Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 83

September 22, 2022

Proton Mula Buka Pusat 3S/4S Yang Ke-149 Di Kota Bharu

Proton kali ini mula menorak langkah yang besar dan kini Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah pun membuka pusat 3S/4S ke-149 iaitu jumlah cawangan yang paling tinggi dalam industri automotif tempatan. Dengan terletaknya di Kota Bharu, pusat pengedaran iaitu Harima Auto Mobil 4S (Harima) adalah sebagai pengedar Proton yang terbesar di dua negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Namu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah juga berkata bahawa pembukaan pusat 4S ini akan membantu untuk meningkatkan lagi keterlihatan Proton di kedua-dua negeri terbabit. Dengan memiliki rangkaian penuh kemudahan dan aset diperlukan untuk melayani jumlah pelanggan yang tinggi, ia berharap bahawa akan dapat meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang benar-benar premium bagi pelanggan di negeri ini.

Sumber: google image

Ia kini terletak di Tunjong, kawasan pesat membangun di Kota Bharu, pengedar 4S itu mempunyai keluasan binaan 2,400 meter persegi dengan 11 ruang servis dan bilangan ruangan ketuk dan cat yang sama. Bilik pameran pula boleh menempatkan 10 kenderaan.Seperti pengedar 4S yang lain, terdapat kawasan untuk permainan kanak-kanak, WiFi percuma dan ruang istirahat yang selesa untuk pelanggan.

Disamping itu, Harima juga telah bekerjasama dengan Proton Global Services (PGS) untuk menawarkan kemudahan lain seperti ruang minuman yang menyajikan kopi Starbucks serta sudut produk berjenama Proton dan R3. Syarikat itu pengedar pertama di Kelantan yang mempunyai kedua-dua perkhidmatan itu, yang pasti menarik minat pelanggan dan peminat pengeluar kereta nasional itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2022 20:30

Bantuan Pinjaman i-Bermusim Selangor Untuk Peniaga India

Berita baik buat peniaga komuniti India di Negeri Selangor, pinjaman khas sempena sambutan Hari Deepavali yang bakal menjelang menerusi i-Bermusim kini dibuka untuk permohonan.

i-Bermusim adalah pinjaman khusus kepada para penjaja dan peniaga komuniti India Selangor yang akan berniaga di Bazar Deepavali termasuk mereka yang berniaga di rumah.

Skim ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan beban para peniaga terutamanya mereka yang memerlukan modal tambahan atau sebarang kegunaan yang lain.

Baca juga:

Bantuan Khas JMKM Untuk Pelajar UniversitiRakyat Malaysia Bakal Terima Bantuan Am Oktober IniTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka bermula 12 September 2022 sehingga 14 Oktober 2022.

Kadar Bantuan:

Berikut adalah jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi pinjaman:

Peniaga bazar: Pinjaman RM1,000 hingga RM20,000

Peniaga selain bazar: Pinjaman maksimum sehingga RM5,000 sahaja.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:

Pemohon mestilah rakyat negeri Selangor.Pemohon mestilah telah bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 10 tahun.Tempoh pembiayaan sehingga 25 minggu atau enam bulan (mana-mana yang lebih pendek).Bayaran balik adalah secara mingguan sahaja.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal Hijrah Selangor.

Langkah 2: Klik bahagian ‘Create Account.’

Langkah 3: Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’

Langkah 4: Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk.

Langkah 5: Isi dan lengkapkan permohonan.

Langkah 6: Muat naik dokumen sokongan untuk permohonan.

Langkah 7: Hantar permohonan.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:

1 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.2 keping gambar berukuran passport pemohon.1 Salinan lesen perniagaan (SSM/permit/salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi).1 Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun bank.1 Gambar peniagaan.1 Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Hijrah Selangor.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2022 12:10

Permohonan Bantuan i-Belia Terengganu Dibuka Sehingga Oktober

Berita baik buat rakyat negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu teleh mengumumkan pemberian bantuan kepada belia di negeri tersebut menerusi Bantuan i-Belia.

i-Belia adalah bantuan khusus untuk belia serta mahasiswa secara one-off.

Pelaksanaan bantuan ini bakal memanfaatkan 135,974 orang belia di negeri Terengganu.

Baca juga:

Bantuan Warga Emas JKM Untuk Kelangsungan HidupCara Mohon Bantuan Deposit Dan Sewa Bulanan Rumah MAIWPTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka bermula 18 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022.

Kadar Bantuan:

Belia akan menerima bantuan sebanyak RM150 seorang.

Kategori Bantuan:

Berikut antara bantuan mengikut kategori:

Belia Bujang.Belia Bujang (Perantau).Mahasiswa.Mahasiswa (Perantau).Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:

Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 39 tahun.Pemohon mestilah berstatus bujang.Pemohon mestilah Anak jati Terengganu.Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.Bagi pemohon yang bekerja, jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.Bagi pemohon yang belum bekerja, jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (jumlah pendapatan ibu bapa/penjaga).Kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan tidak layak memohon.Pemohon berstatus mahasiswa tidak layak memohon bagi kategori bujang.Pemohon adalah seorang mahasiswa yang masih menuntut di Institusi Awam atau Swasta di Malaysia ( Kategori Mahasiswa dan Mahasiswa (Perantau) sahaja).Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal iBantuan.

Langkah 2: Klik bahagian ‘Daftar.’

Langkah 3: Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’

Langkah 4: Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.

Langkah 5: Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Pencen Rakyat.

Langkah 6: Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’

Langkah 7: Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’

Langkah 8: Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.

Langkah 9: Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’

Langkah 10: Lengkapkan lampiran yang diperlukan.

Nota: Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2022 12:09

Bantuan Bina Dan baik Pulih Rumah Keluarga Malaysia

Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) kini menawarkan permohonan baik pulih atau bina baharu rumah kepada orang ramai yang tergolong dalam miskin tegar atau miskin.

Program perumahan akan ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Tujuan inisiatif ini adalah untuk membantu mereka memiliki rumah yang selesa untuk mengharungi kehidupan bersama keluarga mereka.

Baca juga:

Permohonan Bantuan Kebajikan Pulau PinangBantuan Warga Emas JKM Untuk Kelangsungan HidupKadar Bantuan:

1.Bina Baharu (Keadaan ekonomik untuk dibaiki):

Semenanjung: RM66,000 (seunit).Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan: RM79,000 (seunit).

2. Baik Pulih (Tiada rumah atau kediaman uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki):

Semenanjung: Maksimum RM15,000 (seunit).Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan: Maksimum RM17,000 (seunit).Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah telah disahkan miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-kasih).Pemohon mestilah telah diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.Pemohon mestilah telah diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.Pemohon mestilah telah diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal eSPKR.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Muat naik dokumen sokongan.

Langkah 4: Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kesejahteraan Rakyat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di talian 03-8000 8000 atau email ke info@rurallink.gov.my.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2022 12:08

Bantuan Kad Kesihatan Untuk Rakyat Selangor

Kerajaan Selangor telah menawarkan kad keahlian (Kad Peduli Sihat Selangor) kepada penduduk Selangor yang untuk mendapatkan bantuan kesihatan.

Pemegang Kad Peduli Sihat Selangor layak menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang mengikut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Baca juga:

Bantuan Khas JMKM Untuk Pelajar UniversitiRakyat Malaysia Bakal Terima Bantuan Am Oktober IniKategori Penerima:

Kad bantuan ini mempunyai dua kategori penerima:

Kategori A:

Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun).Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan.

Kategori B:

Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.Pendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan.Kelebihan Penerima:Mendapat isi kad bernilai RM200.00 sehingga RM500.00 setahun.Had gunaan RM50 setiap kali rawatan.Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan.1 kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga di atas nama pemegang akaun utama (bagi kategori A).1 kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu di atas nama pemegang akaun (bagi kategori B).Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah warganegara Malaysia.Pemohon mestilah lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.Pendapatan seisi rumah pemohon mestilah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga).Pendapatan pemohon mestilah RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu).Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Pendaftaran secara manual boleh dibuat melalui Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor.

Langkah 2: Layari laman sesawang Peduli Sihat untuk langkah pendaftaran.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan:

1 Salinan pendaftaran sebagai pemohon BSH atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.1 Salinan bukti penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).Lokasi Klinik Terpilih

Berikut adalah senarai penuh klinik panel untuk rujukan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03 – 5525 6600 atau e-mel : info@pedulisihat.com.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2022 12:06

Permohonan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang Tahun 2022 Kini Dibuka

Biasiswa Anak Yatim ini diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP)  untuk memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Tujuan biasiswa ini khas untuk membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

Baca juga:

Bantuan Khas JMKM Untuk Pelajar UniversitiRakyat Malaysia Bakal Terima Bantuan Am Oktober IniTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka bermula 15 September 2022 (Khamis) hingga 5 Oktober 2022 (Rabu).

Kadar Bantuan:Yuran pengajian dan sara hidup sebanyak RM 7,000 setahun.Tajaan akan diberikan untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda sahaja.Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan:

Pemohon dan keluarga mestilah dilahirkan di Negeri Pahang.Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM4,850/bulan dan kebawah.Pemohon mestilah seorang anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal SISPEN.

Langkah 2: Tekan bahagian ‘Permohonan Biasiswa’.

Langkah 3: Masuk di ruangan ‘Log Masuk Dan Pendaftaran’.

Langkah 4: Tekan bahagian ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’

Langkah 5: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 6: Tekan butang ‘Daftar.’

Langkah 7: Tekan skim biasiswa yang ingin dipohon.

Langkah 8: Isi semua maklumat permohonan.

Langkah 9: Hantar permohonan.

Langkah 10: Cetak borang permohonan dan email kepada pinjaman@yp.org.my.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Biasiswa Anak Yatim.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2022 12:05

September 21, 2022

“Saya Isteri Tak Sempurna” – Kongsi Video Menangis Teresak-Esak Di IG , Datin Alyah Buat Peminat Risau

Penyanyi bersuara merdu , Datin Alyah  semalam telah mengejutkan dan mendapat perhatian daripada netizen apabila dia tampil menangis teresak-esak di beberapa hantaran di Instagram miliknya hingga kini.

Namun apabila dikenalpasti mengapa dia menangis , rupanya hanya sekadar menghayati lagu yang didengar dan melepaskan apa yang terpendam di hati.

Mengakui tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh peminat diluar sana tentang hidupnya kerana dia bahagia dengan hidupnya kini dan selesa dengan keadaannya itu.

Cabaran 

Alyah juga menjelaskan bahawa video tangisan itu hanyalah sebagai ‘panggilan’ buat peminatnya untuk melakukan cabaran yang dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’.

Malah cabaran itu menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak Rm300 jika cabaran itu dimenangi dan ianya haruslah dilakukan seikhlas mungkin bagi menyempurnakan cabaran tersebut.

“Saya ada anjurkan satu cabaran dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’ bersempena dengan single terbarun berjudul Cinta Sahabiyah. Dalam cabaran tersebut, peminat perlu merakam video sedang menangis dengan berlatar belakangkan lagu itu.”

Menjengah leruangan komen [ada video tersebut , ternyata begitu ramai yang merasa sedih dan hiba dengan tangisan yang dikongsi Datin Alyah dan ianya sampai ke hati peminat.

Rata – rata mereka menitipkan pesan semoga berbahagia selalu malah ada yang sempat memuji kecantikkan Alyah walaupun sedang menangis sayu begitu.

BACA : “Tolong Hormati Wanita” – Netizen Kecam Dato Rosyam Nor Atas Tindakannya

Alyah juga berkongsi bahawa lirik lagu yang ditulisnya itu mempunyai maksud yang sungguh mendalam sehingga menyentuh hatinya dan juga orang yang mendengarnya.

“Lirik Cinta Sahabiyah ditulis sendiri. Lagu ini ditujukan kepada para isteri termasuk diri sendiri untuk belajar jadi lebih sempurna.Saya bukanlah isteri yang sempurna, tapi belajar untuk jadi yang lebih baik.”

LAgu tersebut merupakan ciptaan bersama komposer Omar K dan diilhamkan oleh Alyah selepas membaca kisa-kisah sahabat perempuan atau para muslimah pada zaman Nabi Muhammad S.A. dan menyentuh hatinya..

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2022 22:47

Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

Jawatan Akedemik:

1. Pensyarah

Jawatan Pentadbiran:

1. Arkitek
2. Pegawai Optometri
3. Pegawai Penyelidik
4. Pegawai Sains
5. Pereka
6. Penerbit Rancangan Bidang : Grafik
7. Penolong Bendahari
8. Penolong Pendaftar
9. Pegawai Psikologi
10. Juruterapi Pergigian
11. Pustakawan
12. Juruteknologi Pergigian
13. Juruteknologi Makmal Perubatan
14. Jururawat
15. Penolong Pegawai Perubatan
16. Penolong Pegawai Sains
17. Penolong Jurutera Bidang: Awam
18. Penolong Pegawai Keselamatan
19. Penolong Pegawai Belia dan Sukan
20. Pegawai Eksekutif
21. Setiausaha Pejabat
22. Juruteknik Komputer
23. Pembantu Pembedahan Pergigian
24. Pembantu Keselamatan
25. Artis Budaya
26. Jurufoto
27. Pelukis Grafik
28. Pembantu Makmal
29. Pembantu Tadbir (Kewangan)
30. Pembantu Belia dan Sukan
31. Kerani
32. Pemandu
33. Pembantu Operasi
34. Pengawal Keselamatan

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 30 September 2022 (Jumaat)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,205.00 – RM 20,592.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2022 20:13

Maserati GranTurismo Yang Baharu Telah Dipratonton

Kenderaan mewah iaitu Maserati telah mengheret kaki mereka dari segi kemas kini produk. Mereka bukan sahaja jenama kereta paling berprestasi mewah terbesar, jadi jangkaan adalah untuk kitaran hayat yang lebih lama. Walau bagaimanapun, GranTurismo terakhir telah dijual dari 2007 hingga 2019 dan ia masih belum menemui pengganti! Namun kini, Maserati bersedia untuk menunjukkan apa yang telah mereka usahakan, tetapi apa yang mereka tawarkan hanyalah sedikit godaan.

Sumber: google image

Namun, gambar rasmi Maserati GranTurismo generasi seterusnya di jalan raya telah dikongsi oleh syarikat dalam kedua-dua versi Modena dan Trofeo. Ini telah dikuasakan oleh enjin 3.0L twin-turbo V6 Nettuno yang baharu, yang turut menjana kuasa Cielo yang diperkenalkan baru-baru ini. Sejujurnya, ia berkongsi banyak petunjuk penggayaan dengan Cielo, terutamanya berkaitan dengan lampu siang tandatangan, dan garis luar inlet hadapannya

Sumber: google image

Disamping itu, hanya ada dua gambar Maserati GranTurismo baharu dikongsi, dengan bahagian belakang, dalaman dan spesifikasi masih tersembunyi. Ia memakai trisula (trident) Maserati dalam warna bendera Itali sebagai hiasannya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2022 20:13

Bantuan Khas JMKM Untuk Pelajar Universiti

Oktober ini, Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) akan diperluaskan di IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

JMKM Siswa ini akan diperkenalkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertujuan meringankan beban pelajar sempena pembukaan semula universiti selepas cuti semester.

Baca juga:

Rakyat Malaysia Bakal Terima Bantuan Am Oktober IniBantuan ASB Sehingga RM200 Untuk Bayi

Menurut Tan Sri Noh Omar, pada permulaan JMKM Siswa akan dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu pertama Oktober sebelum diperluaskan kepada 20 kampus IPTA seluruh Malaysia.

Format pelaksanaan JMKM Siswa adalah sama dengan JMKM sedia ada iaitu jualan dibuat dua hari setiap minggu sehingga 31 Disember ini.

Terdahulu, program JMKM yang bermula pada pertengahan Ogos lepas telah memberi kejayaan kepada rakyat negara ini untuk mendapatkan barangan pada harga lebih murah setiap minggu.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diberi tanggungjawab bagi pelaksanaan JMKM Siswa dengan kerjasama semua pihak seperti Kedai Koperasi, Pusat Keusahawanan di IPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Sekadar info, tumpuan jualan barangan seperti Alat tulis, Salinan dokumen, Perkhidmatan cetakan, Tambahan prabayar data telekomunikasi, Buku, dan Makanan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2022 10:54

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.