Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 80

September 26, 2022

Man Kidal Rugi Hampir RM400,000

Dua tahun lalu sempena meraikan ulang tahun ke – 40 kumpulan legenda , Lefthanded merancang untuk melancarkan penganjuran konsert berskala mega, Ultimate Experience Projek G.I.L.A membabitkan 10 lokasi di seluruh negara.

Namun ketika sedang sibuk melakukan  persiapan, tiba-tiba kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 untuk fasa kedua menyebabkan segala perancangan kumpulan tersohor itu berkecai di pertengahan jalan.

Tidak pernah berputus asa dengan apa yang berlaku , Man Kidal mengakui mereka akan tetapi melancarkan konsert tersebut namun tidak akan mengambil keputusan terburu- buru sehingga segala persiapan berjalan lancar.

“Mengikut perancangan, Konsert Ultimate Experience Projek G.I.L.A tertangguh akan diteruskan, tahun depan. Sebelum projek ini berjalan, kami akan memastikan persiapan dibuat dengan lebih terperinci.”

“Jika konsert sebelum ini, kami sanggup menyewa Panggung Asia, Gombak dijadikan lokasi latihan, mungkin untuk konsert akan datang menyewa ‘ballroom’ hotel untuk tujuan sama.”

“Tak dinafikan, ia akan menelan belanja sangat besar, tetapi apabila berlatih di lokasi seperti ini, ia secara tidak langsung persiapan semua aspek seperti sistem bunyi dan penata cahaya dapat diteliti.”

“Jika latihan di studio, kami tak boleh dapatkan rasa dan suasana seperti konsert. Zaman sekarang, kita kena tunjuk kehebatan, barulah orang yakin mahu keluarkan duit bagi menyaksikan konsert,” jelasnya lagi.

Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood berkongsi bahawa dirinya menanggung kerugian sebanyak RM400,000, namun ia tidak akan membatalkan hasrat mereka demi memuaskan hati peminat yang menantikan kehadiran mereka.

BACA INI : Zul Ariffin Bakal Menetap Di Mekah Tahun Hadapan

“Terduduk juga bila mengenangkan kos RM400,00 terbang begitu saja. Dengan duit sebanyak itu saya sudah boleh beli rumah. Tetapi, apabila fikirkan soal kepuasan, kita tidak boleh berkompromi dengan soal kualiti sebagai band yang mempunyai pengikut tersendiri.”

“Mungkin disebabkan ada yang nampak kesungguhan Lefthanded, jadi, setakat ini ada tiga penganjur berminat untuk menganjurkan konsert kami.”

“Namun, kami minta penganjur tunggu dahulu kerana persiapan perlu mengambil masa lama untuk tampil dengan konsert.Kami merancang mengundang media massa dan elektronik ketika sesi latihan dijalankan.”

“Ini kerana saya mahu kita semua dapat melihat kualiti sama yang akan ditonjolkan dalam konsert ini,” ceritanya lagi.

Projek G.I.L.A adalah singkatan kepada Gerakkan Ilmu Laksana Agendamu dicetuskan oleh pemain gitar, Man Kidal, 58, sejak tujuh tahun lalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2022 06:12

Jawatan Kosong Di Malaysia Rail Link Sdn Bhd – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kosong di Malaysia Rail Link Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Assistant Safety Officer (MySTEP)
2. Bulldozer Operator (PLKI-ECRL)
3. Excavator Operator (PLKI-ECRL)
4. Concrete Truck Operator (PLKI-ECRL)

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Terengganu/Pahang
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2022 03:33

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Pensyarah Universiti
2. Pegawai Perubatan
3. Pembantu Pembedahan Pergigian
4. Penolong Juruukur Bahan

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 03 Oktober 2022 (Isnin)
Lokasi : Perlis
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2022 03:27

September 25, 2022

Jawatan Kosong Di Yayasan Terengganu – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Negeri Terengganu di Yayasan Terengganu dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
2. Penolong Jurutera
3. Renjer Hutan
4. Pengawas Hutan
5. Pemandu Kenderaan
6. Warden

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 28 September 2022 (Rabu)
Lokasi : Terengganu
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,500.00 – RM5,684.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Yayasan Terengganu.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 23:57

Tan Cheng Hoe Ke Selangor FC!

Selangor FC kelmarin secara rasmi mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sebagai pengendali baru pasukan Gergasi Merah Kuning itu bagi saingan musim depan.

Cheng Hoe, 54, yang membimbing Harimau Malaya dari 2018 hingga 2021, pernah membawa skuad negara muncul naib juara Piala AFF pada 2018 selain memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) sewaktu membimbing Kedah memenangi Piala Malaysia pada 2016.

“Berdasarkan pencapaian dan pengalaman beliau, kelab ini percaya bahawa Tan Cheng Hoe merupakan calon terbaik untuk membawa pasukan ini ke peringkat lebih tinggi pada musim hadapan,” kata Selangor FC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Sila Baca Disini : Belum Rezeki Malaysia Bergelar Juara!

Tan Cheng Hoe Ke Selangor FC!

“Selain pelantikan ketua jurulatih pasukan utama, Selangor FC juga ingin mengumumkan pelantikan penasihat teknikal pasukan utama yang bakal digalas oleh bekas pemain dan juga seorang lagenda Gergasi Merah, K. Sanbagamaran.

“Selain pernah menjadi ketua pasukan Selangor, K. Sanbagamaran juga mempunyai lebih 300 penampilan serta telah memenangi sembilan kejuaraan bersama pasukan ini. Untuk makluman, pihak kelab juga akan membuat beberapa pengumuman rasmi berkenaan pelantikan pengarah sukan dan pengarah teknikal dalam masa terdekat.

“Selangor FC ingin mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil yang telah mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih interim sepanjang tempoh kekosongan ini dan beliau kini akan kembali memegang jawatan sebagai penolong jurulatih kepada Tan Cheng Hoe.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis semalam, Cheng Hoe berharap peminat setia Selangor akan utuh berada di belakangnya sepanjang proses kebangkitan yang direncanakannya buat kelab itu.

“Saya rasa semua penyokong perlu bersabar kerana kita tahu keputusan pada tahun ini agak tidak memuaskan tetapi dengan pemain-pemain sedia ada, saya rasa kita mampu untuk meningkat secara satu pasukan dalam setiap perlawanan.

“Peranan penyokong amat penting kerana seperti yang saya selalu katakan, mereka adalah pemain ke-12 dalam pasukan, jadi datanglah dan terus menyokong pemain Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, pengendali berusia 54 tahun berkenaan turut memberikan butiran terperinci mengenai hala tuju dan DNA Selangor di bawah bimbingannya sambil mengakui terdapat kebimbangan mengenai bahagian pertahanan pasukan itu.

“Sejak saya mengambil alih sebagai ketua jurulatih memang saya rasa cara permainannya akan bercorak menyerang dan sudah pasti dalam masa sama, pemain perlu berwaspada sewaktu bertahan kerana kita tidak mahu dibolosi gol.

“Itu adalah salah satu cara bola sepak moden ketika ini.

“Saya sudah mengikuti beberapa siri perlawanan Selangor FC dan saya tahu mereka memiliki pemain yang berkemampuan dari segi kualiti dan teknikal yang saya rasa akan cepat menyesuaikan diri dengan suasana taktikal dan corak permainan saya.

“Di samping itu, kami juga perlu bekerjasama selaku satu pasukan kerana dalam bola sepak tidak boleh hanya mengharapkan kepada individu sahaja, kami perlu bekerja keras sebagai satu pasukan,” tambahnya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 22:14

Pengacara Muslimah Dilihat Hanya Memakai Pakai Sport Bra Ketika Berbasikal

Aktiviti berbasikal masih lagi menjadi trending sehingga masa kini dan semakin ramai orang termasuklah selebriti yang menjadiakan aktiviti itu sebagai hobi dan beriadah bersama rakan- rakan serta keluarga.

Namun ramai yang kurang senang dengan pakaian yang dipakai oleh penunggang basikal yang dikatakan terlalu ketat serta tidak senonoh sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Baru – baru ini pula tular tentang seorang pengacara jelita yang bertudung ketika live di Tv dan pernah mengendalikan rancangan popular dilihat berpakaian seksi ketika berbasikal.

Pengacara wanita itu adalah seorang yang dikenali dan dikatakan tinggal di kawasan perumahan elit tersebut dan sering dilihat mengayuh basikal di sekitar kediamannya bersama rakan-rakan dan keluarga.

Seksi Sangat

Malah pengacara tersebut dikatakan hanya memakai sport bra sahaja dan seluar ketat ketika melakukan aktiviti berbasikal di sebuah pusat kecergasan (indoor cycling). 

Dia yang sebelum ini sering berkongsi aktiviti bersenam dengan pakaian ketat pernah menerima kritikan daripada netizen namun tidak memadam perkongsian tersebut malah masih berkogsi gambar yang seperti itu untuk tontonan umum.

Rata- rata yang memberikan komen pada gambarnya hanya meninggalkan komen berupa nasihat agar kembali ke pangkal jalan dan  tidak memalukan diri sendiri serta keluarga demi populariti.

BACA INI : “Hati saya tak tenang” – Nazrey Kongsi Punca Sebenar Hubungan Dengan Kumpulan Raihan

Dia yang sememangnya bertudung dan menutup aurat dengan sempurna semasa penampilan untuk program televisyen membuat orang ramai terkejut dan kecewa dengan tindakkannya itu kerana dia pernah menjadi salah satu pengacara contoh yang bertudung dan sopan sebelum ini .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 22:03

Belum Rezeki Malaysia Bergelar Juara!

Hasrat skuad negara untuk bergelar juara Kejohanan Bola Sepak King’s Cup tidak kesampaian apabila tewas 0-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas 90 minit aksi final di Stadium Chiang Mai itu berakhir tanpa jaringan malam tadi.

Hujan lebat dan permukaan padang licin jelas membantutkan pergerakan yang direncanakan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama, namun ia tidak menghalang aksi-aksi menarik disajikan sepanjang tempoh itu.

Akhyar Rashid terlebih dahulu menguji penjaga gol lawan pada minit ke-10 tetapi percubaan jarak jauhnya mudah diselamatkan Rustam Yatimov.

Sila Baca Disini : Selangor Intai Tan Cheng Hoe?

Belum Rezeki Malaysia Bergelar Juara!

Malaysia sekali lagi memiliki peluang terbaik di depan gawang lawan pada minit ke-23 susulan sepakan penjuru Safawi Rasid tetapi keadaan air bertakung di depan gawang lawan menyukarkan pergerakan bola dan tandukan terakhir Brendan Gan pula melepasi palang gol.

Penyerang utama, Syafiq Ahmad kemudian tampil dengan percubaan akrobatik yang sedikit tersasar di sisi gawang pada minit ke-38 tetapi skuad negara boleh dikira bernasib baik apabila terjahan dengan dua kaki oleh Mohamadou Sumareh tidak diakhiri dengan layangan kad kuning kedua sebelum ke bilik persalinan.

Malaysia tampil lebih garang dalam babak kedua dan mula memberikan ancaman seawal minit pertama selepas perlawanan bersambung, di mana percubaan Safawi terbias pertahanan lawan sebelum diselamatkan Yatimov.

Gerakan solo menarik Akhyar yang memperdayakan deretan pertahanan lawan hampir memecahkan kebuntuan buat pasukan bimbingan Kim Pan-gon itu pada minit ke-53 tetapi beliau tergelincir sebelum sentuhan terakhirnya dilakukan sehingga percubaan itu tersasar.

Peluang terbaik skuad negara muncul pada minit ke-57 apabila Safawi memanfaatkan kekuatan kaki kirinya untuk melepaskan lencongan bola rembatan jarak jauh tetapi Yatimov sekali lagi muncul penyelamat Tajikistan.

Penjaga gol negara, Syihan Hazmi Mohamed, terpaksa menerbangkan badannya untuk menyelamatkan gawang negara daripada percubaan jarak jauh Muhammadjon Rahimov pada minit ke-69, namun kedua-dua pasukan terikat sehingga penghujung waktu sebenar untuk perlawanan akhir itu ditamatkan dengan penentuan sepakan penalti.

Yatimov terbukti menjadi wira Tajikistan dalam perlawanan kali ini, di mana beliau menggagalkan sepakan Dion Cools dan Nazmi Faiz Mansor sebelum sepakan Safawi pula terkena palang gol, sekali gus membenarkan Tajikistan untuk bergelar juara.

Malaysia yang menjadi naib juara seharusnya bangga dengan prestasi ini apabila berjaya mengikat lawan yang mata ranking lebih tinggi iaitu Thailand dan Tajikistan.

Keputusan dua perlawanan ini sedikit sebanyak dapat memberi mata ranking buat Malaysia. Selepas ini Malaysia harus fokus untuk mendakap Piala AFF hujung tahun ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 21:17

Ford Everest Kini Dipasaran Malaysia

Syarikat Sime Darby Auto Connexion (SDAC) iaitu pengedar kenderaan Ford di Malaysia telah melancarkan model Ford Everest Serba Baharu 2022 ke dalam pasaran tempatan. Pengarah Urusannya, Turse Zuhair berkata, model ini disasarkan buat pelanggan yang mempunyai kesibukan karier dan gaya hidup sosial serta aktif beriadah yang memerlukan kenderaan yang melengkapi tujuan itu. Antara pembaharuan yang dilakukan ialah jarak roda yang dipanjangkan 50 milimeter (mm) untuk kawalan laluan jalan raya dan lasak yang lebih baik.

Ia telah ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu Single Turbo dan Bi-Turbo dengan janaan tork 405Nm atau 500Nm. Ford Everest Serba baharu ditawarkan menerusi tiga varian iaitu 2WD Sport, 4WD Trend dan Titanium sebagai varian tertinggi. Ia juga dilengkapi pakej keselamatan bantuan pemandu teknologi baharu seperti BLIS, Bantuan Parkir Aktif 2.0, bantuan stereng mengelak dan bantuan brek mengelak perlanggaran.

Sumber: youtube

Namun,kenderaan ini juga dihasilkan dengan rekaan lebih ranggi dan kemas serta ciri DNA terbaharu Ford dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) bentuk C yang bersepadu dengan gril hadapan. Ruang kabin dengan kapasiti tujuh tempat duduk, skrin sentuh menegak 12-inci untuk Titanium (10.1-inci bagi Trend dan Sport), dengan sistem infotainmen Ford SYNC 4A serta keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto dengan lapan pembesar suara.

Sumber: google image

Kedua-dua varian dilengkapi sistem 4×4 elektronik separuh masa shift-on-the-fly (ESOF) dengan e-Locking Rear Differential dan enam pilihan mod pemanduan: Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sands. Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ini dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM263,888 (Sport), RM281,888 (Trend) dan RM308,888 (Titanium).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 21:09

Teksi Bakal Ke Arah Pemodenan

Ia Sebagai langkah pemodenan bahawa perkhidmatan teksi di negara ini, pemaju aplikasi MySuri Biz Technologies (Mysuri BizTech) yang menyediakan aplikasi TeksiKu, kini menawarkan perkhidmatan teksi elektrik di negara ini. Program transformasi daripada penggunaan teksi dan kereta sewa enjin pembakaran bahan api (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV), ia juga selari dalam usaha kerajaan dalam program pengenyah karbon.

Selain itu Mysuri BizTech juga menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bekerjasama dalam penyediaan infrastruktur pemasangan stesen pengecas EV untuk digunakan TeksiKu EV, termasuk orang ramai. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MySuri iaitu Mohd Noor Ghazali berkata, perancangan ini dimulakan sejak 2020.

Sebelum ini, mereka sudah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan mereka menyokong penuh usaha ini. MG5 EV adalah model pertama yang akan diperkenalkan selain BYD E6 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) MGZS EV untuk fasa seterusnya. Tujuh ratus unit MG5 akan dibawa masuk ke Malaysia dan tiba November ini. Keutamaan kami ialah kepada pemandu yang mereka akan datang dengan imej lebih kemas dan profesional. Warna kuning juga dipilih untuk teksi kerana ia memudahkan pengguna mengenal pastinya sebagai teksi elektrik.

Sistem pengecasan juga akan disediakan sama ada untuk kegunaan peribadi dengan menyediakan pakej untuk pemandu teksi EV di lokasi tumpuan seperti lapangan terbang selain pusat pengecasan utama yang disediakan syarikat Malah pusat pengecasan itu juga boleh digunakan untuk kegunaan awam dengan kira-kira 2,000 pusat pengecasan bakal disediakan.

Sumber: google image

Kira-kira 80 peratus pusat pengecasan adalah untuk Arus Ulang-Alik (AC 22Kwh) dan selebihnya ialah Aliran Terus (DC 60kwh) Ia bakal dipasang di luar Lembah Klang iaitu di Johor Bahru, Johor dan Pulau Pinang bagi meluaskan penggunaannya. Stesen stesen pengecas EV kendalian Mysuri BizTech boleh dicapai melalui aplikasi MyCaj.

Namun, di Pulau Langkawi ada lebih kurang 100 unit MG5 EV bakal digunakan selain sebagai persediaan untuk acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23). Ia adalah usaha teksi elektrik ini untuk menarik lebih banyak pengguna EV ke pulau itu. Mengenai pembiayaan pembelian teksi EV, ia akan diuruskan oleh Koperasi Jurupandu Teksiku Bhd. Individu yang berminat pula digalakkan menjadi anggota Koperasi untuk skim Teksiku EV. Ia meliputi kos pendaftaran RM20 serta melanggan syer minimum RM250 dan ke atas.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 20:36

Mohon Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) YAWAS 2022

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR TUNAS YAWAS 2022

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)

Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa untuk membayar yuran TADIKA anak-anak mereka.

Baca juga: Bantuan Khas JMKM Untuk Pelajar Universiti

Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)

Syarat Permohonan

Pemohon mestilah warganegara Malaysia

Pemohon mestilah sama ada:

Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di SelangorATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di SelangorATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggalPendapatan isi rumah RM3,000 ke bawahSuami dan isteri bekerja atau tidak bekerjaAnak yang berumur 5 dan 6 tahun sahajaUntuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja boleh KLIK SINICara Mohon

Permohonan dibuka secara atas talian melalui pautan berikut >> https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php?utm_source=rss&utm_medium=rss

Sila isikan kad pengenalan dan lampirkan dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:

Cetak Borang PermohonanSalinan Sijil Lahir / Mykid AnakSalinan MyKad IbuSalinan MyKad BapaSalinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua MasyarakatSalinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua MasyarakatCop Pengesahan Tadika Tempat Anak BelajarBagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu DilampirkanSalinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBUCop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel pendaftarantunas@gmail.com atau alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Lewat menghantar borang dianggap tidak berjaya.

Baca juga: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT

Maklumat LanjutTel : 03 5481 8800Emel Kami : pertanyaan.yawas@gmail.com
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2022 18:00

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.