Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 74

October 3, 2022

Juara Kali Ke-9 Buat JDT!

Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan buat kali kesembilan berturut-turut susulan merekodkan kemenangan 5-0 membenam Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Idris, malam sabtu kelmarin dan akan bertemu KDA FC pada malam ini di Stadium Darul Aman.

[image error]

Pengendali pasukan Héctor Bidoglio, menurunkan kesebelasan utama namun tanpa khidmat penyerang utama, Fernando Forestieri.

Corak permainan serangan dipamerkan sejak permulaan permainan namun penjaga gol skuad Jang, Ahmad Syihan Hazmi cekap menafikan setiap peluang awal.

Sila Baca Disini : Arsenal King Of London!

Juara Kali Ke-9 Buat JDT!

Skuad kendalian K.Devan berusaha mencari ruang bagi memperoleh peluang namun saat terbaik hadir menerusi kapten pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha namun beliau berada dalam kedudukan ofsaid.

Kegagalan mereka mendahului permainan digunakan sebaik mungkin skuad tuan rumah iaitu Arif Aiman Hanapi yang memecah kebuntuan apabila meledak gol pembukaan menerusi rembatan kencang dari bahagian kanan.

Selepas menghasilkan bantuan jaringan buat jaringan pembukaan, Leandro Velazquez pula selang beberapa minit kemudian mencetak nama selaku penjaring dengan sepakan percuma beliau gagal dibaca Syihan menggandakan jaringan buat Harimau Selatan.

Jaringan ketiga JDT hadir awal pada separuh masa kedua dengan tekanan ke arah kubu pertahanan Negeri Sembilan berhasil apabila Arif bijak merampas bola sebelum menyudahkan jaringan.

Dua gol daripada Bergson Da Silva memberikan penamat yang cukup indah buat pasukan tuan rumah.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT kini mengumpul 46 mata selepas 18 perlawanan dan dipisahkan 10 mata dengan pasukan tangga kedua, Sabah FC.

Dalam aksi di Kuala Terengganu, kekalahan 2-0 Sabah FC kepada Terengganu FC memastikan kejuaraan Liga Super yang kesembilan berturut-turut buat JDT.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 20:23

Kenderaan Chery Bakal Kembali Ke Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan

Syarikat Chery International iaitu pengeluar kereta jenama Chery dan OMODA dari China telah merancang untuk kembali ke pasaran Malaysia tahun depan dengan pengurusan serta operasi yang lebih tersusun bagi memastikan bakal pelanggan baharu dan sedia ada terus menikmati perkhidmatan dan rangkaian produk terbaik. Naib Presidennya, Shawn Xu, berkata buat masa ini syarikat automotif terkemuka China yang berpangkalan di Wuhu itu memasuki peringkat akhir untuk memuktamadkan kerjasama dengan syarikat tempatan bagi menubuhkan rangkaian operasi termasuk aspek pengeluaran, jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

Namun buat masa ini, segala persiapan ke arah 100 peratus lengkap dan syarikat sedang menunggu kelulusan untuk kerajaan bagi merealisasikan kemunculan semula Chery ke pasaran Malaysia. Apabila Chery kembali ke pasaran Malaysia, Ia akan melaksanakan segala pelan pengembangan yang tersusun dan komprehensif.

Sumber: google image

Seperti dalam perancangan, semua produk untuk pasaran Malaysia adalah model pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD). Kami masih melihat potensi untuk jenama Chery berkembang di Malaysia meskipun pasaran ini antara yang paling matang di rantau ini. Yang turut serta, Pengarah Penjenamaan Chery International, Kevin Zhang dan Pengurus Pemasaran Chery Malaysia, Leo Xie. Xu berkata, sebagai pengeluar kereta paling matang dan paling penting dalam industri automotif ASEAN, Malaysia sentiasa menjadi antara pasaran strategik Chery.

Walaubagaimanapun dalam Pada masa hadapan, Chery akan mula melaksanakan pengeluaran dan CKD, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia, tetapi juga untuk mengeksport ke negara lain pada masa hadapan. Mengulas lanjut, Xu berkata, Chery bercadang membawa masuk semua model baharu mulai tahun depan dengan kemungkinan besar kenderaan utiliti sukan (SUV) OMODA 5, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro. Chery akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk kembali ke Malaysia kerana ia mahu melakukan yang terbaik bagi memastikan jenama ini kembali mekar di pasaran negara ini.

Sumber: google image

Dari aspek utama dalam melengkapkan perancangan memasuki semula pasaran Malaysia adalah untuk membina jenama yang lebih teguh, seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat negara ini terhadap produk komprehensif yang dimiliki Chery. Untuk kereta pemanduan sebelah kanan (RHD), empat model iaitu Tiggo 4, Tiggo 7, Tiggo 8 dan OMODA 5 sudah dilancarkan di Afrika Selatan. Malah untuk pasaran Indonesia dan Australia juga dilancarkan tahun lalu.

Namun, dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kami akan memiliki beberapa model RHD termasuk kereta elektrik dan kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV), yang mana Malaysia juga akan menerima kemasukan model ini berdasarkan permintaan pasaran. Ia tunggu masa yang sesuai untuk melihat potensi dan permintaan di pasaran Malaysia. Mengambil kira keperluan jualan keseluruhan, ia juga memerlukan model CKD, bukan sahaja untuk memenuhi permintaan domestik, malah akan dipertimbangkan untuk eksport.

Untuk mengulas lebih lanjut mengenai pengenalan model EV, Xu menjelaskan, Chery dijangka memiliki banyak kenderaan tenaga baharu meliputi segmen A, B, C dan D dalam tempoh dua tahun akan datang. Untuk pasaran luar negara, tahun ini kami telah melancarkan EV dan PHEV di pasaran Brazil, dan pasaran lain pula tidak lama lagi, Bagi pasaran Malaysia, ia mungkin melancarkan RHD EV tahun depan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 20:13

Jawatan Kosong Di Pembangunan Sumber Manusia Berhad – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Pembangunan Sumber Manusia Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Senior Executive (Legal)
2. Full-Stack Developer (Channel Expansion)
3. Executive
4. Manager Strategic Partnership & Collaboration
5. Manager Marketing

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 06:06

Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladangn (LPP) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladangn (LPP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 11 Oktober 2022 (Selasa)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,353.00 – RM4,005.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Pertubuhan Peladangn (LPP).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 06:01

Jawatan Kosong Di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. JURUUKUR BAHAN
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
3. PEGAWAI TADBIR
4. PEMANDU KENDERAAN

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 06 Oktober 2022 (Khamis)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,218.00 – RM 12,446.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 05:56

Arsenal King Of London!

Arsenal memperagakan permainan berkualiti dalam melakar kemenangan 3-1 dalam aksi derbi London Utara edisi ke-192 mengatasi Tottenham Hotspur saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam sabtu kelmarin.

Skuad kendalian Mikel Arteta meneruskan rentak tiga kemenangan berturut-turut apabila memastikan pertembungan bertemu kelab jiran itu memihak kepada mereka dengan jaringan terhasil menerusi Thomas Partey, Gabriel Jesus dan Granit Xhaka.

Selepas tamat rehat aksi antarabangsa, Arsenal dan Tottenham turun beraksi di Stadium Emirates dalam usaha mendapatkan kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing di kelompok teratas liga.

Sila Baca Disini : Johor Darul Ta’zim II Juara!

Arsenal King Of London!

Corak permainan di separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kubu pertahanan masing-masing dengan beberapa serangan balas yang dilancarkan oleh Tottenham hampir membenarkan mereka mendahului perlawanan.

Bagaimanapun, tuan rumah terlebih dahulu berjaya membuka jaringan selepas pemain pertahanan, Ben White melakukan hantaran kepada Partey untuk melepaskan percubaan daripada luar kotak penalti mengatasi penjaga gol, Hugo Lloris.

Ketinggalan awal tidak menjejaskan rentak permainan Spurs yang mengawal penguasaan bola melebihi 60 peratus dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Harry Kane selepas Richarlison dijatuhkan oleh pertahanan Gunners, Gabriel dan pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti.

Selepas separuh masa pertama berakhir dengan 1-1, Arsenal seakan dihembus semangat baru sejak permulaan separuh masa kedua dengan percubaan dari Bukayo Saka berjaya ditampan Lloris namun Jesus tidak melepaskan peluang untuk menggandakan jaringan buat pasukannya pada minit ke-49 menjadikan kedudukan 2-1 memihak Arsenal.

Pada ketika skuad bimbingan Antonio Conte memerlukan jaringan penyamaan, mereka terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain selepas Emerson Royal melakukan terjahan keras terhadap Gabriel Martinelli dan pengadil melayangkan kad merah menyaksikan mereka tempang untuk menamatkan perlawanan.

[image error]

Pengakhiran yang terbaik buat Arsenal disempurnakan pada minit ke-67 apabila Martinelli melakukan lorongan buat Xhaka untuk melepaskan rembatan dari jarak dekat mengatasi Lloris buat kali ketiga.

Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal terus unggul di puncak liga dengan 21 mata selepas lapan perlawanan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 03:39

BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih disasarkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan bebanan rakyat berpendapatan rendah.

Tempoh permohonan Kemaskini Maklumat Asas bagi penerima BKM 2022 yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM adalah seperti berikut:

– Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022
– Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Mohon Juga : Bantuan I-Belia: Permohonan Bantuan Belia Dibuka Buat Belia Bujang & Mahasiswa

Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut :

– Nombor Telefon Rumah.
– Nombor Telefon Bimbit.
– Alamat e-Mel.
– Maklumat Wakil.

Penerima BKM 2022 yang telah mengemukakan Permohonan Rayuan BKM boleh mengemaskini maklumat asas permohonan BKM 2022 mulai 10 Oktober 2022 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 4 iaitu pembayaran fasa terakhir Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima oleh setiap kategori termasuk rayuan.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 4

Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori?

Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut :

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150

Seperti sebelum ini, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak.

Jumlah BKM Fasa 4 Bagi Penerima Rayuan

Berikut adalah jumlah bayaran untuk Fasa 4 (Disember) yang akan diterima oleh penerima rayuan yang telah lulus rayuan pada Fasa 3 hari tersebut.

Cashout di Kaunter BSN

Penerima tunai adalah individu yang:

– Tiada akaun bank.
– Gagal kredit.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan semasa menghadiri Cawangan BSN.

Hanya wakil berdaftar sahaja dibenarkan mewakili penerima untuk tunai BKM.

Pastikan anda telah menyemak status kelulusan sebelum datang ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.

Rujuk kaedah semakan status melalui langkah di bawah.

Semakan Status

Bagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

1) Sila rujuk langkah di bawah:

Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.?utm_source=rss&utm_medium=rss

2) Klik [LOG MASUK BKM].

3) Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.

4) Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.

5) Klik Menu [Semakan Status].

6) Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.

7) Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.

8) Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.

9) Selesai.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4

Tarikh semakan status dan pengkreditan amaun akhir Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 4) adalah pada Disember 2022.

Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri / Menteri Kewangan dalam masa terdekat kelak.

Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia

Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :

– Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
– Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
– Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
– e-Mel : bkm@treasury.gov.my
– Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss
– Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html?utm_source=rss&utm_medium=rss

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 01:27

Subsidi RM5,000 Bakal Tukar Dengan Kereta Baharu

Kerajaan wajar untuk memperkenalkan subsidi pemilikan sebanyak RM5,000 kepada rakyat sebagai pertukaran kepada kenderaan baharu yang berharga di bawah RM60,000. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, berkata inisiatif yang boleh dipertimbangkan dalam Bajet 2023 itu, bukan sekadar dapat meningkatkan pemilikan kereta baharu mampu milik, malah mengurangkan jumlah kenderaan lama di jalan raya.

Kerajaan juga memperluaskan insentif kenderaan elektrik (EV) kepada segmen kenderaan hibrid dalam usaha mempercepatkan peralihan kepada kenderaan tenaga baharu itu. Langkah memperluaskan insentif kepada kenderaan hibrid elektrik (HEV), kenderaan ‘plug-in’ hibrid elektrik (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) adalah untuk memaksimumkan penggunaan yang dilengkapi teknologi baharu dan ciri memelihara alam sekitar.

Gambar sekadar hiasan

Namun, menerusi Bajet 2023, kerajaan juga dicadangkan menyediakan geran pembangunan untuk program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaburan dalam teknologi automotif baharu khususnya aktiviti yang memacu pertumbuhan industri. Komponen kritikal yang terbabit merangkumi platform kenderaan dan reka bentuk bawah badan. Reka bentuk bahagian atas badan dan pembangunan kejuruteraan, serta pembangunan tren kuasa termasuk aktiviti integrasi kejuruteraan.

Disamping itu, kerajaan juga wajar melihat kepada teknologi baharu ke arah ketersambungan pintar, pemanduan pintar dan fungsi berkaitan yang mengoptimumkan aspek keselamatan. Selaras dengan aspirasi yang termaktub dalam Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), kerajaan perlu melihat kepada aspek reka bentuk Kenderaan Tenaga Baharu dan program pembangunan kejuruteraan EV untuk pembuatan tempatan dan kenderaan hibrid, bagi pengedaran di pasaran tempatan dan eksport.

Gambar sekadar hiasan

Walaubagaimanapun, program pembangunan pendigitalan yang telah menerapkan teknologi baharu selaras dengan pertumbuhan Industri 4.0 dalam ekosistem automotif tempatan juga harus dititikberatkan dalam Bajet 2023, meliputi operasi huluan dan aktiviti perniagaan hiliran. Roslan berkata, peserta industri juga menantikan pengumuman berhubung lanjutan tempoh insentif untuk EV bagi mencapai tempoh mencukupi dalam memangkin perindustrian EV di Malaysia dan membangunkan tahap penggunaan serta pengalaman pengguna kepada EV. Melihat keperluan melanjutkan pengecualian cukai ke atas EV import sepenuhnya (CBU) sehingga Disember 2025 berbanding Disember 2023 (Bajet 2022) dan EV pemasangan tempatan (CKD) sehingga Disember 2027 (berbanding Disember 2025 dalam Bajet.

Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) iaitu Datuk Aishah Ahmad, berkata MAA berharap kerajaan dapat melanjutkan pengecualian cukai EV sehingga 10 tahun lagi dalam mempersiapkan pasaran ke arah pertumbuhan segmen kenderaan itu di Malaysia. Ia menghargai segala usaha kerajaan untuk menyokong pasaran EV tetapi menamatkan beberapa insentif semasa pada 2023 adalah terlalu awal. Ia juga memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais sepenuhnya bagi EV CBU sementara pasaran sedang bersiap sedia bagi pertumbuhan EV di Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 00:15

October 2, 2022

Johor Darul Ta’zim II Juara!

Johor Darul Ta’zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, malam tadi.

JDT II menutup saingan Liga Perdana musim ini dengan dengan 42 mata, terhasil menerusi 13 kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan. Mereka turut telah menghasilkan 38 gol dan hanya dibolosi 13 kali sepanjang saingan 18 perlawanan.

Tiada jaringan berjaya dihasilkan dalam separuh masa pertama selepas kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang seimbang, enam percubaan di separuh masa pertama daripada JDT II gagal diterjemah kepada jaringan.

Sila Baca Disini : Sia-Sia Sahaja ‘Ubi’ Muda Malaysia!

Johor Darul Ta’zim II Juara!

Jaringan pembukaan akhirnya hadir pada minit ke-49 apabila hantaran silang Daniel Ting terhasil berjaya ditanduk masuk oleh Daryl Sham.

Tiada jaringan tambahan yang terhasil membenarkan JDT II menamatkan musim yang indah dengan kemenangan sekaligus merangkul kejuaraan Liga Perdana.

Lebih manis, ia adalah Liga Perdana terakhir sebelum saingan itu ditangguhkan selepas penstruktur baharu Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang menyaksikan hanya Liga Super akan dipertandingkan.

Malah, trofi Liga Perdana itu menambahkan lagi seri dalam musim gemilang Harimau Selatan selepas skuad utama mereka menjuarai Piala FA dan bakal dinobatkan juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Kelantan FC menamatkan saingan di tempat kedua selepas mengutip 37 mata.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2022 21:29

Audi Model RS Q8 Adalah SUV Terpantas

Dalam beberapa ketika Audi begitu ‘sunyi’ daripada pasaran, Namun Audi kini telah kembali dan antara model terbaharu yang ditawarkan ialah Audi RS Q8.Model ini diedar pengedar rasminya, PHS Automotive Malaysia (PHSAM). Audi RS Q8 adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz penuh sentuhan berprestasi dan yang pertama menggunakan lencana RS.

Kini Model ini telah pun dilengkapi dengan enjin 4.0 liter biturbo V8 TFSI, ia menjana kuasa 600PS dan tork 800Nm serta mampu mencapai kelajuan daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 3.8 saat. Pernah menjadi SUV terpantas di litar Nurburgring, Jerman dua tahun berturut-turut, ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 305km/j.

Disamping itu, Enjin V8 TFSI dengan pacuan semua roda sepenuh masa quattro menerusi kotak gear lapan kelajuan serta kawalan tork roda terpilih. Ia menjadikan kelincahan dan keselamatan lebih baik termasuk ketika melewati selekoh. Audi RS Q8 juga datang dengan rekaan luaran yang sporty.

Dengan cirinya pula yang berkonsepkan oktagon dengan gril corak sarang lebah kemasan hitam berkilat. Ia juga dilengkapi radiator karbon RS, corong kemasukan udara sisi dan bilah karbon seterusnya menyerlahkan karakter atletiknya. Spoiler bumbung RS bukan sekadar gaya malah berfungsi sebagai ‘downforce’ kepada gandar belakang untuk lebih stabil pada kelajuan tinggi.

[image error]

Sumber: google image

 

Namun, ruang kabin juga tampil luas dan sporty dengan kokpit maya Audi dan paparan MMI seperti tekanan tayar, tork, kuasa, suhu, catatan masa dan ‘g-force’ serta paparan ‘head-up’ ciri grafik khas RS. Ia dilengkapi tempat duduk sport RS dibaluti kulit Valcona dengan jahitan corak sarang lebah. Kemasan kulit nappa juga membalut tuil gear, perehat tangan dan pintu.

Model Audi RS Q8 ini juga telah dilengkapi sistem komprehensif termasuk bantuan jelajah adaptif, bantuan kecekapan, bantuan di simpang, amaran penukaran lorong dan kamera 360 darjah. Sembilan pilihan warna ditawarkan terdiri daripada satu kemasan cat solid dan lapan warna metalik atau mutiara, bersama perumah cermin sisi karbon dan 11 warna Audi Exclusive. Untuk pasaran Malaysia, Audi RS Q8 dijual pada harga RM1,699,990.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2022 19:27

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.