Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 112
August 19, 2022
Laluan Bawah Jambatan Hidupan Liar Sungai Yu Ditutup Untuk Kenderaan
Laluan sepanjang lima kilometer di FT08 di bawah jambatan hidupan liar atau eco viaduct di Sungai Yu di Lebuhraya Central Spine Road (CSR) di Lipis, Pahang akan ditutup sepenuhnya.
Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, laluan itu ditutup bagi menyekat akses kenderaan bertujuan membantu usaha konservasi hidupan liar di Koridor Central Forest Spine (CFS) yang menjadi tumpuan pemburu haram.
Baca juga:
KPM Serius Tangani Kes Buli Di SekolahMPAJ Larang Binaan Kepuk Tidak SeragamJabatan Perhilitan memaklumkan Central Spine Road (CSR) pada asalnya adalah kawasan hidupan liar.
Oleh itu, laluan ini perlu diadakan kaedah viaduct supaya haiwan ini bebas lalu-lalang tanpa menjejaskan pengguna lebuh raya.
Namun, apabila dilaporkan ada berlakunya kegiatan pemburuan haram di sini, Kerajaan Negeri Pahang meminta Kementerian Kerja Raya (KKR) supaya pertimbangkan untuk menutup terus jalan untuk kenderaan dan hanya dikhaskan untuk haiwan liar sahaja.
Cadangan itu sebagai memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Pahang seperti dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang.
Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof, ianya bagi tujuan konservasi hidupan liar yang mana antara haiwan yang dikenal pasti di kawasan berkenaan adalah gajah, harimau, tapir dan babi hutan.
Terdahulu, kerajaan membelanjakan kos hampir RM60 juta bagi membina tiga jambatan hidupan liar (Eco-Bridge) di Lembah Sungai Yu.
Projek itu merupakan pakej ketiga yang diluluskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bermula dari Merapoh ke Simpang Pelangai, Bentong.
Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap aspek pemuliharaan hidupan liar menerusi projek tersebut.
Projek itu menjadi laluan utama haiwan liar antara Taman Negara Kuala Tahan di sebelah timur dengan Banjaran Titiwangsa di sebelah barat.
Sumber: ASTRO AWANI
Abang Sulung Uyaina Arshad Meninggal Dunia
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad berkongsi rasa sedih di atas pemergian abang sulungnya, Allahyarham Mohd Attaful Uziar yang meninggal dunia akibat serangan jantung, malam tadi.
Melalui kenyataan daripada suami Uyaina Arshad iaitu Raja Syahiran, Allahyarham telah meninggal dunia ketika berbasikal kira-kira jam 9 malam tadi.
Dalam perkongsian di Instagram milik Uyaina , dia mengakui tidak menyangka abangnya dijemput Ilahi pada usia muda dan sedang sihat tanpa mengetahui penyakitnya itu.
Malah apa yang lebih menyedihkan buat keluarga mereka adalah kerana hari tersebut juga merupakan ulang tahun kelahiran ibu mereka namun diiringi dengan pemergian anak sulungnya yang tercinta.
“Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa sama-sama .Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu.”
Abang Yang BertanggungjawabAbangnya yang juga seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan dikatakan seorang insan yang berhati mulia serta sentiasa menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya.
Malah menjadi idola kepada mereka sekeluarga kerana sikapnya yang penyayang dan bertanggungjawab kepada keluarga sehingga mereka bersama- sama berjaya menjadi orang yang berguna.
“Dia tersangat baik, terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik. Lepas arwah baba meninggal dunia, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi dia dah tunjukkan contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. “
BACA INI : “Ya Saya Memang Sudah Tua Tetapi Saya Masih Tiada Uban” – CHE TA
“Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk ummi. Dia baik, pemurah dan penyayang,” tulisnya.
Menjengah keruang komen hantaran berkenaan , rata- rata memebrikan ucapan takziah dan berharap agar keluarganya redho dan bersabar atas pemergian keluarga tersayang.
Uyaina yang kini sarat mengandung bakal bersalin tidak lama lagi juga tuurt menerima banyak ucapan positif daripada peminat serta rakan artis agar dia menjaga kesihatan diri dengan lebih baik sebelum kelahirannya itu.
August 18, 2022
Ira Kazar Dipanggil Bagi Membantu Siasatan
Khamis lalu, Ira Kazar, wanita yang dikaitkan dengan rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan suaminya Syamsul Yusof dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Harian Metro, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dipanggil bagi membantu siasatan bekenaan kes saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan lain yang dibuat di pejabat agama terhadap dirinya.
Baca juga:
Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Pengurusan Konsert Billie EilishKPM Serius Tangani Kes Buli Di SekolahDifahamkan, wanita berusia 27 tahun itu yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar hadir ke pejabat Jawi bersama ahli keluarganya.
Terdahulu, Ira Kazar telah didakwa oleh Puteri Sarah kerana mengganggu rumah tangganya dengan suami, pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah yang sudah bersabar bertahun-tahun menanggung derita diganggu wanita tersebut akhirnya bertindak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Menurut Puteri Sarah, tindakan itu dibuat bagi mempertahankan maruahnya yang tercalar selain menuntut keadilan dan haknya sebagai wanita teraniaya.
Puteri Sarah juga dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya namun tidak bermaksud mahu berpisah.
Sekadar info, Jun lalu, Syamsul menafikan dia sudah melangsungkan pertunangan dengan Ira sebaliknya sekadar gosip bertebaran semata-mata.
Sumber: HARIAN METRO
Darwin Nunez Kesal Dengan Kesilapan!
You’ll Never Walk Alone. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Nunez Menyedari Perangai Buruk Diri SendiriPenyerang Liverpool, Darwin Nunez jelas menyesali apa yang telah dilakukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23 menentang Crystal Palace dan meminta maaf kepada semua pihak berikutan insiden memalukan di Anfield itu.
Berikutan sedikit provokasi, Nunez melakukan tindak balas di luar kawalan dengan menanduk Joachim Andersen sehingga menyebabkannya dilayangkan kad merah pada minit ke-57.
Kad merah yang diterima menyaksikan pemain kelahiran Uruguay itu bakal terlepas aksi liga bertemu Manchester United, Bournemouth dan Newcastle United.
“Saya menyedari perangai buruk yang saya tunjukkan,” ujar Nunez menurut kenyataan dikeluarkan di laman Twitter beliau.
“Saya berada di sini untuk belajar daripada kesilapan yang saya lakukan dan berjanji ia tidak akan berlaku lagi.”
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp turut mengakui bahawa reaksi balas penyerang berusia 23 tahun tersebut yang menyaksikan Liverpool sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 itu adalah satu tindakan salah.
Nunez dibawa masuk dari Benfica dengan harga €75 juta dengan bayaran tambahan €25 juta dalam bentuk bonus.
Darwin Nunez bermula dengan baik apabila menjaringkan gol pada aksi Perisai Komuniti bertemu Manchester City dan kemudiannya meneruskan sentuhan jaringan ketika perlawanan sulung liga dengan Fulham.
Selepas dua perlawanan, Liverpool menghuni tangga ke-12 dengan dua mata hasil dua keputusan seri yang dicatatkan ke atas Fulham dan Crystal Palace.
“Ya Saya Memang Sudah Tua Tetapi Saya Masih Tiada Uban” – CHE TA
Baru – baru ini tular video Che Ta yang menjelaskan tentang pakaian ketat yang dipakainya semasa menjadi model jemputan di sebuah acara Fesyen Week.
Namun apa yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah wajah Che Ta yang dikatakan kelihatan tua dan berkedut semasa wawancara itu dilakukan.
Tidak menyangkal dakwaan tersebut , dia mengakui dirinya sudah tua dan berusia malah senang dengan penuaan yang berlaku kerana ianya alami dan bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik.
Walaupun sudah berusia namun Che Ta masih menjadi pilihan dan mampu bekerja dan berjaya sehingga kini dengan usahanya.
“Orang kata saya tua , Ya saya memang sudah tua , tiada masalah mengenai perkara itu sebab walaupun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak perkara”
“Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tetapi sehingga sekarang saya masih tiada uban,” jelasnya.
Namun model dan pelakon jelita itu mengakui bimbang jika suatu hari nanti dia menjadi nyanyuk dan disebabkan itu juga dia sering mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh.
“Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tetapi Insya Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh,” katanya.
Berkongsi tentang penjagaan dirinya yang masih cantik dan sihat di usia ini , Che Ta juga mengakui dirinya tidak mengambil makanan segera dalam diet sehariannya namun kalah dengan minuman bergula kerana air manis adalah kegemarannya.
“Sejak dulu lagi saya memang tidak suka makan makanan segera dan makanan yang diproses seperti bebola daging atau ikan.”
“Namun saya seorang yang sukakan minuman manis dan di rumah selalunya akan ada air sirap atau sirap bandung. Saya memang tak boleh minum air putih sebab akan rasa macam tiada selera,” akuinya.
Bercerita tentang masa depannya nanti , Che Ta turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna pada msa akan datang.
Che Ta menjelaskan yang ia bukan sahaja bagi memenuhi permintaan suami tetapi ia sesuatu yang turut menjadi keinginannya dalam memastikan aurat ditutup dengan baik kerana dia sudah berusia.
“Apabila sudah berusia ini, saya ingin menutup aurat dengan lebih baik. Ya, memang sekarang sudah tutup aurat tetapi belum lengkap.”
“Kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki kerana dua benda itu memang saya nak buat. Bila kita asyik kejar dunia, lambat la hendak sampai ke akhirat,” ceritanya lagi.
Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Pengurusan Konsert Billie Eilish
Semalam, penyanyi antarabangsa Billie Eilish telah membuat persembahan julung kalinya di Malaysia.
Konsert ‘Happier Than Ever World Tour’ itu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Berduyun-duyun peminat termasuklah golongan selebriti, dan ‘influencer’ tidak ketinggalan menyaksikan sendiri penyanyi itu beraksi di atas pentas
Baca juga:
KLIA, LGK Raih Skor Sempurna Dalam Tinjauan Global 2022KPM Serius Tangani Kes Buli Di SekolahNamun, tular pula di media sosial apabila segelintir netizen yang menghadiri acara itu tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan dari awal sehinggalah akhir konsert.
Antara komen yang dikongsikan adalah sistem suara di konsert tidak jelas sehinggakan tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba disampaikan Billie ketika di atas pentas.
Kedudukan pentas yang sangat jauh juga membuatkan peminat yang hadir berasa tidak puas hati serta ‘layout’ pentas.
Kedudukan pentas juga sangat berbeza dari realiti seperti yang dimaklumkan penganjur sebelum ini.
Selain itu, kedudukan stage yang terlalu jauh dan terlindung dengan khemah putih juga menyebabkan penonton meluahkan rasa tidak puas hati dengan bayaran harga tiket yang dibayar.
Sumber: TWITTER
Bantuan Kewangan RM700 Secara Automatik Telah Dikreditkan | Semak Sekarang!
Tahukah anda, mulai Ogos 2022 ini, ada bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan.
Bantuan MySalam ialah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah melalui Dana Amanah MySalam.
Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dan penyakit.
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan MySalam yang perlu anda ketahui sebelum membuat sebarang permohonan:
Individu berumur antara 18 dan 65 tahun dan pasangan mereka.Individu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan RM24,000 setahun.Kebaikan Manfaat Bantuan MySalamBerikut adalah antara faedah yang akan diterima oleh pemohon yang layak memohon bantuan MySalam:
Pemohon individu akan menerima bayaran RM8,000 yang akan diagihkan bermula Ogos ini.Pemohon individu akan menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.Berita baik untuk semua rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak mulai tahun 2022.
Cara Tebus Bantuan MySalamBerikut ialah cara menebus bantuan MySalam RM700:
Penerima BSH/BPR akan layak secara automatik, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.Semakan boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/Semua penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem SMS.Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima sebarang bentuk SMS, anda boleh menghantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi terus di talian 1-300-888-938Senarai Penyakit Yang Boleh Menuntut Bantuan MySalamBerikut adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menuntut bantuan MySalam:
Meningitis bakteriaAlzheimer / Demensia TerukKanserPembedahan otakKomaGejala Penuh AIDSSerangan jantungStrokSerta penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk di SINIKPM Serius Tangani Kes Buli Di Sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melancarkan Portal Aduan Buli KPM di bawah Program Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat dengan kerjasama KDN pada 18 Ogos 2022.
Ini bertujuan untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku, khususnya dalam kalangan murid di institusi pendidikan bawah KPM serta keterlibatan dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang.
Sebarang kes berkaitan kejadian buli boleh dilaporkan secara dalam talian melalui Portal Aduan Buli, e-mel dan juga talian telefon yang beroperasi 24 jam sehari.
Baca juga:
KLIA, LGK Raih Skor Sempurna Dalam Tinjauan Global 2022MPAJ Larangan Binaan Kepuk Tidak SeragamKategori Perlakuan Buli:Berikut adalah ciri kategori buli yang boleh dilaporkan kepada KPM:
Peras Ugut – minta duit, menyembunyikan barang mangsa. menjadi orang suruhan.Memulau – tidak dimasukkan dalam kumpulan, tidak suka murid ikut peraturan.Fizikal – pukul, tendang, cubitLisan -ejek, mencarut.Isyarat Bukan Lisan – jelir lidah, jegil mata, isyarat lucah.Tindakan Hukuman:Berikut adalah hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pembuli:
Dirotan tidak lebih daripada 3 kali.Digantung dari sekolah semasa 14 hari.Dibuang dari sekolah.Cara Membuat Aduan:Berikut adalah langkah-langkah untuk melaporkan aduan buli:
Langkah 1: Layari laman sesawang MOE.
Langkah 2: Hubungi talian 03-8884 9325 / 014-800 9325.
Langkah 3: E-mel ke adubuli@moe.gov.my.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MOEatau hubungi di talian 03 8884 9325 atau 014 800 9325.
Semak Kelayakan & Permohonan Rumah PPRT Seluruh Malaysia Tahun 2022
Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi meringankan beban rakyat yang amat memerlukan. Bagi mereka yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali dengan nama PPRT. Program ini lebih memfokuskan kepada mereka dalam kelompok B40 yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
APA ITU PPRTTujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
GOLONGAN LAYAK PPRTPermohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:
Orang Kelaina Upaya – OKUMangsa bencana alam yang berskala kecilWarga EmasBapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramaiKeutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.KATEGORI-KATEGORI PPRTProgram PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :
1) Baik Puliha) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
Penambah baikanPenyelenggaraanRequisitionb) Syarat program bantuan baik pulih rumah
Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.2) Bina BaruBantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
CARA MOHON PPRT 2022 – SECARA ONLINEJika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utamaSila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakanSelepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”MAKLUMAT LANJUTUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
Talian Khas : 03 8000 8000E-mel : info@ruralink.gov.myAugust 17, 2022
Jawatan Kosong Di Munchy Food Industries Sdn Bhd – Pelbagai Jawatan!
Permohonan Jawatan Swasta di Munchy Food Industries Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Trade Planning Executive
2. Customer Support Assistant (Temporary)
3. Sales Process, System & Effectiveness Manager
4. Senior Brand Manager
5. Head of Department (Industrial)
Lokasi : Selangor/Johor
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Munchy Food Industries Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
