Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 76
September 30, 2022
Kemasukan Asrama Semai Bakti Felda Kini Dibuka
Permohonan Kemasukan Asrama Semai Bakti Felda Tingkatan 1 Tahun 2023 kini dibuka.
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA mengalu-alukan murid tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022/2023 untuk membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) bagi pengambilan tahun 2023.
Baca juga:
Program Latihan Kemahiran MAIDAM Dibuka Sehingga 11 Oktober 2022Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT Sehingga RM1,2000Tarikh Permohonan Dibuka:Permohonan dibuka mulai 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022.
Mata Pelajaran UKKP:MatematikSainsBahasa InggerisSahsiah dan KeperibadianLokasi Senarai ASBF:Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL).Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru (ASBFJB).Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang.Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF).Calon wajib membawa salinan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini dari sekolah masing-masing.Generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.Mendapat markah yang tinggi berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF).Permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diprosesMaklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2191 2057 /14 /58 atau emel ke edu.unit@felda.net.my.
Permohonan Briged Muda Petani Moden Dibuka Sehingga Oktober Ini
YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad mengalu-alukan petani muda/belia tani untuk memohon Briged Muda Petani Moden Negeri Perak.
Tujuan ianya diwujudkan adalah bagi membantu petani muda/belia tani mengembangkan projek pertanian mereka menerusi bantuan atau peruntukan yang disediakan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Baca juga:
Bantuan Kewangan RM500-RM1,000 Secara One-OffInisiatif Kerajaan e-Wallet RM300 Setiap BulanTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan dibuka mulai 27 September 2022 sehingga 11 Oktober 2022.
Pemberian Bantuan:Bantuan InfrastrukturPerolehan Bahan Input PertanianKelengkapan Perolehan ICT berkaitan IOT PertanianSyarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Terbuka kepada petani muda di Negeri Perak.Permohonan dibuka kepada pemohon dibawah lingkungan 40 tahun dan ke bawah (tahun kelahiran 1983 dan ke atas).Projek sedia ada dan masih aktif.Tidak menerima sebarang peruntukan tahun semasa.Status tanah yang sah.Skop Projek:i) Fertigasi:
Keluasan maksimum 0.4 hektar atau 1 ekar (2,000 polibeg).Cili padi, halia, cili, melon, sayur daun dan sayur buah.ii) Konvensional:
Keluasan maksimum 1 hektar.Jagung, Nanas, Betik, Ubi, Halia, Pisang, Tembikai, Sayur Daun, Sayur Buah dan Serai.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang https://qrco.de/bdMVkJ.?utm_source=rs...
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dilampirkan:
Salinan Kad PengenalanSalinan Geran/Surat Kuasa/Surat PerjanjianMaklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Pertanian Perak.
Geran Pensijilan Halal Malaysia PMKS Kini Dibuka Untuk Permohonan
Geran Pensijilan Halal Malaysia adalah subsidi Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempromosikan pensijilan halal bagi kepada usahawan PMKS yang bertapak di Pulau Pinang bagi untuk memperbaharui atau memohon.
Pelaksanaan geran ini diharap dapat meningkatkan pensijilan halal di Pulau Pinang dalam kalangan usahawan PMKS.
Baca juga:
Bantuan Kewangan RM500-RM1,000 Secara One-OffInisiatif Kerajaan e-Wallet RM300 Setiap BulanPensijilan Halal:Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan yang bertanggungjawab pensijilan halal di Malaysia.
Setiap pengeluar produk/premis makanan/rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.Penggunaan peralatan atau kemudahan dalam premis hendaklah bersih dan bebas dari dicemari najis mengikut hukum syarak atau yang memudaratksn kesihatan.Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja.Kebersihan peralatan, pengangkutan, kawasan pengeluaran dan persekitaran amat dititikberatkan dan syarikat hendaklah mengamalkan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practices).Alat penyembahan agama tidak dibenarkan sama sekali di dalam premis/ kawasan pemerosesan makanan.Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kesihatan yang baik (Good Hygiene Practices).Syarat Kelayakan:Terma dan syarat bagi permohonan geran ini adalah seperti berikut:
Entiti perniagaan beroperasi di Pulau Pinang.Pemohon adalah warganegara Malaysia.Permohonan baharu pensijilan halal atau pembaharuan sijil halal sedia ada.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang dzas.zakat.com.my
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Penang Halal International di talian +604 262 5444/018-271 2544 (Puan Nazirah/Puan Syafiqah).
Bojan Hodak Marah Kim Pan Gon!
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak tidak berpuas hati dengan tindakan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon yang kurang menggunakan pemainnya ketika kejohanan empat penjuru iaitu King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.
Menurut Bojan, beliau menganggap Declan dan Zhafri seolah-olah pergi “bercuti” dan sepatutnya kedua-dua pemain kekal bersama KL City bagi melakukan persediaan untuk menghadapi perlawanan akhir saingan Piala AFC Inter-Zone menentang kelab Uzbekistani iaitu PFC Sogdiana pada 5 Oktober ini.
“Beliau (Pan-gon) hanya membawa kedua-dua pemain pergi bercuti. Mereka sepatutnya kekal bersama kami untuk aksi Liga Super menentang Penang. Jurulatih mempunyai pilihan tetapi beliau berkata mahu menggunakan mereka dalam skuad kebangsaan.
Sila Baca Disini : Bolasepak Rusia Terumbang Ambing!
Bojan Hodak Marah Kim Pan Gon!“Tapi lihat apa yang terjadi di Chiang Mai. Beliau jarang menggunakan pemain yang dibawa. Kita semua mahu menyumbang kepada bola sepak Malaysia. Saya tidak meletakkan kesalahan di bahu FAM, tetapi ketua jurulatih. Saya rasa Declan dan Zhafri hanya membuang masa di sana,” kata Bojan Hodak dipetik dari laporan The Star.
Declan hanya beraksi selama 10 minit pada aksi pertama menentang Thailand dimana beliau dimasukkan pada separuh masa kedua manakala Zhafri hanya memanaskan bangku simpanan dalam kedua-dua perlawanan.
Peminat juga kecewa kerana Zhafri masih belum mendapat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan kerana mereka menganggap pemain itu merupakan salah seorang pemain tengah terbaik dalam negara ketika ini.
Diharap perkara sedemikian dapat diselesaikan secara baik kerana masing-masing tahu akan kelebihan dan kekurangan pemain.
‘Tergamak Hina Ibu Saya?’ – Anna Jobling
Pelakon berdarah kacukan , Anna Jobling kesal terhadap segelintir netizen yang tidak menjaga percakapan sehingga merendahkan ibunya .
Melalui satu perkngsian di media sosial , netizen dengan sengaja meninggalkan komen yang menyakitkan hati dengan mengatakan ibu Anna sebagai orang gaji kerana rupanya yang berbeza dengan Anna.
Anna merasakan itu adalah satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan tidak beradap kerana ianya adalah keterlaluan apabila menghina fizikal orang lain.
Ibunya sememangnya tidak pernah mahu mengambil kira tentang pandangan orang lain tetapi Anna berharap agar orang ramai dapat menghormati ibunya dan menjaga hati serta perasaan keluarganya.
“Kenapa perlu hina mak orang sampai begitu sekali. Boleh tak menghormati keluarga saya?”
“Kalau ada masalah, beritahu saya, jangan babitkan mereka. Jangan ganggu keluarga saya sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun. Apa kalian akan rasa kalau ada seseorang kurang ajar dengan keluarga kalian pula?”katanya dengan nada marah.
BACA INI : Adira Selamat Lahirkan Anak Keempat Secara Pembedahan
Walaupun ibunya sering menjadi mangsa buli namun dia masih bersyukur kerana mempunyai ibu yang memahami kerjayanya sebagai artis yang sentiasa menjadi soroton media dan orang ramai.
“Dia sangat kuat dan tak kisah apa orang nak cakap. Dia hanya memberi fokus penuh kepada saya. Jadi terpulang kepada orang luar nak buat apa.”
“Sedih itu memang sudah semestinya sebab ibu saya tak ganggu orang. Mungkin sebab saya adalah figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa saja mengenai saya.”
Tak Mahu PeduliAnna juga tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sehingga menjejaskan kerjayanya namun tidak mampu menutup mulut netizen yang sentiasa tidak berpuas hati dengan hidup orang lain.
“Kenapa tak nak komen mengenai kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut. Mereka akan sentiasa bercakap,” katanya.
Anna yang sedang mencipta apabila lakonanya menjadi bualan ramai mengakui masih bertahan kerana mempunyai ramai peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan kata-kata semangat kepada dia dan ibunya.
“Peminat saya baik dan mereka kenal saya macam mana. Saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka,” katanya.
September 29, 2022
Bolasepak Rusia Terumbang Ambing!
Rusia diharamkan daripada menyertai edisi Euro 2024. Pengumuman rasmi juga sudah dibuat dan ia bermakna, Rusia turut diharamkan daripada menyertai pusingan kelayakan Euro 2024 yang akan datang.
UEFA dan FIFA sebelum ini mengenakan tindakan penggantungan kepada kelab kelab dan pasukan kebangsaan Rusia dari segala arena bola sepak.
Ini termasuk larangan beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 serta larangan menyertai pertandingan antara kelab Eropah seperti UCL dan UEL.
Sila Baca Disini : Perak FC Sudah Ada Perancangan!
Bolasepak Rusia Terumbang Ambing!Ianya sebagai tanda solidariti UEFA kepada Ukraine selepas Rusia menceroboh negara tersebut dengan tentera berskala penuh serta melancatkan peperangan.
Bukan itu sahaja, pemain pemain yang beraksi di kelab Rusia diberikan kebenaran khas untuk menamatkan kontrak mereka secara segera dan sepihak sahaja.
Perkembangan ini pastinya menjadi satu lagi tamparan hebat kepada Rusia yang berterusan dikenakan tekanan oleh UEFA dalam bidang bola sepak.
Kelab kelab yang berbelanja besar di Rusia juga kini telah kehilangan pendapatan dengan larangan daripada beraksi di UCL atau UEL dan menghadapi kerugian yang amat besar.
Penggantungan ke atas Rusia ini berlanjutan selepas UEFA mengumumkan langkah itu selepas meminta daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Julai.
Rusia membuat rayuan dengan menyatakan bahawa adalah tidak adil menghukum bola sepak yang merupakan sukan kerana pergolakan politik. Tetapi, rayuan Rusia itu telah ditolak bulat-bulat.
Walaubagaimnapun, setakat ini UEFA tidak melarang Bonsia & Herzegovina daripada meneruskan aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan Rusia.
Undian kelayakan Euro 2024 akan dilangsungkan di Jerman pada 9 Julai akan datang.
Tekanan ke atas bola sepak Rusia juga bukan sahaja di dunia nyata, malah di dunia digtal turut berlaku. Rusia diharamkan dalam permainan video seperti PES dan FIFA serta ianya termasuk kelab kelab mereka.
Kenali Kenderaan Volvo C40 Recharge
Ia telah pun melihat populariti SUV elektrik Volvo XC40 yang mendapat sambutan hangat di Malaysia. Pada bulan Jun tahun ini, jualan Volvo Recharge adalah di luar jangkaan dan pengambilan pesanan telah ditangguhkan selama beberapa bulan sahaja, kemudian dimulakan semula apabila penghantaran dari kilang disambung semula. Secara kebetulan, senarai menunggu terus meningkat dan penghantaran juga bergerak secepat mungkin, memandangkan semua isu bermula dengan kekurangan cip dan penahanan logistik di pelbagai bahagian dunia.
Disamping itu, bahawa masa depan Volvo Cars adalah elektrik seperti yang telah mereka nyatakan setahun sebelumnya dalam komitmen mereka untuk membawa permotoran udara bersih ke dunia. Ia telah melihat bagaimana Volvo C40 Recharge baharu ialah manifestasi terkini komitmen syarikat terhadap masa hadapan pelepasan sifar. Volvo C40 Recharge mempunyai semua kelebihan SUV tetapi dengan reka bentuk yang lebih rendah dan lebih anggun. Ia berdasarkan platform kenderaan CMA dan merupakan model Volvo pertama dalam sejarah yang direka sebagai elektrik tulen sahaja.
Sumber: youtube
Syarikat Volvo Cars kini telah membuat komitmen bahawa untuk menjelang 2025, ia menyasarkan 50 peratus daripada volum jualan globalnya terdiri daripada kereta elektrik sepenuhnya, dengan selebihnya hibrid plug-in. Menjelang 2030, ia merancang untuk setiap kereta yang dijualnya menjadi elektrik tulen yang bermakna kuasa petrol dalam apa jua bentuk tidak akan wujud lagi.
Namun, C40 Recharge telah mewakili masa depan Volvo dan menunjukkan ke mana kami akan pergi,” kata Henrik Green, Ketua Pegawai Teknologi di Volvo Cars. Di bahagian belakang Volvo C40 Recharge menampilkan reka bentuk bahagian belakang yang menarik untuk dipadankan dengan garis bumbung bawah, manakala reka bentuk hadapan baharu memperkenalkan wajah baharu untuk Volvo elektrik dan termasuk lampu hadapan dengan teknologi piksel terkini.

Bagi melihat bahawa kabin Volvo C40 Recharge menyediakan pelanggan dengan kedudukan tempat duduk tinggi yang disukai kebanyakan pemandu Volvo, sementara ia tersedia dengan pelbagai pilihan warna dan deco yang unik untuk model tersebut. Ia juga merupakan model Volvo pertama yang bebas kulit sepenuhnya. Seperti XC40 Recharge, C40 Recharge didatangkan dengan salah satu sistem infotainment terbaik di pasaran, dibangunkan bersama dengan Google dan berdasarkan sistem pengendalian Android.
Ia akan menyediakan pengguna dengan apl dan perkhidmatan Google terbina dalam, seperti Google Maps, Google Assistant dan Google Play Store. Data tanpa had membolehkan sambungan yang unggul dan C40 Recharge akan menerima kemas kini perisian melalui udara. Ini bermakna ia akan terus bertambah baik dari semasa ke semasa selepas ia meninggalkan kilang.
Namun akhir sekali, Propulsion terdiri daripada motor elektrik berkembar, satu di hadapan dan satu di gandar belakang, dikuasakan oleh bateri 78kWj yang boleh dicas pantas hingga 80 peratus dalam masa kira-kira 40 minit. Ia menawarkan jarak jangkaan sekitar 420km, yang dijangka bertambah baik dari semasa ke semasa melalui kemas kini perisian melalui udara.
Adira Selamat Lahirkan Anak Keempat Secara Pembedahan
Penyanyi dan juga usahawan terkenal , Adira Suhaimi semalam berkongsi Di media sosial miliknya tentang khabar gembira yang dirinya sudah selamat melahirkan anak bongsunya.
Adira yang bersalin secara pembedahan berkongsi bahawa anaknya adalah lelaki dan dilahirkan sihat dengan 3.5 kilogram semasa dilahirkan.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 31, menyatakan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dibantu oleh ibunya disamping untuk membantu menguruskan anak – anaknya.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.”
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.”
Tidak lupa juga berterima kasih atas doa dan kasih sayang daripada rakan artis dan juga pengikut tang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
BACA INI : Raysha Rizrose Akui Bercinta Dengan Pelumba Kereta Dan Bakal Mendirikan Rumahtangga
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.
Sekadar info , Adira telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan pasangan itu juga telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4 dan Anggun yang kini berusia 3 tahun.
TuTup Kilang Adira sebelum ini sudah memberitahu media bahawa ini adalah anak bongsunya kerana sudah tidak mahu mengandung lagi pada masa akan datang dan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang sedia ada.
Sime Darby Bakal Edar Kenderaan Elektrik BYD Ke Pasaran Malaysia
Syarikat Sime Darby Motors (SDM) Malaysia telah menandatangani perjanjian pengedaran dengan BYD, pembuat kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia, bagi kemasukan kenderaan elektrik (EV) BYD ke pasaran kenderaan penumpang Malaysia. Dalam kenyataan, SDM menjelaskan perjanjian itu akan membabitkan pengedaran ATTO 3 selain kenderaan e6 baharu BYD oleh pihaknya.
Namun, Pengarah Urusan SDM iaitu Andrew Basham berkata perkongsian itu akan membawa kepakaran BYD ke pasaran Malaysia melalui pelbagai model EV. Kerjasama kami dengan BYD adalah antara langkah yang diambil SDM ke arah merealisasikan matlamat kami menjadi peneraju dalam pasaran EV. Ini juga sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia ke arah mobiliti karbon rendah.
Disamping itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD iaitu Liu Xueliang juga berkata bahawa Malaysia ialah pasaran penting bagi pengembangan BYD memandangkan terdapat peluang yang amat luas untuk ekosistem EV berkembang.Ia telah berlandaskan rekod prestasinya yang terbukti dan operasi kukuh dalam sektor automotif di rantau Asia Pasifik, Mereka tidak sabar untuk bekerjasama dengan SDM bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap EV di Malaysia.
6 Port Makan Popular Di Ipoh Yang Harus Anda Kunjungi!
Hanya 2 jam di utara Kuala Lumpur, terletaknya banyak port makan popular di Ipoh, Perak – tempat kegemaran ramai food-hunter di Malaysia!
Jika anda mendambakan makanan tempatan lama yang sedap dan anda bersedia untuk memandu, kunjungi bandar ini sebagai destinasi anda yang seterusnya untuk perjalanan food-hunting anda.
Baca juga: 5 Spa Mewah Di Kuala Lumpur Untuk Anda Memanjakan Diri ! Senarai Popular 2022
6 Port Makan Popular Di IpohIpoh Hainan Chicken Rice
Anda tidak boleh meninggalkan Ipoh tanpa mempunyai hidangan yang sinonim dengan bandar raya – taugeh dengan nasi ayam. Dan di port makan popular di Ipoh yang pertama; Hainan Chicken Rice, yang merupakan kedai makan yang disahkan halal, anda boleh mendapatkannya!
Anda pasti menyukai ayam rebus yang enak dihidangkan bersama kicap. Hidangan ini paling sesuai dimakan bersama hidangan taugeh yang direbus bersama semangkuk nasi licin dan wangi. Juga ada sos cili yang lazat untuk dimakan bersama ayam anda!
Status Halal: Disahkan halalWaktu Operasi: Isnin-Jumaat, 11AM-9PM; Sabtu-Ahad, 10AM-10PMAlamat: 107 Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, PerakNo.telefon: +605-254 5591Cafe Setinggan
Jika anda menggemari laksa, anda perlu mencuba laksa telur goreng bersarang yang dihidangkan di Cafe Setinggan. Mee laksa yang dimasak secara tradisional dan kuah ikan berempah ditambah dengan gaya unik telur goreng yang menjadikan ia kelihatan seperti sarang burung, justeru dinamakan ‘telur goreng bersarang’.
Dengan jumlah ikan yang mewah dan hiasan tradisional timun, bawang merah dan nanas, topping telur goreng yang kelihatan unik adalah pelengkap sempurna untuk hidangan masam dan pedas.
Port makan popular di Ipoh yang bertemakan kampung nyaman ini juga mempunyai gerai-gerai di sebelahnya yang menyajikan minuman istimewa dan pelbagai pau yang boleh anda nikmati di premis kafe!
Status Halal: Pemilik orang muslimWaktu Operasi: Sabtu-Khamis, 12PM-7PM (ditutup setiap Jumaat)Alamat: Jalan Margosa D/8, 31350 Ipoh, PerakNo.telefon: +6018-577 2955Nelli’s Deli
Meneruskan senarai port makan popular di Ipoh ialah Nelli’s Deli. Terletak di tengah-tengah Bandar Lama Ipoh, ia menghidangkan menu Barat yang luas daripada set sarapan Inggeris hingga fish & chips.
Tetapi nasi lemak istimewa mereka membuatkan pelanggan datang kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi!
Walaupun agak mahal untuk sepinggan nasi lemak, ia sangat berbaloi kerana Pinggan Penuh Nasi Lemak Deli Deli didatangkan dengan seketul besar ayam goreng, sambal sotong dan sambal udang.
Satu lagi hidangan popular untuk dicuba ialah Nasi Ulam dengan Ayam Goreng menggunakan herba tempatan. Untuk snek, cuba goreng udang dan ikan bilis mereka untuk sesuatu yang sedap atau churros dengan sos coklat sebagai pencuci mulut!
Jika anda sedang menjamu selera, pastikan anda tiba lebih awal untuk mendapatkan tempat kerana kapasiti maksimum pelanggan di port makan popular di Ipoh ini agak terhad.
Hubungi lebih awal untuk mengetahui jika ada masa menunggu sekiranya anda menghadapi masalah. Jika tidak, anda sentiasa boleh memilih untuk take-away.
Status Halal: Pemilik orang muslimOpening hours: Selasa-Ahad, 10AM-4PM (Ditutup setiap Isnin)Alamat: No 99 Jalan Sultan Yusuf, IpohNo.telefon: +6012-447 6605/ +6016-524 2365Mee Daud Mat Jasak
Gerai Mee Daud Mat Jasak bermula sejak tahun 1970-an apabila pemiliknya mula menjual makanannya dari kereta sorong. Kini premis mee kicap dan kari laksa beliau sudah menjadi port makan popular di Ipoh!
Ia adalah salah satu daripada beberapa tempat untuk menyajikan mee kicap yang enak dengan yong tau foo, serta mee kari dengan bebola ikan yang sedap dalam kuah kari yang berperisa.
Nikmati mee kicap dengan sama ada mee nasi leper atau mee kuning! Jika anda merancang untuk menginap, Bedrock Hotel Ipoh ialah salah satu hotel mesra bajet terbaik di Ipoh, dan ia hanya 7 minit berjalan kaki dari Mee Daud Mat Jasak.
Status Halal: Pemilik orang muslimWaktu Operasi: Isnin-Khamis, 9AM-2PM, 4PM-9.30PM; Jumaat-Sabtu, 9AM-2PM, 4PM-9.45PM; Ahad, 9AM-2PMAlamat: 1, Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, PerakNo.telefon: +6019-441 0096Miker Food
Apabila waktu makan malam tiba dan anda tidak pasti di mana untuk makan, anda harus ke port makan popular di Ipoh seterusnya; Miker Food untuk pelbagai pilihan daripada masakan Melayu hingga pilihan Barat.
Jika anda peminat tom yum, cuba Tom Yam Nyor istimewa yang dibungkus dengan makanan laut dan dihidangkan dalam kelapa. Air dari kelapa itu sendiri digunakan untuk membuat tom yum, memberikan keseimbangan sempurna antara manis dan pedas.
Jika hanya ada satu perkara yang anda ada di Miker, anda tidak boleh ketinggalan pizza ketuhar batu buatan tangan dari gerai Chik Pizza! Kerak yang rangup dan nipis dengan topping yang banyak dan berkeju, anda akan lupa bahawa anda berada di Ipoh dan bukan di Itali.
Cuba piza Kampung di port makan popular di Ipoh ini yang dihiasi dengan ikan bilis goreng dan cili padi untuk hidangan tempatan atau Daging Crazee mereka yang didatangkan dengan pepperoni dan bebola daging.
Anda juga boleh mencuba separuh setengah daripada mana-mana kombinasi topping mereka jika anda ragu-ragu!
Status Halal: Pemilik Orang MuslimWaktu Operasi: Dibuka setiap hari; 5PM-11PMAlamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, PerakNo.telefon: +6011-1030 0033Deen CT Corner Cendol
Tiada yang lebih menyegarkan daripada semangkuk cendol berais pada hari yang panas, dan Deen CT Corner menyajikan cendol dengan keseimbangan rasa manis dan rasa yang betul.
Beroperasi selama lebih daripada 20 tahun, port makan popular di Ipoh ini menghidangkan pencuci mulut Malaysia yang terkenal ini, dengan jeli hijau seperti cacing, santan dekaden dan renyai gula aren yang sempurna di atas ais yang dicukur halus.
Dapatkan cendol biasa klasik atau sesuaikan mangkuk anda dengan topping seperti jagung manis, kacang ginjal atau ‘pulut’ – pulut yang hanya menambah kedalaman tekstur pada mangkuk anda.
Status Halal: Pemilik Orang MuslimWaktu Operasi: Isnin-Khamis & Sabtu-Ahad, 11.30PM-6.30PM (ditutup setiap Jumaat)Alamat: 21B, Jalan Mustapha Al Bakri, 30300 IpohNo.telefon: +6016 535 0351
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
