Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 73

October 5, 2022

Format TM Piala Malaysia 2022!

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tiada aksi peringkat kumpulan bagi format Piala Malaysia 2022 yang menyaksikan semua pasukan akan diundi untuk memulakan cabaran dalam pusingan 16 pasukan.

Keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu dicapai selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa dan impak kepada Piala Malaysia dengan ramalan cuaca yang membimbangkan menjelang akhir tahun yang sukar menawarkan MFL sebarang ruang untuk penangguhan.

Justeru, ketiadaan perlawanan di peringkat kumpulan dapat memberikan ruang dan masa kepada kelab-kelab dan juga MFL, sekali gus mengimbangi kualiti salah satu kejohanan paling tertua di Asia itu serta memastikan pencegahan kecederaan pemain.

Sila Baca Disini : City ‘Selamba’ Belasah United!

Format TM Piala Malaysia 2022!

MFL mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia, Khamis lalu dan memaklumkan bahawa hujan lebat dijangka berlaku bermula bulan ini hingga Disember 2022.

Sehubungan itu, format Piala Malaysia 2022 akan dimainkan bermula dalam pusingan 16 pasukan secara timbal balik sekali gus tiada perlawanan peringkat kumpulan pada tahun ini.

Sekiranya Kuala Lumpur City layak ke perlawanan akhir Piala AFC, maka kejohanan edisi ke-101 itu bakal membuka tirai bermula 25 dan 26 Oktober 2022.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2022 01:20

October 4, 2022

City ‘Selamba’ Belasah United!

Seorang pemain mencatat hatrik mungkin perkara biasa dalam perlawanan bola sepak. Tetapi dua pemain berbeza melakukan perkara tersebut adalah satu situasi yang cukup istimewa.

Ia adalah malam yang cukup sempurna buat Manchester City selepas membelasah jiran setempat Manchester United 6-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad lepas.

Aksi yang berlangsung di Stadium Etihad tersebut menyaksikan Erling Haaland dan Phil Foden masing-masing menyumbang tiga gol peribadi untuk mengekalkan penguasaan City dalam Derbi Manchester.

Sila Baca Disini : Takziah Buat Bola Sepak Indonesia

City ‘Selamba’ Belasah United!

Sejak mula perlawanan lagi The Citizen selesa mendominasi penguasaan bola dan membuka jaringan seawal minit kelapan menerusi Foden sebelum Haaland menyumbat dua gol pantas pada minit ke-34 dan ke-37.

Foden kemudian meletakkan City selesa dengan kedudukan 4-0 sebelum rehat dan penyokong United kelihatan mula meninggalkan stadium.

Pemain sayap Brazil, Antony dos Santos kemudian menghidupkan sisa pengharapan United dengan gol cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-56.

Namun lapan minit kemudian Haaland membuktikan beliau merupakan penyerang paling berbisa di dunia dengan hatrik ketiga berturut-turut di tempat sendiri sebelum Foden mengikut jejak rakan sepasukannya pada minit ke-72.

United berhasil mendapat dua gol tambahan menerusi pemain gantian Anthony Martial pada penghujung perlawanan, namun tiga mata kekal menjadi milik hak mutlak City dalam aksi ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 21:56

Perodua Axia Baharu Bakal Ada Turbo Seperti Ativa?

Toyota Agya dan Daihatsu Ayla yang serba baharu kini bakal diperkenalkan pada tahun depan. Ia difahamkan bahawa kembar Perodua Axia itu bakal membuat kemunculan pada bulan Mac dengan kuasa enjin 1.0 liter turbo. Namun, Kedua-dua model itu bakal didatangkan dengan enjin 1.0 liter turbo dan 1.2 liter aspirasi semulajadi iaitu janakuasa sama yang digunakan pada enjin Daihatsu Rocky (Perodua Ativa).

Sumber: google image

Disamping itu, model yang akan datang Daihatsu Ayla akan mula mempertaruhkan enjin 998cc 1KR-VET 3-silinder sebaris DOHC VVT-i yang akan menghasilkan kuasa 98PS @6,000rpm dan tork 140.2Nm @ 2,400-4,000rpm. Sementara enjin kedua 1.2 liter DOHC Dual VVT-i mampu menghasilkan kuasa 88PS @ 6,000rpm dan tork 112.7Nm @ 4,500rpm. Sepertu mana Toyota Raize dan Daihatsu Rocky turbo,  transmisi pula bakal menggunakan 5-kelajuan manual atau D-CVT (Dual CVT).

Namun, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla sedia ada di Indonesia ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.0 liter 3-silinder yang menghasilkan kuasa 67PS dan tork 89Nm dan enjin 1.2 liter 4-silinder (88PS/108Nm). Perodua Axia pula dilengkapi dengan enjin 1.0 liter VVT-i berkuasa 68 PS dan tork 91Nm bersama transmisi 4 E-AT.

Sumber: google image

Walaubagaimanapun, Sekiranya pasaran jiran bakal menerima enjin 1.0 liter turbo ia tidak mustahil jua bahawa Perodua Axia  akan turut ditawarkan dengan janakuasa sama atau juga hanya didatangkan dengan enjin 1.2 liter untuk mengekalkan statusnya sebagai kenderaan yang mampu milik.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 19:41

Permohonan Bantuan Am Persekutuan JKM Sehingga RM350

Bermula Oktober ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan Bantuan Am Persekutuan khas sehingga RM350 sebulan.

Bantuan Am Persekutuan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian individu/ keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar BantuanMinimum- RM100Maksimum- RM350Syarat KelayakanPemohon seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.Tergolong daripada yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Baca Juga: Semakan BKM Fasa 4

Cara MohonSila layari laman web JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my?utm_source=rss&utm_medium=rss atau muat turun borang permohonan.Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.Daftar permohonan mengikut negeri.Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar borang permohonan.Borang PermohonanJKM 18 – Borang Permohonan BantuanJKM 20 – Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019Dokumen Sokongan

Berikut merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan :

Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)Salinan kad pengenalan / mykid / sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahajaSalinan kad OKU/ Slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU)Salinan sijil kematian/ penceraian (jika berkaitan)Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikanSalah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon, DLL.Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).

Baca Juga: Bantuan Awal Pengajian Untuk Pelajar B40 RM1,000

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 18:00

Jawatan Kosong Di Westports Malaysia Sdn Bhd – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Westports Malaysia Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Internal Audit Executive
2. IoT Executive
3. PHP Developer

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Westports Malaysia Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 06:32

Bantuan Skim Jaya Usahawan Belia RM2000 – RM5000

Program Skim Usahawan Belia Jaya (SYABAS) merupakan program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi memacu pembangunan ekonomi dan memperkasakan potensi belia Sabah.

SYABAS juga merupakan program yang menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan niaga pintar kepada usahawan belia Sabah.

Program ini merupakan inisiatif Ketua Menteri Sabah untuk membantu belia Sabah memajukan perniagaan sedia ada atau memulakan perniagaan baharu.

Mohon Rayuan BKM  : Rayuan BKM 2022 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Objektif Program Skim Jaya Usahawan Belia

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk:

Membantu belia memulakan perniagaan selepas kehilangan pekerjaan selepas Pandemik Covid-19.Membantu usahawan belia yang mempunyai produk untuk memajukan lagi operasi perniagaan.Membantu membina usahawan belia perniagaan eksport/import untuk mengekalkan perniagaan belia.Sasaran ProgramSasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun.Kategori Permohonan

Terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan iaitu:

Start-up Fund: Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan yang berjumlah RM2,000.Young Developing Creative Business Fund: Dana bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada yang berjumlah RM5,000.Syarat Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon program ini adalah seperti:

Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.Cara Mohon Skim Jaya Usahawan Belia

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

Layari laman web https://syabas.gov.my?utm_source=rss&utm_medium=rss/.Klik bahagian ‘Daftar’ dan butang ‘Daftar Sekarang.’Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.Isi maklumat yang diperlukan.Pilih kategori permohonan yang diinginkan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.Dokumen Yang DiperlukanDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

i) Start-up Fund

Lesen perniagaanPenyata akaun bankSalinan ICDokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)

ii) Young Developing Creative Business Fund

6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerjaLesen perniagaanPenyata akaun bankSalinan ICDokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SYABAS, sila layari laman web https://syabas.gov.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 05:37

Jawatan Kosong Di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PERSONEL MySTEP

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 07 Oktober 2022 (Jumaat)
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 05:15

Jawatan Kosong Di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PENGATURCARA SISTEM
2. KERANI DATA
3. PENOLONG PEGAWAI PENTADBIRAN
4. PEMBANTU TEKNIKAL JURUTERA
5. PEMBANTU PENTADBIRAN DATA
6. PEMBANTU PENTADBIRAN PEJABAT
7. PEMBANTU JURUTERA

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 07 Oktober 2022 (Jumaat)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 05:03

Takziah Buat Bola Sepak Indonesia

Seramai 127 orang mangsa terkorban dalam satu tragedi kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di antara Arema FC dan Persebaya dalam saingan Liga 1 Indonesia di Malang, demikian dilaporkan media-media tempatan di negara itu.

Menurut laporan Kompas TV kelmarin, kejadian itu berlaku selepas kekalahan 2-3 Arema kepada pasukan pelawat berkenaan.

Difahamkan 180 orang mangsa cedera dan 127 orang meninggal dunia termasuk dua anggota polis dalam tragedi hitam itu.

Sila Baca Disini : Juara Kali Ke-9 Buat JDT!

Takziah Buat Bola Sepak Indonesia

Difahamkan juga, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) akan menghentikan saingan liga berkenaan bagi memberikan ruang buat siasatan menyeluruh dijalankan.

PSSI turut mengesahkan kejadian itu menerusi satu kiriman dalam laman Facebook rasmi mereka.

“Turut berdukacita atas kejadian yang menimpa pencinta bola sepak tanah air di Stadium Kanjuruhan, Malang,” kata PSSI dalam satu kenyataan.

“Semoga Allahyarham dan Allahyarhamah mendapat tempat terbaik di sisi-Nya dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2022 02:08

October 3, 2022

Rayuan BKM 2022 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Masih ada lagi yang layak menerima BKM tetapi masih belum berdaftar dalam pangkalan data Kerajaan. Justeru, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan permohonan BKM telah dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Mohon Juga Pengeluaran KWSP : Terkini : Kerajaan Setuju Pertimbang Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Semak Sekarang!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rayuan BKM 2022 :

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah :

1) Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau

2) Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Semakan & Tarikh Pembayaran Status Kelulusan Rayuan BKM

Untuk makluman, permohonan yang diluluskan akan menerima BKM melalui pembayaran Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada September 2022 dan Disember 2022.

Baru-baru ini, pengguna media sosial turut berkongsi status rayuan mereka. Ada yang lulus selepas membuat rayuan dan ada yang diluluskan dengan jumlah tambahan selepas mengemas kini maklumat.

LULUS RAYUAN BKM

LULUS AMAUN TAMBAHAN SETELAH MENGEMASKINI MAKLUMAT RAYUAN

TIDAK LULUS RAYUAN

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status rayuan mulai 20 September 2022:

1) Semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/?utm_source=...
2) Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Klik pada ikon Semakan Status.
3) Kemudian, lihat bahagian Maklumat Bayaran.
4) Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Jumlah bayaran Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima bagi pemohon yang LULUS adalah berdasarkan kategori yang ditetapkan.

Sila rujuk jadual di bawah untuk butiran pembayaran yang akan dikreditkan:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut :

i. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat.

ii. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022.

Tarikh Permohonan Rayuan

Permohonan Rayuan BKM 2022 telah dibuka pada tarikh berikut:

– Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

– Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan TIDAK LULUS, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah tidak dibenarkan.

Ini kerana kelulusan Rayuan BKM 2022 adalah MUKTAMAD

Kaedah Permohonan Rayuan BKM

Kaedah Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

1) Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my?utm_source=r... ; atau

2) Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di :
– Cawangan LHDNM
– Pejabat Satelit (PS)
– Pusat Khidmat Hasil (PKH)
– Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
– *NOTA: Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan.

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

Kod / Alasan Tidak Lulus BKM

Untuk makluman pemohon, alasan tidak lulus BKM akan dipaparkan pada butang ‘Reason’ seperti yang dinyatakan di bawah:

Kod Gagal BKM 2022 adalah seperti di bawah.

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa:

Dokumen Sokongan untuk Dilampirkan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sertakan berdasarkan kod sebab tidak lulus yang dinyatakan pada status masing-masing.

Sumber: LHDNM

Penerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)

Ketika kelulusan BKM dimuatnaik di laman web BKM, agak ramai pemohon Kategori Bujang yang kecewa kerana tidak lulus dengan menerima Kod 06.

Apakah maksud Kod 06 dan bolehkah mereka memohon rayuan?

Mengikut FAQ_Rayuan_BKM yang dikeluarkan oleh LHDN, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 21:45

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.