Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 66
October 15, 2022
BAP 2023 : Semua Pelajar Layak Terima RM 150 Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa ~ Semak Sini !
Bajet 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada petang Jumaat 8 Oktober 2022.
Topik kali ini ialah mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 yang mana terdapat perubahan berkaitan syarat kelayakan.
Menurut Tengku Zafrul, bagi BAP 2023 semua pelajar layak menerima bantuan RM 150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Jika dibandingkan dengan BAP 2022 yang lalu, hanya pelajar yang ibu bapanya berpendapatan bulanan bawah RM 3,000 sahaja layak menerima bantuan.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHANKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan bermula 2012 bagi meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung ibu bapa terutama pada awal musim persekolahan.
Geran ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan.
KADAR BAYARAN BANTUANMulai 2022, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dibayar sekali sahaja berjumlah RM150 setiap pelajar. Bagi tahun 2023, jumlah bayaran tidak berubah iaitu masih RM 150.
Berbanding BAP 2021 dan tahun-tahun sebelumnya di mana jumlah bantuan hanya RM 100. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai tiga orang anak maka mereka layak menerima RM 450.BAJET BAP 2023
Peruntukan disediakan untuk BAP adalah membabitkan RM 825 juta, jauh melebihi tahun ini RM 450 juta.
SYARAT KELAYAKANKini bagi BAP 2023, bantuan diberikan TANPA MENGIRA had pendapatan ibu bapa. Oleh hal demikian, kesemua murid layak terima bantuan sekiranya
-Murid tersebulah adalah warganegara Malaysia
-Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta
KAEDAH BAYARANPembayaran akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu
1. Secara Tunai
Diberikan melalui sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan untuk para ibu bapa hadir untuk terima bantuan
2. Secara Kredit
Dikreditkan bantuan kepada murid/ibu bapa yang mempunyai akaun bank.
October 14, 2022
Ini Cara-Cara Pengeluaran KWSP Yang Mungkin Dibenarkan ~ Semak Disini !
Apa jenis pengeluaran KWSP yang dibernarkan ye? Selalunya kita mesti tak sabar menanti usia kita genap 50 tahun atau 55 tahun ke atas kan? sebab kita tahu yang kita boleh keluarkan duit KWSP yang telah dipotong oleh majikan kita dari sejak awal kita mula berkerja dulu.
Baca juga : Syarat Kelayakan Bantuan E-Pemula RM200 Buat Belia & RM100 Buat M40
Mohon juga : Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri 2022
💡Skim KWSP adalah potongan beberapa persen dari hasil gaji kita untuk penyimpanan di hari tua nanti. Terkadang, sesetengah dari kita akan membeli rumah baru atau membesarkan rumah mereka untuk anak cucu pulang beraya nanti dengan hasil dari wang KWSP yang mereka dapati dari sejumlah wang yang agak besar dan lumayan untuk dinikmati.
💡Ada juga yang teringin pergi menunaikan umrah bersama pasangan mereka di hari tua ini bersama-sama. Disebabkan sebelum ini mereka tiada kesempatan untuk mengisi masa lapang serta mengunjungi rumah Allah itu bersama-sama.
💡Tapi, adakah anda tahu yang KWSP dapat dikeluarkan sebelum umur anda genap 50 tahun ke atas? Terdapat lebih 10 jenis pengeluaran KWSP tau. Anda boleh baca dibawah ini.
Senarai Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan
0️⃣1️⃣PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN KWSP
Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.
Syarat Kelayakan:
✅Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
✅Ahli berumur di antara 50 Tahun hingga umur 54 Tahun
✅Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
0️⃣2️⃣PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN KWSP
Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun.
Syarat Kelayakan:
✅Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
✅Ahli berumur di antara 55 Tahun hingga umur 59 Tahun
✅Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55.
0️⃣3️⃣PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN KWSP (AKAUN EMAS)
Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun.
Syarat Kelayakan:
✅Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
✅Mencapai umur 60 Tahun
✅Mempunyai simpanan KWSP
0️⃣4️⃣PENGELUARAN MENGURANG/MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN
Individu; Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada
institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU
Bersama; Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
0️⃣5️⃣PENGELUARAN HILANG UPAYA
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;
0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
0️⃣3️⃣Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN
0️⃣4️⃣Ahli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat
0️⃣6️⃣PENGELUARAN MENINGGALKAN NEGARA
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
✏️Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara
lain ATAU
✏️Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan
Malaysia; ATAU
0️⃣2️⃣Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke
Negara asal; DAN
0️⃣3️⃣Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP
0️⃣7️⃣PENGELUARAN PENDIDIKAN
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
0️⃣8️⃣PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN DAN PENGELUARAN PESARA PILIHAN
Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:
📁Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
📁Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
0️⃣2️⃣Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA
0️⃣9️⃣SKIM PELABURAN AHLI
📊Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
📊Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
📊IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.
📊Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.
📊Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.
1️⃣0️⃣PENGELUARAN MEMBINA / MEMBELI RUMAH
📌Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
📌Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
0️⃣3️⃣Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
1️⃣1️⃣PENGELUARAN SIMPANAN MELEBIHI RM1 JUTA
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.
0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta
1️⃣2️⃣PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN
Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah.
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
0️⃣2️⃣Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2
0️⃣3️⃣Ahli yang layak memohon adalah:
🔖 Warganegara Malaysia; ATAU
🔖Bukan warganegara Malaysia yang:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
1️⃣3️⃣PENGELUARAN KEMATIAN
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
Kelayakan Memohon:
🔐Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
1️⃣4️⃣PENGELUARAN KESIHATAN
Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Kelayakan Memohon:
0️⃣1️⃣Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
0️⃣2️⃣Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
0️⃣3️⃣Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2
1️⃣5️⃣PENGELUARAN HAJI
🛎Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji.
🛎Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.
1️⃣6️⃣PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
💎Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
1️⃣7️⃣PENGELUARAN PERUMAHAN PR1MA
🏡Membantu Ahli KWSP memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli sedia ada serta caruman bulanan di masa depan.
Sumber Rujukan : KWSP Withdrawals
Jose Mourinho Beri Amaran Awal!
Jose Mourinho memberikan amaran terhadap jadual pra-Piala Dunia yang padat tidak diendahkan selepas Paulo Dybala mengalami kecederaan yang menimbulkan keraguan terhadap penyertaannya di Qatar.
Roma menerima tamparan hebat semasa kemenangan 2-1 Serie A Ahad lalu ke atas Lecce dengan Dybala terkeluar daripada perlawanan kerana kecederaan paha serta-merta selepas menjaringkan penalti.
Selepas kemenangan itu, Mourinho berkata Dybala yang telah menjaringkan lima gol Serie A musim ini akan mungkin terlepas baki tahun 2022.
Sila Baca Disini : Final Piala AFC Gunakan VAR!
Jose Mourinho Beri Amaran Awal!Walaupun laporan seterusnya mencadangkan empat hingga enam minggu mungkin tempoh masa yang lebih realistik untuk pemulihan Dybala, malah ketiadaan tempoh itu boleh menjadi tamparan kepada harapan penyerang untuk mewakili Argentina di Piala Dunia.
Bercakap menjelang lawatan Roma ke Liga Europa ke Real Betis, Mourinho merungut kesan daripada jadual perlawanan yang padat menjelang kejohanan itu.
Beliau berkata dalam sidang akhbar, “Ia sesuatu yang telah lama kita bincangkan.
“Apabila kita bercakap tentang Piala Dunia empat atau lima tahun lalu, ini akan dibincangkan. Sekarang kita menjalani situasi itu sekali lagi.”
“Anda boleh mengatakan bahawa anda bermain terlalu banyak atau mengatakan bahawa kelab yang lebih kaya mempunyai keistimewaan. Ada yang kaya, yang miskin dan yang kurang kaya.
“Orang miskin bermain seminggu sekali, orang kaya boleh bermain setiap hari dengan menukar pemain dan yang kurang kaya adalah mereka yang paling sukar kerana mereka bermain sama seperti orang kaya, tetapi dengan peluang yang lebih sedikit untuk menggilirkan pemain dan saya menjalani situasi ini. ”
Roma mengalami kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Betis minggu lalu dan memerlukan kemenangan selepas hanya meraih tiga mata daripada tiga perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan C.
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Pengerang – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Negeri Johor di Majlis Perbandaran Pengerang dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Penolong Pegawai Penilaian
3. Pembantu Penilaian
4. Pembantu Tadbir
5. Pembantu Awam
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Perbandaran Pengerang.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Semakan Permohonan Bantuan Kewangan RM 600 Dibayar Pada November & Disember
Bagi memelihara kebajikan petani kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tidak ada petani yang tercicir menerima bantuan tersebut.
Bantuan ini merupakan rutin yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan meringankan beban pekebun kecil menghadapi musim tengkujuh.
JUMLAH BANTUAN
Bagi setiap pekebun yang berkelayakan, RISDA akan menyediakan bayaran bantuan berjumlah RM 600.
Walau bagaimanapun, bayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu
PERINGKAT 1 – NOVEMBER (RM 300)
PERINGKAT 2 – DISEMBER (RM 300)
Kepada pemohon yang telah membuat permohonan, untuk makluman anda semakan permohonan kini dibuka.
Terdapat 2 cara untuk menyemak iaitu
melalui laman web rasmi BMT RISDA disini https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/?utm_source=rss&utm_medium=rss
menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan
CARA PERMOHONAN BANTUANUntuk pengetahuan tarikh permohonan telah pun ditutup pada September lepas. Walau bagaimanapun, rayuan permohonan BMT ini akan dibuka bermula 16 September hingga 31 Disember 2022 ini.
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut
Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
Geran asal tanah dan salinan
Salinan buku akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut
-Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
-Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
-Salinan geran lot yang ditoreh
-Salinan buku akaun bank yang aktif
-Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
-Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
-Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur
https://pekebunkecilmakmur.com.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss
MAKLUMAT LANJUTSebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian
Final Piala AFC Gunakan VAR!
Video bantuan pengadil (VAR) sah akan digunakan buat kali pertama di Malaysia dalam perlawanan akhir Piala AFC di antara Kuala Lumpur City FC menentang kelab Oman, Al-Seeb, pada 22 Oktober ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, sambil memberitahu penggunaan VAR itu merupakan syarat dikenakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada tuan rumah sekiranya mahu menganjurkan perlawanan akhir berkenaan.
Selain itu, AFC turut meletakkan syarat supaya lampu limpah stadium perlu sekurang-kurangnya mencapai tahap 1800 Lux.
Sila Baca Disini : Liverpool Bangkit Berpesta Gol!
Final Piala AFC Gunakan VAR!“Bagi aksi final Piala AFC nanti, penganjur meletakkan piawaian supaya stadium yang akan digunakan perlu menggunakan VAR dan lampu limpah sekurang-kurangnya 1800 Lux. Bagi teknologi VAR, ia sudah dalam perjalanan untuk dibawa ke Malaysia.
“Ini sudah tentu perkembangan yang bagus kerana ia akan memartabatkan lagi bukan sahaja bola sepak Kuala Lumpur tetapi seluruh Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan venue yang bakal menjadi pilihan untuk perlawanan akhir Piala AFC, Stanley tidak menolak kemungkinan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kalau kita lihat apa yang dimahukan AFC untuk perlawanan akhir nanti, saya rasa Stadium Bukit Jalil antara stadium yang menepati piawaian.
“Apa-apa pun kami akan membincangkan perkara tersebut dan mungkin pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat,” ujarnya.
KL City akan mencuba menjadi pasukan Malaysia kedua yang berjaya merangkul Piala AFC selepas Johor Darul Ta’zim melakukannya pada 2015.
Jika misi itu berjaya, KL City akan memperoleh trofi kedua dibawah kendalian Bojan Hodak selepas memenangi Piala Malaysia pada musim 2021.
Setakat ini, masih belum lagi ada info mengenai tiket untuk perlawanan akhir ini dan dijangka pihak AFC akan mengumumkannya dalam masa terdekat.
Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membeli & Membina Rumah Sendiri 2022
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan.
Antaranya melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 ahli bagi tujuan membina rumah atau membeli rumah. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai pengeluaran ini:
Syarat Pengeluaran untuk Membina RumahWarganegara Malaysia & Bukan Warganegara;
Mohon juga : Bajet 2023: Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM150 Untuk Semua Murid ~ Mohon Sini Sekarang !
Baca juga : Syarat Kelayakan Bantuan E-Pemula RM200 Buat Belia & RM100 Buat M40
Umur bawah 55 :
Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
Ahli/rakan kongsi membeli tanah dan membina rumah di atas tanah tersebut;
Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan hak milik;
Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.
Syarat Pengeluaran bagi Membeli RumahWarganegara Malaysia & Bukan Warganegara;
Umur bawah 55 tahun:
Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
Membeli rumah kediaman :
Pinjaman yang diluluskan daripada pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi menjualnya/membuang hak milik.
Cara MemohonBagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pengeluaran ini boleh dibuat secara online melalui e-pengeluaran di portal i-Akaun KWSP.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual melalui kaunter cawangan KWSP di seluruh negara dengan membawa dokumen sokongan yang ditetapkan.
Maklumat lengkap mengenai pengeluaran ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.
Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 20 Oktober 2022 (Khamis)Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
October 13, 2022
Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
3. PENOLONG JURURTERA
4. PEMABNTU TADBIR
5. PENYELIA RANCANGAN TANAH
6. PEMANDU KENDERAAN
7. PEMBANTU AWAM
8. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
9. PENOLONG AKAUNTAN
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Liverpool Bangkit Berpesta Gol!
Mohamed Salah jaringkan hatrik dalam masa enam minit selepas dimasukkan ketika Liverpool membantai Rangers di hadapan penyokong mereka sendiri pada aksi UCL.
Penyerang itu menjaringkan tiga gol dalam 13 minit pertamanya yang sensasi di atas padang untuk mendiamkan penyokong di Ibrox yang sebenarnya bermula dengan sangat meriah.
Ini kerana, Scott Arfield telah memberikan Rangers pendahuluan awal dengan gol pertama mereka dalam saingan UCL musim ini.
Sila Baca Disini : Melaka Dan Sarawak Gagal Pelesenan!
Liverpool Bangkit Berpesta Gol!Tetapi, dua gol Roberto Firmino dan satu gol Darwin Nunez membuatkan Liverpool mara, dengan Harvey Elliott turut menjaringkan gol ketujuh selepas pemeriksaan VAR.
Ia adalah persembahan separuh masa kedua yang memukau daripada kelab Liga Perdana itu, yang kini hanya memerlukan keputusan seri menentang Ajax di Amsterdam dalam masa dua minggu untuk mara ke peringkat seterusnya.
Rangers yang kembali semula ke UCL setelah sekian lama, masih mencari mata pertama mereka, dan harapan mereka beralih kepada cubaan untuk menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A dan menuntut tempat Liga Europa.
Ia bukan tugas mudah. Kerana mereka perlu bertandang untuk menentang pasukan pendahulu kumpulan iaitu Napoli.
Ketika Salah berlari masuk ke padang Ibrox, Liverpool sudah berada dalam mood yang sangat baik . Nunez baru sahaja memberikan pendahuluan 3-1 kepada pelawat.
Kemasukan pemain Mesir itu memberikan mimpi ngeri kepada Rangers. Salah hatrik dalam masa enam minit, jarak antara gol pertama dan ketiga beliau.
Ia bermula dengan gol dari sudut yang sukar. Beberapa minit kemudian, Salah memperdaya pertahanan dan penjaga gol sekali lagi.
Hampir tidak ada masa untuk menaip namanya sebagai pemain terbaik perlawanan, Salah terus mencetak gol ketiganya pada malam itu pada minit ke-81. Hanya seminit selepas gol kedua peribadinya.
Kemenangan ini pastinya sangat penting untuk Liverpool selepas kalah di Emirates sebelum ini. Hal ini kerana mereka akan bertemu dengan Manchester City dalam aksi blockbuster di EPL pada Ahad ini.
Liverpool berharap kemenangan ini akan menjadi titik tolak kepada perubahan kempen mereka yang penuh dengan kesulitan pada awal musim ini.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
