Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 109
August 23, 2022
Suami Pakai Duit Kwsp Isteri Main Mesin Haram
Nasi sudah menjadi bubur. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi seorang pesara yang tanpa disedari telah membelanjakan lebih setengah juta ringgit daripada tabung persaraannya hanya untuk berjudi.
Seperti yang dikongsikan pemilik akaun Saluran Bro Fairus baru-baru ini, dia menceritakan semula kisah bapa kawannya. Dikatakan lelaki berusia 58 tahun itu berjudi menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru dikeluarkannya.
Lelaki itu mengeluarkan duit berjumlah sebanyak RM560,000. Dia kemudian memberi isterinya RM30,000 sebagai tanda terima kasih kerana menyokongnya sepanjang kerjayanya.
Namun tanpa disedari, syak wasangka besar melanda apabila suaminya didapati membelanjakan wang yang ada di pusat mesin haram itu dalam masa 3 hari sahaja.
Dari RM519,000, kini wang persaraan hanya RM11,000. Terkejut dengan tindakan suaminya yang sanggup membelanjakan ratusan ribu untuk berjudi, si isteri kemudian menghalau lelaki itu keluar dari rumah, dan bercerai.
“Selama 3 hari 3 malam ayahnya tidak pulang. Rugi RM519,000 akibat berjudi dan tinggal RM11,000 sahaja. Orang yang menghantar ayahnya balik ketika itu ialah katak mesin haram sendiri kerana katak itu tidak tahan. keghairahan ayahnya.
“Hari ini ayahnya dihalau ibunya kerana kekecewaan seorang isteri yang selama ini memberi sokongan penuh dalam kerjaya ayahnya, tetapi ayahnya melakukan perkara bodoh. Pada usia 58 tahun, menangis, mencari rumah sewa dengan hanya Tinggal RM11,000
“Hari ini mereka sudah berpecah belah, bercerai dan bergaduh dengan anak. Saya nasihatkan 1 perkara, apa pun keadaan ayah awak. Ini tidak boleh diterbalikkan. Hormati dia, sayangilah dia, layanilah dia dengan baik walaupun dia telah melakukan kesilapan terbesar yang menyebabkan keluarga untuk berpecah belah,” katanya.
SAYANGILAH DIA HORMATI LA DIAPerkongsian Fairuz menarik perhatian ramai dengan ada yang berkongsi pengalaman berbelanja sebanyak ratusan ribu akibat berjudi.
“Cerita dia macam ni. Bawa RM100k. Dah rugi RM30k. Sayang, rugi. Cuba lagi dan harap dapat balik modal.. last-last semua hilang.. pengalaman saya,” tulis pengguna TikTok.
Ada juga yang kata bila menang, pasti akan buntu. Tapi menang sekali, kalah berkali-kali.
Apa yang menghairankan apabila ada yang memberitahu, mereka yang berjudi kadang-kadang sanggup mempertaruhkan isterinya sendiri.
Semak jugak pegeluaran KWSP : Ini Cara Pengeluaran Kwsp Yang Dibenarkan
Semak jugak pegeluaran KWSP : Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0
MITI Telah Laksanakan Sekatan Import Lamborghini Yang Baharu
Bagi pengumuman untuk anda semua bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah pun melaksanakan iaitu sekatan import bagi kenderaan-kenderaan yang import sepenuhnya (CBU) iaitu jenama Lamborghini telah berkuatkuasa pada 17 Ogos lalu. Dalam surat kepada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), MITI telah memaklumkan bahawa pada bermula dari tarikh berkenaan, syarikat yang telah memiliki permit import (AP) Terbuka tidak lagi dibenarkan untuk mengimport kenderaan CBU bagi kategori baharu iaitu Kenderaan Lamborghini.
Surat yang bertarikh pada 18 Ogos kepada Presiden PEKEMA iaitu Datuk Zainuddin Abdul Rahman turut menyebut bahawa hak eksklusif bagi mengimport kenderaan CBU baharu Lamborghini telah dipegang oleh syarikat AP Francais yang telah dilantik oleh MITI. Ia difahamkan bahawa sekatan berkenaan sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh kerajaan, cuma ia tiada kawalan ketat dan pemeriksaan yang terperinci dibuat ke atas pemegang AP terbuka yang mengimport kenderaan Lamborghini yang baharu.
[image error]
Sumber: google image
Turut difahamkan, bahawa sekatan berkenaan hanya tertakluk kepada kenderaan baharu sahaja dan pemegang AP Terbuka boleh mengimport kenderaan terbabit selepas 12 bulan daripada tempoh pengeluaran dari kilang di Itali. (Careta) SunAgata Supercars Sdn Bhd adalah satu-satunya pemegang AP Francais bagi mengimport jenama berkenaan daripada prinsipal, Automobili Lamborghini S.p.A untuk pasaran Malaysia.
Pelantikan rasmi syarikat persendirian diperbadankan pada Julai 2020 itu dibuat Automobili Lamborghini bermula pada Januari 2021. (Cut&Paste) Sebelum ini, JH Italia adalah pengedar kenderaan Lamborghini di Malaysia.
Sumber: google image
Pada Mac lalu, SunAgata Supercars yang telah diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Chan secara rasmi telah membuka bilik pameran dan pusat servis, Lamborghini Kuala Lumpur bagi menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk jenama Itali itu di Malaysia. SunAgata Supercars yang juga pengedar tunggal sah Lamborghini dan pembekal perkhidmatan selepas jualan beroperasi di Glenmarie, Shah Alam.
“Saya Tak Berniat Ejek Mana-Mana Agama” – Kel Wen BerSongkok Dan Bersampin Tapi Separuh Bogel
Perkongsian di media sosial tentang acara Kuala Lumpur Fashion Week yang gempak berlangsung di Pavillion menjadi perbualan hangat kerana pelbagai busana cantik dan pelik diperagakan model di acara tersebut.
Malah terdapat beberapa busana yang dikritik oleh orang ramai dan salah satunya adalah rekaan daripada pereka fesyen Khai Kel Wen dari Behati yang diinspirasikan daripada gaya ‘Peranakan’ telah menimbulkan perdebatan orang ramai.
Melalui sebuah video yang dikongsikan di media sosial , terdapat beberapa koleksi terbaru daripada jenama tersebut telah menggunakan pakaian tradisional dan diubah suai menjadi lebih ‘trendy‘ sekaligus mencetuskan rasa kurang senang orang ramai dan mendakwa rekaan itu seakan cuba mempersendakan agama Islam.
Pelbagai komen negatif yang memperlihatkan rasa kurang senang netizen kepada pereka fesyen berkenaan sehingga menyebabkan perbalahan di media sosial.
Namun Kel telah tampil menjawab tuduhan netizen dengan beberapa fakta menarik menerusi hantaran di laman Instagram miliknya yang menjelaskan bahawa dia langsung tidak berniat untuk mengejek mana-mana agama.
Jawab Isu“Islam sangat indah dan saya membesar dalam kalangan Muslim di Malaysia telah mempengaruhi seni dan gaya saya.”
Tidak mahu kalah Kel turut berpesan agar netizen berfikir sebelum mengecamya dan turut berkongsi sejarah permulaan songkok dalam komuniti Melayu, selepas dibawa oleh Muslim India ke Asia Tenggara sektar abad ke-19.
“Orang Melayu dulu hanya memakai kain sarung dan tidak berbaju. Songkok dan seluar pendek tidak menjadi isu pada tahun 1941.”
Dia juga menjelaskan bahawa songkok merupakan aksesori kepala dan bukan secara keseluruhan dipakai untuk tujuan solat. Di Malaysia, ia menjadi rumit apabila bangsa berlainan memakai songkok untuk tujuan berbeza.
BACA : Noh Hujan Catwalk Di KLFW Sambil Pegang Rokok
“Ia akan menjadi tidak sopan jika memakai songkok dengan bersampin sahaja untuk sembahyang, tapi secara jelas saya memakainya di pentas runway.”
“Saya bukan Muslim, tapi saya pakai songkok menunjukkan bahawa saya menerima dan belajar tentang agama Islam dalam kehidupan saya. Kalau anda tak boleh terima, itu bermaksud anda rasis.”
Mnejawab segala persoalan daripada netizen , dia berharap agar semuanya dapat diselesaikan secara baik tanpa merosakkan namanya .
Najib Tinggalkan Nota Meruntun Hati Untuk Keluarga
Perdana Menteri keenam itu mengakui tidak pernah kesal memilih meneruskan legasi bapanya, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein.
Namun, pilihan itu membuatkan beliau terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.
Baca juga:
Warganet Dedah CIMB Pemegang Rekod Simpanan Terburuk Di MalaysiaTawaran Hebat AirAsia Sempena Hari Kemerdekaan IniMahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd semalam.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berserta lima panel hakim sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Sebelum itu, nota meruntun hati yang ditinggalkan di atas meja untuk tatapan keluarga dan anak cucu turut mengenang tempoh 46 tahun karier politik serta perkhidmatan awam Najib yang mengambil seluruh masanya.
Menerusi nota itu juga, mengatakan cabaran itu dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepadanya dan ada kalanya hasil diharapkan tidak sebaik diinginkan, tetapi membuatkan beliau terus mencuba.
Hukuman penjara yang bakal dijalani menjarakkan mereka sekeluarga, namun Najib seakan-akan reda dengan situasi itu.
Sumber: BERITA HARIAN
Cara Simpan Duit Setahun Cecah RM4400, Antara Cara Mudahnya, Sehari Simpan RM2
Pada semasa sekarang ini, harga barang semakin naik dari semasa kesemasa termasuklah barang-barang keperluan keluarga. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi kecemasan atau keperluan mustahak.
Menabung atau menyimpan sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita mahu.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang gadis yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakkan orang.
Berikut adalah perkongsiannya cara menabung RM4,436 setahun.
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.
Caranya:
Jumlah setiap bulan tidak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat.
Saya mula lambat sikit, mid Februari hingga 31 Disember. Nampak orang share kt FB masa itu.
Semangat pada siapa sedang buat macam ini tahun 2022.
Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.
Bagi sesiapa yang pening kepala fikir cara nak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh gadis ini pula. Selamat mencuba semoga berjaya!
Baca juga : Malaysia Antara Negara Yang Bakal Terjejas Kiamat Iklim
Malaysia Antara Negara Yang Bakal Terjejas Kiamat Iklim
Pemanasan global akan menyebabkan bongkah ais di Kutub Utara dan Antartika semakin mencair selain daripada gunung berapi yang makin aktif.
Hal ini demikian akan menyebabkan berlakunya kiamat iklim.
Malaysia juga mungkin menjadi antara negara di dunia yang bakal dilanda ‘kiamat iklim’ yang diramal berlaku pada tahun 2040.
Baca juga:
Bantuan Pengurusan Jenazah RM200 Untuk Semua AgamaWarganet Dedah CIMB Pemegang Rekod Simpanan Terburuk Di MalaysiaMenurut Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, hasil pemerhatian beliau semasa beberapa kali ke Kutub Utara dan Antartika mendapati ais di sana semakin mencair.
Gunung berapi juga sudah mulai aktif kembali di Antartika (Kutub Selatan) dan suhu di Kutub Utara pula tidak lagi membeku tetapi sekadar suam menyebabkan banyak ais yang cair.
Semua petunjuk itu adalah kesan daripada pemanasan global, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi semakin mendekati negara di dunia.
Menurut Sharifah Mazlina lagi, ramalan tentang kiamat iklim bukan sahaja berdasarkan pemerhatiannya sahaja, tetapi turut disahkan para saintis dunia termasuk dari Rusia dan Amerika Syarikat.
Tambah beliau, saiz Antartika adalah dua kali ganda lebih besar dari negara Australia, sekiranya kesemua ais di sana mencair pada 2040, ia akan menyebabkan berlakunya limpahan ombak, tsunami, banjir teruk dan sebagainya.
Malaysia akan turut terjejas memandangkan pada masa ini negara sudah alami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan.
Lebih-lebih lagi, kedudukan geografi negara di bawah garis khatulistiwa, menyebabkan ia berpotensi dilanda kiamat iklim yang diramalkan berlaku itu berikutan pemanasan global melampau.
Oleh itu, Sharifah Mazlina turut menggesa rakyat Malaysia agar mengambil langkah kecil yang membawa kesan besar pada pengurangan pemanasan global dengan mengamalkan kitar semula, kurangkan penggunaan plastik dan karbon serta perbanyakkan penanaman pokok
Sekadar info, Sharifah Mazlina, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (AWETA), ialah wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo.
Pada 7 Mac 2022, Sharifah Mazlina dan pasukannya ke Antartika sekali lagi bagi menyertai misi pelayaran “Climate Force 2041 (CF2041) untuk mengkaji kesan pemanasan global di kawasan itu selama 12 hari.
Sumber: ASTRO AWANIMorales Dan Josue Taruhan KL City!
Tidak seperti kebiasaan, ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak lebih terbuka memberikan bayangan taruhan terbaik skuad The City Boys menjelang aksi final Piala AFC zon ASEAN sambil membedah kekuatan PSM Makassar.
[image error]
Individu yang begitu sinonim menerusi pelbagai kejayaan di Liga Malaysia sejak 2006 itu, kini bergantung harap kepada ayam tambatan KL City, Romel Morales serta Paulo Josue untuk jadi pemacu kejayaan kecapi aspirasi di peringkat AFC.
Bojan memberikan indikasi awal pemilihan empat kuota slot pemain import diisi jentera serangan dan ini bermakna, posisi penjaga gol hampir pasti terus jadi milik Azri Ghani.
Sila Baca Disini : Casemiro Rasmi Sertai Manchester United!
Antara tonggak yang diberi tanggungjawab oleh Bojan untuk mengawasi serangan PSM Makassar, Giancarlo Gallifuoco, merumitkan pemilihan baki pemain import namun apa yang pasti penyerang skuad juara Piala Malaysia itu akan jadi tumpuan utama pada pertemuan ini.
Morales Dan Josue Taruhan KL City!Ia berikutan perubahan formasi yang dilakukan Bojan demi kepentingan kekuatan pasukan sambil bergantung harap Jordan Mintah membuktikan kewibawaan di peringkat elit saingan AFC itu.
[image error]
“Kami memiliki dua penyerang dan masa diperlukan untuk mereka sesuai dengan sistem permainan pasukan,” kata Bojan.
“Kami telah melakukan beberapa pertukaran dalam corak latihan dan kami berharap ia akan berhasil.”
Sementara itu, Bojan berkongsi ancaman utama bekas pasukan kendaliannya sambil mengingatkan anak buahnya untuk sentiasa waspada kelibat perancang utama PSM Makassar, Wiljan Pluim di sepanjang saingan.
“Wiljan memiliki kualiti hantaran yang baik dan itu harus dijadikan keutamaan ketika bertahan dalam aksi final itu nanti,” katanya lagi.
Di kem PSM Kakassar pula di sebalik kegusaran melibatkan pengantunggan tonggak utama, Yuran Fernandes dan Agung Mannan, yang sememangnya merencatkan barisan terakhir pasukan yang menghuni tangga kedua liga Indonesia itu lebih selesa mengalih tekanan memuncak menjelang aksi final dengan melibatkan isu luar padang.
Dan individu yang memainkan watak sang antagonis itu, siapa lagi kalau bukan bernardo Tavares yang terus menerus lantang bersuara ketidakpuasan hatinya terhadap AFC yang sekali lagi menganugerahkan hak penganjuran tuan rumah kepada KL City FC.
Tavares secara terang-terangan merayu agar skuad kendaliannya mendapat keadilan dalam aksi paling getir buat kedua-dua pasukan dalam menentukan hala tuju baki saingan musim ini.
“Kami sudah bertemu KL City sebelum ini di sini. Kami sekali lagi bertemu mereka di sini, saya tidak faham dan mengapa sekali lagi dipertandingkan di Malaysia?,” kata Bernardo.
Warganet Dedah CIMB Pemegang Rekod Simpanan Terburuk Di Malaysia
Baru-baru ini, kecoh selepas Pakar Nefrologi Dr Rafidah Abdullah telah hilang RM13,000 daripada akaun CIMB pada Jumaat lepas.
Hal ini menyebabkan warganet mula bimbang dengan bank terbabit sehingga ada yang mendedahkan bank itu antara pemegang rekod paling buruk.
Justeru itu, ramai yang menzahirkan tidak percaya dengan keselamatan bank CIMB selepas kes Dr Rafidah viral.
Baca juga:
Bantuan Pengurusan Jenazah RM200 Untuk Semua AgamaMas Idayu Bersyukur Dimurahkan Rezeki Untuk Perkahwinan KeduaMenurut seorang warganet Hanani Yahaya, telah meninggalkan komen di facebook Oh Media, mendedahkan CIMB merupakan pemegang rekod simpanan terburuk di Malaysia selepas Maybank dan RHB.
Hanani Yahaya juga turut menceritakan bagaimana tindakan Affinbank manghubunginya untuk meminta pengesahan selepas transaksi wangnya tidak berjaya.
Ini menunjukkan Affinbank yang sangat tinggi kawalan keselamatan mereka.
Menurut Rafidah Abdullah yang hampir 30 tahun dengan CIMB, berasa sangat sangat kecewa dengan bank tersebut kerana langsung tiada sekuriti.
Wang beliau hilang selepas melalui 3 transaksi di CIMB click berjumlah RM13 ribu pada jam 2.00 ke 2.30 pagi, lesap tanpa minta TAC nombor.
Menurut Rafidah Abdullah juga, beliau sudah pun membuat laporan polis, laporan ke Bank Negara serta telah reset semua telefon dan buang aplikasi di Iphone yang digunakannya.
Menurut laporan polis yang dibuat, difahamkan duit beliau dipindahkan ‘scammer’ dari CIMB ke Hong Leong Bank dan laporan pun telah hantar laporan ke Bank Negara Malaysia.
Rafidah masih berarap Bank Negara Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap CIMB dan mana-mana bank yang memberi laluan kepada perompak untuk merompak hak rakyat Malaysia.
Sumber: MALAYSIA DATELINE
Bantuan Pengurusan Jenazah RM200 Untuk Semua Agama
Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka 2022 adalah bantuan pengurusan jenazah meliputi Rakyat Negeri Melaka yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Bantuan ini bertujuan untuk meringan tanggungan waris keluarga arwah/ si mati menguruskan jenazah.
Baca juga:
Tawaran Hebat AirAsia Sempena Hari Kemerdekaan IniMas Idayu Bersyukur Dimurahkan Rezeki Untuk Perkahwinan KeduaTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan boleh dibuat sehingga hujung tahun ini iaitu sehingga 31 Disember 2022.
Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemohon mestilah dari golongan B40 pendapatan kurang RM5110.00.Pemohon mestilah menyertakan salinan pendapatan ATAU akaun pendapatan arwah/ si mati.Permohonan dibenarkan hanya untuk SEKALI sahaja utk setiap kematian sekeluarga yang telah meninggal dunia dlm tahun 2022.Arwah / si mati adalah anak Negeri Melaka ATAU arwah/si mati telah bermastautin di Negeri Melaka sekurang-kurangnya 5 tahun.Arwah mestilah dikebumikan dlm Negeri Melaka sahaja.Waris yg menuntut mestilah memberikan 1 salinan Kad Pengenalan waris & salinan penyata bank bagi waris yg menuntut.Tuntutan mestilah dibuat sebelum dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Borang permohonan boleh didapatkan di Japerun berhampiran.
Langkah 2: Lengkapkan borang permohonan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar permohonan ke alamat berikut.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:
1 Salinan pendapatan ATAU akaun pendapatan arwah/ si mati yg telah disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Setiausaha Japerun (SUJ).1 Salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank waris.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Melaka.gov.
Ahli UMNO Dari Pekan Tiba Seawal 6 Pagi
Pagi tadi, ratusan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menunggu bekas Perdana Menteri itu sejak pukul 7 pagi di pintu belakang Istana Kehakiman walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Difahamkan mereka adalah ahli UMNO dari kawasan Pekan yang menaiki enam buah bas dari Pekan, Pahang kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi dan tiba di Putrajaya sekitar pukul 6 pagi.
Baca juga:
Tayangan Filem Mat Kilau Di Indonesia 31 Ogos IniPermohonan Subsidi Carseat Kanak-kanak Dibuka Sehingga 30 September 2022Menurut salah seorang daripada penyokong, tujuan kedatangan mereka adalah untuk memberi sokongan moral kepada Ahli Parlimen Pekan itu.
Rata-rata penyokong itu sesekali turut melaungkan ‘Bossku’ dan ‘Allahuakhbar’ sambil menunggu kedatangan Datuk Seri Najib.
Hari ini berlangsungnya prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan yang bakal menentukan nasib Datuk Seri Najib.
Sama ada bekas Perdana Menteri itu dapat mengetepikan hukuman penjara dan denda dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd ataupun sebaliknya.
Difahamkan juga, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berhak memutuskan terus rayuan akhir Najib berikutan peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik pada Khamis lalu menyatakan tidak akan mengemukakan sebarang hujahan pada rayuan tersebut.
Sumber: UTUSAN MALAYSIA
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
