Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 65

October 16, 2022

PJ City Komited Mahu Tewaskan JDT!

Hasrat Petaling Jaya (PJ) City untuk mengelak pertembungan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pusingan awal Piala Malaysia tidak kesampaian meskipun berjaya menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam perlawanan terakhir Liga Super kelmarin sekali gus menamatkan saingan di tempat kesembilan.


Ini kerana berdasarkan undian dibuat oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini, pasukan yang berada di kedudukan sembilan akan bertemu JDT dalam pusingan pertama Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya Selasa depan.

Bagaimanapun, pengendali The Phoenix, P Maniam, enggan menyerah kalah awal sebaliknya akan merangka strategi bagi memerangkap JDT dalam usaha meraih keputusan positif untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

Sila Baca Disini : Terengganu Sah Ke Asia!

PJ City Komited Mahu Tewaskan JDT!

“Seperti yang kita ketahui, JDT sudah memenangi Piala FA dan bergelar juara Liga Super sekali gus memasang impian mahu merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

“Saya akan beri pemain rehat dua hari dan melihat pemain yang bersesuaian untuk diturunkan menentang JDT.

“Dalam bola sepak tiada yang mustahil kerana jika kita menunjukkan corak permainan berkualiti dan berikan komitmen tinggi, saya yakin mampu tumpaskan skuad Harimau Selatan,” katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) itu, anak buah Maniam menang menerusi gol tunggal Darren Lok pada minit ke-40.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mengubah kedudukan liga buat PJ City selepas pencabar terdekat, Sri Pahang FC, menundukkan Negeri Sembilan 2-0 untuk melonjak ke posisi ketujuh sementara PJ City terus kekal di tangga kesembilan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perlawanan terakhir Liga Super bertemu KL City, Maniam berkata, barisan anak buahnya menunjukkan disiplin yang tinggi ketika melakar kejutan terhadap juara Piala Malaysia 2021 itu.

“PJ City beraksi dengan baik dan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Paling penting, pemain berjaya manfaat peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol,”katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 21:03

Jawatan Kosong Di Universiti Tun Abdul Razak Sdn Bhd – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Tun Abdul Razak Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. FACULTY COORDINATOR
2. LECTURER (PUBLIC MANAGEMENT)
3. INSTRUCTIONAL DESIGNER

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Tun Abdul Razak Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 20:39

Toyota Corolla Akan Penuhi Segala Keperluan Wanita

Akhirnya, wanita hari ini bakal memiliki kuasa beli yang lebih besar ini disebabkan karier yang memberikan mereka pendapatan dan menjadi antara watak utama dalam membuat keputusan dalam rumah tangga. Dalam aspek pemilikan kereta, wanita memiliki jangkaan yang tinggi dan memberi penekanan kepada jaminan kebolehpercayaan yang berkait rapat dengan reputasi pengeluar kereta.

Ia Terdapat mempunyai empat aspek utama wanita moden hari ini untuk membuat pertimbangan dalam memiliki kereta. Aspek pertama adalah nilai untuk wang. Apabila membeli barangan bernilai tinggi seperti kereta, wanita lebih cenderung untuk mendapatkan nilai paling tinggi.

Sumbe: youtube

Ini bermaksud bahawa,  wanita akan mengenalpasti jenama yang benar-benar memahami dan memenuhi keperluan mereka. Wanita mencari jenama yang boleh dipercayai seperti Toyota Corolla. Model ini bukan sekadar mampu milik, malah ia menawarkan lebih banyak manfaat seperti pakej insurans, pakej pembiayaan dan Toyota Service Savers. Untuk lebih memudahkan pelanggan, perkhidmatan seperti 247 Road Assist and Toyota Vehicle Telematics System (VTS) memberi keyakinan tambahan kepada wanita memandu. Pentingkan keselamatan

Namun, untuk aspek kedua adalah gaya dan kecanggihan. Toyota Corolla melengkapkan keperluan wanita dari pelbagai aspek termasuk kestabilan dan kemampuan pemanduan menerusi platform Global Architecture (TNGA). Pada masa sama, wanita meneroka pengalaman pemanduan yang lebih canggih yang mana akan dapat menikmati tindak balas yang lebih lancar semasa pecutan manakala enjin 1.8L VVT-i pula menawarkan kuasa seimbang serta kecekapan bahan api yang menterjemahkan kualiti, ketahanan dan yang paling penting adalah kebolehpercayaan kepada Toyota. Elemen luaran seperti lampu nyalaan siang (DRL) LED, hiasan bersalut krom dua bentuk J dan rim 17 inci memberikan Toyota Corolla penampilan yang anggun, mewah dan eksklusif untuk wanita berani.

Sumber: google image

Disamping itu, untuk aspek ketiga adalah keselamatan dan kebolehpercayaan. Ia adalah asas untuk sebarang pengalaman pemanduan yang menyeronokkan di mana wanita mengambil serius perkara ini dengan banyak mengutamakan ciri keselamatan dalam kereta serta sebarang perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh pengeluar kereta. Toyota Safety Sense (TSS) ialah contoh hebat dalam menyediakan wanita dengan ciri yang selamat dan boleh dipercayai untuk meningkatkan keyakinan mereka di jalan raya. Melengkapi TSS adalah Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Automatic High Beam (AHB) dan Blind Spot Monitoring (BSM). Justeru tidak hairanlah, Toyota Corolla menjadi pilihan utama wanita.

Pada aspek terakhir pula adalah pemanduan selesa. Wanita menganggap kemewahan sebagai eksklusiviti berprestij. Mereka ingin merasai kemewahan itu apabila melangkah masuk ke dalam kereta. Keluasan dan kemodenan Toyota Corolla yang menawarkan tempat duduk kulit asli menarik perhatian wanita. Mempertingkatkan lagi pemanduan dinamik ialah cermin pandang belakang elektrokromik dan 7-inci Color MID dengan Optitron Meter untuk penglihatan yang sangat baik.

Untuk ibu-ibu yang kerap melakukan perjalanan bersama dengan anak-anak mereka, Kini Toyota Corolla membolehkan mereka untuk terus berhubung dan terhibur dengan audio paparan 9-inci dengan sambungan Android Auto Apple CarPlay Ready (AACP).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 19:27

Bantuan Musim Tengkujuh Bakal Dinaikkan Daripada RM 600 Kepada RM 800

Berita baik untuk pekebun kecil atau penerima Bantuan Monsun (BMT). Melalui perkara yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, BMT akan dinaikkan kepada RM 800 seorang pada 2023.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Kerajaan melalui RISDA sentiasa prihatin untuk memelihara kebajikan pekebun kecil. Bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengjuh (BMT) ini bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan dengan musim tengkujuh.

SEMAK JUGA :  Kerajaan Setuju Pertimbangkan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Dalam Masa Terdekat.

Mohon juga :  Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40 ¬ Mohon Sekarang !

 

JUMLAH BMT 2023

Bantuan monsun 2023 akan dinaikkan daripada RM 600 kepada RM 800 seorang. Menurut Tengku Zafrul, BMT yang memperuntukkan RM 256 juta akan dibayar RM 200 untuk 4 bulan.

Berbeza dengan BMT 2022 yang mana bayaran diberikan RM 300 setiap bulan selama dua bulan.

KAEDAH BAYARAN BMT 2023

Bantuan Musim Monsun (BMT) pada tahun 2023 akan dibayar RM 200 setiap bulan untuk tempoh 4 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan RM 800.

BAYARAN BMT 2022

Bagaimanapun, BMT 2022 akan diteruskan dengan bayaran RM 600 seorang. Bayaran RM 300 sebulan pada bulan November dan Disember.

RAYUAN BMT 2022

Permohonan rayuan Bantuan Musim Tengkujuh 2022 akan dibuka bermula 16 Oktober hingga 31 Oktober ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian

03-4251 0171

Anda juga boleh terus layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss untuk informasi penuh mengenai BMT 2022 ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 03:48

Terengganu Sah Ke Asia!

Rentetan sembilan kemenangan mengesahkan peluang Terengganu untuk ke Piala AFC 2023 apabila menamatkan kempen Liga Super di tangga kedua, malam tadi.


Sesudah Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan buat kali kesembilan berturut-turut lebih awal, perebutan tangga kedua yang menawarkan tiket ke saingan kedua kelab Asia itu menyaksikan Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah saling bersaing sengit.

Namun, kekalahan dua seteru itu membolehkan Terengganu menutup kempen liga musim ini dengan kemenangan 3-1 ketika bertandang ke kubu Kedah Darul Aman.

Sila Baca Disini : Liverpool Vs Manchester City Dinantikan!

Terengganu Sah Ke Asia!

Kedah yang bergelut dengan prestasi terpaksa menelan kekalahan tersebut apabila gagal mempamerkan aksi yang menjanjikan kebangkitan.

Ia juga menyaksikan Terengganu bakal berdepan Sri Pahang dalam pusingan pertama Piala Malaysia.

Tok Gajah pula menafikan hajat Negeri Sembilan yang terdesak memburu mata penuh di Stadium Darul Makmur apabila menang 2-0 dengan dua penyudah David Rowley.

Dalam masa sama, Harimau Selatan belum rela mengendurkan permainan mereka apabila menjadikan Sabah sebagai mangsa seterusnya dengan kejayaan mudah 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ia juga mengangkat JDT sebagai juara tanpa kalah sepanjang musim ini sambil penyerang sensasi kelahiran Brazil, Bergson Da Silva yang meledak dua jaringan malam tadi menggondol Kasut Emas dengan 29 gol.

Dengan itu, juara 2022 berkenaan akan memulakan misi mempertahankan trofi Piala Malaysia bertemu Petaling Jaya (PJ) City yang mengakhiri kempen dengan kemenangan 1-0 ke atas finalis Piala AFC, Kuala Lumpur City.

Keputusan seri 1-1 dengan Selangor di Stadium Bandaraya tidak mengubah kedudukan Penang di tangga tercorot.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 03:28

Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40 ¬ Mohon Sekarang !

Permohonan bantuan untuk Wanita/ Suri Rumah, terima insentif RM480 Setahun. Golongan Wanita/ suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.

BACA JUGA :

Kerajaan Setuju Pertimbangkan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Dalam Masa TerdekatIni Cara-Cara Pengeluaran KWSP Yang Mungkin Dibenarkan ~ Semak Disini !BAP 2023 : Semua Pelajar Layak Terima RM 150 Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa ~ Semak Sini !

 

Antaranya suri rumah akan menerima insentif sumbangan sebanyak RM480 yang telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun seterusnya. Selain itu, bantuan kematian juga disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500. Anda boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.

Untuk pengetahuan maklumat berkaitan i-Suri KWSP termasuk syarat, kelayakan, fedah, cara bayaran dan pendaftaran akan dikongsikan seperti berikut.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

 

MyKadBorang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:

Warganegara MalaysiaGolongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSPIsteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)Belum mencapai umur 60 tahun.SIAPA YANG BOLEH MENCARUMDiri sendiri (isteri)Suami kepada pasangan yang layak

Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

FAEDAH I-SURI KWSPMendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.Menerima dividen tahunan KWSPBantuan Kematian: RM2500

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

 

Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAUKIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.Belum mencapai umur 60 tahunTerdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.CARA BAYARANTunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB

Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 00:43

October 15, 2022

Jawatan Kosong Di CTOS Data Systems Sdn Bhd – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di CTOS Data Systems Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Sales & Business Development Officer
2. Human Resource Executive

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di CTOS Data Systems Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2022 21:37

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PENYELIA
2. PENGASUH
3. PEMANDU KENDERAAN

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,500.00 – RM5,256.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2022 20:48

Liverpool Vs Manchester City Dinantikan!

Pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui beliau bersama rakan sepasukan lain menemui cara untuk menghentikan Erling Haaland daripada meledak gol pada perlawanan akan datang.


Liverpool bakal menghadapi perlawanan seterusnya dalam saingan English Premier League (EPL) untuk menghadapi cabaran getir bertemu Manchester City pada malam ini.

Seperti diketahui, Haaland tampil pada awal musim pertama ini daripada Borrusia Dortmund untuk menyertai City dalam saingan EPL dengan rekod yang sangat gah.

Sila Baca Disini : Jose Mourinho Beri Amaran Awal!

Liverpool Vs Manchester City Dinantikan!

Penyerang kebangsaan Norway itu setakat ini telah pun mencatat 15 gol dalam sembilan penampilan beliau untuk menjadi tumpuan seluruh pemerhati bola sepak dunia.


Selain gah dengan meledak gol, Haaland juga tampil dengan tiga bantuan jaringan untuk berada di belakang Bukayo Saka dan Bernardo Silva yang sudah melakukan empat kali ketika ini.

Dalam saingan UEFA Champions League (UCL), rekod penyerang muda ini juga tidak kurang hebat setelah meledak lima gol daripada tiga perlawanan dihadapi.

Cuma Bournemouth setakat ini menjadi satu-satunya pasukan dihadapi City yang tidak menjadi mangsa ledakan Haaland, namun kelab tersebut tetap tewas dengan keputusan 0-4.

Ini menunjukkan City tidak hanya bergantung harap kepada Haaland untuk menghasilkan gol, apabila mereka masih mempunyai ramai pemain berkualiti untuk meledak jaringan.

Berbanding lawan mereka seterusnya iaitu Liverpool yang sehingga kini masih tidak konsisten, setelah melepaskan 12 gol daripada lapan perlawanan dihadapi mereka.


Namun, Van Dijk menyatakan mereka bakal bersedia kali ini dengan pelan yang lebih jelas untuk mengelakkan keputusan negatif pada perlawanan tersebut.

Menerusi Sport Bible, pertahanan Belanda itu menjelaskan mereka akan membuat apa sahaja untuk mengelakkan semua umpanan sampai kepada Haaland.

“Kami akan cuba hentikan setiap pergerakan bola yang menuju ke arah beliau, bertahan sehabih baik, dan pamerkan segalanya ketika berdepan City.

“Itu yang akan kami praktikkan pada perlawanan hari Ahad ini dan ianya tidak akan berubah sama sekali,” jelas Van Dijk.

Tambah Van Dijk, perlawanan ini bukan sahaja membabitkan pertarungan individu antara dirinya bersama Haaland, malah seluruh ahli pasukan bakal berjuang berhabis-habisan.

“Kami mahu menghentikan mereka daripada meledak sebarang gol pada perlawanan tersebut, tidak kira siapa yang berada di atas padang. Dan kami juga tahu Haaland merupakan pemain sangat bagus.”

Pada masa sama, Haaland turut mengakui keputusan tewas 1-3 kepada Liverpool pada awal musim sebelum itu jelas meningkatkan motivasi beliau untuk tampil lebih baik.

“Saya rasa perlawanan tersebut sesuatu yang sangat bagus buat diri ini. Menerusi aksi itu, saya berjaya untuk tampil lebih bersedia dalam mana-mana aksi,” ulas Haaland.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2022 20:42

Kerajaan Setuju Pertimbangkan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Dalam Masa Terdekat

Walaupun dengan keadaan negara pasca wabak tanpa sebarang sekatan perjalanan, namun rakyat masih merungut dengan pelbagai perkara termasuk kenaikan harga barang dalam masa terdekat.

Kerana itu dan beberapa perkara lain, pencarum KWSP menuntut Pengeluaran Khas KWSP 2.0.

Kita semua sedia maklum bahawa bermula dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, kerajaan meluluskan pelbagai jenis pengeluaran simpanan KWSP seperti i-Lestari, i-Citra dan Pengeluaran Khas maksimum RM 10,000 pada permulaannya. tahun ini.

KERAJAAN AKAN MEMPERTIMBANGKAN PENGELUARAN KHAS 2.0

Yang Berhormat Tuan Shahar Bin Abdullah yang merupakan Timbalan Menteri Kewangan II pada Isnin mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan Terbitan Khas KWSP 2.0.

Menurutnya, segala input berkaitan bagaimana kerajaan boleh menambah baik dan meningkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji dengan teliti dan pastinya KWSP 2.0 juga antara perkara yang sedang dipertimbangkan kerajaan ketika ini.

“Ini kerana banyak lagi strategi yang akan digunakan oleh Kerajaan bagi memastikan KWSP menjadi insurans kepada mereka yang bekerja.

Dan yang paling penting, katanya, Kerajaan kini sedang meneliti masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantuan bukan sahaja dengan faktor formal atau tidak formal supaya tahap perancangan pasaran kesedaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat dioptimumkan oleh kerajaan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2022 02:05

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.