BAP 2023 : Semua Pelajar Layak Terima RM 150 Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa ~ Semak Sini !

Bajet 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada petang Jumaat 8 Oktober 2022.

Topik kali ini ialah mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 yang mana terdapat perubahan berkaitan syarat kelayakan.

Menurut Tengku Zafrul, bagi BAP 2023 semua pelajar layak menerima bantuan RM 150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Jika dibandingkan dengan BAP 2022 yang lalu, hanya pelajar yang ibu bapanya berpendapatan bulanan bawah RM 3,000 sahaja layak menerima bantuan.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan bermula 2012 bagi meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung ibu bapa terutama pada awal musim persekolahan.

Geran ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan.

KADAR BAYARAN BANTUAN

Mulai 2022, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dibayar sekali sahaja berjumlah RM150 setiap pelajar. Bagi tahun 2023, jumlah bayaran tidak berubah iaitu masih RM 150.

Berbanding BAP 2021 dan tahun-tahun sebelumnya di mana jumlah bantuan hanya RM 100. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai tiga orang anak maka mereka layak menerima RM 450.BAJET BAP 2023

Peruntukan disediakan untuk BAP adalah membabitkan RM 825 juta, jauh melebihi tahun ini RM 450 juta.

SYARAT KELAYAKAN

Kini bagi BAP 2023, bantuan diberikan TANPA MENGIRA had pendapatan ibu bapa. Oleh hal demikian, kesemua murid layak terima bantuan sekiranya

-Murid tersebulah adalah warganegara Malaysia

-Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta

KAEDAH BAYARAN

Pembayaran akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu

1. Secara Tunai

Diberikan melalui sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan untuk para ibu bapa hadir untuk terima bantuan

2. Secara Kredit

Dikreditkan bantuan kepada murid/ibu bapa yang mempunyai akaun bank.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2022 00:17
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.