Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 102
August 31, 2022
Lee Tuck ‘Orang’ Malaysia Akhirnya!
Pemain tengah Sri Pahang, Lee Andrew Tuck atau dikenali sebagai Lee Tuck hari ini mengumumkan beliau merupakan warganegara Malaysia yang sah selepas menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
ahun 2022 menjadi tahun keenam Lee Tuck tinggal di Malaysia dan tempoh ini sudah cukup untuk beliau memohon untuk menjadi pemain naturalisasi seperti tiga pemain sebelumnya iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi.
Proses naturalisasinya turut dibantu oleh pengurusan Sri Pahang dan mendapat perkenan daripada pemilik kelab, YAM Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.
Sila Baca Disini : Jurulatih EPL Pertama Dipecat!
Lee Tuck ‘Orang’ Malaysia Akhirnya!
“Hari ini saya mengumumkan secara rasmi, saya adalah warganegara Malaysia.
“Saya benar-benar bersyukur menjadi warganegara Malaysia. Ia adalah proses yang sukar dan pelbagai pengorbanan telah dibuat untuk sampai ke tahap ini tetapi ini adalah peluang yang tidak dapat saya lepaskan.
“Saya ingin memberikan penghormatan dan penghargaan kepada pemilik Sri Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pengerusi kelab, Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah, SPFC CEO, Datuk Mohammed Suffian Awang, Ahli lembaga Pengarah Sri Pahang FC dan semua peminat Tok Gajah yang telah menyokong proses ini.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan rapat,” tulisnya di laman instagram.
Selain Lee Tuck, seorang lagi pemain dari Argentina, Sergio Aguero turut melalui proses naturalisasi untuk menjadi warganegara Malaysia.
Sebelum ini, Sri Pahang cuba untuk mendaftarkan dua pemain ini sebagai pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua namun usaha mereka tidak berjaya.
Difahamkan, Sri Pahang kini sedang menanti keputusan rayuan daripada Malaysia Football League (MFL) dan kelibat dua pemain tersebut dijangka dapat disaksikan dalam saingan Piala Malaysia atau Liga Super musim depan.
Perkara tersebut melibatkan peraturan yang termaktub dalam Artikel 3.4.9 Manual Liga-M iaitu Peraturan dan Syarat Status Pemain – Pemerolehan Kewarganegaraan Malaysia (Kerakyatan).
Di bawah artikel itu, mana-mana pemain memperoleh Kewarganegaraan Malaysia secara naturalisasi seperti dikuatkuasakan kerajaan dan ingin didaftarkan sebagai pemain tempatan, perlu membuktikan taraf kewarganegaraan pemain melebihi dari lima tahun sebelum tarikh perlawanan pertama musim baharu.
Lee Tuck berusia 34 tahun dan Aguero berusia 27 tahun telah membuat penampilan dalam kancah Liga-M sejak musim 2017.
Jurulatih EPL Pertama Dipecat!
Ketua jurulatih Bournemouth, Scott Parker menjadi ‘korban’ pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23 apabila beliau dipecat selepas mengharungi empat perlawanan liga.
Bermula dengan baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa, Bournemouth kemudiannya terpaksa berdepan tiga kelab gergasi EPL yang menyaksikan mereka kalah kesemua perlawanan bertemu Manchester City (0-4), Arsenal (0-3) dan kemuncaknya apabila dibelasah 9-0 ketika menentang Liverpool.
Satu keadaan yang agak mengejutkan kerana ramai peminat bola sepakn dunia melihat Parker tidak diberikan lebih masa untuk membuktikan kemampuan beliau dalam mengemudi Bournemouth di pentas EPL.
Sila Baca Disini : K.Rajagobal Berhasrat Kembali Ke Liga M!
Jurulatih EPL Pertama Dipecat!Malah, dapat disaksikan di laman Facebook rasmi ‘The Cherries’, sebahagian besar penyokong Bournemouth kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan yang diambil pengurusan tertinggi itu.
Ramai yang mempertikaikan keputusan tersebut kerana beranggapan Bournemouth hanya tewas kepada pasukan ‘Big 6’ EPL dan berada di tangga ke-17, di depan Everton, Wolves dan Leicester City.
Perkembangan terkini mengenai pemecatan Parker itu disahkan oleh pemilik bersama Bournemouth, Maxime Demin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi kelab tersebut.
“Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada Scott dan pasukannya dalam atas usaha mereka sepanjang bersama kami.”
“Kenaikan kembali ke Liga Perdana yang dilakukan pada musim lepas dibawah kendaliannya akan sentiasa diingati sebagai salah satu musim berjaya dalam sejarah kami.”
“Bagaimanapun, untuk kami terus maju sebagai sebuah pasukan dan kelab secara menyeluruh, adalah tidak bersyarat bahawa kami sejajar dengan strategi kami untuk mengendalikan pasukan secara mampan.”
“Kami juga mesti menunjukkan kepercayaan dan menghormati antara satu sama lain. Itulah pendekatan yang membawa kelab ini begitu banyak kejayaan dalam sejarah baru-baru ini dan satu yang kami tidak akan lari dari matlamat itu sekarang.”
“Pencarian untuk ketua jurulatih baharu akan bermula serta-merta,” tambah Maxime lagi.
Scott Parker menyertai Bournemouth pada 29 Jun 2021 dan kehadirannya telah membawa kelab tersebut kembali ke EPL musim ini selepas menduduki tempat kedua saingan EFL Championship 2021/22.
Dengan ketiadaan Parker, Bournemouth pada ketika ini akan dibimbing sementara oleh Gary O’Neil sambil dibantu oleh Shaun Cooper dan Tommy Elphick.
Jawatan Kosong Di Tekun Corporation Sdn Bhd – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Tekun Corporation Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pengurus Cawangan Mart
2. Pembantu Jualan & Juruwang Mart
3. Penolong Pengurus Cawangan Mart
4. Senior Account Executive (5 years and above)
5. Pemandu cum Pembantu Gudang
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,500.00 – RM3,999.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Tekun Corporation Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pengajar Keusahawanan
2. Penolong Pegawai Pengambilan Pelatih
3. Eksekutif (Keurusetiaan)
4. Kerani
5. Tukang Masak
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,700.00 – RM3,847.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di PUSPAKOM – Pelbagai Jawatan!
Permohonan Jawatan Kerajaan di PUSPAKOM dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. ACCOUNT ASSISTANT
2. ANALYST PROGRAMMER
3. MAINTENANCE TECHNICIAN
4. ASSISTANT MANAGER , COMPENSATION & BENEFITS
5. CALL CENTRE AGENT
6. PROCUREMENT EXECUTIVE
7. INSURANCE CLERK
8. VEHICLE EXAMINER
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,500.00 – RM7,999.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di PUSPAKOM.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
K.Rajagobal Berhasrat Kembali Ke Liga M!
Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal sedia kembali mewarnai Liga-Malaysia (Liga-M) meskipun terpaksa bersaing dengan rakan karibnya, Tan Cheng Hoe untuk mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih Perak.
Dua ikon bola sepak negara itu disahkan antara tiga calon yang berada dalam perancangan The Bos Gaurus musim depan.
Selain Rajagobal dan Cheng Hoe, seorang lagi bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan juga turut dikaitkan ke kelab Liga Perdana itu.
Sila Baca Disini : PDRM Akan Masuk Campur!
K.Rajagobal Berhasrat Kembali Ke Liga M!“Setakat ini tiada apa-apa. Spekulasi ada tapi berita yang sebenarnya belum lagi,” katanya yang ditemui ketika membarisi Malaysia Legend All Star dalam Majlis Pelancaran Mini Football Malaysia di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong, Selangor, kelmarin.
Rajagobal yang pernah membimbing beberapa pasukan Liga-M dan juga kali terakhir bertindak sebagai jurulatih adalah ketika mengemudi Brunei.
Namun, beliau yang membantu Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 belum mencapai kata sepakat dengan persatuan negara itu untuk menamatkan kontraknya awal tahun ini berikutan beberapa masalah tertentu.
“Saya akan fikir fasal perihal jawatan jurulatih ini kerana saya baru sahaja balik dari Brunei.
“Mungkin saya perlu fikirkan dengan baik atau lebih mendalam tentang apa yang terbaik buat saya sendiri demi masa depan,” katanya.
Rajagobal menganggap Cheng Hoe sebagai jurulatih berpengalaman di peringkat kelab selain pernah mengendalikan pasukan kebangsaan.
Kedua-dua ikon tersebut tidak asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia apabila pengalaman serta idea mereka berdua sangat bagus untuk digunakan ke atas pasukan yang ada.
PDRM Akan Masuk Campur!
Tindakan segelintir penyokong yang kerap mencipta kekacauan dan menimbulkan pergaduhan jelas merosakkan sukan bola sepak di negara ini.
Namun perkara tersebut telah pun mendapat perhatian pihak berkuasa keselamatan yang berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan penyokong yang sengaja menimbulkan masalah yang boleh membawa kepada keganasan.
Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 September 2022, OCPD Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, kesalahan membabitkan unsur-unsur berkenaan boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 147 atau 160 yang membawa kepada hukuman penjara.
Sila Baca Disini : Benzema Pemain Terbaik UEFA!
PDRM Akan Masuk Campur!Beliau juga memberi amaran yang pihak polis akan sentiasa memantau kepada kehadiran kumpulan-kumpulan yang cenderung mahu melakukan provokasi serta berniat mencetuskan pergaduhan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.
“Bagi penyokong-penyokong Terengganu FC dan JDT, berkaitan dengan unsur-unsur ‘gangsterisme’, ‘hooliganisme’ memang dititikberatkan dalam mesyuarat keselamatan antara PDRM dan FAM serta MFL,” ujar Zam Halim dalam temubualnya bersama Media MFL
“Buat makluman, dalam PDRM sendiri kami ada bahagian D7 yang berkaitan pencegahan kongsi gelap, maksiat dan sebagainya, kita sentiasa cakna akan kehadiran kumpulan-kumpulan sebegini yang berpotensi untuk timbulkan kacau ganggu pada malam tersebut.
“Saya ingin berikan amaran kepada penonton-penonton yang datang supaya niat kita ikhlas untuk berikan sokongan kepada pasukan masing-masing dan tidak berniat timbulkan apa-apa perkara yang tidak diingini seperti rusuhan dan sebagainya.
“Kita akan juga mengadakan tindakan tegas dan untuk makluman, kesalahan-kesalahan ini akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 147 atau Seksyen 160 dan boleh dihukum penjara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Mesyuarat Jawatankuasa FAM kali ketiga bagi penggal 2021-2025, baru-baru ini.
Jawatan Kosong Di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Negeri Pahang di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEMBANTU OPERASI (MEKANIKAL) PAIP LIPIS
2. PEMBANTU OPERASI (ELEKTRIK) PAIP LIPIS
3. PENOLONG OPERASI (PAIP CAMERON)
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Miri Port Authority – Pelbagai Jawatan!
Permohonan Jawatan Negeri Sarawak di Miri Port Authority dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pegawai Tadbir, Gred N41
2. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29
3. Penolong Akauntan, Gred W29
4. Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W19
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19
6. Pembantu Juruaudit, Gred W19
7. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah, Gred H11
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM9,546.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Miri Port Authority.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. KETUA CAWANGAN TRANSFORMASI GRED 26
2. PEGAWAI PERUBATAN GRED 24
3. PEGAWAI PENYELIDIK PELABURAN GRED 24
4. JURUANALISA SISTEM GRED 23
5. PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 19
Lokasi : Tidak Dinyatakan
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM2,200.00 – RM21,400.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
