Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 93

September 12, 2022

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 mungkin dibenarkan, sila semak kelayakan sekarang

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 mungkin dibenarkan, sila semak kelayakan sekarang. Alhamdulillah. Berita baik untuk pencarum KWSP di mana kerajaan akhirnya bersetuju untuk mempertimbangkan untuk mengeluarkan KWSP Khas 2.0 dalam masa terdekat.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shadar Bin Abdullah ketika berucap di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

KERAJAAN SETUJU PERTIMBANG PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Timbalan Menteri Kewangan ke-1, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah pada Isnin semalam menyatakan di Dewan Rakyat bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pelepasan KWSP 2.0.

Beliau berkata, segala input berkaitan cara mengharumkan nama kerajaan dan meningkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji dengan teliti dan pastinya KWSP 2.0 juga antara perkara yang sedang dipertimbangkan kerajaan ketika ini.

“Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang Kerajaan akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada mereka yang bekerja.”

Dan yang paling penting, katanya, Kerajaan kini berhati-hati menangani masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan kemudian kerajaan juga ingin membantu membuka sektor formal atau tidak formal supaya tahap kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia boleh dioptimumkan oleh Kerajaan. .

Julai lalu, satu petisyen sebagai tanda sokongan terhadap Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilancarkan.

Setakat ini, seramai 80,448 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik.

Sekiranya anda bersetuju dengan gerakan tuntutan pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang dilancarkan ini, anda boleh klik pautan dibawah sebagai tanda sokongan anda.

PETISYEN TUNTUT PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Mohon juga : Cara Mohon e-Pengeluaran KWSP ~ Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa, Di Mana Jua!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2022 03:45

Bantuan Untuk Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan September 2022

Sepanjang bulan September ini, kerajaan menawarkan beberapa bantuan untuk dimohon oleh mereka yang memerlukan.

Oleh kerana peningkatan kos sara hidup makin membebankan saban hari, pastinya bantuan September 2022 ini dapat membantu orang ramai.

Baca juga:

Perbicaraan Terpaksa Ditangguhkan, Keadaan Najib Agak TerukKemaskini Maklumat BKM 2022 Bermula 12 September 2022Senarai Bantuan Sepanjang September:

1.BKMBantuan Keluarga Malaysia

BKM Fasa 3 dijadualkan akan dibayar kepada penerima yang layak pada minggu kedua bulan September 2022.

2. Peranti Siswa – Tablet A8

Peranti Siswa akan diberikan kepada golongan pelajar B40 akan diberi terus tanpa perlu dipulangkan semula.

Permohonan masih dibuka sehingga 30 September 2022.

3. JKM – Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan ini khas untuk golongan warga emas, bantuan pembayaran akan diteruskan pada bulan September 2022 ini.

4. Mysalam – Bantuan Covid

Penerima yang berjaya lulus Mysalam, pembayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan.

5. Pelanjutan Pelepasan Cukai bagi individu

Pelepasan cukai yang tidak patut dibiarkan tanpa dituntut. Kepada anda yang ada atau bakal membeli telefon pintar, komputer, atau tablet pada bulan ini. Simpan resit bagi mendapatkan pelepasan cukai indidividu.

Tarikh tamat pada 31 Disember 2022.

6. JKM – Elaun Pekerja OKU (EPOKU)

Bantuan untuk OKU, samaada yang bekerja atau tidak akan tetap mendapat elaun bulanan mereka yang berjumlah RM150 sehingga RM450 sebulan.

Berikut adalah senarai bantuan bulan september ini dapat membantu anda untuk terus melalui hidup anda dengan lebih kuat di masa mendatang.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2022 03:24

Permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) Sehingga RM500

Permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) Sehingga RM500

Tahukah anda? Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Selain itu, bantuan ini juga bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Jumlah Bantuan Am Persekutuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

Pemohon mestilah Warganegara MalaysiaKanak-kanak berumur bawah 18 tahunKanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapaKanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluaraga pelihara melalui:Kanak-kanak yang diambil dari ‘Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKMKanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001Cara Membuat Permohonan

Cara permohonan adalah seperti berikut:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.Borang berkaitan:Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun Dokumen Sokongan:Kad pengenalan pemohonSalinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada)Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitanMaklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2022 02:55

September 11, 2022

Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022 YPJ

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPT/IPS 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah dibuka. Jom Mohon segera!

Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT YPJ

Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) ini adalah initiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan juga merupakan AGENDA 12 JOHOR BERKEBAJIKAN yang mempunyai objektif membantu mengurangkan beban kewangan pelajar bagi meneruskan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama bagi mereka yang baru mendaftar. Sasaran Kerajaan Negeri Johor terhadap SBP ialah seramai 1,700 mahasiswa Johor daripada keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Kadar BantuanDiploma RM500Ijazah Sarjana Muda RM1000Tarikh Mohon

Pemohon boleh membuat permohonan bermula 28 Ogos sehingga 25 September 2022

Syarat PermohonanPemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ;Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;Pendapatan Ibu DAN bapa /penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.Cara PermohonanLayari laman web pautan https://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/?utm_source=rss&utm_medium=rss atau imbas di QRCODE sepertimana yang tertera di posterKlik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Pra Permohonan.’Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.Isi maklumat yang diperlukan.Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru atas kanan jenis permohonan yang di pohon, sama ada “Pinjaman Pelajaran” atau “Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)”Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan). Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number dan dihantar ke alamat berikut:

Yayasan Pelajaran Johor,
No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,
Larkin Jaya, Kg Dato’ Onn Jaafar,
Karung Berkunci 711,
80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

NOTA: TIADA BORANG DISEDIAKAN DI KAUNTER YPJ

DOKUMEN WAJIBSlip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”Salinan Kad Pengenalan PelajarSalinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau PenjagaSalinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTASalinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannyaCara Menghantar Dokumen Permohonan Dan Sokongan

A) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ

Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

B) KAEDAH POS

Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”.Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.
Maklumat LanjutSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran ke IPT/IPS 2022 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) , anda boleh menghubungi

Baca Juga: Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 

Maklumat LanjutHUBUNGI KAMI

No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri, Larkin Jaya Kg Dato’ Onn Jaafar Karung Berkunci 711 80990 Johor Bahru Johor Tel: 07-2344355 Fak:07-2344434

Email : info@ypj.gov.my

Website : ypj.gov.my

APLIKASI WHATSAPP

Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355 Aduan Pelanggan: 013-7411 355 Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355 Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 23:15

Kemaskini Maklumat BKM 2022 Bermula 12 September 2022

Baru-baru ini, laman Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru sahaja memgumumkan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Menurut LHDN, pemohon boleh mula membuat kemas kini permohonan lulus BKM 2022 masing-masing.

Baca juga:

Cara Semak BKM Fasa 3: Bantuan Keluarga MalaysiaPerkembangan Baik Pemulihan Negara Pasca Pandemik

Pengemaskinian maklumat ini adalah bagi penerima BKM yang tidak pernah mengemukakan sebarang rayuan kepada LHDN.

Tarikh kemaskini dibuka mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022 kelak.

Maklumat yang perlu dikemaskini adalah terhad kepada maklumat asas seperti:

Nombor telefon rumah.Nombor telefom bimbit.Alamat emel.Maklumat wakil.Cara Kemaskini:

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat BKM:

Langkah 1: Layari laman sesawang BKM Hasil.

Langkah 2: Klik Login.

Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang anda gunakan ketika membuat pendaftaran.

Maklumat Lanjut akan dikongsikan dari masa ke semasa oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 22:20

PerbicaraanTerpaksa Ditangguhkan, Keadaan Najib Agak Teruk

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak akan dirujuk ke Hospital Kajang pada jam 2 petang ini kerana keadaan kesihatannya dilaporkan agak teruk.

Menurut Timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram memaklumkan perbicaraan yang dihadapi Najib hari ini terpaksa ditangguhkan awal kerana keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu.

Baca juga:

Perkembangan Baik Pemulihan Negara Pasca PandemikStok Simpanan Pelitup Muka Dianggarkan Hampir 20,000 Keping

Menurut Sri Ram lagi, seorang pegawai Penjara Kajang telah memaklumkan kepada pihak pendakwaan bahawa perkara itu berkaitan dengan ubat tekanan darah Najib yang telah diubah dan ia menyebabkan kesan teruk kepada Najib.

Pendakwa raya seterusnya memohon penangguhan awal perbicaraan jenayah berikutan Najib perlu dirujuk ke hospital hari ini.

Walau bagaimanapun, Najib boleh bertahan untuk berada di mahkamah dalam prosiding ini sehingga jam 12.30 tengah hari dan selepas itu perlu bersiap untuk dirujuk ke hospital pada jam 2 petang ini.

Terdahulu, Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Sekadar info, dia kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuannya terhadap sabitan SRC International atas tujuh pertuduhan jenayah, serta hukuman penjara dan denda RM210 juta sebagai ganti penjara lima tahun tambahan .

 

Sumber: HARIAN METRO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 21:47

Memperkenalkan Hongqi HQ9 MPV

Memperkenalkan Hongqi buat pertama kalinya telah memperkenalkan MPV yang bersaiz besar buat pasaran China menerusi model yang dinamakan HQ9.Sebelum ini, pengeluar kenderaan jenama China itu memiliki rangkaian model sedan, SUV dan kenderaan elektrik (EV).  Tidak seperti model MPV baharu yang lain, Hongqi memilih enjin pembakaran dalaman berbanding EV. Pasaran MPV begitu popular di China, justeru itu kehadiran HQ9 menyasarkan kepada pengguna kenderaan mewah.

Sumber: youtube

Disamping itu, Fascia depan diserlahkan dengan gril signatur jenama berkenaan yang kelihatan seperti ‘air terjun’. Gril bersaiz besar kemasan krom itu mendominasi muka depan MPV berkenaan. Sementara logo Hongqi di bahagian tengah hud ditarik sehingga ke bawah bercantum di jalur gril krom tersebut.  Ada beberapa perincian luaran yang agak menarik, misalnya tiang-D yang tebal dengan lencana HQ9. Kemasan merah pada pemegang pintu krom di bahagian luar memberikan penampilan kontra.

Sumber: google image

Namun, dalam kabin telah didatangkan dengan kerusi kemasan kulit berwarna putih. Selain itu, Hongqi menggunakan kemasan kayu di beberapa bahagian misalnya konsol tengah dan papan pemuka. Konsol tengah didominasi dengan pad pengecas tanpa wayar bersaiz besar yang kemudian dipadankan dengan sistem audio Dynaudio 16 pembesar suara. Hongqi HQ9 itu ditawarkan dengan konfigurasi 7-kerusi yang mana barisan tengah tersedia dua buah kerusi kapten. Dimensinya juga agak besar dengan panjang 5,222mm, 2,005mm (lebar) dan 1,892mm (tinggi) serta jarak roda (3,200mm).

WalauBagaimanapun paparan grafik pada skrin sedikit ketinggalan bagi sebuah kenderaan premium di China.MPV mewah itu dikuasakan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa 252hp dan tork 380Nm bersama transmisi 9-kelajuan automatik. Difahamkan Hongqi sedang menyiapkan versi plug in hibrid bagaimanapun belum mendedahkan spesifikasi terperinci. Hongqi HQ9 akan dilancarkan bulan ini yang mana harga pra jualan adalah ¥400,000 (RM258, 159).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 21:19

Bantuan RM100 Untuk Warga Emas SMUE 2.0

Untuk makluman penerima dan pemohon Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 2.0, skim ini telahpun ditambahbaik.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

SMUE diwujudkan pada tahun 2009 bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan.

Manfaat SMUE

Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima 2 jenis manfaat di bawah program ini.

1. Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)

Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.

2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)

Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)Kategori KelayakanPermohonan SMUE terbahagi kepada 2 kategori iaitu:Kategori Warga Emas(60 tahun dan ke atas)Kategori Orang Kelainan Upaya(OKU)Permohonan boleh dibuat sama ada:Semasa hidupSelepas kematianDidaftarkan oleh pewaris (rujuk Senarai Pewaris Terdekat)Kematian bermula (1 Januari 2021)Permohonan mestilah dalam tempoh 6 bulan selepas kematianSyarat Kelayakan

A) Kategori Warga Emas

Warganegara Malaysia; DANBerumur 60 tahun dan ke atas; DANMasih hidup; ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DANLahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN

B) Kategori OKU

Warganegara Malaysia; DANMasih hidup; ATAUTelah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DANTiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU**Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DANSedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DANPengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.Cara PermohonanPermohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di >> https://e-mesra.yawas.my/index.php?utm_source=rss&utm_medium=rssBagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuatSetiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaatPermohonan yang dibuat secara atas talian (online), borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal; ATAUPejabat YAWASMuat turun borang permohonan >> https://e-mesra.yawas.my/borang.php?utm_source=rss&utm_medium=rssSemakan Ahli

Ahli yang telah mendaftar boleh membuat semakan secara online di pautan ini: http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php?utm_source=rss&utm_medium=rss

Maklumat LanjutTalian YAWAS: 03 5481 8800E-mel: pertanyaan.yawas@gmail.comLayari laman sesawang e-mesra.yawas.my untuk maklumat lanjut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 18:47

Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Bagi Mereka Yang Tiada Rumah/ Tinggal Rumah Usang

Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Bagi Mereka Yang Tiada Rumah/ Tinggal Rumah Usang

Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Selari dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB telah diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program RMR diwujudkan khas untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah yang mana boleh dibina rumah sendiri yang sempurna dan selesa di atasnya.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan dengan kadar sehingga RM20,000. Pembinaan rumah pula telah ditetapkan mengikut spesifikasi.

Berapa Harga & Reka Bentuk RMR

Harga untuk setiap tempat adalah berbeza tetapi spesifikasi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Sila rujuk harga RMR mengikut tempat seperti di bawah:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)Harga: RM75,000Subsidi pembinaan: RM20,000Jumlah Pinjaman: RM55,000Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM3002. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)Harga: RM85,000Subsidi Pembinaan: RM20,000Jumlah Pinjaman: RM65,000Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM3503. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)Harga: RM75,000 – RM106,000Subsidi pembinaan: RM20,000Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra RakyatWarganegara MalaysiaPemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atasPendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000Pemohon dan pasangan hendaklah tidak memiliki rumah sendiri ATAU memiliki rumah usang / tidak sempurnaTapak / tanah adalah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah jadi pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah terlebih dahuluKeluasan tanah adalah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat RMRPermohonan Secara OnlineBuka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/?utm_so... Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkapSetelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftarLog masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikanLengkapkan borang yang dikehendakiSelesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak BorangHantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatanPermohonan Secara ManualPemohon boleh mendapatkan Borang permohonan di Cawangan SPNBSila hantar kembali kepada SPNB setelah permohonan beserta dokumen sokongan sudah dilengkapkanApakah Dokumen Yang Diperlukan

Sila rujuk dokumen yang perlu dibawa ketika menghantar borang permohonan RMR seperti di bawah:

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)Salinan kad pengenalan tuan tanahSalinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanahSalinan sijil nikah pemohonBorang laporan tapak bergambar

PENTING!

Sila ambil perhatian bahawa Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang hendaklah disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

Pihak SPNB berhak untuk meminta dan mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan Permohonan

Maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab PemohonPemohon RMR adalah bertanggungjawab untuk melakukan perkara di bawah untuk permohonanMengisi dan melengkapkan borang permohonanMenyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasiMenyediakan sumber bekalan air dan elektrikMembuat penyambungan bekalan utama ke bangunanMembuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perluMaklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, sila layari Laman web SPNB KLIK DISINI ATAU anda boleh menghubungi ibu pejabat SPNB dan Cawangan:

Ibu Pejabat

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

Senarai Cawangan

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 18:28

KWSP Akan Dilihat Oleh PM

TERBARU mengenai perkembangan KWSP 2.0 RM10K. Untuk makluman semua, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima Surat Permohonan Kunjungan Hormat daripada PMO.

Mahu Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Disegerakan

Seperti yang anda semua sedia maklum, ramai rakyat Malaysia mahu pengeluaran khas KWSP 2.0 dilaksanakan dalam kadar segera ekoran kos sara hidup yang kian meningkat kini.

Bagaimanapun, ramai yang merungut dan bertanya mengapa kerajaan lambat membuat pengumuman mengenai perkara itu. Seolah-olah tiada lagi pengeluaran KWSP 2.0 istimewa, sila rujuk video di bawah untuk maklumat lanjut:

Menurut PM, fokus utama adalah memulihkan ekonomi negara bagi meringankan beban rakyat yang terlibat dalam isu kenaikan harga barang akibat inflasi.

Kata-kata Daripada Wakil Rakyat Netizen

Menurut Fans wakil rakyat netizen,


Jika kami perlukan sokongan daripada bakal-bakal ahli, kami akan maklumkan dari semasa ke semasa dan buat masa ini, biar kami laksanakan gerak kerja yang sudah dirancang dan semoga segala urusan kami ini dipermudahkan.


Minggu depan saya akan follow up dengan beberapa MP dan mungkin akan turun ke Parlimen untuk menyerahkan 4 usul tuntutan untuk dibawa ke dalam sidang dewan rakyat.


Untuk makluman semua, Perdana Menteri sudah pun terima Surat Permohonan Kunjung Hormat dan dari pihak urusan PMO akan maklumkan kepada kami dengan kadar segera dan jika masih berlengah, kita akan viralkan minta maklumbalas daripada pihak PM.


Begitulah update terkini mengenai isu ini. Dan ingin ditekankan di sini, jika perkara ini masih dilengahkan, wakil rakyat tersebut menyeru rakyat untuk viralkan maklumbalas mengenai isu ini.

Sila join Group FB KWSP 2.0 sekarang untuk sokong pengeluaran khas KWSP ini.

Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya, diharap kerajaan dapat menjadualkan semula supaya pengeluaran KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 16:57

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.