Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 85
September 20, 2022
Luqman Hakim Akhirnya Peroleh Gol!
Berita baik yang datang dari Belgium apabila penyerang muda pasukan negara, Luqman Hakim berjaya jaringkan gol untuk skuad B-21 tahun KV Kortrijk baru-baru ini.
Menurut perkongsian KV Kortrijk Malaysia di laman media sosial, Luqman menjaringkan gol ketika Kortrijk B-21 tahun menewaskan Excelsior Virton dengan keputusan 2-1 dalam saingan Jupiler Pro League B-21.
Luqman menjaringkan gol pada minit ke-69 sekaligus menjadi gol kemenangan dimana sebelum itu, rakan sepasukannya iaitu Soubaib Daali menjaringkan gol pertama Kortrijk pada minit ke-55.
Sila Baca Disini : Harimau Malaya Tiba Di Chiang Mai!
Luqman Hakim Akhirnya Peroleh Gol!Sebelum ini, Luqman Hakim diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus bermain selama 90 minit ketika Kortrijk turun menentang Waasland Beveren dua minggu lalu.
Luqman pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama dalam saingan musim 2022/2023 ialah ketika perlawanan menentang KVC Westerlo pada 22 Ogos lalu.
Ini merupakan satu perkembangan yang cukup positif dari Luqman dimana beliau mula tampil dalam kesebelasan utama secara kerap selain berjaya menjaringkan gol, sekaligus membuktikan kemampuan beliau untuk menjadi senjata utama pasukan.
Sekiranya tampil konsisten bersama skuad B-21 tahun, tidak mustahil pengurus skuad senior, Adnan Custovic akan memanggil pemain berusia 20 tahun itu untuk beraksi bersama skuad utama.
Setakat ini, bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu masih belum membuat sebarang penampilan bersama pasukan senior dalam saingan Jupiler Pro League.
Skuad senior KV Kortrijk baru-baru ini tewas di tangan Anderlecht dengan keputusan 4-1 dan pada perlawanan seterusnya mereka akan bertemu Royal Antwerp di laman sendiri.
Bantuan Warga Emas JKM Untuk Kelangsungan Hidup
Bantuan Orang Tua (BOT) atau Bantuan Warga Emas JKM ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Bantuan ini telah dinaikan daripada RM350 kepada RM500 bermula tahun 2021.
Baca juga:
Bantuan ASB Sehingga RM200 Untuk BayiPermohonan Bantuan Kebajikan Pulau PinangKadar Bantuan:Kadar bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
Pemohon mestilah seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia.Pemohon mestilah warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.Pendapatan Isi Rumah pemohon mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.Pemohon mestilah bukan warga emas yang tinggal di:Institusi kendalian JKM.Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang JKM.
Langkah 2: Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
Langkah 3: Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
Langkah 4: Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
Nota: Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:
1 Salinan kad pengenalan diri pemohon.1 Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.1 Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama1 Salinan penyata gaji (jika ada)Lain-lain dokumen yang berkaitan.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di talian 03-8000 8000.
Bantuan ASB Sehingga RM200 Untuk Bayi
Terdahulu, Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 masih boleh dimohon.
Bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan mendapat RM200 melalui unit amanah saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Tujuan skim ini adalah untuk memupuk budaya menyimpan wang generasi TN50.
Baca juga:
Permohonan Bantuan Kebajikan Pulau PinangPERKESO Lancar Skim Keselamatan Sosial Rumah Disember IniJumlah Kredit:Unit amanah saham, RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.
Pendaftaran Dibuka:Pendaftaran Skim ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut.
Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk mendapatkan unit insentif percuma akan terbatal.
Syarat Kelayakan:Pemohon mestilah lahir pada atau selepas 1 Januari 2018.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Ibu bapa atau Penjaga pemohon mestilah warganegara Malaysia.Ibu bapa atau Penjaga pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.Ibu bapa atau Penjaga Berdaftar mestilah tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan. Cara Permohonan:Permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga berdaftar di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara.
Dokumen Sokongan:1 Salinan pengenalan diri (MyKad) ibu / bapa / penjaga berdaftar.1 Salinan pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima).1 Salinan dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Amanah Saham Nasional Berhad.
Permohonan Bantuan Kebajikan Pulau Pinang
Sistem iSEJAHTERA adalah portal yang menguruskan program kebajikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sistem tersebut melibatkan Program kebajikan kerajaan seperti program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja.
Baca juga:
PERKESO Lancar Skim Keselamatan Sosial Rumah Disember IniCara Mohon Bantuan Deposit Dan Sewa Bulanan Rumah MAIWPSyarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.Pemohon mestilah telah bercerai atau kematian suami.Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.Pemohon mestilah tidak berkahwin semula.Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang iSejahtera.
Langkah 2: Klik pendaftaran.
Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar permohonan.
atau permohonan secara manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web iSejahtera atau hubungi di talian 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701.
PERKESO Lancar Skim Keselamatan Sosial Rumah Disember Ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melancarkan satu skim baru yang diberi nama sebagai Skim Keselamatan Sosial Rumah (SKSSR).
Tujuan skim ini dibuat adalah untuk melindungi golongan suri rumah tidak kira sepenuh masa mahupun separuh masa.
Suri rumah akan dilindungi dengan pelbagai faedah daripada bencana domestik dan keuzuran yang kekal (tidak dapat diubati sehingga menyebabkan tidak mampu mencari nafkah).
Baca juga:
Cara Mohon Bantuan Deposit Dan Sewa Bulanan Rumah MAIWPBantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 Dikreditkan Mulai Hari IniTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan untuk skim ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2022.
Kategori Suri Rumah:Berikut adalah antara kategori seorang suri rumah:
Perempuan yang telah berkahwin / belum (yang mengurus hal rumah tangga secara fulltime ataupun separuh masa).Isteri.Janda.Balu.Ibu yang mempunyai satu anak atau lebih.Ibu tunggal.Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia / permaustautin tetap.Pemohon mestilah belum mencapai umur 55 tahun.Pemohon mestilah seorang suri rumah yang membuat aktiviti urusan rumah tangga.Pemohon mestilah bayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara advance.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, PERKESO akan kongsikan dalam masa terdekat.
Cara Mohon Bantuan Deposit Dan Sewa Bulanan Rumah MAIWP
Skim bantuan zakat MAIWP, adalah bantuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.
Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan pula bertujuan untuk memberi kediaman rumah yang selamat dan selesa kepada asnaf yang layak.
Baca juga:
Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 Dikreditkan Mulai Hari IniPegawai Syarak Melaka Terima Kenaikan Elaun Oktober IniSyarat Permohonan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah beragama Islam.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah). Cara Permohonan:Berikut adalah syarat-syarat untuk permohonan:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal portal MAIWP
Langkah 2: Muat turun borang permohonan.
Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 4: Sertakan dokumen yang perlu disertakan.
Langkah 5: Hantar permohonan ke kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter).
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disertakan:
1 Salinan borang permohonan.1 keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).1 Salinan kad pengenalan pemohon / suami / isteri / anak-anak.1 Salinan penyata gaji / pencen / PERKESO.1 Salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh : DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).1 Salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).1 Salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).1 Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal MAIWP atau hubungi di talian 03- 4047 9444.
Honda Malaysia Telah Panggil Balik Sebanyak 702 Unit Civic Dan City Kerana Mempunyai Masalah Keselamatan
Untuk Makluman anda semua Syarikat Honda Malaysia yang telah membuat satu kenyataan bahawa mereka memanggil semula sebanyak 702 unit model keluarannya iaitu telah membabitkan kenderaan Honda City Hybrid bagi pengeluaran 2021 dan Honda Civic pengeluaran 2022, Ia adalah sebagai langkah-langkah keselamatan kepada pemilik tersebut. Dengan dalam satu kenyataan, ia telah menjelaskan bahawa isu keselamatan yang timbul disebabkan situasi di mana Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang sudah tidak aktif dan ia dibuat sebagai langkah untuk keselamatan bagi berjaga-jaga untuk menggantikan kamera yang dipasang pada bahagian cermin depan.
Disamping itu, Kamera berkemungkinan tidak berfungsi dengan betul dan akan menyebabkan ADAS tidak aktif semasa pemanduan. Bagi isu ini, sejumlah 630 unit model City Hybrid 2021 terjejas. Sebab lain panggilan ini dibuat adalah membabitkan kimpalan tidak lengkap dalam pelaras luncur tempat duduk pemandu. Panggilan ini untuk membetulkan titik kimpalan pada pelaras luncur.
Sumber: google image
Namun, ia juga boleh menyebabkan tempat duduk pemandu tidak dipasang pada kedudukannya semasa memandu dan boleh menjejaskan perlindungan tali pinggang keledar untuk pemandu. Sejumlah 72 unit Civic 2022 terbabit,” katanya. Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa model pengeluaran serta jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam panggilan semula produk berkaitan. Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan di Malaysia.
Syarikat Honda Malaysia percaya panggilan balik produk ini perlu kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia.Honda Malaysia akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan ketat untuk pelanggan. Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk.Honda Malaysia turut menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temujanji selepas menerima pemberitahuan bagi membolehkan kenderaan diperiksa dan dibaiki jika perlu, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.
Sumber: google image
Syarikat Honda Malaysia telahmenggalakkan seluruh pelanggan mereka untuk memuat turun dan mengemas kini butiran mereka melalui aplikasi mudah alih, HondaTouch untuk pengesahan lanjut mengenai panggilan balik ini. Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan disebabkan panggilan semula ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Kepada Semua Pemilik kenderaan anda sebenarnya boleh mendapatkan maklumat ataupun menyemak status kenderaan anda mengenai panggilan semula produk berkenaan dengan cara iaitu menghubungi nombor bebas tol Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020 atau log masuk ke productrecall.honda.com.my
September 19, 2022
Mercedes-Benz Malaysia Akan Latih Bakat Automotif Anak Tempatan
Syarikat Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Montfort Boys Town di Shah Alam bagi memperkukuhkan lagi tunggak pendidikan. Perjanjian itu telah selaras dengan dengan komitmen MBM melalui pengambilan dan inkubasi pelajar menengah untuk program Perantisan Moden Lanjutan yang terkenal di peringkat global. MoU selama dua tahun itu akan dimulakan dengan aktiviti seperti ‘Train the Trainer’, di mana MBM akan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan kepakaran membabitkan model semasa Mercedes-Benz kepada pelatih, sebelum memindahkan pengetahuan kepada pelajar.
Pengajian Kurikulum latihan itu adalah bertujuan untuk mendedahkan dan menyediakan pelajar yang berminat kepada program Perantis Moden Lanjutan yang tersedia selepas tamat sekolah menengah. Penilaian pra-pendaftaran tahunan akan dijalankan untuk pelajar Montfort Boys Town di mana mereka yang berjaya lulus boleh memohon untuk program Perantis Moden Lanjutan.
Sumber: google image
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Sagree Sardien, berkata bahawa syarikat automotif premium itu komited terhadap pembangunan tenaga kerja masa depan dan ia mahu memupuk, membangun dan menarik bakat pada usia awal. Kerjasama ini akan mendedahkan pelajar kepada kecekapan sosial dan organisasi yang akan memacu kecemerlangan perkhidmatan mengikut cara Mercedes-Benz. Sebagai sebahagian daripada tonggak pendidikan, kami melihat peluang yang baik untuk memupuk dan melabur dalam bakat muda ini yang bercita-cita untuk mempunyai kerjaya dalam industri automotif sebagai juruteknik bertauliah global.
Pelajar yang berjaya mendaftar dalam program Perantisan Moden Lanjutan akan menerima biasiswa penuh dan menjadi pelatih sepenuh masa di bawah MBM. Mereka akan menerima elaun bulanan RM800 sepanjang program tiga tahun dan dijamin mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dengan gaji minimum pada tahun pertama. Graduan juga akan mempunyai lebih banyak peluang selepas itu bersama Mercedes-Benz di mana mereka boleh menjawat ke jawatan pengurusan dalam jabatan perkhidmatan pelanggan selepas menamatkan kelayakan tahap diagnostik mereka.
Sumber: google image
Disamping itu, Program Perantis Moden Lanjutan di bawah Akademi Latihan MBM ialah kursus perantisan selama tiga tahun yang merangkumi pelbagai sukatan pelajaran dan garis panduan latihan yang diluluskan secara global oleh Mercedes-Benz Global Training dengan elemen Kecekapan Mercedes-Benz. Program itu menggabungkan Kelayakan Antarabangsa sehingga Tahap 3 dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Sebagai sebahagian daripada strategi jenama dan hala tuju global untuk menerajui dalam bidang elektrik, Mercedes-Benz telah membangunkan profil baharu untuk Pakar Kenderaan Elektrik, dikenali sebagai Pakar dalam Voltan Tinggi (EHV) yang akan diperkenalkan bermula dengan pengambilan pada 2022.
Namun, Sukatan pelajaran baharu itu akan ditambah pada modul sedia ada sebagai sebahagian daripada usaha jenama itu untuk melatih dan melengkapkan bakat untuk bersedia masa hadapan bagi tuntutan mobiliti masa depan. Sejak 1984, lebih daripada 900 perantis lulus dari Akademi Latihan MBM dan bekerja dengan rangkaian pengedar sah jenama itu dalam pelbagai jawatan merentasi pengkhususan yang berbeza.
3 Gol Dari Son Heung Min!
Son Heung-Min muncul dari bangku simpanan untuk mencetak jaringan hatrik ketika membantu Tottenham membenam Leicester City 6-2 di laman sendiri, awal pagi semalam.
Bintang Korea Selatan itu berdepan kritikan hebat berikutan masih terkial-kial mencari penyudahnya musim ini tetapi tiga gol terakhir perlawanan yang disumbangkan sama sekali melenyapkan persoalan mengenai prestasinya.
Sehubungan itu, Antonio Conte tumpang gembira dengan penampilan anak buahnya tersebut sambil menjelaskan bahawa pendekatannya menggilirkan pemain mampu merangsang skuadnya, baik daripada segi perebutan tempat mahupun mengekal kecergasan pemain.
Sila Baca Disini : Impian Harimau Muda Semakin Kabur!
3 Gol Dari Son Heung Min!“Pada akhirnya seorang penyerang tetap perlu menjaringkan gol. Jika seorang penyerang tidak menjaringkan gol, keyakinannya boleh menurun dan pastinya buat Sonny dalam tujuh perlawanan terakhir beliau mempunyai banyak peluang dan tidak bernasib baik,” kata pengurus berbangsa Itali itu kepada Capital Football selepas perlawanan.
“Untuk meraih keputusan seperti ini bukan mudah tetapi dalam beberapa ketika anda perlu membuat tindakan penting tetapi jika anda jujur, anda tidak akan kehilangan rasa hormat pemain anda. Setiap keputusan yang saya buat sentiasa demi yang terbaik buat pasukan.”
Tottenham, bagaimanapun, dikerah pada awal permainan biarpun Harry Kane meneruskan sentuhan berbisanya pada minit ke-8 untuk memadam sepakan penalti Youri Tielemans disusuli jaringan Eric Dier dan James Maddison untuk mengakhiri separuh masa pertama 2-2.
Rodrigo Bentancur kembali meletakkan kelab London itu di depan sebaik dua minit babak kedua bersambung sebelum kemunculan Heung-Min mengubah tempo perlawanan yang menyaksikan Leicester terus terperosok di dasar liga sementara Spurs melonjak ke tangga kedua untuk mengekori rapat Manchester City.
Conte juga merancang untuk sentiasa merombak pasukannya dan menuntut pemain agar memahami keperluan itu, lebih-lebih lagi sekitar tiga bulan sebelum sepak mula Piala Dunia Qatar.
“Saya mahu membawa pasukan ini berfikir ke tahap yang lebih tinggi, bukan kekal di pertengahan. Bukan kerana mereka kekal di Tottenham dan fikir: ‘Saya bermain setiap perlawanan, setiap perlawanan.’ Jika ia berterusan sebegini, ini bermakna kami tidak mampu berjuang untuk sesuatu yang penting, ini pendapat saya.
“Kami baru merintis laluan ini di kelab ini. Menerusi pemain yang ada, kami boleh menggilirkan pemain. Kami bakal mengharungi 12 perlawanan berturut-turut selepas rehat perlawanan antarabangsa, maka sudah pasti saya akan membuat penggiliran.
“Kami perlu sentiasa mempunyai pasukan yang kuat kerana kami mahu berjuang dalam setiap pertandingan. Saya melakukan perkara yang sama pada masa lampau, baik di Juventus, Chelsea mahupun Inter Milan. Pada pendapat saya skuad kami belum bersedia, belum mantap berbanding dengan Man City, Liverpool dan Chelsea. Kami baru sahaja bermula.
“Tetapi jika pemain mahu bermain untuk sesuatu yang penting serta untuk menjulang trofi, mereka perlu memahami ini (keperluan menggilirkan pemain).
“Jika tidak mereka akan berterusan diturunkan setiap perlawanan tetapi bukan untuk memenangi sebarang kejuaraan. Saya mahu membawa perkara ini kepada pasukan ke tahap yang berbeza.”
9 Tarikan Semulajadi Di Melaka Yang Patut Anda Lawati | Hidden Gem !
Terdapat beberapa negeri yang merupakan destinasi percutian singkat yang popular di Malaysia, terutamanya tarikan semulajadi di Melaka.
Ya, Melaka selalunya sinonim dengan tarikan sejarah, tetapi adakah anda tahu bahawa ia juga mempunyai tarikan semula jadi untuk ditawarkan?
Jom kita lihat beberapa tarikan semulajadi di Melaka untuk anda yang gemarkan alam semulajadi yang inginkan kelainan semasa bercuti di Melaka.
Baca juga: 5 Restoran Jepun Popular di Johor | Fantastic Authentic !
Tarikan Semulajadi Di Melaka Yang PopularPantai Klebang
Jika anda terlepas bermain sandboard di Lancelin di Perth, anda boleh melawat Pantai Klebang Sand Dune untuk mengimbau kenangan indah di Australia!
Walaupun tiada permainan sandboard ditawarkan di Pantai Klebang, ia masih popular sebagai tempat yang baik untuk meneroka dan mengambil gambar sepanjang perjalanan.
Ia sangat popular sehingga anda mungkin melihat jurugambar perkahwinan yang sedang sibuk mengambil gambar pengantin di tarikan semulajadi di Melaka ini!
Sungai Melaka
Anda juga boleh bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka, yang menawarkan persiaran yang telah makin indah, kerana adanya banyak mural yang menghiasi rumah kedai yang menghadap ke sungai.
Anda juga boleh memilih untuk menaiki river cruise untuk anda berehat dan bersantai sambil memerhati dan mengambil gambar tarikan di tepi sungai.
Untuk melihat pemandangan sungai yang berbeza tetapi tidak kurang cantiknya, apa kata kunjungi tarikan semulajadi di Melaka ini pada waktu malam, apabila lampu berwarna memancarkan warna ungu dan biru yang cantik!
Hutan Lipur Ayer KerohAdakah berjalan pagi melalui hutan yang menghijau merupakan kegemaran anda? Jadi pastikan anda melawat Hutan Lipur Air Keroh!
Jejaki pelbagai denai sambil berendam dalam pemandangan dan bunyi kehidupan tumbuhan dan haiwan yang sangat pelbagai yang hidup di dalam hutan.
Jika anda bernasib baik, anda mungkin melihat beberapa hidupan liar di sepanjang jalan seperti burung merpati hijau berleher merah jambu atau minivet merah jambu yang cantik ini!
Tasik Ayer Keroh
Kepada anda yang menggemari sukan air, Tasik Air Keroh adalah tempat yang sesuai untuk anda singgah di Melaka. Terdapat banyak aktiviti di tarikan semulajadi di Melaka ini untuk mengisi hari anda seperti belayar, berkanu dan memancing.
Setelah anda selesai berseronok di perairan, berehat dengan berjalan-jalan yang damai atau sediakan perkelahan untuk mengisi perut anda. Anda juga boleh memanfaatkan kemudahan barbeku di lokasi untuk memasak hidangan yang enak sambil menikmati persekitaran yang indah.
Bukit Beruang
Inginkan aktiviti mendaki yang akan memberikan anda pemandangan panoramik Melaka? Maka anda harus mendaki Bukit Beruang.
Ia merupakan tempat mendaki kegemaran di kalangan penduduk tempatan dan mempunyai banyak denai yang memenuhi semua jenis tahap kecergasan – walaupun untuk pemula.
Bergantung pada denai yang anda pilih, pendakian di tarikan semulajadi di Melaka ini boleh mengambil masa antara 30 minit hingga 2 jam. Jadi pastikan anda merancang hari anda dengan sewajarnya!
Skytrex Adventure Melaka
Anda yang gemarkan aktiviti ekstrim pasti tidak mahu terlepas lawatan ke Skytrex Adventure Melaka. Tarikan semulajadi di Melaka ini penuh dengan aktiviti mencabar yang akan membuatkan anda memanjat, merangkak dan berayun melalui hutan.
Terdapat tahap kesukaran yang berbeza tersedia di sini, termasuk Little Dino pemula (RM70/pax) yang sesuai untuk kanak-kanak, Pahlawan Thrill pertengahan (RM80/pax) dan Extreme Warrior lanjutan (RM90/pax) di mana anda perlu pergi ke sana melalui lebih 30 cabaran yang melelahkan.
Harungi halangan seperti Bungee Swing dan Flying Fox, dan Skybike tambahan hanya tersedia dalam tahap lanjutan yang membolehkan anda menunggang basikal yang digantung di udara dengan tali tegang.
Tambahan pada pakej termasuk sarung tangan (RM10), pemegang botol (RM15), dan air mineral (RM4) dengan pengisian semula percuma.
Selepas anda menamatkan laluan berhalangan, anda akan berpeluang membawa pulang sijil (RM5) sebagai kenang-kenangan pengembaraan anda di taman ini.
Tiket ke SkyTrex Melaka boleh dibeli secara online di laman web.
Alamat: Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, MelakaWaktu Operasi: 9AM-6PM, Setiap hariNo.telefon: 018-909 5679 A’Famosa Safari WonderlandJika anda seorang pencinta haiwan dan inginkan percutian ke tarikan semulajadi di Melaka, anda harus kunjungi A’Famosa Safari Wonderland, yang terletak di dalam A’Famosa Resort.
Berdekatan dengan zirafah yang menjulang tinggi, harimau yang megah, flamingo yang elegan, tupai monyet nakal, monyet yang suka bermain dan banyak lagi di zoo gaya safari yang luas ini!
Selain dapat bermesra dengan pelbagai jenis haiwan, jadual harian safari padat dengan persembahan berbilang haiwan, masa memberi makan dan persembahan yang menarik.
Bagi mereka yang melancong bersama keluarga (terutamanya jika anda mempunyai anak-anak), tarikan yang satu ini pasti anda tidak mahu ketinggalan.
Alamat: A’famosa Resort, Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, MelakaWaktu Operasi: 10am – 5pm (Ditutup setiap Selasa)No.telefon: 06-552 0888Batrisya Horse Stable & Riding Centre
Jika bersiar-siar di Pantai Klebang tidak mencukupi untuk anda, pertimbangkan juga untuk menunggang kuda melintasinya dengan mengunjungi Batrisya Horse Stable & Riding Centre.
Seharusnya pengalaman yang berbeza untuk anda terokai dengan menunggang kuda, termasuk bukit pasir di Pantai Klebang dan lautan. Bawa bersama skuad anda untuk aktiviti ikatan pasukan ini yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang.
Anda akan mempunyai pilihan pakej untuk dipilih – Permulaan (RM250/pax) untuk lari lumba 20 minit dengan pemandu, atau Lanjutan (RM350/pax) untuk perjalanan selama sejam. Atau pilih untuk menunggang kuda di padang rekreasi terhalang mereka selama 45 minit (RM80/pax).
Alamat: Jalan Haji Ishak, Kg Tambak Bugis, Telok Mas, MelakaWaktu Operasi: Sat – Thu 9AM-6PM (Ditutup setiap Jumaat)No.telefon: 012-638 5673Santuari Rama-rama dan Reptilia Melaka
Santuari Rama-rama dan Reptilia Melaka ialah tempat anda boleh bersiar-siar melalui taman yang indah sambil rama-rama berterbangan di sekeliling anda.
Pengunjung juga boleh menemui Taman Koi yang dipenuhi dengan ikan mas oren, dan Secret Garden yang mempunyai jambatan yang terletak di antara pokok yang menjulang tinggi, untuk membuatkan anda berasa seolah-olah berada dalam filem Ghibli semasa bersiar-siar di taman ini.
Anda akan dapat melihat pelbagai jenis reptilia, daripada ular hingga katak, di Santuari Reptilia. 13 tarikan lain yang termasuk Kampung Buaya, Taman Ular dan Gua Tarantula, serta Ladang Emu, akan membuatkan anda terhibur di tarikan semulajadi di Melaka ini!
Tiket: RM22/dewasa and RM16/kanak-kanakAlamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 MelakaWaktu Operasi: 8.30AM-5.30PM, Setiap hariNo.telefon: 06-232 0033Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
