Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 95

September 10, 2022

Perkembangan Baik Pemulihan Negara Pasca Pandemik

Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menyambut baik keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) menjadikan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup sebagai pilihan.

Menurut Bekas Perdana Menteri itu, keputusan KKM disifatkan sebagai perkembangan positif dalam proses pemulihan negara pasca pandemik.

Baca juga:

Populasi Malaysia Kini Cecah 32.7 JutaPBT Pahang Wajibkan Pemasangan Jalur Gemilang dari 16 Ogos hingga 16 September

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai untuk kekal berhati-hati dan bersedia memakai pelitup muka sekiranya berada di lokasi yang berisiko untuk dijangkiti COVID-19, seperti kawasan yang sesak.

Menurut Muhyiddin juga, ini merupakan perkembangan yang agak baik kerana melihat negara luar seperti United Kingdom (UK) sudah tidak ada lagi yang pakai pelitup muka, melainkan jika ada yang tidak selesa dalam kereta api, bas, tempat sesak, ada yang masih pakai.

Rabu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan sebagai pilihan berkuat kuasa serta-merta.

Pemilik premis boleh memutuskan sama ada mahu menentukan pengunjung perlu memakai pelitup muka atau sebaliknya jika mahu masuk ke dalam premis mereka dengan ketetapan baharu itu.

Sekadar info, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi situasi seperti kes positif COVID-19, menggunakan pengangkutan awam dan semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan meminta KKM mengkaji semula keperluan memansuhkan peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup, berikutan situasi COVID-19 yang beransur pulih pada 29 Ogos lalu.

Sumber: BERITA HARIAN
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 10:58

Pemilik Kedah Berjersi Terengganu?

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Sanusi Md Nor telah mencuri tumpuan apabila menyarung jersi selain pasukan Kedah.

[image error]

Dalam sebuah rakaman di akaun TikTok rasminya, Sanusi dilihat telah menyarung jersi Terengganu yang berbelang hitam dan putih.

Walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk menyarungnya, Sanusi berjaya berbuat demikian lalu mengelap dahinya tanda sukarnya untuk memakai jersi tersebut.

Sila Baca Disini : Liga Perdana Inggeris Ditangguhkan!

Pemilik Kedah Berjersi Terengganu?

Beliau meletakkan caption “kasi panassss,” tulis Sanusi di TikToknya.

Umum mengetahui yang Sanusi sebelum ini mempunyai pelbagai drama dengan pihak JDT terutamanya Tunku Mahkota Johor (TMJ) apabila saling berbalas hantaran di media sosial.

Tindakan Sanusi ini menimbulkan spekulasi sama ada adakah beliau secara halus menzahirkan sokongan terhadap Terengganu menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam ini jam 9.00 malam di Stadium Bukit Jalil.

Perbuatan Sanusi itu mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Sokong TFC ye final nanti,” tulis Samsuri kepada Sanusi.

Apa yang Sanusi lakukan ini jelas sekali ‘bikin panas’ dengan video tersebut sudah pasti ianya telah mencuri tumpuan penyokong bola sepak di Malaysia.

Barang kali, TMJ akan memberikan responnya mengenai perbuatan Sanusi ini kelak seperti yang dilakukan beliau sebelum ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 03:53

Liga Perdana Inggeris Ditangguhkan!

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hujung minggu ini ditangguhkan berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun.

Empat divisyen teratas England tidak akan mengadakan sebarang perlawanan selepas badan tertinggi bola sepak negara itu memilih untuk membatalkan perlawanan hujung minggu ini.

Apa yang berlaku kepada sukan di UK selepas Ratu meninggal dunia?

Perancangan sekitar kematian Ratu dikenali sebagai Operasi London Bridge dan ia adalah rancangan yang sangat terperinci yang dibuat sejak beliau meninggal dunia.

Sila Baca Disini : Final Piala FA JDT VS Terengganu!

Liga Perdana Inggeris Ditangguhkan!

Apakah implikasi kepada acara sukan UK?

Liga Perdana Inggeris (English Premier League) akan diterajui oleh bimbingan DCMS (Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan) tetapi perlawanan bola sepak pada hujung minggu berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth hampir pasti akan dibatalkan. Ini termasuk perlawanan liga utama Inggeris, EFL, SPL, dan Ireland dan Wales dengan perlawanan ditangguhkan.

Terdapat juga protokol yang disahkan di sekitar perlumbaan kuda dan kriket. Royal Ascot dijangka dibatalkan.

Selepas kematian George VI pada tahun 1952, perlawanan ragbi dan hoki telah dibatalkan, sementara perlawanan bola sepak diteruskan. Peminat menyanyikan Abide With Me dan lagu kebangsaan sebelum memulakan perlawanan.

Semua perlawanan, termasuk golf, tidak dibenarkan untuk diadakan di Taman Diraja.

Apa yang berlaku di UK selepas Ratu meninggal dunia?

Putera Charles menjadi Raja dan beliau akan menyampaikan ucapan kepada negara dalam siaran televisyen, biasanya pada hari selepas kematian.

Perdana Menteri, Liz Truss, akan mengadakan pertemuan dengan Charles, manakala Kementerian Pertahanan akan menganjurkan tabik hormat senapang dan seminit berdiam diri di seluruh negara.

Kematiannya mencetuskan tempoh rasmi berkabung selama 12 hari dengan semua bendera Kesatuan dikibarkan separuh tiang.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 02:52

September 9, 2022

Bantuan Subsidi Yuran Taska RM100 Asuh Pintar 2022

Hantar Anak 2 Tahun Anda Ke Taska Dengan Bantuan Yuran RM100 Sebulan | Mohon & Semak Sekarang!

Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 4 tahun, anda sudah boleh memohon bantuan yuran taska sebanyak RM100 di bawah Skim Bantuan Penjagaan Anak Pintar 2022.

Syarat Kelayakkan Memohon ?

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir serta menetap di Selangor atau tidak dilahirkan di Selangor tetapi menetap sekurang-kurangnya lima tahun.
3. Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.
4. Suami dan isteri bekerja.
5. Anak berumur empat tahun ke bawah.
6. Terhad kepada dua anak sahaja.
7. Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
8. Ibu dan bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Maklumat LanjutYayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerusi Facebook memaklumkan permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui https://asuhpintar.yawas.my?utm_source=rss&utm_medium=rss atau menghubungi talian 03-54818800.Jika anda memerlukan maklumat lebih terperinci tentang bantuan yuran ini, sila rujuk saluran di bawah :Semak juga BKM FASA 3 : Semak BKM Fasa 3 & Tarikh Bayaran Bulan September 2022
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 23:32

Sharifah Amani Kini Bergelar Isteri

Pelakon kecil molek dan berbakat besar dalam industri , Sharifah Amani, 36, hari ini telah sah bergelar isteri dengan lelaki pilihannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34.

Pasangan serasi itu telah dinikahkan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Majlis kecil tetapi serba mewah itu telah dihadiri lebih 200 tetamu itu yang terdiri daripada rakan terdekat dan juga kaum keluarga daripada kedua belah pihak .

Terdapat rakan artis yang hadir pada majlis nikah itu seperti Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.

BACA : Ezad Lazim Ulas Punca Tidak Sertai Konsert Resolusi Exist

Pihak Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas sebab peribadi.

Amani juga sempat berkongsi rasa terharu dan bersyukur kerana apa yang dihajatkan selama ini termakbul dan dipermudahkan sehingga dia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya itu.

Bersyukur

“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik Covid-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.”

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,” katanya.

Bercerita tentang bibik percintaan antara mereka . Amni mengakui mereka pernah bekerja sama tiga tahun lalu ketika menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah organisasi yang diketuai oleh Ahmed Faris namun masih belum bercinta .

“Tiga tahun lalu kami bekerja atas dasar profesional. Belum ada rasa cinta. Dipendekkan cerita, selepas Covid-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh.”

Hubungan mereka telah menciptakan bibik – bibik cinta kerana senang dengan sikap dan personaliti suaminya yang mudah menghiburkan hatinya dan bijak mengambil hatinya.

“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya. Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘sempoi’ dan terbaik,” katanya lagi.

Pasangan ini masih belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu kerana masih sibuk dengan kerjaya masing – masing dan dalam proses perpindahan rumah.

Namun akan meluangkan masa agar mereka dapat berbulan madu bersama walaupun sibuk bekerja dan berkemungkinan bulan madu akan dirancang pada hujung tahun ini.

“Kami hendak selesaikan proses berpindah rumah selepas berkahwin. Kemudian, baik saya mahu pun suami, masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

“Mungkin apabila selesai kerja dan suami dapat cuti, kami boleh fikir perancangan spontan menghabiskan masa berdua. Kalau okay pun, mungkin akhir tahun ini,” katanya

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 22:03

Ezad Lazim Ulas Punca Tidak Sertai Konsert Resolusi Exist

Selebriti serba boleh dan juga vokalis kepad kumpulan Exist , Ezad Lazim mengakui dirinya tidak merasa terpinggir atau cemburu kerana tidak dapat turut hadir memeriahkan Konsert Resolusi Exists yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Walaupun ianya konsert yang bersar namun dia sudah membuat keputusan yang wajar agar semuanya berjalan dengan lancar dengan keputusan yang dipilihnya itu.

Malah Ezad atau Rohaizad Mohd Lazim, 43, berharap agar konsert itu memberikan kenangan indah kepada penonton kerana iqanya dinyanyikan vokalis asalnya Mamat yang sudah lama tidak muncul di khalayak ramai.

“Kenapa pula saya perlu rasa cemburu? Saya tahu peminat Exists kuat dan berbaloi untuk datang kerana Mamat ada sebagai vokalis.”

“Anggota lain sudah minta saya terlibat sama tetapi saya terlebih dahulu sudah bersetuju dengan persembahan mini yang kebetulan pada bulan sama.”

“Ikutkan rasa memang nak terlibat tetapi penganjur sudah menetapkan tarikh. Saya anggap tiada rezeki bersama Exists dan ini rezeki Mamat sebenarnya,” jelasnya lagi.

Konsert mini bersamanya itu akan diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 25 dan 26 November depan manakala Konsert Resolusi Exists menemui penonton pada 18 November 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

Bercerita tentang mini showcase itu, Ezad mengakui bahawa ianya adalah persembahan solot pertama daripadanya sepanjang 27 tahun berada dalam industri muzik .

Dia juga berharap agar peminat hadir unutk memberikan sokongan untuk konsert solonya dan komsert Exist nanti dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar sesuai dengan perjanjian.

BACA : Zahiril Adzim Tolak Adegan Ranjang

Tida isu yang harus diulas , Ezad mengakui dirinya hanya memikirkan yang terbaik  buat dirinya dan rakan Exist kerana masing – masing mencar rezeki yang halal untuk keluarga .

“Sebelum ini tidak pernah ada mungkin sebab lagu saya secara solo tak banyak yang hit macam bersama Exists, mungkin itu faktor utama. Saya lebih banyak diingati bersama Exists,” jelasnya.

“Fasal konsert Exists itu tiada isu pun. Paling penting sokongan daripada semua peminat sama ada konsert Exists mahupun persembahan solo saya.”

“Insya Allah Exists akan mengadakan satu lagu konsert reunion pada Januari namun masih belum ada tarikh dan dalam perbincangan,” ceritanya lagi .

Dalam  itu nanti, Ezad bakal diiringi oleh band AANTU dibawah pimpinan penyanyi dan komposer Adzrin Adzrain malah penonton yang hadir ke persembahan itu turut berpeluang memenangi hadiah selain menghadiri Meet & Greet bersamanya.

Mini showcase bersama Ezad ini adalah anjuran New Dimension Sdn Bhd dan bakal berlangsung di Ballroom Aseania Resort & Spa, Langkawi selama dua malam iaitu 25 dan 26 November ini.

Tempahan bagi tiket juga sudah dibuka sejak 1 September lalu dengan harga bermula RM278 (Gold), RM229 (Silver), RM199 (Bronze) dan RM179 (Standard).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 21:02

Bentley Flying Spur Speed Melengkapkan Bentley GT

Kenderaan Bentley selalu menjadi jenama yang telah menawarkan beberapa kereta terbaik di dunia. Dengan Bentleys anda akan boleh mempunyai jenis prestasi yang cukup tenang, selesa dan mewah, dan tiada kereta yang merangkumi ini lebih baik daripada Bentley Flying Spur Speed baharu. Dengan Bentley Flying Spur Speed ini barisan Bentley Grand Tourer kini telah lengkap. Lebih-lebih lagi, Speed ialah versi yang paling fokus kepada pemanduan. Yang menyedihkan ialah kereta ini akan menjadi Bentley terakhir yang menampilkan enjin 6 liter pengecas turbo berkembar W12 ikonik jenama itu.

Walaupun, pemilik Bentley Flying Spur Speed akan serta-merta tersenyum lebar lagi apabila mereka terkenang kembali jumlah kuasa 635PS dan tork 900Nm yang melancarkan roket ini dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.8 saat sahaja dan ia mempunyai kelajuan tertinggi 333km/j sambil dihiasi dengan kemewahan.

Sumber: youtube

Disamping itu, Bentley Flying Spur Speed menggunakan transmisi ZF 8 kelajuan yang sama dalam Bentley Continental GT digandingkan dengan sistem pacuan semua roda pintar yang membolehkan pemandu memandu dalam semua keadaan jalan dengan selamat dan apabila keadaan optimum, kereta boleh memandu seperti coupe sukan lincah juga.

Sumber: google image

Namun, Bentley Flying Spur Speed membezakan dirinya daripada Flying Spurs yang lain dengan warna gelap yang unik pada gril hadapan dan roda 22 inci khusus Speed dengan roda sukan pilihan 22 inci sebagai tambahan. Bahagian dalam Bentley Flying Spur Speed juga lebih atas daripada Flying Spurs yang lain kerana ia menampilkan warna yang unik dengan kabin berinspirasikan prestasi menggunakan kulit Dinamica dan menambah sistem infotainment prestasi dengan grafik yang mengimbau kembali kepada kronograf mewah, benar-benar terbaik daripada kedua-duanya. dunia.

Sumber: google image

Ia Sudah tentu, sebagai syarikat Bentley, kepada pelanggan Bentley Flying Spur Speed yang juga boleh menyesuaikan kereta mereka dengan senarai warna dalaman yang berbeza dan juga sudah mengagumkan dan Blackline Specification yang merupakan alternatif kepada tema terang pada warna standard.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 20:50

Final Piala FA JDT VS Terengganu!

Ketua pasukan Terengganu, Tchetche Kipre, yang dijangka menggalas tugas selaku penyerang utama ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu memadam igauan buruk empat tahun lalu.

Ia menyaksikan skuad Penyu dinafikan nikmat menjulang piala berikutan tewas kepada Perak dalam final Piala Malaysia 2018 biarpun Kipre meledak dua gol dalam pertemuan itu.

“Apa yang boleh saya katakan mereka (JDT) memiliki barisan pertahanan yang baik dan mereka tidak melepaskan banyak gol. Tapi ini perlawanan final yang mana peluang untuk menang adalah 50-50.

Sila Baca Disini : Potter Sah Jurulatih Baharu Chelsea!

Final Piala FA JDT VS Terengganu!

“Untuk perlawanan akhir ini pemain serangan perlu lebih klinikal dan tidak boleh melepaskan peluang terhidang. Ini kerana pada perlawanan akhir ini, tidak banyak peluang yang anda akan dapat.

“Kami akan cuba untuk pecahkan benteng mereka. Walaupun kami menghormati mereka sebagai satu pasukan yang kuat namun tapi kami juga tidak gentar untuk bertemu sesiapa sahaja,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan dan sesi latihan pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

“Paling penting bukan mengenai perkara yang lepas, tapi untuk mencipta sejarah baharu. Saya fikir kami ada pengalaman untuk memenangi piala kali ini,” katanya.

Sidang media perlawanan akhir semalam turut tertumpu kepada ketua pasukan JDT, Farizal Marlias.

Kehadiran penjaga gol berpengalaman itu seolah-olah memberi isyarat bahawa kelibatnya bakal ditagih dalam kesebelasan utama selepas disisihkan dalam dua perlawanan terdahulu.

“Saya percaya semua pemain bersedia untuk beraksi pada malam esok. Kita lihat moral dan komitmen diberikan pemain juga sangat baik.

“Saya harap perkara baik seperti ini dapat dibawa untuk perlawanan final nanti. Terengganu sebuah pasukan yang hebat daripada segi permainan mereka. Kemampuan memegang bola juga baik.

“Serangan mereka juga baik, jadi kami harus mengurangkan kesalahan di bahagian pertahanan supaya tidak memberi ruang mereka menjaringkan gol,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 11:51

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI TENAGA NASIONAL BERHAD TAHUN 2022 KINI DIBUKA

Maklumat berikut adalah iklan jawatan kosong yang ditawarkan. Tujuan utama Web Malaysia adalah untuk menerbitkan maklumat ini bagi memudahkan semua pihak memohon pekerjaan yang diingini.

Bagi pemohon yang berminat, sila ikuti prosedur yang telah dinyatakan seperti di bawah;

Nama Majikan : TENAGA NASIONAL BERHAD
Lokasi Kekosongan : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup Permohonan : 20 SEPTEMBER 2022

Maklumat Jawatan Kosong

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan mempunyai syarat kelayakan yang mencukupi amat dialu-alukan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Jawatan kosong terkini :

1. Pembaca Jangka (Meter)
2. Juruteknik Tingkatan Biasa

Calon Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pra-U) atau Kelayakan Profesional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah dahulu).

Berikut merupakan antara ciri calon yang dikehendaki :– Berintegriti.– Bertanggungjawab.– Amanah.Kebaikan :– Cuti Tahunan.– Gaji yang lumayan.– Cuti Sakit dan lain-lain.– Kenaikan pangkat.Cara Memohon:

1. Calon yang ingin memohon jawatan kosong boleh memohon secara diatas talian. Pendaftaran yang dilakukan adalah percuma.

2. Klik pautan “MOHON DISINI” di bawah untuk merujuk maklumat yang lebih lengkap.

3. Pemohon kali pertama hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum mengisi maklumat yang diperlukan di dalam sistem.

4. Pemohon dikehendaki mengemaskini maklumat-maklumat terbaru yang diperlukan di dalam sistem. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil temuduga.

(Untuk memohon, anda dikehendaki merujuk pautan yang telah disediakan di bawah)

CLICK DISINI :

Semak BKM FASA 3 JUGA : Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 TERKINIJumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 TERKINI

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 06:53

Cake Jalan Tiung | Jom Nikmati Mouth-watering Pastry Di Seksyen 4 & 9 Shah Alam !

Seni kek dan pastri di Malaysia makin berkembang dengan adanya kedai-kedai kek lazat seperti Cake Jalan Tiung ini. Setiap hari anda merasa seperti ianya adalah hari lahir anda jika anda berada di kedai kek ini!

Baca juga: Rawa Island Resort | Hidden Gem Di Mersing, Johor

Lokasi Cake Jalan Tiung

Terletak di Seksyen 9 dan Seksyen 4, Shah Alam, kedai kek yang mewah dan selesa ini menyajikan pelbagai jenis kek, tart dan biskut yang akan membuatkan penduduk tempatan bersedia dengan garpu mereka!

Di kaunter, anda akan temui display pencuci mulut daripada tart frangipani yang berwarna perang dan beri biru kepada brownies nightfury dan karamel masin dan kek coklat. Ataupun jika anda mengidamkan sesuatu yang kecil seperti biskut coklat cip mereka yang baru dibakar, mustahil untuk mencari sesuatu yang anda tidak akan suka.

Pengasas – Hidzad dan Shafinaz

Pengasas Cake Jalan Tiung

Diasaskan oleh pasangan suami isteri, Cake Jalan Tiung merupakan lonjakan kepercayaan Hidzad dan Shafinaz yang berpindah dari dunia korporat ke dunia kek. Melihat bilangan peminat pastri mereka yang makin bertambah dari hari ke sehari, nampaknya ini merupakan satu langkah yang pasti membuahkan hasil.

Datanglah bersama orang tersayang dan nikmati hidangan lazat serta dekorasinya yang mendamaikan. Anda tahu ia sangat sesuai apabila terdapat sepotong kek teh hijau Major Motoko dan kek keju Mojo Jojo yang cair di mulut anda!

Sudah tentu akan menaikkan selera anda =)

Jika anda fikir itu sahaja yang ada di kedai kek ini, tunggu sehingga anda menemui Beyoncepuff. Kegemaran hujung minggu dengan coklat yang menyelerakan, anda perlu datang awal untuk menikmati menu-menu yang lazat ini!

Menu

Berikut adalah beberapa menu yang terdapat di Cake Jalan Tiung. Jangan risau, satu hari cheat day dalam jadual diet anda, tidak mengapa, bukan? =p

 

Status Halal: Pemilik Orang MuslimOutlet Seksyen 9: Cake Jalan Tiung, 31, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, SelangorOutlet Seksyen 4 : 9, Jln Sukun 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor.Waktu Operasi: Berbeza bagi setiap outlet (boleh lihat di sini)

Facebook | Instagram

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 06:44

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.