Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 99
September 6, 2022
Jawatan Kosong Di Perkhidmatan Awam (Perak) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Negeri Perak di Perkhidmatan Awam (Perak) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENOLONG JURUTERA
2. PEMBANTU SYARIAH
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,355.00 – RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 – RM145.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perkhidmatan Awam (Perak).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
CEO Selangor ‘Menganjing’ Pengadil!
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dilihat menyertai penyokong ‘menegur’ pengadil perlawanan kelmarin.
Selangor melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan tertunda Liga Super minggu ke-16 yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria telah menjadi sasaran penyokong Selangor selepas dilihat seperti memihak kepada JDT dalam aksi tersebut.
Sila Baca Disini : Hodak Harapkan Aksi Yang Terbaik!
CEO Selangor ‘Menganjing’ Pengadil!Salah satu keputusannya yang dipersoalkan para penyokong adalah ketika menganugerahkan sepakan penalti kepada pelawat pada minit ke-33.
Ramai beranggapan yang kekasaran pertahanan tuan rumah, Yazan Al-Arab ke atas Arif Aiman Hanapi tidak sepatutnya diberikan penalti. Penalti yang diberikan Zulkarnain itu membolehkan JDT meledak jaringan pembukaan perlawanan selepas kedua-dua pasukan buntu selama setengah jam aksi.
Pendahulu carta penjaring terbanyak Liga Super 2022, Bergson da Silva mudah untuk menewaskan Sam Somerville ke sudut sebelah kanan penjaga gawang itu untuk JDT terlebih dahulu memimpin perlawanan.
Aksi kelmarin juga menyaksikan JDT gagal untuk beraksi seperti kebiasaan apabila banyak kesilapan yang dibuat selain jentera serangan tidak kreatif.
Herlison Caion berjaya mendapatkan jaringan penyamaan buat Red Giants pada minit ke-64 setelah ada kesilapan yang dibuat oleh barisan pertahanan pelawat yang membuka ruang buat Selangor untuk memperoleh jaringan.
Aksi berkesudahan dengan kedudukan 1-1 dan ini adalah kali ketiga JDT merekodkan keputusan seri selepas 16 perlawanan. Ini juga merupakan keputusan seri pertama buat pengendali baharu JDT, Hector Bidoglio.
Dalam salah satu rakaman yang tular di ruangan Twitter kelmarin, kelihatan pengadil perlawanan sedang bersedia untuk keluar dari stadium selepas perlawanan berakhir.
Zulkarnian dilihat sedang berada di tepi kereta dan sedang ‘ditegur’ oleh penyokong Selangor tentang mutu pengadilannya.
“Ingat akhirat bang”, “anaiya orang lain bang, ingat”, “ingat anak bini dekat rumah tu”, “makan duit haram tu bang, ingat” adalah antara ‘tazkirah’ ringkas mereka selain sesi makian sambil Zulkarnain hanya mendiamkan diri.
“Tanggungjawab tu besar. Anaiya orang lain yang kerja,” antara ungkapan Dr Johan sebelum ditarik seorang individu sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada Zulkarnain yang dilihat telah berlalu pergi dengan keretanya.
Zulkarnain juga merupakan pengadil perlawanan antara kedua-dua pasukan pada Jun lalu di Stadium Sultan Ibrahim yang menyaksikan Selangor tewas 1-5. Selain itu, Zulkarnain juga antara pengadil yang sentiasa dipersoal mutu pengadilannya sebelum ini.
September 5, 2022
Video TikTok Terbaru Daripada Erra Fazira & Anak Jadi Perhatian Ramai
Selebriti serbaboleh , Erra Fazira sering berkongsi moment indah bersama anak perempuannya di media sosial dan tidak kekok untuk berkngsi gambar dan aktiviti harian mereka.
Baru – baru ini terdapat satu perkongsian daripada aplikasi Tik Tok miliknya yang memaparkan dua beranak ini menari dan mempromosikan satu produk tempatan dan ianya menjadi sorotan dan perhatian ramai.
Melalui video itu, anak-beranak itu menari mengikut trend bagi lagu ‘Kadang Bikin Aku Kesal’ yang kini trending di TikTok dengan kapsyen memuji anaknya yang penurut .
@errafazirawc One with Aleesya.. Dia layankan aja mom dia 😆🤭 . . @faithfleurhq ♬ original sound – Fazira Wan Chek
Menjengah ke ruangan komen video tersebut , mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata – rata mereka memuji kecantikan Aleesya yang mewarisi kejelitaan ibunya yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992.
Apabila lebih dewasa , wajah Aleesya dan perwatakkannya yang lembut serupa seperti Erra sewakjtu remaja dahulu , yang pernah menjadi kegilaan ramai dengan bakat dan wajahnya yang jelita sehingga mendapat gelaran sebagai primadona Malaysia.
Malah ada juga netizen yang mengatakan bahawa wajah Erra masih kelihatan muda walaupun bergandingan dengan anaknya itu yang dilihat seperti adiknya.
BACA : Nad Zainal Dan Suami Sah Bercerai , Ini Penjelasan Daripada Nad
Sekadar info , Engku Aleesya merupakan cahaya mata Erra Fazira bersama bekas suaminya , Engku Imran. Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran pada Oktober 2007 namun bercerai pada Februari 2014.
Pemasangan Lokar Di Sekolah Rendah Bermula Hujung Bulan Ini
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan proses pemasangan lokar di sekolah rendah akan dimulakan bermula akhir bulan ini bagi mengatasi isu beg berat dalam kalangan murid-murid.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, fasa pertama pemasangan lokar tersebut akan membabitkan sekolah yang mempunyai dua sesi, dengan melibatkan pelajar Tahun 1 dan 2 terlebih dahulu.
Baca juga:
Najib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Di HKLHarga Maksimum Minyak Sawit Botol Akan Diturunkan LagiProses pemasangan akan dilakukan secara berperingkat, mengikut sekolah-sekolah yang terlibat.
Sekolah yang terlibat dengan pemasangan lokar itu akan diumumkan kelak.
Tegasnya lagi, untuk fasa pertama ini, proses pemasangan lokar akan membabitkan sekolah dengan dua sesi, terutamanya melibatkan pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 terlebih dahulu.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menyediakan lokar di 10,662 kelas di sekolah rendah terlibat dalam usaha menangani isu beg berat dihadapi murid.
Oleh itu, masalah isu beg berat dalam kalangan murid-murid diatasi, dan boleh meninggalkan sejumlah barangan dan buku di lokar.
Sekadar info, pelaksanaannya untuk fasa 1 bermula 2022, bakal melibatkan seramai 323,186 murid dengan peruntukan dianggarkan berjumlah RM37.3 juta.
Manakala bagi fasa 2 penyediaan lokar pula dijangka dilaksanakan pada 2023 kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah beroperasi secara dua sesi.Sumber: ASTRO AWANISila Ketahui Tentang Cara Duduk Ketika Memandu
Anda pasti akan rasa sakit belakang, leher beku, bahu sakit. gerakan, gegaran, getaran, terhoyong-hayang ketika memandu setiap hari di jalan raya anda yang tidak rata dan membolehkan anda menjejaskan kestabilan badan anda. Jalan yang tidak diselenggarakan tidak boleh disalahkan 100% kerana cara kita duduk dan memandu juga boleh menjadi sebahagian daripada masalahnya. Ramai pemandu hari ini tidak duduk dengan betul untuk menampung lengkungn punggung bawah, menyebabkan tekanan tambahan pada tulang belakang kita.
Walaubagaimanapun, telah banyak kajian penyelidikan tentang tempat duduk automotif sudah dilakukan, masih banyak persoalan mengenai perkara yang benar-benar menyumbang kepada keselesaan tempat duduk pemandu dan disini akan ingin berkongsi dalam beberapa nasihat yang telah diturunkan kepada kami selama ini oleh pengeluar kereta dari seluruh dunia. Untuk permulaan, tolong jangan duduk seperti wanita dalam gambar di bawah ini melainkan anda mahu merosakkan postur anda atau anda suka dengan sakit.
Sumber: google image
Namun, adakah anda duduk dengan betul dan selesa di dalam kereta anda? Masih terlalu ramai orang tidak tahu. menurut analisis carian internet yang dibuat berjuta-juta pemandu. Ayat car seat cushion, lumbar support for car dan ‘most comfortable car seats’ telah dicari hampir di internet 10,000 kali dalam satu bulan sahaja di AS. Ekstrapolasi data itu untuk negara lain dan enjin carian lain dan jelaslah sebilangan besar pemandu sedang mencari keselesaan.
Ianya penting. Kedudukan pemanduan yang baik boleh membantu anda mengelakkan sakit belakang. Dan jika anda menderita, menjadi lebih selesa di dalam kereta boleh membantu anda. Ianya masalah utama. Walaupun tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa ramai orang sakit belakang, Persatuan Kiropraktik Amerika menganggarkan sebanyak 80 peratus orang akan menderita pada satu ketika dalam hidup mereka.
Sumber: google image
Salah satu kajian global mendapati bahawa sakit belakang bahagian bawah menyebabkan lebih banyak ketidakupayaan daripada sebarang keadaan lain, menjejaskan hampir satu daripada 10 orang dan menjadi lebih kerap dengan peningkatan usia. Berita baiknya ialah ada sesuatu yang boleh kita semua lakukan mengenai masalah ini. Dan ia tidak susah
Anda kena ingat, adalah penting untuk membuat pelarasan pada tempat duduk, stereng atau kedudukan cermin hanya apabila kenderaan anda tidak bergerak. Jangan sekali-kali cuba membuat pelarasan, walau bagaimanapun kecil sekali pun, semasa bergerak. anda hendaklah duduk dengan betul di tempat duduk, bukan bertenggek di atasnya. sekarang pastikan seluruh belakang anda menyentuh bahagian belakang tempat duduk. Kemudian mula melaraskan bahagian belakang tempat duduk supaya tulang belakang dan pelvis anda lurus. Anda tidak mahu berasa seolah-olah anda bersandar ke belakang, atau condong ke hadapan. Ia mungkin berasa berbeza daripada yang anda sudah biasa, tetapi jangan risau.
Sumber: google image
Sila anda laraskan tapak tempat duduk ke belakang atau ke hadapan untuk menetapkan jarak dari pedal. Lutut anda harus dibengkokkan sedikit apabila pedal turun sepenuhnya. Dan yang paling penting, siku anda hendaklah dibengkokkan sedikit semasa memegang stereng.
Elakkan kehendak untuk duduk membongkok di depan stereng. Anda boleh melaraskan kedudukan stereng, tetapi pastikan anda dapat melihat semua instrumen papan pemuka dengan jelas. Kebanyakan stereng boleh dilaraskan untuk ketinggian dan jangkauan dan juga jika boleh, laraskan sandaran kepala supaya ia sama tinggi dengan bahagian atas kepala anda.
Pembedahan Berjalan Lancar , Tasha Shilla Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Pelakon jelita ,Natasha Sheila Abdul Razak atau dikenali sebagai Tasha Shilla telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara pembedahan pada hari ini.
Walaupun berdepan dengan kesulitan namun suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris memaklumkan bahawa proses pembedahan itu telah dipermudahkan dan keadaan Tasha dan bayi mereka dalam keadaan baik.
Dia juga memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada doktor dan semua yang terlibat dalam proses pembedahan tersebut.
“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik. ”
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.”
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” katanya.
Walaupun pernah mengalami keadaan tersebut namun dia mengakui masih teruja dan berdebar sewaktu menemani isterinya itu bersalin kerana keadaan itu melibatkan nyawa insan yang paling disayanginya.
BACA : Tak Dibayar , Erma Fatima Dedah Stesen TV Bermasalah
Pasangan itu juga sempat memaklumkan kepada media tentang nama cahaya mata kedua mereka yang diberi nama Nyla Kaadira yang mana nama tersebut telah dipilih sebelum kelahiran anaknya itu.
Pasangan , Tasha dan Muhammad Atiq Idris telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Tak Sabarnya Nak Tengok Ruth Sahanaya Beraksi Di Fabulous Friday November Nanti!
Bagi yang mengenali penyanyi bertubuh kecil mungil bernama Uthe ini, mesti selalu membayangkan persembahan bertenaga dan vokalnya yang cukup menawan dan menghiburkan.
Sudah lama saya tidak mendengar siri lagu Uthe dipersembahkan secara langsung di mana-mana pentas besar di Kuala Lumpur.
Atas dasar kerinduan itu, Shiraz Projects membawakan penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Kaulah Segalanya, lagu yang sudah berusia 30 tahun, di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.
Penyanyi genit ini akan muncul dalam siri Fabulous Friday pada 11 November 2022 jam 8.30 malam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, Ruth bakal mempersembahkan lagu-lagunya yang cukup ikonik dan sudah lama terpahat di hati dan perasaan penonton, penyanyi kelahiran Bandung ini pastinya dinanti-nantikan.
“Kami telah membawa beberapa band dalam siri Fabulous Friday sebelum ini dan sambutannya amat menggalakkan. Sudah tiba masanya kami membawa penyanyi legenda dari seberang kepada penonton di Kuala Lumpur dan kami amat berbesar hati
Dalam siri Fabulous Friday sebelum ini, beberapa kumpulan telah muncul di Dewan Filharmonik Petronas dan sambutan yang diberikan kepada mereka amat menggalakkan dan tidak dijangka.
Antaranya ialah Wings, Kunto Aji, Akasha dan Maliq & D’Essentials. Ruth pasti tampil bergaya dengan persalinan yang sentiasa mempesonakan dan akan menambah kemeriahan Dewan Filharmonik Petronas.
Penyanyi yang pernah memenangi anugerah Album Terlaris di Anugerah Industri Muzik Indonesia dan Album Indonesia Terlaris di Anugerah Industri Muzik Malaysia 1999 telah berkecimpung dalam industri muzik selama 35 tahun dan perlu kita semua meraikan kedinamikan dan kedinamikan Ruth Sahanaya. mantap pastinya di Fabulous Friday: Ruth Sahanaya, November ini!
[VIDEO]: “Kau Siapa Nak Sound? Apa Masalah Sangat Pada Kau Kalau Aku Sumbang?” – Ifa Raziah Geram, Guru Vokal Komen Teknik Nyanyian
Penyanyi, Ifa Raziah tampil mengecam kenyataan guru vokal, Shaffiq Erwin yang mengulas teknik nyanyiannya.
Ifa menerusi komen balas di Instagram guru itu menyatakan dia tidak pernah mengenali individu itu dalam industri hiburan.
“Kau siapa nak sound-sound aku ini nyanyi sumbang atau apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ini?
“Umur aku dah dekat 50 tahun, memanglah suara kadang-kadang ke laut sikit. Kau suruh emak kau nyanyi, aku nak tengok,” tulisnya.
Dalam komen yang sama, Ifa juga menjelaskan setiap selebriti pasti akan melalui fasa tersebut apabila lewat usia.
“Semua artis akan lalui fasa ini bila dia orang sudah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood.
“Semua yang dulu suara high pitch tak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu. Jadi respeklah sikit kami yang tua ini,” jelasnya.
Coret Ifa lagi, jika hendak dibandingkan dengan penyanyi remaja atau muda, tiada kekuatan dan kemampuan untuk melawan.
“Nak bandingkan dengan budak-budak muda memanglah kami tak mampu nak lawan. Kau yang muda pun suara tak ke mana.
“Aku nak tengok suara kau masa umur 50 tahun nanti. Kau tunggu masa itu akan tiba.
“Aku masuk pertandingan ini suka-suka saja, bukan fasal duit. Setakat RM100 ribu itu, aku pun ada.
“Tak payahlah kutuk-kutuk, kita hidup ini santai-santai saja, apa yang masalah sangat pada kau, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH!!,” tegasnya.
Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik video reaksi persembahannya bagaimanapun guru vokal itu mengecam nyanyian Ifa tidak selaras.
View this post on Instagram
A post shared by ~apitoria~ (@shaffiqerwin)
Permintaan Kenderaan Di Malaysia Telah Melebihi Bekalan
Hasil jualan kenderaan telah dijangka kekal kukuh selepas tamatnya tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST), demikian menurut Kenanga Research. Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata jangkaan jualan kenderaan yang kekal positif itu disokong angka pembatalan tempahan yang minimum dengan permintaan melebihi bekalan memandangkan tempahan tertunggak kekal tinggi.
Namun, secara positifnya mereka menjangkakan jualan kenderaan yang mantap selepas tempoh pengecualian SST dengan pembatalan tempahan minimum selepas mengambilkira permintaan melebihi bekalan merangkumi tempahan tertunggak sehingga sembilan bulan, ditambah komitmen kerajaan menyerap SST untuk tempahan sebelum 30 Jun 2022 dan pendaftaran sebelum 31 Mac 2023. Jualan kenderaan di Malaysia meningkat kepada 48,922 unit pada Julai lalu berbanding 7,499 unit pada bulan sama tahun lalu.
Sumber: google image
Disamping itu, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), hasil jualan kenderaan penumpang melonjak ketara kepada 43,594 unit pada Julai 2022 daripada 5,343 unit pada Julai 2021 dan manakala jualan kenderaan komersial naik kepada 5,328 unit daripada 2,156 unit. Wan Mustaqim juga berkata, jualan kenderaan juga kekal positif disokong pelancaran baharu kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) yang akan dirangsang oleh pengecualian cukai jualan serta insentif kenderaan elektrik (EV) sehingga 31 Disember 2025 membabitkan model pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) menjelang 2023 bagi menyokong pembangunan industri EV tempatan.
Namun, sasaran jumlah keseluruhan jualan (TIV) 2022 kami ialah 600,000 unit, berbanding unjuran MAA pada 630,000 unit. Mereka percaya sasaran MAA sebagai pramatang di tengah-tengah kekurangan cip dan komponen yang berterusan, meskipun sentimen positif boleh membantu.
Sumber: google image
Namun, beliau juga berkata yang Kenanga Research telah menjangkakan pendapatan industri automotif pada suku ketiga akan kembali dengan normal secara beransur-ansur ke tahap sebelum pandemik berikutan pertumbuhan pendapatan 25 peratus pada tahun kewangan 2023. Kini terdapat kemerosotan berturutan dalam keputusan kewangan suku kedua 2022, namun mereka tidak melihatnya sesuatu yang membimbangkan. Keputusan menunjukkan jualan kenderaan tempatan yang kukuh secara keseluruhan, walaupun margin berbeza di kalangan peserta automotif.
Walaubagaimanapun, Jualan yang memberangsangkan didorong oleh pembeli kereta yang tergesa-gesa untuk memuktamadkan pembelian mereka sebelum tarikh akhir pengecualian SST awal pada 30 Jun 2022. Wan Mustaqim berkata, tiga syarikat yang cemerlang dari aspek margin adalah MBM Resources Bhd (MBMR), UMW Toyota Motor dan Bermaz Auto Bhd (BAuto), didorong margin tinggi, pengurangan persaingan dalam pembuatan alat ganti dan keputusan kewangan positif syarikat bersekutu.
Syarikat Sime Darby Motors telah merekodkan yang angka mendatar susulan penutupan berselang-seli dalam operasinya di China, namun pemulihan dijangka lebih kukuh apabila China membuka semula sempadan. Ia melihat DRB-Hicom Bhd Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCM) secara perlahan-lahan terkeluar daripada ‘perlumbaan’ kerana pengeluar kereta lain bersungguh-sungguh melancarkan model baharu dengan margin lebih tinggi yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran.
Mohon iBantuan RM150 Secara ‘One-off’ Untuk B40 | Cara Permohonan
Kerajaan telah menyediakan banyak dana untuk membantu mereka yang layak, dengan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif di peringkat Negeri atau Persekutuan.
Jom semak BKM Fasa 3 untuk bulan September ini.
Salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah melalui iBantuan, di mana ia menyediakan dua jenis bantuan kewangan sebanyak RM150 secara ‘one-off’ seperti berikut:
Bantuan Ibu TunggalBantuan Orang Kurang Upaya (OKU)Kriteria & Syarat KelayakanBantuan Ibu TunggalTerbuka kepada semua wanita yang bergelar ibu tunggal;Penerima bantuan i-FITRI TIDAK layak memohon;Pendapatan isi rumah pemohon adalah di bawah RM 2,500 sebulan;Kakitangan Awam atau Kakitangan Kerajaan tidak layak memohon;Pemohon adalah warganegara Terengganu dan bermastautin di Negeri Terengganu;Maklumat Pemohon mestilah dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);Pemohon merupakan pemilih berdaftar di Negeri Terengganu.Bantuan OKU (Orang Kelainan Upaya)OKU (Orang kelainan upaya) yang berdaftar dengan JKM;Orang kelainan upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas;Orang kelainan upaya (OKU) yang bukan kakitangan kerajaan;Pemohon BUKAN penerima bantuan bulanan JKM/Sokeso/Maidam;Pemohon adalah warganegara Terengganu dan bermastautin di Negeri Terengganu;Maklumat Pemohon mestilah dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20);Pemohon merupakan pemilih berdaftar di Negeri Terengganu;Permohonan dalam talian melalui sistem i-Bantuan.Cara PermohonanBagi mereka yang memenuhi syarat di atas, permohonan bantuan kewangan ini boleh dipohon secara online di Portal iBantuan di sini :
Maklumat terperinci berkaitan kaedah permohonan dan permohonan dalam talian boleh dirujuk di Portal Rasmi iBantuan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
