Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 82
September 23, 2022
Anak Arwah Bob Lokman Kongsi Detik Kehilangan Ayah Tercinta
Pelakon , pelawak dan penulis lirik terkenal tanah air , Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman disahkan meninggal dunia kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan pada hari ini .
Sebelum ini , beliau dikatakan mempunyai masalah kesihatan yang tahap penggunaan jantungnya dilaporkan hanya tinggal 10 peratus sahaja namun masih mampu bertahan dan mengakui senang tinggal bersama keluarga berbanding di hospital.
Arwah Bob ketika itu dikatakan bergantung kepada alat bantuan jantung iaitu Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) bagi membantu dirinya.
SakitMalah beliau juga pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah akibat masalah jantung dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.
Perkara ini telah disahkan oleh anak lelakinya , Ahmad Sufian yang berkongsi tentang pemergian ayah tercinta kepada media dan orang ramai .
Anak lelakinya mengatakan bahawa arwah ayahnya itu mengalami sesak nafas sejak hari semalam sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka sekitar pukul 2 petang tadi , jumaat , 23/90/2022.
Anaknya juga memberitahu bahawa jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Isyak pada hari ini kerana memberi peluang kepada ahli keluarga untuk melihat jenazah buat kali terakhir.
“Semasa arwah ayah sesak nafas, abang dan ibu tiri saya berada di sisinya. Namun tidak lama kemudian ketika ahli keluarga berehat mereka dikejutkan dengan kematian arwah,” ceritanya .
BACA INI : Riena Diana Dikecam Netizen Selepas Dakwa Lelaki Zaman Sekarang “Sakit Otak”
Bercerita tentang penglibatan dalam bidang seni lakonan dan lagu ciptaannnya , Allahyarham terkenal dalam penghasilan lirik lagu popular pada era 1980-an dan 1990-an dan cukup popular pada ketika itu.
Di antara karyanya yang menjadi siulan sehingga kini ialah Isabella nyanyian kumpulan Search, Memburu Rindu dan Rendang Tak Berbuah nyanyian Hattan serta Intanku Kesepian dan Taman Rashidah Utama dari kumpulan Wings.
Lagu Isabella juga pernah diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu terbitan TV3 pada tahun 1989 dan menjadi lagu kegemaran ramai sehingga kini.
Beliau juga aktif dalam bidang lakonan dengan watak serius dan menghiburkan sehingga tidak kering gusi dan pernah membintangi banyak filem termasuklah Jin Notti, Santau dan Mantra.
Nasha Aziz Bakal Akhiri Zaman Bujang
Pelakon jelita yang kini sudah berusia 51 tahun tetapi masih bersendirian , Nasha Aziz mengesahkan kini dirinya sedang mengenali seorang jejaka sejak sembilan bulan lalu.
Dia juga berkongsi bahawa lelaki tersebut menepati ciri – ciri lelaki idamannya yang sudah lama dia impikan untuk menjadi pendamping dirinya .
“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua.”
“Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita bersaudara.”
BACA INI : “Macam mana nak jawab fitnah di akhirat?” – Izara Aishah Tegur Netizen
“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu, susah juga sebab baru sembilan bulan,” katanya.
Setelah tular di media sosial tentang seseorang yang sering menghantar bunga kepadanya setiap hari itu , Nasha juga mengakui bunga yang dihantar kepadanya itu adalah sebagai simbolik tanda ingatan tentang hubungan mereka.
“Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya. Saya adalah jenis orang yang, kalau melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus dengan perkara yang menjadi tanggungjawab saya.”
Tarik Perhatian“Mungkin agaknya, kerana sikap itu, dia yang ingin menarik perhatian saya memberi saya bunga,” selorahnya lagi.
Apabila ditanya mengenai perancangan dan hala tuju tentang hubungannya itu, Nasha sendiri berharap agar hubungan tersebut mendapat pengakhiran yang baik .
“Bila rezeki yang Allah beri, kita nak tahu ke mana arah tuju kita. Insya-Allah, mestilah ke arah yang baik,” katanya.
Nasha kini masih lagi berlakon dan menjadi model pilihan bagi jenama terkenal walaupun sudah berusia kerana memiliki wajah dan tubuh yang sempurna.
Sebelum ini dia dikatakan berehat sebentar dalam dunia seni namun kembali tampil dengan gaya yang lebih elegent dan masih memegang watak utama dalam drama dan filem serta bergandingan dengan pelakon lelaki yang lebih muda daripadanya.
Jawatan Kosong Di SEDA Malaysia – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di SEDA Malaysia dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. TEMPORARY OFFICER, HUMAN RESOURCE AND ADMINISTRATION DIVISION
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 26 September 2022 (Isnin)Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di SEDA Malaysia.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Dutch Lady Milk Industries Berhad – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Dutch Lady Milk Industries Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Operational Technology Engineer
2. Assistant Medical Marketing Manager (Central)
3. Distribution Management System (DMS) Manager
Lokasi : Selangor
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Dutch Lady Milk Industries Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – Minima PT3/PMR!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG PEGAWAI SAINS
3. PEMBANTU KEMAHIRAN
4. PEMBANTU KESELAMATAN
5. PEMANDU KENDERAAN
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,218.00 – RM 9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00 – RM 225.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Selangor Intai Tan Cheng Hoe?
Bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjadi bualan peminat bola sepak tempatan hari ini apabila dilaporkan bakal mengendalikan pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia.
Menurut laporan daripada Flash Sukan, jurulatih yang berusia 54 tahun itu sudah mencapai persetujuan menyertai Selangor FC sekaligus menggantikan tempat Michael Feichtenbeiner.
Katanya, satu pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat dan kehadiran jurulatih berkenaan pastinya ditunggu penyokong setia skuad Red Giants.
Sila Baca Disini : Mesut Ozil Tidak Akan Ke JDT!
Selangor Intai Tan Cheng Hoe?Beliau ketika ini bergelar ejen bebas setelah meninggalkan skuad negara ekoran kegagalan dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu dan tempat beliau digantikan dengan jurulatih dari Korea Selatan iaitu Kim Pan-gon.
Antara pencapaian terbaik Tan Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan ialah membawa skuad Malaysia muncul sebagai naib juara Piala AFF pada tahun 2018.
Kali terakhir Tan Cheng Hoe menguruskan pasukan Liga Malaysia ialah ketika beliau mengendalikan pasukan Kedah Darul Aman pada musim 2017 sebelum diserap masuk ke dalam staf kejurulatihan pasukan negara yang ketika itu diterajui oleh Nelo Vingada.
Bersama Kedah, Cheng Hoe membimbing pasukan itu memenangi gelaran Liga Premier pada 2015 disusuli dengan Piala Malaysia pada 2016 dimana ketika itu Kedah menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti di pentas akhir.
Beliau juga membantu Kedah memenangi Piala Sumbangsih dimana mereka menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar permainan.
Penyertaan Melaka United Dibatalkan!
Pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) telah mengesahkan pembatalan slot Melaka United bagi saingan PIala Malaysia 2022.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL baru-baru ini, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira culasnya Melaka dalam membayar gaji pemain yang musim ini terpalit sekali lagi dengan isu tunggakan bayaran gaji.
Menurut MFL, Melaka sebenarnya telah menerima notis untuk menyelesaikan gaji pemain sehingga 20 September 2022.
Sila Baca Disini : Malaysia Ke Final Piala Raja Thai!
Penyertaan Melaka United Dibatalkan!Namun begitu, mereka cuma berjaya menyelesaikan pembayaran sehingga Jun 2022 sahaja.
Perkara ini memaksa MFL menerusi ahli lembaga pengarah mereka untuk menafikan slot Piala Malaysia buat Melaka pada musim ini.
“Melaka United gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan di mana mereka hanya membuat pembayaran baki tunggakan gaji sehingga Jun 2022. Selain itu mereka juga belum mendapatkan persetujuan bersama pemain dan pegawai bagi bayaran baki tunggakan gaji berkenaan.
“Maka atas sebab itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan tidak membenarkan Melaka United bertanding dalam saingan TM Piala Malaysia musim ini.
“MFL mengingatkan agar Melaka United dapat menyelesaikan baki tunggakan gaji berkenaan bagi mengelakkan mereka tidak diberikan lesen bersaing dalam Liga Malaysia 2023,” jelas MFL.
Oleh itu, satu ketetapan akan dilakukan untuk mencari pengganti Melaka dalam saingan Piala Malaysia pada musim ini.
MFL juga mendedahkan yang Sarawak United telah berjaya melunaskan gaji tertunggak yang melanda mereka dengan bayaran dilakukan sehingga pada bulan Ogos 2022.
Saban tahun pasti ada kelab yang mengalami masalah tunggakan gaji di Liga Malaysia dan kerana perkara sebegitulah Liga Malaysia tidak akan maju berbanding negara lain.
September 22, 2022
“Macam mana nak jawab fitnah di akhirat?” – Izara Aishah Tegur Netizen
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini , ramai netizen yang suka membanding – bandingkan aktress Fazura dan juga Neelofa sehingga memburukkan reputasi mereka.
Malah mereka juga mempunyai peminat tersendiri dan sering berbalah di media sosial demi mempertahankan aktress kesukaan mereka sehingga meninggalkan komen yang tidak menyenangkan.
Pelbagai perbandingan yang dibuat, tidak kiranya secara peribadi ataupun kerjaya mereka , mereka berdua sering menjadi sorotan dan diperkatakan di media sosial.
Disebabkan perkara itu , pelakon dan model jelita , Izara Aishah tampil menegur sikap segelintir peminat yang kerap menulis komen yang dikatakan sengaja cuba melaga-lagakan hubungan antara dua selebriti tersebut.
Malah Izara turut menyuarakan pandangannya itu selepas mengulang siar satu ciapan yang ditulis netizen mengenai laporan berita tentang Fazura di sebuah akaun Twitter sehingga ianya viral.
NEtizan Suka Menyibuk“Tapi kalau tak betul niat dia begitu macam mana. Dia ni nak jawab fitnah kat akhirat ni. Sama juga dengan Kak Faz (Fazura).”
“Kalau niat kak Faz post tak ada kena mengena dengan apa yang netizen duk cakap ni, mampos netizen nak jawab kat sana. Banyak sangat orang cuba melagakan mereka tanpa sebab,” katanya lagi.
BACA INI : Riena Diana Dikecam Netizen Selepas Dakwa Lelaki Zaman Sekarang “Sakit Otak”
Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 29, juga menyatakan bahawa perkongsian netizen itu tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mana-mana pihak.
“Dapat apa ya buat tweet, tiktok dan sebagainya berunsur begini? Seronok ke? Ha tunggu sat kat sana seronok ke tak,” katanya lagi.
Namun setelah beberapa ketika , tweet individu tersebut telah dipadam selepas di repost semula oleh Izara dan mungkin kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai yang bersependapat dengan Izara.
Riena Diana Dikecam Netizen Selepas Dakwa Lelaki Zaman Sekarang “Sakit Otak”
Sebelum ini , tular tentang gambar Janna Nicak yang dikongsi di media sosial memamerkan bentuk tubuhnya dan mendapat pelbagai komen negatif daripada netizen.
Ramai lelali yang digelar sebagai “miang ” telah meninggalkan komen berbaur lucah dan keterlaluan sehingga membuatkan kaum wanita membalas komen tersebut .
Malah pelakon wanita , Riena Diana juga sempat meninggalkan komen di ruangan artikel berkenaan dan mendapat perhatian ramai serta kecaman daripada orang ramai.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah golongan lelaki yang masih memandang bentuk badan wanita dengan pandangan yang menjijikkan walaupun sudah memakai pakaian yang menutup aurat.
Namun menyangka dengan tindakkannya itu telah mengundang kecaman daripada orang ramai yang turut berbalas komen di portal berkenaan dan menyalahkan JAnna kerana pakaiannya terlalu ketat .
LElaki Gatal“Bukan niat saya untuk mempertahankan sesiapa, tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah kenapa perempuan selalu dipersalahkan? Lelaki gatal pula macam mana?”
Riena juga menyalahkan golongan netizen yang suka menyalahkan wanita atas komen yang tidak senonoh daripada lelaki dan itu salah lelaki katanya kerana asyik berfikiran tidak elok.
Tidak mahu perkara tersebut berlanjutan , Riena sempat memohon maaf kerana cuba mempertahankan perkara yang salah dan menerima perkara tersebut dengan hati terbuka.
“Saya pernah berada di situasi macam tu bila dah pakai pakaian longgar, tapi masih ada yang komen pasal susuk tubuh saya. Jadi, apakah itu salah wanita?”
“Saya tak cakap pakai pakaian seksi dan ketat tu betul. Saya pun tak mahu menegakkan benang yang basah. Salah saya juga sebab gatal bagi komen.”
Malaysia Ke Final Piala Raja Thai!
Ketangkasan Syihan Hazmi di pintu gawang gol membawa Harimau Malaya ke perlawanan akhir Kejohanan King’s Cup sejak 1978 bagi mengatur pertemuan dengan pasukan di tangga ke-109 dunia, Tajikistan, Ahad ini.
Kemenangan Malaysia hadir menerusi penentuan sepakan penalti dengan tuan rumah, Thailand gagal apabila penjaga gawang Negeri Sembilan itu merebahkan badan ke sebelah kanan untuk menghalang tendangan Supachok Sarachat sebelum Corbin Ong Lave’re menyempurnakan tendangan kelima.
Kesungguhan pemain untuk mengikut percaturan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon bermula seawal minit pertama lagi. Tekanan bertali arus pemain layak dipuji pada awal permainan.
Sila Baca Disini : Vinicius Junior Digelar Monyet!
Malaysia Ke Final Piala Raja Thai!Malah, skuad Gajah Perang menerima tamparan awal apabila bintang utama di bahagian serangan, Chanatip Songkrasin meminta dikeluarkan berikutan kecederaan yang ditanggungnya pada bahagian peha.
Situasi itu memberi peluang kepada pasukan negara untuk menguasai perlawanan dan seterusnya merobek gawang lawan apabila tampanan kaki kidal Corbin-Ong dari menerima bola lambungan rakannya di peringkat kelab, Safawi Rasid.
Malaysia selaku juara empat kali meneruskan tempo hampir sama dalam separuh masa kedua biarpun mengambil sedikit masa untuk mengimbangi penguasaan Thailand.
Di sebalik Darren Lok hampir meledak gol penyamaan, pemain muda Thailand iaitu Suphanat Mueanta, dua kali melepasi perangkap ofsaid pertahanan yang dipimpin Dion Cools hingga memaksa kecemerlangan Syihan diterjemahkan.
Pan-gon kemudian menukar trio serangan tetapi insiden kekasaran telah mengundang kad kuning buat pemain kedua-dua pasukan sebelum kerancakan permainan dapat diteruskan.
Namun, insiden kad kuning kedua yang dilayangkan kepada pemain tengah negara, Nor Azam Azih dalam masa kecederaan memberi kesempatan kepada Thailand untuk mengikat kedudukan dengan tandukan Pansa Hemviboon, seterusnya memaksa perlawanan untuk ditentukan dengan sepakan penalti.
Ketenangan pemain Malaysia yang mengambil sepakan penalti ternyata membuahkan hasil apabila semua sepakan berjaya dijaringkan dan ketangkasan Syihan menjadi picu kemenangan Malaysia.
Sementara itu, Tajikistan telah memadam kelebihan awal Trinidad and Tobago untuk menang 2-1 dan seterusnya layak ke final.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
