Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 78
September 28, 2022
Bajet 2023 Di Jangka Lebih Mengembang
Bajet 2023 Malaysia dijangka akan lebih mengembang dan mengutamakan rakyat dengan sasaran untuk mencapai matlamat kemampanan dan pendigitalan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) oleh Bank Dunia.
Belanjawan dijangka akan memperuntukkan lebih banyak sumber kepada pendidikan dan kesihatan selain situasi bermusim seperti banjir dan pilihan raya, menurut Apurva Sanghi, Ketua Ekonomi Bank Dunia.
Baca juga:
Bantuan Perbelanjaan Harian Sehingga RM350 SebulanYayasan Sime Darby Tawaran Biasiswa Untuk Pelajar Ijazah Sarjana MudaSejumlah RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Ia merupakan peruntukan kedua terbesar selepas pendidikan dalam meneruskan usaha membendung Covid-19 menerusi program vaksinasi dan kemudahan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik.
Sekadar info, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 Ogos, Malaysia masih mempunyai beberapa ruang fiskal untuk menangani cabaran tekanan harga memandangkan nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara berada pada 60 peratus.
Terdahulu, menurut Tengku Zafrul juga, walaupun had siling hutang statutori telah dinaikkan kepada 65 peratus daripada KDNK daripada 60 peratus sebelumnya, kerajaan berusaha keras untuk mengehadkan sasaran desfisit fiskal pada 60 peratus daripada KDNK.
Yayasan Sime Darby Tawaran Biasiswa Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda
Berita baik buat pelajar yang bakal menyambung pelajaran ijazah Sarjana muda di universiti-universiti di negara ini, Yayasan Sime Darby ada menawarkan biasiswa Yayasan Sime Darby kepada pelajar yang layak.
Biasiswa ini adalah untuk pengambilan sesi September 2022 dan hanya untuk pelajar Ijazah sarjana muda tahun pertama sahaja.
Tempoh bon perkhidmatan hanya 3 tahun (untuk graduan tempatan) atau sehingga 6 tahun (untuk graduan luar negara) di Syarikat Sime Darby setelah tamat pengajian.
Baca juga:
Bantuan Zakat Untuk Pelajar UiTM Sesi 1 2022 / 2023Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 Hujung Tahun iniSyarat Kelayakan:Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 25 tahun ke bawah.Pemohon mestilah tamat STPM/ Pra-Universiti/ Asasi/ Matrikulasi Tempatan/ Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.30 atau 3A untuk program A-Level.Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan pemohon mestilah RM11,000 dan ke bawah.Pemohon mestilah mempunyai kualiti kepimpinan yang teguh melalui pelbagai jawatan kepimpinan dalam pertandingan sekolah, kebangsaan dan/atau global dan/atau acara sukan.Pemohon mestilah aktif dalam khidmat masyarakat.Bidang Pengajian:Berikut adlah bidang pengajian yang ditawarkan:
1) Kursus berkaitan perniagaan / Sains Sosial:
Perakaunan & Kewangan.Pengajian Perniagaan & Pengurusan.Ekonomi.Psikologi / Sumber Manusia.Pemasaran Digital.Komunikasi / Media.Logistik & Pengurusan Rantaian Bekalan.2) Kursus berkaitan Kejuruteraan dan Teknologi:
Seni Bina & Alam Bina.Pengurusan Hartanah & Hartanah.Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.Kejuruteraan Awam.Kejuruteraan Mekanikal / Mekatronik (Robotik).Kejuruteraan Kimia.Sains Komputer.Teknologi Maklumat / Sains Data / Drone.3) Kursus berkaitan Sains / Pertanian:
Agronomi.Pengurusan Perladangan.Biologi / Sains Semula Jadi.Kimia.Cara Permohonan:Berikut adlah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal Biasiswa Yayasan Sime Darby
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diminta.
Langkah 4: Hantar permohonan.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Biasiswa Yayasan Sime Darby atau hubungi di talian +60 3 7623 7103 / 7106.
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Taiping (MPT) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Negeri Perak di Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pegawai Tadbir
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Penolong Pegawai Penguatkuasa
4. Penolong Pegawai Tadbir
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan Komputer)
6. Pembantu Tadbir (P/O)
7. Pembantu Veterinar
8. Pembantu Kemahiran (Tukang Kayu)
9. Pembantu Kesihatan Awam
10. Pembantu Penilaian
11. Pembantu Operasi
12. Pembantu Awam
13. Pemandu Kenderaan
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1, 218.00 – RM9,656.00
Kadar Kenaikkan Gaji Tahunan : RM80.00 – RM225.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Perbandaran Taiping (MPT).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
September 27, 2022
Fesyen Masya Masyitah Dikritik Kerana Keterlaluan
Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Masya Masyitah merupakan seorang penyanyi wanita .Kerjayanya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria pada 2014.
Selain itu, Masya juga merupakan naib juara Bintang Kecil anjuran RTM dan pada tahun 2020, MAsya telah dinobatkan sebagai juara Yippi Star Quest 2020 dengan menewaskan 3000 peserta dari seluruh Asia.
Bukan itu sahaja , Masya juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan kini mengusahakan perniagaan biskut buatan tangannya bersama keluaraga dengan jenamanya sendiri.
Baru – bari ini , Masya Masyitah telah menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu hantaran yang merupakan gambarnya dengan dengan caption sinis di laman sosial miliknya.
BACA INI : [VIDEO] Penampilan Dolla Yang Dikatakan Keterlaluan Dikritik Netizen
Melalui hantaran tersebut dia dilihat memakai baju turtleneck yang digandingkan dengan jumpsuit pada bahagian luar namun jumpsuit berkenaan dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
Disebabkan gambar tersebut , dia mendapat kecaman hebat daripada netizen yang mengatakan Masya sudah keterlaluan dan tidak menjaga batas dalam berpakaian.
“First time tengok orang pakai bra dekat luar,” tulis seorang warganet.
“Kot ye pun pakai bra tak payahlah kat luar alahai,” komen netizen.
Pelbagai komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen dan rata – rata memberikan komen yang mengkritik cara berfesyen artis tersebut walaupun pernah ditegur kerana terlalu seksi .
Masya yang dahulunya sangat menjaga cara berpakaiannya dan betudung menutuk kini sudah berani mencuba fesyen aneh sehingga menindik hidungnya untuk MV lagu terbarunya.
Namun Masya dilihat tidak membalas komen yang ditinggalkan dan hanya mendiamkan diri apabila dikritik teruk oleh netizen di media sosialnya itu.
Kerajaan Bakal Raih Tambahan RM21 Bilion Untuk Hasil Minyak
Untuk kedudukan harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi ketika ini dijangka meningkatkan pendapatan kerajaan antara RM13 bilion hingga RM21 bilion, demikian menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB). Bank pelaburan itu berkata, analisis sensitiviti yang dijalankannya menunjukkan setiap kenaikan AS$10 setong dalam purata harga minyak mentah tahunan akan meningkatkan pendapatan bercukai kerajaan RM4 bilion.
Namun, ini akan membayangkan rangsangan hasil tambahan antara RM13 bilion hingga RM21 bilion kepada kerajaan memandangkan harga minyak mentah rasmi semasa adalah antara AS$100 hingga AS$120 satu tong yang lebih tinggi berbanding anggaran dalam Bajet 2022 iaitu AS$67 satu tong. Mengambil titik tengah hasil cukai minyak dan gas (O&G) tambahan iaitu RM17 bilion daripada unjuran harga minyak mentah lebih tinggi berbanding unjuran asal Bajet 2022, ditambah dengan tambahan RM25 bilion dalam dividen PETRONAS kepada kerajaan, bermakna tambahan hasil berkaitan O&G sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan.
Sumber: google image
Disamping itu, Maybank IB juga telah menjangkakan pendapatan kerajaan yang lebih tinggi tahun ini disokong kesan positif harga komoditi lebih tinggi terutama hasil berkaitan O&G. Ia berikutan pengumuman PETRONAS mengenai dividen tambahan RM25 bilion kepada kerajaan, selain dividen RM25 bilion yang menjadikan angka keseluruhan RM50 bilion, jumlah kedua tertinggi selepas pembayaran tertinggi RM54 bilion pada 2019.
Menurut Maybank IB, pada setakat tujuh bulan tahun ini, dangan itu hasil kerajaan meningkat 21.3 peratus kepada RM148.4 bilion, 8.3 peratus lebih tinggi berbanding RM122.4 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu, manakala setahun penuh 2021 adalah RM233.8 bilion. Ia adalah 63.4 peratus lebih daripada unjuran Bajet 2022 sebanyak RM234 bilion, menjangkaui kadar rata ringkas 58.3 peratus.
Namun dari aspek perbelanjaan pula, bank pelaburan itu menjelaskan, jumlah sebenar untuk tahun ini akan lebih tinggi terutama disebabkan angka subsidi lebih besar sebanyak RM77.7 bilion yang dianggarkan daripada peruntukan kerajaan berbanding Bajet 2022 iaitu RM31 bilion, dengan kos subsidi bahan api berjumlah RM41.7 bilion.
Bagi menguruskan perbelanjaan keseluruhan tahun ini, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MoF) mengeluarkan pekeliling bertarikh 14 Julai 2022 yang mengarahkan kementerian, agensi dan jabatan untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus sebanyak lima peratus sepanjang tahun terutama dalam bidang seperti perbelanjaan mengurus (contoh utiliti, elaun lebih masa, pertukaran luar bandar, penginapan dalam dan luar negara, penganjuran acara, pengiklanan dan penyumberan luar), pelantikan, penyusunan semula organisasi/penubuhan badan berkanun dan pemerolehan aset baharu.
Justeru itu, katanya juga bahawa 90 peratus daripada perbelanjaan mengurus tambahan akibat peningkatan jumlah subsidi dibiayai oleh hasil tambahan berkaitan O&G. Baki 10 peratus atau RM4.7 bilion hendaklah dilindungi oleh langkah cukai Bajet 2022 seperti Cukai Makmur yang mana dijangka menyaksikan kerajaan memperoleh pendapatan tambahan RM4 bilion, selain arahan penjimatan perbelanjaan yang diumumkan kerajaan.
Walaubagaimanapun Maybank IB juga berkata, defisit belanjawan pada tujuh bulan 2022 ialah RM47.8 bilion, iaitu 49 peratus daripada unjuran defisit dalam Bajet 2022 iaitu RM97.5 bilion. Unjuran bajet defisit dalam Bajet 2022 iaitu 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu dicapai, disokong sebahagian besar sebahagian besarnya oleh perbelanjaan mengurus subsidi yang lebih tinggi daripada belanjawan sepatutnya yang dilindungi sepenuhnya oleh kenaikan hasil yang didorong oleh harga komoditi lebih tinggi.
Harry Maguire Tahu Punca Dikritik!
Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire mengakui status kapten yang dipegangnya itu membuatkan orang ramai suka untuk bercakap mengenainya.
Sejak menyertai United dari Leicester City, Maguire tidak lekang daripada menjadi sebutan penyokong kelab itu khasnya dan bola sepak amnya mengenai pelbagai perkara terutamanya prestasinya ketika bermain.
Malah sehingga ke hari ini, beliau masih lagi menerima pelbagai kecaman. Akan tetapi, beliau berasakan ia kerana statusnya sebagai ketua pasukan United.
Sila Baca Disini : Liridon Krasniqi Kecewa Dengan Peminat!
Harry Maguire Tahu Punca Dikritik!“Saya adalah ketua pasukan Manchester United, ianya pasti akan menjadi berita yang hangat. Saya tak peduli tentang apa yang orang cakap mengenai saya.”
Maguire berkata yang beliau sentiasa menjadi sasaran kerana itu yang boleh membuatkan pelbagai portal berita menjadi laku apabila lebih ramai orang membaca berita mengenainya.
“Jadi sebab itulah mereka melakukannya, mereka melakukannya demi klik dan perkara sewaktu dengannya.
“Saya main untuk England ketika Euro 2020 selepas mengalami kecederaan selama lapan minggu dan tidak bermain satu perlawanan pun sebelum kejohanan dan masih mampu menjadi skuad terbaik pertandingan,” kata Maguire.
Maguire kini tidak lagi menjadi pilihan di United selepas Erik ten Hag lebih mengutamakan Lisandro Martinez dan juga Raphael Varane.
Wujud kegusaran yang pemain itu akan menjadi ‘berkarat’ dan tidak mampu untuk memberikan yang terbaik seperti yang dilakukannya ketika era Ole Gunnar Solskjaer.
“Jelas sekali, pengurus memilih untuk meninggalkan saya dan pasukan mula memenangi perlawanan sejak itu.
“Saya bekerja keras di padang latihan untuk memastikan diri saya bersedia apabila peluang tiba. Itu adalah perkara yang boleh saya lakukan untuk membantu pasukan.
“Dari segi kekaratan dan perkara sebegitu, saya pasti ianya tidak akan berlaku,” ujar Maguire lagi.
Maguire beraksi bersama-sama England ketika mereka tewas 1-0 ditangan Itali dan seri 3-3 ketika bertemu Jerman pada aksi UEFA Nations League.
Dengan kekalahan itu, England jatuh ke League B selepas menduduki tangga terakhir League A.
“Semoga Kita Semua Terus Usaha Atas Iman dan Istiqomah Ke Jalan Allah,” – Aprena Manrose Kongsi Gambar Pakai Niqab
Melalui satu perkongsian daripada pelakon jelita , Aprena Manrose yang telah menjadi perhatian ramai baru – baru ini apabila dia membuat hantaran video di lamam sosial miknya tentang kehadiran dirinya ke sebuah majlis ilmu.
Aprena yang dilihat memakai jubah dan berniqab berwarna hitam di majlis tersebut yang dihadiri ramai rakan artis dan kebanyakkan mereka berniqab dan berjubah hitam dalam majlis tersebut.
Aprena juga turut meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu demi masa depan dan pengakhiran yang lebih baik.
“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.”
“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” tulisnya.
BACA INI : [VIDEO] Penampilan Dolla Yang Dikatakan Keterlaluan Dikritik Netizen
Mendapat maklumbaklas positif daripada orang ramai , rata – rata rakan artis dan pengikutnya menitipkan mendoakan agar dirinya sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dan melakukan kebaikkan.
Komen PositifMalah Aprena turut meninggalkan komen balas dengan berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dengan hijrah yang dilakukannya itu.
“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.”
“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Aprena yang mula bertudung pada tahun ini semakin menjaga cara pakaiannya dan mula bergiat dalam menghadiri pelbagai majlis agama bersama rakan dan keluarga terdekat.
Harga Minyak Dunia Telah Jatuh Mendadak
Kita sedia maklum bahawa Penurunan harga minyak tidak menunjukkan isyarat akan reda apabila penjual yang mengawal pasaran berusaha keras dalam usaha menjadikan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) serendah AS$70 setong, lapor Sputnik. Dagangan West Texas Intermediate, atau WTI diniagakan di New York, yang bertindak sebagai penanda aras minyak mentah AS, berakhir pada AS$76.71 setong semalam, susut AS$2.03, atau 2.6 peratus.
WTI jatuh 40 peratus sejak mencecah paras tertinggi sekitar AS$130 pada 7 Mac lalu, dua minggu selepas perang Russia-Ukraine tercetus. Pemangkinnya mungkin adalah asas ekonomi, namun pastinya ada sasaran terhadapnya, dan sasaran itu amat teknikal, kata Ketua Ahli Strategi Teknikal SKCharting.com, Sunil Kumar Dixit. Pada buat masa sekarang, sasaran WTI adalah AS$72 dan jika itu dilepasi, ia akan menjadi AS$63. Dengan dagangan September akan berakhir pada Jumaat ini, WTI juga susut 14 peratus setakat bulan ini.
Selain itu, ia turut menuju ke arah penurunan suku tahunan pertama sejak 2020, dengan kejatuhan sebanyak 27 peratus setakat semalam bagi tempoh Julai hingga September.Brent, penanda aras minyak global yang diniagakan di London, berakhir pada AS$84.06, susut AS$2.09, atau 2.4 peratus semalam. Sama seperti WTI, Brent juga jatuh kira-kira 40 peratus daripada kemuncak Mac pada hampir AS$140.Bagi bulan ini, Brent turun 13 peratus, manakala pada suku ketiga, ia 28 peratus lebih rendah.
Sumber: google image
Namun, Pelabur mengelak daripada risiko di seluruh pasaran apabila bank-bank pusat global, dipimpin oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, melaksanakan kenaikan kadar lebih agresif dalam tempoh 40 tahun bagi membendung inflasi. Fed telah menaikkan kadar sebanyak 300 mata tahun ini dan merancang untuk menambah 125 mata lagi pada Disember, selepas bermula hanya 25 mata pada Februari.
Tindakan bank pusat itu menyebabkan dolar melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Dolar yang lebih kukuh kebiasaannya adalah buruk bagi komoditi yang ditetapkan pada harga dolar, seperti minyak mentah, kerana ia menjadikannya lebih mahal bagi sesiapa yang menggunakan euro dan mata wang lain.
Audi RS5 Sportback Kini Berada Di Pasaran Malaysia
Dengan Rangkaian kereta Audi RS yang akhirnya sedikit demi sedikit telah memasuki Malaysia apabila Audi mengambil langkah yang betul ke hadapan dengan menyertakan model RS ‘istimewa’ mereka di bilik pameran untuk bersaing dengan model ‘istimewa’ daripada BMW dan Mercedes-Benz. Tanpa pemasangan tempatan di Malaysia, Audi menghadapi masalah untuk meyakinkan ramai pembeli premium dari bilik pameran Mercedes dan BMW. Ini kerana, kedua-dua Mercedes dan BMW mempunyai pelbagai model yang dipasang secara tempatan dan ini menyebabkan harga jualan mereka lebih rendah (pemasangan tempatan mengurangkan duti import).
Sumber: youtube
Namun, perlu diingatkan bahawa kebanyakan kenderaan Mercedes AMG (beberapa kenderaan AMG adalah pemasangan tempatan) dan kenderaan BMW M diimport sepenuhnya dan harga yang diminta di Malaysia adalah sangat hampir dengan Audi RS5 Sportback RM809k ini. Saingan paling hampir kepada RS5 Sportback ini ialah BMW M3 Competition yang dijual daripada RM664,800.
Disamping itu, saingan terdekat kepada Audi daripada Mercedes AMG ini mungkin ialah AMG GT 4 Door Coupe yang telah diperkenalkan pada tahun 2021. Kuasa Audi RS 5 Sportback terserlah di bawah bonet dengan enjin biturbo 2.9 liter V6 TFSI. Output 331 kW (450 hp) dan tork 600 Nm, anda boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.9 saat. Pacuan kepada semua roda kekal quattro dengan pembezaan sport dan tiptronic 8-kelajuan yang cemerlang dengan masa peralihan yang dioptimumkan RS5 Sportback, laju dan laju gila. Reka pengalaman pemanduan individu anda menggunakan sistem dinamik pemanduan pilihan Audi. Dan rasai penggantungan RS suspension plus dengan Dynamic Ride Control (DRC) yang memastikan Audi RS 5 Sportback anda sentiasa berada di atas jalan.
Sumber: google image
Tidak kira ia dari perspektif yang mana, watak sporty bebas Audi RS 5 Sportback mengagumkan pada pandangan pertama. Pandangan hadapannya yang tersendiri didominasi Singleframe lebar dan rata dengan gril radiator bersepadu tanpa bingkai dan salur udara besar dalam rupa sarang lebah 3D baharu, serta spoiler hadapan dengan logo quattro.
Bantuan Semester Pertama Pelajar IPT Negeri Johor
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menawarkan Skim Bantuan Zakat untuk pendaftaran pelajar IPT untuk pendidikan dalam negara.
Permohonan bantuan ini dibuka untuk anak-anak negeri Johor yang berkelayakan.
Baca juga:
Bantuan Zakat Untuk Pelajar UiTM Sesi 1 2022 / 2023Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 Hujung Tahun iniTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan dibuka bermula 1 September sehingga 30 September 2022.
Kadar Bantuan:Sijil : RM300.Diploma (semester pertama) : RM500.Ijazah Sarjana Muda (semester pertama) : RM1,000.Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah seorang anak kelahiran negeri Johor dan menetap di Johor.Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas.Pemohon mestilah bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon mestilah telah mendapat surat tawaran dari institusi pengajian tinggi tempatan.Pendapatan keluarga pemohon mestilah tidak melebihi RM500 (setiao tanggungan termasuk ketua keluarga).Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal Sistem eMAIJ (Bantuan IPT Dalam Negara).
Langkah 2: Lengkapkan borang permohonan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar permohonan.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan untuk dilampirkan bersama borang permohonan:
1 Salinan kad pengenalan pemohon.1 Salinan kad pengenalan ibu bapa pemohon.1 Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.1 Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.1 Salinan surat tawaran IPT.1 Salinan sijil akedemik.1 Salinan sijil berhenti sekolah.1 Salinan dokumen yuran pendaftaran.1 Keping gambar passport.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal eMAIJ atau hubungi di talian 07 228 2929 | 2937 | 2941 | 2926.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
