Semak Kelayakan & Permohonan Rumah PPRT Seluruh Malaysia Tahun 2022
Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan bagi meringankan beban rakyat yang amat memerlukan. Bagi mereka yang telepas pandang, Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali dengan nama PPRT. Program ini lebih memfokuskan kepada mereka dalam kelompok B40 yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
APA ITU PPRTTujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
GOLONGAN LAYAK PPRTPermohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:
Orang Kelaina Upaya – OKUMangsa bencana alam yang berskala kecilWarga EmasBapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramaiKeutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.KATEGORI-KATEGORI PPRTProgram PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :
1) Baik Puliha) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
Penambah baikanPenyelenggaraanRequisitionb) Syarat program bantuan baik pulih rumah
Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.2) Bina BaruBantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
CARA MOHON PPRT 2022 – SECARA ONLINEJika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utamaSila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakanSelepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”MAKLUMAT LANJUTUntuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
Talian Khas : 03 8000 8000E-mel : info@ruralink.gov.myMohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
