Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 111
August 22, 2022
Kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 Dibuka Sehingga 30 Ogos 2022
Pada bulan Sebtember ini, penerima BKM akan menerima pembayaran BKM Fasa 3.
Pihak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sekali lagi telah membuka peluang untuk mengemaskini maklumat penerima BKM tahun 2022.
Jika ada sebarang perubahan maklumat seperti bilangan tanggungan/ anak, gaji semasa dan juga makluat lain seperti nombor telefon dan nombor akaun, sila lakukan segera sebelum tarikh kemaskini ditutup.
Baca juga:
Lembaga Zakat Selangor Tawar Insentif Permulaan PekerjaanPenjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 30 Ogos Ini – Perdana MenteriTarikh Kemaskini Dibuka:Tarikh kemaskini maklumat BKM Fasa 3 dibuka mulai 10 Ogos 2022 hingga 30 ogos 2022.
Cara Kemaskini Maklumat:Berikut adalah langkah -langkah untuk mengemaskini maklumat BKM Fasa 3:
Langkah 1: Layari laman sesawang MYBKM.
Langkah 2: Kemudian klik pada bahagian kemaskini.
Langkah 3: Tambah maklumat baharu.
Nota: Pengemaskinian juga dapat dibuat secara manual menggunakan borang, kemudian kemukakan borang tersebut ke pejabat HASIL (Bahagian pengurusan Bantuan Keluarga Malaysia) berhampiran anda.
Jumlah Bantuan:Berikut adalah jumlah bantuan BKM Fasa 3 mengikut kategori:
1-Kategori isi rumah (berkahwin):
[image error][image error][image error][image error]2- Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal:
[image error]Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1800-88-2747.
Majlis Kahwin Mas Idayu Dan Sufian Bakal Dapat Tajaan Hampir RM7 Juta
Penyanyi dangdut yang kini sering menjadi juri bagi program terkenal di Malaysia , Mas Idayu baru – baru ini telah mengumumkan bahwa dirinya bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hati yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa pada 16 September 2022.
Majlis pernikahan Mas Idayu dan Sufian yang bakal berlangsung itu turut mendapat tajaan mencecah RM7 juta dan bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records kerana nilainya yang tinggi .
Menurut Mas Idayu, dia tidak menyangka perkahwinan mereka bakal menjadi femomena seperti itu kerana mengakui dirinya bukanlah selebriti yang popular sehingga ditaja sebegitu sekali.
Namun apa yang penting baginya adalah kebahagiaan dalam perkahwinan yang bakal diharunginya dan berharap agar perkahwinan kali in bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Saya memang tak sangka, ia ‘tular’ begini. Hingga saya dan bakal suami ada terfikir juga, siapa Mas Idayu dan Sufian Isa ini yang berita hubungan kami mampu jadi tular dan banyak pihak berminat nak beri tajaan.”
“Apapun, saya sebenarnya tak fikirkan sangat nilai tajaan perkahwinan yang mencecah RM7 juta ini. Apa yang saya fikirkan adalah macam mana nak melalui kehidupan bersama dengan pasangan selepas sekian lama saya tidak melaluinya. ”
“Saya lebih fikirkan semoga dapat jalani kebahagiaan dalam perkahwinan kedua ini sampai akhir hayat,” katanya.
Pilih TarikhBerkongsi tentang tarikh yang dipilih , Mas Idayu berkata bakal suaminya yang memilih tarikh 16 September untuk diijabkabulkan kerana mudah untuk mereka mengingati hari anniversary nanti.
“Jadi, tarikh 16 September nanti, semua orang cuti kerana Hari Malaysia dan mudah juga saya nak ingat. Sebabnya, saya ini susah nak ingat tarikh. Tapi, saya setuju bila Sufian bagi tarikh ini, sebab senang nak ingat saja,” katanya.
Mas Idayu turut memaklumkan majlis pernikahannya bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi yang akan diadakan pada sebelah malam pada hari yang sama.
BACA : Karl Shafek Tak Akan Benarkan Usahawan Terkenal Rosakkan Pertunjukkan Fesyennya
Sekadar info , Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon veteran Aman Graseka pada 1997 namun telah bercerai pada tahun 2006 . Sepanjang perkahwinan mereka , pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa dan kini berusia 25 tahun.
Tawar RM100,000 Pun Joe Flizzow Tak Akan Buat Lagu Untuk Founder Produk
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single beliau semata-mata untuk tujuan marketing. Malah, golongan ini juga tidak seolah serik meskipun selalu dikecam.
Memetik mStar Online, seorang terkenal penyanyi rap Joe Flizzow berkata dia tetap dengan pendirian tidak berminat untuk menghasilkan lagu untuk founder produk.
BACA: Penjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 30 Ogos Ini – Perdana Menteri
Menerusi Joe Fizzow lagi, meskipun dia telah diberi tawaran RM100,000 sekali pun dia mesti akan menolak tawaran berkenaan.
“SAYA TAKKAN TERIMA WALAUBAGAIMANAPUN”“Saya akan kata tidak! Awak boleh tanya pengurus saya bahawa saya akan cakap tidak kepada duit yang banyak walaupun untuk RM100,000,” katanya.
Kemudian, penyanyi Datuk Awie juga meluahkan rasa kecewa melihat founder produk dan TikToker muncul dengan lagu sendri serta menyifatkan tindakan mereka itu mersosakkan industri muzik.
August 21, 2022
Lembaga Zakat Selangor Tawar Insentif Permulaan Pekerjaan
Permohonan dibuka sehingga 30 September 2022.
Kadar Insentif:Kadar insentif yang peruntukan adalah sebanyak RM300.
Syarat Permohonan:Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
Pemberian tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor.Pemohon mestilah dari golongan asnaf iaitu Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar LZS sahaja.Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah dan tidak melanggar hukum syarak.Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon. (Kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS).Pemohon berulang dalam tempoh 3 tahun perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang permohonan.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Muat naik dokumen sokongan.
Langkah 4:Klik ‘submit’ untuk hantar permohonan.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan:
1 Salinan Kad pengenalan pemohon.1 Salinan Kad pengenalan ketua keluarga.1 Salinan Surat tawaran bekerja.1 Salinan Surat pengesahan bekerja.1 Salinan Penyata akaun bank pemohon.1 Salinan Surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika berkenaan sahaja).Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila emel ke alamat berikut:
helmy.izuan@zakatselangor.com.myzeenat.karim@zakatselangor.com.myPenjawat Awam Bakal Terima Berita Gembira 30 Ogos Ini – Perdana Menteri
Berita baik khas buat penjawat awam, Perdana Menteri bakal mengumumkan berita gembira pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ianya adalah antara penghargaan Kerajaan Keluarga Malaysia terhadap pengorbanan kalangan penjawat awam.
Baca juga:
PDRM Tawar Pengurangan Saman Trafik TerpilihKerajaan Negeri Perak Rancang Cara Elak Konflik Gajah-Orang AsliKerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan para penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Pengumuman yang bakal diumumkan diharapkan akan menceriakan para penjawat awam bagi mengubat duka lara.
Menurut Ismail Sabri juga dalam perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di Putrajaya, pada Ahad, kini, negara sering dilanda musibah bencana alam banjir besar yang tidak dijangka dan ancaman keselamatan termasuk di perbatasan negara.
Di saat negara sedang mengalami kesusahan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain setia bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.
Oleh itu, Perdana Menteri bakal umumkan berita gembira kelak pada 30 Ogos nanti, khas untuk menzahirkan penghargaan buat para aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara, khususnya melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan,
Sumber: ASTRO AWANI
Karl Shafek Tak Akan Benarkan Usahawan Terkenal Rosakkan Pertunjukkan Fesyennya
Selebriti popular , Karl Shafek baru – baru ini berkongsi rasa kurang senang dengan perlakuan seorang selebriti yang dikatakan tidak jadi bekerjasama dengannya.
Malah dia tidak akan membiarkan seorang usahawan bergelar Datuk mempergunakannya bagi meraih populariti pada petunjukan fesyen jenamanya iaitu Neonate di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).
Karl atau Khairul Shafek Ibrahim, 42, berkata, meskipun pada awalnya dia sendiri mengundang usahawan itu untuk terlibat sebagai muse bagi produknya namun sikap yang ditubjukkan oleh usahawan tersebut membuatkan dirinya terkilan.
Karl juga menceritakan bahawa dirinya terkejut apabila wakil usahwan itu tiba-tiba menghubunginya bagi memaklumkan persetujuan individu berkenaan untuk menyertai pertunjukan fesyen Neonate pada saat akhir .
KecewaTidak hanya itu, individu berkenaan turut meminta bayaran token sebanyak RM4,000 sebagai timbal balas menggayakan pakaian rekaannya dan muncul di pentas peragaan KLFW2022.
“Saya tidak akan benarkan pertunjukan fesyen saya dijadikan platform untuk dia berjumpa media. Bila dia tiba-tiba mahu jadi muse pada saat akhir dan minta token, saya rasa sangat mual dan nak muntah.”
“Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh tiga bulan ini untuk memastikan pertunjukan fesyen itu berjaya. Saya peraya, kehadirannya akan menghancurkan acara saya dan menjadi ‘persembahan’ dirinya,” katanya.
“Dia sendiri sudah tak berminat tapi saya dimaklumkan oleh wakilnya dia ingin menjadi muse pada saat akhir.
“Jujur saya berasa agak terkilan kerana mengapa baru sekarang hendak beri persetujuan, kenapa tidak daripada awal?,” katanya.
Karl menjelaskan, dua bulan lalu dia telah menghubungi usahawan itu untuk menjadi rakan kongsi jenama dan menawarkannya sebagai muse Neonate dan individu tersebut bersemangat dengan ideanya namun selepas menghantar proposal usahawan itu mendiamkan diri tanpa khabar berita.
Bercerita tentang token yang diminta oleh usahawan kontroversi tersebut , Karl menejelaskn bahawa sepanjang enam tahun dia terlibat dalam dunia fesyen, belum ada mana-mana individu meminta bayaran apabila ditawarkan tugas berkenaan.
Malah pihaknya akan menyediakan pakaian selama setahun untuk setiap muse sekiranya mereka ingin menghadiri sebarang acara.
“Pakaian itu juga diberikan terus kepada mereka tanpa perlu dipulangkan semula kepada pihak kami. Setiap satu rekaan dianggarkan bernilai RM3,000,” jelasnya.
BACA : Keturunan ketujuh Mahsuri kembali ke Langkawi, Wan Aishah kini bergelar ibu
Aktiviti pertunjukan fesyen Neonate Neostalgia KLFW2022 telah berlangsung pada Ahad lalu dan Karl telah memilih 10 selebriti dan individu berpengaruh sebagai muse antaranya Datuk Aznil Nawawi, Noki K-Clique dan kumpulan Dolla.
Pertunjukkan itu juga telah dihadiri oleh ramai selebriti terkenal dan influencer terkenal seperti Dato Seri Vida , Aina Abdul , Anna Jobling dan Eyka Farhana.
Selangor FC Terus Dirundum Malang Dengan Kekalahan!
Episod malang Selangor nampaknya terus berpanjangan apabila tewas buat kali ketiga dalam aksi Liga Super selepas ditundukkan PJ City 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.
The Red Giants yang dibimbing oleh ketua jurulatih Interim, Nidzam Jamil membuat beberapa pertukaran dalam barisan kesebelasan utamanya berbanding ketika tewas kepada Terengganu tempoh hari.
Pemain muda, Harith Haiqal diberi tanggungjawab mengemudi barisan pertahanan selain menurunkan Nor Hakim Hassan dan penyerang import Hyuri Henrique.
Sila Baca Disini : Tuchel Dan Conte Didenda Setimpal!
20 minit pertama perlawanan menyaksikan Selangor lebih banyak menguasai perlawanan terutamanya kawalan bola di bahagian tengah tetapi barisan pertahanan PJ City berjaya mengekalkan disiplin untuk menyerap setiap tekanan.
Selangor FC Terus Dirundum Malang Dengan Kekalahan!Selangor jelas bergelut untuk mengatasi corak defensif yang dipamerkan skuad PJ City meskipun berjaya menghasilkan beberapa percubaan tepat ke arah gol, namun kedudukan 0-0 terus kekal sehinggat tamat separuh masa pertama.
Hanya dua minit selepas bermula babak kedua, Selangor terus bernafsu memburu jaringan pembukaan tetapi penjaga gol Kalamullah Al Hafiz lebih bersedia untuk mematahkan percubaan Mukhairi Ajmal.
Tetapi PJ City lebih bijak mengambil kesempatan untuk meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-58 menerusi kelincahan Darren Lok.
Naluri pemusnah dimiliki penyerang kebangsaan tersebut menyaksikan beliau bijak mengatasi kawalan Harith Haiqal dengan satu kuisan dan pusingan ke belakang sebelum melepaskan rembatan menewaskan Sam Somerville.
Selangor mendapatkan peluang untuk mendapatkan gol penyamaan apabile mendapat sepakan percuma dari jarak dekat, tetapi percubaan Shahrel Fikri sekadar mengenai benteng.
Kemasukan Quentin Cheng dan Hein Htet Aung pada 20 minit terakhir juga nampaknya masih gagal untuk menghasilkan jaringan buat Selangor meskipun menguasai sepenuhnya aksi pada penghujung perlawanan.
Perkenalkan EV MPV Volkswagen ID. Buzz
Volkswagen Group sepertinya sedang mengejar Tesla dalam jualan global kereta elektrik dan pada suku 1 tahun ini mereka telah pun menghantar 27 peratus lebih EV dan menjelang suku 2 ia meningkat sehingga lebih 6 peratus.
Walaubagaimanapun, pengeluaran VW EV telah menjadi perlahan disebabkan oleh ketersediaan alat ganti dan isu logistik, terutamanya di China.
Sumber: youtube
Disamping itu, pesaing EV terdekatnya iaitu Tesla telah berjaya menghantar 3 kali lebih banyak kenderaan iaitu kira-kira 300,000 unit di seluruh dunia. Kini datang berita bahawa EV terbaru VW, ID. Penghantaran Buzz telah bermula di Norway dan Sweden dan harga yang diminta sebelum rebat EV tempatan adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan IONIQ 5 dan EV6 GT.
Sumber: google image
Dengan ini ID. Buzz, Volkswagen yang sedang menembusi segmen pasaran baharu, EV MPV dan dengan berbuat demikian meningkatkan rentak kempen elektriknya dalam semua kelas kenderaan sebagai sebahagian daripada strategi ACCELERATE. Untuk Menjelang 2030, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jualan Volkswagen di Eropah dijangka merupakan kereta elektrik semata-mata. Itu lebih daripada sejuta kenderaan. Di Amerika Utara dan China, bahagian e-car hendaklah sekurang-kurangnya 50 peratus.
Zuzu Kebab | Makanan Turki Yang Authentic Dan Halal Di Singapura – Serendah 6$!
Jika anda sedang bercuti di Singapura dan tiba-tiba teringinkan kebab – Zuzu Kebab penyelamat anda! Kebab selalunya akan ditemui pasar malam sahaja, tetapi di sini, anda boleh menikmatinya juga pada hari biasa ! 😋
Untuk kedai sehenti anda untuk semua masakan Turki halal di Singapura, izinkan kami berkongsi dengan anda lebih lanjut tentang Zuzu Kebab yang terkenal.
Baca juga: 6 Heritage Hotel Di Pulau Pinang | Historic . Unique . Beautiful
Anda mungkin pernah mendengar tentang Zuzu Kebab, gerai penjaja yang terletak di Serangoon Garden Market & Food Centre. Orang ramai mengatakan bahawa ia adalah kedai makan yang menjadi rebutan! 😆
Barisan yang terbentuk di luar gerai pada waktu makan tengah hari boleh menjadi sangat menakutkan kepada pelanggan kali pertama.
Tetapi bagi mereka yang telah merasai masakan Zuzu Kebab yang mesra Muslim dan asli ini, penantian itu amat berbaloi!
Sekilas pandang pada menunya akan membuatkan lapar serta-merta.
Bermula dengan $6, anda boleh menikmati hidangan Turki klasik seperti Kebab Wraps, Burrito Rolls dan Roti Pita.
Ataupun hidangan yang lebih kompleks seperti Mousakka (hidangan berasaskan terung atau kentang), Beyti (daging panggang di atas skewer dan dihidangkan dibungkus dalam lavash dan ditambah dengan sos tomato dan yogurt) dan banyak lagi!
[image error]
Semua hidangan didatangkan dengan hidangan besar daging yang dimasak dalam kaedah masakan tradisional Turki – panggang daging perlahan-lahan pada skewer berputar dan dipotong nipis selepas masak.
Ini menjadikan daging Zuzu Kebab sangat juicy, berasap dan sangat berperisa! 🤤
Jika anda sedang mencari sesuatu selain daripada Kebab biasa, anda boleh mencuba Pide (dengan pilihan daging anda) dari $10. Rasanya seperti pizza – rangup di luar dan lembut di dalam! 😋
Dihidangkan bersama roti Pide ialah dua jenis sos: sos putih bawang putih dan sos tomato merah. Satukan kedua-duanya dengan roti untuk rasa berkrim dan masam.
Menunya dalam portion besar, dengan banyak pilihan untuk dipilih. Anda boleh memilih untuk memiliki ayam, daging lembu atau jika anda tidak boleh membuat keputusan, anda boleh pilih kedua-duanya dalam mana-mana pesanan anda.
Ia adalah sistem yang sangat kemas dan teratur yang mereka jalankan sehingga anda tidak akan terlalu ingin tahu tentang cara gerai itu berjalan (spoiler, hanya seorang yang mengendalikan kedai!).
Individu di sebalik perniagaan itu ialah seorang chef Turki yang benar-benar komited! Semua menu ciptaan lazatnya dibuat dengan berhati-hati, dan portion yang besar. 🤩
Semua sayur-sayuran dicincang segar dan dagingnya diukir mengikut tempahan. 😍
Dengan adanya barisan queue ke kedainya sepanjang masa, anda tidak akan membayangkan dia bekerja sendirian. Dia berkata dia sedang berusaha untuk mengupah pembantu kedai untuk membantunya dalam menguruskan kualiti makanan yang dikeluarkan.
Jadi tunggu apa lagi? Cepat ke Zuzu Kebab untuk mendapatkan hidangan asli Turki anda pada harga yang berpatutan dan dibuat segar di hadapan mata anda!
Info Zuzu KebabStatus Halal: Pemilik Orang MuslimAlamat: 49A Serangoon Garden Way, #01-32, Singapore 555945Waku Operasi: Isnin-Khamis&Sabtu-Ahad; 11:30AM-9PM | Ditutup setiap JumaatHarga: Bermula $6August 19, 2022
Nabil Ahmad Rugi RM2.5K Harga Tiket, Terlepas Konsert Billie Eilish
Konsert Billie Eilish “Happier Than Ever, The World Tour 2022” itu telah berlangsung pada jam 8.30 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Rata-rata peminat Bellie Eilish tidak melepaskan peluang untuk hadir ke konsert tersebut.
Baca juga:
Ira Kazar Dipanggil Bagi Membantu SiasatanNetizen Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Pengurusan Konsert Billie EilishMenerusi video TikTok Era.je, Nabil dilihat terkejut sehingga terduduk selepas menyedari tarikh pada tiket konsert tersebut adalah semalam dan bukannya hari ini.
Menurut Nabil Ahmad, dia menyangka konsert Billie Eilish itu akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18 hingga 19 Ogos 2022.
Nabil sepatutnya menghadiri konsert itu bersama isteri, Nazirah Ayub dan anak-anak, namun tiket mereka yang bernilai RM2,540 iaitu RM509 setiap satu ‘burn‘ selepas gagal menghadirkan diri.
Namun Nabil Ahmad tetap positif dengan apa yang berlaku dan menganggapnyaitu bukan rezekinya.
Rata-rata netizen turut memberi kata sokongan positif dan husnuzon bahawa Allah telah melindungi Nabil dan keluarganya dari perkara-perkara yang melalaikan.
Sumber: TIKTOKMohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
