Rayuan BKM 2022 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Masih ada lagi yang layak menerima BKM tetapi masih belum berdaftar dalam pangkalan data Kerajaan. Justeru, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan permohonan BKM telah dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Pemohon boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk semakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Mohon Juga Pengeluaran KWSP : Terkini : Kerajaan Setuju Pertimbang Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Semak Sekarang!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rayuan BKM 2022 :

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah :

1) Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau

2) Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Semakan & Tarikh Pembayaran Status Kelulusan Rayuan BKM

Untuk makluman, permohonan yang diluluskan akan menerima BKM melalui pembayaran Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada September 2022 dan Disember 2022.

Baru-baru ini, pengguna media sosial turut berkongsi status rayuan mereka. Ada yang lulus selepas membuat rayuan dan ada yang diluluskan dengan jumlah tambahan selepas mengemas kini maklumat.

LULUS RAYUAN BKM

LULUS AMAUN TAMBAHAN SETELAH MENGEMASKINI MAKLUMAT RAYUAN

TIDAK LULUS RAYUAN

Berikut dikongsikan cara membuat semakan status rayuan mulai 20 September 2022:

1) Semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/?utm_source=...
2) Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Klik pada ikon Semakan Status.
3) Kemudian, lihat bahagian Maklumat Bayaran.
4) Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Jumlah bayaran Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima bagi pemohon yang LULUS adalah berdasarkan kategori yang ditetapkan.

Sila rujuk jadual di bawah untuk butiran pembayaran yang akan dikreditkan:

Kaedah Pembayaran

Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut :

i. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat.

ii. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022.

Tarikh Permohonan Rayuan

Permohonan Rayuan BKM 2022 telah dibuka pada tarikh berikut:

– Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

– Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.

Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan TIDAK LULUS, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah tidak dibenarkan.

Ini kerana kelulusan Rayuan BKM 2022 adalah MUKTAMAD

Kaedah Permohonan Rayuan BKM

Kaedah Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

1) Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my?utm_source=r... ; atau

2) Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di :
– Cawangan LHDNM
– Pejabat Satelit (PS)
– Pusat Khidmat Hasil (PKH)
– Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
– *NOTA: Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan.

Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.

Kod / Alasan Tidak Lulus BKM

Untuk makluman pemohon, alasan tidak lulus BKM akan dipaparkan pada butang ‘Reason’ seperti yang dinyatakan di bawah:

Kod Gagal BKM 2022 adalah seperti di bawah.

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa:

Dokumen Sokongan untuk Dilampirkan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sertakan berdasarkan kod sebab tidak lulus yang dinyatakan pada status masing-masing.

Sumber: LHDNM

Penerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)

Ketika kelulusan BKM dimuatnaik di laman web BKM, agak ramai pemohon Kategori Bujang yang kecewa kerana tidak lulus dengan menerima Kod 06.

Apakah maksud Kod 06 dan bolehkah mereka memohon rayuan?

Mengikut FAQ_Rayuan_BKM yang dikeluarkan oleh LHDN, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2022 21:45
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.