Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 116

August 12, 2022

Barcelona Mahu Selesaikan Di Mahkamah!

Barcelona. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Menghadapi Krisis Gaji Dan Kontrak

Barcelona dilaporkan sedang bersedia untuk mengheret empat pemain utama kelab ke mahkamah seandainya mereka menolak untuk membatalkan kontrak baru yang mereka tandatangani dua tahun lalu.

Frenkie de Jong, Gerard Pique, Clement Lenglet dan Marc-Andre ter Stegen kesemuanya pernah menandatangani kontrak baru bersama kelab pada tahun 2020 yang lalu dengan mereka pada ketika itu bersetuju untuk menerima cadangan pemotongan gaji.

Keempat-empat pemain tersebut sanggup menerima cadangan pemotongan gaji dalam usaha mereka mahu membantu meringankan masalah kewangan kelab.

Dalam kontrak sama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pemain dan kelab, kesemua empat bintang tersebut bersetuju untuk menerima tunggakan gaji mereka pada tahun berikutnya dalam kontrak mereka.

Pique menandatangani kontrak baru sehingga 2024 dan Ter Stegen pula menandatangani kontrak sehingga 2025.

De Jong dan Lenglet sementara itu menandatangani kontrak baru bersama kelab sehingga 2026.

Seminggu sahaja selepas kontrak baru ditandatangani, bekas Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu bersama ahli lembaga pengarah beliau melepaskan jawatan mereka dalam kepimpinan kelab.

Walaupun hal itu sebenarnya boleh dianggap menjimatkan untuk Barcelona, namun menurut laporan media Sepanyol, SPORT, Barca mungkin akan menanggung tambahan €311 juta (£263 juta) kerugian atas alasan pembayaran gaji dalam tempoh jangka masa panjang.

Presiden dan ahli lembaga pengarah kelab yang diketuai oleh Joan Laporta kini mendakwa yang ada bukti jenayah yang telah dilakukan bagi wakil kepada parti yang menandatangani lanjutan kontrak mereka itu.

The Athletic melaporkan yang Barcelona sudah menghantar surat kepada De Jong dan meminta beliau untuk membatalkan kontrak semasa beliau dan kembali kepada kontrak asalnya.

Kontrak asal yang dimaksudkan adalah kontrak pertama beliau ketika menyertai Barcelona dari Ajax pada tahun 2019 yang lalu.

SPORT mendakwa yang Barcelona sudah berurusan dengan masalah untuk tempoh selama tiga tahun dan mereka juga sedang meyakinkan kesemua empat pemain tersebut supaya membatalkan kenaikkan gaji mereka.

Pihak kelab pada ketika ini sedang benar-benar bergelut dengan masalah ekonomi dan mereka sukar untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi kelab.

Laporan sama turut mendedahkan seandainya pemain tak bersetuju untuk pembatalan kenaikkan gaji tersebut, Barcelona bersedia heret mereka ke mahkamah.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 01:10

Dimanakah Venue Final Piala FA Bakal Berlangsung?

Final Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Masih Menjadi Teka Teki Stadium Final Piala FA

Dua pasukan yang bakal berentap di perlawanan akhir Piala FA telah pun diketahui selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu masing-masing unggul menyingkirkan lawan masing-masing tempoh hari.

Bagaimanapun apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah venue yang bakal dipilih untuk malam penentu pemilik kejuaraan pada tahun ini.

Seperti yang diketahui, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sentiasa menjadi pilihan utama untuk perlawanan akhir telah ditutup bermula Jun lalu sehingga Mac 2023 bagi memberi ruang kepada proses menaik taraf padang rumput.

Badan urus tadbir bola sepak Malaysia, Malaysian Football League (MFL) juga setakat ini masih belum memberikan kata putus.

Namun berdasarkan beberapa sumber, terdapat beberapa stadium yang sudah dikenal pasti untuk dipilih sebagai venue perlawanan akhir. Antaranya adalah Stadium Hang Jebat, Paya Rumput dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Seandainya faktor ‘venue neutral’ diambil kira, maka pemilihan untuk beraksi di negeri pesisir pantai timur itu sudah pasti sukar untuk dilaksanakan walaupun terdapat kemungkinan bidaan telah pun dibuat oleh pihak Terengganu.

Berdasarkan perkiraan geografi pula, pemilihan Stadium Hang Jebat dan Stadium Darul Makmur, Kuantan adalah lebih releven kerana lebih dilihat sebagai lokasi perantaraan bagi negeri Johor dan Terengganu.

Kapasiti kedua-dua stadium juga adalah hampir sama iaitu kira-kira 40,000 tempat duduk dan ia adalah jumlah yang cukup baik untuk penyokong kedua-dua pasukan memeriahkan suasana.

Bagaimanapun MFL dilaporkan akan memuktamadkan keputusannya dan membuat pengumuman dalam masa terdakat bagi memudahkan perancangan pelbagai pihak terutamanya pengurusan pasukan dan para penyokong.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2022 00:45

August 11, 2022

Jawatan Kosong Di Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Swasta di Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Internship for Marketing Students
2. Buying Executive-Product
3. Customer Executive-Insights
4. Account Assistant-Account Receivable
5. Account Executive-GL

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 05:02

Jawatan Kosong Di Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. EKSEKUTIF KEWANGAN
2. EKSEKUTIF PENYELIDIKAN

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 19 Ogos 2022 (Jumaat)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 04:57

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
2. PEMBANTU PUSTAKAWAN

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Lokasi : Terengganu
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 04:52

“Kan Cantik Macam Ni” – Ramai Lebih Suka Aina Abdul Berpakaian Tradisional?

Penampilan penyanyi berbakat besar Aina Abdul ketika membuat persembahan di Melaka baru-baru ini ternyata mencuri perhatian ramai. Menerusi tinjauan Murai MY, Aina menggayakan persalinan kuning dan merah ketika di Bandaraya Bersejarah itu, kedua-duanya berinspirasikan tradisional untuk dua malam berturut-turut.

Lebih menarik, jumlah tanda suka pada foto Aina berbaju kuning itu juga kelihatan lebih banyak berbanding kebanyakan foto Aina yang lain. Persalinan itu adalah rekaan Ashraff Zainal, di bawah kelolaan Vee Mukhtaram (@xeliciousxass) sebagai penata gaya.

Netizen Suka!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji imej cantik yang digayakan penyanyi lagu Sumpah itu. Aina berkata, meskipun pengalaman itu bukan satu insiden yang boleh dibanggakan namun akan membuatkan dia ketawa setiap kali teringatkannya.”Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka.

 

“Drpd Zero to hero”- Video kejayaan BubbleBee Shuib dihujani ucapan tahniah

 

“Kan cantik macam ni, less is more.

“Memang onz lah Aina pakai tradisional macam ni.

“Cantik Aina malam tadi.

“Yayyy cantiknya,” antara yang dicoretkan netizen.

 

“Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi ia satu perkara yang buat saya tergelak setiap kali saya fikirkannya. Ketawa yang baik, bukan ketawa sebab malu.

“Terima kasih kepada penari yang sambut saya dengan segera. Kalau tidak memang saya akan teruskan persembahan secara duduk atau tanpa kasut,” katanya.

Menurut Aina, dia juga bersyukur apabila kedua-dua kakinya berada dalam keadaan baik selain berbangga dengan pasukan yang sudah menyiapkannya.

“Saya sangat bangga kepada setiap seorang yang menyiapkan persalinan dari atas kepala hingga kaki, mekap dan hijab.

“Ini adalah percubaan pertama saya mengenakan pakaian tradisional. Terima kasih juga buat peminat saya yang turun padang menyaksikan persembahan saya malam tadi dan hari ini. Saya sayang anda semua,” katanya.

 


 

View this post on Instagram

 


A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)


Aina Ucap Terima Kasih

 

Dalam entri yang memaparkan foto berkenaan, Aina sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan ‘look’ yang digayakan malam itu. Sekadar info, Aina membuat persembahan pada Jumaat dan Sabtu lalu di Melaka untuk program Magic of the Night (MOTN) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 04:49

“Drpd Zero to hero”- Video kejayaan BubbleBee Shuib dihujani ucapan tahniah

Baru-baru ini produk minuman BubbleBee daripada Shuib Sepahtu bukanlah asing lagi bagi ramai di dalam negara Malaysia. Malah ia sudah diingati oleh warganet, tambahan pula begitu banyak cawangan dibuka dan di beberapa negeri jika dilawati tentu menjumpai cawangan minuman BubbleBee ini dimana-mana sahaja.

Beliau bermula dari satu cawangan dengan pelbagai menu disukai pelanggan, kini terdapat di banyak tempat yang mana juga milik beberapa selebriti terkenal Malaysia yang berkolaborasi dengan Shuib Sepahtu. Namun begitu, melihatkan kejayaan baru BubbleBee ini mencetuskan ramai bangga dengan Shuib Sepahtu.

 

 

Menurut beliau, bermula dari satu kedai kini dikembangkan dengan begitu hebat yang menawarkan pelbagai menu minuman yang disukai oleh pelanggan. Shuib Sepahtu melalui ruangan Instagram peribadinya memuat naik satu rakaman video yang memaparkan kejayaan BubbleBee. Bapa kepada empat orang anak ini dilihat meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa individu dan mengharapkan doa orang ramai agar BubbleBee terbang ke seluruh pelusuk dunia.

 


 

View this post on Instagram

 


A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


 

“Alhamdulillah syukur!!! Tahniah @bubblebeemalaysia_hq. Terima kasih YB Tan Sri Noh Haji Omar dan @smebank_malaysia. Doakan kami BubbleBee terbang ke seluruh pelusuk dunia,” tulis Shuib Sepahtu diruangan kapsyen manakala menjengah ke komen-komen ditinggalkan peminat, ramai yang mengucapkan tahniah buat kejayaan tersebut.

 

 

Jom baca juga artikel lain di bawah

 

Baca juga : Sehingga Ke Penentuan Sepakan Penalti, KL City Ke Final!

Baca juga : Pengeluaran Khas KWSP Dibenarkan – Mohon Sekarang

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 04:44

Sehingga Ke Penentuan Sepakan Penalti, KL City Ke Final!

Piala AFC. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

KL City Ke Finalis Zon ASEAN Bertemu PSM Makassar

Kuala Lumpur City FC berjaya membawa cabaran ke final zon ASEAN Piala AFC selepas mengatasi Viettel FC menerusi penentuan penalti di Stadium Thong Nhat malam tadi.

Pasukan tuan rumah menghadirkan aksi yang lebih cemerlang sejak permulaan permainan, deretan percubaan demi percubaan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak hampir dibolosi.

Pertahanan KL City FC, Irfan Zakaria memastikan kedudukan kekal 0-0 selepas berjaya menyekat gerakan pemain Viettel FC yang cuba mara menuju ke gawang mereka pada minit ke-36.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol dan tuan rumah sekali lagi menguji kemampuan penjaga gol KL City FC, Azri Ghani yang berjaya menafikan percubaan Nguyen Dunc Hoang Minh pada minit ke-66 disusuli rembatan Nham Manh Dung pada minit ke-73.

Perlawanan kekal hingga tamat perlawanan 90 minit dan diheret ke masa tambahan. Skrip yang sama berulang menyaksikan tamat 120 minit tempoh permainan dan penentuan penalti menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan bagi melangkah ke final.

Kegagalan dua pemain Viettel FC, Tran Danh Trung dan Bui Duy Thuong menyempurnakan sepakan penalti memberikan skuad bimbingan Bojan Hodak ke final berdepan satu lagi finalis zon ASEAN, PSM Makassar.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 04:31

Pengeluaran Khas KWSP Dibenarkan – Mohon Sekarang

Ramai antara kita yang sedang memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan selepas pendemik COVID-19.

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi sendiri.

Namun, ada perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Baca juga:

“Tapak Kaki Rasa Seperti Dihunus Bilah Tajam” – Azwan AliLesen GDL Bakal Diwajibkan Untuk Penunggang P-hailing

Caranya adalah dengan menyediakan dokumen dan butiran maklumat untuk perkara yang dimohon.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian KWSP Pengeluaran.

Pihak KWSP akan menilai dan mengesahkan pengeluaran anda secepatnya mengikut kelengkapan maklumat yang diberikan.

Senarai Pengeluaran:

Antaranya adalah pengeluaran:

1) Pembayaran Ibadah Haji:

Jika anda memerlukan wang untuk  mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

2) Pembayaran Rawatan Perubatan:

Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.

3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah:

Jika anda ingin membuat pembelian rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.

4) Pengeluaran Untuk Pendidikan:

Jika anda ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi dan perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 11, 2022 03:37

August 10, 2022

Top 5 Port Glamping Popular Di Malaysia | Awesome & Insta-worthy !

Mencari port glamping popular di Malaysia adalah mudah kerana banyaknya percutian alam semula jadi yang terbentang menghijau di negara kita. Jika anda dan rakan-rakan anda merancang percutian glamping beramai-ramai, inilah masanya!

Daripada khemah unik di Perak kepada trip perjalanan yang mewah di Janda Baik, kami menunjukkan kepada anda port glamping popular di Malaysia untuk percutian anda yang seterusnya.

Baca juga: Jom Serbu 5 Port Sarapan Popular Di Ipoh Ini !

Port Glamping Popular Di MalaysiaTadom Hill Resort

Tadom Hill Resort @ Port Glamping Popular Di Malaysia

Bukan mudah untuk mencari resort berinspirasikan buluh seperti Tadom Hill Resorts.

Hanya 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, anda dan rakan anda boleh menempah penginapan di Khemah Buluh yang mempunyai dua tilam lengkap dengan bantal dan selimut, kipas siling mini dan bilik mandi berkongsi.

Jika anda datang dalam kumpulan tujuh orang, anda boleh bermalam di Pondok Buluh tradisional di port glamping popular di Malaysia ini yang mempunyai sehingga tujuh tilam lengkap dengan kanopi kelambu.

Rate: Bermula dari RM150/malam di  websiteAlamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Website | Facebook | Instagram

Gopeng Glamping Park

Sedikit upgrade dari perkhemahan sekolah anda, tiada tempat yang lebih baik untuk menghabiskan masa anda di luar selain di port glamping popular di Malaysia; Taman Glamping Gopeng.

Terletak berhampiran dengan Kampung Chulek, terdapat banyak khemah yang dipasang lengkap dengan outdoor fire pit jika anda memutuskan untuk memanggang beberapa marshmallow pada waktu malam.

Selain itu, terdapat juga perkara lain yang boleh dilakukan seperti berehat di atas buaian, berbasikal tanah, berkelah, bermain bola tampar, dan banyak lagi.

Rate: Bermula dari RM158/malam untuk weekdays, dari RM178/malam untuk weekendAlamat: Lot 10846, Jln Besar, kampung Chulek, 31600 Gopeng, PerakContact: +6013 204 8857

Website | Facebook | Instagram

Glamz at Genting

Jika anda sedang mencari pengembaraan glamping jauh dari Genting Highlands yang sibuk, penginapan di port glamping popular di Malaysia; Glamz at Genting mungkin yang anda cari.

Dikelilingi oleh cuaca yang sejuk dan alam semula jadi yang tenang, anda boleh menginap di Family Dome jika anda dan rakan-rakan anda adalah dalam kumpulan enam orang.

Terdapat juga kawasan umum dan bbq pit di mana anda boleh meluangkan masa lapang di luar rumah.

Rate: Bermulad dari RM300/malam (dua orang)Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, PahangContact: +6012 664 5269

Website | Facebook | Instagram

Sekeping Tenggiri

Anda boleh menemui banyak port glamping popular di Malaysia, temasuklah retreat Sekeping di Malaysia, sebuah projek oleh arkitek landskap Ng Sek San.

Jika anda inginkan kami mengesyorkan beberapa tempat percutian Sekeping untuk lawatan yang selesa, salah satu daripadanya ialah Sekeping Tenggiri.

Dihiasi di bahagian sunyi Kuala Lumpur, kebanyakan bilik hanya boleh memuatkan sehingga 3 orang (dengan tilam tambahan).

Tempat menginap yang sesuai untuk sekumpulan kecil rakan-rakan anda, anda semua boleh bermalam di Bilik Kaca atau Loteng yang mempunyai pokok berdaun betul-betul di luar tingkap.

Rate: Bermula dari RM220/malam (dua orang)Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala LumpurContact: +6017 207 5977

Website | Facebook

The Sticks, Frasers Hill

Ia mungkin mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke The Sticks, tetapi tempat persembunyian alam semula jadi di Fraser’s Hill ini merupakan tempat yang baik untuk melarikan diri sementara dari kesibukan bandar.

Dengan rate bilik yang berpatutan, anda boleh berehat dengan bermalam di tendok mereka, iaiatu gabungan antara khemah dan pondok.

Walaupun hanya beberapa penginapan yang dilengkapi dengan bilik mandi bersambung, setiap tendok mempunyai beranda peribadi, jadi anda dan rakan-rakan anda boleh bersantai dengan secawan kopi di tangan.

Rate: Bermula dari RM342/malam untuk Serene Tendoks, bermula dari RM564/malam untuk Family RoomsAlamat: Lot 213, Jalan KKB – Frasers Hill, 44000 Kuala Kubu Bharu, SelangorEmail: bookings.thesticks@gmail.com

Website | Facebook Instagram

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2022 23:50

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.