Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 108

August 24, 2022

Permohonan Skim Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Tahun 2022

Untuk penjaga atau ibu bapa yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.Skim Bantuan Kanak-KanakTahukan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) pada tahun 2022 ini adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.Menteri Pembangunan Perempuan, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.Kriteria Kelayakan Khusus1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah setidaknya melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang masih berumur di bawah 18 tahun atau (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak

Berikut yang dikongsikan cara-cara memohon BKK 2022 :-

Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”

Pejabat JKM

1. Pergi ke pejabat JKM yang terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
2. Bawa juga dokumen ini bersama anda:

Salinan kad pengenalan pemohonSalinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)3. Pastikan bawa bersama borang anda berikut:
Borang permohonan bantuan –  KLIK SINI
Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu –  KLIK SINI Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Semak juga : Bantuan JKM 2022: Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2022
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 23:17

Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri Tapi Ada Syaratnya

Sebelum ini, Aliff Syukri pernah menyatakan hasratnya untuk berduet dengan penyanyi popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Awie dan Anuar Zain..

Perkara ini telah mendapat maklumbals daripada penyanyi lagenda , Datuk Jamal Abdillah , yang  mana dia mengakui dirinya tidak keberatan untuk berduet dengan usahawan kontroversi tersebut.

Malah Dato Jamal menyuarakan bahawa dirinya bersedia andainya ditawarkan untuk berduet dengan mana-mana pihak asalkan memenuhi syarat yang ditentukan olehnya.

“Jika ditawarkan untuk berduet dengannya, saya anggap ia penghormatan dan kita pun dapat mengikuti trend serta kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.”

BACA : Tahniah! Amy Search terima gelaran Datuk

“Cuma, syarat utama saya, dia kena menyanyi betul-betul dan tidak sumbang kerana kita akan sakit telinga dan orang pun tidak menyalahkan saya,” katanya.

Marketing

Dato Jamal juga tidak menyangkal bahawa kebanyakan  founder produk dan usahawan yang muncul dengan lagu seperti dilakukan Aliff Syukri lebih kepada untuk mempromosikan perniagaan dan jenama mereka kepada pengguna dan peminat mereka.

Walaupun menyatakan dirinya bersetuju namun Dato Jamal akan mencuba mengikuti rentak nyanyian Dato Aliff agar mereka serasi semasa berduet .

Maklum mengetahui bahwa Dato Aliff hanya menyanyi mengikut caranya namun lagunya sememangnya menarik dan sedap didengar tetapi apabila dinyanyikan secara live memang sentiasa tidak menepati jangkaan yang sepatutnya.

“Semua pun tahu dia (Aliff) bukan penyanyi, namun saya melihat dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.”

 

“Kalau ditakdirkan kami berduet, dia tak perlu belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan berkenaan,” jelasnya lagi.

Setelah mendapatkan maklum balas tersebut , Dato Aliff nampaknya cukup senang dengan kenyataan tersebut dan akan berusaha untuk berduet dengan Dato Jamal pada masa akan datang .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 22:55

Bantuan JKM 2022: Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2022

Bantuan JKM 2022: Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan 2022

Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022

Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

SYARAT KELAYAKAN BKK 2022

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK 2022

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :-

Secara Online:

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Secara Manual:

1. Cetak Borang Permohonan.

2. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

Salinan kad pengenalan diri pemohonSalinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada)Lain-lain dokumen yang berkaitanMaklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi

Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000

atau anda boleh pergi ke

Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 22:14

Berita Baik Buat Pencarum KWSP Dalam Masa Terdekat

Berita baik untuk pencarum KWSP, pihak kerajaan akhirnya bersetuju akan pertimbangkan pengeluaran Khas KWSP 2.0 dalam masa terdekat.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Kewangan II, YB Tuan Mohd Shadar Bin Abdullah ketika berucap di dalam Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Baca juga:

Najib Tinggalkan Nota Meruntun Hati Untuk KeluargaHari Perbicaraan Kes 1MDB Hanya Dipenuhi Wartawan

Menurut Timbalan Menteri Kewangan ll, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah  menyatakan bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pengeluaran KWSP 2.0.

Semua input-input berkaitan bagaimana untuk kerajaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada mereka yang bekerja.

Menurut Tuan Mohd Shahar  lagi, sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerajaan pertimbangkan pada masa sekarang.

Buat masa ini, kerajaan sedang teliti menangani masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu buka saja sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat Kerajaan optimumkan sebaiknya.

Satu petisyen sebagai tanda sokongan terhadap Pengeluaran Khas KWSP 2.0 telah dilancarkan pada Julai lalu mencatat rekod seramai 80,448 orang telah menandatangani petisyen tersebut.

Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga merupakan ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik.

Kesimpulannya, langkah tersebut sangat diperlukan untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Sebagai tanda sokongan tuntutan pengeluaran Khas KWSP 2.0, anda boleh klik pautan dibawah sebagai tanda sokongan anda.

PETISYEN UNTUK TUNTUT PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Sumber: RUJUKAN ONLINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 22:08

Hari Perbicaraan Kes 1MDB Hanya Dipenuhi Wartawan

Hari ini merupakan kali pertama Najib muncul di mahkamah untuk perbicaraan beliau mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas menjalani hukuman penjara selama dua hari di Penjara Kajang.

Suasana di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agak lengang dengan ketiadaan kelibat penyokong bekas Perdana Menteri itu setakat jam 10.50 pagi tadi.

Baca juga:

Ahli UMNO Dari Pekan Tiba Seawal 6 PagiNajib Tinggalkan Nota Meruntun Hati Untuk Keluarga

Suasana dilihat agak berbeza berbanding perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu di Putrajaya sebelum ini.

Perkarangan Mahkamah Tinggi hanya dipenuhi wartawan daripada pelbagai media bagi melaporkan keadaan terkini perbicaraan kes tersebut.

Perbicaraan itu turut dihadiri oleh anak perempuan Najib, Nooryana Najib pada jam 9.30 pagi.

Sekadar info, Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Selasa lalu, beliau dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Selain itu, esok Najib sekali lagi akan dibawa daripada penjara ke Mahkamah Tinggi di sini bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: KOSMO! ONLINE
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 21:50

Untung Petronas Dagangan Telah Melonjak Tinggi Kepada RM237.68 Juta

Untung bersih buat Petronas Dagangan Bhd (PetDag) telah melonjak kepada RM237.68 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2022 daripada RM82.14 juta semasa suku yang sama pada tahun kewangan 2021. Prestasi ini telah  disumbangkan terutama oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi daripada segmen runcit dan mudah beli susulan permintaan yang lebih tinggi dalam tempoh itu. Peningkatan itu disokong lagi oleh pendapatan lain yang lebih tinggi iaitu keuntungan yang diraih sekali sahaja daripada penjualan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak.

Disamping itu, ini telah diimbangi oleh perbelanjaan pengoperasian yang lebih besar berikutan komisen pengedar, jelas syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu. Dalam pada itu, perolehan PetDag turut meningkat kepada RM9.50 bilion daripada RM5.18 bilion bagi tempoh yang sama, didorong peningkatan harga jualan purata sebanyak 30 peratus di samping jumlah jualan lebih tinggi sebanyak 28 peratus.

Gambar sekadar hiasan

Walaubagaimanapun, bagi enam bulan tahun kewangan 2022, keuntungan bersih PetDag naik kepada RM356.17 juta daripada RM273.25 juta yang dicatatkan dalam tempoh enam bulan tahun kewangan sebelum ini manakala perolehan sebanyak RM17.12 bilion berbanding RM10.32 bilion. Menurut PetDag jumlah jualan keseluruhan mencatatkan aliran meningkat pada suku kedua susulan pelonggaran sekatan pergerakan, kerancakan kegiatan ekonomi semasa musim perayaan serta perjalanan antarabangsa dibenarkan pada awal suku itu.

Ini adalah prestasi syarikat yang telah disokong lagi oleh harga minyak mentah Brent yang menggalakkan iaitu pada US$113.78 setong berbanding US$68.78 setong pada suku yang sama tahun kewangan 2021. Syarikat itu menambah dengan memanfaatkan pemulihan ekonomi, pihaknya kekal fokus kepada pertumbuhan dalam pasaran bukan bahan api dengan pembukaan tujuh Mesra Cafe baharu pada suku kedua 2022 dan lebih banyak tawaran disediakan untuk melengkapkan pertumbuhan segmen mudah beli.

Namun, pada 30 Jun 2022, jumlah aset PetDag meningkat sebanyak RM7.65 bilion atau 80 peratus terutama disebabkan oleh kelewatan subsidi belum terima serta kenaikan harga. Jumlah liabiliti meningkat sebanyak RM7.60 bilion, terutamanya disebabkan oleh terma kredit dilanjutkan oleh pembekal utama serta harga pembelian lebih tinggi.

Dalam selangkah ke hadapan, syarikat itu telah memaklumkan ia akan bekerjasama dengan rakan kongsi industri kenderaan elektrik yang kukuh untuk mempercepat penggunaan dan pengkomersialan tenaga bersih.Pasaran bukan bahan api akan terus kukuh dengan pembukaan lebih banyak Mesra Cafe di seluruh negara. Ini kerana kami menyasar untuk memanfaatkan rangkaian dan infrastruktur sedia ada kami untuk meluaskan jangkauan, menambah baik tawaran runcit dan perniagaan yang kalis pada masa depan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 21:13

Bantuan Untuk Keluarga Miskin JKM Tahun 2022

Bantuan Am Persektuan adalah bantuan yang berada di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berperanan menjaga kebajikan golongan sasar di Malaysia.

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk membantu membiayai perbelanjaan harian individu mahupun keluarga.

Baca juga:

Tuntutan BKM Fasa 3 Golongan BujangBantuan Pengurusan Jenazah RM200 Untuk Semua Agama

Jumlah Bantuan:

Bantuan akan diberi secara bulanan sebanyak RM100 sehingga RM350 sebulan bergantung kepada kategori pemohon.

Syarat Kelayakan:

Golongan yang layak memohon bantuan Am Persekutuan ini adalah:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berpendapatan isi rumah tidak lebih dari PGK (Pendapatan Garis Kemisikinan).Pemohon bukanlah penerima mana-mana bantuan dari JKM.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Muat turun borang JKM18 untuk permohonan.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan.

Langkah 4: Hantar permohonan kepada pejabatan JKM berdekatan anda.

Dokumen Sokongan:

Antara dokumen yang diperlukan adalah;

1 Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.1 Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama1 Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama1 Salinan penyata gaji (jika ada), dan lmana-mana dokumen yang berkaitan.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman portal JKM .
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 20:52

Tuntutan BKM Fasa 3 Golongan Bujang

Bantuan Keluarga Malaysia mempunyai 4 fasa dan kini berada dalam fasa 3.

Mengikut jadual pihak BKM, pembayaran BKM fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan September.

Baca juga:

Mizz Nina Menangis Bagi Ceramah Tentang Penceraian Buat Netizen SebakScammer Kini Beralih Ke Aplikasi Grab, Shoppee Dan Foodpanda

Penerima BKM secara tunai boleh mula menuntut secara tunai pembayaran mereka.

Mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak BKM, BKM Fasa 3 boleh dituntut bermula 8 September 2022 bagi pembayaran secara tunai di BSN.

Jumlah BKM yang diterima Golongan Bujang:

Penerima paling ramai dalam senarai penerima BKM adalah dari golongan bujang.

Bayaran bagi Fasa 3, jumlah yang akan diterima adalah oleh golongan bujang sama ada bagi golongan bujang berumur 59 ke bawah dan juga bagi golongan bujang berumur 60 tahun ke atas adalah sebanyak RM150.

Pembayaran BKM golongan bujang akan diberikan sehingga fasa 4.

Pada fasa 4, golongan bujang berumur 60 tahun ke atas masih tetap menerima pembayaran BKM, iaitu sebanyak RM150.

Namun, tiada pembayaran dibuat bagi golongan bujang berumur 59 ke bawah.

Keseluruhan bayaran BKM bagi penerima golongan bujang yang berumur 59 ke bawah adalah sebanyak RM400, manakala golongan bujang berumur 60 tahun ke atas menerima jumlah sebanyak RM650.

Sekadar info, ibu bapa tunggal yang tidak mempunyai anak adalah tergolong dalam golongan penerima bujang BKM.

Jadual Pembayaran BKM Bagi Bujang:

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 20:27

Liverpool Tumbang Di Old Trafford!

“Kami menunjukkan keinginan untuk menang, kami berkomunikasi, kami bertarung. Inilah hasilnya kerana pasukan ini sememangnya mampu untuk mempamerkan aksi bola sepak yang baik,” ujar pengurus Manchester United, Erik Ten Hag.

Akhirnya beliau mampu menghela nafas lega setelah anak buahnya mengecapi kemenangan 2-1 yang cukup manis dan tidak disangka-sangka ke atas seteru ketat, Liverpool awal pagi semalam.

Keyakinan yang hilang telah dipulihkan dan seharusnya itulah rumusan di sebalik punca kemenangan United.

Sila Baca Disini : Zon Asean KL City Yang Punya!

Liverpool Tumbang Di Old Trafford!

Pemain baru, Lisandro Martinez yang tidak henti-henti dikritik kerana memiliki tubuh fizikal pendek, ternyata memberikan persembahan lebih mantap berbanding pemain pertahanan Liverpool yang pernah memenangi tempat kedua anugerah Ballon D’Or, Virgil Van Dijk.

[image error]

Dalam satu detik pada separuh masa pertama, Martinez merebahkan tubuh demi menahan rembatan Mohamed Salah menggunakan tubuhnya.

Akibat rembatan tersebut dihalang, satu sepakan sudut menyusul yang menyebabkan pemain United, Bruno Fernandes mengalami satu tempoh kekeliruan sejenak sehingga mahu menyepak masuk bola ke dalam gawang sendiri.

Mujur Martinez sekali lagi menyelamatkan keadaan dan menghalang kemasukan bola pada saat-saat terakhir.

Van Dijk pula mengalami nasib berbeza. Seawal minit ke-16, pemain sayap United, Jadon Sancho membolosi dari bahagian kiri dan tenang mengawal bola bagi memperdayakan James Milner yang cuba bertahan, sehingga menyebabkan beliau jatuh tergolek.

Sancho diberikan tempoh masa yang lebih daripada mencukupi untuk memilih penjuru gol mana yang harus dilepaskan rembatan kerana Van Dijk hanya sekadar berdiri tegak dan memerhati, tiada sebarang percubaan untuk melakukan terjahan. Dari situlah gol pertama United dijaringkan.

Menurut laporan The Daily Mail, sebelum sepak mula Ten Hag mendedahkan kepada media bahawa beliau telah membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama bagi membolehkan tiga pemain penyerangnya, Sancho, Anthony Elanga dan Marcus Rashford melakukan tekanan berterusan terhadap barisan pertahanan Liverpool.

Hasil tekanan itu, digabungkan dengan hakikat di mana Liverpool beraksi tanpa kelibat Fabinho, Thiago dan Naby Keita, Liverpool goyah dan memberikan kesan negatif terutama kepada pemain seperti Trent-Alexander Arnold.

Pada separuh masa kedua, hantaran silangnya dipintas dengan mudah oleh Raphael Varane.

Pintasan ini gagal dikawal dengan baik oleh kapten Liverpool, Jordan Henderson yang menyebabkan bola dilorongkan ke arah Anthony Martial, seorang lagi pemain United yang telah menemui semula keyakinannya.

Martial melakukan hantaran cantik ke arah Rashford yang telah lama menanti selama tujuh bulan lamanya beliau tidak menjaringkan gol.

Dengan hanya penjaga gol Liverpool, Alisson untuk ditewaskan, Rashford tidak melakukan sebarang kesilapan dan menjaringkan gol kedua pada malam gemilang United itu.

Pemain United semakin yakin dalam mengatur serangan dan pemain Liverpool semakin layu dalam menahan asakan tersebut.

Sepanjang perlawanan, ada satu ayat yang pastinya menimbulkan hilai-ketawa jika diucapkan pada minggu-minggu yang lepas bahawa Liverpool tidak mampu menandingi semangat dan sifat agresif United.

Namun, tiada sesiapa boleh mentertawakan hakikat itu selepas menyaksikan perlawanan awal pagi semalam.

Liverpool akhirnya berjaya merampas kembali satu gol menerusi Mohamed Salah pada minit ke-81 tetapi United tetap kekal tenang dan berdisiplin bagi memastikan kemenangan milik mereka.

Dengan hanya dua mata daripada tiga perlawanan setakat ini, Liverpool pula yang kini berhadapan dengan krisis, siapa sangka?

Bagi United, apa yang penting adalah untuk mereka terus membina semula keyakinan yang telah diperoleh dan mendengar tunjuk ajar serta arahan Ten Hag.

Jika persembahan serta kualiti yang ditunjukkan ini dapat dikekalkan, ia merupakan langkah pertama dalam menajamkan semula taring yang telah lama tumpul dalam skuad United.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 20:27

Scammer Kini Beralih Ke Aplikasi Grab, Shoppee Dan Foodpanda

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial TikTok, Sallygojazz ada memuat naik satu video memberi amaran kepada orang ramai tentang modus operandi terbaru sindiket scammer.

Dia mendedahkan cara sindiket scammer memperdaya mangsa.

Baca juga:

Najib Tinggalkan Nota Meruntun Hati Untuk KeluargaMalaysia Antara Negara Yang Bakal Terjejas Kiamat Iklim

Kini sindiket scammer sudah tidak lagi menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kastam atau Bank Negara Malaysia untuk memperdaya mangsa.

Tetapi mereka mula beralih ke aplikasi lain seperti Grab, Foodpanda dan Shoppee melalui teknik ‘phishing’ di WhatsApp.

Difahamkan mereka akan meminta pengguna untuk mengklik pautan diberi kononnya untuk mengesahkan pembelian di salah satu aplikasi tadi.

Jelasnya, pautan tersebut akan membawa pengguna kepada laman sesawang yang memerlukan pengguna mengisi maklumat akaun bank seperti nama pengguna dan kata laluan.

Kemudian, duit di dalam bank akan lesap sekelip mata.

Di ruangan komen pula, ada pengguna TikTok yang membongkarkan penipuan terbaru scammer Shoppee yang membuat hebahan mengambil pekerja separuh masa.

Jelasnya, tidak diperincikan bagaimana scam dilakukan, tetapi mereka mendakwa ramai yang tertipu dengan iklan tersebut.

 

Sumber: WATAN DAILY

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 24, 2022 01:02

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.