Final Piala AFC Gunakan VAR!
Video bantuan pengadil (VAR) sah akan digunakan buat kali pertama di Malaysia dalam perlawanan akhir Piala AFC di antara Kuala Lumpur City FC menentang kelab Oman, Al-Seeb, pada 22 Oktober ini.
Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, sambil memberitahu penggunaan VAR itu merupakan syarat dikenakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada tuan rumah sekiranya mahu menganjurkan perlawanan akhir berkenaan.
Selain itu, AFC turut meletakkan syarat supaya lampu limpah stadium perlu sekurang-kurangnya mencapai tahap 1800 Lux.
Sila Baca Disini : Liverpool Bangkit Berpesta Gol!
Final Piala AFC Gunakan VAR!“Bagi aksi final Piala AFC nanti, penganjur meletakkan piawaian supaya stadium yang akan digunakan perlu menggunakan VAR dan lampu limpah sekurang-kurangnya 1800 Lux. Bagi teknologi VAR, ia sudah dalam perjalanan untuk dibawa ke Malaysia.
“Ini sudah tentu perkembangan yang bagus kerana ia akan memartabatkan lagi bukan sahaja bola sepak Kuala Lumpur tetapi seluruh Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan venue yang bakal menjadi pilihan untuk perlawanan akhir Piala AFC, Stanley tidak menolak kemungkinan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kalau kita lihat apa yang dimahukan AFC untuk perlawanan akhir nanti, saya rasa Stadium Bukit Jalil antara stadium yang menepati piawaian.
“Apa-apa pun kami akan membincangkan perkara tersebut dan mungkin pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat,” ujarnya.
KL City akan mencuba menjadi pasukan Malaysia kedua yang berjaya merangkul Piala AFC selepas Johor Darul Ta’zim melakukannya pada 2015.
Jika misi itu berjaya, KL City akan memperoleh trofi kedua dibawah kendalian Bojan Hodak selepas memenangi Piala Malaysia pada musim 2021.
Setakat ini, masih belum lagi ada info mengenai tiket untuk perlawanan akhir ini dan dijangka pihak AFC akan mengumumkannya dalam masa terdekat.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
