Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 81
September 25, 2022
Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 Hujung Tahun ini
Pada 20 September lalu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 3 telahpun dikreditkan kepada mereka yang layak.
Walaupun masih ada yang belum penerima bayaran, namun pembayaran sedang diagihkan kepada semua penerima secara berperingkat sehingga 27 September 2022.
Bayaran akhir BKM Fasa 4 akan diteruskan dengan jumlah dan bayaran berbeza.
Baca juga:
Bantuan Perbelanjaan Harian Sehingga RM350 SebulanePengeluaran KWSP Untuk Tujuan PeribadiKadar Bayaran:Berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori:
[image error]
Semua kategori akan mendapat bayaran pada pembayaran fasa 4 BKM ini kecuali golongan bujang yang berumur 59 tahun ke bawah.
Tarikh Pembayaran:BKM Fasa 4 dijangka akan diberikan kepada penerima pada minggu ke empat bulan Disember 2022.
Maklumat Lanjut:Maklumat lanjut akan diumumkan dari masa ke semasa oleh Perdana Menteri, atau Menteri Kewangan ataupun pihak LHDN sendiri.
Bantuan Perbelanjaan Harian Sehingga RM350 Sebulan
Oktober ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan Bantuan Am Persekutuan khas sehingga RM350 sebulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Bantuan Am Persekutuan ini disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian individu/ keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Baca juga:
Kerajaan Selangor Tawar Program Menyewa Sambil Membeli RumahBantuan Geran RISDA Untuk Keluarga Pekebun KecilKadar Bantuan:Berikut adalah kadar bantuan yang akan diberikan:
Minimum: RM100.Maksimum: RM350.Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.Pendapatan Isi Rumah pemohon mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.Pemohon mestilah tergolong daripada yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.Cara Permohonan:Berikut adlah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang JKM atau muat turun borang permohonan.
Langkah 2: Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
Langkah 3: Daftar permohonan mengikut negeri.
Langkah 4: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 5: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 6: Hantar borang permohonan.
Borang Permohonan:Berikut adlah borang permohonan untuk memohon:
JKM 18 – Borang Permohonan BantuanJKM 20 – Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:
1 Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang).1 Salinan kad pengenalan / mykid / sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja.1 Salinan kad OKU/ Slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU).1 Salinan sijil kematian/ penceraian (jika berkaitan).1 Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan.1 salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon, DLL.1 Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kerajaan Selangor Tawar Program Menyewa Sambil Membeli Rumah
Berita baik untuk rakyat Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana, kini boleh menyewa dan memiliki rumah di Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu skim Smart Sewa Selangor yang menawarkan sewaan rumah kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan 30% daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian Rumah Selangorku.
Tujuannya untuk membolehkan golongan rendah dan sederhana di Selangor mampu memiliki rumah sendiri melalui Smart Sewa Selangor ini.
Baca juga:
Bantuan Geran RISDA Untuk Keluarga Pekebun KecilePengeluaran KWSP Untuk Tujuan PeribadiKadar Sewaan:Berikut adalah tempoh penyewaan Smart Sewa Selangor:
Minimum: 2 tahun.Maksimum: 5 tahun.Deposit penyewaan: Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj.
Syarat Permohonan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah warganegara Malaysia termasuk pasangan.Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.Pendapatan seisi keluarga pemohon mestilah:– Tidak melebihi RM5,000 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
– Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah.Pemohon atau suami atau isteri tinggal atau mestilah bekerja di Negeri Selangor.Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa yang dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja.Pemohon mestilah pengundi di Negeri Selangor.Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Muat turun borang permohonan.
Langkah 2: Lengkapkan borang permohonan.
Langkah 3: Sertakan dokumen sokongan.
Langkah 4: Hantar permohonan ke alamat:
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
atau emel ke smartsewa@phssb.com.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:
1 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.1 Salinan surat nikah/surat pendaftaran perkahwinan/surat cerai.1 Salinan sijil kelahiran (MyKad/MyKid) anak.1 Salinan MyKad/MyKid tanggungan (selain anak).3 Penyata Gaji 3 bulan terkini.1 Salinan KWSP.1 Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini.1 Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah.1 Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan.1 Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan.1 Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang.1 Salinan Daftar Undi.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd ditalian berikut:
Pejabat : 03-5524 0233/0253/019-3330976Cik Rosha : 017-9777204Pn Fatehah: 017-9387537Pn Ros : 017-4163990En Fawie : 011-13020487En Afizie : 019-4406828Bimbang Keadaan Jadi Lebih Teruk , Almy Nadia Perlu Jalani Pembedahan Segera
Baru – baru ini satu perkongsian di laman sosial milik pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz menjadi perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video tentang isterinya, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital.
Fizz juga memaklumkan bahawa isterinya itu terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan hamil luar rahim.
Almy yang dimasukkan ke dalam hospital bagi menjalani pemeriksaan pada hari tersebut disahkan mempunyai ketumbuhan dan cyst tersebut perlu dibuang dengan segera menerusi pembedahan kerana bimbang ianya akan pecah.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” katanya.
Lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kerana bimbang memberi kesan kepada kesihatan dan kandungan Almy.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.”
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” jelas Fizz lagi.
BACA INI : Zul Ariffin Bakal Menetap Di Mekah Tahun Hadapan
Fizz FAiruz menjelaskan bahawa isterinya itu merasa kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan kini sudah selesai menjalni pembedahan tetapi masih dirawat di hospital untuk rawatan lanjut.
Sekadar info , pasangan ini berkahwin pada tahun 2014 dan sudah dikurniakan 4 orang anak perempuan yang comel .
September 24, 2022
Sign Petition KWSP – Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir !
Semasa pandemik yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020, ekonomi negara mula terjejas disebabkan beberapa faktor antaranya kehilangan pekerjaan dalam kalangan masyarakat, faktor kesihatan dan pelbagai lagi.
Kehilangan pekerjaan adalah faktor utama dalam krisis ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Ini menyebabkan masyarakat mula kehilangan sumber pendapatan.
SEMAK : [RASMI] KWSP 2.0 : Tuntutan Sign Petition Pengeluaran & Borang Aduan
Seperti yang anda sedia maklum, dasar yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah untuk hanya membenarkan pengeluaran berdasarkan syarat tertentu sahaja tertakluk kepada jenis pengeluaran yang diiktiraf.
Ekoran daripada siri isu pandemik ini, KWSP telah memperkenalkan produk KWSP seperti i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Special Production bagi membantu masyarakat dalam menyara hidup akibat kehilangan sumber pendapatan.
Kami di Triviamy akan kongsikan cara mudah untuk menandatangani petisyen KWSP 2.0 ~ tuntutan terakhir kali.
Sign Petition KWSPKini, negara kita dalam fasa pasca pandemik, di mana isu kehilangan pendapatan semakin pulih.
Bagaimanapun, akibat peningkatan taraf hidup, rakyat mula bersuara agar penerbitan siri KWSP 2.0 diluluskan.
Sebahagian masyarakat kita hari ini masih bergelut dengan kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan apabila wabak melanda selama 2 tahun.
Justeru, petisyen pengeluaran kwsp 2.0 diwujudkan bagi menggesa Kerajaan dan KWSP mendengar suara rakyat yang masih memerlukan wang caruman demi kelangsungan hidup mereka.
Dengan itu, satu petisyen telah diadakan di laman web Change.org bertujuan menyuarakan suara individu yang menyokong dan menandatangani petisyen kwsp 2.0.
Kami akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk menandatangani petisyen pengeluaran di Change.org seperti di bawah;
Layari laman sesawang https://www.change.org?utm_source=rss&utm_medium=rss khas KWSP 2.0 untuk tujuan menandatangani petition seperti pada Rajah di bawah ini.Tekan pada butang “Search” untuk mencari petisyen KWSP 2.0. Hasilnya anda akan jumpa link pautan ini, https://www.change.org/p/luluskan-pengeluaran-khas-2-0-kwsp-untuk-kelangsungan-kehidupan-rakyat?utm_source=rss&utm_medium=rss Jika anda berminat untuk menandatangani petition bagi menyokong pengeluaran sekali lagi seperti pada Rajah di bawah ini, anda hendaklah memasukkan butiran yang diinginkan seperti nama dan alamat emel.Kemudian, tekan pada butang “Sign this petition”.Akhir sekali, petition anda telah dihantar dan anda boleh terus mengemaskini informasi baru berkaitan petition anda dari semasa ke semasa.[image error]
Kelebihan Sign Petition KWSPPengeluaran kedua ini banyak memberi kesan positif kepada masyarakat dan individu di mana mereka yang berminat untuk mengeluarkan wang sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri.
Ada di antara mereka yang ingin menjadikan ianya sebagai modal perniagaan, ada yang ingin menjadikannya untuk kegunaan kecemasan, ada yang menjadikannya untuk pelaburan dan pastinya setiap orang mempunyai tujuan mereka tersendiri.Pengeluaran ini memberi kesan yang baik jika kita menggunakannya dengan cara yang baik.Ianya bukan hanya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat tetapi ianya boleh dijadikan sebagai perantaraan untuk menjana balik pendapatan yang hilang terutamanya dengan keadaan ekonomi hari ini.Maklumat LanjutUntuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my?utm_source=rss&utm_medium=rss
Memperkenalkan Vokswagen Tiguan Allspace SUV Paling Padu
Akhirnya Syarikat Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan Tiguan Allspace Life baharu, kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini yang menyertai barisan model tawarannya. Ia ditawarkan pada harga RM172,990, model ini melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia. Sebagai sebuah model asas dalam siri SUV berkenaan, Life padat dengan ciri yang menjadikannya sebuah SUV moden, kelebihannya sebagai jentera dengan ruang dalaman luas tidak berubah. Ia tetap hadir bersama konfigurasi tujuh tempat duduk dan mampu menawarkan ruang but sehingga 1,775 liter yang mendahului kelasnya.
Sumber: youtube
Namun secara visualnya, Life berkongsi rekaan yang tajam dan dinamik seperti varian lain termasuklah gril hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED yang menjadi rekaan signatur Volkswagen. Elemen lain termasuklah kemasan ‘Allspace’, perumah cermin sisi berwarna perak, perkataan ‘Tiguan’ di bahagian belakang dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.
Disamping itu, pelanggan juga boleh mengharapkan ruang dalaman Life yang mewah dan penuh fungsi, sama seperti model Volkswagen lain. Antara ciri standard ialah sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci dengan ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3 zon dan stereng sport multi-fungsi dibalut kulit.
Sumber: google image
Life ini telah dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan. Gabungan itu menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km.
Namun, Pengarah Urusan VPCM, iaitu Erik Winter, berkata Tiguan Allspace telah pun memainkan peranan penting dalam portfolio kami. Jadi, kami berbesar hati untuk menawarkan rangkaian penuhnya ke Malaysia. Dengan Life, kami menawarkan sebuah SUV berprestasi tinggi yang akan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan. Ia juga boleh menjadi pilihan ideal untuk keluarga muda yang ingin membeli kenderaan mereka, katanya. Volkswagen Tiguan Allspace Life lengkapkan barisan keluarga Tiguan di pasaran Malaysia.
September 23, 2022
Bantuan BKM Tambahan RM500 Dikreditkan September 2022
Pendaftaran baru dan kemas kini untuk permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia kini boleh dilakukan sehingga tarikh tutup 31 Januari 2022.
Tahukah anda, kerajaan juga telah umumkan bantuan tambahan BKM sehingga RM500 kepada golongan yang layak.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : Klik Sini
Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan tambahan ini?
Kadar tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia ini merupakan bantuan tambahan sebanyak RM300 hingga RM500 kepada golongan isi rumah.
Siapa Yang Layak?Golongan yang layak adalah kategori isi rumah yang berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak tanggungan dan juga isi rumah yang berstatus Warga Emas.
Syarat Kelayakan IBT & Warga EmasDalam kategori isi rumah;Mempunyai anak tanggungan yang menepati syarat;Pendapatan RM2,500 & ke bawah atau RM2,501 – RM5,000.Untuk ketahui fasa pembayaran, anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh pembayaran BKM dalam portal ini.
Jumlah Bayaran TambahanTambahan RM500 kepada isi rumah berstatus IBT (Ibu Bapa Tunggal) & tambahan RM300 kepada isi rumah berstatus Warga Emas.
Anda boleh rujuk jadual bayaran di bawah untuk fahaman lanjut :
Contoh : Kelayakan asas untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan mempunyai 3 orang anak adalah sebanyak RM2,000
Namun, jika anda merupakan ibu tunggal, secara automatik anda layak dapat kadar tambahan sebanyak RM500 menjadikan bantuan BKM anda sebanyak RM2,500.
Info LanjutJika anda telah buat semakan BKM dan status mengenai maklumat pasangan anda masih belum ditukar, sila kemas kini maklumat tersebut dengan segera sebelum tarikh tutup.
Zul Ariffin Bakal Menetap Di Mekah Tahun Hadapan
Pelakon popular tanah air , Zul Ariffin baru – baru ini berkongsi bahawa dirinya bakal berhijrah dan menetap di Mekah pada JAnuari tahun depan.
Dia yang menyatakan hasratnya itu setelah lama mempunyai impian besar untuk memulakan perniagaan di negara tersebut sejak dahulu lagi dan bakal terlaksa tahun depan.
Namun dia mengakui akan tetap berulang alik ke Malaysia jika terdapat komitmen yang bersangkutan dengan keluarga dan kariernya sebagai pelakon.
Zul masih lagi meneruskan kariernya sebagai pelakon walaupun sudah berhijrah dan tidak akan berhenti berlakon kerana ianya minat terbesar dalam hidupnya.
Malah terdapat banyak kerja dan perancangan yang sudah dibuat oleh pihak pengurusannya bagi aktiviti pada tahun depan dan seterusnya.
Zul yang kini dalam proses untuk menguruskan perpindahan tersebut merasa teruja dan tidak sabar untuk memulakan perniagaan tersebut dengan berharap ianya berjalan dengan lancar.
Menetap Di Mekah“Saya memang akan menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia untuk berlakon juga.”
“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya termakbul. Perniagaan yang memang bertapak di Mekah itu memerlukan saya untuk tinggal di sana,” katanya.
“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Lagipun sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan di sini”
Dia juga menyatakan bahawa industrti seni semakin rancak dalam pembikinan drama dan filem jadi dia akan mengambil peluang yang ada untuk terus berkarya demi kerjayanya itu.
BACA INI : Nasha Aziz Bakal Akhiri Zaman Bujang
“Kalau kita tengok, sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Filem pun dah makin banyak ditayangkan di pawagam. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni,” katanya.
Sebelum ini , Zul Ariffin pernah menyatakan bahawa dirinya bakal berhenti untuk mengambil tawaran untuk berlakon drama dan hanya akan menerima tawaran untuk lakonan dalam filem kerana ingin memberikan fokus kepada kerjayanya serta memberikan yang terbaik apabila mempersembahnkan karyanya kepada penonton.
Senarai Untuk Menunggu Kereta Yang Ditempah Boleh Cecah Hingga Setahun
Pembeli mungkin akan perlu mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan kereta yang bakal ditempah dengan senarai menunggu syarikat-syarikat automotif yang dianggarkan mencecah antara tujuh hingga 12 bulan. Penganalisis MIDF Research iaitu Hafriz Hezry, berkata jumlah tempahan yang amat memberangsangkan itu memberikan jaminan pendapatan yang sihat untuk sektor automotif menuju ke tahun depan.
Dengan tambahan lagi, beliau juga berkata bahawa tempahan baharu selepas tempoh pengecualian cukai berakhir adalah agak memberangsangkan, apabila secara purata hanya mencatatkan pengurangan antara 20 hingga 30 peratus berbanding purata tempahan bulanan semasa tempoh cuti cukai. Tempahan baharu bermula dari Julai dan seterusnya mungkin dimasukkan kepada jumlah jualan industri (TIV) bermula April 2023 dan selanjutnya, sekali gus mengukuhkan lagi jaminan pendapatan daripada tempahan kukuh ke hadapan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
Sumber: google image
Disamping itu, firma penyelidikan pasaran itu akan mengekalkan pandangan positif terhadap sektor automotif. Hafriz menjelaskan, tanpa mengambil kira pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan inflasi lebih tinggi, prospek sektor automotif dipengaruhi oleh jumlah tempahan yang tinggi, selain pasaran pekerjaan dan pendapatan isi rumah yang semakin bertambah baik.
Berjaya Auto, MBM Resources dan UMW adalah pilihan utama bagi sektor ini. Berjaya Auto mendapat manfaat daripada pengembangan jenama daripada pengambilalihan francais Kia dan Peugeot, membolehkannya melakukan pertumbuhan berstruktur ke dalam penguasaan pasaran dan melebihi pertumbuhan industri. MBM Resources dan UMW pula kedua-duanya adalah proksi utama kepada pemulihan sektor ini, berikutan pendedahan kepada PERODUA (dan Toyota bagi UMW), yang sekali gus menguasai pasaran terbesar dalam industri.
Sumber: google image
Walaubagaimanapun, risiko utama kepada saranan kami (terhadap sektor automotif) adalah inflasi yang berpanjangan dan tinggi, penurunan dalam pemulihan ekonomi dan ringgit lebih lemah daripada jangkaan. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), TIV pada bulan Ogos adalah 66,614 unit, 36 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.
Namun, jika mengikut perbandingan bulanan, kebanyakan pengeluar kereta mencatat peningkatan jualan yang didahului oleh PERODUA dan PROTON apabila pengeluaran berkembang sebanyak 33 peratus. Sementara itu, Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata tempahan memulih beransur-ansur dan akan terus bertambah baik baik apabila pengguna menyesuaikan diri dengan harga kereta pasca pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Sumber: google image
Beliau juga berkata, dengan adanya Bajet 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi, kerajaan akan dijangka memberikan segala penjelasan yang lebih terperinci berhubung reformasi duti eksais yang hendak dilaksanakan pada 2023. Seiring dengan agenda kelestarian, kerajaan mungkin juga memperkenalkan insensif untuk merangsang penggunaan dan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan, yang mungkin membabitkan insentif bagi mendorong bilangan stesen pengecas EV, mendorong pemasangan EV di pasaran tempatan oleh pengeluar peralatan tulen dan tempoh bebas cukai lebih lama untuk pembelian EV. RHB Investment Bank menaikkan unjuran TIV tahun ini kepada 650,000 unit, lebih tinggi berbanding 630,000 unit yang diunjurkan oleh MAA.
Kenali Volkswagen Golf R Hatchback Berprestasi Tinggi
Volkswagen Golf R adalah Model progresif yang serba baharu dan telah dilancarkan pada Februari lalu ini telah mencipta dan telah memecahkan telah banyak rekod di seluruh dunia. Ia adalah tarikan pada yang dimiliki tidak kira ketika ia berada di atas jalan raya dan litar cukup kuat, selain memiliki aura padu yang pasti membuatkan ramai terpesona. Disifatkan sebagai sebuah model yang paling serba boleh di pasaran, generasi baharu Golf R ini sebenarnya lebih menyerlah kerana ia jauh lebih berprestasi berbanding model terdahulu.
Namun, menurut Volkswagen, Golf R adalah model R yang paling berkuasa setakat ini. Apa tidaknya, menawarkan kuasa mencecah 320PS dan tork 400Nm daripada enjin turbo 2.0TSI terkini yang dipadankan bersama kotak gear DSG 7-kelajuan, ia sememangnya menjanjikan prestasi hebat buat mereka yang mahukan yang terbaik.
Ia lebih menarik lagi, prestasi pemanduannya dibawa ke satu tahap baharu menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan ciri Performance Torque Vectoring. Menurut Volkswagen, sistem pintar dan inovatif ini membolehkan kuasa diagihkan bukan sahaja di antara gandar hadapan dan belakang, malah secara selektif di antara roda belakang yang mana secara langsung dapat meningkatkan kelincahan Golf R dengan signifikan, terutama ketika mengambil selekoh.
Sumber: youtube
Ia juga Difahamkan bahawa Golf R menjadi model pertama Volkswagen yang dipasang dengan sistem ini. Tidak cukup setakat itu, Sistem Vehicle Dynamics Manager pada Golf R disepadukan dengan sistem lain seperti electronic differential locks (XDS), dynamic chassis control (DCC) dan stereng yang progresif untuk memberikan cengkaman optimum serta pengendalian terbaik dengan tahap ketepatan luar biasa. Pendek kata, ketika mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi pun penulis tidak berasa goyah atau teragak-agak, malah tahap keyakinan juga kekal tinggi semasa memandu Golf R.
Meskipun menawarkan kemampuan luar biasa dari aspek prestasi, tahap kecekapan bahan api juga menakjubkan.Sepanjang tempoh pandu uji, penulis menjelajah lebih 600 kilometer (km) dengan hanya berbekalkan setangki penuh petrol. Lebih menyerlah Dari aspek luaran, Golf R memiliki reka bentuk serba baharu sporty yang dilihat dapat menyembunyikan prestasi sebenarnya.
[image error]
Selain dengan emblem R, karekteristik Golf R yang lain menjadikannya lebih tersendiri seperti rekaan bampar dan corong pengambilan udara, peresap udara yang baharu yang dipadankan bersama sepasang ekzos pada bahagian kiri dan kanannya. Malah, rim aloi Adelaide bersaiz 19 inci melengkapkan lagi profil rugged hot hatch ini. Warna biru yang menjadi signatur pada model Golf R ini diserlahkan pada angkup brek dan jalur berwarna biru pada bahagian hadapan jentera ini.
Disamping itu, Iluminasi jalur lampu juga merupakan satu signatur Volkswagen. Satu lagi ciri unik ialah pancaran logo R apabila pintu pemandu dibuka dan ditutup. Menjengah ke dalam kabin, ruang dalaman model ini mencetuskan elemen sporty dan mewah melalui kemasan khas R dalam bentuk Carbon Grey. Ia juga mempunyai tempat duduk hadapan sports premium yang dibalut kulit Nappa dan logo R pada perehat kepala.
[image error]
Sumber: google image
Ia telah dilengkapkan lagi dengan ciri kawalan dan suhu aktif. Pemandu juga sebenarnya boleh mengubah suai posisi tempat duduk dan sokongan lumbar secara elektrik. Inovasi lain hadir dalam bentuk stereng sports pelbagai fungsi di mana ia mempunyai butang R dengan lampu latar berwarna biru yang mengaktifkan mod ‘Race’ secara serta-merta apabila ditekan. Satu lagi ciri istimewa ialah paddle shifter yang lebih besar untuk pengalaman menukar gear dengan lebih baik.
Selain itu juga, Kokpit Digital bersaiz 10 inci termaju turut hadir bersama pelbagai bentuk ubah suai, termasuklah R-View yang direka secara eksklusif dan lebih menarik, ia hanya ada pada model ini sahaja. Paparan auxiliary yang ada padanya pasti disukai oleh peminat sukan bermotor kerana ia menawarkan data-data seperti output, kuasa, agihan tork, tekanan caj, lap timer dan G-meter yang boleh dilihat pada masa sebenar. Prestij model R dapat dilihat pada ruang dalamannya melalui penawaran ciri premium iaitu sistem audio Harman Kardon bersama 10 unit pembesar suara. Sistem berkenaan menawarkan kualiti akustik yang terbaik untuk pengalaman audio yang mengasyikkan.
Namun, dari segi ketersambungan Golf R hadir dengan Sistem Infotainment Digital bersaiz 10 inci yang menawarkan ketersambungan mudah dengan navigasi binaan dalam, serta ciri Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Terdapat 30 pilihan warna lampu ambien dan pendingin hawa 3-zon Climatronic untuk memberi keselesaan maksimum. Menyentuh aspek keselamatan Golf R, ia dilengkapi ciri utama seperti enam beg udara, bantuan sisi dengan amaran lintasan trafik belakang, kamera undur, sistem brek pasca pelanggaran automatik, sistem amaran pemandu, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Maklum Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Parkir Elektronik (EPB), sistem penggera anti-kecurian, sistem perlindungan penumpang proaktif dan banyak lagi.
[image error]
Sumber: google image
Volkswagen Golf R telah menawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Lapiz Blue (biru), serta Deep Black (hitam) dan Pure White (putih). Model import sepenuhnya (CBU) ini ditawarkan pada harga bermula RM389,990. Jika anda peminat tegar Golf R, tanda harga yang ditetapkan ini tentu bukan masalah untuk memiliki jentera hatchback sempurna tahun ini. Volkswagen Golf R tidak hanya padu dari aspek kuasa, malah memiliki karakter menonjol sebagai hot hatch terbaik tahun ini.Model hatchback berprestasi tinggi Volkswagen ini menyembunyikan kuasanya di sebalik penampilan sporty yang agak ‘sopan’.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
