kerana ia tahu 'kebaikan susu ibu'! Manusia juga diberitahu oleh Allah SWT mengenai makanan terbaik untuk bayi iaitu susu badan ibu sendiri - malah si ibu disarankan menyusukan bayi mereka sendiri selama dua tahun. Namun apa yang ramai 'ibu-ibu moden' lakukan adalah memberikan susu formula (lembu) kepada bayi mereka.
Jika ibu tidak dapat menyusukan sendiri anak-anak mereka disebabkan pelbagai masalah seperti kesihatan, mereka disarankan mencari wanita lain (ibu susuan) untuk tujuan itu bukan 'mencari susu lembu'. Nabi kita, Muhammad s.a.w. mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah dan Halimah Abu Zuaib (As-Sa'adiyyah).
Sejak dahulu hingga sekarang, jarang kita mendengar di kalangan masyarakat kita mengenai ibu susuan ini. Kebanyakan ibu memberikan anak mereka susu lembu dan baru-baru ini susu kambing yang didakwa sesetengah pihak mempunyai banyak kebaikan.
Ya generasi saya dan generasi di bawah saya (pemuda-pemudi sekarang ini) 'terlalu banyak' minum susu lembu...jadi mungkinkah itu antara sebab mengapa anggota masyarakat ini 'perangai' mereka daripada sehari demi sehari semakin teruk. Ya, kita melawan perintah Allah SWT...kita disarankan menyusukan sendiri anak-anak tetapi kita memberi mereka susu lembu!
Kini negara dan rakyat kita ditimpa pelbagai masalah menakutkan. Jenayah seperti rasuah, pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita.
Jenayah kejam yang tidak terfikirkan dulu seperti anak membunuh bapa dan anggota keluarga lain perlu dimuhasabah; apa sebenarnya sudah menimpa masyarakat kita? Apa sebenarnya sudah berlaku kepada generasi muda yang kita didik di sekolah-sekolah kita hari ini?
Gejala songsang ini dan masalah sosial lain seperti penagihan dadah tidak ada penamatnya. Semakin kerajaan bertindak membendungnya, jenayah semakin menjadi-jadi, laksana mencurahkan minyak ke dalam api. Nasihat dan teguran tidak diendahkan, bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Tentulah masyarakat tertanya-tanya mengapa hal ini terjadi. Bagi orang Islam beriman, ketidak barakahan dalam hidup ini adalah kerana kita tidak ikut perintah Allah (seperti bab penyusuan bayi), undang-undang Islam tidak diguna pakai, sedangkan Allah SWT memberi jaminan bahawa dalam hukum-hakam-Nya ada kehidupan.
Apabila perintah dan undang-undang Allah tidak terlaksana, porak-perandalah masyarakat. Pembunuhan, perompakan dan penzinaan semakin menjadi-jadi sedangkan mengikut hukum Allah, mereka yang bersalah perlu menjalani hukum hudud, qisas dan sebagainya. Apabila hukum Allah tertegak misalnya hukum membunuh dibalas bunuh mengikut hukum qisas, maka gentarlah setiap orang, lantas terselamatlah anggota masyarakat.
Berdasarkan hakikat tidak tertegaknya hukum-hakam Islam, terserlah bahawa apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah cerminan daripada sikap dan pembawaan pemimpinnya. Jika pemimpin mahu Islam, rakyat pun mahukan Islam; tetapi apabila pemimpin terus dengan cara Barat dan sekularnya maka rakyat akan mengikutinya.
Dari segi kepimpinan, pepatah Melayu menyatakan, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kalau hendak melentur buluh biar daripada rebungnya manakala bijak pandai pula berkata 'kalau nak tahu masa depan negara, lihatlah pada generasi mudanya'.
Generasi muda mendambakan idola tetapi yang menjadi tumpuan adalah artis-artis dan dunia hiburan yang kerap benar terpesong daripada sempadan tuntutan agama.
Sekali lagi generasi muda gagal mendapatkan contoh baik sebaliknya mereka terikut-ikut gaya penghidupan songsang. Siapa yang membenarkan cara hidup ini kalau bukan pemimpin? Merekalah yang meluluskan lesen, merekalah yang menguatkuasakan undang-undang, merekalah menunjukkan contoh, jadi mereka sewajarlah memikul tanggungjawab paling besar dalam pendidikan dan masa depan anak bangsa.
Pemimpin mempunyai tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan generasi muda. Tetapi apakah pemimpin hari ini dapat dijadikan rujukan yang baik kepada anak-anak? Jawapannya adalah ya dan tidak.
Hari ini banyak pemimpin terpalit dengan perlakukan buruk, ada yang dituduh melakukan pembunuhan, tidak kurang juga didapati bersalah melalukan rasuah.
Pemimpin sewajarnya bukan saja bersih tetapi dilihat bersih. Tetapi ramai memperlihatkan watak dan tindakan yang tidak sejajar dengan pandangan dan nasihat yang mereka berikan. Sebagai contoh seorang pemimpin bercakap berapi-api mengenai keburukan amalan rasuah di pentas orang ramai, tetapi dialah juara politik wang, jadi bolehkah dia menjadi idola generasi muda?
Sementara itu jika pemimpin gemar dengan agenda berfoya-foya dengan pesta yang tidak pernah habis-habis seperti yang kerap berlaku di negara kita, maka tidak hairanlah generasi muda akan terikut sama.
Kata orang, bapa borek anak rintik, kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari! Kalau perintah Allah menyuruh sang ibu menyusu bayinya tidak diikuti sebaliknya diberikan susu lembu...kita bimbang anak-anak kita akan menempuh jalan yang gelap dan sukar...
April 23, 2021
Ramadan 12, 1442: Refleksi 17: Henti merokok mulai Ramadan ini...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Renungan"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, carilah wasilah yang dapat mendekatkan kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya." (Al-Maidah 5:35)
DAHULU penulis seorang perokok. Kawan-kawan yang ajar. Sekarang, alhamdulillah tidak lagi. Sudah 20 tahun 'pencen' sentuh rokok. Sudah sedar bahawa dunia kata pergilah, kubur kata mari-mari.
Ketika rakyat kecoh dengan isu pemberhentian kerja, kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan sekarang ini pada pandemik Covid-19 apatah lagi kita berada di bulan barakah Ramadan, penulis terpanggil untuk berceloteh mengenai bahana merokok dan faedah diperolehi jika tabiat itu dikikis.
Sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk berjimat-cermat, rakyat boleh mengunjungi klinik kerajaan dan mengurangkan lawatan ke klinik swasta. Baharu-baharu ini penulis turut 'mengubah selera' untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik komuniti.
Selain layanan baik, penulis juga gembira kerana caj yang dikenakan hanya RM1.00! Seperti harapan rakyat kebanyakan, penulis berdoa agar kadar ini dapat diteruskan pada ketika orang ramai mengeluh dengan kenaikan harga barangan, sekali gus membawa kepada peningkatkan kos sara hidup.
Ketika kunjungan itu, penulis sempat 'meronda-ronda' dan membaca poster di papan kenyataan bagi mengisi masa menunggu.
Poster-poster kempen antimerokok menarik perhatian penulis. Sebuah poster menyatakan: "Seorang perokok selama 20 tahun, jika menghisap 20 batang sehari, telah membelanjakan tidak kurang AS$10,000 (kira-kira RM38,000) untuk menampung tabiatnya selama itu."
Sambil membaca fakta-fakta lain dalam poster itu, penulis rasakan 'pendedahan' itu seolah-olah 'menyindir' diri sendiri - kerana penulis juga telah menghisap rokok selama 20 tahun sehinggalah berusia 40 tahun. Alhamdulillah itu cerita lama.
Penulis berhenti merokok kerana 'terpaksa' selepas mengalami batuk dan demam dan sakit kepala teruk, beberapa bulan sebelum menunaikan haji pada tahun 2002.
Di Tanah Suci, hidup penulis 'bebas rokok' selama lebih sebulan, dan alhamdulillah, selepas kembali ke tanah air, berjaya pula melepaskan diri daripada 'cengkaman tabiat buruk' itu sampai sekarang.
Kini pada Ramadan pula, kebanyakan perokok boleh 'bebas rokok' pada siang hari selama sebulan; didoakan selepas ini ramai yang boleh bebas rokok buat selama-lamanya. Amin.
Ketika 'menghadap' poster di klinik itu, ia seolah-olah 'menelanjangi' diri sendiri akibat daripada amalan tidak baik dahulu. Antara lain tertulis: "Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam rokok. Ia memberi kesan kepada anggota tubuh, antaranya, rambut, otak, kulit dan gigi.
Kesan pada rambut, ia cepat beruban, kesan pada otak boleh menyebabkan angin ahmar, kesan pada kulit ia cepat berkedut dan gigi pula akan menjadi kuning dan busuk.
Subhanallah, penulis menjadi takut dan tidak meneruskan pembacaan mengenai kesan merokok ke atas jantung, perut dan organ penting lain tetapi melirik kepada satu lagi poster yang menyatakan terdapat lapan jenis racun dalam asap rokok.
Racun itu adalah aceton (digunakan sebagai penanggal cat), toluidine (pelarut industri), ammonia (pencuci lantai), methanol (bahan api roket), naphthalene (ubat gegat), DDT (ubat pembunuh serangga), butane (minyak pemetik api) dan hydrogen cyanide (gas yang digunakan untuk hukuman bunuh).
Penulis menjadi seram sejuk, lantas melirik ke arah sebuah lagi poster yang menyatakan bahawa merokok itu hukumnya HARAM.
Antara lain poster itu memetik maksud ayat al-Quran dan diberi keterangan di bawahnya. Maksud ayat 195 surah Al-Baqarah berbunyi: "Dan belanjalah pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah sangat suka kepada mereka yang melakukan kebaikan."
Keterangan di bawahnya berbunyi: "Kajian saintifik di seluruh dunia membuktikan bahawa merokok menyebabkan sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang teruk yang boleh membawa maut. Asap rokok juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak."
Kemudian dipetik lagi ayat al-Quran yang bermaksud: "Dan berilah jiran kamu haknya dan orang miskin dan orang yang berjuang di jalan Allah, dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan." (Al-Isra' 26-27).
Satu lagi petikan ayat al-Quran disertakan. Maksudnya; "Mereka menyuruh dengan kebaikan dan menegah daripada kemungkaran, dan Dia (Allah) telah menghalalkan bagi kamu segala yang baik-baik dan mengharamkan ke atas kamu segala yang jijik dan kotor." (Al-A'araf: 157).
Ketika penulis sibuk membaca dan menyalin fakta poster berkenaan, seorang lelaki Tionghua menegur dan bertanya sama ada penulis seorang guru. Katanya, dia sudah lama memerhatikan gelagat penulis dan percaya penulis menyalin fakta berkenaan untuk disampaikan kepada anak-anak murid.
C K Loh, seorang pengusaha tadika dan pusat tuisyen berpendapat bahan-bahan berkenaan amat sesuai untuk disampaikan kepada pelajar sekolah bagi mencegah mereka daripada tabiat buruk itu.
Apabila penulis memberitahunya saya seorang penulis yang dapat menyampaikan mesej kepada khalayak lebih besar, dia kelihatan begitu tertarik dan menyanjung usaha berkenaan.
Katanya, sebagai guru dia mempunyai cara dan kaedah untuk menyampaikan sesuatu maklumat itu kepada pelajar-pelajarnya. Mungkin ada persamaan antara tugas seorang guru dan seorang penulis - kedua-duanya mendidik manusia tetapi melalui cara masing-masing.
Ketika pulang dari klinik, penulis teringat beberapa artikel mengenai kaedah berhenti merokok. Antaranya seseorang perokok itu perlu mempunyai keazaman kuat.
Bagi orang Islam mereka wajar merenung-renung mengapa mereka boleh tidak merokok sepanjang waktu berpuasa pada bulan Ramadan dan ketika menunaikan ibadat haji, ramai perokok boleh menahan keinginan itu di Tanah Suci.
Beberapa teman haji penulis di Tanah Suci berjaya mengawal tabiat itu. Kebanyakannya berazam untuk terus tidak merokok sekembali ke tanah air. Penulis berpendapat, adalah wajar untuk seseorang bergelar haji bebas daripada cengkaman rokok.
Selain menjaga kesihatan diri, seseorang insan bergelar haji itu akan menjadi contoh dan ikutan kaum kerabat serta anggota masyarakat.
Kepada rakyat umum, sedarilah betapa besar faedah untuk anda berhenti merokok secepat mungkin. Mungkin dengan langkah itu, siapa tahu 20 tahun lagi anda mampu membeli sebuah banglo hasil daripada penjimatan anda tidak merokok selama tempoh itu!
Roslan Hamid's Blog
- Roslan Hamid's profile
- 2 followers

