Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 69
October 10, 2022
Piala EPL Tampak Kelam Buat Klopp!
Jurgen Klopp mengakui trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) makin samar buat Liverpool selepas mereka tumbang kepada Arsenal 3-2 dalam aksi liga.
Dua kali kebangkitan pelawat menjadi sia-sia selepas sepakan penalti Bukayo Saka menjadi pemisah kedua-dua pasukan dalam pertembungan di Stadium Emirates.
Kejayaan itu menyaksikan The Gunners kembali menerajui EPL manakala jurang 14 mata meletakkan Liverpool di tangga ke-10 sekaligus meresahkan penyokongnya.
Sila Baca Disini : Ranking Malaysia Naik Lagi!
Piala EPL Tampak Kelam Buat Klopp!Senario itu sama sekali berubah setelah mereka muncul naib juara musim lalu, lantas Klopp mengakui perjuangan mereka untuk mengulangi kejayaan 2021 tampak makin sukar.
“Kami tidak berada dalam perebutan kejuaraan. Adalah naif untuk duduk di sini dan memikirkan bahawa kami menghampirinya,” katanya dipetik dari laman Thisisanfield.
“Kami berdepan masalah ketika ini tetapi sudah tentu, Arsenal dalam prestasi terbaik, pendahulu liga tetapi kami mempunyai masalah lebih besar dalam pasukan.
“Saya fikir walaupun kami dalam keadaan yang sangat teruk, terdapat masalah sebenar dan itulah hakikat yang kami sedang hadapi dan harus telan.”
Dalam masa sama, pengurus Liverpool itu percaya pemilihan pemain serta taktikalnya apabila beliau terpaksa mengeluarkan Joel Matip dan menggantikan dengan Ibrahima Konate.
“Saya rasa gol yang kami bolosi tiada kaitan dengan taktikal serta cara kami bermain,” kata Klopp.
“Adakah saya mempunyai kebimbangan yang lebih besar? Ya, sudah tentu saya tidak gembira, bagaimana saya boleh bergembira dengan apa yang terjadi?
“Kami berada dalam detik yang sukar dan kami mahu melaluinya bersama-sama. Itu yang kami usahakan dan cuba untuk kembalikan dalam pasukan.”
Malaysia Antara Jalan Raya Paling Terburuk Dan Bahaya
Hasil dari kualiti jalan raya di Malaysia yang menurun lebih 5 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, dengan jumlah kematian jalan raya direkod kedua tertinggi dunia, 22.76 bagi setiap 100,000 orang. Selain Malaysia, terdapat negara lain iaitu Kuwait disenarai negara yang mempunyai jalan raya terburuk dunia diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.
Namun, menurut laporan kajian bertajuk ‘Worst and Best Roads US and International Ranking’ yang dijalankan firma pendidikan pemandu, Zutobi Malaysia disenarai pada kedudukan ke-12 terbawah dalam kalangan 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk. Menurut kaji selidik itu, selain memiliki jalan terburuk Kuwait juga mempunyai jumlah kematian jalan raya ketiga tertinggi bagi setiap 100,000 orang iaitu hampir 19.
Sumber: google image
Terdapat kajian menganalisis keseluruhan 59 negara itu memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan 3.32 daripada 10 berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya. Data sama menyenaraikan Singapura sebagai negara yang merekodkan skor keseluruhan tertinggi kualiti jalan raya iaitu 9.44 daripada 10.
Disamping itu, Singapura juga dilapor merekodkan kadar kematian jalan raya paling sedikit iaitu 1.69 bagi setiap 100,000. Selain Singapura, empat lagi negara yang mencatatkan skor kualiti jalan raya paling tinggi ialah Belanda dengan 8.62 daripada 10, diikuti Switzerland (8.58 peratus), Japan (8.41) dan Denmark (7.59).
Sumber: google image
Menurut, Laporan Zutobi berasingan yang diterbitkan pada Mei meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berbahaya untuk memandu bersama Thailand, India, Argentina, AS dan Afrika Selatan. Malaysia mempunyai bilangan kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol iaitu hanya 0.1 peratus, walaupun antara yang menetapkan peratusan had kepekatan alkohol dalam darah yang dibenarkan paling longgar untuk pemandu iaitu 0.08 peratus.
Kereta James Bond Dilelong Dengan Harga Yang Cukup Gila
Terdapat sebuah kenderaan replika iaitu kereta stunt Aston Martin DB5 dari filem terbaharu telah pun dilelong dengan harga yang paling gila. Filem James Bond terbaharu, No Time To Die telah menampilkan kereta stunt replika iaitu DB5 bersama Aston Martin V8 1981 dan Aston Martin DBS Superleggera 007 Edition.
Sumber: google image
Namun,ketiga-tiganya telah pun dilelong untuk tujuan amal yang telah mengumpulkan lebih £3.5 juta secara kolektif. Kereta aksi DB5 sahaja mengutip £2,922,000 manakala V8 dan DBS Superleggera masing-masing berjaya mengutip £630,000 dan £403,200.
Sumber: google image
Disamping itu, Kereta stunt replika Aston Martin DB5 telah pun disumbangkan oleh Aston Martin Lagonda, yang telah membinanya dengan secara eksklusif untuk filem itu. Ia mempunyai plat nombor digital berputar, lampu depan yang boleh dimasuk ke dalam, mesingan pop-up dan prop penembak bom.
KWSP 2.0 Tiada Dalam Belanjawan, Rakyat Kecewa
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini telah mengumumkan Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu. Pelbagai bantuan dan insentif yang akan memanfaatkan ramai golongan B40 dan M40.
Bajet 2023Bagaimanapun, pada pembentangan 2023 kali ini, kerajaan tidak menyentuh sama sekali mengenai pengeluaran khas KWSP 2.0.
Ini dapat dilihat daripada luahan pengguna media sosial yang merungut mengenai pengeluaran khas KWSP 2.0 yang dinanti-nantikan, terdapat komen sebilangan besar daripada mereka yang meluahkan rasa tidak puas hati.
Sila lihat video di bawah :
Pembubaran Parlimen
@jannahtulainjaafar91 Kerajaan kena fikir masalah RAKYAT bukan fikir hari Tua mereka. #fyp #tiktokmalaysia #wrn #wakilrakyatnetizen #foryoupage ♬ original sound – WAKIL RAKYAT NETIZEN OFFICIALL
Ada juga yang tidak mahu keluar mengundi semasa pilihan raya umum akan datang, berikutan ketiadaan pengeluaran khas KWSP yang mereka harapkan.
Adakah kerajaan perlu mengkaji lagi isu pengeluaran khas KWSP 2.0?
Sila join group KWSP FB di sini di mana anda boleh sertai komuniti netizen yang inginkan pengeluaran ini dilaksanakan secepat mungkin.
BKM 2023: Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang !
BKM 2023: Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang. Bantuan Keluarga Malaysia untuk 2023 akan menyediakan bantuan sekali sahaja TERTINGGI untuk isi rumah yang mempunyai lima anak atau lebih dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.
Bagi isi rumah yang mempunyai sehingga empat orang anak, layak menerima BKM antara RM1,000 dan RM2,000
Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 dan RM1,250 bergantung kepada bilangan anak
Mohon juga : BKM 2023: Kadar Baharu Bantuan Keluarga Malaysia 2023 ¬ Semak Kelayakkan Anda Sekarang !
Semak juga : Cara Mencarum KWSP Sendiri~ Semak Kelayakkan Anda Sekarang!
Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam #Bajet2023 baru-baru ini
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)
i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : Lebih 5 Anak
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500
Rangkuman Fokus Bajet 2023FOKUS PERTAMABagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
Menjaga Kebajikan RakyatMengutamakan Keluarga MalaysiaMembina Kehidupan KondusifFOKUS KEDUASelepas aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 ialah Kesinambungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
Mempermudah Aktiviti PerniagaanMerancak Pelaburan dan PerdaganganMenyokong Industri TumpuanFOKUS KETIGABagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan HasilMeneruskan Projek Infrastruktur NegaraMengungguli Agenda KelestarianFOKUS KEEMPATBajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
Memperkukuh Perkhidmatan UtamaMembina Daya Tahan NegaraPenyampaian Perkhidmatan Awam TerbaikOctober 9, 2022
Akhirnya Teka-Teki Pengganti Nabil Terjawab… Sherry Alhadad Jadi Pilihan, Bergabung Pula Dengan Kak Lina
Apakah itu Overdrive?
Untuk anda yang memandu kereta bertransmisi automatik, selain butang biasa yang ditekan semasa mengalih posisi gear, pasti perasan terdapat satu lagi butang overdrive di tepi tombol gear. Ya, itu ialah butang Overdrive (O/D). Biasanya butang ini lebih kecil dan terletak di posisi lebih bawah dari butang penukaran biasa.
Sumber: google image
Namun, adakah anda tahu ke apakah itu sebenarnya Overdrive? Dan bila patut kita gunakannya?
Disamping itu, Overdrive mungkin kedengaran seperti ganas, laju dan hebat, tetapi ia bukanlah seperti yang disangka. Ia satu fungsi berguna untuk meningkatkan prestasi enjin dan memanjangkan jangka hayat komponen drivetrain, tetapi bukanlah begitu mengujakan sangat. Overdrive sebenarnya hanyalah gear tertinggi dalam transmisi kereta anda. Jika anda memandu Proton Wira automatik, kereta itu mempunyai 3-kelajuan dan Overdrive ialah gear 3.
Kalau anda memandu Perodua Myvi, Perodua Axia, atau Toyota Vios generasi awal dan lain-lain, model-model ini mempunyai 4-kelajuan, maka OD ialah gear 4. Semudah itu. Overdrive atau gear tertinggi ini hanyalah berfungsi mengurangkan stres dan tekanan kepada enjin, transmisi dan drivetrain secara keseluruhannya apabila meluncur di kelajuan tinggi. Ia memberikan nisbah gear terbaik untuk meluncur di lebuhraya yang rata dan pada kelajuan tetap.
Selain itu, Overdrive mengurangkan penggunaan bahan api semasa meluncur. Ala, kalau anda pandu dengan transmisi manual, anda pasti gunakan gear tertinggi 5 atau 6 jika meluncur di lebuhraya, bukan? Ada juga kereta lebih berkuasa dan lebih moden yang mempunyai 6 malah 8 kelajuan untuk transmisi automatik mereka, tetapi tiada butang OD kerana transmisi itu lebih canggih dan mempunyai onboard computeryang cukup bijak untuk mengawal semua kelajuan transmisi.
Sumber: google image
Bagaimana sebenarnya Overdrive ini berfungsi?Walaubagaimanapun, Tekan butangnya adalah bermakna OD Off dan akan ada penunjuk di papan pemuka menyala, bila tekan sekali dan butang dilepaskan, lampu penunjuk OD Off terpadam. OD Off ialah transmisi menyahaktifkan fungsi Overdrive, bermakna kereta tidak akan pergi ke gear paling tinggi. Sebagai contoh jika Myvi anda mempunyai 4-kelajuan, ia akan menukar ke gear 1, 2 dan 3 sahaja, dan tidak akan masuk ke gear 4. Secara default, transmisi kereta akan berada pada OD On dan anda patut biarkan sahaja dalam kedudukan ini untuk kebanyakan keadaan.
Namun, Bilakah nak guna butang Overdrive ini?Namun, ia sama seperti anda memandu kenderaan dengan transmisi manual, anda akan menukar dari gear 5 kepada gear 4 ketika mahu memotong, mendaki bukit atau menuruni bukit secara berpanjangan. Begitu juga konsepnya dengan Overdrive. Anda boleh menekan butang itu untuk masuk ke mod OD Off, dan kereta tidak akan pergi ke gear tertinggi. Maka, akan ada downshiftyang berguna untuk situasi-situasi pemanduan seperti disebut di atas.
Walaupun Kereta juga akan kekal di gear 3 (jika kotak gear mempunyai 4 kelajuan) dan menuruni bukit dalam kelajuan 60 hingga 80 km/j dengan OD Off akan membuatkan kereta rasa lebih terkawal, brek enjin mengawal kelajuan kenderaan agar tidak bertambah terlalu mendadak, dan anda juga dapat menjimatkan pelapik brek. Tetapi walaupun untuk memotong atau menuruni bukit, jika anda berada di kelajuan yang lebih rendah, bawah 50 km/j misalnya, tidak perlulah mengaktifkan OD Off kerana secara logik, pada kelajuan itu kereta mungkin belum masuk ke gear 4.Untuk pemandu yang lebih cekap, Overdrive juga boleh digunakan sebelum memasuki selekoh (bergantung kepada kelajuan) untuk turun dahulu ke gear lebih rendah sebelum selekoh. Ini kerana transmisi automatik biasa hanya akan turun gear apabila pedal minyak ditekan semasa keluar selekoh.
Ia Mudah sajakan? Ia hanyalah fungsi mengaktifkan atau menyahaktifkan penggunaan gear tertinggi. Selepas ini kalau kawan anda sembang kencang mengatakan Overdrive itu seperti turbo atau boosttambahan, anda boleh “basuh” dia dengan semua fakta dan keterangan di atas.
BKM 2023: Kadar Baharu Bantuan Keluarga Malaysia 2023 ¬ Semak Kelayakkan Anda Sekarang !
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada 2023. Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) dalam sidang Dewan Rakyat.
Bagi tahun 2023, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga RM2,500 akan dilaksanakan, iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat COVID-19.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.
Mohon juga : BKM 2023: Kadar Baharu Bantuan Keluarga Malaysia 2023 ¬ Semak Kelayakkan Anda Sekarang !
Cara Cara : Cara Mencarum KWSP Sendiri~ Semak Kelayakkan Anda Sekarang!
Mohon juga : Cara Memohon Bantuan Kewangan RM480 Setahun Dari Insenstif Khas KWSP ~ Semak Kelayakkan Anda Segera !
Apa itu BKM 2023?BKM 2023 ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.
Kategori dan Jumlah BantuanBerikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2023.
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulanRM2,500 : Lebih 5 AnakRM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
Dijangkakan permohonan baharu dan kemaskini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka pada awal tahun hadapan melalui laman berikut;
https://bkm.hasil.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss
Pengumuman rasmi akan dimaklumkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu BKM?Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2023 adalah seperti berikut:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); sertaBerpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atauBerpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.Cara membuat Permohonan BKM 2023?Buat masa ini, Kerajaan belum lagi memaklumkan tentang permohonan BKM 2023 memandangkan ia baharu sahaja dibentangkan dalam Bajet 2023.
Namun, jika dilihat kepada BKM 2022, cara permohonan adalah sebagaimana berikut;
Permohonan Secara Dalam Talian Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my?utm_source=rss&utm_medium=rss; atauAplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbitPermohonan Melalui Borang Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:Portal Rasmi BKM LHDNM; atauCawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNMAdakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BKM 2023 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BKM 2022?Jika semakan permohonan pada portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, anda tidak perlu mengemas kini maklumat BKM 2023. Namun, sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.
Pembentangan Bajet 2023Bajet 2023 adalah kesinambungan usaha kerajaan untuk memulihkan dan menstabilkan ekonomi dengan pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam memenuhi keperluan rakyat dan perniagaan, serta memacu pertumbuhan sosio-ekonomi yang mampan.
Tema yang dipilih untuk bajet 2023 ialah “Keluarga Malaysia, Sejahtera Bersama”, dan ia berdasarkan empat (4) fokus iaitu:
Kesejahteraan RakyatKelangsungan PerniagaanKemakmuran EkonomiKecekapan Perkhidmatan KerajaanBajet 2023 ini amat penting untuk #KeluargaMalaysia dalam usaha kerajaan menangani inflasi dan pemulihan ekonomi ke arah kesejahteraan rakyat.
Belanjawan inklusif ini juga akan memastikan kesejahteraan, kesinambungan perniagaan dan pemulihan ekonomi kita semua.
Semoga dengan pengumuman BKM 2023 ini dapat membantu memulihkan ekonomi keluarga Malaysia di bandar dan luar bandar yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dalam era pasca pandemik Covid-19.
Soalan Lazim Bantuan Keluarga MalaysiaApa itu Bantuan Keluarga Malaysia?
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Berapa Jumlah Bayaran BKM 2023?
RM350 hingga RM3000 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bilakah Permohonan Baharu dibuka?
Dijangkakan awal tahun hadapan. Kerajaan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BKM 2023 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BKM 2022?
Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2023. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu.
Betul Ke Harga Kereta Perodua Kelisa Semakin Demand?
Telah ramai sebenarnya di kalangan peminat kereta yang mendakwa bahawa harga kereta Perodua Kelisa semakin ‘demand’ dan tidak banyak dijual di pusat jualan kenderaan yang terpakai. Namun, hasil tinjauan di dekat beberapa laman sosial kelab kereta yang mendapati bahawa harga Perodua Kelisa semakin meningkat naik dan sukar untuk mendapatkan kereta tersebut di bawah harga RM10,000 ketika ini. Di bahagian komen mereka mendakwa harga kereta kompak itu semakin mahal kerana sesuai digunakan di kampung mahupun bandar.
Sumber: google image
Disamping itu, selain daripada jimat minyak ia juga sebenarnya mudah parkir, alat ganti murah, serta casis badan yang lebih tegap dan kukuh berbanding model pengganti iaitu Perodua Viva mahupun Perodua Axia. Dakwa pengguna lagi, kebanyakan alat ganti Kelisa senang diperolehi, murah dan banyak kedai potong (halfcut) menjualnya.
Memang tidak hairanlah kereta yang digelar sebagai ‘Mini Cooper’ Malaysia ini semakin laku keras di pasaran pada ketika ini. Berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan itu, seorang pengguna dikenali sebagai Abu K-car juga berkata, dia telah menggunakan kereta tersebut hampir 10 tahun. Kereta itu langsung tidak pernah mendatangkan banyak masalah kepadanya dan hanya perlu selenggara mengikut jadual yang ditetapkan.
Cara Mencarum KWSP Sendiri~ Semak Kelayakkan Anda Sekarang!
Cara Mencarum Sendiri Kepada KWSP – Tahukah anda? Kini anda boleh mencarum sendiri kepada KWSP walaupun menganggur atau bekerja sendiri dan di sini kami kongsikan cara mencarum.
Cara Mencarum KWSP Melalui Maybank2USebelum memohon, pastikan anda mempunyai butiran berikut: No. Ahli KWSP, Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh serta Mempunyai Maybank2U dan Mempunyai baki dalam akaun (tiada jumlah minimum, had maksimum RM60,000 Setahun).
Berikut ialah cara untuk menyumbang melalui Maybank2U:
Kemudian pilih “Self Contribution” untuk jenis akaun. Isikan maklumat yang diperlukan seperti No. Ahli KWSP, Nama dan No. Kad Pengenalan.
-Untuk buatkan ianya dibayar secara bulanan, tandakan butang “Set Recurring” dan klik “Pay”
Sekian Terima Kasih ! Jangan Lupa Share Kepada Group Dan Juga Saudara Mara.
Mohon juga : Cara Memohon Bantuan Kewangan RM480 Setahun Dari Insenstif Khas KWSP ~ Semak Kelayakkan Anda Segera !
Semak juga : TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500 SEMAK DI LINK KELAYAKAN ANDA!
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
