Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 120
August 7, 2022
Supermoon Punca Ramai Sakit? – Jom Dengar Apa Kata Doktor Ini
Kebelakangan ini, rata-rata mudah mengalami selesema, demam dan sakit tekak.
Ramai yang menyangka ianya mungkin berpunca dari virus Covid-19 dan Influenza kerana simptomnya yang hampir sama.
Namun, tular di aplikasi TikTok sebuah hantaran video oleh seorang doktor iaitu Doktor Hannani Kamarudin yang menjelaskan keadaan ini sebenarnya berpunca daripada kesan supermoon yang muncul baru-baru ini.
Baca juga:
Fenomena Super Full Moon Dapat Dilihat Di Malaysia Hari Ini‘Drinkable Sunblock’ Tinggi Kandungan GulaMenurut Doktor Hannani, supermoon yang menyebabkan kelembapan di dalam udara lebih tinggi sehingga menjadi kesukaan kepada kuman dan virus yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.
Maksud lainnya, bakteria dan virus menjadi semakin kuat dan bertambah bilangan pembiakan mereka setelah kejadian supermoon berlaku.
Jelas Doktor Hannani, manusia sememangnya sudah mempunyai antibodi namun perlu dipertingkatkan lagi perlindungan untuk diri sendiri.
Kalau batuk dan sakit tekak boleh cuba air rendaman cengkih dalam air panas atau minum sesudu madu.
Menurut Doktor Hannani juga, orang ramai disarankan untuk mempertingkatkan antibodi dengan mengambil makanan-makanan natural seperti telur, daging, ikan, nasi, sayur, dan buah-buahan.
Jika perubatan dengan menggunakan kaedah tradisional masih tidak memulihkan simptom-simptom tersebut, silalah berjumpa dengan doktor anda.
Sumber: TIKTOK
Kereta Waja Tiba-tiba Saja Terbakar Ketika Dalam Pemanduan
Seorang wanita telah terselamat apabila kereta Proton Waja yang dinaiki secara tiba-tiba terbakar di Kuala Perlis, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata kejadian kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berusia dalam lingkungan 30-an sedang memandu keretanya di Jalan Marhom Kayang berhampiran Kampung Tok Kuning, Kuala Perlis menuju ke Kangar.Dengan secara tiba-tiba keretanya berasap dan terbakar menyebabkan mangsa segera memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk menyelamatkan diri.
Sumber: google image
Anggota bomba dengan segera dipanggil untuk memadamkan kebakaran namun ia tidak membabitkan kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.
Disamping itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis berkata, lima anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 8.06 pagi. Mereka telah dapati kebakaran memusnahkan 95 peratus kereta berkenaan dan kita menggunakan dua aliran ‘hose reel’ dari air tangki jentera bomba kita bagi kerja memadam. Api akhirnya telah berjaya dikawal jam 8.18 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Daiyan Trisya Tayang Banglo Mewah Miliknya
Penyanyi dan pelakon jelita , Daiyan Trisya baru – baru in berkongsi moment indah apabila berkongsi tour banglo mewah miliknya yang dibeli daripada hasil kerja kerasnya dalam industri selama ini.
Daiyan mengakui bahawa perkogsian itu hanyalah sebagai motivasi dan bukti bahawa dirinya mampu memiliki rumah idaman yang mewah seperti itu.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkongsi rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua sokongan yang diberikan oleh keluarga dan peminat sepanjang kerjaya seninya .
Dia yang sudah sedekad berada dalam dunia seni mengakui merasa bertuah kerana masih lagi diberi peluang aktif dalam kariernya walaupun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran.
“Saya berasa gembira dan bersyukur sangat dengan hasil usaha ini,” tulisnya.
Rumah MewahMenerusi video yang dikongi oleh Daiyan , dia dilihat memakai gaun labuh berwarna putih dan membawa peminat melihat di sekeliling kediaman miliknya berkonsepkan moden dengan sebuah kolam renang yang luas.
Rumah mewah itu sudah siap sedia untuk didiami dan Daiyan nampaknya sudah tidak sabar untuk menempati kediaman tersebut dengan dekorasi moden pilihannya.
Namun Daiyan tidak ada memberitahu tentang harga rumah tersebut atau berkongsi lokasi kediaman miliknya kepada orang ramai demi menjaga privasi dia dan keluarga.
“Kenaikan tahap. Alhamdulillah gadis kamu ini sudah memiliki sebuah rumah baharu,” tulisnya di Instagram.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen positif daripada ramai artis dan peminat yang turut gembira dan teruja dengan rumah mewah yang dibeli olehnya dan rata – rata mereka mengucapkan tahniah atas kejayaannya itu.
BACA INI : Sering Berkongsi Motivasi , Mizz Nina Terharu Dengan Doa Dan Sokongan Orang Ramai
Malah pengikut di lamam sosial miliknya juga sempat memuji kecantikkannya dengan busana rona putih dan rumahnya itu.
Manchester United Dimalukan Dihalaman Sendiri!
Liga Perdana Inggeris. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Cemerlang Di Pre Season, Belum Tentu Cemerlang Di LigaManchester United membuktikan mereka memerlukan lebih daripada satu pramusim untuk sekali lagi menjadi kuasa besar selepas era Erik ten Hag sebagai pengurus bermula dengan kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Brighton and Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Suasana di United kelihatan bertambah baik sejak tamat pramusim, namun persembahan mereka jauh daripada apa yang telah dipamerkan sebelum ini.
United bergelut dengan corak permainan kemas Brighton dan pelawat berhak memperoleh dua gol di separuh masa pertama hasil jaringan Pascal Gross.
Cristiano Ronaldo yang berada di bangku simpanan ekoran belum lagi di tahap kecergasan yang optimum telah hadir ke dalam perlawanan pada separuh masa kedua.
Pda masa itu, jaringan sendiri Alexis Mac Allister mengurangkan defisit jaringan namun Brighton mengawal kelebihan untuk memperoleh kemenangan pertama mereka di Old Trafford.
Manchester United seperti tidak serik dalam menurunkan pemain seperti Mctominay dan Fred yang begitu longlai mengawal bahagian tengah. Namun, Ten Hag amat terdesak untuk mencari pemain yang sesuai untuk sistem bahagian tengah.
Dengan pemburuan pemain yang dikehendaki masih belum dapat, beliau wajib menekan pengurusan atasan untuk mempercepatkan proses pembelian pemain.
Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi EPL menyaksikan United ditewaskan 4-0.
Kartik Aaryan Bakal Ganti Shah Rukh Khan? Ini Fakta ‘Raja Bollywood’ Ini
Namanya kian bersinar selepas kejayaan beberapa filem yang dibintanginya. Satu Bakat lakonan juga kian terserlah dalam filem Sonu Ke Titu Ki Sweety, Pyaar Ka Punchnama dan Bhool Bhulaiyaa 2.Tambahan pula dengan pakej wajah yang kacak, tinggi dan berkulit sawo matang, pelakon yang kian menjadi gilaan ramai itu katanya bakal menggantikan pelakon terkenal Shah Rukh Khan?
Baca juga : Anak Pemungut Sampah Dinobat Miss Universe Thailand 2022, Ketepikan Calon Pilihan Ramai
Malah, aktor Kartik Aaryan juga mengakui dia masih tidak bersedia untuk menerima gelaran ‘Raja Bollywood’. Memetik laporan Hindustantimes, Kartik memberitahu perjalanan dalam karier seninya masih jauh dan tidak sesuai lagi untuk berada satu taraf dengan Shah Rukh Khan.
“Saya tidak tahu tentang kepentingannya tetapi setiap kali saya mendapat gelaran ini (Raja), sudah tentu saya berasa baik pada mulanya. Saya rasa, saya tidak mahu menerima gelaran raja. Saya masih mempunyai perjalanan yang jauh, jadi masih awal untuk mengatakannya. Tapi Saya akan mengambil gelaran ‘putera raja’… saya bergurau,” katanya.
“Saya rasa gembira dengan semua kasih sayang yang mula-mula datang selepas kejayaan Sonu Ke Titu Ki Sweety atau selepas Pyaar Ka Punchnama dan kini selepas Bhool Bhulaiyaa 2,” ujarnya.
Simpan Impian Sertai Marvel
Kartik Aaryan ini juga menyimpan impian untuk menjadi sebahagian dari filem Marvel Cinematic Universe (MCU). Menurut Kartik, dia menyimpan impian itu selepas melihat kehebatan filem terbitan Marvel terbaharu iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness baru-baru ini.
Namun, pelakon berusia 32 tahun itu juga memuji penghasilan filem tersebut yang dilihat telah mencipta satu magik. “Saya ada menonton filem Dr. Strange di panggung wayang baru-baru ini. Dan saya juga memikir yang saya mahu menjadi sebahagian dari Marvel.
View this post on Instagram
A post shared by KARTIK AARYAN (@kartikaaryan)
BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
Untuk mengingatkan kembali kepada anda, skim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah satu bentuk bantuan kewangan daripada kerajaan yang telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 seperti mana diumumkan di Dewan Rakyat yang lalu.
Mengikkut statistik, bantuan ini dijangka sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat. Sebelum ini, pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telahpun berlangsung pada bulan Mac dan Jun lalu. Kali ini, rakyat sedang menantikan BKM fasa 3 pula.
Kategori Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 31) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah.Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:
Jumlah anak 0: RM200Jumlah anak 1-2: RM300Jumlah anak lebih 3: RM400Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
Jumlah anak 0: RM100Jumlah anak 1-2: RM100Jumlah anak lebih 3: RM1002) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:
Jumlah anak 0: RM500Jumlah anak 1-2: RM600Jumlah anak lebih 3: RM700Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
Jumlah anak 0: RM400Jumlah anak 1-2: RM400Jumlah anak lebih 3: RM4003) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon.Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:
Jumlah anak 1-2: RM800Jumlah anak lebih 3: RM900Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
Jumlah anak 1-2: RM600Jumlah anak lebih 3: RM6004) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawaBayaran BKM Fasa 3: RM1505) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atasBayaran BKM Fasa 3: RM150Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3Dalam BKM Fasa 3, pembayarannya akan dibuat pada bulan September 2022. Namun, tarikh rasmi secara tepat belum dimaklumankan oleh pihak kerajaan.
Pembayarannya sama seperti sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Maklumat LanjutSila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:
Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.Anak Pemungut Sampah Dinobat Miss Universe Thailand 2022, Ketepikan Calon Pilihan Ramai
Sesuatu Kemenangan Anna Sueangam-iam di pentas Miss Universe Thailand 2022 tidak dijangka oleh ramai netizen. Ini disebabkan front-runner pertandingan yang menjadi pilihan ramai adalah Nicolene Limsnukan yang sebelum ini pernah bergelar naib juara pertandingan Miss World 2018.
Malah anak jati berdarah asli Thai ini telah membuktikan yang dia mesti mampu mengetepikan pencabarnya apabila dinobat sebagai juara pertandingan berprestij tersebut sekali gus menempah tiket untuk mewakili negaranya ke peringkat antarabangsa.
Walau hanya anak pemungut sampah
Baca juga : Ferrari 296 GTB Kecil Tetapi Berjiwa Besar
Anna yang dilahirkan dan dibesarkan oleh ibunya di Bangkok merupakan anak kepada pemungut sampah. Semasa waktu kecilnya, dia lebih banyak dijaga oleh neneknya kerana ibu dan bapanya sibuk mencari rezeki untuk menampung keluarga.
Di sebalik kesukaran yang dia hadapi semasa membesar, gadis berusia 23 tahun ini tidak menjadikan kesusahan sebagai halangan untuk berjaya. Dia berazam untuk mengubah nasib diri.
Anna juga meneruskan dan berusaha pendidikannya dan lulus dari Universiti Kasetsart dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dan Pelancongan dengan kepujian kelas pertama. Kemudiannya dia menceburi dunia peragaan dan bergelar seorang model.


Malah di negara Thailand juga pernah memenangi Miss Universe sebanyak dua kali menerusi perwakilan Apasra Hongsakula pada 1965 dan Porntip Nakhirunkanok pada 1988. Kali terakhir Tahiland berjaya mendapat tempat di Miss Universe adalah menerusi Amanda Obdam yang berjaya menempatkan diri di posisi top 10 di Miss Universe 2020.
Tahun lalu, Miss Universe Thailand 2021, Anchilee Scott Kemmis mengecewakan peminat ratu cantik Thailand apabila dia gagal melangkah ke peringkat semifinal setelah wakil lain negara itu melangkah ke peringkat semifinal Miss Universe sejak 2015 sehingga 2020 dengan cemerlang.
12 Warga Bangladesh Diberi Kerakyatan Malaysia Setakat 2021
Sejak Jun lalu, Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan 12 daripada 55 permohonan warga Bangladesh yang memohon kerakyatan Malaysia.
Menurut Dewan Rakyat, itu adalah keseluruhan permohonan dalam tempoh 12 tahun bermula 2010.
Setiap permohonan diluluskan mengikut Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu permohonan kewarganegaraan melalui penaturalisasian membabitkan individu berusia 21 tahun ke atas.
Baca juga:
Jawatan Kosong BERNAMA Kini Dibuka Untuk Permohonan Kalau Nak Rezeki Berkat, Elakkan Dari Lakukan Perkara IniBerdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah permohonan kewarganegaraan yang telah dimohon oleh warga Bangladesh dari 2010 hingga 30 Jun 2022 adalah sebanyak 55 permohonan.
Menurut KDN, seramai 12 pemohon telah dianugerahkan dengan taraf kewarganegaraan Malaysia.
Itu adalah jawapan dari soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta perincian kriteria dan jumlah warganegara Bangladesh telah diberikan kerakyatan Malaysia antara 2010 hingga 2021.
Menurut KDN lagi, sebanyak tiga permohonan diluluskan pada 2010 dan 2011, disusuli pada satu permohonan pada 2013 dan 2016, serta dua permohonan pada 2014 dan 2015.
Selepas tahun 2016, tiada sebarang kelulusan permohonan kewarganegaraan Malaysia dibuat.
Sumber: METROResepi Sardin Campur Telur Viral, Sepinggan Nasi Tak Cukup!
Bila sebut telur, ramai terpikir lagi pelbagai menu masakan berasaskan telur boleh dibuat. Terpaling senang tentulah telur dadar atau telur mata kerbau. Hanya perlukan sedikit skill sahaja untuk mencubanya. Bagaimanapun bahan-bahannya tidak la sesusah mana. Boleh dibuat kurang dari 10 minit kalau power.Hehe Resipi ini dikongsi oleh @khairulaming dan cara penyediaannya juga sangat murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Tapi jangan malas sangatBaca juga : Ferrari 296 GTB Kecil Tetapi Berjiwa Besar

So guys, bolehlah ambil resipi ini dan cuba sendiri di rumah. Good luck!
Bahan-bahan:1 tin sardin (200g)1 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 biji cili merah4 biji cili api1 sudu makan cili kisar5 sudu makan kuah sardin2 sudu makan sos ikanPerahan limau nipis ( 1- 2 biji)Sedikit kicapHirisan daun ketumbarAugust 6, 2022
Sering Berkongsi Motivasi , Mizz Nina Terharu Dengan Doa Dan Sokongan Orang Ramai
Setelah Mizz Nina dan Noh mengumumkan tentang perpisahan mereka di akaun media sosial mereka , kini setiap hantaran Mizz Nina dipenuhi dengan kata-kata semangat dan- sokongan buatnya.
Baru – baru ini , pasangan tersebut juga telah mengesahkan mereka telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Selangor.
Mizz Nina atau nama sebenarnya , Shazrina Azman tampak tenang berdepan dengan dugaan yang berlaku malah sering berkongsi surah dan memohon doa menerusi Instagram Story miliknya.
Dia juga tidak pernah terlepas berkongsi kata -kata motivasi dan positif dan sentiasa mendapat maklumbalas daripada peminat yang sentiasa senang dengan perkongsian bermafaat seperti itu.
Sejak mengumumkan perpisahan mereka, bekas penyanyi tersebut sering dihujani komen-komen positif sebagai sokongan daripada pengikut dan juga rakan artis yang begitu ,mengambil berat tentangnya.
Terdahulu , Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Terima Doa Dan SokonganMalah Noh juga menitipkan kata- kata yang mengatakan bahawa perkahwinan mereka adalah sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama sehingga ianya menjadi 11 tahun yang indah mereka berdua berumah tangga.
Mizz Nina juga sempat membuat hantaran dengan mengucapkan terima kasih atas cinta , doa dan sokongan terhadap mereka sekeluarga dan berharap orang ramai agar memahami situasi dirinya.
“Terima kasih atas cinta, doa dan sokongan terhadap Noh, Baby Musa dan saya. Oh Allah, jadikan saya lebih baik daripada apa yang mereka fikir mengenai saya, ampunkan saya mengenai apa yang mereka tidak tahu mengenai saya, dan jangan menilai saya disebabkan apa mereka cakap mengenai saya,” tulis Nina.
Pasangan ini juga menjadi perbualan hangat kerana tidak pernah membuka aib dan menceritakan hal rumahtangga mereka kepada umum malah dikatakan berpisah secara baik dan masih berkawan baik.
BACA INI : Elyana Akui Mata Sudah Tidak Berapa Jelas, Pendengaran Rosak, Memori Hilang Serta Sakit Saraf
Malah pasangan ini sentiasa mendoakan kesejahteraan antara mereka dan masih menyokong antara satu sama lain hingga tidak pernah mencuba menceritakan perkara buruk antara mereka di media sosoial.
Dalam pada itu, ribuan netizen turut bersedih dengan perpisahan mereka kerana mereka adalah salah satu pasangan idola yang sudah berubah ke arah yang lebih baik dan sentiasa berkongsi kisah teladan yang baik sehingga menjadi motivasi kepada orang lain.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
