Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 105

August 28, 2022

Pemilik JDM Jadi Jutawan Selepas Mat Saleh Beli GT-R R34 Miliknya

Yang terbaharu, peminat-peminat model ‘supercar-killer from Japan‘ agak terkejut apabila mengetahui seorang pengumpul kereta eksotik Amerika Syarikat telah membeli sebuah Nissan GT-R R34 Nismo Z-Tune dari Thailand pada harga USD1.98 juta (~RM8.8 juta). Pembelian tersebut pernah diumumkan menerusi Facebook GT-R Registry pada bulan Januari lalu, bagaimanapun waktu itu nilai jualan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak tidak didedahkan.

[image error]

Sumber: google image

Pada satu masa dahulu, kereta-kereta dibuat untuk pasaran Jepun (Japanese Domestic Market/JDM) boleh didapatkan pada ‘harga mampu milik’. Bagaimanapun, sejak-sejak hari ini, harga sesebuah JDM boleh melonjak ratusan ribu sehingga jutaan ringgit bergantung pada model dan keadannya.

[image error]

Sumber:google image

Namun, nampaknya model-model kereta keluaran 90-an sudah menjadi salah satu ‘pelaburan baharu’ atau ’emas baharu’ pada hari ini. Jika satu masa dahulu harganya cuma puluhan atau ratusan ribu ringgit, namun kini nilainya boleh terus melonjak sehingga mencecah  jutaan ringgit. Untuk makluman anda semua, harga asal untuk sebuah R34 Nismo Z-Tune pada tahun 2003-2004 sekitar ¥17,450,000 (RM579,961) sahaja.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2022 21:04

Kia Jalinkan Kerjasama Dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia

Suatu yang baharu buat Persatuan Bola Sepak Malaysia/Football Association of Malaysia (FAM) yang baru-baru ini telah pun secara rasmi bekerjasama dengan Kia melalui pengedar Malaysia mereka, Dinamikjaya Motors (DJM), yang juga merupakan jenama di bawah Bermaz Auto (BAuto). Perkongsian ini akan memberi FAM banyak faedah, terutamanya untuk pasukan kebangsaan yang diketuai oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, untuk memantau pemain di seluruh negara dan melancarkan unit pentadbiran logistik dalam FAM.

[image error]

Sumber: FAM

Namun, menurut Presiden FAM iaitu Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, perkongsian strategik dengan DJM ini bermula dengan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun tahun ini dan perkongsian ini sepatutnya berlangsung khusus sepanjang kejohanan itu sahaja. Datuk Haji Hamidin berkata, “Melalui prestasi cemerlang dan kejayaan Harimau Malaya semasa Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia telah menarik perhatian DJM untuk meneruskan kerjasama dengan ini.

Disamping itu, beliau juga telah menyatakan, Sebagai presiden, ia pastinya kerjasama strategik dengan DJM adalah salah satu pencapaian paling membanggakan kami di mana FAM akan dapat mengembangkan hubungan strategiknya dengan lebih banyak syarikat gergasi di luar sana.” Saya berharap melalui kerjasama dengan DJM, ia akan memberi motivasi kepada skuad Harimau Malaya untuk sentiasa memberikan yang terbaik di atas padang bagi membawa bendera Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

[image error]

Kerjasama yang strategik dengan DJM ini akan menyaksikan FAM dan skuad Harimau Malaya akan menggunakan tiga unit Grand Utility Vehicle (GUV) Kia terbaharu, iaitu Kia Carnival 2022. Majlis Penyerahan Kenderaan Kia melalui pengedarnya telah diadakan di Pusat 3S Utama Kia di Glenmarie, Shah Alam. Hadir sama kedua-dua Naib Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram bersama barisan Exco FAM terdiri daripada, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, Syed Yazid Syed Omar dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.

[image error]

Dengan Setiausaha Agung FAM iaitu Mohd Saifuddin Abu Bakar bersama ketua jurulatih Harimau Malaya iaitu Kim Pan Gon dan barisan jurulatihnya turut hadir. Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Prima Auto Pt Ltd/DMJ turut menyatakan bahawa DMJ komited terhadap pembangunan sektor sukan di Malaysia dan sukan merupakan salah satu saluran untuk mewujudkan dan menggalakkan persekitaran sihat yang kondusif kepada pertumbuhan negara.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2022 20:12

Semakan BKM Bagi Fasa 3 & Tarikh Bayaran Untuk September 2022

[image error]Semakan BKM Bagi Fasa 3 & Tarikh Bayaran Untuk September 2022

Info pembayaran BKM FAsa 3 khas yang diterima daripada pihak LHDN, proses bayaran bagi BKM Fasa 3 akan dikreditkan bermula September ini. Pengkreditan ini merangkumi beberapa kategori termasuk golongan bujang, isi rumah serta warga emas.

Pada perkongsian kali ini, PortalMalaysia akan kongsikan kepada anda tentang cara untuk anda semak bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori diikuti dengan jadual pembayaran BKM Fasa 3.

Jadual Bayaran BKM Fasa 3Fasa 1Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSNFasa 2Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSNFasa 3Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022Fasa 4Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022Kadar Bayaran BKM Bagi Setiap Kategori

Berikut adalah jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori:

[image error] [image error] [image error]

Semakan Status

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

Log masuk ke bkm.hasil.gov.myKlik Semakan StatusPaparan kelayakan akan ditunjukkanKlik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaranLog Masuk BKM Fasa 3 (MyBKM)

Menu Log Masuk MyBKM adalah kemudahan secara atas talian untuk kemaskini sebarang permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang memiliki rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Notis (LHDN)

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2022 19:15

Dedah Radio Yang Menjadi Pilihan, Ini Pesanan Fara Fauzana Buat Faizal Ismail

Penyanyi terkenal Faizal Ismail sebelum ini telah memberikan kejutan menerusi hantaran di Instagram bahawa dia akan kembali ke konti radio selama empat minggu bermula pada Isnin depan.

Faizal juga turut menjelaskan bahawa stesen radio yang bakal disertainya itu bukanlah stesen radio yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

Bukan Dari Radio Yang Sama

Baru-baru ini, netizen melihat di Instagram story FBI, dia berkongsikan kepada peminat yang dia akan kembali ke satu stesen radio zayan.my.

Terlihat di hantaran Instagram milik FBI, ramai warganet yang teruja dengan kembalinya FBI dalam penyiaran radio. Tidak terkecuali juga rakan-rakan artis dan rakan-rakan radionya yang sebelum ini turut memberikan ucapan dan kata-kata semangat.

Fara Fauzana Turut Teruja

Fara Fauzana juga yang merupakan seorang rakan sekerjanya dan boleh dikatakan sahabat baik FBI turut teruja dengan berita kembalinya FBI ke konti.

“FBI is back bila dia start dok sofa tuu”

“All the best abang…jumpa di studio nanti periksa ‘hijack’ via phone”

Di Instagram story milik Fara Fauzana, dia turut menitipkan ucapan semoga yang terbaik buat FBI tanda sokongan dan kegembiraanya dengan berita tersebut.

 

Baca juga : Teka-teki akhirnya terjawab! Shuib sah penyampai baharu Suria FM, kendali segmen ‘Morning Morning Suria’

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2022 07:31

Permohonan Rumah PPR RM124 Sebulan Untuk Rakyat B40 Tahun 2022

Program Pеrumаhаn Rаkуаt аdаlаh salah ѕаtu рrоgrаm Kеrаjааn untuk реnеmраtаn ѕеmulа setinggan dаn mеmеnuhі kереrluаn tеmраt kediaman bаgі gоlоngаn yang  bеrреndараtаn sangat rendah. Jаbаtаn Pеrumаhаn Nеgаrа dіbаwаh Kеmеntеrіаn Pеrumаhаn dаn Kеrаjааn Tеmраtаn adalah аgеnѕі реlаkѕаnа utаmа bаgі рrоjеk-рrоjеk PPR dі ѕеluruh Mаlауѕіа.

PPR tеrdіrі dаrіраdа 2 kаtеgоrі іаіtu PPR Disewa dаn PPR yang Dіmіlіkі. Sеmuа rumah уаng dіbіnа dі bawah kеduа-duа рrоgrаm PPR Dіmіlіkі dаn PPR Dіѕеwа аkаn digunakan ѕреѕіfіkаѕі реrаnсаngаn dаn rеkа bеntuk реrumаhаn kоѕ rendah уаng dіtеtарkаn dаlаm Stаndаrd Pеrumаhаn Kеbаngѕааn Bаgі Pеrumаhаn Kоѕ yang Rеndаh Rumаh Pаngѕа (CIS2).

Kami sudah sediakan info-info реntіng уаng аndа реrlu tаhu berkaitan dengan permohonan PPR Disewa. Sila kоngѕіkаn аrtіkеl іnі kераdа ѕаudаrа, rаkаn аndа yang sedang mеnсаrі rumаh sewa murаh. Sеmоgа bermanfaat.

Prоjеk PPR (DISEWA)Prоgrаm PPR Dіѕеwа tеlаh diperkenalkan раdа bulan Fеbruаrі 2002 bertujuan untuk dіѕеwаkаn kераdа gоlоngаn ѕаѕаrаn (gоlоngаn уаng bеrреndараtаn rеndаh dаn ѕеtіnggаn) раdа kаdаr sebanyak RM124.00 satu bulan.Cіrі-Cіrі Rumаh Sewa PPRKаwаѕаn bаndаr-bаndаr bеѕаr : Jеnіѕ rumаh bеrtіngkаt antara 5 hingga 18 tіngkаtKаwаѕаn ріnggіr bаndаr : Jеnіѕ rumаh tеrеѕKеluаѕаn : Tіdаk kurаng dаrіраdа 700 kаkі persegiCоntоh Bіnааn (3 Bіlіk Tіdur, 1 Ruаng Tаmu, 1 Ruаng Dарur, 2 Bіlіk Aіr)

 

Kеmudаhаn Aѕаѕ Rumah Sеwа PPRDеwаn Kоmunіtі / Ruang Orang RаmаіSurаu / Ruаng SоlаtGеrаі Mаkаn/Ruаng NiagaTаdіkаKеmudаhаn OKUTаmаn Pеrmаіnаn / Kаwаѕаn LapangRumаh SаmраhSуаrаt Pеrmоhоnаn Rumаh Sеwа PPRPеmоhоn dаn раѕаngаn Wаrgаnеgаrа MаlауѕіаBеrumur 18 tahun kе atasPеndараtаn іѕі rumаh dі bаwаh RM3000 ѕеbulаnPеmоhоn dаn раѕаngаn tіdаk pernah mеmіlіkі rumаhMеngіkut ѕуаrаt-ѕуаrаt tаmbаhаn уаng dіtеtарkаn оlеh Kеrаjааn NеgеrіCara Mеmоhоn Prоgrаm Rumah Sеwа PPR

 

a) Pеrmоhоnаn Sесаrа Manual

Kераdа rakyat уаng ingin mеmbuаt реrmоhоnаn ѕесаrа mаnuаl, ѕіlа hubungi Bаhаgіаn Pеrаnсаngаn & Pеmbаngunаn Prоjеk PPR untuk ѕеtіар nеgеrі, (DI SINI)

b) Permohonan Sесаrа Onlіnе

 

Sila layari laman web rasmi TEDUH :  https://teduh.kpkt.gov.my/ .Sekiranya anda belum mempunyai akaun SPRN, anda seharusnya daftar terlebih dahulu.Setelah daftar, klik pada Log Masuk untuk meneruskan permohonan anda.Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau maklumat berkenaan Program Rumah PPR, anda boleh hubungi pihak berkaitan seperti berikut :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon : 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)No. Faksimile : 603 – 8891 4045
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2022 00:59

Teka-teki akhirnya terjawab! Shuib sah penyampai baharu Suria FM, kendali segmen ‘Morning Morning Suria’

KEKOSONGAN yang ditinggalkan oleh Fizi Ali di Suria FM akhirnya terjawab apabila Shuib akan menyertai stesen radio berkenaan.

Nama Shuib diumumkan sebagai penyampai baharu ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada hari Sabtu.

Shuib telah memulakan tugas sebagai penyampai radio menerusi segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya Borhan pada waktu 29 Ogos ini.

Menerusi Pengurus Besar Suria FM, Dj Lin atau Roslinda Abdul Majid, pihaknya sudah lama mengintai peluang bekerjasama dengan Shuib.

Trio ini akan ke udara menerusi segmen Morning Morning Suria.Malah hasrat itu kembali direalisasikan selepas ada kekosongan apabila Fizi Ali meninggalkan stesen tersebut.

“Sebenarnya kami sudah lama berharap dapat bekerjasama dengan Shuib tapi baru sekarang Allah permudahkan. Shuib  juga sangat terbuka hati untuk bekerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN Kadang Bergaduh Sampai Seminggu Tak Bercakap,” – Siti Elizad

“Semoga penglibatan Shuib ini dapat membantu meningkatkan lagi jumlah pendengar. Sekali gus kemasukan Shuib melengkapkan kembali trio segmen pagi seperti sebelum ini,” katanya.

Segmen Morning Morning Suria yang sebelum ini dikenali sebagai Team Pagi Suria bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi.

Sebelum itu, Fizi Ali membuat kejutan apabila meninggalkan stesen itu pada hujung Julai lalu.

Fizi kemudiannya mengumumkan dia merupakan penghijrahan ke stesen Hot FM.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2022 00:42

August 27, 2022

“Kadang Bergaduh Sampai Seminggu Tak Bercakap,” – Siti Elizad

Setelah hampir 3 tahun berkhidmat sebagai penyampai radio Sinar , pada tarikh 26/6/2022 lalu Siti Elizad telah mengumumkan dirinya sudah tamat kontrak dengan radio berkenaan.

Elizad yang berkongsi tentang perkara tersebut di Ig miliknya mengakui dirinya akan merasa rindu dengan rutin hariannya itu pada masa akan datang kerana ianya adalah kenangan indah dalam kerjayanya dalam bidang penyiaran.

“Salam kesayangan semua. Hari ni my last day di DUO SINAR. Confirm akan rindu dan ingat semua moment bersama sinarian dan kau @hefnysahad . Sedih jgk lah.”

“Pasangan saya selama tiga tahun. Kita bekerja sebagai sepasukan. Kita bincang, rancang, dan bekerja kerasa bersama-sama untuk menambahbaik perjalanan kita sebagai penyampai radio,”

Malah, Elizad turut merakamkan ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan , Hefny yang telah banyak membantunya mendalami ilmu tentang dunia penyiaran radio.

BACA : Kazar Dilhat Tidak Hadir Pada Malam Gala Abang Long Fadil 3

“Kadang-kadang baik, kadang-kadang bergaduh sampai seminggu tak bercakap. But as for us, we still respect each other .”

“Thank You Abam Hefny for being my partner in crime. Kawan teman makan, ride dan teman membawang. All the best untuk kau di Duo Sinar dan partner baru nanti.”

“Jangan lupa kawen kau , aku part salam kerok okayhh. Bye HEP2. Im back for shooting,” tulisnya di laman Ig miliknya.

 

 

Menjengah ke rungan komen hantaran berkenaan , rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih dan turut menitipkan ucapan selamat buat perjalanan terbaru Elizad pada masa akan datang.

“Ala sedih. Dengar Sinar petang-petang pun sebab Elizad. All the best dalam apa jua bidang selepas ini.”

“Moga dipermudahkan semuanya.”

“Ala sedihnya. Saya suka gandingan Elizad dan Hefny. Btw, all the best Elizad. Penyampai radio yang best.”

 

 

Dirindui

Malah peminat juga berkongsi moment indah bersama penyampai radio dengan coletah yang mencuit hati itu  dan mengakui akan merindui saat- saat Elizad menjadi penghibur mereka.

Setelah meninggalkan radio , Elizad bakal bercuti dan sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon seperti dahulu .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 27, 2022 23:38

Kereta Diana Bakal Dijual Dengan Berharga RM3.4 juta

Sebuah kereta yang pernah dipandu oleh Puteri Diana pada 1980-an bakal dijual pada harga 650,000 pound sterling (kira-kira RM3.4 juta) di sebuah pusat lelongan pada hari Sabtu, beberapa hari sebelum ulang tahun kematiannya yang ke-25. Silverstone Auctions juga berkata, bidaan sengit diterima untuk Ford Escort RS Turbo itu sebelum jualan ditutup. Pembeli kenderaan itu, yang namanya tidak didedahkan, tetapi berasal dari United Kingdom (UK) membayar 12.5 peratus dalam bentuk premium jualan yang berasingan daripada jumlah jualan, menurut syarikat lelongan kereta klasik itu.

Peminat di seluruh dunia telah bersedia untuk ulang tahun suku abad kematian Diana. Beliau mati dalam kemalangan di Paris pada 31 Ogos 1997. Diana dilaporkan memandu Ford Escort RS Turbo, antara 1985 hingga 1988. Foto Diana pernah dirakam bersama kereta itu di luar sebuah butik di Chelsea dan restoran di Kensington.

Sumber: google image

Beliau juga sebenarnya lebih gemar untuk memandu kenderaannya sendiri, bersama ahli pasukan keselamatannya yang duduk di kerusi penumpang. RS Turbo Series 1 lazimnya diperbuat dalam warna putih, tetapi Diana menggunakan model sama berwarna hitam untuk tidak menonjol.

Ford ini turut menambah ciri-ciri tambahan pada kereta Diana bagi tujuan keselamatan, seperti cermin pandang belakang kedua untuk pegawai keselamatan. Kereta itu telah merekodkan hanya 25,000 batu (kira-kira 40,233 kilometer). Tahun lalu, sebuah lagi Ford Escort digunakan oleh Diana dilelong pada harga 52,000 pound sterling (RM272,616).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 27, 2022 22:33

(Video) Netizen sebak dengar kata2 Ustaz Kazim Elias, “Janji lidah masih baik…”

Seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias sebelum ini pernah berkongsikan keadaannya yang sebenar kepada umum. Walau bagaimanapun, Ustaz Kazim Elias  baru-baru ini mengejutkan warganet dengan keadaannya yang terbaru sehingga tular di media sosial.

Ini punca, Ustaz Kazim Elias atau dikenali sebagaiDatuk Mohd Kazim Elias menerusi satu muat naik menjadi bualan apabila dia mengenakan pakaian menutup hampir seluruh wajahnya dan memakai topi sekali gus menjadi tanda tanya buat netizen.

Tanda tanya tersebut bagaimanapun terus terjawab yang mana dia sedang menjalani rawatan dan dinasihatkan oleh doktor untuk tidak mendedahkan anggota tubuhnya itu dari terkena cahaya matahari manakala pada malam tersebut hari (Isnin), dia berharap agar semua tidak terkejut dengan penampilannya sebegitu.

Malah begitu, menurut satu klip video terbaharu nampaknya sekali lagi membuatkan pendakwah bebas tersebut menjadi perhatian oleh netizen. Ini kerana, rata-rata netizen merasa sebak mendengarkan kata-katanya ini.


@queendebox Doakan Ustaz Kazim sembuh #ustazkazimelias #fyp ♬ Sholawat Merdu – Jogo Boyo

“Doakan Ustaz Kazim sembuh,” ujar pemilik akaun itu juga yang dalam pada masa sama mengajak agar Ustaz Kazim Elias didoakan kesihatannya oleh semua. Manakala ujar pemilik video tersebut diruangan komen berkata ia merupakan rakaman terbaru di pagi Jumaat tadi dan merupakan keadaan semasa Ustaz Kazim Elias pada hari ini.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 27, 2022 02:11

August 26, 2022

K’FRY Urban Korean | Fast Food Yang Mouth-watering & Tasty- Ada 8 Lokasi !

Sejujurnya,  kemunculan ayam goreng Korea halal yang lazat di Malaysia tidak pernah berakhir, termasuklah K’FRY Urban Korean.

Jika anda mendapati diri anda pemburu makanan Korea, lebih-lebih lagi ayam goreng mereka yang rangup dan berperisa unik, kami yakin bahawa pasti anda akan jatuh cinta dengan restoran Korea ini!

Baca juga: Box Pool Villa, Bentong | Vila Private Yang Awesome, 30 Minit Ke Genting Highlands

Lokasi K’FRY Urban Korean

Dengan dua lokasi cawangan di Johor Bahru dan Batu Pahat dan lima lagi di Kuala Lumpur, K’FRY Urban Korean telah membuatkan penggemar makanan Korea berkeju di seluruh Malaysia tidak sabar untuk mencuba menu yang tidak asing lagi, ayam goreng!

Menu Popular K’FRY Urban Korean

K’FRY Chicken Bumbuk

chicken bumbu @ K'FRY URBAN KOREAN

Menu paling popular tidak dinafikan lagi, ialah K’FRY Chicken Bumbuk, yang terdapat dalam empat perisa: Original Cheesy, K’Razy Spicy Cheesy, Honey Mustard Cheesy dan Yangnyeom Cheesy.

Daging peha ayam tanpa tulang yang panas dan rangup menimbun tinggi, meliputi separuh daripada pinggan yang ditemani dengan timbunan kentang goreng!

Separuh lagi satu pula ialah unsur cheesy yang merupakan sebahagian daripada mozzarella dan sos keju. Jika anda memilih perisa Honey Mustard Cheesy, ia akan dicampur dengan sos mustard madu pula, tau =)

 K’FRY K’rispy Chicks

Jika anda bukan seorang penggemar keju, jangan risau! Anda masih boleh meminta ayam goreng Korea anda tanpa fondue keju. Pilih menu K’FRY K’rispy Chicks yang terdapat dalam sembilan perisa.

Anda boleh menikmati setiap suapan ayam goreng rangup mereka yang disalut dengan Yangnyeom (sos manis dan masam tradisional Korea), Soya Pedas (sos Soya Korea rahsia dalaman mereka yang dicampur dengan bawang putih), sos Mentega Madu dan banyak lagi!

K’FRY Nude Chicks

Bagi penggemar makanan Korea yang lebih suka menikmati ayam goreng mereka, K’FRY Nude Chicks adalah pilihannya!

Nude Chicks ialah ayam goreng khas mereka yang dihidangkan tanpa sebarang sos (minta yang Original). Anda juga boleh mencuba menu pedas berapi; Flaming Nude Chicks untuk rasa pedas dalam setiap gigitan.

Menepati janjinya untuk ‘mencipta semula makanan Korea dengan kelainan’, menu yang pelbagai  di K’FRY Urban Korean menyerlah dengan menu lain yang sama lazatnya.

Hidangan klasik Korea lain yang mesti anda cuba termasuk budae jigae (rebus tentera Korea tradisional), japchae (glass noodle tumis Korea) dan bokkuembap (nasi goreng Korea yang dihidangkan dengan parit telur cair di sekelilingnya).

Desserts

Sebelum beredar, lengkapkan juadah anda dengan pencuci mulut manis mereka. Anda akan berseronok menikmati bingsoo Korea, semangkuk ais cukur susu gebu yang dihiasi dengan pelbagai topping!

Cuba perisa seperti mangga, tembikai, tembikai, teh hijau matcha, kek keju strawberi dan coklat oreo?

Seperti yang anda lihat, tidak kira sama ada anda seorang penggemar makanan keju atau tidak, K’FRY Urban Korean mempunyai banyak makanan hebat yang ditawarkan! =)

Alamat:

Johor Bahru outlet: No. 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, Johor Bahru 80250, JohorBatu Pahat outlet: 7, Jalan Rotan Kong, Taman Sri Jaya, Batu Pahat 83000, JohorKlik di sini untuk melihat alamat cawangan Kuala Lumpur

Website | Facebook | Instagram

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 26, 2022 23:30

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.