Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 77

September 29, 2022

Tol Percuma Sempena Bulan Pembukaan Lebuhraya SUKE

Pada 16 September 2022 yang lalu, Lebuhraya SUKE atau Sungai Besi-Ulu Kelang secara rasminya telah dibuka kepada semua pengguna jalan raya.

Walaupun belum sepenuhnya siap, lebuhraya tersebut boleh dinikmati oleh pengguna lebuh raya SUKE fasa 1 ini secara percuma selama 1 bulan.

Lebuhraya SUKE ini bakal menjadi laluan alternatif terbaik bagi mengelak kesesakan di MRR2.

Lebuhraya SUKE akan menghubungkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE).

Jangkaan kesesakan trafik di sepanjang MRR2 akan berkurang sebanyak 30 peratus, Jalan Ampang (36 peratus) dan Jalan Loke Yew (12 peratus).

Baca juga:

Cara Mohon Elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP)MINDEF Umum Kenaikan Elaun Veteran ATM Tidak Berpencen

Menariknya tentang Lebuhraya SUKE ni, ia mempunyai tanjakan ‘helikoidal’ pertama di Malaysia di persimpangan Cheras-Kajang dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Meliputi jajaran sepanjang 16.6km dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.Melibatkan 11 persimpangan dan 2 plaza tol – Tol Bukit Teratai dan Tol Ampang.3 laluan itu berkelebaran 3.5m, dengan tambahan 3m lorong kecemasan, pada kedua-dua arah

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof, mengumumkan laluan ini boleh digunakan secara percuma selama sebulan semasa pembukaan rasmi Lebuhraya SUKE Fasa 1 ini.

Sekadar info, tol percuma ini secara tidak langsung memberi peluang kepada semua pengguna jalan raya merasai sendiri laluan di lebuh raya ini dan membantu mereka merancang perjalanan di masa hadapan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal SUKE.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2022 14:35

Cara Mohon Elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP)

Berita baik, elaun pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) dinaikkan berkuat kuasa serta merta selepas diumukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Tujuan kenaikan elaun ini supaya dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Baca juga:

MINDEF Umum Kenaikan Elaun Veteran ATM Tidak BerpencenPermohonan Perkhidmatan Pengendalian Taska KPMJumlah Kenaikan Elaun:

Berikut merupakan kenaikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri:

Elaun buku dan peralatan belajar: RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia (tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara).Elaun Induksi (Onboarding Allowance): RM 4,500 kepada RM 5,000 (pelajar baru sahaja).Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan:

Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib padaProgram Matrikulasi / AsasiUniversiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal PESP.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Hantar permohonan.

 

Sumber: ASTRO AWANI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2022 14:23

MINDEF Umum Kenaikan Elaun Veteran ATM Tidak Berpencen

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengumumkan Elaun Bantuan Sara Hidup (BSH) veteran ATM tidak berpencen akan dinaikkan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, MINDEF telah menyelesaikan kajian-kajian dalaman di peringkat Kementerian dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia dilaksanakan.

Baca juga:

Permohonan Perkhidmatan Pengendalian Taska KPMPermohonan Biasiswa UMW 2022 Dibuka Sehingga 16 Oktober 2022

Selain itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah meluluskan cadangan untuk menaikkan Bantuan Sara Hidup untuk para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dari RM300 kepada RM400 sebulan.

Kenaikan tersebut diluluskan berikutan peningkatan kos sara hidup dan keperluan menampung perbelanjaan seharian.

Sekadar info, pihak kementerian sentiasa mengambil berat akan kebajikan para veteran ATM terutama yang tidak berpencen dan beliau akan kongsikan perkembangan terkini berkaitan usaha dan inisiatif yang saya dan kepimpinan MINDEF sedang usahakan bagi terus menambah baik kebajikan para Veteran ATM.

 

Sumber: UTUSAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2022 14:12

September 28, 2022

“Saya Juga Mangsa Keadaan , ” – Noraniza Idris Jelaskan Isu Tentang Skim Rumahku Syurgaku

Penyanyi tradisional popular , Noraniza Idris tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut yang melanda projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) anjuran pihak pemaju MRF Consultant (M) Sdn. Bhd.

Projek tersebut disahkan sebagai scammer apabila hanya menawarkan wang bayaran sebanyak Rm10 kepada pembeli dan sudah menjadi kes polis .

Noraniza Idris atau lebih mesra disapa Kak Ani mengakui dirinya tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek terbabit kerana tiada sebarang perjanjian hitam putih antara pihaknya dengan syarikat pemaju tersebut.

Tiada Perjanjian

Malah dia menyatakan dirinya hanya menerima pelawaan secara lisan dan hanya ingin beramal sekaligus dapat membantu orang ramai agar dapat memiliki rumah idaman melalui projek tersebut.

“Seingat saya, perkenalan kami adalah sekitar Ramadan lalu di sebuah majlis berbuka puasa. Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dari NIPV Management Sdn Bhd dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya untuk menjadi duta program kebajikan.”

“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya sekian lama aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Hasrat saya cuma nak tolong rakan-rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan tiada rumah,”katanya.

Noraniza ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Royal Chulan merasa terkilan kerana hasratnya untuk membantu orang ramai mendapat krtikan hebat daripada netizen.

Malah mengakui dirinya sebagai mangsa keadaan kerana perkenalan tersebut dibuat oleh rakan kongsinya dan terdapat beberapa artis terkenal juga terbabit dalam isu tersebut.

Tidak hanya mendiam diri , Kak Ani sudah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan namun tidak mendapat sebarang maklumbalas tetapi digugurkan daripada menjadi duta kepada projek tersebut.

“Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,”jelasnya lagi.

BACA INI : Fesyen Masya Masyitah Dikritik Kerana Keterlaluan

Noraniza Idris juga turut tampil memberikan peringatan kepada rakan yang mahu bekerjasama dengan sebarang projek haruslah mendapatkan maklumat terperinci mengenai skim tersebut agar tidak menjadi masalah seperti ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2022 23:43

Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibenarkan Melalui Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Terkini!! Kerajaan Malaysia melalui KWSP telah membenarkan pengeluaran KWSP khas melalui akaun 2. Tetapi untuk tujuan peribadi sahaja.

Tidak dinafikan ramai yang kecewa kerana kesukaran mengeluarkan wang KWSP walaupun wang tersebut adalah wang kita sendiri yang kita simpan dalam tabung dan caruman yang dibuat dalam akaun KWSP mereka.

Namun, tahukah anda terdapat pelbagai kaedah pengeluaran yang boleh anda lakukan asalkan memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Menariknya, anda dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi, tujuan ubah suai atau bina rumah, pendidikan dan lain-lain.

Mohon Bantuan Dapur : Bantuan i-Belia one-off Untuk Golongan Muda & Mahasiswa 2022

KWSP Pengeluaran Akaun 2

Dari sini, anda boleh menyemak butiran-butiran termasuk jenis-jenis pengeluaran, borang permohonan, cara permohonan wang pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022

1) Bayaran Haji

Bagi meringankan bebanan anda menunaikan ibadah haji, duit dari akaun anda boleh dikeluarkan dengan dengan cara membuat permohonan pengeluaran i-Akaun KWSP bagi menampung perbelanjaan haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Anda boleh klik sini untuk dokumen dan syarat pengeluaran untuk daftar haji

2) Bayaran Untuk Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah kesihatan dan 36 jenis penyakit kritikal, anda dibenarkan membuat pengeluaran pada akaun 2 untuk membeli peralatan kesihatan dan menampung kos perubatan.

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan dokumen pengeluaran perubatan KWSP.

3) Pengeluaran Untuk Tujuan Pembelian Rumah

KWSP menyediakan kemudahan bagi membantu pencarum mereka untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada membeli rumah sendiri, rumah lelong, rumah subsale, mahupun membeli rumah melalui Aplikasi Rumah Mesra Rakyat 2022.

Anda boleh klik sini untuk dapatkan dokumen dan cara-cara pengeluaran pembelian rumah.

4) Pengeluaran Untuk Tujuan Pendidikan

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading, mereka perlu membayar yuran yang agak mahal untuk mereka belajar di Universiti.

Oleh itu, KWSP menyediakan pilihan dan kemudahan pengeluaran KWSP untuk anda membayar pendidikan anak sekiranya kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh PTPTN tidak mencukupi.

Anda boleh klik sini untuk mendapatkan dokumen dan kriteria Pengeluaran untuk pendidikan

Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibenarkan Melalui Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi!!

Haa, tunggu apa lagi! jika anda perlukan duit untuk keperluan-keperluan seperti diatas boleh lah membuat permohonan untuk pengeluaran. Rugi jika tak manfaatkan peluang ini kan?. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2022 21:50

Sila Anda Kenali Mercedes-AMG C 63 S E Performance 4-Cylinder PHEV Yang Serba Baharu

Untuk Model W206 C-Class yang baharu datang versi AMG. Kita sedia maklum bahawa Mercedes-AMG C43 4MATIC didatangkan dengan 2.0L dengan sistem 48V dan rangkaian kuasa hibrid ringan dengan 402hp dan 500Nm tork. Tetapi kini kami mempunyai maklumat rasmi tentang model C63 baharu ia adalah hibrid plug-in 2L.

Namun, W206 berprestasi tinggi yang serba baharu akan digelar Mercedes-AMG C63 SE Performance. Penjana kuasanya terdiri daripada enjin pengecas turbo 2.0L, motor elektrik 2-kelajuan pada gandar belakang dan sistem 4MATIC pacuan semua roda buat kali pertama pada model C63. Kereta ini juga mendapat electronically controlled limited-slip rear differential. Walaupun C63 yang keluar menampilkan V8 pengecas turbo berkembar dengan tork sehingga 500hp dan 700Nm, model baharu ini mempunyai tork 680hp dan 1020Nm Terdapat juga Mod Drift walaupun sistem 4MATIC, dan stereng gandar belakang aktif sebagai standard.

Disamping itu, C 63 S E Performance baharu memecut dari 0-100km/j dalam hanya 3.4 saat dan memuncak pada 280km/j dengan pilihan Pakej Pemandu AMG. Menurut Mercedes-AMG mereka sedang menggunakan teknologi Formula 1nya ke dalam rangkaian kuasa 400V eksklusif AMG dan persediaan bateri baharu. Bateri dalam C63 SE Performance baharu direka untuk nyahcas pantas dan pengunaan kuasa tinggi dengan penyejukan terus yang inovatif untuk sel. Ia dipasang di atas gandar belakang dalam reka bentuk yang padat. Jangan terlalu mengharapkan pemanduan elektrik tulen pada hibrid ini – Mercedes hanya menjangkakan jarak elektrik sejauh 13km.

Walaubagaimanapun, akan ada versi sedan dan wagon untuk C63 SE Performance ini. Berbanding dengan W206 C-Class standard, model AMG ini adalah 83mm lebih panjang dengan trek yang jauh lebih lebar dan juga jarak roda 10mm lebih panjang. Ini menghasilkan rupa yang lebih berkuasa dan berotot untuk model C63 baharu. Satu lagi ciri yang berbeza ialah saluran keluar tipis udara di tengah bonet yang bertukar menjadi dua powerdome.

Sumber: google image

Ia terdapat juga lambang AMG hitam dan bukannya bintang Mercedes dengan kalungan laurel pada bonet. Model AMG 63 baharu ini turut mendapat gril radiator gaya Panamericana, apron hadapan AMG serta bahagian masuk dan bahagian aero yang lain. Dua daripada panel udara dikawal secara elektronik. AMG C63 S E Performance juga didatangkan dengan skirt sisi yang padan, apron belakang, diffuser, dua trim dwi paip ekor dan spoiler.Menggenapkan reka bentuk baharu ialah satu set sama ada roda 19″ atau 20″ dalam persediaan berperingkat. Pelbagai pilihan cat dan pilihan boleh disesuaikan tersedia termasuk pakej AMG Exterior Carbon Fiber atau Night, serta Pakej Aerodynamics AMG.

Begitu juga dengan dalaman, C 63 S mendapat tempat duduk sukan AMG dalam upholsteri khas dan corak jahitan tersendiri. Sekatan kepala hadapan mendapat lambang AMG timbul. Tempat duduk AMG Performance pilihan adalah pilihan dengan bolster sisi yang ringan. Upholsteri kulit Nappa boleh dipilih dengan pilihan warna kontras.AMG juga telah merumuskan bunyi signature Acoustic Vehicle Alerting System baharu. Ini ialah bunyi AMG termodulat frekuensi rendah yang dipancarkan melalui pembesar suara di hadapan dan belakang. Ia juga boleh diperhatikan dari dalam kereta.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2022 21:31

Alexander Arnold Pemain Biasa?

Cara Trent Alexander Arnold bertahan dianggap sangat teruk dan hanya layak untuk beraksi di pentas saingan Championship sahaja.

Bekas pemain pertahanan Chelsea, Frank Leboeuf tampil menghentam Trent Alexander Arnold dan menganggap pemain full back Liverpool itu hanya bertaraf Championship sahaja.

Arnold mula menyertai skuad utama Liverpool ketika di usia 18 tahun dan beliau pada ketika ini sudah membuat 235 penampilan bersama gergasi Merseyside itu.

Sila Baca Disini : Hanya Melaka United Diketepikan Piala Malaysia 2022!

Alexander Arnold Pemain Biasa?

Sepanjang kariernya bersama The Reds, Trent Alexander Arnold telah berjaya membantu Liverpool untuk menjuarai gelaran Premier League pertama mereka selepas 30 tahun.

Beliau juga turut memainkan peranan penting ketika membantu Liverpool menjuarai saingan Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Pemain berusia 23 tahun itu menerima pujian yang menggunung atas kemampuan dan kualiti hantaran yang miliki.

Beliau jelas sekali sangat berfungsi ketika membantu jentera serangan Liverpool melancarkan serangan dan hal itu sangat sukar untuk dinafikan.

Trent Alexander Arnold setakat ini sudah berjaya mencatatkan 62 assists dari semua pertandingan sejak dari awal debutnya pada tahun 2016 yang lalu.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang mempersoalkan tentang cara bagaimana beliau bertahan dan menganggap Trent sangat lemah dalam hal tersebut.

Positioning dan keupayaan beliau berdepan pemain dari bahagian sayap diragui dan ramai percaya beliau antara kelemahan utama barisan pertahanan Liverpool.

Kritikan itu boleh dikatakan dipersetujui oleh ramai pihak dengan Trent Alexander Arnold turut dipersalahkan sebagai punca mengapa Liverpool kerap bolos dan mencatatkan keputusan yang mengecewakan musim ini.

Lebouef antara yang paling lantang dalam mengkritik Trent Alexander Arnold baru-baru ini dengan beliau menyatakan bahawa:

“Lihat pada Trent Alexander Arnold. Saya menyukai beliau dengan kualiti serangan. Tapi dari segi bertahan, beliau sekadar bertaraf saingan Liga Kejuaaran sahaja.

“Hanya sistem Jurgen Klopp sahaja yang berkesan untuk beliau. Ketika ia tak berfungsi dengan baik seperti setakat ini, apa yang kamu nampak adalah kelemahan beliau ketika bertahan.

“Saya mahu bawa Arnold bersama saya dan berusaha belajar perkara asas. Saya akan kata kepada beliau, ‘Tundukkan kepala kamu dan lihat belakang kamu, itu sudah boleh membuatkan kamu semakin bagus.”

Walaupun kritikan Lebouef boleh diterima pakai kerana ramai yang bersetuju tentang hal tersebut, namun untuk menganggap Trent Alexander Arnold sekadar bertaraf Championship mungkin ia agak keterlaluan.

Selain menjadi nadi penting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp, Trent Alexander Arnold juga turut menjadi antara pemain yang paling diharapkan dalam skuad England.

Beliau merupakan antara nadi penting yang sangat diharapkan akan mampu membantu England untuk mencatatkan keputusan yang positif di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2022 21:07

Malaysia Telah Catat Peningkatan Yang Ketara Dalam Penggunaan Kenderaan EV

Kenderaan elektrik (EV) telah muncul sebagai alternatif automotif yang telah berdaya maju utama ke arah untuk mencapai cita-cita iklim dan ini telah memastikan planet yang boleh didiami, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim. Memandangkan perubahan iklim telah menjadi ancaman paling mendesak kepada manusia hari ini, sudah tiba masanya untuk mula memperjuangkan usaha rendah karbon dan cekap sumber yang berpaksikan prinsip kemampanan.

Menurut Ahmad Amzad juga berkata, bagi menggalakkan penggunaan EV, kerajaan memperkenalkan pengecualian penuh duti import, duti eksais dan cukai jalan untuk EV sama ada yang diimport atau yang dipasang dalam negara di bawah Bajet 2022. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan bulanan kemudahan pengecasan EV,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Van penghantaran elektrik DHL Express Malaysia.

Sumber: google image

 

 

Namun, Malaysia telah pun menyaksikan peningkatan ketara dalam pengambilan EV, daripada hanya 388 kenderaan pada 2021 kepada 1,033 pada Julai 2022, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada lebih 2,000 kenderaan menjelang akhir tahun. Sementara itu, beliau berkata, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan meneruskan agenda menjadikan Malaysia sebagai pencipta dan pengeluar komponen teknologi EV. Melalui NanoMalaysia, kami telah memulakan program, iaitu ‘Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia’ serta program ‘Membolehkan Mobiliti Elektrifikasi untuk Ekonomi Hijau’, memfokuskan kepada pengkomersialan penyelesaian tenaga hijau, teknologi penyimpanan tenaga dan komponen EV.

 

Disamping itu, Inisiatif utama termasuk memudahkan peraturan untuk penukaran kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV melalui platform Ekosistem Pengesahan Inovasi Kenderaan Elektrik Rapid (REVIVE), dan membangunkan teknologi dalaman untuk pengecasan berasaskan suria luar grid, bateri EV dan pengecasan nir wayar. Internet of Nano Things untuk sambungan digital untuk EV dan sistem kenderaan autonomi juga merupakan satu lagi teknologi berkaitan yang dibangunkan oleh NanoMalaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2022 20:09

Kursus Warisan Kraf Secara Percuma Tahun 2023

Pusat Warisan Kraf, Yayasan Sabah menawarkan kursus jangka pendek secara percuma kepada warga Sabah yang berminat.

Kursus ini akan berlansung selama 2 bulan hingga 3 bulan mengikut jenis kursus yang disertai.

Baca juga:

Skim Pembiayaan Sehingga RM100,000 Dengan Tempoh Moratorium Selama 6 BulanBajet 2023 Di Jangka Lebih MengembangTawaran Kurus Jangka Pendek:

Antara tawaran kursus jangka pendek yang ditawarkan adalah :

Asas Ukiran Logam : 3 Bulan.Asas Jahitan Sulaman Dan Kretif : 3 Bulan.Asas Lukisan Fabrik Absrak : 3 Bulan.Kursus Pengurusan Kediaman : 2 Bulan.Kemudahan Yang Disediakan:

Berikut adalah antara kemudahan yang disediakan:

Asrama.Kemudahan pemlajaran yang lengkap.Makan dan minum disediakan.Elaun sara diri.Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat kemasukan yang telah ditetapkan:

Pemohon mestilah bumiputera Sabah.Pemohon mestilah berumur daripada 17 tahun hingga 45 tahun.Keupayaan minimum pemohon mestilah boleh membaca/menulis/mengira.Pemohon mestilah terdiri daripada golongan E-Kasih/ B40 (Berpendapatan bawah RM3,000.00).Pemohon mestilah minat dalam bidang kraf / keusahawanan.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang ini untuk permohonan.

Langkah 2: Sila isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

Langkah 3: Muat turun dokumen yang diperlukan.

Langkah 4: Klik pada “Submit” untuk hantar borang permohonan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Khairil di talian 010- 5580018.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2022 13:01

Skim Pembiayaan Sehingga RM100,000 Dengan Tempoh Moratorium Selama 6 Bulan

Dua skim pembiayaan baharu telah diperkenalkan oleh Bank Rakyat untuk golongan usahawan profesional dan perniagaan koperasi sektor pendidikan serta masjid iaitu BR ProNiaga dan BRKOP Lestari.

Tujuan BR ProNiaga diwujudkan bagi membantu golongan profesional yang terjejas pekerjaan berikutan COVID-19 dan telah memulakan perniagaan sendiri.

Manakala tujuan BRKOP Lestari pula adalah pembiayaan eksklusif untuk koperasi dari sektor pendidikan dan koperasi masjid.

Baca juga:

Bajet 2023 Di Jangka Lebih MengembangYayasan Sime Darby Tawaran Biasiswa Untuk Pelajar Ijazah Sarjana MudaKategori Bantuan:

1. BRP ProNiaga:

Pinjaman yang ditawarkan termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan.

Usahawan Mikro: Pembiayaan RM10,000 hingga RM50,000.Usahawan Profesional: Pembiayaan sehingga RM150,000.

2. BRKOP Lestari:

Pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM100,000 dengan tempoh moratorium selama 6 bulan.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.

Langkah 2: Rujuk pegawai bank berurusan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2022 12:36

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.