Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 64

October 17, 2022

‘Masalah Dengan Orang Yang Berfikiran Tertutup Ialah Mulut Mereka Sentiasa Terbuka’ – Isteri Caprice

Kecoh di media sosial apabila seorang Pencetus Ummah (PU) meminta Caprice menjaga aurat isterinya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan lain.

Artikel berkaitan: PU Syed ‘Pilih’ Prebet Isteri, Caprice Berang Beri Masa 24 Jam Minta Maaf – ‘Jangan Biar Saya Bongkar Rahsia!’

Terbaru, isteri Caprice, Farra Inalis dilihat memuat naik posting di Instagram yang didakwa berunsur sindiran.

Untuk siapa?

Menerusi posting itu, Farra menyatakan orang yang berfikiran tertutup biasanya akan bercakap ‘lebih’ tentang individu lain. Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah ayat ‘mulut sentiasa terbuka’ yang ditulisnya.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa posting Farra mempunyai maksud tersirat untuk disampaikan. Malah ada yang mendakwa Farra mahu menghantar pos tersebut kepada PU yang bercakap mengenainya. Farra turut meletakkan emoji ‘sedih’ di Instagram Storynya.

Terdahulu, Caprice berjaya mendapat sokongan daripada netizen kerana berani mendedahkan perbualan seorang remaja lelaki yang didakwa menjadi mangsa penderaan seksual oleh pendakwah bebas.

Sumber: Farra Inalis

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 21:54

Permohonan Baharu Bagi Rumah Sewa PPR Serendah RM124 Sebulan Golongan 2022 ~ Mohon Disini Sekarang !

Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2022, anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit. Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

TEDUH merupakan sebuah portal yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan fungsi carian berkenaan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Salah satu modul dalam portal TEDUH ialah Sistem Pengerusan Perumahan Negara atau SPRN yang berfungsi sebagai pintu ‘one-stop centre’ bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Kami kongsikan kepada anda maklumat tentang permohonan rumah ini.Pendaftaran Atas Talian SPRNPendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rssKlik “Daftar Akaun”Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan.Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan.

Antara skim bantuan yang boleh anda mohon di bawah SPRN termasuklah:Skim MyHomeSkim Rumah PPRSkim Rumah TransitSkim SPPCara Memohon

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, semua permohonan hendaklah dibuat secara online.

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

Proses permohonan adalah seperti berikut:

A. Daftar Akaun

1. Untuk pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register?utm_source=rss&utm_medium=rss.

2. Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Seterusnya, klik butang daftar.

B. Buat Pengesahan

1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.

2. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.

3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ‘Kata Laluan’. Seterusnya, klik butang simpan.

C. Log Masuk

Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.

D. Pilih Skim Perumahan

1. Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.

2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.

E. Maklumat Pemohon

1. Klik pautan maklumat pemohon.

2. Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.

F. Pilih Projek

Klik pautan Projek untuk memohon projek.

G. Dokumen Sokongan

Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.

H. Pengesahan

Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon.

Skim MyHome

Contohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:

Warganegara MalaysiaBerumur 21 tahun ke atasPembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAKPendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasanganSalinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiriSalinan surat pengesahan majikanSalinan penyata gaji terbaruSalinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatanSalinan surat pencen (Jika berkenaan)Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiranSalinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasanganSkim Rumah PPR (Dimiliki & Disewa) Sewa Serendah RM124

Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:

Warganegara MalaysiaBerumur 18 tahun ke atasPendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulanPemohon belum memiliki rumahMengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:

Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkatKawasan pinggir bandar: Jenis rumah teresKeluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegiBinaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirTerdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

Skim Rumah Transit (SPRN)Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaPemohon telah berkahwinPemohon berumur antara 18 hingga 30 tahunPemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohonPemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohonPendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawahTiada rekod jenayah

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.Skim SPPAkhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:Pemohon dan pasangan adalah warganegara MalaysiaBerumur 21 hingga 70 tahunBekerja dan mempunyai pendapatanBukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumahJumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulanMemiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 21:44

Gadis pakai skirt pendek ‘ride’ Yamaha R15 pusing Bukit Bintang bikin ramai bimbang… Rupanya nak hilangkan stress lepas putus cinta!

Begitulah kisah seorang gadis yang gemar menunggang motosikal sehingga videonya menjadi viral di media sosial.

Dikenali sebagai Yim Ahmeng, 22, gadis berasal dari Kuala Lumpur itu meminati dunia permotoran sejak kecil sehinggalah ia menjadi sebahagian daripada kerjayanya hari ini.


 

View this post on Instagram

 


A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Yim mengakui meminati motosikal sejak zaman persekolahan lagi.

“Saya minat motosikal sejak kecil kerana ayah dan ibu juga ‘bermain’ dengan motosikal. Sampai satu tahap saya rasa nak bawa motor besar ke sekolah. Saya belajar memandu motosikal tanpa pengetahuan ayah apabila saya berada di darjah tiga.

“Kemudian apabila saya berumur 18 tahun, saya tidak sambung belajar tetapi saya terus bekerja. Dalam tempoh tiga hingga empat bulan menyimpan wang, saya terus membeli motosikal Ysuku. Pada Januari tahun lalu, saya juga membeli motosikal sport Yamaha R15 V3.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 21:25

Trak Mack Eksklusif Milik Sultan Johor

Kenderaan besar iaitu Trak ‘Mack’ eksklusif yang dimiliki oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sememangnya antara kenderaan yang menjadi tarikan seluruh dunia ketika ia diperkenalkan pada 2015 malah kekal sehingga kini.Berdasarkan sejarah penciptaan kenderaan itu, trak pertama di dunia dihasilkan pada 1905 (117 tahun lalu) oleh syarikat  ‘Mack Brothers’ yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan mula menggunakan namanya pada 1922.

Ketika Perang Dunia Pertama, Mack menghantar lebih 6,000 trak kepada tentera AS dan United Kingdom (UK). Tentera UK kagum dengan ketahanan, kelasakan serta keupayaan trak keluaran syarikat itu malah menggelarnya ‘Mack Bulldogs’. Pelbagai jenis trak diperkenalkan oleh syarikat ini sejak lebih 100 tahun termasuk model ‘F’ pada 1962, jentera bomba pada 1966, ‘Super Liner’ pada 1977 serta ‘RS’ dan ‘RL’ yang lebih bergaya pada 1980.

Sumber: google image

Namun, model baharu iaitu ‘CH Model’ telah diperkenalkan pada tahun 1988 selain ‘The Terrapro LE’ pada tahun 1994. Ia telah diikuti model ‘Mack Anthem’, ‘Pinnacle’, ‘Granite’, ‘LR’, ‘LR Electric’, ‘TerraPro’ dan ‘MD Series’ pada tahun-tahun berikutnya. Bagi Trak Mack milik Sultan Johor, ia memiliki keistimewaan tersendiri terutama daripada segi rekaannya yang berdasarkan serta mengikut cita rasa baginda. Dengan 685 kuasa kuda, ia memiliki kelajuan 100 kilometer sejam serta dilengkapi pelbagai kemudahan.

Dsamping itu, ‘Mack Superliner’ iaitu milik pada Sultan Ibrahim yang ditempah sendiri oleh baginda di ‘Mack Trucks Australia’ dan telah dilengkapi dengan sistem suspensi udara Primaax RADD-A4P bersama kabin tempat tidur. Dengan badan jauh lebih panjang dan besar berbanding kepala lori kontena tempatan, trak Mack Superliner ini dijana enjin turbodiesel enam-silinder sebaris MP10 16.1 liter. Motif rekaan airbrush bertemakan Johor dengan tiga warna utama iaitu merah, biru, putih serta imej Harimau Selatan menambah ‘garang’ trak ini.

Trak Mack eksklusif ini diserah kepada baginda pada majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane, Australia pada 2015. Trak mewah itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane. Sultan Ibrahim julung kali menggunakan trak berkenaan dengan memandu kenderaan itu sendiri dari Istana Pasir Pelangi ke sebuah restoran di Danga Bay untuk makan tengah hari.

Sumber: google image

Malah, Kembara Mahkota Johor (KMJ) Edisi ke-19 mulai 14 hingga 17 Mei 2016 yang diketuai baginda ke seluruh daerah lebih meriah apabila baginda memilih menggunakan tiga trak Mack. Pemilihan kenderaan berkenaan bukan saja melancarkan perjalanan baginda sejauh 842 kilometer, malah turut memenuhi penantian masyarakat Johor bagi menyaksikan trak istimewa itu pada jarak dekat. Malah, bagi mengubati kerinduan ramai terhadap trak berkenaan, ia juga dipamerkan di Pameran Kembara Mahkota sempena ‘Festival Majestic Johor’ (FMJ) di Puteri Harbour di Iskandar Puteri di sini, baru-baru ini.

Begitu Ribuan pengunjung diPameran Kembara Mahkota yang teruja selepas Sultan Ibrahim berkenan untuk mempamerkan 16 kenderaan, termasuk Trak Mack yang digunakan baginda secara rasmi sepanjang penganjuran program KMJ sejak 2000. Pameran Kembara Mahkota mencatat kunjungan 135,628 pelawat sepanjang festival yang diadakan mulai 8 hingga 18 September lalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 20:35

Salah Wira Liverpool Kalahkan City!

Mohamed Salah menjadi wira kemenangan Liverpool dalam aksi menentang pasukan seteru utama mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Manchester City.


Liverpool mendapat sedikit motivasi daripada kemenangan besar ke atas Rangers dalam aksi Liga Juara Juara Eropah sebelum ini.

Liverpool menamatkan permulaan tanpa kalah Manchester City pada musim ini apabila jaringan Mohamed Salah 14 minit sebelum tamat perlawanan membuatkan Anfield gegak gempita.

Sila Baca Disini : Piala Dunia Qatar Aksi Akhir Messi!

Salah Wira Liverpool Kalahkan City!

Alisson yang memenangi bola daripada sepakan percuma Man City terus melakukan hantaran jauh kepaa Mohamed Salah.


Pemain antarabangsa Mesir itu sebelum itu terlepas peluang untuk menjaringkan gol dalam situasi 1 lawan 1. Namun kali ini beliau tidak melakukan kesilapan.

Anak buah Jurgen Klopp masih ketinggalan 10 mata di belakang City dan 14 di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Jurgen Klopp yang dibuang padang pada fasa akhir permainan kerana beliau hilang kawalan dengan pegawai kerana enggan memberi Salah sepakan percuma. Ianya selepas Bernardo Silva berpaut pada Mohamed Salah dengan menarik baju pemain itu.

Tetapi City juga turut marah kepada pengadil Anthony Taylor selepas beliau tidak membenarkan serangan Phil Foden pada awal separuh masa kedua selepas semakan VAR.

Pada awalnya, VAR dijangka menyemak sama ada Haaland mengasari Alisson, namun sebenarnya VAR menyemak Haaland yang menarik baju Fabinho.


Rekod Haaland yang menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut pemain di peringkat kelab berakhir.

Walaupun dalam 45 minit pertama, Haaland kekal sebagai ancaman utama, namun pada separuh masa kedua, Haaland terus bergelut untuk mendapatkan gol.

Mohamed Salah wira kemenangan Liverpool dengan penyudah yang tenang. Beliau terus memberitahu dunia bahawa beliau masih lagi penyerang elit di EPL.

Prestasi Salah sangat cemerlang dalam tempoh seminggu ini. Beliau masuk sebagai pemain gantian dalam aksi UCL pada pertengahan minggu lalu, dan mencetak hatrik dalam perlawanan tersebut.

Walaupun Manchester City menguasai perlawanan, namun Liverpool menjadi pasukan yang memiliki lebih banyak situasi bahaya yang boleh menghasilkan gol.

Darwin Nunez yang agak tamak memiliki beberapa situasi di mana beliau boleh melorongkan bola kepada rakannya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 19:55

Insentif KWSP RM250

Tahukah anda, terdapat satu jenis caruman KWSP yang membolehkan pencarum untuk mendapat insentif KWSP RM250 setahun.

Ianya dikenali sebagai i-Saraan KWSP. I-Saraan merupakan salah satu inisiatif di bawah SKIM PENJANA yang diumumkan kerajaan pada Mei 2021 yang lalu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap insentif geran padanan ini dapat menggalakkan lebih ramai pekerja dalam sektor itu menyumbang kepada program ini.

telegram bantuan kerajaan

I-Saraan KWSP

Insentif Persaraan atau i-Saraan dengan caruman sukarela membolehkan para suri rumah dan mereka yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk terus membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau penyumbang, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksimum RM 250 setahun

Faedah Yang Anda Akan Dapat

Berikut adalah antara faedah yang bakal diterima oleh pencarum :

Menyediakan satu saluran persaraan bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetapPencarum boleh menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan andaMembenarkan pencarum menerima insentif 15% atau RM250 setahunManfaat kematian RM2,500 mengikut terma dan syarat KWSPSenarai Golongan Yang Bekerja Sendiri

Di bawah adalah senarai orang yang bekerja sendiri yang boleh memohon i-Saraan:

Pemandu teksi / e-hailingPetaniNelayanSudah pencenPengasuhEjen insurans dan hartanahFreelancer seperti penyanyi, pelakon, perunding dan lain-lainPeniaga onlinePemilik perniagaanSuri rumahSyarat Kelayakan

BERIKUT adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk anda dapat insentif RM250 ini :

Warganegara MalaysiaIndividu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pesaraPencarum KWSPBerumur 55 tahun ke bawahCara Permohonan

Bagi yang berminat untuk memohon i-Saraan, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan dengan dokumen di bawah:

MyKadBorang i-Saraan – KWSP 16G (M) (PENDAFTARAN KALI PERTAMA SAHAJA) MUAT TURUN BORANGBorang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa PEMBAYARAN) MUAT TURUN BORANGInfo Tambahan

– Pembayaran secara tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

– Pembayaran minimum : tiada had

– Bayaran maksimum : RM 60,000 setahun untuk semua pencarum

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 16:55

[Terkini] BKM Individu Bujang Tahun 2022 | Bantuan Sehingga RM600

Bаntuаn Kеluаrgа Mаlауѕіа (BKM) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40/M40 dalam bentuk kewangan dengan tujuan untuk meringankan tanggungan yang dihadapi oleh golongan sasar tersebut. Impaknya amatlah besar terhadap mereka untuk menjalani kehidupan seharian dengan selesa dan cukup.

Bеrіkut Team DigitalMukmin akan kongsikan beberapa іnfо penting yang perlu anda ketahui mengenai inisiatif kerajaan ini yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Semoga bermanfaat.

Jumlah Bantuan

Dibawah merupakan jumlаh bаntuаn уаng аkаn dіkreditkan untuk golongan Bujаng;

Bujаng Pеndараtаn RM2,500 dаn kе bаwаh : 

• RM350 

Individu Warga Emаѕ Bujаng/Tіаdа Pasangan berumur 60 tаhun kе аtаѕ pendapatan individu RM5,000 ke bаwаh : 

• RM600 

Sуаrаt Kеlауаkаn Dibawah merupakan ѕуаrаt kelayakan untuk реnеrіmа BKM Kategori Bujang : 
1. Bujang аtаu іbu аtаu bapa tunggаl / bаlu / janda / dudа уаng tіdаk memрunуаі anak yang mеnераtі syarat2. Had umur аdаlаh 21 – 59 tаhun3. Pendapatan bujang аdаlаh RM2,500 dаn kе bawahPanduan Pеrmоhоnаn Dаtа penerima BPR 2021, BKC B40 dan dаtа реmоhоn BPR 2021 уаng tidak lulus аtаѕ аlаѕаn mеnеrіmа GKP akan dibawa ѕесаrа аutоmаtіk kе dalam sistem BKM untuk ѕеmаkаn kelayakan.Nаmun bеgіtu, реrmоhоnаn baharu BKM реrlu dibuat sekiranya tіаdа rekod dаlаm раngkаlаn dаtа ѕеdіа аdа LHDNM mаnаkаlа bаgі реnеrіmа ѕеdіа аdа уаng mеmрunуаі ѕеbаrаng реrubаhаn mаklumаt, kеmаѕ kіnі hеndаklаh dіbuаt dаlаm tempoh уаng dіtеtарkаn.Tarikh PеmbауаrаnBKM Untuk mаklumаt, реmbауаrаn BKM аkаn dilaksanakan 4 kali dаlаm mаѕа setahun.
Tаrіkh pembayaran akan bermula раdа bulan Mас 2022.  Tаrіkh Pеrmоhоnаn / Pеngеmаѕkіnіаn BKMPеrmоhоnаn bаhаru dаn реngеmаѕkіnіаn mаklumаt bоlеh dіbuаt bеrmulа 1 Jаnuаrі 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada ріndааn dаrі semasa ke ѕеmаѕа)Mаklumаt Lаnjut & PеrtаnуааnUntuk ѕеbаrаng реrtаnуааn lanjut bеrkаіtаn реmbеntаngаn bаjеt 2022 bоlеhlаh mеlауаrі lаmаn wеb Kementerian Kewangan Mаlауѕіа di MOHON SINI 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2022 00:13

October 16, 2022

Tarikh pembayaran Bantuan Kewangan RM150 ‘One-Off’ Untuk Semua Tanpa Kira Jumlah Pendapatan~ Mohon Sekarang (CLICK SINI)

Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan. Antaranya menerusi Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober 2022.

Baca juga : Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40 ¬ Mohon Sekarang !

Mohon juga : Bantuan Musim Tengkujuh Bakal Dinaikkan Daripada RM 600 Kepada RM 800

Semak Juga : TERKINI : Bayaran Khas KWSP Akaun 2

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 ialah apabila Kerajaan bersetuju meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan menaikkannya kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini.

Turut dimaklumkan, geran BAP bagi tahun 2023 akan diagihkan kepada semua pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dengan peruntukan RM825 juta.

“Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga mempunyai tiga anak bersekolah, maka mereka layak menerima BAP sebanyak RM450,” kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023.

Pembayaran BAP akan disalurkan pada Januari 2023 selaras dengan tujuannya untuk meringankan beban ibu bapa yang menyara anak sekolah.

LINK PERMOHONON DI BAWAH

Pada masa sama, Kerajaan juga akan meningkatkan kadar makanan bermasak di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk semenanjung, dan RM4 berbanding RM3 sebelum ini untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Program ini akan melibatkan peruntukan RM777 juta dan akan memanfaatkan lebih 800,000 pelajar serta 7,300 pengusaha makanan tempatan dan pembekal susu.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan-bantuan dan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2023 boleh diteliti DI SINI.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 23:28

TERKINI : Bayaran Khas KWSP Akaun 2

TERKINI : Bayaran Khas KWSP Akaun 2. Memang tidak dinafikan ramai yang mengeluh begitu sukar dan begitu lama duit masing-masing tersimpan dalam kantung dengan caruman yang dilakukan melalui I-akaun KWSP online

Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi

Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022.

1) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

2) Pembayaran Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Dokumen Pengeluaran Untuk Perubatan

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

Dokumen & Syarat Pengeluaran Pembelian Rumah

4) Pengeluaran Untuk Pendidikan

Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.Dokumen dan Syarat Pengeluaran Untuk Pendidikan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 21:59

Generasi ke-11 Honda Civic Serba Baharu Telah Diperkenalkan di Malaysia

Bagi generasi yang ke-11 Honda Civic Serba Baharu yang telah diperkenalkan di Malaysia Januari lalu dan menambah kepada varian sedia ada, kini diperkenalkan pula model 2.0L e:HEV RS. Untuk rekod, antara ciri utama terbaharu yang ditawarkan pada model varian ini ialah pada bahagian enjin. Ia yang pertama dalam barisan Honda Malaysia dibekalkan dengan trenkuasa 2.0L e:HEV Hibrid.

Seperti yang terdapat pada sistem Honda City, City Hatchback dan HR-V dengan 1.5L, Civic ini didatangkan dengan dua motor elektrik serta enjin 2.0L yang baharu dibangunkan. Ia menawarkan kuasa enjin 184PS dan tork 315Nm. Penulis dapat mengujinya menerusi ujian di litar. Antara aktiviti yang diadakan ialah ujian pecutan jalan lurus menerusi dua model iaitu Civic RS sedia ada dan e:HEV RS baharu. Ternyata model hibrid lebih berkuasa apabila ia mencapai pecutan lebih pantas.

Sumber: google image

Disamping itu, turut diadakan ujian slalom dan pemanduan di litar. Ia menyerlahkan lagi prestasi dan pengendalian kenderaan ini. Tiada ‘ngauman’ pada enjin ketika penulis menekan pedal minyak ke tahap maksimum. Malah enjin 2.0L hibrid ini menyalurkan bunyi buatan (artificial sound) ketika menggunakan mod sport untuk lebih terasa pengalaman umpama jentera prestasi. Pengendalian di litar juga stabil pada kelajuan tinggi dan penulis sempat mencuba ketiga-tiga mod iaitu Normal, Econ dan Sport. Enjin 2.0L e:HEV ini juga dilengkapi transmisi E-CVT dengan Unit Kuasa Pintar (IPU).

Namun, Bateri lithium-ion dibekalkan juga ringan serta kompak namun pengecasan dan storan kuasanya cukup efisien. Reka bentuk luaran model ini masih sama cuma dengan beberapa kemasan yang diperbaharui seperti logo Honda dengan lingkaran biru selain emblem e:HEV bagi mudah mengenalpasti varian ini. Ia juga didatangkan dengan elemen krom pada gril, lampu utama, pemegang pintu, jalur tingkap dan pintu.

Selain itu, untuk varian Civic lain, ia datang dengan dwi ekzos. Berbeza dengan dengan e:HEV RS yang hanya didatangkan dengan ekzos tunggal selain rim 18 inci rekaan baharu. Kad Kunci juga julung kali diperkenalkan untuk model Honda di Malaysia. Ia bagi keselesaan kemasukan ke dalam kenderaan dan menghidupkan enjin tanpa kunci.

Bagi ciri-ciri keselamatan Honda Sensing juga melengkapi Civic e:HEV RS ini dengan sistem seperti Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Sistem Notifikasi Kenderaan hadapan Bergerak (LCDN) dan Mitigasi Keluar Jalan Raya (RDM). Untuk ruang kabin, perinciannya akan dipaparkan ketika pelancaran. Pengumuman harga akan dilakukan tidak lama lagi. Honda Civic e:HEV RS varian tertinggi kini dibuka untuk tempahan. Ia menambah varian daripada E, V dan RS.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2022 21:09

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.