Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 115

August 14, 2022

Muslim Chalet Lot 235, Melaka | Chalet Luxury Muat Sehingga 45 Orang !

Muslim Chalet Lot 235 yang terletak di Melaka merupakan penginapan sempurna untuk anda yang inginkan chalet besar yang memuatkan ramai orang! Atau anda ingin mempunyai penginapan yang lebih hebat dengan banyak ruang untuk anak-anak anda berlari-lari? Chalet ini untuk anda!

Memandu tidak begitu jauh ke 3 pantai yang menakjubkan, berhampiran dengan bandar dan menampilkan kolam renang, bukan sahaja anda akan mempunyai banyak ruang untuk dinikmati bersama keluarga anda.

Bahkan anda juga akan mempunyai banyak perkara untuk dilakukan! Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!  😍

Baca juga: 3 Restoran Cina Muslim Di Pulau Pinang | Authentic . Halal . Tasty

Kemudahan Muslim Chalet Lot 235

Pool @ Muslim Chalet Lot 235

Cuba anda bayangkan berenang di kolam berukuran 14 x 33 kaki di tengah-tengah keseluruhan chalet sebelum kembali ke bilik berhawa dingin anda untuk tidur sebentar. Pada waktu malam, kumpulkan orang tersayang anda untuk barbeku (ruang bbq tersedia untuk mereka yang menempah lebih daripada 6 bilik)

Atau bersantai di salah satu daripada dua ruang istirahat. sambil anda memakan semua makanan kegemaran anda, kemudian kembali untuk solat (sejadah disediakan), mandi air suam dan tidur yang lena.

Ini semua boleh menjadi pengalaman terindah anda di Muslim Chalet Melaka!

Dekat Dengan 3 PantaiKredit : faezalmazanan

Perkara yang paling menarik? Anda tidak terhad kepada perkarangan chalet sahaja. Chalet ini hanya 2-5 minit pemanduan ke restoran, 10 minit pemanduan ke bandar dan maksimum 45 minit pemanduan ke salah satu daripada tiga pantai berdekatan!

Nikmati matahari, pasir dan laut sama ada di Pantai Crystal Bay, Pantai Satu Malaysia, atau Pantai Pengkalan Balak. 😎

Bilik Muslim Chalet Lot 235

Bilik-bilik yang disediakan mempunyai pelbagai saiz, jadi anda boleh memilih jenis bilik yang paling sesuai dengan keluarga anda.

Ruang besar termasuk katil queen dan single hanya RM160-180, manakala ruang sederhana termasuk katil queen berharga RM140-160 sahaja!

Nota: harga bergantung pada hari penginapan.

Sesuai untuk keluarga besar yang ingin menikmati masa berkualiti bersama-sama, percutian pantas ini pastinya sempurna! Kongsi ini dengan orang tersayang anda untuk merancang penginapan anda yang seterusnya! 🤩

Muslim Chalet Lot 235 Alamat: Lot 235 , Km 7 Kampung Alai 75460 Malacca City, Malacca, Malaysia

Facebook | Instagram 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2022 17:30

Dr. Idzu Baharin, Vokalis Nasyid Saujana Tidak Mengejar Populariti

Seorang vokalis kumplan nasyid yang terkenal satu ketika dulu Saujana, Idzu atau nama sebenarnya Kahairul Idzwan Baharin telah membuat keputusan untuk berehat dalam bidang seni dan fokus dengan kerjayanya sebagai doktor perubatan.

Idzu menyatakan, bahawa cinta dan minatnya terhadap bidang muzik tidak pernah padam walaupun sedikit.

Dia juga seorang yang mengusahakan perniagaan Cell Tissue  Technology Sdn. Bhd ini juga telah mengeluarkan sebuah lagu terbaru yang bertajuk “Ku Berserah”

“Boleh katakan sibuk dengan kerja sampailah saya masuk ke dalam bisnes pula. Minat dalam nyanyian itu masih lagi ada cuma aktif macam zaman dulu dah tak ada dah. Tetapi sekarang sejak saya pun dah aktif dalam bisnes, masa itu ada. Jadi bolehlah saya aktif semula dunia nyanyian.

 

“Masih lagi ada yang ingat dan tanya bila nak keluar single dan album baru serta bila nak buat ‘comeback’. Bagi saya ini adalah hobi yang serius juga. Ia bukanlah kerjaya utama tapi hobi yang serius dan saya suka untuk buat.

 


“Perkara ini boleh berlaku serentak. Disebabkan itu saya keluar dengan single terbaru selepas 16 tahun. Ia adalah lagu ketuhanan tapi tak ada ‘hardcore’ nasyid sangat. Lebih kepada santai dan masih pop dengan elemen R&B sikit. Cuma ia bukanlah nasyid.


“Sebelum ini pun saya ada keluarkan beberapa single juga. Cuma tak ada syarikat di belakang saya. Ia lebih kepada nak berseronok saja dalam fasa yang begitu sibuk pada waktu itu. Sekarang dah ada pengurusan saya sendiri dan Universal Music Malaysia pun dah ambil hak pengedar.


“Umur saya pun dan lebih 40 tahun. Jadi, bukan lagi untuk kemasyhuran tetapi lebih untuk berkongsi karya dan berjumpa dengan peminat baru yang kenal saya menerusi media sosial. Waktu itu mungkin mereka belum lahir atau masih kecil. Jadi mereka belum kenal sangat saya.


“Bila saya muncul di media sosial mereka berminat untuk lebih mengenali saya. Lagu-lagu masih lagi popular dan mereka pun diajar dengan lagu-lagu kami semasa di sekolah. Mereka rasa dekat tapi tak pasti siapa orang di sebaliknya.


“Ini adalah kelompok peminat baru yang saya mula nak kenal sejak aktif dalam media sosial,”


Idzu Baharin berkata penghasilan lagu Ku Serah lebih kepada mahu mengajak peminat mengimbau kembali perjalanannya sebagai anak seni ketika mula bersama Saujana.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2022 04:22

August 12, 2022

Aliff Syukri Bakal Menutup Akaun Media Sosial Untuk Munasabah Diri

Satu video telah dimuat naik oleh Aliff Syukri dalam keadaan nangis teresak-esak diakaun Instagram miliknya.

Dalam video tersebut Aliff Syukri telah memohon maaf kepada keluarganya atas kekhilafannya. Di mana sebelum ini videonya bersama Baby Shima bergelek telah mendapat kecaman netizen.

Pengusaha kosmetik ini memohon maaf kepada ibu, Rozita Ibrahim, isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya atas kesalahnya selama ini.

[image error]


“Mohon keampunan dan kemaafan. Kepada semua yang mengenali saya, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki saya mohon maaf.


“Saya juga nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki terutamanya kepada emak saya, isteri dan anak-anak saya.


“Saya insan yang lemah… Saya akan mengundurkan diri daripada semua laman sosial dan terima kasih semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang,”


“Kalau jumpa di luar tegur-tegurlah saya. Saya minta maaf sangat. “Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan doakan perniagaan dan anak-anak saya,”


Dalam video tersebut, Aliff Syukri kelihatan menangis teresak-esak sambil menyatakan niatnya untuk menutup semua akaun laman sosialnya.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 07:24

PU Riz Bertindak Menyaman Individu Fitnah Innai Nunha

Baru-baru ini tular satu video di Tik Tok tentang produk inai yang diterima tidak berkualiti selain mengalami kecacatan (defect).

Pendedahan tersebut turut disokong oleh beberapa lagi individu yang mendakwa merupakan stokis produk inai popular berkenaan.

Isu ini menjadi perbualan hangat di semua platform media sosial.

Dalam masa yang sama, tular pendedahan oleh seorang pengguna TikTok, yang mendakwa ada stokis yang dipaksa oleh ibu pejabat (HQ) yakni pengasas produk untuk membayar RM70,000 dalam bentuk wang tunai semata-mata untuk membawa keluar stok inai dari kilang.

Ada yang membuat andaian, seolah-olah syarikat ini mahu lari dari membayar cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada para peniaga dengan meminta peniaga membayar secara tunai.

Baca juga:

Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Sepanjang Ogos IniShuib Kongsi Kenangan Genap Setahun Pemergian Siti Sarah

Tidak hanya berdiam diri, PU Riz selaku pengasas produk tersebut akhirnya tampil memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut.

Menurut PU Riz, dakwaan yang dilontarkan adalah fitnah.

Semua kesilapan kilang telah gantikan dengan bentuk wang ringgit dan penghantaran secara percuma.

Menurut PU Riz juga, bagi tuduhan memaksa orang ramai membayar secara tunai, PU Riz menegaskan Nunha telah memberi dua pilihan kepada pelanggan itu secara tunai atau online.

Sekirannya customer ingin membuat bayaran tunai, ianya tidak melebihi 20%.

Menerusi IG Story, PU Riz turut menyertakan beberapa bukti yang menjelaskan 90% pembayaran yang dilakukan reseller adalah secara online.

Semua perkara tersebut telah memalukan pihaknya seolah-olah yang sengaja memberikan gambaran buruk terhadap produk Nunha seolah-olah ia begitu teruk sekali, PU Riz turut menegaskan akan mengambil tindakan secepat mungkin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 03:14

Punyai Genre Perkenal Budaya Malaysia, Filem ’35MM’ Terpilih Ditayangkan Di Republik Czech

Remaja youtuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli telah memaklumkam bahawa filem terbaharu arahannya, 35MM terpilih untuk ditayangkan di sebuah festival filem di Republik Czech.

Informasi itu telah dimuat naik sendiri oleh beliau melalui laman Facebook rasmi, Syahmi Sazli Production yang menjelaskan khabar gembira tersebut.

“Alhamdulillah. Filem 35MM dipilih untuk tayangan ASEAN+3 Film Festival di Republik Czech. Semoga dipermudahkan,” tulisnya ringkas di Facebook hari ini.

Berdasarkan juga dengan kenyataan itu, difahamkan pihak kedutaan republik itu memohon kerjasama pengarah muda itu untuk mempersembahkan 35MM dan sebuah lagi filem pendek di sana.

Jelasnya, pihak mereka melihat bahawa filem 35MM tersebut mengandungi nilai yang tersendiri dan mahu memberi pendedahan kepada rakyat Czech tentang budaya di Malaysia.

Walaubagaimanapun, syami sazli telah capai targetnya

 

Gambar: Facebook Syahmi Sazli Production

“Dalam hal ini, pihak kedutaan ingin mengangkat permohonan kolaborasi dengan pihak tuan untuk menayangkan filem ‘35MM‘ dan sebuah filem pendek yang telah memenangi anugerahdi Jepun baru-baru ini.

“Filem ini dilihat mempunyai genre yang menarik dalam mengetengahkan budaya dan susun atur Malaysia bagi mendidik kesedaran rakyat Czech mengenai Malaysia,” maklum kenyataan kedutaan itu, seperti yang dikongsi Syahmi.

Pada waktu itu, selain 35MM, pihak pejabat Kedutaan ACP di ibu negara Czech, Prague juga turut bakal menayangkan beberapa filem ternama dari negara lain iaitu Bad Genius ( Thailand), Yuni (Indonesia), Quezon’s Game (Filipina) dan The Great Myanmar (Myanmar).

Menurut, filem 35MM telah ditayangkan di saluran Astro First (480) pada 21 Jun lalu dengan menampilkan tiga watak utama iaitu Syahmi sendiri serta dua rakan layar peraknya, Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

Menyentuh pada soal promosi, 35MM hadir ke pengetahuan ramai melalui posternya yang memaparkan kelibat tiga sahabat itu yang berlatarbelakangkan beberapa imej tertentu yang mencetus tanda tanya.

Selain Syahmi, Asif dan Yoe, di belakang mereka wujud kelibat seorang lelaki berpakaian Baju Melayu lama sambil memegang keris, seorang tentera Jepun terlihat sangat ganas, dua lelaki berpakaian Cheongsam dan juga penampakan beberapa buah kapal terbang perang lama Jepun di udara.

Baca juga : Barcelona Mahu Selesaikan Di Mahkamah!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 03:01

Tetamu Terkejut Besar, Pengantin Lelaki Tayang Video Curang Bakal Isteri Dengan Abang Ipar Di Skrin Besar Masa Sanding

Baru-baru ini, Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bagi setiap pasangan bertukar tragik apabila ia menjadi tempat pembongkaran kisah kecurangan pengantin perempuan bersama abang iparnya sendiri.

Menurut video tersebut yang viral dengan tajuk ‘Pengantin perempuan curang’, pengantin lelaki dengan sengaja memancarkan projektor pada skrin di majlis perkahwinan tersebut.

Malah, video rakaman tersebut memaparkan pengantin perempuan bersama abang iparnya yang sedang berdua-duan di dalam sebuah bilik.

Baca juga : Barcelona Mahu Selesaikan Di Mahkamah!

 

“Kamu fikir saya tak tahu tentang apa yang berlaku?” tengking pengantin lelaki kepada pengantin wanita tersebut.

Pada ketika itu, turut kelihatan juga pengantin perempuan melemparkan jambangan bunga kepada pengantin  lelaki sebaik sahaja rakaman video tersebut telah viral dan dimainkan.

Memetik Marca, pengantin perempuan berkelakuan seperti itu kerana sering dipukul dan didera oleh kekasihnya yang merupakan pengantin lelaki di dalam majlis tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 02:49

Jawatan Kosong Di PETROSAINS SDN BHD – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di PETROSAINS SDN BHD dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Executive, Corporate Communications
2. Advisor, CEO Office
3. Manager, Petrosains PlaySmart (Johor Bahru / Kota Kinabalu)
4. Manager, Digital Strategy and Planning

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di PETROSAINS SDN BHD.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 02:47

Jawatan Kosong Di Padiberas Nasional Berhad – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Padiberas Nasional Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. MANAGER CORPRATE COMMUNICATIONS
2. MANAGER FINANCIAL REPORTING
3. Executive Non Rice Procurement
4. Manager HR Generalist (Based in Islamic Arts Museum Malaysia)

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Selangor/Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Padiberas Nasional Berhad.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 02:43

Malaysia Dapat Slot Automatik!

AFC Champions League. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Misi Kejar Slot AFC Champions League

Kemenangan pasukan Kuala Lumpur (KL City) ke atas kelab Vietnam, Viettel FC melalui penentuan sepakan penalti 6-5 pada aksi separuh akhir Piala AFC 2022 Zon Asean semalam melonjakkan mata AFC MA Ranking Malaysia yang kini menduduki tangga ke-4.

[image error]

Berdasarkan perkongsian Footy Ranking, hasil kemenangan tersebut, Malaysia telah mengutip 0.512 mata. Kedudukan ini memberikan lebih banyak slot untuk pasukan Liga Malaysia dalam pertandingan AFC Champions League (ACL) musim 2024/25.

Ia bermakna Liga Malaysia sah diberikan slot 2+2 iaitu 2 slot automatik ke peringkat kumpulan ACL dan 2 slot lagi  ke peringkat play-off.

Jika mengambil kira mata yang diperolehi oleh pasukan Kuala Lumpur (KL City), Malaysia kini telah mengumpulkan 46.343 mata secara keseluruhan dan berada dikedudukan ke-4 Asia Timur dibelakang Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.

Walaupun kelab Thailand, BG Pathum masih beraksi di pusingan kalah mati ACL 2022 yang bermula pada 18 Ogos ini, namun peluang mereka untuk memintas Malaysia sangat tipis kerana perlu mara hingga ke final.

Vietnam sudah pasti tidak akan menambah sebarang mata kerana tiada kelab mereka yang layak ke peringkat seterusnya dalam saingan ACL atau Piala AFC ketika ini.

Selain KL City, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga merupakan penyumbang terbesar untuk mata AFC MA Ranking.

Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan ACL bulan lalu, JDT berjaya mengumpulkan 16 mata termasuk 3 mata bonus layak ke pusingan kalah mati. Ini juga adalah jumlah mata yang paling banyak dikutip oleh sesebuah MA untuk saingan kelab Asia setakat ini.

Malah, Malaysia juga berpeluang menambah lebih banyak mata jika JDT lakar kejutan mara hingga ke peringkat suku akhir atau separuh akhir manakala KL City menewaskan PSM Makassar pada perlawanan akhir Piala AFC Zon Asean pada 24 Ogos ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 01:39

Gaji Penjawat Awam 2022 Malaysia : Jadual Dan Tarikh Penuh

Gaji penjawat awam 2022 untuk kakitangan kerajaan. Jadual dan tarikh gaji untuk tahun 2022 bagi pekerja jawatan kosong kerajaan sektor awam biasanya dibayar pada hujung bulan dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Gaji Penjawat Awam 2022

Berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran gaji bulanan untuk semua negeri di seluruh Malaysia diperoleh daripada jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Penjawat awam boleh semak penyata gaji online (e-Pay Slip) sehari sebelum gaji anda masuk.

Jadual Gaji Kerajaan 2022

Jadual tarikh gaji di bawah memaparkan maklumat tentang bulan, tarikh dan hari gaji serta nama dan tarikh perayaan pada bulan tersebut jika ada.

jadual gaji penjawat awam 2022

Sumber : ANM

Untuk maklumat terperinci mengenai tarikh dan peraturan pembayaran gaji, sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia SPANM Bil 5/2021 – 2022 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen.

Gunakan jadual ini untuk merancang bajet bulanan anda dan luangkan masa anda bersama keluarga dengan merancang masa percutian bersama.

Info Tambahan Berapa gaji kena cukai income tax 2022?

Cukai akan dikenakan jika gaji minimum bermula RM5001 sebulan dan ke atas.

Gaji swasta masuk bila?

Tarikh gaji swasta agak berlainan dengan gaji kerajaan. Kebiasaannya gaji swasta akan masuk setiap akhir bulan.

{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Berapa gaji kena cukai income tax 2022?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Cukai akan dikenakan jika gaji minimum bermula RM5001 sebulan dan ke atas." } } , { "@type": "Question", "name": "Gaji swasta masuk bila?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Tarikh gaji swasta agak berlainan dengan gaji kerajaan. Kebiasaannya gaji swasta akan masuk setiap akhir bulan." } } ] }
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 01:37

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.