Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 84
September 21, 2022
Rakyat Malaysia Bakal Terima Bantuan Am Oktober Ini
Oktober nanti, bantuan khas sehingga RM350 sebulan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak .
Bantuan Am Persekutuan ini disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.
Baca juga:
Bantuan Warga Emas JKM Untuk Kelangsungan HidupBantuan ASB Sehingga RM200 Untuk BayiKadar Bantuan:Bantuan Am Persekutuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 sehingga RM350 (Maksimum).
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah dari golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.Borang Permohonan:JKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang JKM atau muat turun borang permohonan.
Langkah 2: Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
Langkah 3: Daftar permohonan mengikut negeri.
Langkah 4: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 5: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 6: Hantar permohonan.
Nota: Pemohon diminta hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:
1 Salinan MyKad Pemohon.1 Salinan MyKad ahli keluarg yang tinggal bersama.1 Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU).1 Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).1 bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro).1 Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi di talian 03 8000 8000.
Faisal Halim Kekal Positif Terhadap Pasukan!
Pemain tengah negara, Faisal Halim menganggap ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memiliki skuad seimbang dalam merencanakan perancangan terbaik menjelang saingan Kings Cup di Chiang Mai bermula Khamis ini.
Baginya, kombinasi pemain muda dan pemain yang ‘tidak terlalu tua’ akan meningkatkan kualiti skuad kebangsaan berbanding barisan terdahulu.
Jika dilihat kepada senarai pemain yang dipilih Pan-gon kali ini, hanya ada tiga pemain yang melebihi usia 30 tahun iaitu Brendan Gan (34 tahun), Darren Lok (32) dan Corbin Ong (31).
Sila Baca Disini : FAM Mengaku Harimau Muda Gagal!
Faisal Halim Kekal Positif Terhadap Pasukan!“Ini adalah barisan yang mungkin akan menjadi skuad terbaik buat negara pada masa akan datang,” katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.
“Kerana kami memiliki campuran pemain muda dan pemain senior yang tidak terlalu tua. Apa yang saya boleh katakan, dalam pasukan ini tiada pemain bintang dan itulah perkara terpenting.
“Semua pemain bekerjasama dan kita tidak boleh menafikan bahawa kita ada pemain muda yang bagus.
“Sasaran peribadi saya adalah untuk membawa skuad negara ke final,” katanya.
Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Azih pula mengakui sukar buatnya untuk menampilkan prestasi terbaik seperti dahulu akibat kecederaan lutut yang dialaminya sejak 2017.
Sebagai langkah alternatif beliau terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali sebelum perlawanan dan mengikat lutut menggunakan pita apabila sesi latihan.
“Permainan saya tak sama macam dulu disebabkan sakit di bahagian meniskus. Ia mengganggu prestasi saya dalam liga kerana tak boleh betul-betul kerah kudrat.
“Saya seorang pemain yang gemar lakukan pintasan (interception) tetapi sakit dialami ini membuatkan saya sukar untuk buat demikian. Jadi keyakinan saya agak kurang,” katanya.
Bagaimanapun, Azam tiada masalah untuk memberikan yang terbaik sekiranya diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk bermain.
Malaysia akan menentang tuan rumah, Thailand pada Khamis ini dan sekiranya menang, skuad negara akan bertemu sama ada Tajikistan atau Trinidad & Tobago bagi penentuan kejuaraan.
[RASMI] KWSP 2.0 : Tuntutan Sign Petition Pengeluaran & Borang Aduan
Keluaran Kwsp 2.0 Terkini: Tandatangani Petisyen Tuntutan kwsp 2.0 & Cara Mengisi Borang Aduan kwsp 2.0 bajet bajet 2023
Sejak pandemik melanda dunia pada 2020, ekonomi negara mula terjejas disebabkan beberapa faktor antaranya kehilangan pekerjaan dalam kalangan masyarakat, faktor kesihatan dan pelbagai lagi.
Kehilangan pekerjaan adalah faktor utama dalam krisis ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Ini menyebabkan masyarakat mula kehilangan sumber pendapatan.
Seperti yang anda sedia maklum, polisi yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah hanya membenarkan pengeluaran berdasarkan syarat yang ditetapkan sahaja tertakluk kepada jenis pengeluaran yang diiktiraf.
Ekoran daripada siri isu pandemik ini, KWSP telah memperkenalkan produk KWSP seperti i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Special Production bagi membantu masyarakat dalam menyara hidup akibat kehilangan punca pendapatan.
Pengeluaran Kwsp 2.0 Lulus atau TidakKini, Malaysia berada dalam fasa pasca pandemik, di mana isu kehilangan pendapatan semakin pulih.
Namun begitu, akibat taraf hidup yang semakin meningkat, rakyat mula bersuara agar penerbitan siri kedua itu diluluskan.
Apakah itu KWSP 2.0? Ia merupakan inisiatif pengeluaran wang KWSP 2.0 khas untuk membantu memulihkan ekonomi masyarakat dan menyokong pendapatan orang ramai yang ingin bekerja semula.
Namun, hasrat ini masih tergantung tanpa tali kerana Kerajaan masih mempertimbangkan perkara ini.
Bagi Kerajaan, jika dibiarkan ia akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara secara keseluruhan, tetapi ia juga boleh memberi manfaat kepada masyarakat secara peribadi.
Sebahagian masyarakat kita hari ini masih bergelut dengan kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan apabila wabak melanda selama 2 tahun.
Justeru, petisyen pengeluaran kwsp 2.0 telah diwujudkan bagi menggesa Kerajaan dan KWSP mendengar suara rakyat yang masih memerlukan wang caruman demi kelangsungan hidup mereka.
Satu petisyen telah diadakan di laman web Change.org bertujuan untuk menyuarakan suara individu yang menyokong dan menandatangani petisyen kwsp 2.0.
Cara-cara untuk menandatangani petisyen penarikan diri di Change.org adalah seperti berikut;
Layari laman sesawang https://www.change.org?utm_source=rss&utm_medium=rss khas kwsp 2.0 untuk tujuan menandatangani petition seperti pada Rajah di bawah atas iniTekan pada butang “Search” untuk mencari petisyen KWSP 2.0. Hasilnya anda akan jumpa link pautan ini, https://www.change.org/p/luluskan-pengeluaran-khas-2-0-kwsp-untuk-kelangsungan-kehidupan-rakyat?utm_source=rss&utm_medium=rssJika anda berminat untuk menandatangani petition bagi menyokong pengeluaran sekali lagi seperti pada Rajah di bawah ini, anda hendaklah memasukkan butiran yang diinginkan seperti nama dan alamat emel.Kemudian, tekan pada butang “Sign this petition”.Akhir sekali, petition anda telah dihantar dan anda boleh terus mengemaskini informasi baru berkaitan petition anda dari semasa ke semasa.
Baca juga : Pengeluaran Wang KWSP Melalui Akaun 2 Dibenarkan ~ Ini Adalah Syarat & Cara Permohonan
Kenapa Pengeluaran Kwsp Kedua Penting Untuk Pencarum EpfTaraf hidup di Malaysia telah meningkat berikutan krisis ekonomi semasa.
Banyak bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi pasca wabak ini.
Namun begitu, bantuan yang diberikan kerajaan terlalu terhad sehingga ada golongan yang tersisih dan ada yang mengambil kesempatan.
Ramai berpendapat pengeluaran ini wajar sebagai langkah membaiki dan menstabilkan semula kewangan masing-masing akibat wabak yang melanda negara.
Oleh itu, petisyen telah diwujudkan untuk membuat tuntutan KWSP 2.0 kepada pencarum.
Ini berikutan beberapa faktor berkaitan seperti kewujudan pengeluaran ini dapat meringankan lagi beban kewangan yang dihadapi oleh pencarum ketika ini.
Beban kewangan yang bertambah akibat Covid-19 menyebabkan ramai pencarum terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada yang terpaksa catur makanan harian dan yang paling mengerikan ada yang terpaksa bunuh diri akibat tekanan hidup.Statistik menunjukkan bahawa sepanjang pandemik, kes bunuh diri semakin meningkat.Selain itu, tuntutan pengeluaran ini penting untuk kebanyakkan pencarum kerana bagi pencarum yang baru ingin memulakan perniagaan, mereka memerlukan kepada modal.Akibat daripada kehilangan kerja ketika pandemik, ramai yang cuba untuk memulakan perniagaan sendiri. Banyak modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan.Oleh itu, pengeluaran ini penting bagi mereka untuk menjana kembali pendapatan mereka yang telah hilang.Cara Isi Borang Aduan Kwsp 2.0
Kemudian, anda mesti mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul untuk menyokong permohonan itu.
Selepas mengisi semua maklumat yang dikehendaki, tekan butang “Serah”.
Secara ringkasnya, itulah cara mudah untuk mengisi borang tuntutan pengeluaran KWSP 2.0.
Kelebihan Pengeluaran Fasa KeduaPengeluaran kedua ini banyak memberi kesan positif kepada masyarakat dan individu di mana mereka yang berminat untuk mengeluarkan wang sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri.
Ada di antara mereka yang ingin menjadikan ianya sebagai modal perniagaan, ada yang ingin menjadikannya untuk kegunaan kecemasan, ada yang menjadikannya untuk pelaburan dan pastinya setiap orang mempunyai tujuan mereka tersendiri.Pengeluaran ini memberi kesan yang baik jika kita menggunakannya dengan cara yang baik.Ianya bukan hanya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat tetapi ianya boleh dijadikan sebagai perantaraan untuk menjana balik pendapatan yang hilang terutamanya dengan keadaan ekonomi hari ini.Keburukan Pengeluaran Sekali Lagi Kepada Negara & RakyatProduksi ini dilihat memberi keseronokan, namun malangnya ia turut menjejaskan dua pihak iaitu rakyat dan negara.
KWSP adalah pelabur institusi tempatan yang bertanggungjawab untuk menstabilkan ekonomi negara di peringkat global.
Caruman ahli KWSP bukan sahaja disimpan di situ, malah ia juga digunakan sebagai medium pelaburan untuk meningkatkan ekuiti negara.
Hal ini dapat memberi kesan negatif kepada pelaburan domestik dan pasaran modal negara. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang.KWSP bukan hanya melibatkan negara, tetapi juga individu. Ianya akan memberi kesan jangka masa panjang kepada pencarum jika membuat pengeluaran. Semua maklum bahawa KWSP merupakan skim simpanan caruman hasil pendapatan untuk kegunaan selepas bersara.Namun, jika wang tersebut dikeluarkan, ianya akan memberi kesan apabila sesorang individu itu bersara. Hal ini akan menyebabkan bertambahnya beban kewangan di usia tua.FAM Mengaku Harimau Muda Gagal!
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tanpa berselindung mengakui kegagalan skuad B-19 negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia minggu lalu.
Pengarah teknikal, Scott O’Donnell bagaimanapun menegaskan kegagalan itu tidak bermakna peta hala tuju F:30 gagal sepenuhnya, sebaliknya hanya matlamatnya perlu dinilai semula.
Kegagalan terbaru itu menyaksikan satu lagi sasaran FAM dalam F:30 tersasar apabila skuad B-19 negara gagal ke Piala Dunia B-20 dengan menamatkan kempen kelayakan itu di tangga ketiga Kumpulan E.
Sila Baca Disini : Luqman Hakim Akhirnya Peroleh Gol!
FAM Mengaku Harimau Muda Gagal!Kegagalan itu juga menyebabkan kedudukan ketua jurulatih skuad B-19, Hassan Sazali Waras mula diperkatakan peminat sukan negara.
Sebagai rekod, FAM melancarkan F:30 pada 2018 dengan sasaran utama untuk menjadikan Malaysia antara lima pasukan terbaik Asia menjelang 2030.
Scott berkata kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam: “Saya bukan mahu memberikan alasan tetapi saya tiada di sini sewaktu sasaran F:30 ditetapkan.
“Tetapi amat jelas sasarannya sudah terkesan dan kami perlu menilai semula sasaran itu. Mungkin sasaran itu realistik atau sebaliknya.
“Saya bukannya mahu memberikan alasan, sudah pasti amat bagus jika kita layak dan saya fikir, jika kita dapat menewaskan Mongolia, kita mempunyai peluang yang cerah untuk layak sebagai antara pasukan di tempat kedua terbaik.
“Kami perlu sedar dan mengakui bahawa kami gagal mencapai sasaran itu. Ia satu tugas yang berat namun kamj gagal mengatasinya.
“Tiada alasan untuknya kerana kami memiliki barisan pemain terbaik dan tidak mendapat keputusan yang kami mahukan.
“Adakalanya, kita hanya perlu mengakuinya dan tidak perlu menuding jari ke arah pihak yang lain,” katanya.
Jawatan Kosong Di Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) – Minima PT3/PMR!
Permohonan Jawatan Negeri Pahang di Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT
2. PEMANDU
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ Pahang).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Swasta di Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. SPX – Warehouse Supervisor
2. SPX – Shift Lead
3. SPX – Hub Manager
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
September 20, 2022
“Bekas Isteri SM Faizal Yang DM Saya” – Caprice Enggan Mohon Maaf , Sedia Diheret Ke Mahkamah
Semalam viral tentang isu mengenai ahli perniagaan Dato SM Faisal Nasimuddin Kamal yang dikatakan telah mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap kes membabitkan bekas isterinya, Emilia Hanafi kepada selebriti ternama , Caprice .
Perkara ini berkaitan tentang sebuah video yang telah dikogsi oleh Cap di media sosial miliknya pada tarikh 28 Jun 2022 lalu dan menyebabkan namanya menjadi bualan ramai dan mengaibkan namanya.
Namun Cap tampil menjawab persoalan tentang saman tersebut dengan menyatakan bahawa dirinya tidak akan meminta maaf sama sekali kepada indiviidu tersebut dan bersedia untuk diheret ke mahkamah bagi membantu siasatan.
Membantu Orang AwamMalah menganggap ianya sebagai isu yang perlu diulas bagi membantu mangsa yang terlibat dan ianya bukan pertama kali dia tampil mengulas isu sebegitu dan mendapat tantangan daripada pihak lain.
BACA INI : Tahniah ! Ainul Aishah Kini Sah Bergelar Isteri
Bukan itu sahaja tetapi Caprice juga mendedahkan bahawa Emilia sendiri yang menghubunginya dan mahu berkongsi kisah tersebut kepada orang awam dan di media sosial demi mempertahankan dirinya.
“Kita tetap akan bela mangsa, tidak kisah siapa pun orangnya. Tuan badan sendiri ada DM Caprice minta tolong beri kesedaran tentang kes yang berlaku pada dirinya. Kalau mangsa ada DM kita, memang kita akan tolong.”
Caprice dalam ulasannya itu juga menjelaskan bahawa terdapat individu yang cuba mengambil kesempatan dan memperbesarkan isu ini demi menutup perkara yang lain.
“Pertamanya, Caprice rasa seperti ada individu yang mahu viralkan kes ini. Perkara ini sudah dua bulan berlaku dan kami memang sedang menguruskan hal ini.”
Sebkadar info , SM Faisal sebelum ini telah didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi di sebuah kediaman di Desa Sri Hartamas, Brickfields, Kuala Lumpur antara pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.
Benarkan Pengeluaran KWSP Untuk Ahli Tak Aktif
Untuk pengetahuan kerajaan, ada golongan yang asalnya bekerja makan gaji dan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tempoh tertentu seperti 5 atau 20 tahun.
Baca juga Pengeluaran KWSP 2.0
Kemudian mereka berhenti bekerja sebelum mencapai umur 55 tahun atas beberapa sebab seperti diberhentikan kerja oleh majikan, memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan banyak sebab-sebab lain.
Mungkin ketika ini golongan tersebut memilih untuk bekerja sendiri dengan pendapatan yang agak rendah berbanding ketika mereka mendapat gaji.
Pengeluaran Untuk Ahli Tak AktifDengan tuntutan perbelanjaan keluarga yang masih tinggi, antara lain kerana anak-anak masih belajar di peringkat menengah atau di institusi pengajian tinggi (IPT) atau berdepan masalah kesihatan, sudah pasti membebankan golongan ini.
Oleh itu, dengan mewujudkan pengeluaran khas untuk golongan tersebut (sebahagian atau keseluruhan deposit KWSP), ia boleh digunakan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka atau untuk tujuan tertentu seperti menunaikan haji.
Simpanan KWSP adalah hak milik pencarum dan sewajarnya ahli yang tidak aktif juga dibenarkan mengeluarkan wang tersebut terutama untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana mereka tiada pilihan lain selain bergantung kepada simpanan KWSP.
Pengeluaran LainSebelum ini, KWSP membenarkan kemudahan pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan penularan wabak Covid-19.
Jika anda menyokong pengeluaran KWSP 2.0 ini patut dilaksanakan, sila join Komuniti Group FB KWSP di bawah :
Ditulis oleh : AHLI KWSP TIDAK AKTIF
Tahniah ! Ainul Aishah Kini Sah Bergelar Isteri
Setelah 5 tahun mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan pada Mac tahun lalu , aktress berkulit hitam manis dan jelita , Ainul Aishah kini bergelar isteri.
Pasangan ini yang bercinta sejak April 2017 telah mengambil keputusan untuk berumah tangga setelah lama menjalin cinta dan merasakan sudah masa untuk hidup bersama dan mencipta memont bahagia bersama.
Ainul Aishah telah memilih seorang ahli perniagaan iaitu Khalid Redzuan sebagai suami dah telah dinikahkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Aishah yang telah berkongsi tentang majlis pernikahnya di laman sosial miliknya memamerkan hantaran dan juga busana mewah miliknya menjadi tatapan umun dan mendapat pujian ramai.
Mereka yang memakai busana bewarna putih sedondon dilihat sangat cantik dan kacak dengan majlis serba mewah dengan rona puith juga menjadi perhatian ramai.
Rakan artis dan peminat turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan aktress itu agar perkahwinan mereka diberkati sehingga ke hujung nyawa.
Berjalan LancarAishah juga meluahkan rasa syukur dan gembira diatas kelancaran majlisnya dan semuanya dipermudahkan pada majlis tersebut sehingga selesai.
BACA INI : “Tolong Hormati Wanita” – Netizen Kecam Dato Rosyam Nor Atas Tindakannya
Malah turut meluahkan rasa bertuah apabila diraikan ahli keluarga serta kenalan rapat yang pasti menjadi kenangan terindah serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, atas berkat doa semua..urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya.
“I am so thankful for everything,i am finally a wife to the most loving man. I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day,” tulisnya.
Berkongsi tentang suami pilihannya itu , Aishah mengakui dia memilih suaminya itu kerana lelaki itu sangat penyayang dan begitu mengambil perhatian tentang dirinya.
Land Rover Defender 90 2022 Memasuki Malaysia Dengan 2 Pilihan Enjin
Syarikat kenderaan iaitu Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan Defender 90 2022 serba baharu, model diiktiraf yang mampu meredah semua muka bumi serta telah dinobatkan sebagai Land Rover paling berupaya setakat ini. Berikutan permintaan tinggi seperti yang dilihat dengan Defender 110, dua pilihan enjin ingenium disediakan iaitu Petrol 4 silinder P300 atau Petrol MHEV 6 silinder P400.
Disamping itu, harga untuk jualan bermula daripada RM838,800 bagi P300 dan RM1,098,800 bagi P400 MHEV, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Defender 90 baharu disokong oleh program Land Rover Care yang termasuk jaminan lima tahun, servis percuma lima tahun dan khidmat bantuan tepi jalan tiga tahun.
Sumber: youtube
Disamping itu, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia iaitu Jeffrey Gan juga berkata bahawa Land Rover Defender 90 disanjung tinggi di peringkat global kerana ciri-ciri kejuruteraan, teknologi dan reka bentuknya. Dengan keupayaan meredah semua muka bumi, kami yakin kenderaan berkuasa dan ikonik ini akan menambah baik pengalaman memandu bagi rakyat Malaysia, sama ada semasa menyusuri jalan-jalan bandar atau menempuh permukaan lasak,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia iaitu Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, berkata model yang serba baharu itu adalah hasil kerja selama 70 tahun dan inovasi konsisten telah membawa kepada evolusi kenderaan hebat yang kini diperlihatkan. Katanya, Defender 90 dibina khusus untuk daya tahan optimum dan dilengkapi dengan teknologi canggih.
Sumber: google image
Dengan ini, bahawa pelanggan juga boleh memulakan pengembaraan di atas jalan raya mahupun luar jalan raya sambil menikmati keselesaan dan keselamatan yang terbaik serta sedia untuk menghadapi sebarang persekitaran.
Land Rover Defender 90 tiga pintu dengan jarak roda pendek mampu mengharungi air sedalam 900 milimeter (mm) serta dilengkapi dengan kotak pemindahan dwikelajuan, yang memberikan suntikan kelajuan dan kawalan tambahan untuk mengawal kuasa bagi mengharungi keadaan mencabar seperti mendaki dan menuruni cerun curam, muka bumi yang pelbagai serta pemanduan lasak di luar jalan raya.
Di samping itu, ciri suspensi udara elektronik menjanjikan pengalaman memandu yang selesa, dengan ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut keadaan memandu. Ini termasuk ketinggian akses yang boleh dilaraskan menjadi serendah 40mm lebih rendah daripada ketinggian pemanduan normal dan dilanjutkan sehingga 75mm.
Sumber: google image
Untuk keadaan luar jalan raya yang lasak dan permukaan tidak rata, ketinggian tambahan 70mm turut disediakan bagi kawalan roda yang luar biasa walaupun dalam perjalanan yang mencabar. Boleh didapati dalam lima warna, model baharu ini dilengkapi dengan 170 aksesori individu, pilihan terbesar yang pernah dihasilkan bagi Land Rover, memastikan kepelbagaian antara dua kenderaan Defender.
Dilengkapi dengan Aksesori yang telah disediakan termasuk tempat simpanan peralatan luar di sisi lenderaan yang memberikan ruang simpanan tambahan dan terdapat juga koleksi baharu peralatan dan pakaian luar ‘Above and Beyond’, untuk menambah baik pengalaman pemandu yang menggunakan Defender 90.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
