Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 89

September 16, 2022

Elfira Loy Terpaksa Dikejarkan Ke HOspital Untuk Rawatan Segera

Baru – baru ini pelakon comel , Elfira Loy berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang teruk dan terganggu akibat tekanan menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital dengan segera.

Dia telah dibawa kehospital unutk mendapatkan rawaran dan terpaksa mengambil dan bercuti sepenuhnya untuk memulihkan dirinya selepas ini.

Mengakui dirinya  terlalu letih dan terlalu banyak menghabiskan masa berfikir sehingga menjejaskan kesihatan dirinya yang baru sahaja habis pantang anak keduanya baru – baru ini.

Walaupun mempunyai pembantu untuk menguruskan anak- anaknya tetapi faktor menyebabkan dia memerlukan banyak masa dan perkara yang perlu dilakukan dan bersyukur kerana mendapat rawatan lebih awal.

“Masa untuk berehat. Hantaran ini adalah untuk mengingatkan diri saya bahawa tubuh badan saya perlukan rehat bila saya perlukan dan terlalu banyak berfikir juga mampu menyakitkan saya.”

Tiba – tiba Sakit

Bercerita tentang keadaanya sebelum itu , dua mengakui dirinya mengalami keadaaan tidak stabil sehingga hampir kemalangan namun masih dapat dielakkan ,

“Gejala awal yang saya alami adalah rasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit. Sehari selepas itu, saya rasa lebih baik, tapi saya terlanggar cermin sisi satu kenderaan (ketika memandu), tapi sempat tarik.Tak sedar pun macam mana jadi. Tapi, saya teruskan juga dengan mesyuarat saya,” tulisnya.

[image error]

Tetapi keadaan semakin teruk apabila dirinya mengalami cirit birit dan muntah beberapa kali namun terus meneruskan rutin hariannya sehinggalah dia merasa sakit pada bahagian perut ,

“Selepas mesyuarat, saya pulang ke rumah dan berehat. Kemudian, saya pulang ke rumah ibu dan beritahu dia. Semasa waktu Isyak, saya macam sakit perut. Selepas itu, cirit-birit. Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat, kemudian, ketika solat saya rasa susah nak bernafas dan sakit di bahagian abdomen. Tiba-tiba saya muntah. Dua kali , ceritanya lagi.

Mengambil inisiatif untuk berbaring sahaja tanpa terlalu memikirkan sakitnya itu ,  semasa tido Elfira merasakan dirinya semakin teruk dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Saya minum banyak air, kemudian terus tidur saja. Semasa tidur, saya rasa dunia berputar dan seperti dilanda ombak serta rasa nak terjatuh. Takut sangat sebab saya masih pegang Aria. Saya berpeluh pada malam itu. Itu yang saya terus pergi ke hospital,” katanya.

Setelah pemeriksaan susulan dilakukan , dia merasa bersyukur kerana tiada apa yang perlu dirisaukan kerana semuanya baik – baik sahaj dan hanya perlu berehat namun jika ianya berterusan dia harus menjalani proses yang seterusnya.

BACA : Mas Idayu Sah Bergelar Isteri Kepada Sufian Isa

“Nasib baik semua keputusan pemeriksaan okay. Alhamdulillah. Saya cuma perlukan rehat dan minum banyak air. Tapi, kalau berterusan lagi dalam dua hari, saya perlu lakukan imbasan CT (CT Scan), yang mana, saya nak elakkan. Jadi, mohon doakan saya,” tulisnya.

Elfira juga sempat memohon doa orang ramai agar dirinya diberikan kesihatan yang baik dan berterima kasih dengan sokongan dan ucapan daripada peminat dan rakan artis yang lain.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2022 04:15

Barca Kalah Lagi Dengan Bayern!

Bayern Munich menewaskan Barcelona awal pagi kelmarin dalam kempen kumpulan C Liga Juara Juara Eropah di Stadium Allianz Arena.

Gol separuh masa kedua dari Lucas Hernandez dan Leroy Sane menambahkan deretan kekalahan Barca di bumi Munich. The Catalan tersebut telah gagal untuk menang dalam 7 pertemuan di Bavaria.

Dengan mencatatkan hanya dua seri dan lima kekalahan serta dinafikan dengan aggregat jaringan 16-4.

Sila Baca Disini : Joel Matip Wira Liverpool!

Barca Kalah Lagi Dengan Bayern!

Untuk Bayern pula, kemenangan amat dicari pasukan tersebut setelah prestasi hambar di Bundeliga dengan tiga deretan keputusan seri dicatatkan sebelum perlawanan ini.

“Barca mempunyai peluang terbaik pada separuh masa pertama. Kami bergantung kepada Neuer sahaja,” ulas jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.

“Selepas rehat, kami lebih agresif. Kami cepat untuk jaringkan dua gol. Secara asasnya kami menang kerana kecekapan pasukan lebih tinggi.

“Dari pihak pasukan, saya juga sangat gembira Lewandowski tidak menjaringkan gol pada malam ini.”

Robert Lewandowski yang membuat penampilan semula ke Bavaria setelah beliau berpindah ke Nou Camp pada perpindahan musim panas baru baru ini mempunyai peluang besar untuk jaringkan gol pada minit ke 18 selepas menerima hantaran cemerlang dari Gavi.

Penyerang Poland tersebut terlepas dua peluang terbaik pada separuh masa pertama setelah Bayern jarang menguji pintu gol Marc Andre Ter Stegen dan kedua dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan 0-0.

Tuan rumah yang perlu berterima kasih kepada Manuel Neuer yang mengagalkan peluang Barca, telah mendapatkan jaringan pertama menerusi tandukan Lucas Hernandez sejurus lima minit permainan dimulakan semula.

Dalam Barcelona sibuk mencari rentak, Bayern jaringkan gol kedua menerusi Sane yang bijak menerima hantaran flick Jamal Musiala.

Selepas itu, Pedri membuat percubaan ke arah gol pada minit ke 63 namun bola hanya singgah ke tiang.

Wakil German itu kekal tenang sehingga wisel penamat dan berjaya mendapatkan 3 mata penuh. Selepas ini Bayern akan menerima kunjungan wakil Czech iaitu Plzen pada 4 Oktober.

Pasukan Xavi Hernandez masih berada dikedudukan kedua kumpulan dan akan menentang Inter Milan yang berada ditempat ketiga.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2022 02:29

YP MAIDAM Tawar Bantuan Tambang Penerbangan Pulang Ke Tanah Air

Kini, Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan bantuan tambang penerbangan pelajar IPT.

Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.

Baca juga:

Potongan Harga Tiket Feri Khas Untuk Penduduk LangkawiSkim MPPK 2.0 Kini Dibuka Untuk Penjaja dan Peniaga KecilPermohonan Dibuka:

Pemohon mestilah membuat permohonan 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon mestilah rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.Pemohon mestilah beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.Tahap pengajian yang akan dipertimbangkan hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.Bagi pelajar luar negara, mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran tajaan mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak serta tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekuranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.Permohonan tidak layak dipertimbangkan sekirnaya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhnya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengahian dalam dan luar negara.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari portal Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Langkah 2: Klik daftar.

Langkah 3: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 4: Hantar permohonan.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon:

1 Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).1 Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan pengajian sepanjang tempoh pengajian.1 Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.1 Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.1 Salinan asal tiket kapal terbang.1 Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut. (Hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM).1 Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).1 Slip permohonan.

Nota: Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Yayasan Pendidikan MAIDAM atau hubungi di talian 09-6223500 / 096225600.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2022 01:51

September 15, 2022

Mas Idayu Sah Bergelar Isteri Kepada Sufian Isa

Penyanyi dangdut terkanal , Mas Idayu kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Sufian Isa yang merupakan seorang Penerbit Eksekutif TV3 hari ini dengan sekali lafaz sahaja.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru berwakil walikan bapanya Mesnun Hassan di masjlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Majlis ringkas tetapi mewah itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan media yang dijemput kerana ianya dilakukan secara tertutup.

BACA INi : Isteri DDNK Mengamuk Kerana Dituduh Sebagai Perampas

Muhammad Sufian Isa menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta tujuh dulang hantaran namun wang hantaran telah dirahsiakan jumlahnya daripada umum atas sebab tertentu.

Majlis yang bertemakan fairytale itu memperlihatkan pasangan pengantin tersebut mengenakan persalinan berwarna rona merah jambu yang sedondon dan sepadan.

Mas Idayu dilihat menangis selepas akad nikah kerana terharu dan merasa terlalu bahagia dengan pernikahan tersebut sehingga tidak dapat menahan air mata .

Dia yang ditemani anak tercinta mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlisnya itu dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Berkongsi rasa gembira di Ig miliknya , Mas Idayu mendapat pelbagai respon daripada rakan artis dan juga peminat yang mengucapkan tahniah diatas pernikahannya itu dan mendoakan kebahagiann pasangan itu.

Resepsi

Pasangan itu bakal diraikan dengan meriah dalam satu majlis resepsi yang mewah pada malam ini di tempat yang sama tetapi tema busana yang berbeza .

Sekadar info, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997, namun bercerai pada tahun 2006. Pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 22:36

Jualan Kereta Akan Dijangka Lebih Perlahan Pada Tahun Depan

Hasil Jualan kereta yang kukuh pada tahun ini akan dijangka perlahan pada 2023 berikutan gambaran makroekonomi mencabar.Penganalisis RHB Research, Jim Lim Khai Xhiang telah berkata antara risiko negatif yang boleh mengekang pemulihan sektor automotif adalah membabitkan kekurangan komponen penting yang berpanjangan dan penangguhan pelancaran model baharu.

Disamping itu, risiko-risiko lain adalah kelulusan pinjaman bank semakin ketat untuk pembiayaan kereta dan mata wang ringgit lebih lemah. Beliau berkata, tempahan kereta baharu secara umumnya berkurangan antara 20 hingga 30 peratus pada Julai lalu susulan tamatnya pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada akhir Jun. Ia dimaklumkan bahawa tempahan (kereta) meningkat semula pada Ogos, namun ia masih rendah berbanding jualan kukuh pada separuh pertama 2022.

Sumber: google image

Dengan bekalan cip kembali normal, namun industri masih menghadapi masalah kekurangan komponen. Ia mendapat tahu daripada eksekutif dan penjual bahawa isu rantaian bekalan mereda dengan ketara. Rata-rata pengeluar kereta berjaya memperoleh bekalan cip, namun masih menghadapi kekurangan komponen. Sebagai contoh, sesetengah pengeluar kenderaan di Eropah masih tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk abah-abah wayar, pembesar suara dan lampu depan.

Secara umumnya, beliau berkata syarikat automotif tempatan mencatatkan keputusan kewangan melebihi jangkaan pada suku kedua 2022, didorong oleh margin lebih baik. langkah pembendungan kos dan strategi perlindungan nilai tukaran asing yang diambil oleh UMW dan Tan Chong Motor berjaya membantu menahan impak daripada nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh berbanding ringgit serta komponen kereta yang lebih mahal.

Sumber: google image

Namun, Perolehan oleh Sime Darby pula, katanya meningkat ekoran catatan margin lebih tinggi berbanding jangkaan yang berpunca daripada segmen perindustriannya di Australasia. Jualan kereta Sime Darby di China tidaklah seteruk yang kami jangkakan apabila hanya susut 1.4 peratus berbanding suku sebelumnya. MBM Resources dan Bermaz Auto pula mencatatkan keputusan menepati jangkaan.

RHB Research mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif berdasarkan prospek berhati-hati untuk tahun kewangan 2023. Mereka masih menyukai Bermaz Auto kerana kadar hasil dividennya diunjurkan sebanyak tujuh peratus bagi tahun kewangan 2023 dan pertumbuhan dalam jenama Kia dan Peugeot, manakala Sime Darby pula dipilih kerana kadar hasil dividennya lima peratus selain pengukuhan dalam segmen perindustrian dan jenama motor berkualiti tinggi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 19:36

Potongan Harga Tiket Feri Khas Untuk Penduduk Langkawi

Penduduk daerah Langkawi yang mahu menikmati potongan harga bagi tiket feri untuk perjalanan keluar dan masuk ke pulau boleh membelinya secara online mulai Oktober ini.

Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom, bagi pengesahan mereka adalah penduduk Langkawi, ia boleh dilakukan dengan nemuat turun borang yang disediakan di laman web Feri Langkawi.

Baca juga:

Punca Sebenar Masalah BKM Gagal Kredit 2022Peguam Beritahu Najib Tidak Terlihat Seperti Biasa

Penduduk hanya perlu mengisi borang yang disediakan di laman web dan menghantar borang yang dikepilkan dengan salinan kad pengenalan itu ke pejabat untuk semakan oleh pihak feri.

Oleh itu, langkah pengesahan itu diambil bagi mengelak penumpang yang tidak layak membeli tiket yang dikhaskan untuk penduduk Langkawi daripada berbuat demikian.

Menurut Kapten Baharin juga, setakat ini potongan harga hanya disediakan untuk penduduk Langkawi sahaja dan tidak ditawarkan kepada mereka yang bekerja di sini.

Pihaknya juga akan menggunakan laman web syarikat bagi pembelian tiket feri penduduk Langkawi.

Terdahulu, tiket bagi perkhidmatan feri keluar masuk ke Langkawi dinaikkan pada 4 Ogos lalu, dengan kadar baharu menyaksikan harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi yang kini berharga RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.

Manakala bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 untuk tambang kanak-kanak.

Walau bagaimanapun penduduk Langkawi, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) masih kekal menikmati tambang feri yang sama dan boleh menikmati harga itu melalui pembelian di kaunter jualan.

 

Sumber: UTUSAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 13:40

Met Malaysia Ramal Cuaca Buruk Di Beberapa Kawasan

Kebelakangan ini, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Baca juga:

Penawaran Pinjaman PTPTN Dinaikkan Daripada 75% Kepada 100%Bendera Negeri Selangor Dikibar Separuh Tiang Selama Tiga Hari

Met Malaysia menjangkakan di negeri Perak adalah di Hulu Perak.

Manakala di Kelantan pula di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.

Selain itu, di negeri Terengganu adalah di Dungun dan Kemaman.

Pahang pula di daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

Manakala negeri Johor di Segamat dan Kluang.

Turut dimaklumkan oleh MetMalaysia, cuaca buruk juga diramalkan di Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman, manakala Sabah di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Beluran).

 

Sumber: KOSMO! ONLINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 13:16

Joel Matip Wira Liverpool!

Gol minit akhir jaringan Joel Matip berjaya membantu Liverpool mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan Champions League musim ini selepas menewaskan Ajax 2-1 di Anfield awal pagi semalam.

[image error]

Liverpool memulakan kempen saingan Champions League musim ini dengan mencatatkan kekalahan memalukan 4-1 bertemu Napoli di Itali minggu lalu.

Namun, minggu ini anak-anak buah Jurgen Klopp itu turun melayan kunjungan Ajax ke bumi Anfield untuk aksi perlawanan kedua dalam saingan peringkat kumpulan A.

Sila Baca Disini : Perak FC Sambar LTK!

Joel Matip Wira Liverpool!

Ajax sendiri sebelum ini berjaya menewaskan Rangers 4-0 dalam aksi perlawanan pembukaan mereka di halaman sendiri.

[image error]

Memandangkan Liverpool sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, maka tidak hairanlah mengapa Ajax dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk memenangi perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, skuad The Reds berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka dan cemerlang menewaskan Ajax untuk mengutip tiga mata pertama mereka.

Liverpool berjaya membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-17 permainan hasil gol yang dijaringkan oleh Mohamed Salah.

Gol tersebut merupakan gol ke-15 Salah di pentas bola sepak Eropah, secara tak langsung ia memecahkan rekod Steven Gerard (14 gol) sebagai penjaring terbanyak Liverpool di pentas Eropah.

10 minit sahaja selepas itu, Ajax berjaya menjaringkan gol penyamaan mereka dalam perlawanan ini menerusi Mohammed Kudus untuk mengikat Liverpool 1-1.

Kedua-dua pasukan kemudiannya berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka, namun tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.

Ketika ramai yang merasakan perlawanan ini akan berakhir dengan keputusan seri, Joel Matip tampil meledak gol kemenangan untuk The Reds pada minit ke-89 permainan.

Joel Matip berjaya menanduk padu bola cantik hantaran Kostas Tsimikas dari sudut sepakan penjuru untuk membantu Liverpool memperoleh gol kemenangan mereka pada minit-minit akhir permainan.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat, secara tak langsung mengesahkan kemenangan 2-1 berpihak kepada Liverpool menewaskan Ajax.

Liverpool kini berada di kedudukan ketiga dalam aksi saingan peringkat kumpulan A, selepas anak-anak buah Jurgen Klopp itu berjaya mengutip 3 mata dari dua perlawanan.

Ajax sementara itu berada di kedudukan pertama dengan kelebihan dari segi jaringan, namun kedudukan itu bakal berubah andai Napoli berjaya mengutip mata bertemu Rangers nanti.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 13:07

Penawaran Pinjaman PTPTN Dinaikkan Daripada 75% Kepada 100%

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan suatu penawaran yang kerajaan akan lakukan demi menjaga kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan bersetuju meningkatkan penawaran pinjaman PTPTN kepada mahasiswa daripada golongan keluarga M40, daripada pinjaman berjumlah 75% kepada pinjaman sepenuhnya, 100%.

Baca juga:

Skim MPPK 2.0 Kini Dibuka Untuk Penjaja dan Peniaga KecilBendera Negeri Selangor Dikibar Separuh Tiang Selama Tiga Hari

Oleh hal demikian, mahasiswa daripada keluarga M40 turut boleh memohon pinjaman sepenuhnya, dan tidak hanya dihadkan kepada maksima 75% jumlah pinjaman pengajian seperti sebelum ini.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN golongan M40, sebagai antara usaha kerajaan menjaga kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia.

Tujuan langkah ini diumumkan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa.

 

Sumber: RNGGT.COM

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 13:02

Skim MPPK 2.0 Kini Dibuka Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil

Bank Rakyat kini meneruskan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), khas untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Skim ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2022 di mana inisiatif pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID.

Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19.

Baca juga:

Bendera Negeri Selangor Dikibar Separuh Tiang Selama Tiga HariPunca Sebenar Masalah BKM Gagal Kredit 2022Perincian Bantuan:

Berikut adalah kelebihan skim pembiayaan:

Saiz Pembiayaan : RM1,000 – RM10,000

Tempoh Pembiayaan : Sehingga 5 tahun

Moratorium : Sehingga 1 tahun (12 bulan)

Kadar Keuntungan : 0%

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur 18 – 60 tahun.Permohonan terbuka kepada individu.Pemohon mestilah seorang penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam talianPemohon mestilah mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi.Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah.Cara Permohonan:

Untuk memohon, sila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau qr2e@bankrakyat.com.my atau kunjungi Laman Khas Bank Rakyat

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Bank Rakyat

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 10:38

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.