“Ya Saya Memang Sudah Tua Tetapi Saya Masih Tiada Uban” – CHE TA
Baru – baru ini tular video Che Ta yang menjelaskan tentang pakaian ketat yang dipakainya semasa menjadi model jemputan di sebuah acara Fesyen Week.
Namun apa yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah wajah Che Ta yang dikatakan kelihatan tua dan berkedut semasa wawancara itu dilakukan.
Tidak menyangkal dakwaan tersebut , dia mengakui dirinya sudah tua dan berusia malah senang dengan penuaan yang berlaku kerana ianya alami dan bersyukur masih diberikan kesihatan yang baik.
Walaupun sudah berusia namun Che Ta masih menjadi pilihan dan mampu bekerja dan berjaya sehingga kini dengan usahanya.
“Orang kata saya tua , Ya saya memang sudah tua , tiada masalah mengenai perkara itu sebab walaupun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak perkara”
“Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tetapi sehingga sekarang saya masih tiada uban,” jelasnya.
Namun model dan pelakon jelita itu mengakui bimbang jika suatu hari nanti dia menjadi nyanyuk dan disebabkan itu juga dia sering mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh.
“Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tetapi Insya Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh,” katanya.
Berkongsi tentang penjagaan dirinya yang masih cantik dan sihat di usia ini , Che Ta juga mengakui dirinya tidak mengambil makanan segera dalam diet sehariannya namun kalah dengan minuman bergula kerana air manis adalah kegemarannya.
“Sejak dulu lagi saya memang tidak suka makan makanan segera dan makanan yang diproses seperti bebola daging atau ikan.”
“Namun saya seorang yang sukakan minuman manis dan di rumah selalunya akan ada air sirap atau sirap bandung. Saya memang tak boleh minum air putih sebab akan rasa macam tiada selera,” akuinya.
Bercerita tentang masa depannya nanti , Che Ta turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna pada msa akan datang.
Che Ta menjelaskan yang ia bukan sahaja bagi memenuhi permintaan suami tetapi ia sesuatu yang turut menjadi keinginannya dalam memastikan aurat ditutup dengan baik kerana dia sudah berusia.
“Apabila sudah berusia ini, saya ingin menutup aurat dengan lebih baik. Ya, memang sekarang sudah tutup aurat tetapi belum lengkap.”
“Kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki kerana dua benda itu memang saya nak buat. Bila kita asyik kejar dunia, lambat la hendak sampai ke akhirat,” ceritanya lagi.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
