Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 123

August 4, 2022

Anak OKU Sebenarnya Boleh Mohon Road Tax Secara Percuma! Jom Kita Semak cara-caranya

Mesti ada yang ramai yang tidak tahu yang sebenarnya caj cukai jalan (road tax) adalah percuma untuk ibu bapa yang mempunyai anak berstatus orang kelainan upaya iaitu (OKU). Sebenarnya bukan untuk OKU sahaja yang layak memohon, ibu atau bapa atau penjaga pun layak untuk memohon, dengan syarat waris yang telah didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mestilah nama pemilik kenderaan.

Jom sama-sama kita semak dan cara-caranya untuk mohon Road Tax secara percuma:

Sumber: google image

 

 

Ini adalah berikut dokumen yang harus dibawa, termasuk dokumen asal dan salinan:

1. Kad OKU

2. Kad pengenalan OKU

3. Kad pengenalan waris

4. Lesen waris

5. Geran kenderaan

6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ

Syarat untuk permohonan:

1. Mempunyai lesen memandu

2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja

3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Permohonan yang di buat hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contohnya, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan. Untuk makluman anda semua, caj percuma hanya untuk road taxs ahaja. Insuran tetap perlu dan harus dibayar! Semoga info ini memberi manfaat pada anda semua.

 

 

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 23:43

Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih

Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih

Adаkаh аndа tаhu уаng kerajaan аdа mеmреruntukkаn bаntuаn untuk реndаftаrаn lеѕеn. Inі adalah kerana untuk memastikan tiada yang tercicir untuk mеmіlіkі lesen kеndеrааn kerana kеkаngаn dari ѕеgі kеwаngаn.

Olеh іtu, kеrаjааn telah kеluаr dеngаn ѕаtu ѕkіm рrоgrаm untuk mеmbаntu аndа уаng lауаk mеnеrіmа dеngаn kos уаng hаmріr реrсumа dаn dіtаnggung ѕереnuhnуа.

Sіlа іkutі реrkоngѕіаn уаng kаmі sediakan dіbаwаh ini untuk mеmudаhkаn anda lеbіh fаhаm bеrkаіtаn dеngаn іѕu diatas. Sеmоgа bermanfaat!

Sеmаkаn BLKM 2022

Sаmаdа аndа lауаk аtаu tіdаk untuk mеnеrіmа blkm ѕеmаkаn bantuan lеѕеn kеluаrgа mаlауѕіа 2022 bоlеh сhесk mеlаluі lіnk раutаn іnі dі роrtаl rаѕmі, е-Kаѕіh.

Jіkа nаmа аndа sudah bеrjауа bеrаdа dаlаm ѕіѕtеm Pоrtаl Pembasmian Kеmіѕkіnаn Ekаѕіh, аutоmаtіk anda anda diterima untuk mеmіlіkі bаntuаn іnі jіkа аndа jugа mеlераѕі ѕуаrаt kеlауаkаn уаng tеlаh dіtеtарkаn mеlаluі ѕkіm рrоgrаm іnі.

Sуаrаt Kеlауаkаn BLKMPаѕtіkаn аndа mеruраkаn rakyat Mаlауѕіа уаng ѕаhAndа ѕаmа ѕеkаlі belum реrnаh ambil lеѕеn ѕеbеlum іnіMеntаl аndа bеrаdа dаlаm kеаdааn tеrbаіk ѕеlаіn ѕіhаt tubuh bаdаn аndаTіdаk аdа сасаt аnggоtаNаmа аndа tіdаk реrnаh dіkеnаkаn tindakan ѕеnаrаі hіtаm dаn blасklіѕt оlеh Pоlіѕ Dіrаjа Mаlауѕіа PDRM dаn juga Jаbаtаn Pеngаngkutаn Jаlаn JPJJumlаh Yаng Hаruѕ Dіbауаr

Dі sinilah tujuаn ѕеbеnаrnуа bаntuаn іnі dіреrkеnаlkаn. Dеngаn hаrараn lеbіh ramai уаng dараt ambil lеѕеn раdа kоѕ harga уаng ѕаngаt mіnіmаl tеrmаѕuk mеnjаlаnі kursus dаn lаtіhаn уаng dіtеtарkаn оlеh Jаbаtаn Pеngаngkutаn Jаlаn JPJ.

Bеrbаndіng kоѕ аѕаl ѕеkіtаr RM750 аndа реrlu bауаr. Tеtарі dеngаn bantuan ini, аndа hаnуа реrlu bауаr hаnуа serendah RM250 ѕаhаjа. Bаnуаk jimat bukаn?

Andа dіgаlаkkаn untuk mеngіkutі kаmі dі сhаnnеl tеlеgrаm kаmі dі t.mе/jawatan untuk lеbіh іnfо bаntuаn kеrаjааn terkini. Sіlа kоngѕіkаn bеrіtа іnі kераdа rаkаn dаn ѕаudаrа аndа.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 22:34

Muka Mulai Senget , Ako Mustapha Dikejarkan Ke Hospital

Pelakon  terkenal , Ako Mustapha  dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital kelmarin dan kini sedang dirawat di Zon Merah (Zon Kritikal) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kekurangan insulin di dalam badan.

Perkara tersebut telah dikongsi oleh isterinya, Kartina Shuaib di akaun media sosial pasangan tersebut yang mana setelah dihubungi isterinya menerangkan bahawa Ako terpaksa dikejarkan ke HKL akibat saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 51, dikatakan  tidak mengambil ubat kencing manis selama seminggu dan dia tidak mengetahui perkara tersebut kerana dia bekerja di luar kawasan.

 

 

“Ako tinggal bersama anak-anak dan bekerja seperti biasa. Saya tidak tahu dia tidak mengambil ubat kencing manis sepanjang saya tiada di rumah”.

“Apabila kembali daripada bertugas, saya lihat wajahnya sudah lain. Dia memaklumkan baru muntah selepas menjamah sup dan meminum air”.

“Saya nasihatkan dia supaya segera ke hospital untuk rawatan, tetapi dia menolak. Apabila mukanya mula senget, saya terus hubungi ambulans,” ceritanya lagi.

BACA : “Saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” – Adira

Namun Kartina menegaskan bahawa suaminya tidak berdepan serangan strok semasa kejadian tersebut berlaku dan perkembangan kesihatan suaminya itu akan dipantau selama 24 jam untuk rawatan selanjutnya.

Bukan Serangan Strok

Malah suaminya kini sudah boleh membuka mulut dan bertutur tetapi keadaannya masih lemah. Dia berterima kasih kepada orang rama kerana mendoakan suaminya dan memanjatkan rasa syukur kerana suaminya itu semakin pulih .

“Doktor memaklumkan bukan strok, tetapi disebabkan kekurangan insulin dalam badan. Dia diberikan doktor air, glukosa beserta insulin,” jelasnya.

“Pernafasannya lemah dan kuantiti oksigen juga menurun. Alhamdulillah, doktor di HKL pantas memberikan rawatan dan dia sudah boleh membuka mata serta senyum.

“Sekarang dia dipindahkan ke Wad Isolasi yang tidak membenarkan sesiapa melawat,” katanya.

 

Pasangan ini , Ako dan Kartina telah mendirikan rumah tangga pada 17 Januari 2009 serta dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu 3 perempuan 1 lelaki

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 21:12

Aaron Ramsey Berkelana Ke Perancis!

OGC Nice. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Ramsey Mahu Mendapatkan Minit Permainan

Pemain tengah Wales, Aaron Ramsey memilih Nice sebagai pangkalan barunya sebaik dilepaskan Juventus.

Aaron Ramsey Berkelana Ke Perancis!

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai kelab Ligue 1 berkenaan sebagai ejen bebas, kurang dari seminggu selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya bersama Bianconeri secara persetujuan bersama sambil Nice masih belum mendedahkan kontraknya secara terperinci.

Ramsey menghabiskan tiga tahun bersama Juventus sejak berkelana pada 2019 sejurusnya kontraknya di Arsenal berakhir tetapi beliau bergelut untuk mengukuhkan posisinya di Itali apabila hanya membuat tiga penampilan Serie A musim lalu sebelum menyertai Rangers secara pinjaman.

Beliau tampil sebanyak tujuh kali bersama Rangers dalam Liga Perdana Scotland tetapi kariernya di Glasgow akan dikenang sebagai mengecewakan berikutan kegagalannya menyempurnakan tugas dalam penentuan sepakan penalti untuk berputih mata dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang Eintracht Frankfurt di Seville.

Aaron Ramsey Berkelana Ke Perancis!

Ramsey mahu mendapatkan minit permainan sebagai persiapannya menghadapi Piala Dunia di Qatar, hujung November depan.

Beliau yang sering dikaitkan dengan kematian selebriti selepas menjaringkan gol kelihatan menjalani penurunan prestasi dalam kerjaya bola sepaknya.

Namun diharapkan Nice mampu meningkatkan semula kemampuan dan kredibiliti pemain kebangsaan Wales tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 20:23

Dilihat Memandu Kereta, Netizen Persoal Haqiem Stopa Sudah Ada Lesen Atau Belum

Haqiem Stopa tiada lesen, malah di tegur netizen

diberikan gelaranIkon permotoran belia adalah gelaran yang diberikan kepada Haqiem Stopa, seorang pemuda yang mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri di Tik Tok. Namun namanya sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi semenjak dia menjadi sebagai ikon beberapa bulan lalu.

Baru-baru ini, Haqiem Stopa pernah juga menjadi bualan ramai apabila dia disaman oleh pihak berkuasa gara-gara memandu kereta tanpa lesen memandu yang sah. Malah semenjak kejadian itu, ramai yang kembali mempersoalkan sama ada pemuda itu layak menerima gelaran ikon permotoran belia ini.

Baru-baru ini pula, perkongsian dari pemuda itu sekali lagi menarik perhatian netizen di mana dia dilihat sedang memandu kereta Nisan GT-R menerusi rakaman IG Story rakannya. Belum lagi reda isu tiada lesen memandunya itu, pemuda tersebut dilihat kembali memandu kereta menyebabkan ramai yang tertanya-tanya status lesen memandu pemuda itu.

 

Tindakannya yang memandu kereta itu telah membuatkan ramai mempersoalkan sama ada pemuda itu sudah mempunyai lesen memandu yang sah ataupun belum punya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kereta yang dipandunya adalah miliknya atau bukan, netizen mahukan kepastian sekiranya pemuda itu memandu tanpa lesen memandu seperti yang dilakukannya sebelum ini.

 

Haqiem Stopa kena tegur sebab tidak punyai lesen

 

Malah, rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka melihat video yang dikongsikan ini. Malah ada juga yang cuba bersangka baik mungkin juga pemuda itu sudah selesai mengambil lesen memandu selepas apa yang berlaku itu.

 

Baca ini juga : Neelofa Umum Jual Inai Di Shopee, Stokis Dan Agen Kecewa Kena ‘Tikam Belakang’

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 08:11

Neelofa Umum Jual Inai Di Shopee, Stokis Dan Agen Kecewa Kena ‘Tikam Belakang’

Kalau sebut tentang produk inai, pastinya ramai yang mesti teringat tentang inai yang dikeluarkan oleh selebriti terkenal, Neelofa. Mana tidaknya, macam-macam kontroversi yang berlaku sebaik sahaja produk tersebut juga dilancarkan di mana ada pelbagai reaksi diberikan oleh pelanggan yang telah membelinya.

Baru Ini, nama Neelofa sekali lagi kini menjadi sebutan apabila satu IG Story yang telah dimuatnaik di Instagram miliknya menjadi bualan netizen. Menurut gambar yang dimuat naik itu, Neelofa sedang merakam gambar produk inai tersebut dan memberitahu ianya boleh dibeli di platform Shopee.

Pengumumannya itu kemudian terasa kurang senang netizen terutamanya para agen dan stokis yang menjual produk tersebut. Menurut mereka, tindakan Neelofa itu seakan-akan cuba ‘tikam belakang’ para agen dan stokis serta boleh juga membuatkan jualan mereka terjejas pada akhirnya.

 

Bahkan para agen dan stokis juga menganggap ianya akan menganggu jualan mereka untuk menghabiskan stok yang sedia ada pada mereka. Keputusan Neelofa membuka jualan di platform Shopee juga dikatakan akan menyukarkan mereka apabila HQ sendiri sudah mula menjual produk tersebut dan bersaing dengan para agen dan stokis.

Sila lihat di ruangan komen juga, rata-rata netizen turut memberikan reaksi negatif melihat perkongsian tersebut. Malah ada juga netizen yang berkongsikan kesukaran mereka untuk menjual produk tersebut dan berasa menyesal menjadi agen dan stokis.

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 08:00

7 Produk Halal Popular Di JONETZ By Don Don Donki Malaysia

Anda pernah dengar store JONETZ by Don Don Donki Malaysia? Pasti nama ini amat sinonim dengan penggemar produk Jepun atau pengembara tegar negara Jepun.

Ia adalah store yang popular di negara matahari terbit itu, dan jika anda merindui atau ingin merasai pengalaman membeli-beli belah di sana, apa kata anda ke JONETZ by Don Don Donki Malaysia yang baru dibuka ini? Berikut senarai makanan halal popular yang boleh anda temui di store ini!

Baca juga: Areca Hotel Penang | Hotel Tema Heritage Popular di Pulau Pinang

Apakah JONETZ by Don Don Donki?

JONETZ bermaksud ‘ghairah’ dalam bahasa Jepun, kedai konsep ini adalah sebahagian daripada peruncit rangkaian diskaun terkenal Jepun, Don Don Donki.

JONETZ BY DON DON DONKI MALAYSIA

Store pertama JONETZ by Don Don Donki pertama di Malaysia adalah terletak di Pusat Beli-belah Lot 10 di Kuala Lumpu. JONETZ oleh Don Don Donki ini mempunyai 3 tingkat khusus untuk makanan ringan dan barangan runcit, hasil segar dan daging, serta barangan rumah dan kediaman.

Top 7 Produk Halal JONETZ By Don Donki MalaysiaWagyu halal, Yakiniku dan Daging lain

Dapatkan pelbagai jenis daging yang disahkan halal yang diimport dari Jepun!

Ia termasuk daging lembu Jepun untuk stik tenderloin dan yakiniku, daging lembu Shiga oumi, beef chuck roll dan banyak lagi.Semua daging yang diimport disertakan dengan sijil penyembelihan halal untuk eksport daripada NPO Japan Halal Association.

Status halal: Semua daging mempunyai sijil penyembelihan halal untuk eksport daripada NPO Japan Halal AssociationHarga: RM29 – RM178 sebungkusMee segera Nissin

Lihat pelbagai jenis mi segera Nissin termasuk perisa seperti Tokyo Shoyu, Kyushu Black dan Hokkaido Miso

Sila ambil perhatian bahawa kedai itu juga menjual mi Nissin tidak halal, dan kami mengesyorkan agar anda menyemak logo halal sebelum membelinya!

Status halal: Disahkan halal oleh MUI (Majelis Ulama Indonesia)Harga: RM15.50 untuk sebungkus (5 pcs)Serbuk matcha organik

Nikmati semula pengalaman matcha Jepun tradisional di rumah anda sendiri dengan serbuk matcha organik JAS yang diperakui halal yang ada dijual di JONETZ by Don Don Donki Malaysia ini.
Terdapat jenama matcha Jepun lain (tanpa logo halal) tersedia di kedai, dan kami mengesyorkan agar anda menyemak ramuan sebelum membelinya!

Status halal: Disahkan halal oleh Persatuan Halal Nippon AsiaHarga: Bermula pada RM19.90Sup miso segera

Jika anda menggemari sup miso, kedai itu menjual sup miso segera Marukom yang disahkan halal yang disertakan dengan rumpai laut wakame.
Terdapat sup miso segera lain (tanpa logo halal) tersedia di kedai, dan kami mengesyorkan agar anda menyemak ramuan sebelum membelinya!

Status halal: Disahkan halal oleh Jawatankuasa Islam Pusat ThailandHarga: Bermula pada RM6.90Mee soba Jepun (buckwheat noodle)

Jika anda bercadang untuk memasak mee soba gaya Jepun di rumah, anda boleh mendapatkan jenama yang disahkan halal ini dari store JONETZ by Don Don Donki Malaysia!

Status halal: Disahkan halal oleh Persatuan Halal Nippon AsiaHarga: Bermula pada RM6.90Mee Zeitaku Chasoba

Pilihan lain yang boleh anda dapatkan di JONETZ By Don Don Donki Malaysia ialah Mi Zeitaku Chasoba yang disahkan halal yang diperbuat daripada teh hijau Jepun!

Status halal: Disahkan halal oleh Persatuan Halal Nippon AsiaHarga: Bermula RM12.90Sos Mentsuyu Halal

Alang-alang menyimpan stok mee soba, lengkapkan pembelian anda dengan sos mee Mentsuyu yang halal.

Status halal: Disahkan halal oleh Persatuan Halal Nippon AsiaHarga: Bermula RM25.50 sebotol

Alamat: Lot 10 Shopping Centre, G8 G11, F8 F18, S8 S16, 50 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Website | Facebook | Instagram

 

 

 

 

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 07:01

Areca Hotel Penang | Hotel Tema Heritage Popular di Pulau Pinang

Terdapat banyak tempat penginapan yang unik di Pulau Pinang, termasuklah Areca Hotel Penang. Jika anda bercuti ke Georgetown dan sedang mencari hotel yang luar biasa, di sinilah tempatnya!

Terdapat banyak tarikan di Pulau Pinang daripada sekadar tempat sarapan halal yang lazat dan tempat Instagrammable yang cantik. Terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia, ia penuh dengan suasana warisan yang akan membuatkan anda berasa kagum.

Baca juga: Top 5 Restoran Ikan Patin Temerloh | Fresh . Delicious . Affordable

Lokasi Areca Hotel Penang

DERETAN BANGUNAN ARECA HOTEL PENANG

Terletak di Georgetown, ibu kota Pulau Pinang, anda boleh menemui tempat penginapan anda di Areca Hotel Penang.

Terletak dengan elegan dalam kawasan zon Warisan Dunia UNESCO, hotel ini dinamakan sempena Areca Palm, juga dikenali sebagai palma Pinang yang anda boleh lihat dengan jelas pada bendera negeri Pulau Pinang.

Terokai laluan pejalan kaki berjubin yang indah di Areca Hotel Penang dan anda akan kagum dengan corak unik yang ada padanya. Ia yang sebelum ini adalah deretan rumah kedai sebelum zaman perang, dimiliki oleh Khoo Sian Ewe.

Beliau adalah salah seorang ahli perniagaan terkaya di Pulau Pinang pada zaman dahulu, anda boleh melihat perabot antik dan pintu di sekitar hotel.

Bilik Penginapan

Terdapat 48 bilik tersedia di Areca Hotel Penang, daripada suite keluarga yang luas hingga ke bilik taman. Jika anda sedang bercuti dengan pasangan anda di Pulau Pinang, anda pasti menyukai Heritage Room.

Dengan katil bersaiz king terletak di tengah-tengah bilik, pemandangan almari pakaian antik dan pintu Cina vintaj, anda akan terasa seperti kembali ke zaman silam.

Jika anda sedang bercuti bersama kawan baik anda, Heritage Loft ialah bilik menawan yang sesuai untuk dua orang. Terletak di tingkat atas hotel, bilik ini merupakan gabungan hebat warisan dan pesona moden yang terbukti melalui lantai parket kayu, sofa yang selesa dan lekapan lampu malap.

Areca Cafe

Jika anda sudah berasa lapar, kunjungi Areca Cafe yang menyajikan masakan Eropah moden menggunakan bahan-bahan tempatan.

Dengan menu yang disusun oleh Chef Azman Othman yang terlatih dari Switzerland, anda boleh menjangkakan untuk melihat hidangan yang lazat, daripada set ikan cili Nyonya hingga Burger Daging klasik. Jangan lupa untuk mencuba minuman tempatan Pulau Pinang yang dipanggil jus pala!

Walaupun kafe menggunakan semua bahan dan daging daripada pembekal yang disahkan halal, ambil perhatian bahawa alkohol dihidangkan di premis.

Bagi traveller yang mencari hotel butik yang cantik di Pulau Pinang untuk menginap dan berehat di tempat penginapan yang bertemakan heritage, harus ke Areca Hotel Penang!

Alamat: 5, Jalan Khoo Sian Ewe, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Website | Facebook | Instagram

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 05:17

Jurgen Klopp Puji Nunez!

You’ll Never Walk Alone. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Aksi Mengagumkan Dalam 30 Minit Akhir Perlawanan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kagum dengan impak Darwin Nunez yang diturunkan dari bangku simpanan untuk menjadikan Perisai Komuniti memihak kepada pasukannya ketika menentang Manchester City.

Penyerang Uruguay berusia 23 tahun itu yang boleh menjadi pemain termahal dalam rekod kelab pada £85 juta jika semua tambahan yang disertakan dalam perjanjian musim panas dengan Benfica menjadi kenyataan.

Nunez diperkenalkan dalam 30 minit sebelum tamat masa dan menghasilkan cameo yang mengagumkan.

Beliau memenangi penalti lewat permainan yang mana Mohamed Salah meletakkan The Reds di hadapan 2-1 dan kemudian bijak untuk menanduk bola masuk gawang pada masa tambahan untuk memastikan kemenangan 3-1 di Leicester.

Dia juga menyebabkan Ederson mengalami beberapa masalah, menarik penjaga gol City ke dalam cabaran – dalam serangan pertamanya – yang mungkin akan mengakibatkan penalti jika bukan kerana bendera ofsaid, dan kemudian memaksa pemain antarabangsa Brazil itu melakukan penyelamatan yang menafikan gol.

“Ia bagus, ia sangat bagus. Jelas ia akan menjadi lebih baik dengan masa,” kata Klopp. “Kita hidup dalam dunia di mana semua orang dinilai pada pandangan pertama dan itu tidak membantu sesiapa pun, tetapi ia berlaku secara berterusan.

“Dalam beberapa perlawanan pertama (pramusim) kami tidak hampir dengan tahap kecergasan hari ini dan kemudian apabila Nunez masuk, kami menghantar setiap bola untuk beliau mengejarnya dan selepas bola ketiga beliau gagal sepenuhnya dan kemudian semua orang menilai sentuhan pertamanya dan perkara sebegini.

“Ia hanya gurauan tetapi kami perlu mengharunginya, Nunez akan menanganinya dengan cemerlang. Kami bersabar dan kami tahu beliau boleh melakukan perkara yang baik.

“Kita semua tahu mereka adalah spesis istimewa iaitu penyerang. Perkara lain yang semua orang perlukan adalah sedikit positif. Ini bermakna dari segi gol atau penglibatan gol.

“Saya fikir Darwin akan baik-baik saja walaupun tanpa menjaringkan gol ketiga kerana penalti adalah hantaran silang Millie dan tandukannya.

“Peluang yang beliau ada sebelum ini telah melakukannya dengan sangat baik, tetapi Ederson bertindak balas dengan cemerlang. Matlamatnya jelas adalah aising pada kek, sangat menggembirakan beliau.

“Anda boleh lihat di wajahnya, anda boleh lihat di wajah semua rakan sepasukannya betapa gembiranya budak-budak itu untuknya dan itu petanda yang sangat baik selepas tempoh singkat Nunez bersama kami.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 02:27

“OMG, Serius Ke?” – Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Unfollow Satu Sama Lain

Sejak akhir-akhir ini, selebriti Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sering memuat naik ayat-ayat sedih di media sosial.

Status hubungan mereka menjadi tanda tanya warganet kerana ia seakan-akan memberi bayangan bahawa hubungan mereka sedang goyah ataupun berakhir.

Baca juga:

Mini Zoo Kuala Krai Dibuka Semula Dengan Wajah BaharuJawatan Kosong BERNAMA Kini Dibuka Untuk Permohonan Tertanya-tanya Status Hubungan Mereka:

Netizen juga tidak menyangkakan ia akan berlaku kerana pasangan ini dilihat amat bahagia bersama.

Menurut netizen, Aedy dan Amelia kini sudah tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di platform media sosial seperti Instagram.

Hal ini menimbulkan tanda tanya dan ada segelintir netizen mempertikai kenapa perlu ‘unfollow’ satu sama lain apabila sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan.

Mereka merupakan selebriti dan di Malaysia, industri seni sangat kecil, jadi kebarangkalian untuk berlakon bersama sangat tinggi.

Melamar Menjadi Teman Wanita:

Sebelum ini, Aedy pernah membuat ‘lamaran’ kepada Amelia untuk menjadi teman wanitanya.

Detik manis itu dibuat di hadapan khalayak ramai yang berada di Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Mac lalu.

 

Sumber: TWITTER
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2022 00:34

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.