Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 71
October 7, 2022
e-Pengeluaran KWSP Mengikut Syarat Tahun 2022
e-Pengeluaran KWSP Mengikut Syarat Tahun 2022 – e-Pengeluaran KWSP Sebenarnya anda dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan membina atau mengubahsuai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Tahukah anda terdapat banyak jenis e-Pengeluaran KWSP yang boleh anda lakukan asalkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Kami akan berkongsi dengan anda cara membuat permohonan e-Pengeluaran KWSP secara online.
Syarat untuk membuat permohonan e-Pengeluaran adalah sama seperti Ahli yang merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. Syarat kelayakan adalah mengikut syarat pengeluaran semasa dan permohonan pengeluaran tidak melebihi jumlah pengeluaran maksimum yang dibayar secara kredit terus ke Akaun Bank Simpanan / Ahli semasa atau rakan kongsi strategik KWSP.
Bagi anda yang tidak tahu, kini anda boleh membuat pengeluaran dari simpanan akaun 2 KWSP untuk perkara berikut: Pengeluaran untuk membina rumah, Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah, dan Rawatan perubatan. Selain itu, Pengeluaran untuk melengkapkan PTPTN, Pengeluaran untuk pendidikan.
Baca Sini: PENGELUARAN KWSP 2.0 : KERAJAAN DIGESA BENARKAN SEKALI LAGI
Baca Juga: BAJET 2023: Bantuan One Off Tertinggi, BKM RM 2,500 Untuk Isi Rumah 5 Orang Anak Atau Lebih
Cara Membuat Pengeluaran KWSP OnlineUntuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP bagi tujuan di atas, anda boleh melakukannya secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Mendaftar i-Account terlebih dahulu untuk menggunakan e-withdrawal.
Apabila anda telah mendaftar untuk i-Account, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat e-pengeluaran – Log masuk ke i-Akaun KWSP, Klik pada menu ‘Pengeluaran’. Kemudian klik pada ‘Permohonan Baru’.
Di bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya), Atas Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ berkaitan. Dan Klik Seterusnya dan ikuti langkah-langkah sehingga permohonan pengeluaran selesai.
Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu pergi ke KWSP untuk pengesahan cap jari. Hasil pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Sedia! Anda hanya perlu menunggu pengesahan. Setelah disahkan, wang pengeluaran yang anda minta akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Mudah kan?
Sebenarnya ingin membuat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dan sebagainya tidak akan merugikan anda. Sekurang-kurangnya apabila anda bersara anda tidak lagi berhutang dan akan mempunyai rumah sendiri.
Maklumat lanjut untuk e-Pengeluaran KWSP anda boleh layari portal rasmi di www.kwsp.gov.my?utm_source=rss&utm_medium=rss, Semoga bermanfaat!
Jualan PERODUA Hanya Sekadar Kukuh Untuk Suku Ketiga
Hasil jualan pada suku ketiga di Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hanya meningkat lima peratus kepada 69,011 unit berbanding 65,719 unit kenderaan yang telah didaftarkan pada suku sama tahun lalu, disokong rantaian bekalan automotif yang semakin baik. Menurut, Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata peningkatan pendaftaran pada suku dikaji menunjukkan kebanyakan isu utama dalam rantaian bekalan automotif telah pulih.
Namun, Kini telah tiba masanya untuk menambah baik pengeluaran kerana ia perlu mengurangkan tempoh menunggu pelanggan kami yang dihargai. Untuk perbandingan suku ke suku, pendaftaran kenderaan melonjak sebanyak 216.5 peratus berikutan sekatan yang dikenakan antara Jun hingga pertengahan Ogos tahun lalu ke atas hampir semua aktiviti ekonomi di negara ini bagi mengekang peningkatan kes COVID-19. Antara Julai dan September 2021, PERODUA hanya menjual sebanyak 21,803 unit. Bagi tempoh sembilan bulan, jualan PERODUA meningkat 64.9 peratus kepada 196,354 berbanding 119,093 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Gambar sekadar hiasan
Disamping itu, bagi perbandingan pada bulan ke bulan, jumlah pendaftaran kenderaan Perodua sedikit susut iaitu 5.43 peratus kepada 24,626 unit pada September berbanding 26,039 unit yang didaftarkan pada Ogos 2022 sebagai sebahagian daripada pelan memaksimumkan pendaftaran kenderaan syarikat kereta kompak itu pada suku keempat tahun ini.Buat masa ini, ia akan memberi fokus untuk meningkatkan momentumke suku keempat tahun ini serta memaksimumkan pengeluaran pada suku pertama tahun depan bagi memastikan semua pelanggan yang telah menempah kenderaan Perodua mereka dalam tempoh pengecualian cukai jualan akan menerima kereta mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023. Setakat 30 Jun 2022, bilangan tempahan tertunggak yang layak menikmati pengecualian cukai jualan adalah melebihi 200,000 pesanan.
Kerajaan Telah Bagi Cadangan Untuk Beri Galakan Kepada Cukai Sewaan EV
Kerajaan telah mencadangkan bahawa jumlah maksimum amaun sewaan kenderaan elektrik (EV) yang telah dibenarkan untuk potongan cukai dihadkan sehingga RM300,000 bagi menggalakkan penggunaan kenderaan rendah karbon, menurut Kementerian Kewangan (MOF). Berdasarkan lampiran Bajet 2023 yang dikeluarkan pada Jumaat, MOF menjelaskan, bagi kedudukan semasa, syarikat yang menyewa kenderaan bermotor bukan komersial diberi potongan cukai di bawah Seksyen 39(1)(k), Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu jumlah maksimum amauns ewaan yang dibenarkan potongan cukai dihadkan sehingga RM100,000 untuk kos kenderaan tidak melebihi RM150,000.
Namun menurutnya juga, cadangan bagi tarikh telah kuatkuasa adalah mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2025 berbanding layanan cukai ini yang berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2002. Ia turut mencadangkan agar galakan cukai diberikan kepada pengilang peralatan pengecasan untuk EV. Untuk terus melengkapkan ekosistem EV dan menarik pelaburan segera bernilai tinggi dalam pengilangan peralatan pengecasan EV, dicadangkan galakan cukai yang meliputi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032.
Selain itu juga, menurut MOF, syarikat yang membuat pelaburan awal layak menikmati tempoh pengecualian cukai sehingga 10 tahun. Syarikat yang membuat pelaburan selepas tahun taksiran 2023 pula, layak menikmati baki tempoh pengecualian sahaja atau elaun cukai pelaburan (ECP) sebanyak 100 peratus untuk tempoh lima tahun serta boleh ditolak sehingga 100 peratus daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran.
Gambar sekadar hiasan
Menurut MOF juga, tarikh kuatkuasa yang telah dicadangkan bagi permohonan yang diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia adalah mulai 8 Okt, 2022 hingga 31 Disember 2025. MOF telah menjelaskan bahawa Malaysia sedang giat mewujudkan ekosistem mobiliti elektrik selari dengan Dasar Automotif Nasional 2020 dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021 hingga 2030. Bagi meluaskan jaringan infrastruktur peralatan pengecasan, adalah penting untuk memastikan produk berkenaan dapat dihasilkan dalam negara dengan kos yang kompetitif.
Ia juga turut menyarankan agar lanjutan pengecualian duti import dan duti eksais ke atas kenderaan elektrik CBU (model diimport sepenuhnya). Bagi menggalakkan permintaan domestik terhadap EV selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon, Pelan Hala Tuju EV dan Dasar Automotif Nasional 2020 serta mengambil kira kekurangan cip kenderaan yang menjadi isu global semasa, pengecualian duti import dan duti eksais sepenuhnya dicadangkan ke atas EV jenis CBU import dilanjutkan untuk tempoh setahun.
Disamping itu, bagi mengiktiraf aktiviti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) sebagai sumber baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan mencapai pelepasan gas rumah kaca sifar bersih, turut disarankan adalah galakan cukai bagi syarikat yang melaksanakan aktiviti CCS (dalaman) termasuk ECP sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 10 tahun.
PENGELUARAN KWSP 2.0 : KERAJAAN DIGESA BENARKAN SEKALI LAGI
Kerajaan digesa sekali lagi membenarkan pelepasan KWSP 2.0 sebanyak RM10,000 dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini. Rayuan itu turut dinyatakan menerusi media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr Mohamad Idham Md.Razak berkata, masih ramai yang berharap pengeluaran KWSP dibenarkan walaupun mendapat tentangan segelintir pihak.
Kerajaan perlu memikirkan beban yang ditanggung rakyat selepas menaikkan OPR tiga kali berturut-turut daripada 1.75 kepada 2.25 peratus selain inflasi yang mereka hadapi membawa kepada peningkatan kos sara hidup.
Memang benar mereka yang terjejas memerlukan (pengeluaran one-off KWSP) kerana itu adalah wang mereka yang bekerja dan dalam keadaan terdesak. Mereka fikir ia adalah alternatif untuk mereka menampung perbelanjaan.
Kini inflasi semakin meningkat dan kita lihat hutang isi rumah juga semakin meningkat akibat terbeban dari segi pinjaman akibat kenaikan OPR yang dikenakan oleh pihak bank.
Dengan pengeluaran khas ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara kerana orang ramai akan mula membeli apabila ada aliran tunai, sekali gus memberi kesan positif kepada kitaran ekonomi.
Dengan membuat pengeluaran khas untuk golongan tersebut (sebahagian atau keseluruhan simpanan KWSP), ia boleh digunakan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka atau untuk tujuan tertentu seperti menunaikan haji.
Simpanan KWSP adalah hak milik pencarum dan sewajarnya ahli yang tidak aktif juga dibenarkan mengeluarkan wang tersebut terutama untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana mereka tiada pilihan lain selain bergantung kepada simpanan KWSP.
Sebelum ini, KWSP membenarkan kemudahan pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik C0VID-19.
Kerajaan juga perlu mengambil inisiatif tambahan dengan mewujudkan kempen perbelanjaan berhemat menggunakan wang KWSP sekiranya pengeluaran one-off dibenarkan semula.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengeluaran KWSP 2.0 dalam bajet 2023 dilihat hanya memberi manfaat besar kepada kumpulan T20 dan beberapa M40.
Kebanyakan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat tersebut kerana data KWSP menunjukkan majoriti pencarum khususnya orang Melayu tidak mempunyai simpanan yang mencukupi di dalam KWSP mereka.
Kerajaan harus memberi tumpuan untuk meningkatkan jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih teratur dan bukan secara sekali sahaja.
Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat di mana mereka boleh ditukar dengan keperluan asas setiap bulan.
Peniaga akan mengutip e-baucar ini dan menebus dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat.
Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan tersebut tidak digunakan untuk tujuan lain dan kerajaan tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah.
BAJET 2023: Bantuan One Off Tertinggi, BKM RM 2,500 Untuk Isi Rumah 5 Orang Anak Atau Lebih
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dalam pembentangan bajet 2023 sebentar tadi telah mengumumkan akan menambah baik Bantuan Kewangan Bermula RM2, 500 kepada isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih.
Manakala bagi golongan isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 dan menanggung anak satu hingga empat orang anak pula akan menerima bantuan BKM dari RM1,000 hingga RM2,000.
Selian itu, bagi individu bujang pula termasuk warga emas yang tiada pasangan, masing-masing akan menerima bantuan BKM berjumlah RM600 dan RM350 bergantung kepada pendapatan bulanan mereka.
Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid tanpa melihat pendapatan ibu bapa mereka. Lebih menggembirakan semua murid, kadar bantuan itu juga turut dinaikkan kepada RM150 dari RM100 sebelum ini.
RM2500
Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 7, 2022
Mohon Bantuan : Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia RM2000 – RM5000
Jawatan Kosong Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. INFORMATION TECHNOLOGY OFFICER (GRADE F41)
2. ASSISTANT INFORMATION TECHNOLOGY OFFICER (GRADE FA29)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
October 6, 2022
Ranking Malaysia Naik Lagi!
Kemas kini terbaharu ranking FIFA telah dikeluarkan semalam, Malaysia berada di tangga 146 dunia, berjaya naik 2 anak tangga berbanding 148 pada kemas kini sebelumnya pada 25 Ogos lalu.
Perubahan kedudukan ranking itu berlaku selepas Harimau Malaya mencatat dua keputusan seri dalam kejohanan jemputan Kings Cup 2022 yang berlangsung pada bulan lepas.
Semua keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut tersebut memberi pulangan mata ranking FIFA kerana diiktiraf sebagai Persahabatan Antarabangsa Tier 1.
Sila Baca Disini : Akhirnya Chelsea Menang Aksi UCL!
Ranking Malaysia Naik Lagi!
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu menewaskan Thailand (ranking 111) pada 22 September lepas menerusi penentuan sepakan penalti (5-3) selepas terikat 1-1 dalam 90 minit perlawanan.
Berdasarkan perkongsian daripada laman sesawang Footy Rankings, keputusan tersebut sekaligus memberikan tambahan mata sebanyak 3.57 dalam ranking FIFA dan membantu naikkan satu anak tangga.
Pada perlawanan kedua, Malaysia sekali lagi catat keputusan seri tanpa jaringan dengan Tajikistan yang berada di ranking 109 dunia namun tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia memperolehi tambahan mata sebanyak 1.16 dan secara keseluruhan mengutip 4.73 mata selepas tamat kejohanan King’s Cup 2022.
Untuk pengetahuan anda, tambahan mata setiap perlawanan yang diiktiraf oleh FIFA berbeza jika ia berakhir dengan penentuan sepakan penalti. Pengiraan mata untuk keputusan menang tanpa penalti (weightage 1.0) manakala menang menerusi penalti (weightage 0.75).
Berdasarkan jumlah ini, Malaysia yang kini berada di ranking 146 dunia mengumpulkan 1062 mata mengatasi negara Asia seperti Kuwait, Indonesia, Maldives dan Yemen.
Mereka masih berpeluang memintas Hong Kong jika konsisten mencatat kemenangan dalam perlawanan antarabangsa yang akan datang.
Kedudukan ranking ini penting untuk menentukan pot undian rasmi Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung nanti. Malaysia memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk naikkan mata ranking FIFA walaupun peluang ke pot lebih baik agak tipis.
Akhirnya Chelsea Menang Aksi UCL!
Chelsea meraih kemenangan sulung dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2022/23 selepas menundukkan AC Milan 3-0 pada aksi ketiga kumpulan E yang berlangsung di Stamford Bridge, semalam.
Kemenangan itu hadir tepat pada masanya kerana Chelsea hanya mengutip satu mata pada dua aksi terakhir susulan kekalahan 0-1 ditangan Dinamo Zagreb dan seri bertemu RB Salzburg 1-1.
Tuan rumah hampir berada dihadapan seawal minit kelima, namun percubaan ‘placing’ cantik dilakukan Mason Mount dari luar kawasan penalti selepas menerima umpanan Pierre-Emerick Aubameyang diselamatkan penjaga gol, Ciprian Tatarusanu.
Sila Baca Disini : Layak Atau Tidak Untuk United?
Akhirnya Chelsea Menang Aksi UCL!Minit ke-22 menyaksikan Tatarusanu bertindak cemerlang dalam menafikan tandukan Thiago Silva yang menerima hantaran baik daripada Mason Mount.
Kehampaan tersebut ditebus Wesley Fofana berselang dua minit kemudian setelah pertahanan tengah itu mengambil kesempatan di atas keadaan kelam-kabut ketika situasi sepakan penjuru untuk gol pertama The Blues.
Ia juga merupakan gol sulung dihasilkan oleh beliau buat Chelsea selepas menyertai kelab London itu pada jendela perpindahan musim panas lalu.
Mount hampir menambah jaringan pada minit ke-33 tetapi gol itu dibatalkan kerana Aubameyang yang memulakan gerakan tersebut berada dalam kedudukan ofsaid.
Satu-satunya percubaan tepat yang dimiliki oleh AC Milan adalah pada masa kecederaan babak pertama apabila gerakan lincah Rafael Leao memberikan ruang buat Charles De Ketelaere untuk melakukan rembatan dari jarak dekat.
Bagaimanapun, Kepa Arrizabalaga tenang menafikan percubaan jarak dekat itu manakala rembatan susulan daripada Rade Krunic pula sekadar meliar melewati palang gol.
Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan, Chelsea menambah gol kedua pada minit ke-56 menerusi Aubameyang yang mudah menguis masuk bola susulan hantaran lintang berkualiti daripada Reece James.
Ini merupakan gol kedua buat Aubameyang selepas beliau turut menemui sentuhan jaringan pada pertemuan liga menentang Crystal Palace, minggu lalu.
Kemudiannya, giliran James sendiri meledakkan rembatan jarak dekat selepas menerima lorongan Raheem Sterling untuk memastikan kemenangan 3-0 buat Chelsea.
Dengan kemenangan ini, Chelsea dan AC Milan terikat dengan empat mata tetapi skuad kendalian Graham Potter itu memiliki kelebihan defisit jaringan untuk menduduki tempat kedua, kekurangan satu mata berbanding pendahulu kumpulan, RB Salzburg.
Layak Atau Tidak Untuk United?
Walaupun Manchester United berjaya mempamerkan aksi dengan sangat cemerlang pada awal musim ini, statistik semasa setakat ini nyata tidak memihak kepada pasukan tersebut untuk berpeluang meraih gelaran juara English Premier League (EPL).
United pada awal musim ini telah mempamerkan aksi yang sangat memberansangkan bersama pengurus baharu mereka, Erik Ten Hag menerusi keputusan dalam carta liga.
Bersama Ten Hag, United kini telah pun meraih 12 mata keseluruhan dalam carta liga menerusi enam perlawanan dihadapi mereka termasuk mencatat kemenangan atasi Liverpool dan Arsenal.
Sila Baca Disini : Tahniah Kuala Lumpur City FC!
Layak Atau Tidak Untuk United?Ketika ini, The Red Devils hanya ketinggalan enam mata sahaja berbanding pendahulu carta liga, Arsenal yang jelas agak konsisten pada awal musim.
Ten Hag berpeluang untuk merapatkan jurang mata bersama pasukan-pasukan di atas mereka ketika sekiranya mereka mampu menewaskan Manchester City pada perlawanan seterusnya, tapi sebaliknya terjadi apabila tewas 6-3 keatas Man City di Stadium Etihad.
Jika berjaya mencatat kemenangan tersebut, United bakal terus merapatkan kedudukan mata mereka untuk terus mendaki kedudukan lebih baik dalam carta liga.
Di sebalik mempamerkan aksi yang sangat memberangsangkan dalam persaingan liga, United dikhabarkan mungkin tidak dapat untuk terus mencabar kejuaraan liga musim ini menerusi kebarangkalian dibuat oleh laman FiveThirtyEight.
Menurut laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, United hanya diberikan peluang sebanyak 1% sahaja untuk menjuarai EPL musim ini bersama Ten Hag di Old Trafford.
Jumlah tersebut sama dengan peluang mereka untuk menjerumus ke dasar liga bersama tiga pasukan tercorot musim ini.
Statistik lain menunjukkan City masih lagi menjadi pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan apabila pasukan tersebut mempunyai 66% peluang untuk memenangi trofi saingan liga.
Segala perkiraan statistik tersebut dibuat berdasarkan daripada beberapa laman bola sepak iaitu ESPN, Opta, dan Engsoccerdata GitHub.
FiveThirtyEight juga meramalkan pasukan kendalian Jurgen Klopp iaitu Liverpool bakal menjadi naib juara pada musim ini dengan dengan kadar peluang 15% serta Arsenal di tangga ketiga.
Di tangga keempat dengan 25% peluang yang diperoleh menerusi kajian data dibuat, ia menjadi milik pasukan kendalian Ten Hag untuk menamatkan cabaran liga musim ini.
Sementara itu kajian yang dibuat keatas pasukan penyingkiran liga musim ini nyata menjadi milik Nottingham Forrest, dengan data menunjukkan kelab tersebut mempunyai peluang sebanyak 68%.
Ia turut diikuti dengan pendatang baharu musim ini, Bournemoth dengan mengutip 48% serta terakhir ialah Leicester City yang jelas masih lagi mencari-cari rentak terbaik mereka.
Jawatan Kosong Di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI SAINS GRED C41
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 18 Oktober 2022 (Selasa)Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM2,317.00 – RM9,620.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
